Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN MODUL 1 BERKETERAMPILAN

SUB MODUL 1.4 KOMUNIKASI BERKESAN


TUGASAN 1
NAMA BANJAMIN @ ISMAIL BIN ATIN
KELAS ; SMSB1
Soalan :
Berdasarkan petikan tersebut, pilih SATU ciri daripada Tonggak 12 dan jelaskan
bagaimana ciri tersebut memberi impak kepada anda sebagai seorang pemimpin

Tonggak 12 merupakan cetusan idea dan prinsip yang diilhamkan oleh Tan Sri
Dato’ Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid pada tahun 1992 ketika menjawat jawatan sebagai
Ketua Setiausaha Negara ketika itu. Tonggak 12 iaitu satu garis panduan yang beliau
sarankan untuk diamalkan oleh semua kakitangan awam untuk bagi menjamin mutu
perkhidmatan awam lebih cekap dan berkualiti. Tonggak 12 merupakan sekumpulan dasar
dan panduan yang dijadikan sebagai pokok kepercayaan yang menjadi asas sesuatu
tindakan yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan perkhidmatan awam di
semua peringkat. Tonggak 12 mengandungi panduan- panduan, contoh-contoh nilai dan
etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan dan amalan-amalan negatif
yang perlu dihentikan. Tonggak 12 merupakan dasar dan pokok kepercayaan dan
pegangan kepada sesuatu tindakan oleh pejawat awam. Selain itu ia menjadi amalan
kepada semua peringkat kakitangan awam di negara ini. . Kakitangan awam perlu
mengamalkan sikap yang baik dan menghindari sikap negatif. Ia juga akan mewujudkan
kepercayaan bahawa pengamalan nilai-nilai baik akan menjadikan kakitangan awam lebih
cemerlang dan berkualiti.

Tonggak 12 menjelaskan konsep nilai, norma dan etika dalam kehidupan kita
seharian. Ia sewajarnya diamalkan oleh semua kakitangan awam dan di sekolah semua
warga sekolah seharusnya memahami dan menghayatinya untuk membantu
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai seorang pemimpin warga
pendidikan penghayatan dan pengamalan Tonggak 12 seharusnya dapat memberi impak
yang positif .

Sebagai seorang pengetua yang menjadi penaraju, pembimbing dan pendorong


kepada organisasi pengamalan tonggak 12 ini adalah satu alat yang penting dan berkesan
yang boleh diamalkan dalam pengrusan sekolah. Pengamalan tonggak 12 ini akan
menberikan impak yang sangat efektif dalam membudayakan kecemerlangan kepimpinan
sekolah. Saya memilih tonggak Kekuatan Sifat Baik Hati sebagai ulasan saya dalam
tugasan ini. Sifat baik hati yang dimaksudkan itu merangkumi sifat-sifat baik hati
seperti bersopan santun setiap masa, pemaaf dan berhemah tinggi, simpati kepada
kesusahan dan masalah orang lain, ikhlas dan bertimbang rasa, pemurah dalam usaha
kebaikan, mudah mesra dan bekerjasama, merendah diri, berbudi mulia, boleh menerima
teguran, berlaku adil dalam semua tindakan, sedia menerima cadangan dan banyak lagi.

Kita semua akan merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati apabila
kita menemui ataupun berurusan dengan mereka. Sifat mereka ini menerbitkan satu
suasana yang selesa tanpa kita merasai perasaan risau dan gentar apabila bersama.
Penampilan bersopan santun, sifat yang merendah diri, sentiasa memaafkan, pemurah,
boleh bertimbang rasa, beramah mesra, kasih sayang, bersimpati dan suka menolong
rakan-rakan dan mereka yang berada disekitarnya. Mengapa kita sukakan sifat-sifat
sedemikian dan tidak yang sebaliknya?. Tentulah sifat-sifat baik itu sifat semulajadi
manusia iaitu sifat fitrah. Oleh kerana manusia telah menurut hawa nafsu dan bisikan
syaitan maka sifat-sifat yang buruk telah menepikan sifat-sifat yang semulajadi dan
perangai manusia menjadi bercampur-aduk dengan sifat-sifat baik dan buruk.

Pengetua selaku pemimpin tertinggi sekolah juga hendaklah mengelak dan


mencegah diri dan anak anak buah daripada mengamalkan sikap yang bertentangan
dengan amalan Tunggak 12 iaitu Kekuatan sifat baik hati. Dalam memahami dasar
tonggak kekuatan sikap baik hati ini kita juga mestilah mengambilkira agar mengelakkan
sifat-sifat berlawanan berikut sebagai pelengkap kepada amalan kekuatan sifat baik hati.
Antara sifat-sifat berlawanan yang perlu dielakkan itu ialah kasar dan kurang sopan,
berdendam bila tidak dapat sesuatu kemahuan, bersikap tidak peduli terhadap teguran
dan nasihat, tidak bertimbang rasa, mementingkan diri sendiri, sombong, bongkak dan
membesar-besar diri, bermuka-muka, cepat menghukum tanpa siasatan, cepat menuduh
tanpa siasatan, suka mencaci, suka menghina orang, tidak boleh menerima kritikan, cepat
membuat kritikan.

Sebagai seorang pemimpin sekolah , amatlah penting untuk merancang dan


menarajui perubahan ke arah mengamalkan tonggak 12 sebagai salah satu panduan dan
dasar dalam pentadbiran organisasi sekolah yang dipimpinnya. Sifat baik hati bukan
sahaja akan memberikan impak yang positif kepada mereka yang mengamalkannya tetapi
juga akan mempengaruhi serta memberikan impak yang positif kepada mereka yang
berurusan dengan mereka yang mengamalkannya. Pengamalan sifat baik hati oleh semua
warga sekolah bermula dalam kalangan barisan pentadbiran, guru-guru akademik dan
seterusnya para pelajar akan membudayakan sifat ini menjadi pemangkin kepada
kecemerlangan sekolah.
TUGASAN MODUL 1 BERKETERAMPILAN
SUB MODUL 1.4 KOMUNIKASI BERKESAN
TUGASAN 2
NAMA BANJAMIN @ ISMAIL BIN ATIN
KELAS SMSB1
Soalan Tugasan 2
Paparan di atas adalah berkaitan dengan isu komunikasi.Mengapakah berlakunya isu
komunikasi seperti yang dinyatakan dalam paparan tersebut ?

Paparan yang diberikan menunjukkan satu situasi yang memaparkan isu


komunikasi antara pihak ibu bapa pelajar dengan guru dan seterusnya pihak sekolah.
Situasi ini berlaku semasa pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP ) covid-19 mula
melanda negara ini pada awal tahun 2019. Perubahan yang drastik dan kekurangan
persediaan serta pengalaman untuk berhadapan dengan situasi berkenaan telah
mengundang rasa kegelisahan dan tekanan hidup kepada mesyarakat yang akhirnya
membawa kepada emosi yang tertekan dan tindak balas yang negatif.

Kegagalan penyampaian maklumat dalam rantaian komunikasi, telah mencetuskan


isu ini dalam kalangan pihak ibu bapa, guru dan seterusnya sekolah. Maklumat yang
disampaikan kurang difahami dan diterjemah oleh para ibubapa menyebabkan hasrat oleh
pihak sekolah. Ada dalam kalangan Ibu bapa tidak memahami apa yang disarankan oleh
sekolah untuk anak anak mereka buat di rumah.  Bagi mengatasi masalah ini, pemimpin
sekolah iaitu pengetua dan guru besar amat perlu mengetahui halangan-halangan ini demi
menjamin keberkesanan komunikasi sekolah dan ibubapa pelajar.

Suasana yang datang dengan mendadak menyebabkan semua pihak berada


dalam keadaan yang tidak bersedia menghadapi situasi PKP ini. Terdapat beberapa
halangan yang menghalang komunikasi berkesan. Antara halangan komunikasi dalam
situasi ini adalah kurang perhatian kepada maklumat yang disampaikan. Suasana
pendemik serta kesibukan ibu bapa meyebabkan mereka ketinggalan untuk mendengar
taklimat atau perbincangan antara cikgu dan ibu bapa tentang tugasan yang perlu
dilakukan oleh anak anak di rumah semasa PKP. Situasi ini menimbulkan isu ibu bapa
salah faham danada kalangan mereka menganggap guru guru kerana tidak memahami
masalah mereka. Mereka bertanggapan bahawa tugas mengajar diserahkan sepenuhnya
kepada ibu bapa dan menuduh guru guru makan gaji buta.
Selain itu perbezaan latar belakang termasuklah kebudayaan antara penyampai
dan penerima mesej juga merupakan punca isu berkenaan tercetus. Oleh itu pentadbir
sekolah harus memastikan guru guru memahami budaya setempat agar memudahkan
mereka berkomunikasi secara berkesan dengan ibu bapa pelajar. Ini termasuklah untuk
cuba memahami bahasa , penggunaan dialek, loghat dan bahasa teknikal di sesebuah
lokasi atau perkampungan. Kadang kala, jika kita mengabaikan bahasa badan semasa
berkomunikasi juga boleh mempengaruhi keberkesanan berkomunikasi. Selain itu juga
faktor penggunaan istilah teknikal atau jargon yang tidak difahami oleh penerima serta
membuat persepsi tertentu terhadap mesej dengan memberi penilaian yang berlaku awal
juga merupakan punca kepada keberkesanan berkomunikasi.

Sekiranya ibu bapa memahami apa yang diarahkan oleh guru , isu berkenaan tidak
mungkin berlaku. Ibu bapa juga sepatutnya tidak menunggu untuk menerima apa apa
mesej dari pihak sekolah, sepatutnya jika ia seorang ibu bapa yang proaktif , dia
seharusnya meminta penjelasan lebih lanjut daripada guru dan tidaklah terus mengugut
atau menyalahkan guru. Sesungguhnya dalam isu ini kedua dua pihak perlu bertolak
ansur dan berkerjasama demi kebaikan anak anak .

Anda mungkin juga menyukai