Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 3:Sub.Modul 1.

Kecemerlangan sesebuah organisasi atau sekolah amat bergantung kepada mercu pemimpin
yang berwawasan,berketrampilan dan berfikiran strategik. Guru besar sebagai peneraju
perubahan di sekolah harus mendapat sokongan yang mantap dan utuh daripada warga
sekolah amnya dan warga pendidik khasnya supaya sesuatu pembaharuan mencapai
matlamat.

Bagi melalui proses perubahan, guru besar boleh menggunakan Model John Kotter (1995)
untuk membantunya “Menerajui Perubahan”, menaikkan semangat warga pendidikan
menjayakan transformasi pendidikan. Selain Model Kotter, Model MichealFellen, Model
Perubahan Lewin,Model Lengkuk.Model Perubahan Kubler-Ross juga sesuai digunakan untuk
meningkatkan semangat pasukan sekolah untuk mencapai hasrat transformasi pendidikan.

Mengikut Model Perubahan John Kotter


terdapat 8 langkah untuk melaksana dan
melestarikan perubahan.

1. Mewujudkan kesegeraan / desakan untuk berubah

Guru besar perlu memberi pendedahan kepada warga pendidik sebab dan akibat
keperluan perubahan dilakukan melalui kutipan data-data. Guru besar perlu mengenal
pasti dan berbincang tentang krisis, ancaman atau kesan positif selepas perubahan.

2. Membentuk pasukan yang kuat


Guru besar perlu memilih anggota warga pendidik yang mempunyai kemahiran
yang berbeza untuk menjayakan perubahan. Ahli-ahli ini sanggup dan rela
korbankan masa dan tenaga untuk menjayakan perubahan. Mereka mempunyai
kepercayaan dan keyakinan perubahan yang dijalankan membawa manfaat
kepada anak murid dan sekolah. Mereka akan bertindak sebagai ejen
perubahan.
3. Membina Visi
Visi yang jelas dan tepat perlu dibentuk supaya semua warga jelas tuju hala
perubahan yang diingini dan memahami persoalan mengapa perubahan perlu
dilakukan. Pembinaan visi ini juga mengelakkan anggota menyimpang ke arah
lain.
4. Menyebarkan visi perubahan
Visi dan strategi perubahan disebar meluas kepada semua warga pendidik. Guru
besar, pentadbir dan jawatan kuasa boleh memudahkan perubahan dengan
menunjuk tingkah laku baru yang mahu dijadikan ikutan warga lain.
5. Mengikis Halangan
Guru besar perlu mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah dan kesulitan
yang timbul ketika perubahan dilaksanakan untuk menghapuskan halangan
kepada perubahan dari segi struktur, sistem atau prosedur yang membentutkan
perubahan.
6. Pengiktirafan kejayaan jangka pendek
Guru besar perlu wujudkan situasi meraikan kejayaan jangka pendek dengan
guru-guru supaya mereka merasakan kepuasan jiwa ke atas usaha perubahan
yang dijalankan. Guru besar juga memberi penghargaan kepada warga sekolah
atau pendidik yang berjaya melalui perubahan seperti sijil penghargaan atau
kata-kata perangsang. Tindakan ini juga akanmenjadi motivasi kepada guru lain
menjadi ikutan
7. Mengukuh penambahbaikan
Daripada kejayaan jangka pendek yang dicapai. Guru besar boleh memurnikan
halangan-halangan dan kekangan yang timbul. Sistem atau prosedur yang
melambatkan perubahan boleh diubah untuk mencapai matlamat perubahan
8. Membudayakan perubahan
Pada peringkat ini, guru besar perlu mengabadikan perubahan dalam amalan
budaya organisasi sebagai normal baru menjadikannya lebih stabil dan
menggantikan tingkah laku lama dengan kekal.

Menurut Griffin membuat keputusan ialah tindakan memilih satu alternatif daripada
pelbagai alternatif. Proses membuat keputusan perlulah memahami situasi, mengenal
pasti alternatif dan memilih alternatif yang terbaik dan dijadikan amalan.

Guru besar yang berfikiran strategik harus mempunyai kemahiran dan pengetahuan
membuat keputusan. Keputusan yang dibuat oleh guru besar akan membawa kesan
yang besar kepada organisasi. Oleh itu, kecekapan dalam membuat pilihan melalui
proses-proses membuat keputusan amat penting. Guru besar yang berwawasan akan
membuat keputusan berdasarkan faktor objektif seperti angka, data secara kuantitatif
atau mengguna alat bantuan / teknik seperti 5 why, 5 WIH, rajah tulang ikan,
sumbangsaran analisis Pareto, 6 topi pemikiran dan beberapa alat untuk membantu
beliau membuat keputusan terbaik.

Chang & Kelley,1993 menyatakan penyelesaian masalah melibatkan proses berfikir


secara berperingkat untuk mengenal pasti punca sebenar dan seterusnya membina
beberapa alternatif untuk cara penyelesaian sebelum memutuskan strategi terbaik.

Lantaran itu, seorang guru besar perlu memiliki kemahiran penyelesaian masalah
untuk menanggani sesuatu masalah daripada aspek akademik,
pengurusanvpentadbiran, kemenjadian murid, iklim sekolah yang kondusif dan
sebagainya. Oleh itu guru besar disarankan mengguna teknik dan model yang
diperkenalkan oleh Chang dan Kelley yang terdapat enam langkah penyelesaian
masalah iaitu kenal pasti masalah, analisis punca masalah, kenal pasti cara
penyelesaian, pilih penyelesaian terbaik, bentuk plan tindakan dan terakhir ialah
pelaksanaan dan penilaian untuk menyelesaikan sesuatu isu

Anda mungkin juga menyukai