Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN MODUL 1 BERKETERAMPILAN

SUB MODUL 1.1 KUALITI KENDIRI PEMIMPIN SEKOLAH


TUGASAN 1
NAMA BANJAMIN @ ISMAIL BIN ATIN
KELAS SMSB1
Soalan :
Berdasarkan petikan tersebut, pilih SATU ciri daripada Tonggak 12 dan jelaskan
bagaimana ciri tersebut memberi impak kepada anda sebagai seorang pemimpin

Tonggak 12 merupakan cetusan idea dan prinsip yang diilhamkan oleh Tan Sri
Dato’ Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid pada tahun 1992 ketika menjawat jawatan sebagai
Ketua Setiausaha Negara ketika itu. Tonggak 12 iaitu satu garis panduan yang beliau
sarankan untuk diamalkan oleh semua kakitangan awam untuk bagi menjamin mutu
perkhidmatan awam lebih cekap dan berkualiti. Tonggak 12 merupakan sekumpulan dasar
dan panduan yang dijadikan sebagai pokok kepercayaan yang menjadi asas sesuatu
tindakan yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan perkhidmatan awam di
semua peringkat. Tonggak 12 mengandungi panduan- panduan, contoh-contoh nilai dan
etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan dan amalan-amalan negatif
yang perlu dihentikan. Tonggak 12 merupakan dasar dan pokok kepercayaan dan
pegangan kepada sesuatu tindakan oleh pejawat awam. Selain itu ia menjadi amalan
kepada semua peringkat kakitangan awam di negara ini. . Kakitangan awam perlu
mengamalkan sikap yang baik dan menghindari sikap negatif. Ia juga akan mewujudkan
kepercayaan bahawa pengamalan nilai-nilai baik akan menjadikan kakitangan awam lebih
cemerlang dan berkualiti.

Tonggak 12 menjelaskan konsep nilai, norma dan etika dalam kehidupan kita
seharian. Ia sewajarnya diamalkan oleh semua kakitangan awam dan di sekolah semua
warga sekolah seharusnya memahami dan menghayatinya untuk membantu
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai seorang pemimpin warga
pendidikan penghayatan dan pengamalan Tonggak 12 seharusnya dapat memberi impak
yang positif .

Sebagai seorang pengetua yang menjadi penaraju, pembimbing dan pendorong


kepada organisasi pengamalan tonggak 12 ini adalah satu alat yang penting dan berkesan
yang mesti dibudayakan dalam pengurusan sekolah. Saya memilih tonggak amalan
Kekuatan Sifat Baik Hati sebagai ulasan saya dalam tugasan ini. Sifat baik hati yang
dimaksudkan itu merangkumi sifat-sifat baik hati seperti bersopan santun setiap masa,
pemaaf dan berhemah tinggi, simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain, ikhlas
dan bertimbang rasa, pemurah dalam usaha kebaikan, mudah mesra dan bekerjasama,
merendah diri, berbudi mulia, boleh menerima teguran, berlaku adil dalam semua
tindakan, sedia menerima cadangan dan banyak lagi.

Semua orang akan merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati apabila
menemui ataupun berurusan dengan mereka. Sifat-sifat baik hati ini menerbitkan satu
suasana yang selesa tanpa kita merasai perasaan risau dan gentar apabila bersama.
Penampilan bersopan santun, sifat yang merendah diri, sentiasa memaafkan, pemurah,
boleh bertimbang rasa, beramah mesra, kasih sayang, bersimpati dan suka menolong
rakan-rakan dan mereka yang berada disekitarnya. Mengapa kita sukakan sifat-sifat
sedemikian dan tidak yang sebaliknya?. Tentulah sifat-sifat baik itu sifat semulajadi
manusia iaitu sifat fitrah manusia.

Pengetua selaku pemimpin tertinggi sekolah juga hendaklah mengelak dan


mencegah diri dan anak anak buah daripada mengamalkan sikap yang bertentangan
dengan amalan sifat baik hati. Selaku pemimpin, pengetua mestilah mengelakkan sifat-
sifat berlawanan sebagai pelengkap kepada amalan kekuatan sifat baik hati. Antara sifat-
sifat berlawanan yang perlu dielakkan itu ialah kasar dan kurang sopan, berdendam bila
tidak dapat sesuatu kemahuan, bersikap tidak peduli terhadap teguran dan nasihat, tidak
bertimbang rasa, mementingkan diri sendiri, sombong, bongkak dan membesar-besar diri,
bermuka-muka, cepat menghukum tanpa siasatan, cepat menuduh tanpa siasatan, suka
mencaci, suka menghina orang, tidak boleh menerima kritikan, cepat membuat kritikan.

Sebagai seorang pemimpin sekolah , amatlah penting untuk merancang dan


menarajui perubahan ke arah mengamalkan tonggak 12 sebagai salah satu panduan dan
dasar dalam pentadbiran organisasi sekolah yang dipimpinnya. Sifat baik hati bukan
sahaja akan memberikan impak yang positif kepada mereka yang mengamalkannya tetapi
juga akan mempengaruhi serta memberikan impak yang positif kepada mereka yang
berurusan dengan mereka yang mengamalkannya. Pengamalan sifat baik hati oleh semua
warga sekolah bermula dalam kalangan barisan pentadbiran, guru-guru dan seterusnya
para pelajar akan membudayakan sifat ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan
sekolah.
TUGASAN MODUL 1 BERKETERAMPILAN
SUB MODUL 1.2 MESTERI KEPIMPINAN
TUGASAN 2
NAMA BANJAMIN @ ISMAIL BIN ATIN
KELAS SMSB1
Soalan Tugasan :
Bagaimana anda selaku PGB mengaplikasikan Ciri-ciri pemimpin berkesan (yang
terdapat dalam artikel) dalam menyelesaikan isu dan cabaran Pendidikan ketika
pendemik

Dalam tugasan ini saya memilih 4 ciri pemimpin berkesan (terdapat dalam artikel) dan
mengambil isu dan cabaran pembelajaran semasa pendemik. Saya memilih ciri
ii. mempunyai pengaruh, ciri iii, berupayah memujuk dan ciri iv. Mampu membimbing
sebagai ulasan saya pada tugasan ini.

Pada ketika situasi pendemik berlaku terdapat pelbagai halangan berlakunya


pembelajaran dan pengajaran secara bersuamuka disebabkan oleh pelaksanaan perintah
pergerakan terhad dan penutupan sekolah secara menyeluruh. Sebagai pengetua yang
memimpin sekolah dan pemegang taruh kepada matlamat pendidikan, pengetua mestilah
mempraktikan ciri pemimpin berkesan iaitu ciri mempunyai pengaruh kepada semua
warga yang diketuainya di sekolah yang terdiri daripada semua warga sekolah bermula
dengan guru-guru hingglah kepada para pelajar. Pengetua mestilah menggunakan
pengaruhnya sebagai pemimpin untuk menenangkan dan menetapkan semua pihak agar
lebih jelas dalam semua tindakan dan proses tindakan yang mereka laksanakan untuk
mengharungi situasi pendemik yang berlaku. Ibaratnya seorang Nahkoda kapal yang
tegas dan jelas tindakan dan proses tindakannya akan mampu memastikan kapal yang
dikemudikannya kekal selamat walaupun menredah lawatan badai mengganas di tengah
lautan.

Maka dengan pengaruh tersebut pengetua akan dengan mudahnya pula mencapai ciri
kedua iaitu mampu memujuk, mengajak dan memacuh warga sekolah bertindakbalas
dengan lebih rasional dan konsisten dalam suasana gawat yang sedang dihadapi. Dengan
pengaruh dan pujukan tersebut barulah kesan-kesan negatif pendemik yang berlaku dapat
dihuraikan dan diatasi dengan lebih sistematik. Guru-guru dan para pelajar yang diketuai
oleh pengetua yang mampu mempangaruhi mereka berfikiran positif, sekaligus akan
berjaya memujuk semua pihak dapat melaksanakan semua arahan dan pelan yang diatur
dan direncanakan oleh pihak kementerian dam semua pihak dalam mendepani siu
pendemik ini. Satu lagi ciri pemimpin berkesan yang saya pilih adalah mampu
membimbing, yang bermaksud pengetua perlu menjadi pembimbing kepada semua warga
pimpinannya terutamanya bagi mereka yang masih lagi kurang jelas dalam tindakan
kerana situasi pendemik ini merupakan pengalaman yang baru mereka tempuhi dan rasai.
Pengetua perlu menjadi pembimbing yang baik dengan mempunyai pengetahuan yang
lebih jelas dan terkini dalam melaksanakan pelan-pelan yang telah direncanakan secara
mendadak dalam menghadapi situasi pendemik ini. Selain mempunyai pengetahuan
sendiri, pengetua juga perlu bijak menggunakan ruang dan peluang yang ada dengan
berkongsi jalinan dan jaringan dengan semua pihak yang terlibat terutamanya para
ibubapa pelajar dan agensi-agensi lain yang secara langsung dan tidak langsung
mempunyai hubungan menagani masalah pendemik. Seterusnya pengetua juga perlu
menyahut cabaran pendemik ini dengan melaksanakan semua arahan dan tindakan yang
telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memastikan semua pihak menjadi satu kumpulan
yang bertindak secara bersama dalam menghadapi cabaran pendemik ini.
TUGASAN MODUL 1 BERKETERAMPILAN
SUB MODUL 1.4 KOMUNIKASI BERKESAN
TUGASAN 3
NAMA BANJAMIN @ ISMAIL BIN ATIN
KELAS SMSB1
Soalan Tugasan 2
Paparan di atas adalah berkaitan dengan isu komunikasi.Mengapakah berlakunya isu
komunikasi seperti yang dinyatakan dalam paparan tersebut ?

Dua Paparan yang diberikan menunjukkan situasi yang terdapat isu komunikasi
antara pihak guru dengan pelajar dan ibubapa pelajar. Situasi ugutan dan rasa tidak
puashati pelajar dan bubapa merupakan satu situasi yang perlu diselesaikan secara
berhemah oelah semua pihak yang terlibat dengan mengambilkira tindakan dari pelbagai
sudut terutamanya komunikasi. Situasi ini berlaku semasa pelaksanaan Kawalan
Pergerakan (PKP ) covid-19 mula melanda negara ini pada awal tahun 2019. Perubahan
yang drastik dan kekurangan persediaan serta pengalaman untuk berhadapan dengan
situasi berkenaan telah mengundang rasa kegelisahan dan tekanan hidup kepada
mesyarakat yang akhirnya membawa kepada emosi yang tertekan dan tindak balas yang
negatif.

Kegagalan penyampaian maklumat dalam rantaian komunikasi, telah mencetuskan


isu ini dalam kalangan pihak ibu bapa, guru dan seterusnya sekolah. Maklumat yang
disampaikan kurang difahami dan diterjemah oleh para ibubapa menyebabkan hasrat oleh
pihak sekolah. Ada dalam kalangan pelajar dan ibu bapa mereka tidak memahami apa
yang disarankan oleh sekolah kepada para pelajar buat di rumah seperti membaca buka
teks dan memberikan kerja rumah.  .

Suasana yang datang dengan mendadak menyebabkan semua pihak berada


dalam keadaan yang tidak bersedia menghadapi situasi PKP ini. Terdapat beberapa
halangan yang menghalang komunikasi berkesan. Antara halangan komunikasi dalam
situasi ini adalah kurang perhatian kepada maklumat yang disampaikan. Suasana
pendemik serta kesibukan ibu bapa meyebabkan mereka ketinggalan untuk mendengar
taklimat atau perbincangan antara cikgu dan ibu bapa tentang tugasan yang perlu
dilakukan oleh anak anak di rumah semasa PKP. Situasi ini menimbulkan isu ibu bapa
salah faham dan ada kalangan mereka menganggap guru guru kerana tidak memahami
masalah mereka. Kaedah penyampaian maklumat yang terhad semasa PKP merupakan
antara punca maklumat yang jelas dan segera tidak dapat diterima oleh mesyarakat
dengan sempurna.

Infrastruktur komunikasi yang terhad di kawasan-kawasan tertentu seperti pedalaman


seperti ketiadaan talian internet, siaran televisyen dan radio menyebabkan mereka tidak
mendapat maklumat yang jelas dan cepat.

Tekanan dari segi pergerakan dan emosi juga menyebabkan penyampaian dan
penerimaaan maklumat semua pihak yang terlibat tegang dan tidak mencapai matlamat
yang optima sekaligus mengundang perasaan marah dan lebih beremosi. Perubahan
yang mendadak juga menjadi salah satu punca perkara ini berlaku kerana suasana
pendemik dan PKP ini merupakan satu pengalaman dan suasana baharu kita semua
hadapi.

Selain itu perbezaan latar belakang termasuklah kebudayaan antara penyampai


dan penerima mesej juga merupakan punca isu berkenaan tercetus. Oleh itu pentadbir
sekolah harus memastikan guru guru memahami budaya setempat agar memudahkan
mereka berkomunikasi secara berkesan dengan ibu bapa pelajar. Ini termasuklah untuk
cuba memahami bahasa, penggunaan dialek, loghat dan bahasa teknikal dalam sesebuah
mesyarakat dan lokasi.

Sehubungan dengan isu ini, semua pihak perlulah mencapai persefahaman yang
kukuh dan jelas dengan mengwujudkan rangkaian komunikasi yang lebih harmoni dan
bestari bermula dengan hubungan yang jelas dan profesional antara kalangan pihak
sekolah dengan pelajar dan ibubapa mereka. Semua pihak perlu menghormati sempadan-
sempadan tindakan dan komunikasi yang diamalkan dalam kalangan semua pihak.
Komunikasi bestari yang saya maksudkan adalah menggunakan kemudahan-kemudahan
komunikasi yang lebih mudah dan mampu diakses oleh semua pihak seperti menyediakan
kumpulan wassp rasmi ibubapa dan pihak sekolah dan rangkaian komunikasi
menggunakan radio amatur bagi kawasan-kawasan yang tiada akses internet.

Komunikasi yang berkesan amat penting dan mestilah diurus dengan jelas dan
konsisten agar perkara seperti yang dipaparkan ini dapat dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai