Anda di halaman 1dari 3

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Written by MOHD ESA BIN DASIM. Posted in PPD Pontian

Kepimpinan bermaksud keupayaan untuk mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan


tingkah laku pengikutnya untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi. Dari aspek kepimpinan di
institusi pendidikan pula, kepimpinan ialah keupayaan pemimpin mempengaruhi, memotivasi,
mengubah sikap dan tingkah laku pengikutnya (subordinat) untuk menjayakan sebarang perubahan
bagi mencapai matlamat organisasi. Manakala perkataan ‘instruksional’    berasal daripada
perkataan bahasa Inggeris “instruction” yang berasal daripada kata dasar “instruct” yang
bermaksud ‘ajar’. 

Perkataan instruksional ialah kata kerja yang bererti ‘pengajaran’ atau ‘proses mengajar sesuatu’.
Menurut Abdul Ghani (2011), sebagai pemimpin pengajaran atau instruksional, pengetua
memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelia, penilai dan pembekal sumber bagi
menggalakkan dan membaiki pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Kepimpinan juga
merujuk kepada “setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang
benarbenar bermanfaat”. Tindakan: pergerakan dan inisiatif.

 “Tindakan-tindakan yang diambil oleh seorang pengetua atau yang diturun kuasa untuk
meningkatkan perkembangan pembelajaran murid”. (Debevoise, 1984).
 Sumber-sumber : manusia yang cekap, mesin, proses atau kaedah, bahan, hardware dan
persekitaran yang menggalakkan. (Flath, 1989)

Seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian    pelajaran dan


menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan visi
sekolah satu kenyataan. Kepimpinan instruksional merupakan gabungan penyeliaan, pembangunan
staf dan perkembangan kurikulum. Kepimpinan instruksional melaksanakan pelbagai tugas seperti
pencerapan di dalam bilik darjah, pembangunan staf dan pembangunan kurikulum. (Smith dan
Andrews, 1989).

Kepimpinan instruksional adalah usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk
menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembang proses  pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. (Hussein, 1989). Kepimpinan instruksional
memberi tumpuan kepada arahan dan tunjuk ajar, membina komuniti pembelajaran, berkongsi
sama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahan perkara-perkara asas, manfaat
dan mengoptimumkan masa, menyokong perkembangan staf yang berterusan, merancang semula
sumber-sumber untuk menyokong program sekolah. 

Mencipta satu iklim integriti, inkuiri dan penambahbaikan secara berterusan. (Brewer, 2001). 
Kepimpinan instruksional ialah pemimpin sekolah yang mengambil peduli (cakna) terhadap
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar serta perkembangannya dan sentiasa membina suasana
dan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah. 

Di sekolah, apabila sesuatu perubahan diperkenalkan, pengetua sebagai pemimpin instruksional


bertanggungjawab mengimplementasikan perubahan tersebut. Berjaya atau gagal perubahan itu
bergantung kepada pengetua sekolah (Hussein, 2008). Pengetua mesti bersedia untuk menghadapi
segala cabaran dan melaksanakan perubahan demi kecemerlangan organisasi sekolah.  Dalam
buku Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg 2) oleh Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti telah digariskan bahawa pengetua adalah sebagai pemimpin instruksional yang
akan menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menggalakkan pemupukan budaya belajar dalam  kalangan muridnya.    

Mengikut garis panduan ini, sebagai pemimpin instruksional, pengetua perlu melaksanakan tugas-
tugas seperti:  

 menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas, tepat dan berfokus tentang pelaksanaan
kurikulum sekolah.
 mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan.
 menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran, pedagogi dan memimpin pelaksanaan pengajaran
secara berkesan, di samping menyebarkan amalan terbaik pengajaran dan    pembelajaran   
kepada guru-gurunya di peringkat sekolah.
 mencerap pengajaran dan pembelajaran semua guru di mana pengetua menggunakan maklum
balas pencerapan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran;  
 menyelia hasil kerja dan pencapaian murid secara sistematik dan berterusan;
 menyelia perancangan pengajaran dan semua hasil kerja guru berkaitan pengajaran dan
pembelajaran secara tekal;
 mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif secara menyeluruh bagi menyokong pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid; dan
 mewujudkan budaya belajar yang dapat diperlihatkan oleh hampir keseluruhan warga sekolah.

Secara keseluruhannya, kepimpinan instruksional adalah segala amalan tingkah laku perancangan
pengetua yang jelas disampaikan bertujuan untuk mempengaruhi,  menerajui, memberi bimbingan,
dan dorongan kepada guru dan murid dalam usaha menambah baik dan meningkatkan program-
program berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat sekolah
berkualiti  yang ditetapkan. Hallinger dan Murphy (1985) telah mengemukakan model kepimpinan
instruksional yang mengandungi 3 domain dengan 11 elemen iaitu:

Anda mungkin juga menyukai