Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN MODUL 3 : MENERAJUI PERUBAHAN.

i. Memimpin perubahan di sesuatu organisasi.

Perubahan merupakan satu proses transformasi daripada pemikiran, kaedah atau


pendekatan sedia ada kepada corak pemikiran, kaedah dan pendekatan baru , Sharina Abdullah
(2013). Seorang pemimpin haruslah berani melakukan perubahan dalam organisasi yang diterajuinya.
Pemimpin yang baik bukan sahaja dapat mencetus idea perubahan, malah membimbing ke arah
mencapai matlamat. Terdapat beberapa amalan yang perlu dilalukan oleh seorang peneraju
perubahan agar matlamat dapat dicapai di samping dapat meminimumkan isu atau tentangan.

Antara amalan yang boleh diikuti ialah seperti yang dicadangkan dalam model JP Kotter
(1996) dalam bukunya Leading Change iaitu yang merangkumi lapan langkah utama, iaitu

ii. membentuk kesedaran atau kesegeraan ahli,


iii. membentuk pasukan yang kuat,
iv. membina visi,
v. menyebarkan visi perubahan,
vi. menurunkan kuasa,
vii. membentuk kejayaan jangka pendek,
viii. mengukuhkan penambahbaikan
ix. membudayakan perubahan.

Kotter juga menegaskan tentang pemimpin perubahan perlu membantu pekerja menerima
dan gembira dengan perubahan.

Perubahan dalam organisasi memerlukan jangka masa untuk direalisasikan. Ia tidak boleh
dicapai dalam sekelip mata dan tidak boleh dilakukan bersendirian. Semua ahli dalam organisasi
perlu menyedari dan menyumbang kepada perubahan. Maka untuk itu, seorang pemimpin harus
bijak dan tenang dalam merangka tindakan yang perlu dilakukan.

Sesuatu perubahan juga perlu dipimpin sebijaknya supaya :

- Sumber dapat diselaraskan.


- Seluruh warga dapat menilai impak yang terhasil
- Dapat mengurangkan gangguan dan kesan negatif ke atas rutin harian.
- Singkatkan masa dan menguruskan kos
ii. Membuat sesuatu keputusan

Seorang pemimpin juga perlu mengambil langkah proaktif dalam membuat sesuatu
keputusan. Setiap keputusan yang diambil perlu dianalisis dengan tetili, dengan mengambil
beberapa faktor agar ia tidak menimbulkan sebarang isu atau penolakan dari pihak lain. Hal
ini demikian kerana, prubahan yang ingin dilaksanakan mungkin membuat beberapa pihak
berasa tidak senang dan merasakan perubahan tidak perlu dibuat. Griffin (2015)
menggariskan beberapa alternatif yang boleh diambil oleh pemimpin sebelum membuat
keputusan iaitu yang melibatkan proses memahami alternatif, mengenal pasti alternatif,
memilih alternatif dan menjadikan alternatif yang dipilih sebagai satu amalan, Chang & Kelly
pula menyatakan tentang proses berfikir secara berperingkat iaitu membina alternatif dan
memilih strategi terbaik.

iii. Menyelesaikan masalah tertentu.

Kemahiran menyelesaikan masalah juga perlu dikuasi oleh pemimpin kerana jika
seorang pemimpin tidak dapat menyelesaikan masalah yang timbul, dikhuatiri akan berlaku
konflik peribadi ataupun isu kepada organisasi hingga boleh menyebabkan organisasi
menjadi lemah dan matlamat tidak dapat dicapai.

Terdapat beberapa langkah dalam menyelesaikan masalah yang dinyatakan oleh


Munni Anwar iaitu mengenal pasti masalah, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan,
meninjau kesan akibat pilihan , memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian masalah,
melaksanakan penyelesaian dan menyemak atau menilai keputusan,

Seorang pemimpin tidak boleh terburu-buru membuat keputusan atau bertindak


berdasarkan emosi semata-mata kerana emosi boleh mempengaruhi individu membuat
keputusan yang salah. Chang & Kelly (1993) pula menyarankan beberapa langkah dalam
mengambil keputusan yang boleh dijadikan panduan oleh pemimpin iaitu:-

i. Memahami masalah
ii. Menganalisis punca masalah
iii. Mengenal pasti penyelesaian
iv. Memilih penyelesaian
v. Menyediakan pelan Tindakan
vi. Melaksana dan menilai Tindakan

Tidak kiralah apa jua masalah, ianya perlu dikaji terlebih dahulu dan setiap pilihan
perlu disemak dengan baik sebelum keputusan dibuat.

3. Penambahbaikan amalan sedia ada yang perlu saya laksanakan untuk menerajui
perubahan di sekolah/ organisasi dengan berkesan. Saya melihat kepada masalah komunikasi
antara pemegang taruh dan pentadbir / warga sekolah perlu diperbaiki.

Saya perlu lebih tegas dalam membawa perubahan terhadap system komunikasi antara
guru kelas dan ibu bapa. Ada guru kelas yang berdegil tidak mahu mewujudkan kumpulan
‘whatsapp’ atau telegram ibu bapa, atas pelbagai alasan, Impaknya, banyak maklumat penting
tidak dapat disebarkan dan berlaku salah faham antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Saya faham bahawa perubahan akan membuat ramai tidak selesa dan bimbang, namun
saya akan cuba sedaya upaya mengikut langkah yang disarankan oleh JP Kotter iaitu
menimbulkan kesedaran atau kesegeraan supaya visi lebih mudah dilaksanakan. Sebagai
langkah awal, saya telah pun merombak beberapa jawatan kuasa dalam unit HEM dengan
meletakkan individua tau kumpulan kerja yang kuat bagi membantu saya melaksanakan visi.

Seterusnya saya akan membimbing guru kelas agar mereka tidak bimbang dan risau,
juga bagi meneguhkan kepercayaan mereka bahawa mereka tidak akan dibiarkan dalam
menangani isu di dalam group bersama ibu bapa. Saya akan mengenal pasti suri teladan yang
boleh dijadikan contoh dan memberi penghargaan agar semua guru dapat suntikan motivasi.
Ia merupakan satu proses berterusan sehinggalah ia menjadi budaya dalam kalangan warga
sekolah.

Rujukan :

1. Sharina Abdullah, 2013


https://www.ikma.edu.my/images/dokumen/penerbitan/demensi/demensi-koop-41/41-
7.pdf
2. https://www.slideshare.net/munnianwar/kemahiran-menyelesaikan-masalah

Anda mungkin juga menyukai