Anda di halaman 1dari 9

PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT DAN ARAHAN PERBENDAHARAAN TAJUK: NO.

1 Huraikan amalan- amalan positif dan negatif yang yang berkaitan dengan Menghargai masa, Keseronokan bekerja,Ketekunan membawa

kejayaan daan Kewajipan menjalankan tugas seperti yang terkandung di dalam TONGGAK 12

Tonggak Dua Belas adalah dua belas peringatan yang sekiranya diamalkan akan dapat membentuk anggota perkhidmatan awam yang berperibadi

mulia.Tonggak Dua Belas mengandungi banyak nilai-nilai yang sekiranya dihayati dapat mewujudkan anggota perkhidmatan awam yang unggul dan perkhidmatan awam yang benar-benar berkualiti. Ia merupakan salah satu daripada usaha-usaha kerajaan untuk menerapkan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam.Makna tonggak ialah asas, dasar, panduan, pokok pegangan dan k e p e r c a y a a n Contohnya: Agama Islam sebagai tonggak masyarakat; tawakal adalah tonggak kepercayaan kita. Dalam konteks perbicaraan kita, Tonggak Dua Belas merupakan dua belas panduan bagi semua anggota perkhidmatan awam yang unggul. Tonggak Dua Belas mengandungi dua belas tonggak yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi. Dua belas tonggak tersebut adalah seperti yang berikut: 1. Menghargai Masa 2. Ketekunan Membawa Kejayaan 3. Keseronokan Bekerja 4. Kemuliaan Kesederhanaan 5. Ketinggian Peribadi 6. Kekuatan Sifat Baik Hati 7. Pengaruh Teladan 8. Kewajipan Menjalankan Tugas 9. Kebijaksanaan Berhemat 10. Keutamaan Kesabaran 11. Peningkatan Bakat 12. Nikmat Mencipta.

Tonggak Dua Belas mengemukakan panduan -panduan, contoh-contoh nilai, etika sertaamalan-amalan baik yang perlu diamalkan dan amalan amalan negatif yang perlu dihentikan. Tumpuan utama setiap tonggak adalah individu dan Tonggak Dua Belas boleh dijadikan panduan untuk merubah tingkah laku seseorang individu.Imam Al-Ghazali telah mengemukakan beberapa cara untuk mengubah tingkah laku seseorang. Untuk golongan dewasa, kaedah yang disarankan ialah melalui latihan diri atau habituation (mentabiatkan) sesuatu perbuatan yang baik sehingga ia menjadi mudah dilakukan,kemudian menjadi spontan, dan seterusnva menimbulkan kenikmatan apabila

melakukannya. Diperingkat ini, perlakuan tersebut telah menjadi satu tabiat. Kaedah ini dilaksanakan melalui beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah seseorang itu perlu merenung kembali akan dirinya sendiri dan mengakui bahawa ia memiliki beberapa sifat negatif yang perlu dikikis dan digantikan dengan Umpamanya, jika sifat-sifat berlawanan, memiliki yakni sifat-sifat sifat kedekut, ia yang baik. hendaklah

seseorang

menggantikannya dengan sifat pemurah dengan membiasakan diri memberi derma clan sedekah.Dengan melakukan perbuatan seperti menderma apabila didatangi oleh seorang peminta derma atau sedekah secara berulangulang, lama kelamaan sifat pemurah ini menjadi kebiasaandan akhirnya menjadi satu tabiat. Perbuatan ini pada permulaan didapati begitu sukar untuk dilakukan kerana sikap kedekut masih wujud dalam dirinya. Tetapi apabila dilakukan berulang-ulang, ia akan menjadi spontan, iaitu setiap kali melihat orang susah atau peminta sedekah dimana sahaj a ia akan menderma walaupun ketika itu ia mempunyai sedikit wang. Begitu juga dengan sifat bersih. Seseorang yang telah menghayati sifat bersih sehingga menjadi satu tabiat,akan menunjukkan kebersihannya walau di mana ia berada, sama ada di rumah, di tempa t kerja atau di tempat awam. Tetapi seseorang yang belum sampai ke peringkat mentabiatkannya, akan hanya menunjukkan sikap bersih di rumahnya sahaja, tetapi apabila di tempat lain, dia akan membuang sampah di merata tempat. Contoh seterusnya ialah, seorang rakyat Malaysia apabila berada di Singapura begitu berhati-hati untuk tidak membuang sampah, kerana takut dikenakan denda. Tetapi apabila sahaja, ia melepasi tambak Johor dengan sendirinya ia bertukar

menjad iorang yang tidak menghiraukan kebersihan. Oran g begini belum dikatakan mempunyai tabiat bersih, kerana perbuatan bersih tidak

spontan, malah ditentukan oleh situasi atau keadaan.Matlamat usaha penerapan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam adalah untuk membentuk tabiat yang mulia. Di sinilah letaknya peranan Tonggak Dua Belas sebagai satu panduan bagi setiap anggota perkhidmatan awam untuk mengikis sifat-sifat yang negatif dan menggantikannya dengan sifat-sifat positif.Ia juga azam untuk meninggikan mutu perkhidmatan,bekerja dengan penuh

tanggungjawab,berusaha mengikis sikap mementingkan diri,berkhidmat dengan penuh kasih sayang.Tonggak 12 merupakan dasar dan pokok kepercayaan dan pegangan kepada sesuatu tindakan oleh penjawat awam dan merupakan amalan kepada semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi.Ia juga menjadi pengiring kepada Etika Perkhidmatan Awam. Antara amalan- amalan yang terdapat dalam Tonggak 12 ialah:

1. Menghargai Masa Orang yang menghargai masa menganggap masa itu emas. Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti suatu kerugian,kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali.Pada hari ini, dengan adanya teknologi canggih maka perhubungan menjadi semakin rapat dan banyak keputusan dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.Perbuatan tidak

menghargai masa masih banyak berlaku di kalangan anggota perkhidmatan awam. Terdapat amalan- amalan positif yang berkaitan dengan menghargai masa iaitu menepati masa, menyegerakan tugas, mempunyai perancangan waktu, bijak menguruskan tempoh masa, menumpukan masa pada kerja- kerja yang produktif dan kreatif dan menyelesaikan tugas dalaaam masa yaaang singkat.Contohnya, penggunaan masa secara maksimum memerlukan disiplin diri yang ketat.Caranya ialah dengan menggunakan catatan penggunaan masa setiap hari. Tepat pada masa adalah satu tabiat yang mesti dibiasakan.Tabiat ini wujud hasil daripada ketinggian maruah diri dan adanya rasa hormat kepada orang lain.Contohnya, jikalau lewat tiba pada sesuatu majlis, mesyuarat atau temujanji, bermakna kita tidak ada maruah dan tidak dihormati.Seorang pegawai atasan perlulah mengetahui secara menyeluruh matlamat kerja, bidang kerja dan jangkamasa yang diambil untuk

menjalankan tugas- tugas apabila beliau memberi arahan kepada pegawai bawahannya. Beliau perlulah meminta sssupaya kerja- kerja tersebut disiapakan dalam waktu yang munasabah dan mampu diselesaikan oelh pgawai yang diarahnya. Manakala amalan- amalan negatif dapat dilihat dari perbuatan-perbuatan yang suka membazirkan masa dan penyalahgunaan masa rasmi seperti gemar berbual-bual kosong, berbual-bual di telefon mengenai hal-hal peribadi, melayani tetamu yang tidak ada kaitan dengan urusan rasmi, menggunakan waktu pejabat untuk tujuan peribadi seperti berniaga, menjalankan tugas-tugas tidak rasmi atau meninggalkan pejabat untuk urusan persendirian dan sebagainya. Contoh-contoh perbuatan yang menggambarkan sikap tidak menghargai masa antaranya ialah pengerusi mesyuarat tidak meraaancang masanya dengan cermat dan tepat akan memanjangkan mesyuarat sehingga meleret- leret. Mesyuarat yang sepatutnya selesai dalam masa dua jam tetapai terpaksaa mengambil masa empat hingga lima jaam dan ini membuang masa. Jika prioriti tidak dikenal pasti semua perkara akan dianggap sama pentingnya. Ini merugikan masa, tenaga dan wang. Oleh itu perkara- perkara penting mesti didahulukan. Kriteria prioriti mestilah ditentukan berdasarkan kemahuan objektif organisasi dan bukan nya berdasarkan

keperluanatau

individu.Untuk

menghapuskan

perbuatan-perbuatan

negatif, Tonggak Dua Belas mengemukakan sifat sifat mulia yang harus menggantikan sifat-sifat negatif tersebut; umpamanya menggantikan tabiat tidak menghargai masa dengan mengelak diri daripada berbual-bua lkosong kalau suka berniaga di waktu pejabat, elakkan diri dari berniaga barangbarang jualan seperti kain batik, alat-alat kosmetik, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Anggotaperkhidmatan awam digesa melatih diri melakukan kerja dengan sistematik, umpamanya menetapkan prioriti, menetapkan target masa untuk menyiapkan sesuatu tugas, tidak melengahkan kerja, menepati masa temujanji, mesyuarat atau majlis-majlis rasmi dan sebagainya. Amalan-amalan tersebut produktiviti. 2. Ketekunan Membawa Kejayaan Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurnanya dan membawa kejayaan serta akan menghasilkan kerja yang berkualiti dan meningkatkan

kecemerlangan kepada agensi dan individu. Amalan positif yang berkaitan

ketekunan menjalankan tugas ialah tekun dalam menjalankan tugas, berdisiplin dalam setiap pekerjaan, berpandan gan jauh, bercita- cita tinggi, tidak patah semangat, cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas, sanggup berkorban serta dedikasi dalam mencapai matlaamat orgaanisasi. Contohnya keazaman dan kegiginhan akan menjadikan kerja yang sukar berjaya dilaaksanakaan dan ini mendatangkan kepuasan. Ketekunan akan lahir jika terdapat disiplin diri ya ng tinggi.Antara cara yang baik untuk mendisiplinkan diri ialah dengan selalumembaiki kelemaahan diri dan meningkatkaan lagi kecekapan.Seseorang pegawai baru yang

dipertanggungjawab hendaklah sentiasa bersedia untuk bertugas dalam apa jua keadaan pun.Seseorang pegawai perlulah sentiasa berusaha untuk melengkapkandiri dengan pengetahuan dan berusaha bersungguh ssungguh Dalam untukmenjadi seorang untuk yang profesional dalam perkhidmatan bidangnya. tekun

usaha

menjadikan anggota

awam

menjalankan tugas,amalan-amalan negatif seperti malas, sambil lewa, suka bertangguh, disuruh buat baru buat, mudah mengalah, tidak bersemangat, tidak ada inisiatif, tidak kreatif serta suka bertangguh harus digantikan dengan sifat-sifat yang baik seperti rajin, dedikasi, tekun dan

bersemangat.Contohnya, seseorang yang mudah tersinggung dan bersikap negatif akan sukar memperbaaiki kelemahan dirinya. Ini akan membuatnya malas, lembab, takut menghadapi cabaran dan tidak tekun dengan kerjanya.Tabiat suka bertangguh boleh diatasi dengan penyeliaan yang lebih rapi dan kerap Penghayatan peringatan ini akan melahirkan pekerja yang tekun dan mahir kejayaan. menjalankan Seseorang tugas yang dan tekun selanjutnya akan bersedia

pasti membuahkan

menghadapi kesulitan serta cabaran dan tidak mudah putus asa atau patah semangat. Sifat ketekunan juga menjadikan seseorang itu berdisiplin.

3. Keseronokan Bekerja Dalam mewujudkan keseronokan bekerja, amalan-amalan positif seperti menganggap kerja sebagai satu satui badat yang mana pulangannya

adalah pahala, mempunyai inisiatif sendiri, menghasilkan sesuatu yang berfaedah, mempunyai komitmen terhadaap kerjaserta memberi kerjasama. Bekerja sangatsangat dituntut oleh agama kerana setiap orang harus berusaha bagi

menyara hidup diri sendiri serta keluarga mereka. Di samping itu, kita bekerja untuk kemajuan organisasi, masyarakat dan negara pasti akan memberikan kepuasan kepada pekerja . Namun untukmemperolehi ganjaran pahala, sesuatu kerja hendaklah dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, bersungguhsungguh dan sempurna. Pekerja yang menghayati konsepKeseronokan Beker ja tidak akan merasa kecewa jika tidak diberi pengiktirafan sepert ikenaikan pangkat, Anugerah Khidmat Cemerlang dan lain-lain. Dia bekerja dengan baik kerana pekerjaannya memberikan satu kepuasan hati serta kejayaan bagi dirinya. Selain daripada itu, pihak pengurusan juga perlu mewujudkan suasana yang boleh menimbulkan keseronokan bekerja di kalangan para pekerja, umpamanya mewujudkan suasana yang bersih, nyaman, penuh dengan tanaman pokok-pokok hijau serta pokok-pokok bunga di samping gaya kepimpinan yang terbuka serta kelengkapan dan kemudahan yang mencukupi.Manakala amalanamalan negatif ialah seperti dengan menganggap kerja sebagai satu beban, tidak komited, sentiasa mengharap dorongan oleh ketua, kerja tidak diiktiraf, tidak berdisiplin, tidak diberi tanggungjawab yang mencabar, tidak dipercayai serta selalu dicurigai dan hanya menunggu arahan hendaklah dikikis untuk mencapai

keseronokan dalam melakukan sesuatu pekerjaan .Contohnya, seseorang yang menganggap kerja sebagai beban tidak akan bersemangat untuk melaksanakan kerjanya.Ini akan timbul rasa jemu dan bosan. Ketua yang selalu mencurigai kepimpinan dan kebolehan pekerjanya akan menimbulkan rasa terasing di kalangan pekerja.Ketua seperti ini tidak cekap dan tidak ada daya kepimpinan yang baik.

4. Kewajipan Menjalankan Tugas Tugas adalah tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas setiap seseorang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untung- rugi produktiviti mereka. Tugas mesti dilaksanakan dengaaan cekap, cepat, berkesan dan

sempurna.Sebarang proses yang tidak menepati empat kriteria tadi maka hasilnya akan cela, rosak,lambat, tidak berguna, membazir dan seterusnya mendatangkan kerugian darinsegi wang, tenaga manusia, masa dan peralatan. Oleh yang demikian, sesuatu tugas itu memerlukan pengurusan yang baik supaaya tugas dapat dikendalikaan secara berkesan agar mencapai matlamat.Amalan- amalan positif

ialah sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi,tekun dan sabar menjalankan tugas, selalu mempunyai inisiatif sendiri, boleh diharap untuk menyempurnakan tugas, mementingkan kualiti, sentiasa belajar dari kesalahan dan bersikap profesional seta cekap dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Contoh amalan positif ialah seperti sifat bistari akan membolehkan seseorang itu berfikir bsemasa menjalankan tugasya dan dapat membuat unjuran mengenai masalah- masalah yang akan timbul serta sentiasa bersedia untuk menyelesaikan dengan baik di samping mengambil langkah- langkah pencegahan.Di samping itu untuk menjalankan sesuatu tugas dengan berkesan kita perlu memahami visi dan misi organisasi dengan jelas.Manakala amalan- amalan negatif seperti mudah menyeleweng daripada tanggungjawab, tidak boleh diharap, suka membangkang atau berdalih bila diberi tugas, tidak taat pada arahan,tidak bersungguh- sungguh daan suka bertangguh masih menjadi amalan anggota perkhidmatan awam. Tonggak Dua Belas menggariskan amalan-amalan yang harus

menggantikan amalan-amalan yang negatif iaitu bersikap lebih komited, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas, cekap, cermat,

cergas,mementingkan kualiti serta sanggup bekerja lebih masa apabila diperlukan berbuat demikian. Sekiranya semua pekerja merasa bahawa adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka menjalankan sesuatu tugas yang telah ditetapkan, maka akan lahir anggota yang rajin dan tekun menjalankan apa saja tugas tanpa perlu diarahkan dari masa ke semasa serta penyeliaan yang terlalu ketat. Setiap pekerja tahu tanggungjawab masing-masing dan mereka bekerja dengan tekun, rajin dan tidak mudah menyeleweng atau mencari helah untuk mengelak dari melakukan sesuatu tugas. Pekerja begini sentiasa sanggup memikul apa juga tugas dalam apa keadaan. Umpamanya, sanggup bekerja lebih masa atau datang pada hari cuti umum untuk menyelesaikan kerja yang tertunggak.

Kesimpulan Sekiranya diamati, dihayati dan dipraktikkan, Tonggak Dua Belas berupaya membentuk peribadiyang beretika tinggi di kalangan anggota

perkhidmatan awam di setiap peringkat. Namun segalausaha untuk memperbaiki akhlak seseorang memerlukan ilmu, keazaman, usaha secaraberterusan di samping kesabaran serta taufik dan hidayah dari Allah. Oleh itu, kita dianjurkanuntuk berdoa semoga Allah menyempurnakan akhlak kita sebagaimana Dia

menyempurnakanparas rupa kita. Insya Allah. Nota: Hjh. Rubiah bt. Hj. AM. Rahrraan ialah Penyelarns Projek di Program UTAMA, INTAN.Dipetik dari: Buletin Nilai Dan Etika INTAN Jilid 3 Bilangan 1, 1994

PERINTAH AM TAJUK: NO 2 Aku janji bertujuan memastikan Penjawat Awam melaksanakan tugas secara professional. Huraikan setiap intisari Surat Aku janji serta kesan ketidak patuhan terhadapnya kepada organisasi.

Anda mungkin juga menyukai