Anda di halaman 1dari 3

PERINCIAN TUGAS

BIDANG TUGAS GKMP BAHASA


 Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan
bidangnya.
 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan
kokurikulum
yang berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik.

 Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran
yang berkaitan dengan bidangnya.
 Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah
pelajar.
 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan
yang berkaitan dengan bidangnya.
 Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan
bidangnya,dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir
Sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/ maktab / univesiti dan seumpamanya.
 Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN


Kurikulum

 Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal /


Mingguan
dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.

 Mempengerusikan mensyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah


kawalannya.

 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


 Membimbing guru terlatih , guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan

tugas-tugas mereka.
 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan

berkesan.
 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil
tindakan sewajarnya
 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti- aktiviti bimbingan , pemulihan, dan

pengkayaan.
 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang

dijalankan oleh sekolah , Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran.

 Membantu dalam pemilihan buku Teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar
dan

bahan-bahan pendidikan lain.


 Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang
diarahkan

oleh Pengetua.
 Membantu menjalankan kursus , taklimat , penerangan dan perjumpaan di sekolah

dalam konteks perkembangan staf.


 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenaai pengkaedahan dan

pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru.

dz@smkk

 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan –amalan


penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentas kurikulum.

 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk


mengatasinya.

Kokurikulum
 Merancang , menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang
bersifat
akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
 Merancang , mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya.

Pengurusan
 Membantu menentukan serta menagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah
bidang dan kawalannya.
 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru.
 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data maklumat dan segala jenis
perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
 Membantu merancang takwim sekolah .
 Menyelia kerja –kerja guru di bawah bidang kawalannya.
 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.

 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.


 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan , barang atau bahan yang
berkaitan dengan bidangnya.
 Menentukan aspek –aspek menyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik
darjah dan sekolah.
 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan
menjaga keceriaannya.
 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar, mempertingkatkan pelajar dan program Penilaian
Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.

Anda mungkin juga menyukai