Anda di halaman 1dari 2

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN SEKOLAH

PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN)


BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan
keselamatan.

Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran.

Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)


Kurikulum

Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.

Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.

Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.

Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.

Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru
sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.

Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.

Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah,
Negeri dan Kementerian Pendidikan.

Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.

Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.

Pengurusan

Membantu menentukan agihan tugas guru-guru dan staf sokongan sekolah

Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan.

Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.

Membantu merancang takwim sekolah.

Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.

Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.

Menyelaras semua jenis kutipan yuran

Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.

Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.

Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.

Pembangunan Diri Pelajar

Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan sekolah.

Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.

Mengadakan kursus kemahiran pelajar.

Pembangunan Organisasi.

Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.

Mengadakan kursus/latihan personal.

Pembangunan Kendiri.

Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.

Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.

Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.

Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

Anda mungkin juga menyukai