Anda di halaman 1dari 8

NAMA

: PN ROHANA BINTI MOHAMED NOR


JAWATAN :PK.PENTADBIRAN SK CONVENT
BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)
Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
Bertanggungjawab kepada Guru besar dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan
masyarakat dan keselamatan.
Membantu guru besar menyelia dan menilai proses pengajaran.
Membantu guru besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)Kurikulum
Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.
Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru
mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan
susulan.
Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.
PengurusanMembantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah
Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan.
Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
Membantu merancang takwim sekolah.
Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
Menyelaras semua jenis kutipan yuran
Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.
Pembangunan Diri Pelajar
Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan
sekolah.
Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
Mengadakan kursus kemahiran pelajar.

Pembangunan Organisasi.
Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
Mengadakan kursus/latihan personal.

Pembangunan Kendiri.
Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

NAMA :PN AZIZAH BT RAMLI


JAWATAN : GURU BESAR SK CONVENT
TUGAS-TUGAS GURU BESAR:
A. Pentadbiran:

Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala
pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana
berikut:
1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di
bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di
bawah jagaannya.
3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan,
pelepasan guru-guru dan kakitangan.
4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam
jawatan.
5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di
sekolahnya.
6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan
sekolahnya.
7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru.
9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian
Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut
syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna.
12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu
berjalan dengan lancar.
13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan
dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan
dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan
guru dan kakitangan.

17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri,
Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
B. Kewangan:
1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan.
2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan
oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.
3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan
dilaksanakan dengan sempurna.
4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak
sekolah.
5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi
guru dan kakitangan.
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan
Asrama serta Panjar Wang Runcit.
7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah
secara teratur dan kemas.
8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang
diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.
9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan
kemas kini.
11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan
sebagainya.
12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut
peraturan yang ada.
13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa
semuanya itu berjalan lancar.
C. Pembangunan Fizikal Sekolah:

1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara
yang baik dan teratur.
2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa
ke semasa.
3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di
sekolah.
4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian,
memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.
D. Pembangunan Kakitangan:
1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk
pengayaan dirinya.
2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam perkhidmatan
ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.
3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang
lebih tinggi.
E. Mengajar:
1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah
ditetapkan bagi Guru Besar.

F. Kurikulum:
1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur, berkesan dan
mengikut perancangan.
2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian
Pendidikan berjalan mengikut peraturan.
3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah berjalan
dengan sempurna.
4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan guru-guru
yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.

5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan
keberkesanan pelaksanaannya.
6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.
7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai usaha
untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.
8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab terhadap
perkembangan dan kemajuannya.
9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang akademik.
G. Ko-Kurikulum:
1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit
pakaian seragam.
2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna
dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.
3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti
persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.
H. Hal Ehwal Pelajar:
1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa pelaksanaannya
berjalan dengan berkesan.
2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk
dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.
3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas, baik
dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan.
4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan Lembaga
Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.
5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan yang berikut
perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan,
biasiswa dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem mentor menti).
I. Pengawasan Dan Penyeliaan:
1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap perjalanan

pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.


2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran,
pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan pengajaran pembelajaran,
kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.
3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong
Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka.
4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam
melaksanakan tugas-tugas mereka.
5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran mereka agar
ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.
6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan dibuat pada
setiap hujung tahun.

Anda mungkin juga menyukai