Anda di halaman 1dari 2

SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

A. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak tuntutan Sukatan Pelajaran.
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) sekurang-kurangnya 12 waktu dlam
seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).
3. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

B. KURIKULUM
1. Menentukan pelaksanaan kursus pengajian.
2. Menentukan Rancangan Pengajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
3. Mempastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.
4. Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi dan pusat sumber.
5. Penggunaan dan penyenggaraan bahan sumber pendidikan.
6. Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.
7. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru.
8. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan
tindakan.
9. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian,
peperiksaan penilaian dan mencadangkan tindakan-tindakan susulan.
10. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
11. Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
12. Membantu di dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta
keseluruhannya.
13. Menyusun jadual waktu kelas serta jadual waktu gentian.

C. PENTADBIRAN
1. Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.
2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan
kakitangan bukan guru.
3. Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan.
4. Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan takwim sekolah.
5. Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan bukan guru.
6. Menyelaras penyeliaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
7. Menyelaras semua jenis pungutan yuran tahunan.
8. Menjadi ahli lembaga tatatertib.
9. Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.
10. Mengurus hal-hal bangunan kawasan, kemudahan fizikal dan keceriaan.
D. HAL EHWAL MURID
1. Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan
sekolah.
2. Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar.

E. KO KURIKULUM DAN TUGAS-TUGAS LAIN


1. Menganggotai jawatan kuasa-jawatan kuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.
2. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar
dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai