Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MURID TAHUN 6

1. Terima kasih kepada pengacara Majlis

2. Yang Berusaha En Rosli Suid ,Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohamad


Zaiyadi Abu Hasan ,Penolong Kanan HEM, Pn. Rohana , PK Kokurikulum,
Yang dihormati Guru-guru dan yang dikasihi semua murid warga SK Pida 3.

3. Visi sekolah kita adalah SKPT terbaik antara sekolah-sekolah terbaik di


Daerah Kubang Pasu . Fokus kita untuk mencapai kecemerlangan tersebut
iaitu kecemerlangan akademik, sahsiah, kokurikulum, dan 3K. Dalam
kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
…….guru , staf dan murid-murid kerana telah berjaya meletakkan sekolah kita
di tangga ke-5 dalam daerah Kubang Pasu dari segi kurikulum
.Bagaimanapun untuk terus mencapai tahap cemerlang, semua pihak harus
bertindak mengikut tatacara orang cemerlang.

4. Oleh itu pada perhimpunan pagi ini saya menyeru kepada semua murid agar
dapat mengubah cara berfikir, kepada cara berfikir sebagai seorang yang
cemerlang berpandukan kepada lima perkara yang harus murid miliki;
a. Tetapkan matlamat datang ke sekolah untuk belajar. Berilah
tumpuan kepada pengajaran guru, libatkan diri dalam semua aktiviti
yang menyumbang kepada keilmuan . Peluang untuk belajar di alam
persekolahan datang sekali seumur hidup
b. Rebutlah peluang yang ada. Program-program kecemerlangan
yang dijalankan di sekolah perlulah disambut dengan kesungguhan.
Pelbagai program akademik, koakademik dan kokurikulum yang akan
dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu dihargai dan dimanfaatkan oleh
semua murid.
c. Manfaatkan sumber yang ada di sekolah secara bijak sana.
Jagalah harta benda sekolah dan gunakan dengan berhemah.
Tindakan vandalisme seperti merosakkan harta benda sekolah akan
menyebabkan sekolah terpaksa menggunakan peruntukan untuk
tujuan baik pulih. Sedangkan peruntukkan tersebut boleh digunakan
untuk program peningkatan dan kebajikan murid.
d. Patuhi peraturan sekolah kerana sekiranya semua murid dapat
mematuhi peraturan sekolah, guru-guru dapat menggunakan masa
yang lebih untuk mengajar dan mendidik. Kajian mendapati sekolah
yang berprestasi rendah mempunyai korelasi dengan masalah disiplin
murid.
e. Penghayatan terhadap nilai-nilai murni seperti berbudi bahasa,
hormat menghormati, hargai masa mesti diamalkan selalu.

5. Saya mengesyorkan agar amalkan pengurusan ABCDEF untuk cemerlang


menjadi pegangan semua murid ;

A : Atitude/ Sikap/ Positif / interaktif / semangat


B : Belief/ Percaya kebolehan diri
C : Confidence/ yakin/ bertanya, menjawab
D : Determination/ keazaman, dorongan, iltizam
E : Enthusiasm/ semangat, minat membara
F : Fun/ Perlu masa untuk berhibur dan riadah

6. Saya berharap calon UPSR tahun 2013 ini dapat membuktikan bahawa SKPT
adalah sekolah yang sentiasa mempunyai harapan untuk terus cemerlang.
Ingatlah 4 perkara yang dinyatakan tadi dan jadikannya keazaman dan
kesungguhan sebagai pembakar semangat kita.

7. Selamat barjaya, sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai