Anda di halaman 1dari 2

Di negara empat musim khususnya Amerika Syarikat, didapati 20% rakyatnya mengalami masalah gangguan

afektif bermusim atau seasonal affective disorder (SAD), yang membawa kepada kemurungan apabila cahaya
matahari berkurangan terutama pada musim sejuk.

Cahaya matahari mengandungi Vitamin D yang penting untuk penghasilan Vitamin D3, yang mana
kekurangan Vitamin D3 boleh menstimulasi masalah kemurungan. Kajian pada tahun 2009 oleh sekumpulan
penyelidik mendapati, sekumpulan populasi yang terdedah pada cahaya matahari mempunyai daya fikir
kognitif lebih tinggi dari mereka yang kurang terdedah pada cahaya. Kehebatan dan khasiat cahaya matahari
bukan semata untuk menghidupkan tumbuhan, mencahayakan kegelapan, tetapi ia mampu menghidupkan jiwa
dan daya fikir manusia. Kehebatan cahaya matahari ini dinyatakan di dalam Al-Quran surah Asshams ayat 1-2:

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari. dan bulan apabila mengiringinya

Di sini Allah menyebut tentang cahaya matahari pada waktu pagi yang mengikut pendapat para saintis barat,
cahaya pagi diumpamakan sebagai pemberi tenaga kepada tubuh, yang memberi reaksi pantas untuk vitamin D
bereaksi lantas memberi perasaan segar dan semangat memulakan hari baru. Itulah hikmah cahaya matahari
pagi yang selama ini hanya dilihat, dirasa tanpa kesan pada diri, walhal cahaya yang dinikmati itu cahaya
kurniaan tuhan yang punya banyak khasiatnya.

Kadar cahaya matahari yang berkurangan ketika menginjak ke waktu malam, akan mengaktifkan kandungan
melatonin, yang mana menyebabkan tubuh berasa letih dan mengantuk. Bagi mereka yang berada di zon dunia
yang waktu siangnya singkat dan waktu malam yang panjang, mereka terdedah kepada risiko untuk kurang
bertenaga dan juga kemurungan.

Dr Alexander Wunsch, seorang ahli photobiology dari German menyatakan cahaya matahari adalah stimuli
kompleks yang sekiranya tidak diserap oleh tubuh, pelbagai masalah kesihatan buleh dihidapi manusia.
Tambahnya lagi, cahaya berperanan secara tanpa sedar mengaktifkan aktiviti kawalan organ seperti sistem
simpatetik dan parasimpatetik, kawalan tidur dan juga hormon.

Cahaya matahari atau dikenali juga sebagai cahaya ultraviolet (UVA) bertindak menghasilkan nitric oksida
(NO). Peranan NO amat besar dalam membantu mengurangkan risiko kemurungan dengan meransang 60
peratus kapilari darah menyerap tenaga cahaya dan merendahkan tekanan darah. Selain itu, NO yang terhasil
dari UVA boleh meransang otak untuk lebih berdaya fikir. Penghasilan NO membantu meredakan kemurungan
disebabkan kebolehan mengurangkan radang, yang kebiasaannya berlaku di kalangan meraka yang ada
masalah kemurungan.
Sebagai rumusan, pendedahan kepada cahaya matahari pada setiap hari bukan sajaha baik untuk masalah
kemurungan, bahkan untuk kesihatan tubuh juga secara amnya

Anda mungkin juga menyukai