Anda di halaman 1dari 6

Ucapan JOM PI SEKOLAH

18.02.2019 (Isnin)

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.


terima kasih……………………………………..

Yang Berusaha ………………………..dihormati………………………………, Guru pkp………………………………..


Yang dihormati ………………………….., Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang dihormati ……………………………………., Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru ………………………………………, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi.

1. Terlebih dahulu, saya melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas rahmat dan izin-Nya jua, kita
telah dapat bersama-sama menjayakan Pelancaran Program Jom ke Sekolah yang bermatlamat untuk
membina semangat baharu yang lebih berkobar-kobar dan kuat untuk kita meneruskan perjuangan kita
demi kegemilangan kita dan sekolah kita.
Rasional sekolah ini mengadakan program seumpama ini adalah ekoran daripada sikap segelintir murid-
murid sekolah ini yang mula cenderung ke arah budaya ponteng sekolah. Sebagai akibat daripada sikap
mereka yang melakukan kesalahan ini, pihak pengurusan skp3 sejak tiga tahun belakangan ini, telah
mengambil langkah tidak popular dengan hanya teguran dan lawatan kerumah sahaja terhadap murid-
murid yang kerap ponteng sekolah dalam jumlah hari yang melayakkkan mereka dikenakan tindakan
buang sekolah setelah beberapa amaran diberikan kepada mereka. Bagi pihak sekolah, tindakan
sedemikian rupa hanyalah jalan terakhir setelah beberapa prosedur dilakukan yang meliputi pendekatan
psikologi dan motivasi, perjumpaan pihak sekolah bersama-sama ibu bapa murid-murid berkenaan, dan
mengenakan tindakan rotan tidak pernah lagi digunakan. Pada hakikatnya, pihak sekolah tidak pernah
sesekali berasa selesa dengan tindakan yang telah diambil lantaran anda semua masih kanak-kanak
yang amat memerlukan bimbingan sama ada dari aspek keilmuan dan pembinaan sahsiah sebagai bekal
bagi melayari kehidupan pada masa akan datang. Kami tidak pernah berputus asa atas segala
ketidakberkesanan usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini. Bagi kami, amanah sebagai pendidik
akan terus dijunjung bagi memastikan murid-murid sekolah ini memanfaatkan segala peluang
pendidikan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan tidak dipersia-siakan begitu sahaja. Untuk itu,
pada awal tahun 2019 ini, Program Jom Ke Sekolah kami persembah untuk anda semua sebagai impresi
pertama dan komitmen kami selaku warga pendidik sekolah ini.

Murid-murid yang dikasihi,

2. Program ini diwujudkan sebagai satu daripada usaha-usaha kami bagi meningkatkan kehadiran murid
berisiko tinggi ponteng dari 70 peratus kepada 95 peratus kehadiran ke sekolah. Usaha peningkatan
peratus kehadiran ini bukanlah membawa makna peratus selebihnya sebagai kuota untuk anda
menghalalkan kegiatan ponteng sekolah. Peningkatan peratus yang kami hasratkan ini merupakan usaha
awal pihak sekolah ke arah ponteng sifar. Usaha mendidik manusia ke arah perkara-perkara yang
bersifat positif bukanlah umpama menyediakan mi segera, sebaliknya usaha ini banyak onak durinya
yang memerlukan kami bertindak dengan penuh hemah yang bertunjangkan kesabaran yang tinggi,
sedangkan Nabi Muhammad SAW yang dikurnia oleh Allah SWT dengan mukjizat yang hebat pun
memerlukan 23 tahun untuk melahirkan generasi sahabat yang gilang gemilang. Jadi, peningkatan
peratus kehadiran yang menjadi aspirasi sekolah ini merupakan langkah pertama kami bagi mencipta
kejayaan. Hal ini selari dengan kata-kata hikmat yang sering diucapkan oleh para pakar motivasi dalam
ceramah mereka yang berbunyi, “ Sesungguhnya kejayaan bermula dari langkah yang pertama”. Oleh
itu, kami berkeyakinan penuh bahawa langkah pertama itu memang penting, lebih-lebih lagi jika perkara
itu dilakukan pada awal tahun. Hal ini sudah tentu boleh menjadi perangsang bagi menjana usaha-usaha
seterusnya.

Murid-murid yang dikasihi,

3. Tiada sesiapapun dalam jagat raya ini boleh menafikan bahawa perasaan cinta merupakan fitrah
manusia. Cinta itu indah. Bagi merealisasikan suasana sekolah ini bertepatan dengan kalimat yang saya
ungkapkan sebentar tadi, pihak sekolah sedang menggemblengkan usaha untuk memanifestasikan
unsur-unsur yang membawa murid cinta akan sekolah ini. Kami akan memastikan suasana fizikal sekolah
ini sentiasa menampakkan aspek estetik atau keindahan, tidak sesekali menggambarkannya laksana tirai
besi atau persis kem x-ray di Teluk Guantanamo yang dibangunkan semata-mata untuk
mengindoktrinasi atau tindakan “torture” untuk melahirkan manusia robot. Sebaliknya, kami akan
bangunkan fizikal sekolah dan masyarakatnya dengan pengisian program yang akan dapat
membangkitkan rasa cinta yang mendalam yang pada akhirnya akan tercetus rasa yang membuak-buak
dalam diri peribadi murid-murid untuk datang ke sekolah, tanpa didorong rasa keterpaksaan. Insya-
Allah, apabila situasi ini berjaya diterjemahkan, akan terjelmalah ungkapan “Kalau hati sudah suka,
semua indah saja” sebagaimana yang terdapat dalam bait lagu “Tanda Kasih” yang didendangkan oleh
Allahyarhamah Seniwati Rahmah Rahmat dan Allahyarham Seniman Ahmad Mahmud dalam filem “Isi
Neraka” yang diterbitkan pada tahun 1961. Selain itu, ungkapan yang popular dalam kalangan ahli sufi
ada menyatakan, “Sesungguhnya keindahanlah yang membawa kepada kebenaran”. Jelasnya di sini,
aspek keindahan akan menjadi satu daripada ciri kebitaraan sekolah ini yang akan membawa murid
ghairah untuk datang ke sekolah.

Murid-murid yang dikasihi,

4. Usaha murni Program Jom Ke Sekolah tidak akan sempurna jika tidak melibatkan Pegawai
perhubungan Sekolah kerana sekolah juga merupakan satu daripada institusi yang berkait rapat dengan
PDRM . Para ibu bapa dan masyarakat setempat akan turut bersama-sama kami memantau tingkah laku
murid-murid bagi membendung gejala ponteng sekolah yang berleluasa sejak mutakhir ini. Faktor
mengharapkan pihak sekolah semata-mata bagi membendung fenomena ini merupakan pandangan
yang kurang tepat. Justeru, pihak sekolah ini akan terus memperkasa hubungan baik dan mesra dengan
para ibu bapa dan masyarakat setempat bagi mencari jalan terbaik untuk menangani masalah ini
sebelum gejala ini menjadi barah yang akan menggerhanakan masa depan murid-murid yang bakal
mewarisi kepemimpinan negara yang bertuah ini. Ingatlah pesanan bijaksana “Pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara”. Oleh hal yang demikian, gejala ponteng tidak lagi terpundak di bahu warga
pendidik sahaja, malah perlu juga dipikul bersama-sama oleh para ibu bapa dan masyarakat setempat
sebagai kerja berpasukan bagi membanteras kegiatan salah laku ini.

Murid-murid yang dikasihi,

5. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya memetik kata-kata yang dinukilkan oleh penyair
Arab yang bernama Shauki untuk kita bersama-sama merenunginya, antaranya beliau pernah
menyebutkan, “ Bahawa jika ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, maka lihatlah pada keadaan
generasi mudanya hari ini. Jika generasi mudanya hari ini merupakan generasi yang mempunyai jati diri
yang unggul dan hebat, adalah menjadi satu jaminan bahawa masa depan negara akan terjamin dan
maju. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya generasi muda hari ini tidak berpegang pada nilai dan jati diri
yang benar, maka lihatlah keruntuhan sesebuah negara yang mana kita tidak berkehendakkannya
berlaku. Marilah sama-sama kita menjayakan jom pi sekolah. Sekian ,terima kasih.

SKPT : HEBAT SMART HEMAT


_________________________________________________________________________________
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.

Yang dihormati Cik Hazlina binti Rani, Guru Penolong Kanan SMK Palong Dua (F)
Yang dihormati Puan Latifah binti Mansor, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang dihormati YM Tengku Riduan bin Raja Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Ketua Bidang, Guru Media, Kaunselor, guru-guru, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi.

1. Terlebih dahulu, saya melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas rahmat dan izin-Nya jua, kita
telah dapat bersama-sama menjayakan Pelancaran Program Jom ke Sekolah yang bermatlamat untuk
membina semangat baharu yang lebih berkobar-kobar dan kuat untuk kita meneruskan perjuangan kita
demi kegemilangan kita dan sekolah kita.
Rasional sekolah ini mengadakan program seumpama ini adalah ekoran daripada sikap segelintir murid-
murid sekolah ini yang mula cenderung ke arah budaya ponteng sekolah. Sebagai akibat daripada sikap
mereka yang melakukan kesalahan ini, pihak pengurusan SMK Palong Dua (F) sejak tiga tahun
belakangan ini, telah mengambil langkah tidak popular dengan mengenakan tindakan buang sekolah
terhadap murid-murid yang kerap ponteng sekolah dalam jumlah hari yang melayakkkan mereka
dikenakan tindakan sedemikian setelah beberapa amaran diberikan kepada mereka. Bagi pihak sekolah,
tindakan sedemikian rupa hanyalah jalan terakhir setelah beberapa prosedur dilakukan yang meliputi
pendekatan psikologi dan motivasi, perjumpaan pihak sekolah bersama-sama ibu bapa murid-murid
berkenaan, dan mengenakan tindakan rotan. Pada hakikatnya, pihak sekolah tidak pernah sesekali
berasa selesa dengan tindakan yang telah diambil lantaran anda semua masih muda remaja yang amat
memerlukan bimbingan sama ada dari aspek keilmuan dan pembinaan sahsiah sebagai bekal bagi
melayari kehidupan pada masa akan datang. Kami tidak pernah berputus asa atas segala
ketidakberkesanan usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini. Bagi kami, amanah sebagai pendidik
akan terus dijunjung bagi memastikan murid-murid sekolah ini memanfaatkan segala peluang
pendidikan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan tidak dipersia-siakan begitu sahaja. Untuk itu,
pada awal tahun 2010 ini, Program Jom Ke Sekolah kami persembah untuk anda semua sebagai impresi
pertama dan komitmen kami selaku warga pendidik sekolah ini.

Murid-murid yang dikasihi,

2. Program ini diwujudkan sebagai satu daripada usaha-usaha kami bagi meningkatkan kehadiran murid
berisiko tinggi ponteng dari 50 peratus kepada 70 peratus kehadiran ke sekolah. Usaha peningkatan
peratus kehadiran ini bukanlah membawa makna peratus selebihnya sebagai kuota untuk anda
menghalalkan kegiatan ponteng sekolah. Peningkatan peratus yang kami hasratkan ini merupakan
usaha awal pihak sekolah ke arah ponteng sifar. Usaha mendidik manusia ke arah perkara-perkara yang
bersifat positif bukanlah umpama menyediakan mi segera, sebaliknya usaha ini banyak onak durinya
yang memerlukan kami bertindak dengan penuh hemah yang bertunjangkan kesabaran yang tinggi,
sedangkan Nabi Muhammad SAW yang dikurnia oleh Allah SWT dengan mukjizat yang hebat pun
memerlukan 23 tahun untuk melahirkan generasi sahabat yang gilang gemilang. Jadi, peningkatan
peratus kehadiran yang menjadi aspirasi sekolah ini merupakan langkah pertama kami bagi mencipta
kejayaan. Hal ini selari dengan kata-kata hikmat yang sering diucapkan oleh para pakar motivasi dalam
ceramah mereka yang berbunyi, “ Sesungguhnya kejayaan bermula dari langkah yang pertama”. Oleh
itu, kami berkeyakinan penuh bahawa langkah pertama itu memang penting, lebih-lebih lagi jika
perkara itu dilakukan pada awal tahun. Hal ini sudah tentu boleh menjadi perangsang bagi menjana
usaha-usaha seterusnya.

Murid-murid yang dikasihi,

3. Tiada sesiapapun dalam jagat raya ini boleh menafikan bahawa perasaan cinta merupakan fitrah
manusia. Cinta itu indah. Bagi merealisasikan suasana sekolah ini bertepatan dengan kalimat yang saya
ungkapkan sebentar tadi, pihak sekolah sedang menggemblengkan usaha untuk memanifestasikan
unsur-unsur yang membawa murid cinta akan sekolah ini. Kami akan memastikan suasana fizikal
sekolah ini sentiasa menampakkan aspek estetik atau keindahan, tidak sesekali menggambarkannya
laksana tirai besi atau persis kem x-ray di Teluk Guantanamo yang dibangunkan semata-mata untuk
mengindoktrinasi atau tindakan “torture” untuk melahirkan manusia robot. Sebaliknya, kami akan
bangunkan fizikal sekolah dan masyarakatnya dengan pengisian program yang akan dapat
membangkitkan rasa cinta yang mendalam yang pada akhirnya akan tercetus rasa yang membuak-buak
dalam diri peribadi murid-murid untuk datang ke sekolah, tanpa didorong rasa keterpaksaan. Insya-
Allah, apabila situasi ini berjaya diterjemahkan, akan terjelmalah ungkapan “Kalau hati sudah suka,
semua indah saja” sebagaimana yang terdapat dalam bait lagu “Tanda Kasih” yang didendangkan oleh
Allahyarhamah Seniwati Rahmah Rahmat dan Allahyarham Seniman Ahmad Mahmud dalam filem “Isi
Neraka” yang diterbitkan pada tahun 1961. Selain itu, ungkapan yang popular dalam kalangan ahli sufi
ada menyatakan, “Sesungguhnya keindahanlah yang membawa kepada kebenaran”. Jelasnya di sini,
aspek keindahan akan menjadi satu daripada ciri kebitaraan sekolah ini yang akan membawa murid
ghairah untuk datang ke sekolah.

Murid-murid yang dikasihi,

4. Usaha murni Program Jom Ke Sekolah tidak akan sempurna jika tidak melibatkan para ibu bapa dan
masyarakat setempat kerana sekolah juga merupakan satu daripada institusi masyarakat. Para ibu bapa
dan masyarakat setempat akan turut bersama-sama kami memantau tingkah laku murid-murid bagi
membendung gejala ponteng sekolah yang berleluasa sejak mutakhir ini. Faktor mengharapkan pihak
sekolah semata-mata bagi membendung fenomena ini merupakan pandangan yang kurang tepat.
Justeru, pihak sekolah ini akan terus memperkasa hubungan baik dan mesra dengan para ibu bapa dan
masyarakat setempat bagi mencari jalan terbaik untuk menangani masalah ini sebelum gejala ini
menjadi barah yang akan menggerhanakan masa depan para remaja yang bakal mewarisi
kepemimpinan negara yang bertuah ini. Ingatlah pesanan bijaksana “Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara”. Oleh hal yang demikian, gejala ponteng tidak lagi terpundak di bahu warga pendidik
sahaja, malah perlu juga dipikul bersama-sama oleh para ibu bapa dan masyarakat setempat sebagai
kerja berpasukan bagi membanteras kegiatan salah laku ini.

Murid-murid yang dikasihi,

5. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya memetik kata-kata yang dinukilkan oleh penyair
Arab yang bernama Shauki untuk kita bersama-sama merenunginya, antaranya beliau pernah
menyebutkan, “ Bahawa jika ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, maka lihatlah pada
keadaan generasi mudanya hari ini. Jika generasi mudanya hari ini merupakan generasi yang
mempunyai jati diri yang unggul dan hebat, adalah menjadi satu jaminan bahawa masa depan negara
akan terjamin dan maju. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya generasi muda hari ini tidak berpegang pada
nilai dan jati diri yang benar, maka lihatlah keruntuhan sesebuah negara yang mana kita tidak
berkehendakkannya berlaku”. Akhir kata, dengan lafaz Bismillah hirahmanirahim, saya merasmikan
Program Jom Ke Sekolah dengan rasminya. Wassalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai