Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

1 Kata alu-aluan : PK HEM –En Wong Kim Fah, PKKK –En Mohd Tahir Ismail, GKMP, Guru
dan Murid

2 Terima kasih kepada pengacara majlis, guru bertugas.

3 Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana pada kesempatan ini kita dapat berhimpun pada
perhimpunan rasmi ini. Kita perlu bersyukur kerana dalam keadaan pandemik H1N1 semakin
hari semakin bertambah bilangan orang dijangkiti bahkan telah lima orang mati kita masih
dikurniakan nikmat kesihatan.

4 Oleh itu pada kesempatan ini saya menyeru diri saya, rakan-rakan guru dan semua murid
agar sentiasalah kita mengutamakan kesihatan, gaya hidup sihat dan amalan kebersihan
pada diri dan persekitaran kita. Sihat bukan sahaja kepada aspek fizikal tetapi juga dari aspek
emosi dan rohani.

5 Berkaitan Selesema Babi /H1N1 pn Sharifah telah menyampaikan perkara ini pada
beberapa minggu yang lalu. Penyakit ini sangat mudah berjangkit iaitu menerusi pemindahan
cecair semasa seseorang pesakit batuk dan bersin. Seterusnya seseorang akan dijangkiti
sama ada melalui pernafasan, sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-
permukaan dengan titisan cecair pesakit.

6 Oleh sebab bilangan yang dijangkiti dan yang mati kerana komplikasi daripada penyakit ini
terus bertambah dari hari ke hari. Justeru itu pada perhimpunan ini saya menyeru kepada
semua warga sekolah agar menjaga kesihatan diri masing-masing, jauhi dari bersesak-sesak
di tempat-tempat awam, hadkan masa berada di luar rumah dengan tujuan bersosial.
Sekiranya demam bersegeralah berjumpa doktor dan jangan datang ke sekolah.

7 Pada minggu lalu Pn Pengetua telah memaklumkan kepada kita tentang kedudukan kita
yang agak baik dalam Peperiksaan Pertengahan tahun PMR dan SPM. Itu satu petanda baik,
teruskan berusaha dan janganlah kita cepat berpuas hati.

8 Sasaran kita masih jauh, PMR 56.02 SPM 84.55%. Sudah tentu masih banyak ruang yang
belum diisi dan peluang yang belum direbut. Walaupun secara rank prestasi kita melegakan
tetapi ingatlah kita bersaing dengan diri kita, dengan sekolah kita. Walau apa pun keadaan
kita mesti bergerak ke hadapan, tak mampu berlari, kita berjalan, kita bertatih, kita
merangkak, kita mengesot, dan kalu dah tak boleh nak ke hadapan lagi lemparkan
pandangan kita ke hadapan.

9 Saya hendak bertanya beberapa soalan, pertamanya siapa di kalangan murid-murid


sekalian sejak di sekolah rendah lagi telah memasang impian atau mempunyai cita-cita
terhadap sesuatu kerjaya? Jika ada sila angkat tangan.... Siapakah pula sampai hari ini tak
tahu nak jadi apa bila besar nanti ?.....sila angkat tangan!

10 Manusia yang masih bertanya-tanya nak jadi apa bila besar nanti sebenarnya adalah
manusia yang tidak mewarisi prinsip manusia cemerlang...anda telah gagal dalam membuat
perancangan kerjaya. Manusia yang berjaya tahu apa tujuannya, apa hala tujunya.

11 Untuk berjaya perlu ada sasaran dan matlamat hidup...itulah namanya impian dan cita-
cita. Hidup seperti arus jadi kita perlu kawal diri kita supaya tidak dihanyutkan oleh arus yang
deras. Kalau kita perhatikan sungai yang mengalir, apa yang dibawa oleh arusnya...sampah?
tunggul kayu? bangkai? najis?....macam-macam dan semuanya tanpa tujuan dan tersangkut
di mana-mana seterusnya mencemar alam sekitar.

12 Tetapi kita perhatikan ikan yang berenang-renang di sungai, ikan itu tahu tujuan hidupnya
sebab itu dia berenang mencari makanan untuk terus hidup. Ikan hidup di sungai sebab dia
ada matlamat. Kalau sunagi tercemar , ikan mati dan jadi bangkai dihanyutkan arus. Jika kita
mahu berenang disangai sudah tentu kita tahu apa sasaran kita dan kita boleh kawal diri kita
supaya tidak dihanyutkan oleh arus yang deras tadi. Begitu juga dengan hidup kita mesti ada
matlamat atau destinasi yang hendak dituju.

13 Untuk berjaya juga kita perlu menggunakan prinsip orang berjaya jangan ikut resmi orang
kebanyakan. Kita perlu sedar siapa orang yang cemerlang dan kita tahu bahawa lebih ramai
orang yang kurang cemerlang berbanding orang yang cemerlang. Buktinya kita nak sasarkan
4 orang perfect score dalam PMR dan 2 orang dalam SPM pun masih sukar untuk dicapai.

14 Kita perlu menongkah arus....untuk berjaya, perlu ada semangat yang berterusan kerana
itulah tenaga yang diperlukan minda. Kita hanya perlu jadi orang biasa sahaja tetapi usaha
dan tindakan kita perlulah luar biasa.

15 Jadikanlah matlamat untuk berjaya dan cemerlang sesuatu yang menghantui kita. Untuk
menjadikan sasaran kita berkesan kita mestilah letakkan matlamat kita sesuatu yang hebat
dan besar, jadikan orang di sekeliling kita sebagai cabaran. Orang sekeliling kita ramai yang
berfikiran negatif. Mereka akan ketawakan kita bila kita membuat kesilapan, mereka
mencemburui kita bila kita berjaya... pedulikan mereka.

16 Tulis, baca, ingat, faham sasaran dan bekerja keras ke arah itu. Tulis sasaran kita supaya
kita asyik dengan maksyuknya..supaya jaga, tidur dan mimpi kita skripnya sama iaitu
cemerlang PMR dan SPM. Jangan lupa kita perlu istiqamah kecemerlangan memerlukan
usaha yang berterusan dan bukannya semangat sekali sekala.

17 Akhir sekali pada kesempatan ini saya ingin memaklumkan bahawa pada hari ini hingga 8
hari bulan sekolah kita akan menjadi tepat pelaksanaan ujian lisan Bahasa Melayu bagi calon
SPM ulangan. Semua pelajar diingatkan agar menjauhi Aras 2 blok B. Janganlah bising, dan
pelajar dari Aras 2 blok C dan D yang mahu ke perpustakaan dan arah yang sebaliknya sila
gunakan Aras 1.

18 Sekian terima kasih .

AZMAN BIN SAFII


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
SMK KULAI BESAR

Anda mungkin juga menyukai