Anda di halaman 1dari 10

<FALSAFAH DAN ISU SEMASA 2>

<JANUARY/2023>

<MPU3192>

<FALSAFAH DAN ISU SEMASA 2>

NO. MATRIKULASI : <020928131066001>


NO. KAD PENGENALAN : <020928131066>
NO. TELEFON : <0197358408>
E-MEL : <farwizahzakie28@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN : <OUM MIRI>

1
(TUGASAN 1)
PENDAHULUAN
Falsafah adalah ilmu yang berkaitan dalam membina, mengubah atau
mentransformasikan sesuatu benda yang bukan hanya transformasi diri seseorang malahan
ianya mentransformasi masyarakat, negara, global sehingga ke peringkat antarabangsa.
Falsafah juga dikenali sebagai “philosophia” yang bermaksud philo adalah cinta dan Sophia
adalah kebijaksaan. Philosophia ini berasal dari perkataan Greek yang telah diciptakan oleh
seorang tokoh fikir Yunani agung pada abad ke 6-MS. Falsafah juga merupakan satu bidang
ilmu yang penting dan tidak semua manusia mampu untuk memahaminya dengan baik. Hal
ini kerana, ia memerlukan satu persediaan yang rapi bagi mempelajarinya. Bidang ilmu ini
boleh dikatakan sebagai satu bidang yang merangkumi segala bidang ilmu yang terdapat di
dunia ini. Ia meliputi segala ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini. Oleh itu, dengan
adanya ilmu falsafah ini, masyarakat malahan dunia akan dapat melahirkan insan yang
seimbang dalam pengetahuan ilmu falsafah justeru dapat meningkatkan kualiti kehidupan
dunia.

SOALAN A

Pada pandangan saya, pekerjaan itu adalah sesuatu benda yang penting untuk bertahan
hidup didunia ini. Hal ini kerana, dengan adanya pekerjaan kita akan mendapat duit yang
mana boleh menyara kita untuk mempunyai makanan, minuman dan tempat tinggal. Seperti
yang kita ketahui, dunia kini sudah lebih moden dan rata-rata semua penduduk di bumi ini
memerlukan duit untuk membeli dan menyara kehidupan mereka sendiri. Sistem barter yang
selalu digunakan pada zaman dahulu jugak kian lupus kerana ditelan dek zaman. Pekerjaan
dalam islam juga dikenali sebagai suatu ibadah yang mana bermaksud mempunyai pekerjaan
adalah sesuatu yang baik dan bagus malahan mendapat pahala sewaktu melakukan kerja.
Akan tetapi, hal ini tidak termasuk dengan seseorang yang mempunyai pekerjaan tidak bagus
atau haram seperti menjual dadah, mendirikan pub pelacuran, rasuah dan sebagai. Mereka
malahan akan mendapat dosa yang besar kerana telah memimpin masyarakat ke jalan yang
salah. Disamping itu, menjaga ibu bapa yang sakit adalah bukan pekerjaan. Hal ini kerana,
menjaga ibu bapa yang sakit adalah tanggungjawab kita sebagai anak mereka untuk merawat
mereka. Dalam islam juga menyatakan bahawa kita harus berbakti kepada ibu bapa kita
kerana mereka yang melahirkan dan membesarkan kita dari kecil lagi. Sebagai contoh, dalam

2
suruh al-luqman ayat 14-15 “Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada
kedua orang tuanya”. Selain itu juga, menjaga ibu bapa yang sakit perlu mempunyai
kesabaran yang tinggi. Melalui pengalaman saya, saya telah menjaga nenek saya yang sedang
sakit sehingga kehari ini. Pelbagai benda yang telah saya pelajari dalam menjaga orang tua
yang sakit. Contohnya, kita harus menyediakan makanan dan minuman yang sesuai dengan
kondisi pesakit, memcuci baju kotor dan mengemas biliknya adalah rutin harian yang perlu
dilakukan, memantau pemakanan dan pengambilan ubat pesakit dari semasa ke semasa dan
mengikut kehendak dan karenah mereka agar kondisi dan perasaan mereka akan menjadi
lebih stabil. Dengan adanya pengalaman yang berguna ini, saya akan mampu menjaga kedua
ibu bapa saya sekiranya meraka sakit dimasa yang akan datang.

SOALAN B

Pekerjaan yang saya lakukan sekarang adalah seorang guru. Seperti yang kita tahu, guru
adalah pekerjaan yang mulia kerana mereka memberi ilmu dan mendidik masyarakat untuk
menjadi insan yang berguna. Menjadi seorang guru juga harus mempunyai tanggungjawab,
akauntibiliti, kepercayaan diri dan keberanian. Hal ini kerana guru akan menghadap pelbagai
jenis murid yang berlainan personaliti, kebiasaan, kecerdasan, kelemahan dan keunikan
mereka. Sudah tentu juga perasaan dan emosi mereka juga akan berbagai-bagai. Sebagai
seorang guru yang bertauliah, mestilah pandai dan fasih dalam membaca emosi dan menilai
seseorang pelajar kerana ianya memang suatu keperluan yang seorang guru harus ada.
Mempunyai sifat dan sikap kasih sayang terhadap murid-murid juga akan dapat mengikat
silaturrahim diantara murid dan guru. Akan tetapi guru juga harus mengajar murid-muridnya
untuk tidak melebihi batas mereka sebagai guru dan murid agar tidak berlakunya kes-kes
yang tidak wajar seperti murid yang kurang ajar terhadap gurunya atau murid yang bercinta
dengan guru kelasnya sendiri dan lain-lain lagi. Falsafah juga dapat dikaitan dengan
pekerjaan seorang guru kerana maksud falsafah sendiri adalah cinta akan ilmu manakala
seorang guru adalah insan yang memberi ilmu. Seperti yang telah saya nyatakan pada soalan
1, kerja adalah suatu ibadah kerana telah mengorbankan fizikal, mental, masa, dan keupayaan
diri kita untuk meneruskan hidup. Dalam islam juga mengatakan bahawa kerja yang memberi
ilmu adalah kerja yang mulia. Selain daripada memberi ilmu, perbezaan pangkat dan
kedudukan seseorang juga dapat berubah. Hal ini kerana semakin tinggi ilmu dikecapi,
semakin tinggi jawatan dan pangkat seseorang. Kita akan dapat melihat dan membezakan

3
pangkat atau jawatan mereka melalui gelaran yang telah diberikan. Semakin tinggi jawatan
yang mereka kecapi, semakin dihormatilah orang tersebut.

SOALAN C

Pada pendapat saya, memilih kerja dapat menjadi pekara yang buruk dan perkara yang
baik. Perkara yang baiknya adalah kita dapat menghindari persekitaran yang kurang
menyenangkan dan menghindari lingkungan pekerja yang tidak memberi Kerjasama yang
baik serta loya buruk. Sekiranya hal tersebut terjadi, kita akan dapat menjejaskan kesihatan
diri malahan fizikal dan mental diri kita. Jikalau hal ini terjadi, sudah tentu kita tidak akan
dapat meneruskan pekerjaan kita kerana kesihatan diri kita yang tidak stabil. Seterusnya akan
menjadikan kehidupan harian kita penuh dengan kemurungan kerana tiada pendapatan yang
stabil untuk menjalankan rutin harian kita. Dengan itu, kesihatan mental dan fizikal kita
mestilah dijadikan keutamaan dalam memilih tempat dan kerja kerana kalau badan tidak sihat
kerja kita juga tidak akan berjalan. Sebagai contoh, didalam sebuah artikel Astro awani yang
bertajuk “Tekanan di tempat kerja: Bagaimana untuk bertahan?” menyatakan bahawa
“majikan di semua peringkat perlu mengambil berat soal tahap kesihatan mental setiap
pekerja bagi mengelakkan berlaku risiko kemurungan. Selain daripada buli, ada pekerja yang
didera dalam bentuk emosi seperti disindir atau diherdik serta mengalami gangguan seksual.
Persekitaran kerja yang toksik, jauh dari tempat tinggal serta waktu bekerja yang panjang
serta sukar mengambil cuti turut menjadi antara punca stres.” Peyataan diatas sudah terang
lagi bersuluh bahawa memilih kerja bukan alas an yang buruk untuk tidak bekerja. Selain itu,
Gaji yang ditawarkan mungkin tidak setaraf dengan kejayaan yang dicapai. Ramai
masyarakat kini mendapat kerja yang tidak setimpal dengan jawatan dan gajinya. Ianya
bermaksud, kemungkinan seseorang itu mempunyai pencapai yang tinggi dalam
pembelajaran, akan tetapi gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan kerjanya. Seperti yang
kita tahu, kehidupan kini jauh lebih susah dan memerlukan kewangan yang stabil untuk
meneruskan hidup kerana ekonomi Malaysia yang semakin merundum. Justeru dengan itu,
jikalau mempunyai kewangan yang stabil, kita akan dapat hidup dalam kehidupan yang
selesa seperti mempunyai rumah dan kereta idaman, mampu membeli apa yang kita mahu
serta dapat memberikan wang saku kepada ibubapa dan keluarga kita. Semua orang ingin
mempunyai kehidupan yang sempurna akan tetapi kerja yang ditawarkan tidak seindah yang
diimpikan. Oleh itu wajar saja kalua seorang individu itu untuk memilih kerja. Dalam pada

4
masa yang sama, isu memilih kerja ini juga mempunyai keburukan iaitu seorang individu itu
akan kekurangan pengalaman. Seperti yang kita ketahui, pengalaman amat penting untuk
kegunaan dimasa yang akan datang. Hal ini kerana dengan mempunyai pengalaman kita
dapat mengadaptasi keadaan ataupun situasi di tempat kerja yang baru melalui pengalaman
berkerja masa lalu. Kita juga dapat mengelakkan rasa malu atau janggal dengan rakan
seperjuang kita. Dengan pengalaman ini juga, kita akan dapat melakukan kerja yang dianggap
susah pada masa lalu kini menjadi seorang yang pakar dalam hal tersebut. Disamping dapat
menggelakkan dari rasa malu, kita juga akan dapat berkomunikasi dengan lancer kerana
pengalaman lalu yang telah mengajar kita untuk lebih terbuka kepada orang sekeliling.
Keyakinan dan keberanian diri juga haruslah disemai dalam diri kita agar kita dapat membuat
sesuatu pilihan tanpa rasa ragu-ragu dan sesal. Oleh yang demikian, sudah Nampak bahawa
mempunyai pengalaman yang cukup dapat membuatkan kita lebih berdikari dan dewasa
dalam melakukan segala jenis hal. Apabila bercakap pasal berdikari, semua remaja
seharusnya belajar untuk berdikari dari kecil lagi agar sewaktu sudah tumbuh dewasa mereka
akan dapat melakukan semua hal tanpa memerlukan pertolongan orang lain. Hal ini kerana,
semakin dewasa semakin berkurang orang yang akan tinggal disisi kita justeru jika sudah tiba
masanya, kita akan tinggal sendirian juga. Jikalau waktu yang sebegini sudah tiba, tidak ada
alasan lagi kita harus memilih kerja kerana kalua tidak kerja kehidupan kita akan selesai.
Oleh itu, terbukti bahawa memilih kerja ini mempunyai sisi baik dan buruknya. Sisanya
tinggal terserah untuk kita memilih jalan hidup yang kita mahukan. Yang penting adalah kita
tidak menyerah apabila sudah jatuh berkali-kali kerana kita berjuang untuk hidup dan bukan
hidup untuk berjuang.

SOALAN D

5
(TUGASAN 2)

LAPORAN REKLEKSI DIRI

Tugasan Falsafah dan Isu semasa ini adalah suatu cabaran yang baru untuk saya. Akan
tetapi bukan beerti yang tugasan diberikan ini susah untuk dilakukan. Cabaran yang saya
maksudkan itu adalah dari segi masa, kekurangan pengalaman dan kekurangan membaca.
Terdapat banyak pengalaman yang dicipta sewaktu membuat tugasan ini. Pengalaman yang
dicipta ini telah memberikan saya pengajaran yang cukup tentang pengaturan masa yang
stabil dan memperbanyakkan membaca agar tugasan yang seterusnya dapat dibuat dengan
lancar.

Pada soalan 1A, saya membuat tugasan tersebut pada waktu masa cuti kerana mempunyai
waktu yang luang. Walaupun saya kurang bersemangat untuk membuat tugasan, saya
paksakan diri untuk bangkit dan melakukan kerja. Hal ini kerana, saya tidak mahu membuang
waktu saya dengan bermalas-malasan walhal sudah tahu yang saya mempunyai banyak kerja
yang tertangguh. Proses pembuatan kerja tersebut berjalan dengan lancar kerana soalan
tersebut meminta jawapan dari pengalaman diri sendiri. Salah satu soalan yang diajukan
adalah tentang pengalaman menjaga ibubapa yang sakit. Saya mempunyai kelebihan dalam
soalan ini kerana saya mempunyai pengalaman yang cukup dalam menjaga orang tua sakit.
Hal ini kerana, saya telah menjaga nenek saya yang sakit selama tiga tahun dan kedepannya.
Dari pengalaman 3 tahun saya, banyak benda yang telah saya pelajari, sebagai contoh,
menjaga pemakanan dan mengambilan ubat mereka, membersihkan bilik dan baju kotor
mereka, mengikut kehendak dan karenah mereka dan banyak lagi. Inilah yang menyebabkan

6
saya dapat menjawab soalan 1A ini dengan lancar. Akan tetapi, saya juga mempunyai
kekurangan dalam menyelesaikan tugasan ini iaitu kekurangan fokus dalam membuat kerja.
Hal ini dikatakan sedemikian kerana, banyaknya gangguan dari keluarga saya. Seperti yang
saya nyatakan diatas, saya melakukan tugasan ini sewaktu cuti yang mana kebanyakkan
keluarga saya berada dirumah. Contohnya, kerja mengemas rumah, basuh baju dan memasak
semua diberikan kepada saya kerana ibubapa saya hanya mengharapkan saya untuk membuat
kerja rumah berbanding dengan adik beradik saya yang lain. Hal inilah yang membuatkan
saya kurang fokus dalam menyelesaikan soalan ini. Dalam pada masa yang sama, menariknya
adik saya menghulurkan bantuan untuk menolong memberi sedikit idea dan pendapat untuk
menyelesaikan semua soalan pada tugasan ini. Sejujurnya saya beritahu, jawapan yang saya
dapat kebanyakkan datang dari pendapat dan idea keluarga ataupun kawan-kawan saya. Akan
tetapi, idea mereka saya akan tapis dahulu sebelum menjadi jawapan untuk tugasan saya. Hal
ini kerana, saya memerlukan jawapan yang berkualiti dan relevan untuk menjawap soalan
yang ada didalam tugasan ini. Bagi kekurangan yang saya hadapi, saya akan memperbaiki
lagi tingkat kefokusan saya agar saya dapat menstabilkan kerja rumah dan tugasan yang
diberikan pada masa yang sama.

Seterusnya adalah soalan 1B, bagi soalan ini, saya menjawapnya pad waktu persekolahan.
Hal ini kerana, pada waktu tersebut saya mempunyai masa yang luang untuk membuat kerja.
Pada waktu yang luang itulah saya mengambil kesempatan untuk membuat soalan 1B.
Perasaan saya sewaktu membuat tugasan ini adalah gembira kerana saya hanya perlu
menghuraikan dan mengaitkan pekerjaan saya dengan falsafah. Kelebihan yang saya perolehi
pada waktu itu adalah mempunyai sumber untuk bertanya kepada cikgu-cikgu lain ataupun
media sosial banyak memberikan jawapan yang saya mahukan. Justeru dengan sumber yang
saya ada ini, saya juga mempunyai pengalaman dalam menjadi cikgu. Saya merasakan
bahawa menjawap soalan tersebut pada waktu persekolahan adalah yang paling sesuai kerana
dapat meminta pendapat dari cikgu-cikgu yang lain. Akan tetapi saya masih lemah dalam
menghuraikan falsafah dari segi agama kerana tidak mempunyai banyak ilmu yang
berkenaan. Saya merasakan bahawa gagal dalam membuat huraian tersebut kerana ianya
tidak mencapai ekspektasi saya. Walaupun saya merasakan hal yang sedemikian, saya tidak
akan berputus asa untuk memcuba lagi sehingga menjadi yang terbaik. Saya berpendapat
bahawa saya boleh mengatasi masalah ini dengan memperbanyakkan membaca buku ilmiah
dan mendalami lagi pembelajaran dalam topik-topik tertentu. Jikalau saya berhasil
melakukan hal tersebut, sudah tentu saya akan dapat mengatasi kekurangan diatas. Walaupun

7
saya merasa gagal, suasana pada waktu itu membuatkan saya sedikit tenang oleh kerana
tiadanya gangguan dari keluarga saya. Oleh itu, pada pendapat saya soalan 1B ini agak
mencabar tetapi saya berhasil menyiapkannya seperti target yang telah saya rancang.

Bagi soalan 1C adalah soalan kegemaran saya kerana ianya agak senang untuk dibuat.
Hal ini kerana ianya hanya meminta pandangan berkenaan individu yang bertukar-tukar,
memilih kerja dan tidak mahu bekerja. Bagi saya untuk menjawap soalan berbagi pendapat
ini lebih mudah dari soalan yang meminta jawapan yang fakta. Ini kerana pandangan adalah
pendapat yang kita sendiri rasa terhadap sesuatu hal atau benda yang berlaku manakala
soalan fakta memerlukan jawapan yang sama persis seperti jawapan yang ada didalam buku,
artikel, journal dan pelbagai lagi. Malahan jikalau fakta yang kita temui itu tidak sama seperti
yang dimahukan, kita tidak akan mendapat markah yang cantik kerana jawapan tersebut
dianggap salah walaupun jawapan yang diberikan sedikit sama dengan jawapan yang sebenar.
Akan tetapi, berbeza pula dengan konsep pandangan kerana, selagi pandangan seseorang itu
logik akal atau relevan dengan soalan yang disoal, ianya akan diterima sebagai jawapan. Oleh
disebabkan itu, saya mempunyai kelebihan dalam menjawap soalan ini iaitu saya meminta
pendapat dari kawan-kawan dan keluarga berkenaan dengan soalan ini. Mereka justeru
memberikan pandangan yang baik dan banyak tentang hal ini. Untuk memudahkan saya
menjawap soalan ini, saya hanya memilih satu sahaja soalan untuk dijawap iaitu pandangan
dalam memilih kerja. Kelemahan yang saya alami sewaktu membuat kerja ini adalah saya
sempat keliru dalam membuat rangka jawapan berkenaan dengan baik dan buruknya memilih
kerja. Rangka yang saya buat menjadi salah semua kerana kekeliruan pada kebaikan dan
keburukan memilih kerja. Persaan yang saya alami pada waktu itu adalah bercampur baur
kerana saya merasakan gembira serta tegang. Saya mula untuk fokus dalam menyelesaikan
masalah tersebut kerana ingin mencapai target yang dirancang untuk siap pada malam itu
juga. Kepala saya juga sempat merasakan pening lalat kerana terlampau banyak berfikir.
Tetapi hal ini tidak membuatkan saya berhenti mencuba dan akhirnya saya mampu
menyiapkan tugasan tersebut seperti yang telah dirancang. Ini menjadi pengalaman yang baru
untuk saya kerana telah berjaya mendisiplinkan diri dengan menyelesaikan rancangan seperti
yang dirancang. Pada pendapat saya, cara untuk mengatasi kelemahan itu dengan tidak
berputus asa dan terus focus mencapai target yang dibina. Selain daripada dapat mengatasi
masalah kekurangan ini, saya juga dapat termotivasi dengan hasil yang dikecapi setelah
bersusah payah mencari jawapan yang betul. Oleh itu, setiap benda yang dilakukan mestilah

8
mengorbankan usaha kita walaupun sedikit kerana dengan usaha kitab oleh mencapai apa
yang kita inginkan.

Akhir sekali adalah soalan 1D. Soalan ini sangat mudah untuk saya kuasai kerana ianya
hanya meminta kita untuk membuat peta minda dan mengambil beberapa isi penting dari
jawapan sebelumnya. Tugasan ini boleh saya anggap senang dan tenang kerana semua
jawapan sudah disediakan hanya tinggal memilih isi-isi penting sahaja. Selain daripada
tugasan yang senang, ianya juga dapat menghilangkan sedikit stress kerana tugasan hanya
berdasarkan kekreatifan diri masing-masing serta kelebihan yang dapat ditunjukkan. Sebagai
contoh, kita dapat mengutip markah dengan hanya meletakkan gambar atau video yang
bersesuaian dengan tajuk ataupun memakai anak panah dan tanda-tanda yang bersesuaian
mengikut arahan yang diberikan. Semuanya boleh mengikut kekreatifan masing-masing
selagi ianya tidak melanggar peraturan. Seraya melakukan tugas ini juga, saya dapat
mengetahui adanya laman web yang dapat membuat peti minda berbagai jenis ini. Oleh itu,
kesemua soalan tugasan ini saya dapat siapkan sebelum Tarikh tutupnya masa menghantar.
Walaupun banyak cabaran yang saya hadapi, ianya tidak akan dapat membuatkan saya untuk
berputus asa dalam mencuba lagi.

TUGASAN 3

PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN

9
RUJUKAN
Astro Awani, (2019), Tekanan ditempat kerja: bagaimana untuk bertahan,
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tekanan-di-tempat-kerja-bagaimana-untuk-
bertahan-199233
Hazwan Jimale, (2007), Ilmu tentang pemikiran,
http://ilmufalsafah.blogspot.com/2007/09/makna-falsafah.html#
Unknown, (2016), Kepentingan mencari pengalaman sebelum menceburi mana-mana
bidang pekerjaan yang kekal, http://kita2jugabahni.blogspot.com/

10

Anda mungkin juga menyukai