Anda di halaman 1dari 10

< TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA >

< SEPTEMBER/2022 >

< MPU3323 >


< THE GREAT WALL >

NO. MATRIKULASI : < 020928131066001 >


NO. KAD PENGENALAN : < 020928131066 >
NO. TELEFON : < 0197358408 >
E-MEL : < farwizahzakie28@gmail.com >

PUSAT PEMBELAJARAN : < OUM MIRI >


PENGENALAN
Tamadun China adalah tamadun terawal di Asia Tenggara. Seperti yang kita ketahui,
Tamadun China telah dijumpai di lembah sungai kuning di utara China kira-kira 4000 hingga
2000 tahun yang lalu. Perkembangan Tamadun China ini juga mempunyai beberapa
peringkat. Peringkat yang pertama adalah zaman pemerintahan Dinasti Shang yang mana
pada zaman tersebut buluh dengan gangsa adalah barangan yang paling banyak digunakan
secara meluas sehingga wujudnya beberapa buah kota. Pada peringkat kedua iaitu zaman
Dinasti Chou ini, tulisan cina telah pun tersebar keseluruh negeri. Meskipun sedemikian
tredapat juga segelintir masyarakat yang kurang memahami perkataan tersebut kerana etnik
mereka yang berbeza-beza. Hal ini telah menyebabkan masyarakat kurang harmoni antara
satu sama lain. Pada peringkat yang ketiga adalah Dinasti Shih Huang Ti. Pada zaman inilah
Tamadun China berkembang pesat dalam bidang Sains dan Teknologi. Hal yang
sedemikianlah yang menyebabkan Tamadun China lebih dihormati kerana telah banyak
memberikan sumbangan yang masih digunakan sehingga kini. Kesimpulannya, tamadun
China adalah Tamadun yang terunggul kerana mampu mengekalkan identiti mereka dari awal
ditemui sehingga la kehari ini.
TUGASAN 1 (A)

Ilmu Sains dan Teknologi memberikan pengaruh yang amat besar kepada Tamadun
China. Penciptaan pelbagai senjata untuk perang juga telah menyebabkan Tamadun China
amat di pandang tinggi oleh orang luar negara mahupun rakyat mereka sendiri. Seperti yang
kita lihat didalam filem “The Great Wall” yang telah diadaptasikan oleh Zhang Yimou,
pelbagai Ilmu Sains dan Teknologi yang masih relevan sehingga kini. Menurut kajian, filem
tersebut telah diambil dari zaman Dinasti song. Perkembangan Ilmu Sains dan Teknologi ini
dapat dilihat dari segi pembinaan tembok besar China, penemuan senjata perang seperti
katapel besar dan letupan pesawat kongming. Didalam filem The Great Wall itu, tembok
besar China telah dijadikan sebagai pelindung mereka untuk melawan raksasa yang akan
bangkit dalam jangkaan masa 60 tahun sekali. Dengan kemahiran berfikir yang cerdas,
mereka dapat mengatasi raksasa tersebut kerana mempunyai pelbagai strategik dan senjata
api yang berguna. Mereka akan bangkit kerana ratu mereka sedang kelaparan, apabila ratu
mereka sudah kekenyangan , mereka akan tidur selama 60 tahun. Pada akhir cerita tersebut,
Ketua pasukan iaitu General wang telah menaiki kapal pesawat yang telah dia ciptaankan dari
tembok besar China ke Istana diraja agar dapat menyelamatkan raja mereka dari dibaham
raksasa. Untuk menjayakan misi mereka, si pengembara telah mengebom ribuan raksasa
tersebut sekali gus dengan ratu mereka. Bahan letupan seperti bom tu juga adalh salah satu
dari ciptaan Negara China. Terdapat juga perkembangan ilmu sains yang lainnya adalah
lastik besar yang mempunyai serangan batu api untuk menghancurkan raksasa.

Selain itu juga, Perkembangan dalam bidang Bahasa juga telah dikemukakan dalam Filem
tersebut. Seperti yang kita pelajari, Tamadun China ini mempunyai seni lukisan dan Bahasa
yang cukup indah dan menarik. Bahasa cina juga mempunyai pelbagai diealek yang mana
membuatkan bahasa cina ini menjadi salah satu bahasa yang paling susah untuk dipelajari.
Seperti salah satu jalan cerita didalam filem The Great Wall, si pengembara iaitu William
tidak memahami bahasa cina yang digunakan oleh General Wang, Akan tetapi, Lin Mae iaitu
salah satu dari ketua pasukan perempuan yang memahami bahasa yang digunakan oleh
Willaim kerana telah mempelajari sebelumnya. Hal ini yang menyebabkan bahasa cina
semakin berkembang pesat ke negara barat mahupun didalam negara mereka sendiri. Justeru
itu, dengan berkembangnya bahasa cina ini, para-para tokoh terdahulunya dapat membuat
karya seni mereka dalam bentuk kaligrafi, cerpen, puisi, dan lain-lain lagi. Sebagai contoh,
seorang tokoh reformis sastera cina klasik iaitu Lu Xun telah menciptakan sebuah cerpen
yang bertajuk “The Diary of Madman” yang bertujuan untuk mengkritik sistem feudal. Dia
juga telah mencipta cerpen yang bertajuk “Blessings” yang mana menarik perhatian ramai
kaum perempuan pada waktu itu. Hal ini dapat membuktikan bahawa filem ‘The Great Wall’
telah membuatkan bahasa cina ini lebih tersebar luas keluar negara dan dalam negara.

Disamping itu, sumbangan dari bidang penciptaan juga ada ditayangkan didalam filem
tersebut. Penciptaan bahan letupan yang mematikan itu telah menarik perhatian para
pengembara yang lainnya akan tetapi hanya William yang mendapatkan senjata tersebut
secara baik. Bahan letupan yang diperbuat dari arang batu itu hanya dapat ditemukan di
China. Hal inilah yang menyebabkan bangsawan luar negara ingin memiliki senjata yang
cukup langka untuk membuatkan pusakan tentera mereka lebih kuat dan ditakuti. Bahan
letupan ini telah dicipta oleh ahli-ahli kimia cina. Mulanya bahan letupan ini digunakan untuk
membuat bunga api, apabila ahli kimia cina mengkaji lebih dalam lagi tentang bahan letupan
ini, mereka dapat memastikan bahawa bahan letupan ini dapat menjadi sangat merbahaya
sehingga dapat meragutnya seseorang. Hal inilah yang menyebabkan, bahan letupan tersebut
diberikan kepada pihak militari untuk digunakan sewaktu peperangan. Kemudiannya, ilmu
bahan letupan ini telah dibawa dan diperkenalkan ke negara Arab dan seterusnya
diperkenalkan ke negara Eropah. Bahan letupan inilah yang menyebabkan banyak
penyeludup masuk ke dalam negara china untuk mencuri bahan letupan tersebut.

Kesimpulannya, filem “The Great Wall” ini telah mengajar banyak benda mengenai
sumbangan tamadun china terdahulunya. Ianya juga memberikan banyak pengajaran yang
patut kita contohi. Sebagai contoh, demi keamanan negara mereka sanggup berkorban nyawa,
harta benda dan org tersayang demi negara yang harmoni. Mereka juga telah mengajar untuk
saling memercayai satu sama lain agar sebuah misi ataupun visi yang mereka cipta dapat
digapai. Oleh itu, kita mestilah mengambil iktibar dan pengajaran yang telah disampaikan
agar kehidupan kita akan menjadi lebih Bahagia dan harmoni.
TUGASAN 1 (B)

Filem aski iaitu ‘The Great Wall’ ini telah memberikan banyak pengajaran kepada
penonton. Terdapat juga beberapa babak-babak yang menyentuh perasaan penonton,
contohnya sewaktu babak dimana commander Lin Mea mengajar erti kepercayaan kepada
William si pengembara pada minit yang ke ’35.55’. Dalam babak tersebut, commander Lin
Mea membawa William kesuatu tempat dimana alat peralatan perang kumpulan mereka. Dia
mencabar William untuk melompat dari tembok besar China itu dengan penuh keyakinan.
Akan tetapi, William menolak permintaan tersebut keran dia tidak percaya dan bersangka
buruk terhadap commander Lin Mea. Oleh sebab perilaku William yang ragu dengan
kepercayaannya terhadap commander Lin Mea, commander Lin Mea mengajarnya erti
kepercayaan kepada William. Dia menyatakan bahawa “xin rin” adalah bermaksud
kepercayaan dalam bahasanya. “Xin rin” juga adalah bendera bagi pasukan tentera meraka.
Meraka melakukan peperangan ini bukan kerana duit atau makanan, akan tetapi untuk
kesejahteraan negara, rakyat dan raja mereka. Commander Lin Mea menyatakan lagi bahawa
apabila sudah masuk dalam peperangan, mereka harus berani mempertaruhkan nyawa mereka
demi kemenangan. Sebelum dia mengakhiri percakapannya terhadap William, dia
menyatakan bahawa “seseorang itu mestilah belajar percaya sebelum dia dipercaya”. Hal
inilah yang menyebabkan William sadar bahawa tidak semua orang akan jadi jahat seperti
dirinya jika dia belajar untuk percaya dan dipercayai. Oleh itu. Babak yang sedemikian amat
menyentuh perasaan para penonton kerana demi negara meraka sanggup berkorban apa saja
walaupun nyawa yang dipertaruhkan.

Terdapat juga babak yang lain yang mana menyentuh hati penonton iaitu semangat setia
kawan yang ada pada William dalam minit yang ke “1.27.52”. Dalam babak ini menceritakan
bahawa kawan William iaitu Tovar telah menghianatinya dan berancana balik ke tempat asal
mereka dengan orang tawanan disana. Walaupun sedemikian, Tovar telah memberitahu
rancangannya kepada William, iaitu mereka akan mengambil sebanyak mungkin serbuk
hitam lalu lari dari tembok besar China tu, akan tetapi William menolak rancangan tersebut
dan lebih memilih untuk membantu commander Lin Mea untuk mengalahkan raksasa. Tovar
dengan perasaan kecewa terus meninggalkan William yang yang sedang sibuk menguruskan
rancana peperangan. Akan tetapi, rancangan melarikan diri Tovar itu gagal dan dia ditangkap
balik oleh orang bahawan Commander Lin Mea. Selepas saja peperangan selesai, William
diberikan dua pilihan samaada memilih Tovar untuk dilepaskan atau dapat mengambil serbuk
hitam sebanyak mungkin. Akan tetapi, dengan yakinnya dia memilih untuk mengambil dan
membawa balik Tovar Bersama dengannya. Hal ini yang menyebabkan Tovar rasa terharu
dengan sikap kawannya mahupun para penonton ikut terharu melihat babak ini. Semangat
setia kawan yang ada dalam diri William inilah yang menyebabkan dia dipandang tinggi
dimata orang-orang disana. Bagi William serbuk hitam boleh dia temukan dimana-mana
tetapi kawan seperjuangan yang menemaninya dari dulu itu susah untuk ditemukan
melainkan dia masih hidup. Dia tidak akan rugi apa-apa jika memilih Tovar sebagai hadiah
pembalasan dari peperangan itu.

Akhir sekali, babak dalam minit ke “1.27.16” telah menunjukkan bahawa mereka telah
berhasil mengalahkan semua raksasa di ibu kota China. Kejayaan yang mereka kecapi itu
amat menyentuh perasaan apabila ditonton. William dan commander Lin Mea telah berusaha
keras untuk membunuh ratu mereka akan tetapi asyik kalah dengan benteng yang dibuat oleh
bawahan ratu itu. Kulit yang tebal dan keras itu tak musnah dan hancur apabila terkena bom
malahan bom tersebut terpantul ketempat lain. Hal inilah yang menyebabkan ratu raksasa
tersebut susah untuk dikalahkan. Akan tetapi atas kerjasama commander Lin Mea dengan
Willaim mereka berhasil menumpaskan ribuan raksasa yang menyerang mereka dari ribuan
tahun lalunya. Oleh itu, kerja sama dalam setiap pasukan perlulah ada kerena sebuah pasukan
tidak akan sempurna jika tidak ada kepercayaan, kesungguhan dan Kerjasama.

Kesimpulannya, filem “The Great Wall” ini telah memberikan banyak babak yang
sempurna dan menyetuh hati penonton. Filem ini juga telah mengajarkan erti kepercayaan
dalam sebuah pasukan, semangat setia kawan yang kuat dan kegembiraan yang kita akan
dapat jika kita sentiasa bekerjasama. Oleh itu, kita mestilah sentiasa mengambil iktibar yang
telah diberikan berdasarkan jalan cerita tersebut agar setiap benda yang kita lakukan tidak
akan merugikan kita. Kita juga mestilah berfikir sebelum bertindak agar semua yang kita
usahakan dan lakukan tidaklah membuang masa semata-mata.
TUGASAN 2
Kerja khusus ini diberikan kepada pelajar kerana ianya adalah salah satu cara untuk
mendidik pelajar dalam membuat penulisan yang lebih menarik dan Kreatif. Didalam
penulisan kerja khusus pelajar kali ini, pelajar dikehendaki untuk menulis sebuah refleksi
bagi soalan yang telah diberikan dalam tugasan 1 yang berkaitan dengan filem “The Great
Wall”. Pada pandangan saya, tujuan utama dalam membuat kerja khusus ini adalah untuk
mempelajari tamadun china dengan lebih mendalam. Sehubungan dengan itu, seperti yang
telah kita ketahui, soalan bagi tugasan 1A adalah pelajar diminta untuk membincangkan
sumbangan tamadun china berdasarkan filem “The Great Wall”. Berdasarkan soalan tersebut,
saya berjaya menjawab semua soalan yang diberikan. Terdapat banyak sumbangan yang
boleh kita lihat didalam filem tersebut. Contohnya, sumbangan dalam bidang sains dan
teknologi, sumbangan dari segi bahasa dan sumbangan dari barang penciptaan. Sumbangan-
sumbangan inilah yang membuka mata dan minda negara luar untuk terus berkembang agar
tamadun mereka akan sentiasa dilihat dan disanjung tinggi. Selain itu juga, dengan membuat
tugasan 1A ini, kita akan dapat memperlajari sumbangan tamadun china dengan hanya
menonton cerita. Hal ini yang menyebabkan pemebelajaran saya tidak bosan dan malas.
Dengan hanya menonton cerita, kita boleh mengetahui banyak perkara seperti, adat budaya
cina, sumbangan tamadun cina, cara berpakaian, bahasa pertuturan, dan sejarah fiksi tamadun
cina.

Didalam tugasan 1B pelajar diminta untuk memilih mana-mana babak yang menyentuh
hati dan membakar semangat diri sendiri. Pada pandangan saya, tujuan utama bagi soalan ini
adalah pelajar mestilah dapat mengerahkan otak mereka dalam memberikan beberapa
pandangan dan ulasan mereka terhadap babak-babak yang mereka pilih. Didalam filem “The
Great Wall”, terdapat banyak babak yang dapat membakar semangat pelajar mahupun yang
menyentuh hati, sebagai contoh, babak yang dimana seorang bawahan Commander Lin Mea
mengorbankan dirinya demi menyelamatkan Commander Lin Mea dengan William dan
babak dimana Commander Lin Mea mengajarkan erti kepercayaan kepada seseorang yang
tidak tahu erti kepercayaan. Contoh-contoh diatas dapat dididik dan diperap dalam diri
sendiri agar kita menjadi seseorang yang boleh dipercaya, berwibawa, jujur, berdedikasi serta
dihormati oleh orang-orang diluar sana. Filem ini juga menyatakan bahawa si william
mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dunia luar kerana dia telah mempelajari dan
menerokai pelbagai negara sewaktu mengikuti peperangan terdahulunya. Salah satu
sumbangan willaim dalam peperangan tembok besar china ini adalah pembuatan perangkap
haiwan besar yang dia pelajarinya di sepayol sewaktu mengikuti peperangan. Hal ini
menunjukkan kita bahawa kita perlulah menerokai dan keluar dari tempat tinggal kita untuk
mendapatkan banyak lagi ilmu yang berguna yang kita tidak pernah ketahui. Tugasan
infografik pula adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar dalam mengingat atau
memahami mana-mana kata kunci yang tepat untuk dihafal. Dengan infografik ini juga dapat
memudahkan pelajar untuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan atau dapat dijadikan
sebagai nota ringkas peribadi kita.

Seterusnya, perasaan yang saya rasakan sewaktu membuat kerja khusus ini adalah
pelbagai. Pelbagai yang saya maksudkan itu terdiri daripada perasaan normal, gembira, sedih,
marah, dan malas. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, hari-hari yang telah saya jalankan
tidak begitu baik yang memberikan sedikit sebanyak impak kepada kerja khusus saya. Akan
tetapi, walaupun banyak halangan yang saya hadapi, saya tetap berjaya menyiapkan kerja
khusus ini walaupun tidak tepat waktu. Bagi soalan 1A, saya menyiapkan soalan ini dengan
perasaan yang gembira dan normal kerana sumber-sumber keperluan isi yang saya cari amat
mudah untuk dijumpai di dalam media massa. Selain itu juga, kita harus menonton filem
yang telah disediakan bagi dapat menjawab semua soalan. Oleh disebabkan itu saya lebih
semangat untuk membuat tugasan soalan 1A ini manakala berbeza pulak dengan soalan 1B
kerana saya membuatnnya dilain hari. Perasaan saya sewaktu menjawab soalan 1B adalah
sedih dan marah. Hari yang saya pilih untuk membuat kerja khusus soalan 1B ini amat buruk
kerana ada hal-hal yang tidak dapat saya jelaskan disini. Akan tetapi, itu tidak membuat saya
untuk berhenti membuat kerja khusus ini. Bagi soalan infografik pula, saya hanya mengambil
masa-masa yang saya ada kerana saya begitu malas untuk membuatnya. Tetapi saya mesih
berbangga dengan diri saya sendiri kerana tetap ingin menyiapkan kerja khusus ini. saya tetap
membuatnya kerana ini adalah tanggungjawab saya.

Selain daripada perasaan saya, fikiran saya juga memainkan peranan dalam menyiapkan
kerja khusus ini. Saya hanya memikirkan satu benda sahaja sewaktu membuat kerja khusus
ini iaitu perlu segera disiapkan. Oleh hal yang sedemikianlah yang membuatkan saya tidak
berputus asa dalam membuat kerja ini walaupun saya rasa sedih, marah mahupun malas. Saya
memikirkan perkara tersebut kerana saya tidak mahu dibebani kerja-kerja khusus yang
banyak. Kerja khusus ini juga perlu disiapkan kerana ianya adalah salah satu markah terbesar
yang ada pada subjek ini. Jika saya tidak menyiapkannya, saya Cuma akan membazir markah
yang sepatutnya saya ambil. Disebabkan pola pemikiran saya yang ambisius ini, saya menjadi
lebih bersemangat dalam membuatnya dan ini juga adalah salah satu jalan kejayaan bagi diri
saya. Saya tidak mahu membuat kesilapan lagi seperti di masalalu yang saya habiskan dengan
bermain dan tidak bersungguh-sungguh dalam pembelajaran. Oleh disebabkan pola
pemikiran saya yang sebegitu, saya berhasil menyiapkan kerja khusus saya ini.

Pengalaman yang saya alami sewaktu melakukan tugas ini tidaklah begitu banyak kerana
saya membuatnya didalam bilik tidur saya dengan suasana yang sesuai untuk belajar. Pada
pendapat saya, saya hanya mengalami pengalaman yang menarik sahaja kerana saya ditemani
kucing-kucing kesayangan saya yang membuatkan kan stress saya hilang. Internet saya juga
dalam keadaan yang baik-baik saja yang mana ianya dapat mempercepatkan proses
pembuatan kerja khusus ini. Selain daripada pengalaman yang saya hadapi, saya juga
mendapatkan banyak kaedah penulisan dan pembelajaran yang baru. Contohnya dalam
penulisan kerja khusus ini, saya dapat memberikan refleksi diri saya walaupun pada mulanya
saya tidak tahu mahu menulis apa. Akan tetapi saya mencuba dan bertanya kepada rakan-
rakan saya bagaimana untuk membuatnya. Saya juga mendapatkan pelbagai ilmu berkaitan
dengan tamadun cina yang jarang diketahui ramai. Contoh, mitos tembok cina seperti yang
dimainkan didalam filem “The Great Wall”. Sumbangan tamadun cina serta adat pemakaian
dan pertuturan juga saya ketahui dengan hanya menonton cerita.

Akhir sekali, sebagai rumusan saya, kerja khusus ini amat menyeronokkan untuk dibuat
kerana tajuk yang diberikan tidaklah susah sangat. Selain itu, soalan infografik juga amat
membantu menambahkan semangat saya untuk membuat kerja khusus ini kerana ianya hanya
perlu mengambil isi-isi penting lalu dimasukkan kedalam rajah dengan kreativitas masing-
masing. Dengan adanya soalan yang sebegini, saya dapat mengembangkan lagi kreativiti saya
dalam membuat sesuatu benda itu menjadi lebih menarik. Selain daripada penulisan yang
menarik, kaedah pembelajaran yang sebegini juga dapat menarik para pelajar untuk membuat
kerja khusus dengan lebih cepat. Hal ini kerana, kebanyakkan pelajar lebih tertarik dengan
filem aksi kerana ianya mempunyai banyak babak yang menarik dan pencampuran bunyi
latar belakang yang banyak menyebabkan pelajar lebih fokus kepada cerita tersebut. Seraya
pelajar melihat filem ini, mereka juga dapat menimba ilmu yang telah disampaikan oleh filem
tersebut. Oleh itu, saya amat senang hati kerana dapat memberikan refleksi diri saya terhadap
kerja khusus ini dan akhir kata kita mestilah sentiasa berusaha untuk setiap perkara yang
ingin kita kecapi agar semua yang kita telah lakukan tidak akan jadi sia-sia.
RUJUKAN

Hie Ming Kong, (2015), Sumbangan tamadun cina terhadap ketamadunan dunia dan
manusia, sumber https://prezi.com/uzsytsf5-i8n/sumbangan-tamadun-cina-terhadap-
ketamadunan-dunia-dan-manusi/?fallback=1
Illusion control, (2022), Sinopsis filem The Great Wall, sumber
https://www.coursehero.com/file/58574870/TITAS-1pptx/
Kho weiSyen, (2018), unsur tamadun dalam filem The Great Wall, sumber
https://youtu.be/9Voo5uvWuAE
Poler stuff, (2022), Why do people enjoy action movies? The science Behind it, sumber
https://www.polerstuff.com/why-people-enjoy-action-movies/
Unknown, (2013), Bahasa kesusasteraan Tamadun China, sumber
http://chinatamadun.blogspot.com/2013/06/bahasa-dan-kesusasteraan-tamadun-china.html

Anda mungkin juga menyukai