Anda di halaman 1dari 17

BACHELOR OF OCCUPATIONAL

SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT

SEM 1 / TAHUN 1

MPU 3233
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI : 920130115124001


NO. PENGENALAN : 920130-11-5124
NO.TEL : 016-883 1200
EMEL : alieyamustafa@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KELANTAN


ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENGENALAN TAMADUN 1
CHINA
SUMBANGAN TAMADUN 2-5
CHINA
3 SCENE ATAU BABAK 5-8

INFOGRAFIK 9
REFLEKSI 10-11
5 POSTING 11-14

TUGASAN 1
PENGENALAN
Tamadun China merupakan tamadun terawal selain dari Tamdun Mesir dan Tamadun
India. Tamadun China dijumpai buat pertama kalinya di lembah Sungai Kuning atau
lembah Sungai Hwang Ho di utara China kira-kira 4000 hingga 2000S.M. Tamadun awal
China juga wujud kira 4000 atau 5000S.M. Tetapi kebanyakan ahli sejarah mempercayai
bahawa tamadun China bermula sejak tahun 2500S.M. lagi. Berlakunya ketamadunan China
ini sekitar lembah sungai kerana disitulah bermulanya aktiviti berdagang, keperluan sumber
air, dan berlakunya segala aktiviti pertukaran barang dalam erti kata berlakunya sistem
pertukaran sekaligus wujudnya Tamadun China. Tamadun China memiliki sifat terbuka ,
integrative dan dinamik. Tamadun China wujud sezaman dengan tamadun lain di dunia ini,
tamadun China tetap dapat mngekalkan identitinya tersendiri. Sungai ialah sumber air
terpenting untuk kelangsungan hidup. Oleh kerana itu, tumpuan manusia dalam membina
tamadun bangsa dan negara semakin pesat kerana dari sini lah berlakunya aktiviti pertanian,
penternakan, perladangan, pertukangan, dan sebaginya dengan membuat, mencipta atau
menghasilkan seusatu berinovasi da kreaif menjagkaui daya pemikiran untuk kegunaan serat
urusan perniagaan atau urusan perdagangan.Walaupun tamadun China ini telah lama wujud
di dunia ini, tamadun China tetap dapat mengekalkan identiti atau sifat mereka yang
tersendiri.

Objektif tugasan ini adalah untuk menilai sumbangan Tamadun China (berdasarkan
video The Great Wall) kepada peradaban dunia yang masih kekal sehingga kini. Rujukan
primer yang digunakan pada tugasan ini adalah dari nota kursus, Dr Ghazali
Darusalam,Ogos 2019 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1,Open Universiti Malaysia.

1
1.a Sumbangan tamadun China kepada peradaban dunia yang masih
kekal relevan sehingga kini.

 Magnet dan Kompas

KOMPAS PADA ZAMAN DINASTI HAN KOMPAS PELAUT DINASTI MING

Pada zaman pemerintahan dinasti han 206-220 SM sifat-sifat magnet telah ditemui di
China. Penemuan tentang segala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun
ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (popularity) pada kurun
ke-8 dan ke-9 dikuasai.
Sejarah awal menunjukkan yang orang China mencipta kompas untuk menghala
kearah selatan. Hal ini demikian kerana mereka menganggap selatan merupakan arah
kardinal dan bukannya arah utara. Kewujudan batu lod ini juga adalah nasib semata-
mata. Ia merupakan sejenis magnetit (biji besi magnetic) yang menjadikan sangat
bermagnet apabila dipanah petir. Setelah itu, sejenis mineral yang bermagnet kearah
kedua-dua utara dan selatan terhasil. Namun, bukti arkeologi menunjukkan kaum
China menggunakan ‘anak panah’ berbentuk sudu/senduk yang sentiasa mengahal ke
arah selatan.
Pada zaman urban yang penuh kemodenan ini, magnet telah diolah utk
digunakan pada radio dan television utk menukarkan isyarat elektronik ke dalam
getaran bunyi untuk menghasilkan suara. Selain itu, magnet digunakan dalam seharian
kita tapi dalam bentuk yang tidak jelas. Contohnya strip magnet gelap di bahagian

2
depan kad kredit,atm dan sebagainya untuk penyimpanan data dengan cara yang sama
seperti cakera keras computer. Pembersih vakum, blender, dan mesin basuh semua
mempunyai motor elektrik yang berfungsi dengan prinsip magnetik. Ia sehaluan
dengan perubahan kegunaan kompas, ia tidak lagi digunakan untuk pelayaran sahaja.
Namun, ia dijadikan sebagai kompas gegasing dan kompas falak untuk menentukan
utara benar. Kompas kiblat pula diubah suai untuk menunjukkan ke arah Mekah. Ini
dapat memudahkan penganut agama islam mencari arah kiblat dengan lebih mudah.

 Serbuk hitam (black powder atau gunpowder)

SERBUK HITAM UNTUK SENJATA API

Serbuk hitam ini dicipta dengan cara yang tidak sengaja oleh ahli kimia China pada
zaman dahulu ketika mereka cuba membuat campuran yang boleh menjadikan
manusia hidup selamanya. Bahan campurannya ialah potassium nitrat, arang dan
sulfur. Sejarah penciptaannya dilakar pada tahun 1044 melalui koleksi Teknik
kententeraan paling penting yang disusun oleh Zeng Goliang. Menurut Zeng,
penemuan serbuk letupan ini sebenarnya berlaku lebih awl daripada itu kerana Zeng
menjelaskan mengenai tiga campuran yag berlainan. Pada zaman itu, kerajaan China
menggunakan campuran ini sebagai suar dan mercun sebelum dijadikan kegunaan
untuk ketenteraan seperti grenad asas.
Lama-kelamaan,serbuk letupan asas ini dicampurkan dengan pelbagai logam
untuk menghasilkan warna terang apabila letupan berlaku. Maka, muncullah pelbagai
mercun dan bunga api moden. Selain itu, penciptaan serbuk letupan ini dijadikan
senjata yang boleh diluncurkan seperti peluru.
Pada zaman sekarang serbuk letupan ini juga dapat membantu dari segi

3
pembinaan untuk membuat terowong laluan dengan cara meletupkan dengan
menggunakan TNT. Dengan membuat laluan terowong,alam sekitar atau perhutanan
dapat dijaga dengan baik kerana bukit tidak dihakis atau erti kata lain dibelah untuk
membuat jalanraya bagi memudahkan pengangkutan bagi memendekkan perjalanan.
Serbuk letupan ini juga dapat banyak membantu dalm pertempuran atau peperangan
untuk membina senjata yang lebih hebat atas dasar pertahanan negara. Selain itu,
sesetengah sambutan raya atau sambut tahun baru, banyak negara menggunakan
untuk persembahan bagi memeriahkan suasana dengan pertunjukkan bunga api
dengan pelbagai warna dan bentuk semasa ia mengerlukan percikkan api yang sangat
menarik.

 Tembok Besar

PEMBINAAN ‘THE GREAT WALL OF CHINA’ PETA TEMBOK CHINA

Tembok Besar China adalah salah satu antara 7 keajaiban dunia yang masih kekal
hingga ke zaman sekarang. Tembok besar china ini di bina pada tahun 200SM dan di
antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming.
Panjang tembok chin aini ialah kira 6,400km daripada Shanhguan sehingga ke
Jiayuguan. Pada tahun 2009, satu tinjau arkeologi baru menggunakan teknologi
termaju melaporkan yang Panjang keseluruhan tembok yang termasuk cabangnya
ialah menjangkaui 8,851.8km. Dengan tempoh pembinaan melangkaui 1700 tahun
dan kurangnya teknologi pada zaman tersebut, semestinya banyak menggunakan
tenaga buruh kasar. Semasa pembinaan sedang berlaku, banyak tenaga buruh paksaan
seperti tawanan-tawanan perang digunakan. Banyak kematian yang berlaku semasa
pembinaan, setiap
4

yang mati akan ditanam disitu juga dan dipanggil sebagai kubur terpanjang dibumi.

Tujuan utama tembok besar China ini dibina adalah kerana atas dasar
pertahanan negara China untuk menjaga keamanan. Dengan adanya tembok besar ini,
tentera dapat mengesan musuh dengan lebih awal. Jika musuh dapat dikesan, tentera
akan menyalakan api isyarat asap dengan membakar najis binatang yang kering.
Tembok Besar China ini adalah sebuah projek yang payah dan mengambil
masa yang sangat lama untuk disiapkan. Ia merangkumi jajahan China yang begitu
luas bermula sekitar Sungai Kuning sehingga kaki gunung salji Qilianshan dan
Tianshan. Uniknya ia memotong banjaran-banjaran, padang pasir mahupun Kawasan-
kawasan yang terpencil. Ia menunjukkan sebuah hasil kerja yang sangat memerlukan
dedikasi yang tinggi dan displin kerana ia memakan masa ribuan tahun bagi disiapkan
sepenuhnya.
Menurut Luo Zhewen lagi, tembok ini adalah berbeza dengan tembok-tembok
lain di dunia keran ia mampu merenggang dengan sendirinya sejauh beberapa batu.
Ini kerana pergerakan bumi itu sendiri, terutama tembok yang merentasi Kawasan
pergunungan.
Semasa era Dinasti Ming pada 1368-1644 M, tembok ini baru menampakkan
bentuknya yang asli. Hasil dari pembinaan tembok besar ini memberi sumbangan
yang besar dalam aspek reka bentuk dan seni bina. Proses pembinaa tembok ini dibina
dilerang-lereng bukit dan Kawasan pergunungan. Dianggarkan 3.8bilion bongkah
batu bata digunakan bagi membina keseluruhan Tembok Besar China ini. Struktur
utama tembok ini menghubungkan menara suar, menara pengintai dan juga pintu
gerbang yang menjadikan sebuah garisan untuk pertahanan dan keselamatan. Menara
pengintai juga berketinggian 12m dan juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan
senjata dan makanan. Bahan utama yang digunakan untuk mebuat bongkah ialah batu
kerikir,pasir dan tanah. Memandangkan terdapat pergunungan, lembah, padang pasir,
Kawasan terpencil, maka kesukaran bagi mengangkut bahan binaan dari datu tempat.
Oleh itu, jika tempat itu berbatu, maka batu itu sebagai bahan utama. Jika tiada batu-
bata, maka pasir dan tanah akan digunakan.
Sumbangan untuk masa kini Nampak jelas dengan pembinaan tembok besar
5

China ini. Pertamanya, dengan hasil pembinaan ini masyarakat dapat mengambil
contoh dengan penghasilan dan campuran pembentukan sebuah bongkah untuk
pembinaan dan di olah menjadikannya lebih moden. Kita juga dapat mencontohi sikap
ketaatsetia antara kaum China dalam menerima arahan. Kedua, menurut artikel dari
United Nation yang bertajuk ‘China’s Embracing Innovation Leads to the Future’
oleh Richard Li-Hua pada 2017 mengatakan bahawa komuniti akademik dunia
tertanya-tanya bagaimana China mampu menjadi kuasa kedua ekonomi dunia kurang
daripada 40tahun. Persoalan yang dipertanyakan ialah kebangkitan kuasa China
daripada lemah kepad ‘super-power’. Ia tidak berlaku dengan tiba-tiba, melainkan ia
mempunyai sebuah asas budaya dan sejarah yang kukuh dan mampu mencari solusi
yang signifikan melalui inovasi.
Buktinya, sejak mereka mengamalkan ‘polisi’ yang terbuka sejak 1978,
pertumbuhan ekonomi meningkat sebanyak 9.3% pada 2008 sehingga 2012. Perkara
ini juga menyumbang kepada 29% pertumbuhan ekonomi global. Ini adalah inovasi
sosial yang mempunyai ciri-ciri ke-Chinaan. China mampu mencipta kemakmuran
dan kemajuan rakyatnya kurang dari 40tahun. Walaupun pernak dikecam teruk,
mereka mampu menyertai World Trade Center (WTC) pada sekaligus mengeluarkan
500 juta rakyatnya dari kemiskinan.

1.b 3 scene atau babak yang menyentuh perasaan / membakar semangat anda.

 Scene atau babak 1 pada minit ke 13.39minit.

‘Jeneral Shao mengatakan 60 tahun bersedia untuk saat ini’


6
Maksud dari dialog ini, kerajaan China telah lama bersedia untuk menghadapi
serangan
dari binatang yang sangat mengerikan dan ganjil, mereka memakan semua yang hidup
dan mati pada setiap laluannya dan susah untuk mati bahkan populasi atau
bilangannya semakin meningkat. Setiap 60tahun ia akan menyerang tembok besar
China disebelah utara, binatang ini dinamakan ia ‘Tao Tei’. Binatang ini sangat bijak
ia dapat membaca gerak geri manusia dengan senang. Segala strategi dan pasukan di
tubuhkan bagi memerangi binatang Tao Tei ini gagal. Jika serangan ini tidak
dihentikan, seluruh China akan hancur musnah dan merebak keseluruh pelusuk dunia.
Penulis amat tertarik pasukan dram. Pasukan dram ditubuhkan untuk membuat bunyi
mengikut operasi pertempuran. Bunyi dram untuk serangan jarak jauh dan serangan
jarak dekat adalah berbeza, ia sangat strategik bagi memberi amaran bagi untuk
tentera yang berada di jarak jauh untuk menerima arahan. Ia sesuatu contoh strategik
yang dapat kita contohi jika berlaku peperangan darurat.

 Scene atau babak yang ke 2 pada minit 41.17minit

Pada minit ini penulis sangat terkejut dan tergamam apabila boleh berlaku kematian
Jeneral Shao yang sentiasa bersikap tolenrasi dan minda yang terbuka. Jeneral Shao
diserang oleh binatang ganjil yang dinamakan Tao Tei. Tao tei menyerang dari arah
belakang dan depan. Jeneral dapat membunuhnya dengan membaling pisau dan
terkena pada sasaran iaitu di bahagian mata Tao Tei. Akan tetapi untuk
menyelamatkan Komanda Lin dari binatang itu jatuh padanya, Jeneral Shao telah
menolak Komandan Lin dari terkena dan digantikan dengan tubuh Jeneral Shao.
Penulis sangat berasa sedih

seperti ditinggalkan oleh sesuatu yang sangat berharga dan susah untuk dicari ganti.
Babak ini sangat memberikan kesan akan hilangnya seorang jeneral yang berwibawa
dan berlaku adil dan tiada gantinya.

 Scene atau babak yang ke 3 pada minit 41.26minit

Pada minit ini, William Garin atau bekas tahanan pada mulanya, beliau telah
mengorbankan diri sebagai umpan untuk menangkap Tao Tei. Sebelum ini, seberapa
tentera telah diarahkan pergi untuk menyiasat mengenai binatang ini, tetapi hasilnya
gagal. Tentera telah hilang dan tiada bukti peninggalan tulang atau kesan di mana-
mana pun tiada. Tao Tei diumpan untuk dijadikan sebagai ujikaji. Tao tei diuji untuk
mengetahui kelemahannya terhadap magnet dan mencari kelemahannya yang lain.
Semasa melakukan penangkapan Tao Tei ini, kita dapat melihat dan membaca
kebijaksanaan binatang ini. Binatang ini tidak akan meninggalkan sebahagian pun
kawanan yang telah mati. Tetapi dalam babak minit ini, kerajaan China berjaya
menangkapnya dengan menembak dengan ubat pelali dan mengepungnya dan
mengebomnya secara bulatan dengan menggunakan letupan serbuk hitam. Dalam
video ini, menceritakan bahawa itulah pertama kali penjajah melihat kuasa serbuk
letupan. Bagaimana ia dihasilkan untuk meletup dan dijadikan sebagai senjata yang
berkuasa.
8

1.c Infografik berdasarkan jawapan 1.a

. TUGASAN 2

2.a Refleksi sebelum dan selepas

Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah dengan izin-Nya saya dapat juga mnyiapkan tugasan ini sepertimana
waktu yang di tetapkan. Saya berasa sangat teruja dan berkoba-koba kerana ini adalah
tugasan yang pertama untuk saya pada semester ini. Tugasan Tamadun Islam dan Tamadun
Asia ini

telah menghendaki kami mencari sumbangan-sumbangan penting dari Tamadun China yang
masih kekal relevan sehingga ke hari ini. Saya berasa berbesar hati kerana akhirnya saya
dapat menyiapkan tugasan ini dengan pelbagai kekangan. Walaupun terdapat kelemahan
semasa membuat tugasan, saya tidak berputus asa dengan mudah. Terima kasih kepada
pensyarah-pensyarah saya yang banyak memberi sokongan dan kata-kata semangat dan tidak
lupa kepada rakan-rakan sekelas saya yang tidak loket dalam berkongsi pendapat, idea dan
pandangan yang bernas yang dapat saya ambil.

Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu-ilmu baru yang saya dapat dalam
penceritaan Tamadun China ini. Banyak yang saya dapat contohi daripada Tamadun China
ini. Contohnya, selalu berfikiran terbuka antara pesaing supaya kita dapat mengkaji dan
mengambil idea-idea yang berguna untuk dipakai dimasa akan datang. Dalam perniagaan
untuk menaikkan ekonomi dan sebagainya. Masyarakat China ini terlalu aggresif dalam
membina kemajuan dan kemakmuran negara. Pendapat saya, rakyat jelata di negara Malaysia
ini perlu contohi cara pemikiran China, ambil dan contohi supaya negara kita dapat
berkembangan denga cepat tetapi ada sistemnya yang tersendiri. Perlu ada kesefahaman
semasa sendiri bukan sahaja kemajuan untuk diri sendiri malah sekeliling. Negara China juga
bukan menaikkan ekonomi negaranya shaja malah mendapat kesan yang meluas kepada
ekonomi globalisai.

Sebelum ini saya tidak tahu akan cara Negara China mengatasi rakyat kemiskinan
dengan cepat. Tetapi setelah membuat tugasan ini saya tahu dengan lebih lanjut mengenai
bagaimana negara China menolong menghapuskan rakyat kemiskinan dengan cepat seramai
500juta populasi. Negara China mengamalkan sistem lama yang tercipta beribu zaman
dahulu. Dengan adanya asas sebuah monument yang teragung yang menjadi 7 keajaiban
dunia iaitu Tembok Besar China ia adalah sebuah pembinaan yang kukuh yang bertahan
beribu tahun lamanya, negara lain berani untuk melabur pada negara tersebut.

Selain itu, sebelum tugasan ini saya langsung tidak mengenali rakan-rakan sekelas
saya Dengan tugasan pendek itu,saya dapat mengenali dan dapat merapatkan hubungan
sillaturahim antara rakan sekelas. Dan juga, saya dapat mngenali Prof Dr Hairol Anuar
dengan lebih mendalam sebagai tutor saya di Open Universiti Malaysia(OUM) secara kelas
atas talian. Bagi saya, tidak semua tutor berfikiran terbuka seperti Prof. Beliau seorang yang
berfikiran terbuka.

10

Pada permulaan kelas beliau memutar lagu “Negaraku yang dinyanyikan oleh Joe Flizzow,
Altimet, Sonaone Dan Faizal Tahir. Dengan cara ini, saya sebagai pelajar sangat berasa teruja
dengan pendekatan tersebut untuk mnyertai kelas atas talian ini.

Dengan pengalaman yang saya peroleh dengan menyiapkan tugasan ini, saya merasa
saya akan lebih mudah untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain dimasa akan datang. Terima
kasih juga kepada pihak OUM yang sering memberi pencerahan dalam tugas ini dan banyak
menolong memberi pendapat dan sebagainya. Sekian Terima Kasih

TUGASAN 3

5 posting OCP

Posting 1
11

Posting 2
Posting 3

12

Posting 4
13

Posting 5
14

Anda mungkin juga menyukai