Anda di halaman 1dari 20

BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (BIS)

SEMESTER SEPTEMBER 2019

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1

NO. MATRIKULASI : 760828035687001


NO. KAD PENGNEALAN : 760828035687
NO. TELEFON : 0109090708
E-MEL : nijesothebis@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA BHARU


1. PENDAHULUAN

Tamadun adalah peningkatan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada


kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya. Tamadun China
adalah di antara tamadun yang tertua di dunia. Ianya dikatakan berasal dari Sungai
Kuning pada dikatakan berasal dari bangsa Mongol dan bermula sejak 2000 sebelum
Masihi (“Science and technology in China,” t.t.) . Sumbangan tamadun China kepada
perkembangan tamadun dunia yang lain amat signifikan kerana ia mempunyai pengaruh
yang besar. Ia boleh di lihat dalam segi sosio budaya, sosio ekonomi dan juga sains dan
teknologi.

Perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun China dapat dilihat sejak Dinasti
Ming dengan penciptaan kertas, mesin cetak,kompas dan serbuk peledak letupan diantara
abad ke 14 sehingga abad ke 17. Perkembangan teknologi di China juga terus
berkembang sehingga ke hari ini dengan pelbagai ciptaan ciptaan baharu yang
mempengaruhi kehidupan dunia.

2. SUMBANGAN TAMADUN CHINA DALAM BIDANG SAINS DAN


TEKNOLOGI

Tamadun China mempunyai banyak sumbangan untuk kehidupan manusia. Di antara


yang terpenting adalah penciptaan kertas, serbuk letupan dan kompas.

2.1 PENCIPTAAN KERTAS

Antara sumbangan terpenting tamadun China adalah penciptaan kertas. Kertas adalah
teknologi yang mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan manusia. Kertas Cai Lun
adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencipta kertas.(Hayati, 2012). Kertas ini
seterusnya digunakan untuk penulisan buku buku dan digunakan juga untuk penulisan
kitab-kitab oleh ilmuan Islam di zaman silam sehingga ke zaman sekarang.

1
Gambar 1: Cai Lun, pencipta kertas yang pertama

Peranan kertas telah mengubah kehidupan manusia dengan begitu meluas. Kertas pada
zaman awalnya digunakan dengan dakwat yang ditulis dengan tulisan tangan. Namun ia
berkembang kepada industri percetakan sehingga menghasilkan surat khabar yang
digunakan seharian di seluruh dunia dalam pelbagai bahasa.

Kertas juga mempunyai peranan yang mengubah industri kepada percetakan industri dan
pencetak yang bercetak oleh orang orang Persia (“History of Printing,” t.t) Pencetak
industri lebih tertumpu kepada penjilidan buku buku ilmiah, majalah, surat khabar dan
pelbagai lagi. Manakala pencetak peribadi berfungsi untuk percetakan dokumen dan
pencetakan gambar. Dengan adanya kertas pada zaman moden ia telah berevolusi dari
pada tulisan tangan ke mesin taip seterusnya kepada pencetak elektronik peribadi.
Munculnya pelbagai jenis pencetak seperti pencetak laser dan pencetak dakwat jet.
Pencetak peribadi ini mampu untuk mencetak banyak perkara dan memudahkan urusan
seharian dengan adanya kertas yang dimulakan oleh tamadun China.

2
2.2 PENCIPTAAN SERBUK LETUPAN

Gambar 2 : Penggunaan awal serbuk peletup sebagai mercun di China.

Salah satu ciptaan tamadun China yang mengubah lanskap dunia sehingga ke hari ini
adalah serbuk letupan. Penciptaan serbuk letupan sebenarnya berlaku tanpa di duga. Ia
ditemui semasa para ahli kimia purba China sedang membuat cecair pemanjang usia lalu
ia menemukan ciptaan serbuk peledak (Whipps H, 2008).

Penciptaan serbuk letupan pada awal ciptaan adalah dari campuran sulfur, nitrat dan
arang letupan tanpa diketahui kuantiti campuran sebenar seperti mana yang tercatat
dalam sejarah penciptaannya oleh para ahli sejarah purba China yang dicatat pada sekitar
tahun 1044. Pada awalnya penggunaan serbuk letupan ini hanya untuk dijadikan suar dan
mercun sahaja (Rai Ilani, 2018). Manakala pengkaji barat pula mereka menyatakan
serbuk letupan ini dari pada bahan kimia seperti potassium nitrat (75%), arang (15%) dan
sulfur (10%). Pada awal nya penciptaan secara tidak sengaja ini berlaku apabila cecair
potassium nitrat yang telah disuling tertumpah ke dalam bekas berisi arang maka
terjadilah letupan (McLaren, 1982).

3
Penciptaan serbuk letupan ini telah mengubah lanskap dunia, dengan adanya serbuk
letupan terciptalah pelbagai jenis senjata api yang digunakan dalam peperangan dan
pertahanan sesebuah negara. Malah, dalam penaklukan dan penjajahan kepada sesebuah
negara pada zaman lalu, penggunaan pistol, senapang dan meriam yang digunakan secara
meluas juga adalah hasil dari ciptaan serbuk letupan pada zaman awal penemuannya.
Pada zaman moden penciptaan serbuk peledak telah digunakan untuk membuat bom,
pelancar roket dan pelbagai lagi senjata.

Gambar 3: Meriam tangan awal masyarakat China

Bermula pada abad ke 12 dan 13 perkembangan penggunaan serbuk letupan ini telah
berkembang ke negara Arab, Rom, Eropah dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia.
Perkembangan penggunaan serbuk letupan di tanah arab adalah hasil perhubungan baik
dengan negara China sejak abad ke 10 (Bradburry J,1992).

4
Seiring dengan perkembangan zaman moden, hasil penemuan serbuk peletup oleh ahli
kimia China dahulu, maka pada hari ini penggunaan serbuk peletup telah meluas di
gunakan. Bukan hanya untuk ketenteraan dan peperangan. Malah penggunaan ia semakin
meluas dalam bidang pembinaan dan hiburan juga. Sebagai contoh, dalam bidang
pembinaan penggunaan serbuk peletup bagi industri kuari adalah sesuatu yang amat
penting. Begitu juga dalam industri pembinaan, dimana apabila terdapat bangunan
bangunan lama yang perlu dirobohkan, penggunaan serbuk peletup akan menjimatkan
masa dan tenaga. Ia membantu mengefisyen kan masa kerja dan tenaga kerja.

Selain dari industri pembinaan, industri hiburan juga tidak terkecuali untuk mendapat
manfaat dari penemuan serbuk peletup. Industri mercun dan bunga api berkembang di
seluruh dunia dan amat penting bagi merayakan perayaan-perayaan besar seperti
sambutan tahun baru, sambutan kemerdekaan negara, sambutan perayaan agama dan
budaya, majlis majlis rasmi, sambutan kemenangan dan banyak lagi. Pertunjukan bunga
api menjadi simbol kemeriahan bagi perayaan. Sebagai contoh di Malaysia, pertunjukan
bungai api sering dimainkan semasa merayakan detik kemerdekaan pada 31 Ogos setiap
tahun.

Hasil dari penemuan serbuk peledak ini, selain dari fungsinya dalam sains dan teknologi
untuk dijadikan sebagai senjata ketenteraan sesebuah negara. Ia juga berguna dalam
pembangunan pembinaan dalam sesebuah negara dan juga dalam industri hiburan. Saintis
saintis zaman moden pula semakin kreatif untuk mencipta jenis jenis baru pengunaan
serbuk peletup ini bagi manfaat bagi masyarakat.

5
Gambar 4: letupan bangunan untuk diruntuhkan
bagi pembinaan bangunan baru.

2.3 PENCIPTAAN KOMPAS

Antara sumbangan terbesar penemuan dan penciptaan dalam tamadun China adalah
dengan penciptaan penunjuk arah yang dikenali sebagai kompas. Penciptaan kompas
bermula sejak zaman dinasti Han sekitar 2000 tahun. Kompas adalah suatu alat yang
digunakan untuk mengukur arah pada muka bumi. Ia menggunakan prinsip magnet yang
menunjukan arah utara sebenar. Dikatakan juga ia di ciptakan pada abad ke 11 dan
pertama kali digunakan oleh pelayar dari eropah pada abad ke 14 (“Kompas,” t.t.).

6
Gambar 5: Gambarajah kompas pelaut Dinasti Ming.

Sebelum penciptaan kompas, pelayar pelayar belayar di lautan dengan menggunakan


bintang yang membentuk bentuk-bentuk yang dipanggil sebagai buruj atau zodiac star.
Penggunaan buruj ini adalah sebahagian dari ilmu astronomi Islam yang disebut dengan
ilmu falak yang mana ilmu ini digunakan oleh pelayar pelayar di lautan (Abdul Aziz
Harjin, 2008). Ada juga di kalangan pelayar pelayar yunani zaman dahulu yang
menggunakan bunyi desiran air lautan untuk menentukan arah. Namun untuk mengenal
pasti arah berdasarkan desiran air laut bukanlah sesuatu yang mudah.
Penciptaan kompas oleh orang China dilakukan dengan menggeselkan hujung satu medan
jarum agar ia mempunyai cas magnetik dan diletakan dalam satu mangkuk air. Jarum
akan menunjukkan arah utara dan ini menjadi panduan bagi pelayar pelayaran dan
pengembara untuk menuju ke arah sama ada arah utara, selatan, timur atau barat
(Rodgers, 2013).
7
Setelah itu penciptaan kompas semakin berkembang dengan jarum yang satu hujungnya
di letakkan magnet, lalu diletakkan dalam satu bekas bulat yang mengandungi arah yang
lebih terperinci sehingga menunjukkan ke 32 arah. Dengan terciptanya kompas begini
oleh pelayar pelayar dan pengembara barat, ia memudahkan pengesanan dan pengesahan
arah oleh mereka.

Sejak penemuan kompas oleh tamadun China, penggunaan kompas telah berlaku lebih
meluas. Dalam masyarakat Islam, penggunaan kompas digunakan untuk menentukan
arah kiblat yang menghadap ke Kaabah di Mekah dengan lebih tepat. Orang-orang Islam
yang melancong dan berjalan di tempat yang sukar untuk ditemui masjid, boleh
menentukan arah kiblat dengan mudah dengan menggunakan kompas. Malah ada
dikeluarkan kompas kiblat yang berfungsi hanya untuk mengukur kiblat menggunakan
kompas. Jika sebelum wujudnya kompas, penentuan arah kiblat dilakukan dengan
melihat arah matahari jatuh. Namun pada zaman sekarang penggunaan kompas boleh
digunakan untuk menentukan arah kiblat dengan lebih mudah.

Kompas juga masih digunakan oleh kelasi-kelasi kapal zaman moden dan menjadi alatan
penting bagi sesebuah pelayaran. Selain itu, kompas juga di gunakan dalam kapal
terbang sebagai penunjuk arah. Kompas moden ditambah baik dengan pengukur
longitude, latitude, dan ukuran batu nautika perjalanan.

8
Gambar 6: Kompas kapal laut moden

Gambar 7: Kompas kapal terbang

9
3. SUMBANGAN TAMADUN CHINA KE ATAS INOVASI

Tamadun China sememangnya memberi banyak sumbangan kepada perkembangan dan


inovatif masyarakat khususnya di Malaysia. Impak ini boleh dilihat dengan jelas berada
dalam masyarakat dan mencipta banyak peluang peluang baru.

Penciptaan kertas telah membuka ruang untuk wujudnya banyak idea idea baru. Sebagai
contoh dengan terciptanya kertas terciptalah industri majalah seperti komik-komik yang
terkenal. Hasil dari industri komik wujudlah pula industry perfileman berasaskan komik
seperti Marvel dan DC Comics, di Amerika Syarikat. Malah dengan industri kertas juga
wujud novel novel yang terkenal seperti novel Harry Potter yang di tulis oleh J.K
Rowlings yang akhirnya menjadi filem yang pecah panggung di seluruh dunia. Dan
setelah asalnya komik menjadi filem pecah panggung, akhirnya ia kembali ke komik
semula (“J. K. Rowling,” t.t.).

Selain itu ciptaan kertas telah menghasilkan wujudnya penerbit penerbit buku yang
menghasilkan pelbagai jenis buku dan pelbagai genre. Walaupun dunia bergerak kepada
peranti digital mudah alih (mobile gadgets), namun permintaan kepada buku fizikal iaitu
kertas bercetak tidak berkurang permintaannya. Malah semakin meningkat
penggunaannya dan peminatnya. Pembacaan buku lebih sesuai kepada bahan bercetak
dari pada peranti digital mudah alih.

Walaupun dunia sekarang bergerak ke arah penggunaan dunia digital dan bebas kertas,
namun keperluan kepada kertas untuk sebahagian kerja masih diperlukan. Contohnya
dokumen-dokumen penting dan penggunaan alatan pengimbas digital dan mesin fotokopi
di pejabat masih memerlukan kertas untuk berfungsi. Secara asasnya, agak mustahil
sekiranya peranti digital dapat menggantikan kertas secara seratus peratus tanpa kertas.
Ini membuktikan bahawa, pentingnya kertas sebagai alat kemajuan mengatasi teknologi
dan sains yang semakin bergerak pantas.

10
Manakala, impak penciptaan serbuk peletup telah membantu banyak dalam kehidupan
manusia khususnya impak keselamatan kenegaraan. Penciptaan senjata-senjata baru
walaupun canggih dan digital, ia masih memerlukan bahan letupan untuk menghasil
tembakan yang mengenai sasaran. Penciptaan peluru berpandu, bom atom dan nuklear
pada kapal perang, jet pejuang dan kapal selam masih memerlukan bahan peletup untuk
membolehkan bahan letupan berfungsi. Penggunaan dan pemilikan bahan letupan yang di
miliki sesebuah negara akan menjadi pertahanan negara yang kukuh. Kerana itulah
banyak negara-negara seperti India, Korea Utara, India, Israel, Perancis, Pakistan dan
China membangunkan senjata nuklear berasaskan letupan sebagai langkah
mempertahankan negara dari penjajahan dan peperangan (Macias, A., 2018).

Mempunyai aset ketenteraan yang canggih menunjukan kekuatan sesebuah negara yang
dapat memastikan ia tidak mudah dicerobohi oleh kuasa luar. Pasukan keselamatan
negara yang mempunyai aset bahan letupan yang cukup akan digeruni oleh pihak lawan
sekaligus keselamatan dan kestabilan negara lebih terjamin.

Dalam penciptaan kompas pula, jika sebelum ini ia membantu perjalanan untuk kapal
laut dan udara, kini pengunaannya diperluaskan kepada kompas digital. Malah
penggunaan navigasi peta digital menggunakan applikasi seperti Google Maps dan Waze
adalah salah satu bentuk kompas moden untuk memudahkan pergerakan melalui
kenderaan darat.

Penciptaan kompas juga telah membantu inovasi baru sebagai penunjuk arah melalui
global positioning system (GPS). Sistem navigasi sekarang telah mengunakan teknologi
satelit dan tidak semata-mata bergantung kepada arah seperti utara selatan lagi. Namun ia
tidak meninggalkan terus penunjuk arah. Sistem nagivasi pada zaman sekarang sudah
canggih dengan ia boleh mengesan jangkaan waktu tiba yang dikenali sebagai estimated
time arrival (ETA). Ia bukan sekadar sebagai penunjuk arah malah memudahkan
pengguna untuk tahu tempoh masa akan sampai di destinasi. Sistem navigasi kenderaan
pada zaman moden ini telah digunakan secara meluas diseluruh pelusuk dunia apabila
orang awam dapat menggunakannya untuk memudahkan perjalanan mereka. Ia juga

11
digunakan sebagai ciri ciri keselamatan dalam kenderaan dan telepon mudah alih dengan
fungsi pengesan atau tracker. Ia juga membolehkan kenderaan atau alatan digital dikesan
sekiranya ianya dicuri. Dengan penggunaan sistem ini ia akan membantu untuk
mengurangkan kes kecurian.

4. CIPTAAN-CIPTAAN BARU DAN TERKINI TAMADUN CHINA

Selain dari penciptaan-penciptaan alatan yang telah berevolusi sehingga ke hari ini yang
telah disebutkan di atas. Ada beberapa lagi ciptaan ciptaan yang boleh diperluaskan
dalam konteks kemajuan negara Malaysia yang boleh diaplikasi secara meluas di
Malaysia dan memberi kesan ekonomi, sosio budaya yang termasuk dalam kemajuan
sains dan teknologi.

4.1 APLIKASI WECHAT

Aplikasi WeChat dicipta pada tahun 2011 oleh Tencent Technologies yang
menghimpunkan segala media sosial di dalam satu platform. Di dalam aplikasi ini
terdapat ruang bual sosial, pembelian makanan, penempahan kenderaan e-hailing,
pemindahan wang maya secara kod QR, pelaburan saham, kesihatan dan segalanya.
Jikalau di negara China pengguna WeChat ini menjangkau jumlah satu billion pengguna.
WeChat adalah segalanya di sana kerana aplikasi luar seperti facebook, google dan
youtube tidak dapat di akses di sana.

Pada tahun 2018, Tencent Technologies telah memperkenalkan aplikasi WeChat pay di
Malaysia melalui kerjasama dengan beberapa bank di Malaysia. Mereka melihat potensi
WeChat untuk berkembang di Malaysia sangat pesat kerana di Malaysia terdapat lebih
kurang 20 juta pengguna akaun WeChat (Green, R., 2018). Buat masa ini aplikasi
WeChat pay di Malaysia boleh digunakan di 7-Eleven seluruh Malaysia, selain
penggunaan untuk membeli tiket bas, tiket penerbangan, membeli prabayar telefon
mudah alih dan juga pembelian tiket pawagam.

12
Di negara China WeChat adalah segalanya. Kemungkinan besar pada satu masa di
Malaysia penggunaan WeChat akan menjadi meluas dan memberi kesan yang besar dari
segi ekonomi. Di negara China, WeChat pay di gunakan oleh pemilik gedung mewah,
sehinggalah kepada peniaga jalanan. Malah peminta sedekah juga menggunakan aplikasi
WeChat pay untuk menerima bayaran.

4.2 EXPO CANTON FAIR

Sejak tahun 1957, di antara expo yang terbesar di dunia yang di kenali sebagai Canton
Fair telah berlangsung setiap tahun di wilayah Guangzhou yang dahulunya dikenali
sebagai Canton. Ia menghimpunkan pengilang-pengilang dari seluruh pelusuk negara
China untuk mempamerkan barangan buatan mereka. Expo ini dihadiri oleh pelawat dan
pembeli dari negara-negara luar menjadikan ia sebagai platform yang efektif untuk
memasarkan produk Negara China ke seluruh dunia. Ekspo Canton Fair ini dibuat dalam
beberapa fasa yang mengasingkan jenis industri berbeza pada tarikh-tarikh tertentu.
Pembeli dari seluruh dunia akan berkumpul untuk membuat tawaran pembelian dengan
pengilang. Kebanyakan barangan yang di tawarkan mempunyai harga yang sangat murah.
Ini adalah kerana kos pengilangan dan kos buruh di negara China sangat rendah
berbanding di negara luar. Disebabkan itu ramai pengusaha dari Amerika Syarikat,
Jerman, Itali dan negara-negara arab mula membina kilang mereka dan mengeluarkan
produk mereka di negara China (“Canton Fair,” t.t.).

Pengusaha dari seluruh dunia yang ingin menyertai Ekspo Canton Fair ini perlu
mendaftar secara atas talian dan mendapat pas masuk sekali seumur hidup. Setiap tahun
akan diadakan tiga kali ekspo dan setiap ekspo diadakan dalam tiga fasa. Setiap satu fasa
hanya disertai oleh lima jenis industri sahaja yang berlangsung di lima dewan gergasi.
Pengusaha serta usahawan dari Malaysia juga berpeluang untuk turut serta dalam
pameran ini untuk mencari produk-produk baru dari China yang boleh di pasarkan di
Malaysia.

13
4.3 ALIBABA

Pada zaman berteknologi ini, adalah amat mudah untuk mendapatkan barangan dari
negara China iaitu hanya melalui platform atas talian sahaja. Kerana itulah Alibaba.com
yang di asaskan oleh Jack Ma pada tahun 1999 menjadi platform perniagaan-kepada-
perniagaan (B2B) bagi pengilang di China untuk memasarkan produk ke seluruh dunia. Ia
menggabungkan internet, e-perdagangan, sistem bayaran dan sistem penghantaran untuk
memudahkan pelanggan dari mana sahaja di dunia untuk melakukan pembelian (“Alibaba
Group,” t.t.).

Alibaba.com telah menjadi fenomena kerana pelbagai jenis barangan terdapat di platform
ini dan ia adalah platform B2B yang terbesar di negara China malah di dunia. Untuk
memudahkan urusan pembelian, Alibaba memperkenalkan Escrow payment yang
bertindak sebagai pusat pembayaran bagi melindungi pembeli dari ditipu oleh pengilang
dan pembekal di China.

Selain itu, Alibaba juga memperkenalkan Alipay yang bersaing rapat dengan WeChat
Pay di China. Alipay lebih memfokuskan kepada bayaran barangan yang dibuat melalui
platform digital seperti Alibaba.com, Aliexpress.com dan Taobao.com. Bagi rakyat
Malaysia yang berminat untuk menjadi usahawan, mereka boleh menggunakan platform
Alibaba.com untuk mencari barangan yang sesuai untuk diniagakan. Manakala bagi
mereka yang hanya berminat untuk pembeli sebagai pengguna, lebih sesuai untuk
menggunakan platform Aliexpress.com. Platform jual beli Lazada yang popular di
Malaysia juga dimiliki oleh Alibaba Group.

5. KESIMPULAN

Sejak dari zaman dahulu sehingga ke zaman sekarang, tamadun China telah banyak
mencorakkan cara pemikiran dan cara kerja dengan pembangunan sains dan teknologi
yang sentiasa berkembang. Perkembangan yang boleh dilihat inilah membuat tamadun
China adalah antara tamadun yang tidak pupus di telan zaman. Tamadun ini sentiasa
berkembang malah lebih pesat dari negara-negara lain dari segi sains dan teknologi.

14
Sehingga ada beberapa negara maju yang mengikuti tamadun ini dengan tujuan untuk
bersaing rapat dengan negara China.

Kemajuan tamadun ini adalah kerana falsafah kerja mereka yang di ambil dari Confusius
yang di antaranya adalah mementingkan kehormatan kepada masa, fokus kepada hasil
yang terbaik dan falsafah chi ku yang bermaksud ketekunan bekerja melalui kepayahan
(Jochim. C, 1992). Falsafah seperti inilah yang dijadikan budaya oleh orang-orang China
sehingga mereka menjadi bangsa yang bertamadun.

(3067 patah perkataan)

15
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Alibaba Group. (t.t.). Dlm. Wikipedia Dicapai dari


https://en.wikipedia.org/wiki/Alibaba_Group
Bradburry, J. (1992). The medieval siege. Boydell & Brewer. Canton Fair. (t.t.).
Dicapai pada November 10, 2019, dari https://en.wikipedia.org/wiki/Canton_Fair
Green, R. (2018). WeChat Pay just launched in Malaysia. Dicapai dari
https://www.businessinsider.com/WeChat-pay-malaysia-2018-8?IR=T
Harjin, A. A. (2008). Astronomi Menurut Islam. Dicapai November 12, 2019, dari
http://ctu551.blogspot.com/2008/04/astronomi-menurut-islam.html
Hayati, E. N., Fakultas, D., Universitas, T., Semarang, S., & Terpendek, R. (2012). Vol.
VI, No. 2 Juli 2012 Hal 57 – 65. 56–63.
History Of Printing. (n.d.). Dicapai November 12, 2019, dari
https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_printing
Hu, A. G. Z., & Jefferson, G. H. (2008). Science and technology in China.
https://doi.org/10.1017/CBO9780511754234.010
Ilani, R. (2018). 9 Ciptaan Hebat Tamadun China Yang Masih Digunakan Sehingga
Hari
Ini. Dicapai November 13, 2019, dari https://iluminasi.com/bm/kenali-9-ciptaan-
bersejarah-tamadun-china-purba-yang-masih-digunakan-sehingga-hari-ini.html
J. K. Rowling. (t.t.). Dlm Wikipedia.Dicapai November 10, 2019, dari
https://en.wikipedia.org/wiki/J._K._Rowling
Kompas. (t.t.). Dlm Wikipedia .Dicapai November 10, 2019, dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kompas
Macias, A. (2018). There are about 14,500 nuclear weapons in the world. Here are the
countries that have them. Retrieved from https://www.cnbc.com/2018/03/16/list-
of-countries-with-nuclear-weapons.html
McLaren, E. G. M. (1982). A short history of gunpowder and the role of charcoal in its
manufacture. Journal of Materials Science, 17(12), 3385.

16
Rodgers, A. I. (2013). Compass. Retrieved November 10, 2019, from
https://www.nationalgeographic.org/encyclopedia/compass/
Science and technology in China. (t.t.). Dlm. Wikipedia. Dicapai November 8, 2019, dari
https://en.wikipedia.org/wiki/Science_and_technology_in_China
Whipps, H. (2008). How Gunpowder Changed the World. Dicapai November 10, 2019,
from https://www.livescience.com/7476-gunpowder-changed-world.html

17
JURNAL REFLEKSI (MOHD NIZAM BIN MOHAMED)

Pada semester September 2019 saya telah mengambil kursus MPU3133 Tamadun Islam
Dan Tamadun Asia (TITAS). Ia merupakan kursus wajib untuk semua pelajar program
Ijazah di Open University Malaysia (OUM).

Saya menjalani kursus ini secara separuh masa kerana terikat dengan karier saya
sebagai usahawan. Namun itu tidak menghalang saya untuk mengulangkaji kursus ini
sama ada secara bersendirian atau berkumpulan melalui perbualan di media sosial. Saya
juga sering mendapatkan informasi terkini melalui portal MyInspire yang disediakan
oleh pihak universiti. Saya juga telah hadir ke kelas tutorial yang telah di adakan di
universiti. Selain itu, saya telah menjawab kuiz untuk 10 topik yang telah dipelajari
yang telah disediakan sebagai sebahagian dari pra syarat untuk gred saya pada subjek
ini

Dalam kursus ini saya telah mempelajari tentang banyak perkara tentang ketamadunan
manusia. Tentang bagaimana sesebuah tamadun itu terbina, cirinya dan apa yang
menyebabkan sesebuah bangsa itu dipanggil bangsa yang bertamadun. Di antara yang
menarik bagi saya adalah mempelajari tentang tamadun Islam dan Tamadun China.
Selain itu saya juga mempelajari tentang tamadun India dan tamadun Melayu. Kini saya
tahu bahawa tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang besar sejak zaman dahulu.
Dan ini lebih menambah kefahaman saya tentang tamadun bangsa saya sendiri.

Dalam kursus TITAS ini juga saya diminta untuk membuat tugasan esei tentang
sumbangan tamadun China dalam kehidupan manusia dan dalam konteks masyarakat
Malaysia. Saya juga diminta untuk memberikan ciptaan-ciptaan baru tamadun China
yang memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia. Tugasan ini telah saya siapkan
dengan membuat kajian dalam jurnal, blog, artikel rasmi dan juga melalui cari di
internet. Tugasan ini membantu saya memahami lebih dalam lagi tentang bagaiman
tamadun China ini terbina.

18
Pengalaman saya berkomunikasi dengan ramai orang dari China melalui perniagaan
telah sedikit sebanyak membantu saya untuk lebih mudah memahami ketamadunan ini.
Setiap tahun saya ke China untuk urusan perniagaan dan dari situ saya melihat
bagaimana betapa rajin nya bangsa ini bekerja, mencipta sesuatu yang baru. Ini
membuat kan minat saya untuk mengkaji tentang kemajuan tamadun lebih mendalam
lagi. Dengan kursus TITAS ini sedikit sebanyak mengingatkan saya kembali tentang
pentingnya tamadun itu dibina dengan asas yang kukuh.

(343 patah perkataan)

19

Anda mungkin juga menyukai