Anda di halaman 1dari 13

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU 551)

Matlamat Dan Ciri-ciri Tamadun Islam

Pengenalan

Tamadun sering digambarkan dengan pembangunan yang sedang pesat

membangun serta kemajuan dari pencapaian sains dan teknologi. Pelbagai versi fahaman

tentang pengertian “tamadun” di dalam dunia ini namun generasi sekarang melihat ia dari

segi luaran sahaja tanpa mendalami pengisiannya.

Di dalam proses pembentukan tamadun, ia bukannya berteraskan materialisme

semata-mata tetapi ia perlu diseimbangkan dengan teras-teras kerohanian. Kemunculan

agama dan ajaran adalah merupakan salah satu ciri penting dalam perkembangan

tamadun manusia. Dengan adanya pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan

kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains,

teknologi, kepercayaan, undang-undang politik dan penghasilan daya cipta yang lebih

halus serta mempunyai nilai-nilai seni maka lahirlah satu ketamadunan iaitu “Tamadun

Islam”. Pencapaian manusia dalam konteks “Tamadun Islam” berasaskan kepada akidah,

syarak dan akhlak, dan bersumberkan al Quran dan al-Sunnah. Ia meliputi dari segi

pemurnian kerohanian di kalangan masyarakat justeru dengan pencapaian tersebut maka

terciptalah ketamadunan yang seimbang1.

1
Yussamir Yusof aljohori, journal “Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun” Ogos 2007

1
Matlamat Tamadun Islam

Tamadun Islam tidak terbatas kepada kemajuan, kebudayaan sahaja, tetapi

serentak dengan kerohanian.. Al-Din adalah sebagai asas membentuk tamadun, bukan

manusia yang membentukya.

Masalah Pembangunan tamadun hari ini ialah generasi sekarang lebih terarah

kepada kebendaan dan mengabaikan teras-teras kerohanian. Pembangunan yang pesat

membangun telah menyebabkan mereka gagal memahami erti sebenar tamadun.

Di dalam prespektif Islam,matlamat Tamadun Islam adalah terbahagi kepada 3

iaitu menjaga hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia serta

hubungan manusia dengan alam.

a) Hubungan manusia dengan Allah

Hubungan dengan Allah adalah antara matlamat dasar di dalam tamadun Islam,

kerana ia merupakan cara bagaimana manusia mengenali Allah sebagai Pencipta yang

terkandung di dalam rukun Iman, dan cara manusia berhubungan denganNYA yang

terkandung di dalam rukun Islam. Keimananlah yang menjadikan manusia bebas dari

cengkaman hawa nafsu dan kebendaan. Segala daya dan keringat diusahakan hanyalah

atas dasar untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, dan inilah yang dinamakan

Ikhlas.2

2
Yussamir Yusof aljohori, journal “Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun” Ogos 2007

2
Orang yang beriman sentiasa di dalam keadaan tenang, bahagia dan tenteram.

Semua perkara ini diperolehi kerana mereka tidak ada kepentingan tersendiri di dalam

menjalankan aktiviti mereka, semuanya dilakukan atas nama Ibadah. Contohnya

keimananlah yang menyebabkan Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan dan para

sahabat yang lain menyedekahkan segala hartanya ke jalan Allah S.W.T setiap kali

berlakunya peperangan antara umat Islam dengan Musyrikin Mekah.Keimanan jugalah

yang menyebabkan banyak para sahabat yang berkesanggupan untuk menyeberangi

padang pasir dan lautan luas ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan Islam.3

Di dalam melakukan pekerjaan, manusia diberi pilihan untuk menentukan cara

yang mereka sukai. Jadi, mereka bebas berusaha (ikhtiar) untuk menentukan nasib

mereka sendiri.Walaupun begitu manusia perlu sedar dengan batas-batas mereka. Mereka

tidak perlu terlalu ghairah untuk mendapat sesuatu dan tidak sesekali merasa resah atau

gundah gulana apabila sesuatu yang diusahakan tidak berhasil.Bagi orang-orang yang

beriman mereka akan bersabar dan menganggapnya sebagai Qada’ dan qadar dari Allah 4.

Perkara ini amat berbeza bagi mereka yang tidak beriman,menurut beberapa

laporan bahawa pada tahun 1974 seramai 10 ribu orang Jerman telah membunuh diri

kerana kekecewaan mereka dengan tamadun kebendaan.5Kekecewaan mereka ini bertitik

tolakkan dengan sikap keterlaluan manusia yang materialistik iaitu membeza-bezakan

kedudukan atas dasar kebendaan atau material,misalnya mereka yang berkenderaan

mewah dipandang tinggi, jika tidak ada rumah yang besar maka tidak akan dilayan dan

sebagainya. Mata manusia ketika itu telah dikaburi dengan kebendaan .Jadi, apa yang kita

3
Mustafa Haji Daud, “Tamadun Islam”, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1991 hlmn 8
4
Yussamir Yusof aljohori, journal “Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun” Ogos 2007
5
Mustafa Haji Daud, “Tamadun Islam”, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1991 hlmn 8

3
dapat simpulkan di sini, dengan adanya keimanan dan percaya kepada ketentuan Allah,

kita tidak terpesong daripada akidah kita.

Ia telah pun dijelaskan dalam Surah At Tin, ayat 4 yang bermaksud “ Bahawa

Kami (Allah) menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian. Maka, ketinggian dan

kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada mereka tidak boleh dianggap remeh dan

dipersiakan.6 Oleh yang demikian, di dalam tamadun Islam, matlamat ini menuntut kita

berfikir, berusaha untuk mencapai sesuatu dengan mendapatkan keredhaan Allah.

b) Hubungan manusia dengan manusia

Kemudian matlamat seterusnya adalah hubungan Manusia dengan manusia.

Perkara ini haruslah diberi penekanan yang wajar di dalam proses menyempurnakan

hubungan manusia dengan manusia. Hal ini disebabkan manusia tidak boleh hidup

bersendirian dan sesungguhnya manusia itu secara semula jadi saling memerlukan di

antara satu sama lain bagi melengkap dan melengkapi.

Setiap manusia diberikan penghormatan yang sama oleh Alah S.W.T Menyedari

hakikat persamaan taraf ini, adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk bermu’amalah

secara yang ditentukan oleh Allah S.WT kerana manusia adalah khalifah di sisi Allah

S.W.T. Mereka yang paling mulia di sisi Allah S.W.T ialah mereka yang bertakwa

kepadaNYA. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat terjemahannya:

6
Hashim Ahmad “Terlalu fikir kesempitan hidup boleh jejas akidah” Artkel Agama Berita Harian,
25/02/2008

4
Wahai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki

dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku

supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara

kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah

Maha megetahui lagi Maha Mengenal .

(Surah al-Hujuraat 49:13)7

Di dalam terjemahan surah al-Hujuratt tersebut, ia menyedarkan kita akan

kesempurnaan hidup bermasyarakat. Manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di atas muka

bumi perlulah bermu’amalah secara Islam kerana Islam sentiasa memperjuangkan

kesatuan umat manusia. Manusia dituntut untuk saling tolong-menolong, nasihat-

menasihati, dan saling mengajak melakukan perkara yang baik,iaitu amal ma’aruf nahi

munkar.

Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud “Bertolonglah kamu berbuat

kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya.

Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sangat keras seksaannya’’.(Surah

al Maidah , ayat 2) 8

Matlamat ini juga menginsaf dan menyedarkan manusia agar sentiasa ingat dan

bersyukur kepada Allah S.W.T apabila dikurniakan pangkat, kuasa, harta, nikmat dan

rahmat. Mereka yang bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T akan neningkatkan lagi

7
Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI “matlamat tamadun islam”, 2002, Surah al-Hujuraat
49:13
8
Hashim Ahmad “Terlalu fikir kesempitan hidup boleh jejas akidah” Artikel agama Berita Harian
25/02/2008, Surah al-Maidah, ayat 2

5
ibadat kepada-NYA . Jika manusia itu kufur dengan nikmat Allah S.W.T dengan

meningkatkan ibadat dan melakukan maksiat, mereka dijanjikan pembalasan azab yang

pedih sebahagiannya di dunia lagi dan yang pasti di akhirat. Kita sepatutnya menjadikan

kejatuhan-kejatuhan empayar-empayar Islam seperti Kerajaan Uthmaniah yang hebat itu

dan kisah penduduk di Jerman tadi sebagai pengajaran.

c) Hubungan manusia dengan alam sekitar

Matlamat yang terakhir sekali adalah hubungan Manusia dengan alam. Hubungan

ketiga ini selalu dianggap enteng dan remeh oleh masyarakat kita sekarang di dalam

pembentukkan tamadun. Bukit digondol,pokok ditebang,gunung dibelah,pencemaran

udara,pencemaran air dan pelbagai lagi perbuatan-perbuatan yang tiada belas kita

lakukan terhadap Alam.Sedangkan perkara itu semua perlu dijaga.

Di dalam Tamadun Islam, ia amat menitikberatkan dan turut mengatur serta

menyempurnakan hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya sebagai contoh cara

manusia itu bertindak apabila berhubungan dengan alam sekitarnya.Dalam syariah Islam

yang disempurnakan melalui perutusan Nabi Muhammad S.A.W telah pun menjamin

perlindungan dan hak kepada semua makhluk untuk hidup sejahtera di muka bumi seperti

digambarkan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan Kami tidak mengutuskan

engkau Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam (Surah al-

Anbiya, ayat 107). Oleh demikian, usaha memakmurkan bumi dan penjagaan alam

semesta adalah sejajar denga tuntutan syariatIslam9.

9
Che Asmah Ibrahim, “Jendela Hikmah: Nikmati dunia dengan prinsip Illahi” Artikel Agama Berita
Harian, 29/02/2008

6
Allah telah menjadikan pelbagai makhluk kejadian.Di atas muka bumi contohnya

terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang boleh diternak bagi dijadikan makanan

yang enak dan berkhasiat. Tumbuh-tumbuhan pula dijadikan oleh Allah S.W.T untuk

membolehkan manusia mendapatkan kenyamanan berteduh di bawahnya, dijadikan

bahan binaan rumah, perabot dan buahnya pula dijadikan makanan yang lazat10.

Di dalam perut bumi pula terdapat pelbagai galian yang boleh digunakan untuk

pelbagai tujuan dalam industri berat contohnya kenderaan, alat binaan rumah, perhiasan

dan lain-lain lagi.Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya:

Dan ialah yang telah menurunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan

dengan air itu segala macam tumbuhan, maka kami keluarkan daripada tumbuh-

tumbuhan itu tanam-tanaman yang menghijau. Kami keluarkan daripada tanaman yang

menghijau itu butir-butir yang banyak dan daripada mayang kurma yang mengurai

tangkai-tangkai yang menjurai.(Dan daripada itu Kami keluarkan pula) kebun-kebun

anggur dan Kami kelarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa.

Perhatikanlah buah-buahnya pada waktu pohonnya berbuah dan (perhatikanla pula)

kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda (kekuasaan Allah)

bagi orang yang beriman.

(Surah al-an’aam 6:99)11

Sebagai khalifah, manusia adalah penerima amanat terbesar yang tidak sanggup

diterima makhluk lain. Perkara ini dirakamkan dalam firman Allah yang bermaksud:

10
Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI “matlamat tamadun islam”, 2002
11
Surah al-an’aam 6:99

7
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-

ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan

mengkhianatinya, dan dipikul amanat itu oleh manusia." – (Surah al-Ahzab, ayat 72) 12

Manusia seharusnya sedar setiap langkah dan perbuatan akan memberi kesan

kepada alam sekeliling. Kerosakan dan kemusnahan alam yang berlaku memberi kesan

secara langsung kepada perjalanan hidup manusia. Sebagai contoh, Apabila sungai yang

menjadi sumber bekalan air utama kepada kehidupan manusia, tumbuhan dan haiwan

tercemar, ia akan menjejaskan mutu kehidupan seperti melakukan ibadat solat yang

memerlukan kita menyucikan diri dengan air bersih. Begitu juga apabila udara tercemar

akibat perbuatan tangan kita sendiri, maka kita tiada pilihan melainkan menghirup

kembali udara tercemar itu untuk tujuan pernafasan. Keadaan ini akan menjejaskan

ekosistem yang mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan membawa kerugian kepada

kita13.

Kejadian seperti itu sepatutnya memberi kesedaran dan pengajaran kepada

manusia bahawa setiap usaha pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu mengambil

kira tiga perkara iaitu hubungan dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama manusia

dan hubungan manusia dengan alam semesta. Ketiga-tiga perkara ini adalah dasar kepada

tindak tanduk manusia sebagai khalifah yang dapat melindungi manusia dan alam.

Kegagalan menghormati ketiga-tiga perhubungan ini akan menyebabkan kehancuran

kehidupan seterusnya ketamadunan Islam hancur tiada kegemilangan.

12
Surah al-Ahzab, ayat 72

13
Che Asmah Ibrahim, “Jendela Hikmah: Nikmati dunia dengan prinsip Illahi” Artikel Agama Berita
Harian, 29/02/2008

8
Ciri-ciri Tamadun Islam

Ciri-ciri tamadun Islam juga disebut sebagai ciri-ciri khusus Islam. Di antara ciri-

ciri utama tamadun Islam ialah menyeluruh (sempurna) . Islam meliputi seluruh aspek

kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan

dengan Allah S.W.T dan hubungan sesama manusia14.

Ia juga menekankan keadilan untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan

Islam, kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya.

Dalam bidang kehakiman, tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak

kepada yang berhak, sebagaimana dalam sejarah. Sebagai contoh, tidak ada institusi yang

lebih mulia selepas institusi kehakiman kecuali institusi kehakiman di dalam tamadun

Islam( hisbah) kerana ia melaksanakan urusan agama dan ia menuntut kita menyuruh

kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran15. Kita boleh bermula dengan melihat

agama (“al-din”) menerusi pengertiannya yang menyeluruh sebagaimana sifat Islam yang

membawa kepada timbulnya “diri” peradaban tertentu dengan ciri-ciri yang semuanya

berpaksikan tauhid atau keyakinan terhadap Keesaan Tuhan yang Mutlak. Bermula

daripada aspek yang paling batin, dengan akidah dan hidup rohaniahnya, berserta dengan

nilai-nilai akhlaknya, hingga kepada peraturan-peraturan hidup yang menyeluruh. Ia

merangkumi seluruh aspek hidup manusia dan tamadunnya, hal ini membawa kepada

timbulnya institusi-institusi, cara-cara pemerintahan, perkembangan ilmu sastera dan

14
Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI “cirri-ciri tamadun islam”, 2002

15
Mohd Rumaizuddin Ghazali, “Institusi Hisbah Pemangkin Kepada Kesejahteraan Masyarakat dan
Negara” Minda Madani online

9
sains, dengan aspek-aspek fisikal, sosial, moral, dan rohani peradaban atau tamadun yang

dibinanya. Dengan itu timbullah “peribadi” peradaban yang berupa keseluruhan yang

digambarkan di dalam tamadun Islam.

Ciri-ciri utama yang kedua bagi tamadun Islam ialah umum. Tamadun Islam

bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan tempat kerana ciri umumya bersifat

sejagat dan terbuka16. Sejagat bernaksud tidak terikat dengan lokasi geografi dan bangsa

tertentu. Ia juga tidak dibatasi sempadan politik dan budaya. Ia wujud di seluruh dunia

dalam lingkungan umat yang berpegang kepada al-Din sebagaimana yang telah

dijelaskan di dalam al-Quran. Hal ini bermakna Islam adalah agama untuk seluruh ummat

manusia di mana juga berada dan hingga akhir zaman (al-anbiya:107) Agama Islam yang

diamalkan dalam tamadun Islam juga bersesuaian dengan fitrah dan akal manusia.Segala

apa yang disyariatkan itu pada hakikatnya sesuai dan menepati fitrah manusia, kerana

Allah sajalah yang mengetahui hakikat dan kejadian manusia .17

Istilah terbuka pula memberikan gambaran tamadun Islam bersifat terbuka di

dalam aspek iaitu ia menerima perkara yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Tamadun juga mengiktiraf sumbangan masyarakat bukan Islam dalam Negara Islam.

Selain itu, bertoleransi terhadap sistem kepercayaan atau kebudayaan orang lain.

Masyarakat bukan Islam di bawah pemerintahan Islam bebas mengamalkan agama dan

kepercayaan mereka.
16
Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI “cirri-ciri tamadun islam”, 2002
17
Surah al-Rum ; 30 , Surah al-Baqarah ; 164

10
Agama Islam yang diamalkan dalam tamadun manusia juga mempunyai ciri yang

bersifat tetap dan anjal. Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak

berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetap dan anjal dari

sudut cara serta teknik pelaksanaannya18. Ia juga memberikan tafsiran agama Islam itu

adalah sepanjang zaman. Ia sesuai di zaman Rasulullah hingga kini.Ia juga sesuai di

Negara Arab dan bukan Arab. Selain itu, tidak ada sempadan waktu dan zaman. Agama

Islam yang diturunkan oleh Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W untuk

disampaikan kepada umatnya adalah tetap dan tidak berubah-ubah.

Hal ini menjelaskan syari’at yang Allah tetapkan tidak akan berubah, ini berbeza

dengan undang-undang manusia yang selalu berubah dan dipinda.Tidak ada yang kurang

lengkap atau yang salah dalam Syari’at Allah, adapun yang berkembang dalam fiqh Islam

iaitu Ijtihad, masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan keadaan dan perkembangan

semasa, dengan syarat tidak bercanggah dengan nash yang telah ada dalam Qur’an dan

Sunnah..19 Tamadun Islam menerima semua kemajuan umat yang berteraskan akidah

Islam.

Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistik. Islam sentiasa

menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan

dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah
18
Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI “cirri-ciri tamadun islam”, 2002
19
“Peranan Agama Islam alam Kehidupan manusia“Ciri-ciri islam Syumul Anglefire online
/maridjan/agama

11
dengan ajaran Allah S.W.T. Setiap hukum dalam Islam mengambil kira keadaan manusia

dan memberikan keringanan bila berhalangan.

Islam telah menyediakan segala kemudahan dan pilihan dalam menyelesaikan

masalah. Sebagai contoh, jikalau tiada air untuk berwuduk maka boleh bertayammum.

Oleh kerana itu, tidak boleh dikatakan tidak sesuai dengan perkembangan zaman, kerana

fiqh Islam sebenarnya dapat menjawab segala masalah atau perkembangan baru dalam

kehidupan manusia, selama pintu ijtihad terbuka kepada mujtahid20.

Kesimpulan

Kesimpulan daripada kupasan tajuk ini ia memberikan kita bentuk gambaran

Ketamadunan Islam.Contohnya, pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W ,

khulafa’al-Rashidin dan pada zaman pemerintahan seterusnya Tamadun Islam amat

berkembang dan terkenal pada waktu ketika itu.Kita sepatutnya mengambil iktibar dan

mencontohi di atas kejayaan yang lahir daripada tamadun Islam pada zaman tersebut.

Zaman kegemilangan tamadun Islam akan pudar ditelan zaman sekiranya sikap kita yang

masih melihat dan mementingkan kebendaan.Ketamadunan yang berjaya ialah tamadun

yang mementingkan dalaman dan luaran, kerana kecantikan di luar tidak semestinya

mencerminkan kebaikan.Oleh itu kita perlu memastikan bahawa kecantikan luaran kita

mesti selari dengan kecantikan di dalamnya,barulah kita dapat mencapai Tamadun

bangsa seperti zaman keagungan ketamadunan Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian

20
“Peranan Agama Islam alam Kehidupan manusia“Ciri-ciri islam Syumul Anglefire online
/maridjan/agama

12
dan janganlah mengejar kemajuan kebendaan semata-mata tetapi ia perlulah diisikan

dengan kerohanian dan kebendaan.Barulah sinar ketamadunan Islam itu dapat dirasai

semula.

13

Anda mungkin juga menyukai