Anda di halaman 1dari 26

MENCARI TUHAN DAN AGAMA DALAM PERKEBUNAN BUKU [2]

Terperangkap Dalam Falsafah Khayali Dan Palsu


Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias1
MOZEK 2
Perkembangan yang baik apabila wacana-wacana ilmu semakin berkembang
pesat. Kewujudan wacana ilmu menunjukkan manusia membaca, berfikir, kritis
dan mempersoalkan sesuatu. Ini membuktikan otak kita masih berfungsi. Wacana
ilmu bukanlah medan memuktamadkan ilmu, ia hanya proses sumbang saran
yang lebih dilihat sebagai kunci untuk meneruskan kajian selepas wacana
tersebut.
Mozek 2 cuba melihat beberapa elemen yang mempengaruhi pemikiran anak
muda terpelajar pada hari ini. Pemikiran mereka yang minat berwacana dan
berfalsafah tetapi meninggalkan agama boleh menyebabkan keimanan terguris
dan dijangkiti barah kebutaan kelompok berilmu. Barah kebutaan bukan
disebabkan kejahilan tetapi kegersangan iman, akhlak dan hati dimana mereka
membuta-tuli menolak kebenaran dan memartabatkan kepentingan diri,
pemikiran dan kelompok tertentu.

Mengenali TANZIL
ILMU
->
KEADILAN DALAM MENENTU ATAU MEMILIH
PANDANGAN ALAM -> CARA HIDUP/KEBUDAYAAN/AD DIN

-> TANZIL

->

Kronologi di atas adalah sama seperti dalam tulisan pertama, Mozek 1. Kunci
utama kepada kronologi ini ialah TANZIL. Sekali lagi kita membicarakan tentang
konsep tanzil bagi menunjukkan kepentingan tanzil dalam menyuluhi kehidupan
kita dalam bertuhan. Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Agama [Islam]
itu berasas pada TANZIL daripada Tuhan kepada insan yang dilangsungkan
oleh-Nya kepada nabi atau rasul-Nya [pengakuan terhadap kerasulan Nabi
1

Berasal dari Terengganu Darul Iman. Pernah belajar di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah, Antropologi dan
Sosiologi. Seorang peminat dan penuntut ilmu Islam di masjid. Kini seorang pendidik. Penulis bukan seorang ustaz.
Penulisan ini bukan penulisan ilmiah, ia hanya nota pembacaan penulis sahaja.

Muhammad] bagi anutan segenap manusia. Berikut dari pengakuan ini maka
kita mengikrarkan bahawa agama Islam BUKAN TEORI, bukan hasil renunganrenungan para bijaksana dan failasuf, bukan hasil renungan insan, bukan hasil
ciptaan insan sebagaimana kebudayaan itu hasil usaha dan dayaciptanya
dalam menghadapi keadaan sekeliling.2
Menurut Muhammad Uthman el Muhammady, peradaban dan kebudayaan Islam
mempunyai pandangan/berpasak kepada apa yang ditanzilkan oleh Allah SWT
iaitu wahyu yang ditanzilkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah murni dan
sederhana yang merupakan agama Nabi Adam a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.; dan
Islam yang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah merupakan
pengembalikan kembali kepada agama fitrah yang asal yang paling pokok.
Kalimat Islam itu sendiri bermakna tunduk menyerah dan kesejahteraan,
ataupun menjadi sama dengan Kehendak Tuhan. Kalimat syahadat dalam Islam
itu yang berbunyi la ilaha illaLlah Muhammadur-RasuluLlah memberi maksud
yang paling ringkas dan padat terhadap sikap dan roh Islam itu sendiri.
Untuk memahami sikap dan roh Islam, memadailah sesorang itu memahami
bahawa Tuhan Maha Esa, dan Rasulullah s.a.w. yang membawa wahyu yang di
tanzilkan itu diutuskan oleh-Nya.
TANZIL adalah penawar paling penting dalam mengubati keyakinan dan keadilan
manusia dalam mencari Tuhan dan agama.

Faham Keadilan Dalam Menentukan Keputusan dan Pilihan


Tiada orang yang mahu melakukan keputusan yang merugikan dan pilihan yang
salah kecualilah mereka TERsalah membuat keputusan atau pilihan atas
kelemahan, kekurangan dan kejahilan diri sendiri.
Keadilan semasa membuat keputusan atau pilihan dalam kehidupan memerlukan
ilmu yang benar. Tanpa ilmu yang benar, keputusan dilakukan oleh manusia akan
2

Syed Muhammad Naquib al Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin, KL: ISTAC, 2001.

bersifat duga-dugaan dan sangkaan menjerumuskan diri ke lembah kesilapan dan


kesesatan.
Asma dan Siffat Allah adalah adil. Dalam Asma ul-Husna yang ke 30 adalah Al
Adlu yang bermaksud Tuhan Yang Maha Adil. Sifat Allah Yang Maha Adil dapat
dilihat apabila Allah bertanggungjawab apa yang dicipta-Nya. Allah mengarahkan
manusia menegakkan keadilan *Surah Ali Imran: 18+ dan berhukum keadilan di
dunia [Surah al Maidah: 8, Surah al Nisa: 58+.
Berlainan dengan manusia yang tidak mahu kembali kepada Perjanjian Asali
dengan Allah semasa di Alam Roh. Mereka telah menzalimi diri sendiri. Manusia
yang menentukan keadilan atau kezaliman pada diri sendiri melalui kesedaran
dan keinsafan berdasarkan ilmu yang diperolehi. Dan manusia pertama
menggunakan istilah ZALIM adalah Nabi Adam dan Siti Hawa sendiri;
... Wahai Tuhan Kami! kami telah menzalimi diri kami,3
Zalim terhadap diri sendiri adalah puncak kezaliman kerana mengingkari keadilan
dan kebenaran untuk mengenali dan mengabdikan diri kepada Allah. Allah tidak
mengasihi orang zalim dan akan mengazabkan kepada sesiapa yang berlaku zalim.
Maka, seorang muslim perlu mencari ilmu kerana orang berilmu sahaja yang
bimbang untuk melanggar perintah Allah [Surah al Fatir: 28]. Baca dan dengar al
Quran kemudian jadikan al Quran sebagai panduan hidup [Surah al Jin: 1-3] agar
dapat menegakkan keadilan dalam diri sendiri, keluarga dan umat Islam semasa
membuat sesuatu keputusan dan pilihan.

Kenapa Orang Baik Tetapi Tidak Ke Syurga?


Beraqidah tidak semestinya baik, jahat tidak semestinya tidak beraqidah
Dimana keadilan Tuhan memasukkan orang baik tetapi tidak Islam ke neraka?

Surah al Araf: 23

Asas Islam ialah kalimah syahadah dan solat. Kemudian diikuti dengan mengikut
ajaran al Quran dan hadith sahih. Kesempurnaan Islam ialah menyebar dakwah
*Surah al Asr:1-3]. Itu pendapat Zakir Abdul Karim Naik.
Motivasi agama ialah MATI dan Hari Akhirat dimana kita akan sentiasa berkejar
melakukan kebaikan yang bermanfaat untuk diri di alam kubur dan di akhirat
kelak.
Baik tidak semestinya BENAR. Benar atau kebenaran itu mempunyai syarat asas
iaitu [1] mengucap kalimah syahadah mengakui Allah sebagai Tuhan Yang Hak dan
Nabi Muhammad SAW itu adalah utusan Allah. [2] Solat, dan [3] memenuhi
kehendak Rukun Islam dan Rukun Iman.
Adakah Tuhan tidak adil?. Manusia sendiri tidak adil ke atas Allah SWT. Menurut
Buya Hamka, al Quran menyuruh kita mencari Allah di dalam alam ini dengan
akal fikiran, perasaan yang halus dan kemahuan. Manusia gagal meramu alam
dalam usaha mencari Tuhan [Surah ar Rom: 17-27, Surah al Baqarah: 164].
Adilkah manusia dalam usaha mereka mencari Tuhan Yang Hak?.4
Menurut Nik Abdul Aziz Nik Mat, orang kafir hanya mempunyai satu amal sahaja
iaitu amal yang buruk. Walaupun mereka melakukan banyak amal kebajikan.5
Kebajikan orang kafir lakukan tidak menjadi kebaikan di sisi Allah SWT dan tidak
mendatangkan pahala kepada buat dirinya. Kebaikan yang dilakukan dengan
ikhlas akan mendatangkan pahala hanya apabila mereka beriman kepada Allah
dan RasulNya. Muslim yang beriman melakukan amal yang tidak ikhlas ditolak
oleh Allah SWT apatah lagi orang kafir yang tidak beriman melakukan amal
kebajikan bukan kerana Allah sudah pasti ditolak oleh Allah SWT dengan
kehendakNya. Semuanya atas iman dan ikhlas kerana Allah.
Perkara ini pernah terjadi apabila Abdullah Bin Jada yang suka merapatkan
silaturrahim dan Hatim at Toei yang terkenal dengan amal kebajikan tetapi keduaduanya tidak beriman. Amalan mereka tidak memberi manfaat kepada pahala
dan akhirat mereka kerana mereka tidak beriman kepada Allah.
4
5

Hamka, Hak Asasi Manusia, SH: PD, 2002.


Nik Abdul Aziz Nik Mat, Bertemu Janji Allah, PJ: AP, 2008.

Maka benarlah, baik belum tentu BENAR!.

Bertuankan Barat
Antara kelompok yang seringkali menjadikan pengalaman Barat sebagai asas
beragama mereka iaitu
1. Kelompok yang belajar di Barat, berwarganegera di negara Barat dan dididik
secara Barat di negara masing-masing. Mereka terinspirasi dengan pemikiran dan
kebudayaan Barat.
2. Kelompok yang sememangnya mempunyai pengalaman negatif dalam
beragama, orang beragama dan institusi atau organisasi agama.
3. Orang Barat yang menganuti Islam [baru menganuti Islam] tetapi mencampur
adukkan Islam dengan pengalaman, pengetahuan dan pemikiran mereka sebelum
Islam. Sesetengah mereka menganuti Islam atau menerima Islam secara berjuzukjuzuk dan selektif. Kebanyakan mereka menyukai tasawuf dan mencampur
adukkan ilmu tauhid dengan pelbagai teori mereka.
Badan-badan tertentu dan NGO negara asing didominasi oleh Amerika Syarikat
dan sekutunya6 dan Yahudi membiayai NGO-NGO tempatan, menawarkan
biasiswa, menyediakan geran penyelidikan, membiayai program pengkaderan dan
penerbitan serta projek-projek tertentu. Pembiayaan7 ini menyebabkan NGO atau
individu teruja, terpengaruh dan termakan budi dengan pertubuhan Barat dan
akhirnya, jika tidak berprinsip, mereka akan dipengaruhi Barat dan membawa
agenda Barat bertapak di tanah air.
Kelebihan belajar di Barat ialah [1] metedologi, [2] sumber bahan yang banyak
dan berkualiti, [3] kemudahan asas, [4] pakar dan [5] iklim, budaya atau suasana
keilmuan dan [6] pengetahuan bahasa. Manakala kelebihan belajar di dunia Islam
6

NED (National Endowment for Democracy), IRI (International Republican Institut), NDI (National Democracy
Institute), Asia Foundation, KAF (Konrad Adenauer Foundation), FNF (Friedrich Naumann Foundation) dan SPF
(Sasakawa Peace Foundation)
7
Secara peribadi tiada masalah menerima biasiswa daripada mereka. Bergantung kepada ijtihad masing-masing.
Paling penting, jangan sampai mengadai iman dan prinsip seorang Islam.

ialah [1] tujuan pendidikan ialah bertuhan dan beriman kepada Allah, [2] guru
yang berwibawa dan tulen melalui iman, akhlak dan keabsahan ilmu melalui
sanad, [3] suasana Islami dan [4] melahirkan seorang yang alim atau ulama.
Menurut Syamsuddin Arif yang melakukan PhD keduanya di Jerman, tiada
masalah jika ingin belajar ke negara Barat. Tapi bekali diri dengan ilmu dan iman
yang kuat dulu, kata Syemsuddin Arif dalam satu wawancara. Di Barat, kita
mempelajari Islam dengan framework (cara berfikir) orientalis. Cara orientalis
mempelajari Islam ini sangat berbahaya, karena mereka mempelajari Islam
bukan untuk mencari kebenaran, melainkan untuk ilmu pengetahuan saja.
Wacana yang banyak, hujah yang menarik bukannya menambah iman tetapi
mencandukan pemikiran dengan keseronokan ilmu tanpa realiti.
Islam dipelajari secara telanjang, tidak dengan iman. Syamsuddin Arif
menjelaskan lagi, antara kesan belajar di Barat seseorang itu boleh menjadi;
1. Skeptik (sentiasa meragukan)
2. Agnostik (sering mencari tapi tidak pernah menemuinya).
3. Pedantik (cenderung berbelit-belit).
4. Reduksionistik (suka mengerucutkan permasalahan).
5. Terpukau dengan hasil kajian Barat
6. Menempatkan Islam pada posisi sebagai tertuduh dan pesalah yang harus
dihukum
7. Relatif-subjektiviti [kebenaran boleh diketahui dan setiap orang mempunyai
kebenaran sendiri]
Tujuh perkara inilah antara sebab seseorang terperangkap dalam falsafah khayali
dan palsu. Mereka gagal memahami Islam melalui sumber ilmu Islam dan kaca
mata Islam. Mereka tenggelam dalam ilmu mereka tanpa pelampung iman
sehingga lemas dalam keraguan, kekeliruan dan kesesatan. Mereka menjadikan
Islam sebagai tertuduh bukannya kelemahan, kesilapan dan kekurangan
seseorang muslim dan institusi umat Islam.

Abu Muaz Muhammed Abdul Hay al-Uwenah menyatakan dua lagi sebab umat
Islam perlu berhati-hati jika belajar di Barat;
1. Tiada Guru yang setia kepada Islam dan umat Islam. Guru wibawa yang mukmin
bertaqwa sangat penting untuk bertindak sebagai guru. Tanpa iman dan taat setia
pada Islam, ia bagaikan kereta tanpa enjin. Tiada berguna walaupun kereta itu
cantik tersilau mata.
2. Mempelajari ilmu-ilmu Islam seperti ilmu-ilmu syariah dan lain-lain kepada non
muslim sangat berbahaya kerana Islam adalah agama yang berkaitan erat dengan
akidah, maka bagaimana mempelajari Islam dari orang yang tidak memiliki akidah
Islam?.
Pengaruh pemikiran Barat menelurkan keasingan dalam pemikiran Islam.
Antaranya,
Fahaman
Sekularisme

Perihal
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
yang mengajarkan pemisahan total antara hidup jasmani dan
rohani, keagamaan dan keduniaan. Memang ada yang bersifat
keduniaan antara kegiatan-kegiatan manusia tetapi semuanya
terletak di bawah kawalan hukum agama.

Pluralisme

Yang mengajar manusia tentang satu faham yang menyamakan


semua agama berdasarkan Satu Tuhan melalui pelbagai agama.
Ia terbahagi empat iaitu [1] Global Teologi, [2] Agama Sivil, [3]
Transcendent Unity of Religions dan [4] Sinkretisme.
Sarjana Islam yang berasal dari Barat dan mendapat pendidikan
di Barat terpengaruh dengan pemikiran pluralisme. Antaranya,
Rene Guenon, Frthjof Schuon, Martin Lings, Titus Burckhardt
dan Seyyed Hossen Nasr,

Liberalisme
Yang mengajar tentang kebebasan yang diberikan kepada
individu tanpa batasan. Individu lebih penting daripada
masyarakat dan individu bebas daripada ikatan nilai-nilai agama.

Pasca
Modenisme

Digerakkan oleh kelompok reformis Islam ala Barat dengan


alasan untuk meningkatkan pemikiran dan kemajuan umat
Islam.
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
yang mengajarkan semuanya nisbi, tidak tetap mutlak dan
menentu, meta-naratif dalam bentuk agama-agama besar tidak
berguna, dan nilai-nilai baik dan buruk tidak boleh dipakai. Ini
menyanggahi akidah Ahlis-Sunnah yang mengajarkan ada ajaran
yang mutlak yang tidak berubah-ubah seperti Tauhid, wahyu,
kenabian, dan akhirat, ada bentuk-bentuk ibadat yang tetap dan
pasti, ada yang baik dan buruk yang tetap dan tentu.
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady

Sainstisme

yang mengajarkan hanya teori-teori dan penemuan-penemuan


sains sahaja yang boleh dipakai sebagai ilmu yang benar, yang
lain yang bercanggah dengannya seperti kenyataan-kenyataan
dalam ajaran agama dan teks-teks suci mesti ditolak atas alasan
bercanggahan dengan sains dan teori-teorinya. Ini bercanggah
dengan epistemologi atau faham ilmu Sunni yang mengajarkan
adanya tempat yang wajar untuk sains dalam skemanya tetapi
kebenaran-kebenaran yang mutlak dalam agama dan wahyu
bukan bidang yang boleh dihakimi oleh sains dan teori-teorinya.
teori-teori tentang asal usul manusia dan agama dalam kaji
sosial (sosiologi) ini yang perlu diawasi.
teori-teori dalam sains seperti evolusi dan yang sepertinya yang
perlu diawasi, termasuk kenyataan-kenyataan tentang tenaga
(energy), dan benda (matter).
teori-teori psikologi seperti konsep seks yang menentu segala
dalam fahaman Sigmund Freud, penafsiran pengalaman jiwa
oleh Carl Jung dan yang sepertinya yang perlu diawasi. Kita
boleh mempelajarinya untuk bahan bandingan tetapi untuk
menjadi pegangan diperlukan pengamatan yang tajam dan

kewaspadaan intelektuil yang tinggi.


Anak muda Islam terpelajar hendaklah kembali kepada apa yang ditanzilkan oleh
Allah kepada Umat Islam. Jika kita menyakini al Quran sebagai Bukti Kebenaran,
permasalahan keraguan dan kekeliruan akan selesai kecuali kita sombong, degil
dan menzalimi diri sendiri. Al Quran memuktamadkan semua perkara asas dan
prinsip serta persoalan ketuhanan, neraka, syurga, kerasulan dan lain-lain. Jika
terlebih berwacana dan memikir tentang Zat Allah SWT melebihi batas al Quran,
ia menjerumuskan kita ke lembah kesesatan.

Islam adalah Ad Din Bukan Sekadar Agama Menurut Barat


Datang agama memberi peringatan;
Perihal mithaq yang insan lupakan;
Ia disebut dalam al-Qur'an;
Bukan khayalan atau rekaan.
[Md Asham Ahmad, Kenali Dirimu]
Sekali lagi penulis menyatakan bahawa konsep agama, neraka, Tuhan, syurga,
manusia, ibadah dan lain-lain telah dijelaskan dan diselesaikan sejak awal lagi
iaitu ketika Allah mentanzilkan al Quran. Para sarjana dan ulama Islam hanya
menyusun kembali [bukan mengubah atau mencipta yang baru] untuk
memudahkan umat Islam mendalaminya. Justeru, kita mesti mendalami dan
menghadami al Quran, hadith sahih dan kitab karangan ulama untuk meluaskan
skop pemikiran dan amalan.
Islam bukan agama perkembangan sejarah; Islam bukan agama budaya; Islam
tidak boleh dinilai dalam kontek ilmu pengetahuan ketamadunan Barat dan
Timur. islam agama yang benar-benar dan sungguh-sungguh agama tanzil. Islam
tidak cukup berserah diri tetapi kepatuhan kepada kebenaran.

Sesetengah pihak mahu menjadikan sirah Rasulullah sebagai sumber hukum


Islam. Tindakan sebegini akan menjadikan Islam sebagai agama budaya dan
agama milik Nabi Muhammad bukannya Islam.
Dalam Islam, agama bukan sekadar agama seperti fahaman orang Barat. Islam
adalah Din yang difahami sebagai suatu faham yang ditafsirkan dan dihidupi
dalam pengalaman hidup insan.8 Maka, ad din itu ialah satu cara hidup. Islam
sebagai ad Din atau satu cara hidup menunjukkan kesempurnaan Islam untuk
diamalkan oleh manusia yang diturunkan oleh Allah [Surah al Maidah: 3].
Manusia secara umumnya menganggap agama itu berupa ajaran yang
menyatakan hubungan manusia dengan kuasa ghaib. Pengertian Islam sebagai Ad
Din lebih luas daripada pengertian agama kerana ia meliput dunia dan akhirat [
Surah al jumuah: 10. Surah al Qasas: 77. Surah al Baqarah: 201+ bukan seperti
pengertian agama terhad kepada akhirat atau spritual sahaja.
Pada istilah dasar din dirumuskan kepada 4 makna iaitu
1. keadaan berhutang *Surah al Araf: 172+;
2. keadaan takluk menyerah diri atau tunduk [Surah Ali Imran: 83];
3.Kuasa dan daya menghukum, atau daya kuasa memberi hukuman, nilaian dan
pertimbangan [Surah al Maidah: 67].
4. Bawaan kecenderungan yang sedia ada pada diri insan atau kebiasaan yang
menjadi adat resam [Surah an Ankabut: 61].
Maksud terakhir din ialah satu makna merangkumi keimanan, kepercayaan,
amalan, ajaran dan anutan yang dihidupkan oleh kaum muslimin baik secara
individu atau umat yang dijelmakan sebagai Agama yang dikenali ISLAM. Islam
dirumuskan kepada kalimah syahadah dan ditambah dengan Rukun Islam dan
Rukun Iman.
Din berkaitan dengan istilah dayn yang bermaksud hutang. Hutang manusia yang
paling asas adalah hutang kewujudannya di dunia ini. Oleh itu seluruh
8

Syed Muhammad Naquib al Attas, Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak, KL: ABIM, 1977.

kehidupannya adalah hutang yang perlu dibayar dan dijelaskan. Ianya hanya akan
terlaksana menerusi pengembalian hidupnya dengan jalan perhambaan[
ibadah] dan penyerahan keseluruhan kepada Tuhan.
Penyerahan hidup (aslama) inilah yang dikehendaki oleh agama (din). Penyerahan
diri ini adalah penyerahan yang disedari, diredhai dan sepenuh hati [Surah al
Hujurat: 14].
Asas utama Islam ialah penyaksian kalimah syahadah yakni mengakui, bersaksi,
berikrar, bertaat setia, mengikraf, mempercayai dan menyakini dengan sungguhsungguh Tiada Tuhan Selain Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah.[Surah al
Munafiqun: 1. Surah Muhammad: 19]
Dalam jiwa manusia, secara fitrah mereka bertuhankan Allah [Surah az Zukhruf: 9.
87. Surah Ibrahim: 10] kerana mereka mencari Tuhan yakni mencari Allah. Tetapi
mereka tersesat kerana keangkuhan dengan menzalimi diri sendiri [Surah an
Naml:14] dengan menolak Islam dan Nabi Muhammad. Keyakinan bertuhan tanpa
jalan Islam menunjukkan adanya Tauhid Rububiyyah9 dalam diri manusia. Ia kesan
daripada Perjanjian Asali semasa di Alam Roh. Walaubagamanapun, jaminan
syurga belum tentu disebabkan mereka tidak mengikut skema permarkahan yang
disediakan oleh Allah yakni skema Islam berpandukan al Quran dan sunnah
Rasulullah SAW walaupun ada Tauhid Rububiyyah.
Tauhid Rububiyyah mewajibkan Tauhid Uluhiyyah. Kehadiran Tuhan dalam jiwa
tanpa Tauhid Uluhiyyah menjadikan penyaksian tersebut tidak sah kerana tanpa
iman10 yang sah dan tidak beribadat kepada Allah *Surah an Anbiya:25. Surah al
Zaariyat: 56]. Tauhid Uluhiyyah ini mengandungi Tauhid Rububiyyah dan Tauhid
Asma dan Siffat.

Tuhan pada peringkat ini bukanlah tuhan yang diwahyukan dalam agama islam, kerana Tuhan pada peringkat ini
adalah Tuhan yang mutlak. Tuhan yang mutlak bermaksud fitrah manusia mencari Tuhan. Kebenaran Tuhan
bergantung kepada ibadah atau pengabdian manusia mengikut syarak Islam yang bersumberkan al Quran dan
sunnah Rasulullah SAW.
10
Iman ialah Tasdiq (membenarkan). Itikad dengan hati kepada apa yang diketahui yang ianya daripada Din Islam
yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW serta ikrar dengan lidah dan amal. Tasdiq itu mestilah juga menerima
serta redha dengan semuanya, tidak ada ingkar dan perasaan ragu serta tidak menjuzuk-juzukkan kepercayaannya.
[Abdul Hadi Awang]

Penerangan tentang Islam dapat diperolehi melalui al Quran [Surah al Nahl:89]


dengan jelas dan lengkap.

Kerasulan Nabi Muhammad SAW


Einstein pintar, dan pemikir agung sepertinya benar berperi:
Jagat-raya ini terlalu teratur dan indah untuk terjadi sendiri,
Pasti wujud Tuhan Bijak Bistari mentadbiri langit dan bumi,
Menerima Tuhan tetapi menolak agama bawaan Nabi.
[Wan Mohd Nor Wan Daud, Sinar Ilahi]
Kita biasa mendengar atau membaca istilah Tuhan tanpa agama atau agama
tanpa Tuhan. Dua istilah kelihatan aneh. Ia umpama kita hendak ke Kuala Lumpur
tetapi tiada sistem perhubungan, jalan raya dan sistem pengangkutan, justeru
bagaimana mahu ke sana. Atau ada jalan raya dan denai tetapi Kuala Lumpur
TIADA hilang entah ke mana!.
Antara fahaman yang tersebar luas pada hari ini dalam kalangan umat Islam
termasuk kelompok anak muda terpelajar ialah
1. Nabi Muhammad hanya manusia biasa
2. Agama Islam bersandarkan aspek kebudayaan masyarakat Arab dimana Nabi
Muhammad adalah berbangsa Arab.
Rasul itu manusia yang diwahyukan oleh Allah kepadanya dengan syara dan
disuruh dengan menyampaikan akan diri kepadanya dan kepada umatnya.11
Nabi Muhammad SAW bukan Tuhan atau anak Tuhan. Baginda seorang hamba
Allah, yang tidak memiliki bagi dirinya sendiri [kuasa] memudaratkan dan
memanfaatkan, mati dan hidup kecuali apa yang Allah kehendaki. Nabi
Muhammad hanyalah manusia biasa [Surah Kahfi: 110, Surah al furqan: 7, Surah
al Araf: 188+ yang ditanzilkan al Quran kepadanya melalui perantaraan Malaikat
Jibril daripada Allah SWT. Bahkan baginda seorang ummi *Surah Al Araf:3-4].
11

Zainul Abidin Bin Muhammad al Fatani, Aqidatun Najin.

Allah SWT mengisytiharkan Nabi Muhammad SAW (Surah al Araf: 158] untuk
menunaikan [tanggungjawab] kerasulan [risalah] dan menyampaikan amanah,
menasihati umat, mengurai kekalutan, bermujahadah di jalan Allah12 sehingga ajal
menemuinya [Surah al Zumar: 30].
Nabi Muhammad dibimbing oleh Allah ke Jalan yang Lurus (Syariah) agar baginda
dapat memimpin manusia menurut kehendak tuhannya [Surah al Jathiyah: 18].
Baginda diyakinkan bahawa itulah Jalan Lurus disisi Allah [Surah Ali Imran: 19].
Sebagai umat Islam, kita perlu mengikut al Quran dan sunnah Rasul sebagai
panduan kita mengikut Jalan yang Lurus. Perkara ditegaskan oleh Rasulullah SAW
dalam Khutbah Wida;
Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu kitab Allah dan Sunnah
Rasul-Nya. Sekiranya kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, nescaya
kamu TIDAK AKAN sesat

Antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW ialah baginda utusan seluruh alam
yang merentasi seluruh umat manusia [Surah al Anbiya: 107] manakala nabi atau
rasul lain untuk umat mereka saja *Surah al Rad: 7+. Para rasul berperanan
menyeru agar manusia menyembah Allah dan menjauhi toghut [Surah al nahl:
36].
Rasul-rasul itu semuanya menurut pertimbangan akal dan keterangan syara tetap
terpelihara daripada melakukan sebarang perkara dosa, bahkan makruh; mereka
tetap dengan sifat-sifat yang terpuji dan akhlak yang mulia yang menjadikan
mereka ikutan yang baik dan contoh utama.
Rasul-rasul diKurniakan oleh Allah dengan sifat-sifat kesempurnaan [Surah al
Anam: 90 dan 98; Surah al Anbiya: 73+. Nabi Muhammad SAW seorang berakhlak
mulia [Surah al Qalam: 4]. Rasulullah SAW tidak bercakap menurut nafsu [Surah
an Najm: 3-4].

12

Mohd Zaidi Abdullah, Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kerasulan Nabi Muhammad SAW tidak boleh dibincangkan melalui ilmu-ilmu lain
seperti sosiologi, falsafah dan lain-lain. Kerasulan baginda perlu dikaji dalam
konteks al Quran sesuailah al Quran ditanzilkan kepada umat manusia yang
berfikir.
Semua rasul dan nabi diakui oleh Islam [Surah an Nisa: 150-151]. Tetapi agama
lain tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad walaupun mereka menerima
Allah dan nabi lain tetapi tidak dapat menerima Nabi Muhammad sebagai rasul.
Kenyataan berserah diri kepada Tuhan tidak cukup tanpa kepatuhan kepada
kebenaran. Kepatuhan dengan berserah diri kepada Tuhan bermakna seseorang
WAJIB mengakui kerasulan Rasulullah SAW. Setakat berserah diri kepada Tuhan
tanpa mengakui kerasulan bagaikan iblis menzalimi dirinya sendiri akibat sifat
mazmumah kerana tidak akur arahan sujud kepada manusia.

Perjanjian Asali Manusia Dengan Tuhan Yang Hak


Jika kau tanya adil tu apa?
Jawabku ia suruhan agama;
Bukanlah adil sama semua;
Tapi letakkan pada tempatnya
Maka adil syaratnya ilmu;
Kenali dulu siapa dirimu;
Kerana zalim itu berlaku;
Bila kau tunduk kepada nafsu.
Wahai tuan hamba berpesan;
Bahwa keadilan bukan kesamaan;
Kerana ilmu sudah ditanzilkan;
Menunjuk tempat setiap kejadian.
Kalau ilmu engkau engkari;
Keadilan tiada maknanya lagi;
Pabila tempat tidak kau kenali;
Martabat dan darjat takkan kau rai

[Md Asham Ahmad, Adil]


Fitrah manusia mahu bertuhan [Surah al Zukhruf: 87.Surah Yunus: 31].
Pengetahuan semula jadi manusia tentang Tuhan menyebabkan mereka mencari
Tuhan13 melalui agama bahkan ada kalangan mereka mencipta perantara bagi
Tuhan seperti patung-patung untuk menguatkan keyakinan mereka. Tetapi
mereka tidak mahu berfikir hakikat tauhid dan pengertian syirik.
Walaupun manusia bersifat theomorphic tetapi manusia mudah lupa dan tidak
sempurna. Penyakit lupa [ghaflah] atau lalai adalah penyakit rohaniah amat
besar dalam Islam kerana ia lupa hakikat diri. Peranan wahyu ialah menyedar,
menginsafkan dan membangunkan manusia daripada tidur dan mimpi [lupa dan
lalai] metafizika dan mengingatkan apa tujuan hidup yang sebenarnya.14
Manusia perlu sedar akan Perjanjian Asali mereka dengan Allah semasa alam Roh
dahulu. Kehidupan ini adalah pengembalian kepada fitrah yakni mengakuri dan
menunaikan apa yang dijanjikan dengan Allah melalui penunaian hak Allah dalam
kehidupan manusia. Perjanjian Asali ini berpunca daripada ayat al Quran Surah al
Araaf: 172;
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari
sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka
(serayaberfirman) Bukankah Aku ini Tuhanmu? mereka menjawab, Betul
(Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi. (Kami lakukan yang demikian itu)
agar pada hari kiamat kamu tidak mengatakan, Sesungguhnya kami (Bani
Adam) adalah orang-orang yang lalai terhadap ini (keEsaan Tuhan). (Surah Al
Araaf: 172)
Manusia pada hakikatnya sudah mengakui menerima Allah sebelum ia
dizahirkan ke dalam dunia. Apabila manusia dizahirkan ke alam nyata, ada
dizahirkan dalam kalangan umat Islam dan ada kalangan bukan Islam. Fitrah
manusia mempunyai naluri mencari Tuhan dan kemahuan bertuhan sehingga
13
14

Surah al Ankabut:61, 63. Surah al Zumar: 38.


Muhammad Uthman el Muhammady, Peradaban Islam, KB: PAP, 1982.

mereka menemui Tuhan yang sebenar atau palsu. Tanpa pencarian Tuhan Yang
Hak, manusia akan lalai dan berada dalam kerugian.
Kenapa kita perlu menunaikan janji dengan Allah?. Ia berkaitan hakikat asal usul
manusia yang dijadikan oleh Allah dalam proses yang cukup sempurna dan unik
*Surah al Muminun: 12-14] dan sentiasa berada dalam kerugian [Surah al Asr: 2].
Kerugian tersebut perlu ditebus atau dibayar balik atau memulangkan kembali
atau mengembalikan dirinya kepada Yang Memilikinya atau Tuannya. Maka,
manusia mesti memperhambakan dan mengabdikan diri mereka kepada Allah
[Surah al Dhariyat: 56] dengan peraturan [syariat] yang sudah ditentukan melalui
tanzil yang Allah beri kepada manusia. Kembali kepada sifat hakiki diri insan;
hakikat asal usul manusia; kepada sifat asalinya.
Untuk memperhambakan dan mengabdikan diri kepada Allah SWT, manusia perlu
menyerahkan zahir dan batin manusia kepada Allah dengan menghapuskan
kebebasan dari segi manusia dan masuk ke dalam kebebasan yang sebenar yakni
bekerja, bertindak, berbuat menurut kehendak sifat asali yang mengembalikan
diri mereka kepada Tuhan Yang Hak seperti dinyatakan dalam al Quran dan
sunnah Rasulullah SAW.
Bagaimana al Quran Mengajak Manusia Berfalsafah.
Kita boleh mengesan bahawa al Quran mengajak manusia boleh berfalsafah iaitu;
1. Persoalan yang biasa ditanya oleh ahli falsafah dijawab oleh al Quran.
2. Sesetengah ayat al Quran membuka peluang dan ruang kepada pengembangan
ilmu falsafah.
Antara soalan yang biasa dikemukakan oleh ahli falsafah ialah [1] Dari mana dia
datang?, [2] Mengapakah dia dijadikan? dan [3] Ke manakah dia dikembalikan?.15
Persoalan ini dijawab oleh al Quran.
[a+ Dari mana dia datang? *Surah al Haj: 5, Surah al Muminun: 12-14]
[b] Mengapakah dia dijadikan? [Surah adz Dzariat: 56]
15

Abdul Hadi Awang, Muqadimmah Aqidah Muslimin, BC: PA, 2001(edisi baru).

[c] Ke manakah dia dikembalikan? [Surah al Insyiqaaq: 6]


Persoalan kedua berkaitan dengan ayat-ayat al Quran yang mendorong timbulnya
pemikiran secara falsafah dan mutasyabih yang telah membangkitkan keinginan
untuk berfikir mengenai Allah dan sifat-sifat-Nya dan beberapa hal yang
berhubungan dengan al Tasyabuh (mirip-miripNya).16
Antara ayat dikait dengan falsafah dalam al Quran ialah
Ayat Dikait Dengan
Falsafah
Surah An Naziat: 27-30
dengan Surah Fussilat: 911. Surah Baqarah: 29.

Persoalan
Pertentangan antara
bumi atau langit dicipta
terlebih dahulu

Surah al Hijr: 28-42

Banyak mengandungi
pemikiran falsafah

Surah al Araf:54, Surah al


Furqan:58, Surah Thaaha:
5
Surah Shaad: 75, Surah al
Maidah: 64, Surah Ar
Rahman: 27, Surah al
Qamar: 13, Surah al
Fajr:22
Surah al Ihsan: 29-31,
Surah al Shafaat: 92,
Surah as Sajadah: 13,
Surah Fathir:8
Surah Ibrahim: 27, Surah
al Zalzalah: 7-8, Surah al

Kewujudan Allah di atas


Arasy-Nya

16

Jawapan
Kejadian langit
mempunyai beberapa
fasa. Ada fasa yang belum
berlaku dan ada fasa
sedang berlaku. Ia adalah
proses kejadian.
Surah al Ikhlas: 1-4
Surah az Zumar: 9
Surah an Nisa: 82
Surah ar Rum: 8

Fizikal Allah
Surah Asy Syura: 11.
Tiada sesuatu yang
menyerupai Allah
Ada Jabar17

Surah Tahaa: 7

Ikhtiar18

Antaranya ayat 54 Surah al Araf; ayat 58 Surah al Furqan, ayat 5 Surah Thaaha dan ayat 75 Surah Shaad.
Dinyatakan oleh Dr Yusuf Musa
18
Dinyatakan oleh Dr Yusuf Musa
17

Shafaat:37, Surah al
Muthafifun: 14
Surah al Baqarah: 62
Surah Ali Imran: 19, 84
Surah Ali Imran: 64

Surah al Baqarah: 62,


Surah an Nisa:163. Surah
an Nahl: 32, Surah
Fussilat: 33, Surah Asy
Syura: 13

Surah al Ankabut: 46,


Surah al Maidah: 48,
Surah al Baqarah: 256,
Surah al Kahfi: 29

Islam tidak
memansukhkan agamaagama [syariah-syariah]
Persamaan prinsip
dengan menghimpunkan
agama-agama berbeza.
kepelbagaian agama
terjalin dan jaminan
kebebasan beragama.

Surah al Baqarah: 91, 136


pengabsahan agama
Islam dan menolak agama
lain.

menyatakan penganut
agama lain juga masuk
syurga
Ayat digunakan Pluralis
untuk mengangkat
martabat pluralisme dan
inklusivisme

Surah ali Imran: 7

Surah al Nisa: 174.

Surah al Baqarah: 256

Persoalan kedua ini telah memunculkan aliran pemikiran dalam masyarakat Islam.
Dua aliran iaitu berasal daripada [1] pemikiran agama dan [2] berasal daripada
politik19. Kita hanya melihat dalam perkara di bawah. Lihat jadual di bawah
Aliran Pemikiran
Muktazilah

Ciri-ciri
Pandangan Abdul Hadi Awang20 dan Said Haji
Ibrahim21
Fikiran bercampur aduk dengan falsafah Yunani dan
dipengaruh oleh pemikiran asing termasuk dari agama
Kristian(contoh kelompok al Haitiah). Mereka hanyut
dengan mengunakan banyak hujah berdasarkan akal
berbanding nas al quran dan sunnah
kemahuan dan kehendak manusia terlepas dari
kehendak Allah
Menolak ijmak(sepakat) ulama salah satu sumber
hukum Islam.
Menetapkan sifat Tuhan dan menyandar kepada
makhluk
Al Quran kalam Allah yang baru bukannya qadim
(sediakala) kerana al Quran itu makhluk.
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
Mengajarkan bahawa hamba pencipta amalannya
sendiri secara bebas merdeka, dan ia diberikan
ganjaran mengikut amalannya. (berbeza daripada AhlisSunnah yang mengajarkan manusia mengusahakan
perbuatannya, atas usahanya itu ia diberi balasan, dan

19

Contoh Syiah dan Khawarij.


Presiden PAS, dan Naib Ketua Kesatuan Ulama Antarabangsa [2016]
21
Mantan Mufti Sabah
20

manusia tertakluk kepada Qada dan Qadar)


mengajarkan kita tidak boleh berpegang kepada ijma
ulama
mengajarkan sikap tidak mementingkan hadith (aliran
anti hadith adalah percikan pengaruh Mutazila)
mengajarkan sikap terlalu rasional dalam pendekatan
agama (Ahlis-Sunnah pun bersikap rasional dalam
batasan-batasannya)
tetapi
bukan
terlampau
sebagaimana golongan Mutazilah.
tentang Tuhan mereka mengajarkan Allah melihat
dengan ZatNya, berilmu dengan ZatNya, mendengar
dengan ZatNya demikian seterusnya (berlainan dengan
Ahlis-Sunnah yang mengajarkan Allah melihat dengan
sifat melihatNya, berilmu dengan sifat IlmuNya,
mendengar dengan sifat mendengarNya demikian
seterusnya).
Mengajarkan Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata
kepala di akhirat (berlainan daripada Ahlis-Sunnah yang
mengajarkan Tuhan dilihat dengan mata kepala oleh
muminin di akhirat).
Jabariah

Terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada


perbuatannya. Sedangkan perbuatan itu datang
daripada Allah. Hamba tidak berkuasa, tidak
berkehendak dan tiada ikhtiar. Yang sebenar
melakukan perbuatan hamba adalah Allah.
Melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi
manusia dan menafikan ikhtiar.
Tidak mahu mengunakan akal dan mengatakan ikhtiar
adalah sia-sia

Menyatakan syurga dan neraka akan binasa.


Kalam Allah itu baru bukan qadim.
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
mengajarkan manusia tidak ada usaha dan ikhtiar

Syiah

manusia seperti bulu ditiup angin (berbeza daripada


Ahlis-Sunnah yang mengajarkan manusia ada usaha
bukan dipaksa melakukan sesuatu. Ia diberi balasan
mengikut usahanya; yang menjadikan amalan
perbuatannya ialah Allah; yang mengusahakan
amalan itu ialah manusia).
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
Syiah banyak cawangannya; semuanya berpunca
daripada pendewaan mereka yang melampau melebihi
batas terhadap Ali rd. Antara akidah Syiah Imamiah
yang paling berpengaruh sekarang ini ialah:
ajaran mereka tentang imam maksum; bahawa dalam
kalangan mereka ada 12 orang imam yang sirinya
bermula dengan Ali rd, Hasan dan Husain rd dan
seterusnya sampailah kepada Hasanal-Askari dan
Muhammad bin Hasan al-Askari yang mereka percaya
maksum semuanya dan melebihi nabi dan rasul dari
segi darjatnya. (Pada Ahlis-Sunnah yang maksum hanya
nabi dan rasul bukan imam-imam).
ajaran tentang Mushaf Fatimah iaitu Quran yang
dikatakan mereka diwahyukan kepada Fatimah selepas
wafat Rasulullah s.a.w. dan Ali rd menjadi tukang
tulisnya. Isinya dikatakan tiga kali ganda besarnya
daripada Mushaf Uthman rd. (Ijma dalam Ahlis-Sunnah
bahawa tidak ada Quran lain selain daripada Quran

yang ada sekarang yang terjamin dan terkawal oleh


Allah sendiri seperti yang tersebut dalam ayat yang
bermaksud Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan
Quran yang memberi peringatan dan sesungguhnya
Kamilah Yang menjaganya*6+) Ajaran ini menyebabkan
seseorang terkeluar daripada ajaran Islam.
ajaran mereka bahawa para sahabat rd menjadi murtad
selepas wafat Rasulullah s.a.w melainkan empat orang
sahaja atau selebihnya tidak sampai sepuluh orang. (Ini
berlawanan dengan ajaran Ahlis-Sunnah yang
mengajarkan para sahabat rd orang-orang yang adil
semuanya, dan mana-mana yang ada melakukan
kesilapan di kalangan mereka diampunkan, seperti yang
diisyaratkan dalam hadith sahih tentang ahli Badar dan
juga hadith-hadith lain, selain daripara ayat Quran yang
menyebut as-sabiqun al-awalun terdiri daripada
Muhajirin dan Ansar).
ajaran mereka tentang ar-rajah iaitu manusia
dihidupkan semula sebelum kiamat untuk menerima
balasan daripada imam mereka kemudian selepas itu
baharu mereka mati semula, lepas itu baharulah berdiri
kiamat. (Tidak ada akidah demikian dalam ajaran AhlisSunnah wal-Jamaah).
ajaran mereka tentang taqiyyah, iaitu kepura-puraan
sehingga dikatakan ada riwayat di kalangan mereka
bahawa Jaafar Sadiq ada menyatakan Taqiyyah adalah
dari agamaku dan agama datuk nenekku iaitu dari
Nabi Muhammad s.a.w. naudhu billlahi mindhalik).
(Dalam Ahlis-Sunnah diajarkan bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. bersifat dengan sifat sidik, amanah,
tabligh dan fatanah, dan bukannya sifat taqiyyah yang
bermakna kepura-puraan.
mereka mengajarkan nikah mutah diharuskan, dengan

Murjiah

ada kelebihan-kelebihannya. Nikah mutah ialah nikah


seseorang dengan seseorang perempuan dengan had
masa tertentu, tanpa wali atau saksi. Ini dilarang
dengan ijma dalam umat ini dan ianya pernah berlaku
beberapa waktu kemudian diharamkan oleh Nabi s.a.w.
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady

Khawarij

yang mengajarkan bahawa bila manusia beriman


perbuatan dosanya tidak memberi kesan (berbeza
daripada Ahlis-Sunnah yang mengajarkan perbuatan itu
memberi kesan melemahkan iman)
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
orang yang melakukan dosa menjadi kafir (berbeza
daripada Ahlis-Sunnah yang mengajarkan manusia
menjadi fasik dengan melakukan dosa, bukan kafir,
kecuali ia mengharuskan dosa).
menganggap semua golongan selain daripada mereka
halal darahnya.

Batiniyyah

Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady


Secara amnya golongan yang mengajarkan bahawa
bentuk-bentuk amalan lahir dan hukum lahir seperti
sembahyang, puasa, haji dan seterusnya tidak
mempunyai makna apa-apa, boleh dilanggar, yang
penting ialah hakikat batinnya. (Ini berlawanan dengan
Quran dan Sunnah serta ijma yang mementingkan lahir
batin kedua-duanya sekali).
Orang yang berpegang kepada ajaran yang
membatalkan Syara ini terkeluar daripada agama
Islam, naudhu billahi min dhalik. Imam al-Ghazali rd
menyebut dalamal-Ihya bahawa golongan yang
sedemikian lebih berat daripada kafir asli.

Jalan Kesesatan
Nabi Muhammad SAW mengemukakan syariah [peraturan hidup] untuk mendidik
menyucikan dan meningkatkan kerohanian manusia agar dapat melatih akhlak
dan kerohanian mereka tidak terpengaruh oleh pengaruh sosial, harta benda
(material) atau politik yang menyeleweng daripada Jalan Kebenaran. Ini adalah
tanggungjawab utama seorang rasul [Surah al Baqarah: 151].
Jalan kesesatan penuh dengan sifat sangkaan, persepsi, duga-dugaan, was-was
dan keliru. Justeru, tindakan pertama dan tepat adalah mengikut asas ilmu yang
benar dan tidak semata-mata bergantung kepada duga-dugaan atau sangkaan. Al
Quran menekankan manusia agar tidak mengikut sesiapa sahaja yang beramal
secara duga-dugaan atau sangkaan meskipun ia kelompok majoriti [Surah Yunus:
36. Surah al Jathiyah: 24. Surah Anam: 148. Surah Najm: 28+.
Jalan kesesatan berlaku apabila seseorang;
1. Tidak mendapat hidayah Allah
2. Tidak mahu mencari kebenaran
3. Kejahilan semulajadi yakni mengikut nenek moyang atau adat.
4. Tiada sumber ilmu yang benar
5. Bersifat ragu, buruk sangka dan teragak-agak dalam mencari kebenaran.
6. Mengingkari kebenaran kerana kepentingan diri, adat resam, keluarga dan
kelompok.
7. Pengalaman yang buruk dengan orang beragama Islam dan institusi atau
organisasi Islam sehingga menyalahkan agama Islam.
8. Terpengaruh dengan pemikiran dan kebudayaan asing, sesat dan kafir.
Manusia secara fitrahnya mengalami dua keadaan iaitu [1] mencari Tuhan dan
mahu berTuhan. Kedua, [2] kejahilan semulajadi warisan nenek moyang, adat dan

budaya setempat. Untuk merungkai kedua-dua keadaan, seseorang manusia


memerlukan sumber ilmu yang benar untuk mengukuhkan lagi pendirian dalam
mengenali Tuhan yang sebenar tanpa ragu dan duga-menduga.
Kembalilah ke Jalan Kebenaran dan Jalan yang Lurus dengan penghayatan surah al
Fatihah yang mengandungi seribu rahsia dalam mendekatkan diri dengan Allah
sekaligus mengeluarkan diri daripada jalan kesesatan.
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
2. Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam22,
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat),23
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah24, dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan,
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus25,
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat[iman] kepada
mereka26, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka27, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat28.

Kesimpulan
Manusia secara fitrahnya berada dalam keraguan dan kekeliruan dalam usaha
mereka mencari Tuhan. Sebilangan mereka terjerumus ke lembah kesesatan
ekoran kejahilan semulajadi dan kedegilan menerima kebenaran.
Pendirian tetap boleh dilakukan apabila seseorang manusia mempunyai sumber
ilmu yang benar dan bersedia menerima kebenaran mutlak jika pendapatnya
terdapat dalam al Quran dan Hadith Sahih. Persoalan perkara ghaib tidak
22

Sekalian alam bermaksud seluruh ciptaan yang hidup atau mati


Perlu kita takut dan gerun kepada Allah.
24
beribadah menjadi punca ketundukan dan ketaatan.
25
Tidak melencong dari kebenaran dan Hidayah-Mu
26
Para Rasul, orang soleh dan syuhada.
27
kerana sombong dan angkuh seperti orang Yahudi.
28
Bodoh, ragu dan keliru seperti orang Nasrani.
23

terjangkau oleh kemampuan akal kita menyebabkan kita perlu menerima konsep
kebenaran mutlak dalam menilai perkara tersebut
Justeru, sebaiknya kita membuka dan mempelajari serta menekuni semua kitab
ajaran agama di dunia, kemudian gunakan akal kita dalam menilai kitab yang
benar sekaligus menerima ajaran kitab tersebut sebagai kebenaran mutlak kita
dan gaya hidup hidup kita.
Keunggulan al Quran kerana ia diTANZILkan oleh Allah melalui Nabi Muhammad
SAW untuk manusia. Tanzil membawa kita mengingati Perjanjian Asali sekaligus
membawa kita mengenali dan beribadah kepada Allah. TANZIL menyebabkan
Islam itu dan Rasulullah SAW itu benar.
Wallahu alam.
Disiapkan di Peramu, Pekan pada 5 Mei tahun 2016.

Anda mungkin juga menyukai