Anda di halaman 1dari 15

MENCARI TUHAN DAN AGAMA DALAM PERKEBUNAN BUKU [3]

Terperangkap Dalam Falsafah Khayali Dan Palsu


Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias1
MOZEK 3
Mozek 3 adalah pengakhiran kepada perbincangan siri ini. Ia merungkai persoalan
ketuhanan yang tersemat dalam pegangan kita. Dalam siri penulisan ini, penulis
tidak menggunakan pendekatan berhujah. Penulis selesa mengunakan
pendekatan sepihak tanpa perlawanan yang cukup memenatkan. Pada penulis,
fasa teori sudah dilengkapkan melalui penyusunan ilmu dan kaedahnya oleh
sarjana dan ulama Islam. Tugas kita mempraktikkan agama Islam.

Aqidah yang Lurus dan Benar2


Hassan al Banna menyatakan, Setelah seorang muslim memahami agamanya
berpandukan asas ini[Prinsip 20 Rukun Faham] barulah dia memahami apa yang
sering dilaungkannya: Al-Quran adalah perlembagaan kami dan rasul adalah
ikutan kami.
Aqidah ialah perkara yang WAJIB dipercayai oleh hati anda, diterima dengan
tenang oleh diri anda dan diyakini oleh anda tanpa diselubungi oleh sebarang
keraguan dan syak.
Pegangan aqidah seseorang manusia berbeza-beza bergantung kepada sejauh
mana sesuatu dalil difahami dengan jelas dan bertapak kukuh dalam diri mereka.
Ia bergantung kepada hati dan pancaindera: dengar;lihat; rasa/pengalaman.
Antara cara memahami persoalan aqidah ialah
Tahap
Tahap 1
1

Perkara
Kesan
Mendengar aqidah dan menyakininya Teragak-agak jika ada yang

Berasal dari Terengganu Darul Iman. Pernah belajar di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah, Antropologi dan
Sosiologi. Seorang peminat dan penuntut ilmu Islam di masjid. Kini seorang pendidik. Penulis bukan seorang ustaz.
Penulisan ini bukan penulisan ilmiah, ia hanya nota pembacaan penulis sahaja.
2
Topik ini merumuskan pemikiran aqidah Hassan al Banna.

Tahap 2

Tahap 3

secara tradisi
Mengkaji dan berfikir

Benar-benar membuat kajian yang


mendalam dan berfikir sambil
mentaati dan melaksanakan perintah
Allah selain tekun beribadah kepada
Allah

cuba mengelirukan mereka


Menambahkan keimanan dan
memantapkan keyakinan
mereka.
Hatinya bersinar dan ia akan
melihat dengan mata hati
perkara yang akan
melengkapkan keimanan dan
keyakinannya. Akhirnya,
jiwanya tenang. [Surah
Muhammad: 17]

Asas aqidah Islam ialah al Quran dan dan sunnah Rasulullah SAW. Seluruh aqidah
ini disokong oleh akal dan dibukti oleh kajian yang sah. Allah SWT telah memberi
penghormatan kepada akal dan meletakkan akal sebagai asas
pertanggungjawaban. Allah menggalakkan akal supaya mencari, mengkaji dan
berfikir [Surah Yunus: 101, Surah Qaf: 6-11, Surah Yusuf: 105, Surah ali Imran:
190,Surah al Isra: 85, Surah Taha:114].
Aqidah Islam terbahagi kepada 4 bahagian iaitu ketuhanan, kenabian, alam
kerohanian dan samiyat [kajian tentang Alam Barzakh].

Tauhid
Beriman kepada Allah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu [1] Tauhid
Rububiyyah, [2] Tauhid Uluhiyyah dan [3] Tauhid Asma dan Siffat.
Tauhid Rububiyyah ialah beriktikad dengan tegas bahawa Allah adalah
Rabb/Tuanpunya bagi segala sesuatu, tiada ada Rabb selainNya [ Surah Araf:
54].3
Tauhid Rububiyyah terbahagi kepada dua. Pertama, fitrah manusia mahu
bertuhan dan mengaku adanya Tuhan [Surah al Zukhruf:87. Surah Yunus:31].
3

Muhammad Naim Yasin, Iman, Alor Setar: PD, 2014.

Cuma kelompok ini tidak mengenali Tuhan yang sebenar kerana tidak melalui
Jalan Kebenaran yakni Islam. Mereka mengakui Tuhan mencipta segalanya [Tuhan
Mutlak] dan adanya Tuhan tetapi tidak mentauhidkan Allah pada Uluhiyyahnya.
Kedua, kelompok manusia yang memenuhi pengertian Rububiyyah yang sebenar
iaitu mengiktikadkan Allah dengan iktikad yang jazam bahawa Allah adalah
pentadbir alam, semua yang ada dalam alam ini, tiada pentadbir yang lain
melainkan Allah Yang Maha Esa dan Maha Kuasa[ Surah al Anam: 14. Surah Ali
Imran: 26].
Tauhid Uluhiyyah ialah mengiktikadkan dengan iktikad yang jazam bahawa Allah
SWT adalah Tuhan yang berhak disembah, tiada Tuhan yang lain selain
daripadaNya iaitu ALLAH Taala [Surah al Muminun: 23. Surah Taha: 14. Surah al
Anbiya: 25]. Penyembahan dan ibadah kepada Allah menjadi asas agama Islam.
Keabsahan Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asma dan Siffat bergantung kepada
sejauh mana seseorang itu mentauhidkan uluhiyyah. Penyembahan dan ibadah ini
perlu mengikut apa yang Rasulullah SAW ajar bukannya mereka-cipta amalan
ibadah yang baru.
Segala ibadah dan penyembahan WAJIB ditujukan kepada Allah SWT sahaja, tidak
lain selainNya. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada setiap ibadah ialah
1. Wajib ikhlas dalam ibadah semata-mata KASIH kepada Allah [Surah al Baqarah:
165]
2. Wajib menyembah, berdoa, mengharapkan (raja) dan bertawakal kepada Allah
sahaja tidak selain melainkan Dia [Surah Yunus: 106. Surah al Maidah: 23. Surah al
Baqarah: 218].
3. Wajib merasa khauf (ketakutan atau gerun) kepada Allah SWT sahaja [Surah an
Nahl: 51. Surah Yunus: 107].
4. Wajib dikerjakan semua ibadat badaniyyah (dikerjakan oleh anggota badan)
seperti solat dan puasa, dan ibadat qauliyah (yang dikerjakan secara lisan) seperti
zikir hanya semata-mata kerana Allah bukan selain daripadaNya [Surah an Nisa:
116].

Tauhid Asma dan Siffat ialah mengiktikadkan dengan iktikad yang jazam bahawa
Allah SWT adalah bersifat dengan sifat-sifat kamalat (sifat-sifat kesempurnaan)
dan maha suci daripada sifat kekurangan dan Allah bersendirian melakukan
semua perkara yang ada dalam alam ini tanpa bantuan mana-mana jua pun.
Antara asas tauhid ini ialah
1. Membersihkan Allah dari sifat-sifat menyerupai makhluk [Surah as Syura: 11.
Surah al Ikhlas: 4. Surah an Nahl: 74].
2. Mempercayai nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah yang bersabit di dalam al
Quran dan al Sunnah. Mempercayai sifat-sifat Allah dengan mengiktikadkan
bahawa Allah adalah bersifat kamalat.
3. Tidak loba dan tamak untuk mengetahui kaifiyat dan kedudukan sifat-sifat Allah
kerana wajib bagi setiap orang yang mukallaf beriman-mempercayai sifat-sifat
Allah yang ada dalam nas dalam al Quran dan al Sunnah tanpa mempersoalkan
kaifiyat dan tidak membahas atau memeriksa keadaan sifat-sifat Allah kerana
tiada siapa yang mengetahui hakikat sifat-sifat Allah melainkan Allah SWT sahaja.
Ulama tauhid yang mengunakan pendekatan mengenali Allah dengan Sifat 20
dilihat berbeza fahaman dengan konsep Tauhid 3. Pada hakikatnya, kedua-dua
pendekatan ini menuju destinasi yang sama dalam mengenali Allah SWT.
Perbezaan tidak banyak melainkan ia dimainkan oleh sesetengah ulama yang
berpendirian keras, ego dan kurang menghormati pendapat ulama yang lain, dan
anak muda terpelajar [khusus dalam bidang agama] yang mengalami kejutan
budaya ilmu dan bersifat ekstrem.

Ketuhanan
Zat Allah SWT terlalu agung untuk dikuasai oleh akal manusia atau difikirkan oleh
fikiran manusia kerana keupayaan dan kefahaman akal manusia adalah terbatas.
Akal manusia terlalu cetek untuk mengetahui semua perkara. Kuasa elektrik dan
magnet umpamanya, kuasa sering kita gunakan tetapi tidak memahami
hakikatnya. Ramai yang tersesat dalam memberi pendapat dan berbicara tentang

zat Allah. Mereka berhujah tentang sesuatu yang mereka tidak fahami
batasannya. Malah tidak memahami hakikat dan fenomena kewujudannya.
Justeru, kita dilarang berfikir tentang Zat Allah, sebaliknya hendaklah kita berfikir
tentang ciptaan Allah.
Langkah ini bukan bertujuan membendung hak berfikir atau membekukan
pemikiran atau membatasi potensi akal, tetapi bertujuan memelihara akal agar
tidak terjerumus dalam amalan dan pendapat yang menyesatkan. Hamba Allah
yang soleh tidak mengunakan akal mereka untuk menyelesaikan perkara yang
akal mereka tidak mampu memahaminya. Justeru mereka memikir tentang
ciptaan Allah untuk mendekatkan diri mereka dengan Allah.

Nama-nama Allah
Allah SWT berkuasa mutlak dikenali di kalangan makhluknya melalui nama-nama
dan sifat-sifat yang hanya layak untuk-Nya sesuai dengan keagungan-Nya. Allah
SWT ada 99 nama. Nama-nama Allah perlu dihindari daripada diselubungi perkara
magis dan misteri atau mengaku memiliki keistimewaan tertentu. Jangan sesekali
mereka perkara yang tiada nas yang tidak dinyatakan dalam al Quran dan sunnah.
Asma bermaksud nama-nama yang menggerakkan pemikiran manusia untuk
menanggapi dan memahami benda-benda atau perkara yang ada dalam dunia ini.
Semua ilmu dan maklumat mengenai benda-benda atau perkara disimpan oleh
manusia berdasarkan kebolehan untuk meletakkan NAMA pada setiap perkara
dan sesuatu.
Konsep Asma meluruskan pendapat bahawa kita mengenali Allah dengan
pendekatan sains dan berfikir yakni Satu Pengenalan kepada Hakikat Ketuhanan
dan Hakikat Kewujudan Allah melalui NAMA iaitu mengetahui nama dan
kegunaan sesuatu benda atau perkara atau SAINS. Mengetahui NAMA melalui
Pengetahuan atau ILMU yang Allah sendiri mengajarkannya yang disalurkan
melalui ILHAM dan NALURI manusia [Surah al Baqarah: 31-33].

Sifat-Sifat Allah
Sifat-sifat Allah menurut persepsi akal manusia berlaku apabila manusia berfikir
dalam memerhatikan alam. Pemerhatian terhadap kewujudan alam membuktikan
keWUJUDan Pencipta alam ini. Jika alam ini hebat, maka Pencipta alam mesti
Maha Hebat. Fitrah manusia mencari Tuhannya.
Sifat-sifat Allah juga dinyatakan dalam al Quran. Ia sifat WAJIB bagi Allah SWT.
Antara sifat WAJIB itu ialah
1. KeWUJUDan Allah [Surah al Rad: 2-4, Surah al Mukminun: 80,
2. Qidam dan Baqa [Surah al Hadid: 3, Surah al Ikhlas: 1-4, Surah al Shura: 11]
3. Allah Berdiri Sendiri [Surah Faatir: 15]
Banyak lagi sifat-sifat Allah yang dinyatakan dalam al Quran.
Sifat-sifat Allah tidak sama sekali menyerupai sifat makhluk. Tiada sifat makhluk
sama dengan Sifat Allah kerana sifat Allah penuh kesempurnaan[kamalat]
manakala sifat makhluk mempunyai kelemahan, kekurangan dan terbatas-terhad.
Ulama-ulama aqidah ada yang cuba membuktikan kewujudan sifat-sifat Allah
dengan menggunakan rasional akal dan logik. Ia usaha yang baik kerana akal
menjadi kayu ukur kepada sesuatu ilmu dan asas pertanggungjawaban. Dengan
ini segala kekeliruan dan keraguan boleh dihapuskan.
Rasionalnya ialah
1. Alam begitu hebat dan teratur menunjukkan wujudnya pencipta yang hebat
dan sempurna.
2. Orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan dapat memberikan sesuatu. Jika
pencipta alam ini tidak memiliki sifat-sifat sempurna tidak mungkin
kesempurnaan ini akan wujud pada ciptaan-Nya.
3. Sesuatu kenyataan bahawa Pencipta ini sudah tentu satu dan tidak mungkin
ramai. Tuhan yang ramai sudah tentu berlakunya kebinasaan, persengketaan dan

persaingan. Apatah lagi sifat utama yang ada pada Tuhan adalah keangkuhan dan
keagungan. Jika salah satu Tuhan ini mempunyai kuasa mutlak, sudah tentu
Tuhan lain tidak memiliki kuasa mutlak. Jika mereka berkongsi kuasa, maka
terpendamkan sifat keagungan mereka. Oleh itu, Tuhan itu satu dan tiada Tuhan
lain selain Dia.
KeWUJUDan Allah SWT sebagai pencipta dan Allah memiliki sifat-sifat yang
sempurna adalah kenyataan yang tidak dapat dibuktikan dengan apa-apa dalil.
Hanya mereka yang hatinya sakit dan angkuh sahaja yang mahu meminta bukti,
Namun orang seperti ini tidak dapat diyakinkan dengan dalil atau apa-apa hujah.
Mereka melawan fitrah manusia yang suci. Hakikat WUJUDnya Tuhan di lubuk
hati manusia yang murni [Surah al Nur: 40].

Pertembungan Pendapat Ulama Aqidah Tentang Sifat Allah


Terdapat beberapa ayat Allah mensifatkan diriNya seumpama sifat makhluk.
Perkara ini menimbulkan persengketaan, perselisihan dan perbezaan pendapat
sejak ribuan tahun. Kita boleh membahagikan kepada 4 kelompok.
Pertama, kelompok yang menerima bulat-bulat sebagaimana ayat al Quran
dinyatakan. Mereka dikenali golongan Mujassimah dan Musyabbihah.
Kedua, mereka menafikan dan menolak sama sekali apa jua maksud perkataan
tersebut dengan menafikan sama sekali sifat-sifat tersebut dirujuk kepada Allah
dan dalam masa yang sama mahu mensucikan Allah. Mereka dikenali sebagai
golongan Muattilah dan Jahmiah.
Ketiga, Ulama Salaf dimana mereka menerima perkataan pada ayat-ayat al Quran
dan hadith sebagaimana yang dinyatakan dan berserah maksudnya perkataan tadi
kepada Allah. Sifat Allah yang menyerupai sifat manusia dirujuk kepada maksud
yang tidak diketahui oleh manusia. Hanya Allah sahaja yang mengetahui maksud
sebenarnya.
Keempat, ulama Khalaf yang pasti maksud perkataan pada ayat dan hadith tidak
sebagaimana zahirnya. Maknanya perkataan tersebut tidak salah untuk

ditafsirkan. Contoh, istilah Wajah Allah sebagai Zat Allah, dan Tangan Allah
sebagai kekuasaan. Ia bertujuan menghapuskan kekeliruan yang menyamakan
Allah dengan makhluk.
Jika kita teliti pendapat kelompok salaf dan khalaf, sebenarnya perbezaan mereka
adalah TIADA jika mereka membuang sifat TAKSUB dan FANATIK. Kesimpulan
bagi perdebatan ribuan tahun itu ialah ia akhirnya akan membawa kepada
segala-galanya diserahkan kepada Allah.
Keterangan segala-galanya diserahkan kepada Allah ialah
1. Kedua-dua pihak sependapat bahawa Allah tidak menyerupai makhluk-Nya.
2. Kedua-duanya pihak menerima maksud nas-nas berkenaan dengan Zat Allah
adalah berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh zahirnya kerana perkataan
tersebut digunakan untuk mengambarkan sifat makhluk. Ini bermakna kedua-dua
pihak menolak persamaan Allah dengan makhluk.
3. Kedua-dua pihak sedar bahawa perkataan atau istilah yang digunakan dengan
sentuhan perasaan manusia atau boleh difahami dengan pancaindera manusia
melalui bahasa digunakan mereka. Walaupun hebat macam manapun bahasa,
tidak semestinya mampu mengungkap keseluruhan kenyataan ilmu dan hakikat
Zat Allah. Bahasa tidak mampu membekalkan kita istilah yang tepat dan dapat
menghurai kesemuanya hakikat ini. Jadi, percubaan mengenal pasti apa yang
dimaksudkan oleh istilah-istilah ini adalah sia-sia.
4. Kedua-dua pihak mengunakan sumber yang sama iaitu al Quran dan Sunnah
rasul.
5. Kedua-dua pihak mengakui peranan akal untuk berfikir kebesaran Allah
6. Kedua-dua pihak mengakui para sahabat Rasulullah SAW, para imam mazhab,
dan para imam hadith.
7. Kedua-dua pihak mengakui adanya ilmu tauhid, feqah dan tasawuf. Maknanya
perbezaan mereka hanya pada pendekatan.

Ulama khalaf cuba menentukan maksud istilah-istilah tersebut sebagai suatu


tindakan perlu memelihara aqidah orang ramai yang keliru dengan usaha
sesetengah pihak yang mahu menyamakan Allah dengan makhluk. Segala
pentakwilan perlu bertepatan dengan rasional akal dan syarak.
Kita yakin pendapat ulama salaf yang berdiam diri dan menyerahkan maksud
segala istilah kepada Allah merupakan pendekatan paling selamat, tenang dan
terbaik untuk memberhentikan pelbagai takwilan. Orang paling kuat berpegang
kepada pendekatan ulama salaf iaitu Imam Ahmad Hanbal sendiri pernah
menakwil hadith, Hajat Aswad adalah tangan kanan Allah di bumi-Nya.
Jika hati kita beriman kepada Allah, pentakwilan ulama salaf tidak perlu
diperbesar-besarkan. Pertembungan perlu mengutamakan kedamaian nilai
muhibbah, kasih sayang dan saling hormat menghormati

Tuhan
Apabila kamu ber fikir bersungguh-sungguh, nescaya ilmu kamu akan memaksa
dirimu mencari Tuhan.
Kita seringkali mendengari persoalan nakal di bawah jika berbicara tentang
Tuhan.
1. Kalau memang Tuhan itu ada, dimana Tuhan berada?
2. Kalau memang Tuhan itu ada, bila Tuhan wujud?
3. Kalau memang Tuhan itu ada, bagaimana Tuhan wujud?
Persoalan sebegini bertepatan dengan sebuah hadith bahawa Abu Hurairah
berkata, Rasulullah SAW bersabda;
Manusia akan terus bertanya sehingga mereka akan bertanya; Allah mencipta
makhluk siapakah pula yang mencipta Allah?. Sesiapa yang bertemu dengan
soalan seumpama ini hendaklah dia berkata: Saya beriman dengan
Allah[Riwayat Muslim]

Pada dasarnya, soalan begini adalah salah kerana kita diperintahkan tidak
mengkaji Zat Allah disebabkan akal kita yang terbatas tidak mampu memahami
hakikat dirinya sendiri apatah lagi mahu memahami hakikat Zat Allah. Kita tidak
mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai Tuhan [Surah al Kahf: 5].
Namun persoalan begini mampu menarik sesetengah pihak.
Nota 1: Jarak penglihatan mata dan pendengaran telinga antara manusia adalah
berbeza. Pendengaran dan penglihatan manusia ada had dan batasnya. Begitu
juga akal kita. Sifat makhluk ada batas dan hadnya.
Nota 2: Kekurangan, kesilapan, lupa dan kelemahan adalah sifat makhluk. Betapa
hebatnya matahari tetapi sampai waktu malam tenggelamlah dirinya. Kuat
ingatan manusia, akhirnya ada yang terlupa.
Nota 3: Seseorang perempuan mengajak seorang ustaz melihat papan tulis putih,
kemudian perempuan itu menulis satu titik hitam di tengah-tengah papan tulis
puti tersebut. Perempuan itu bertanya, Ustaz, bagaimana Allah melihat makna
sebalik hakikat titik hitam tersebut?. Soalan begini sudah kurang tepat,
bagaimana Allah melihat salah. Adakah sama cara Allah melihat dengan manusia
melihat?.
Dalam mozek 1, penulis ada menyentuh tentang tanzil. Konsep Tuhan dalam
tradisi intelektual Islam telah selesai sejak selesainya tanzil. Allah SWT telah
mentanzilkan al Quran untuk menjawab semua persoalan manusia tentang
keTuhanan. Jawapannya ada dalam al Quran yang difirman dan dijawab oleh Allah
sendiri. Bahkan banyak teori pemikir Barat yang mengemukakan keupayaan
hendak bertuhan yang boleh menguatkan iman tetapi mereka tidak beriman
kerana tiada hidayah, kepentingan tertentu dan tidak ketemui al Quran.
Penulis menukilkan kembali beberapa pandangan sarjana dan ulama yang
menyatakan syarat-syarat Tuhan4 ialah
1. Teori Relatif

Antaranya Ustaz Muhammad Ariffin Ilham

Menurut Einstens, semua terbatas [Surat Ar Rahman: 25-26] oleh 4 Dimensi :


Ruang, Waktu, Daya dan Guna. Selama terbatas oleh 4 dimensi ini disebut alam
raya, bererti syarat Tuhan yang pertama adalah Mutlak Tidak Terbatas[Surah al
Ikhlas: 2-4].
Kalau ada yang bertanya Tuhan itu,
* DIMANA? Bererti terbatas oleh dimensi tempat dan itu sebahagian dari alam.
Tuhan tidak terbatas oleh dimensi tempat.
* BILA? Bererti itu terbatas oleh dimensi waktu
* BAGAIMANA? Bererti itu terbatas oleh dimensi wujud dan guna
Lalu siapa yang menciptakan Tuhan?. Pasti jawabannya adalah Tuhan, yang
menciptakan Tuhan?. Bererti Teori Relatif menyatakan Tuhan itu Mutlak tidak
terbatas, hanya alam raya yang terbatas oleh 4 dimensi. Tiga pertanyaan itu tidak
layak ditanya oleh manusia kerana menunjukka ketakburan mereka [Surah al
Baqarah: 55].
2. Teori Penciptaan
Setiap perkara atau sesuatu di bumi ada penciptanya. Ia tidak terjadi secara
sendirinya atau automatik. Sudah tentu alam ini ada penciptanya. Pencipta alam
ini adalah Tuhan. Bagaimana pula orang yang tidak percaya pada Tuhan atau
Atheis, siapa Tuhan mereka?. Tuhan mereka adalah diri [akal dan nafsu] mereka
sendiri sejak mereka mengatakan Tuhan itu tidak ada. Jadi, siapakah mencipta
manusia?. Kita boleh kisah bagaimana Nabi Ibrahim mencari Tuhan dengan
merenungi penciptaan yang dicipta oleh Allah. [Surat Al-Anam: 75-79.]
3. Teori The Most (Paling Tertinggi)
Jika ada hebat, sudah tentu ada yang Paling Hebat,
Jika ada Tinggi, sudah tentu ada yang Paling Tinggi,
Jika ada kuasa, sudah tentu ada yang Paling Berkuasa
Jika ada mulia, sudah tentu ada yang Paling Mulia

Maknanya, yang paling itu hanya ada satu. Dalam Islam, kita ada konsep sifat dan
nama Allah MAHA untuk membezakan sifat kerdil makhluk. Contoh bagi
manusia, kuat. Bagi Tuhan, Allah Maha Kuat.
Dalam Islam, Tuhan itu Esa, Allah Maha Esa. Dialah Allah Yang Maha Esa [Surah
al Ikhlas: 1]. Esa bukan satu kerana satu berbilang-bilang. Esa lebih dekat kepada
tunggal walaupun ia tidak tepat.
Islam adalah agama yang benar. Allah adalah Tuhan yang benar. Kebenaran hanya
satu, semua yang lain adalah salah [Surah al Fath: 28].
4. Teori Supernature Power
Ada kuasa ghaib yang hebat di sebalik alam. Sebalik manusia ada roh.
Kepercayaan kepada satu kuasa ghaib. Setiap bangsa manusia di muka bumi
mempunyai tradisi kepercayaan kepada kuasa ghaib. Kuasa ghaib itu wujud tetapi
pengetahuan tentang kuasa ghaib adalah terhad [surat Al-Israa:85] .
Tuhan pada hakikat kewujudan-Nya. Wujud Allah adalah Wajibul Wujud [Wujud
hakiki/mutlak]. Walaupun Allah semuanya bukan tetapi Allah itu tetap ADA. Zat
Allah tetap kekal walaupun alam ini binasa. Jika Allah ADA, harus bagi alam ada.
Jika ada alam wajib ADA Allah. Jika tiada alam, wajib ADA Allah. Zat Allah tidak
berhajat kepada zat-zat yang lain. Sifat Allah wajib berdiri pada Zat-Nya.
Makhluk dan Alam terdiri daripada jirim dan aradh [sifat makhluk]. Jirim
memerlukan ruang manakala aradh bertempel pada jirim. Manusia itu jirim,
aradh-nya ialah warna kulit, bentuk badan, wajah dan sebagainya.

Mengenal Allah
Kalimah Allah berhak dipakai oleh semua manusia. Allah bukan milik orang Islam
sahaja tetapi milik semua makhluk. Dalam konteks ilmu, kalimah Allah tidak
relevan dipakai oleh golongan bukan Islam [Kristian dan Yahudi] kerana orang
Kristian mengunakan istilah God bermaksud Tuhan manakala orang Yahudi
mengunakan istilah Elohim atau Eloah.

Kalimah Allah makna lafaz Allah itu nama bagi Zat Allah yang Wajib al Wujud, khas
pada lafaznya dan pada maknanya. Nama Allah datang daripada istilah-Bahasa al
Quran. Nama Allah SWT tidak berasal daripada pengambilan perkataan apa pun.5
Tiada dua nama Allah kecuali satu milik-Nya. Dengan maksud nama Allah tidak
digunakan oleh mana-mana makhluk di dunia ini.
Kalimah Allah adalah nama yang baik [Surah Taha: 8] dan kalimah Allah yang
mengambarkan kebesaran dan kehebatan Allah SWT [Surah al Hasyr: 22-24]. Ia
juga mengambarkan kamalat Allah SWT.
Di Malaysia, sudah ratusan tahun Umat Islam mengunakan kalimah Allah dan kini
pengunaan kalimah mula dicabar oleh kelompok agama tertentu. Kalimah Allah
perlu dipertahankan hanya digunakan oleh orang Islam demi keselamatan dan
kesejahteraan negara.
Pada hemat penulis, kita boleh mengenal Allah melalui Manhaj Ahli Sunnah Wal
Jamaah [ASWJ] terbahagi kepada dua kelompok Salaf dan Khalaf. Kedua-dua
kelompok ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, paling malang ada
sesetengah kelompok ulama dan pengikut kedua-dua kelompok mudah kafir
mengkafir, sesat menyesat, mulau memulau, caci-mencaci, label melabel dan
sebagainya. Mereka adalah kelompok ekstrem dalam kelompok masing-masing
yang tiada jiwa kasih mengasihani, hormat menghormati dan mengutamakan
ukhwah dalam berkhilaf pendapat. Kelompok ini harus kita cegah dan perangi.
Pada hemat penulis, kita harus membuang perbezaan dan persengketaan dalam
kalangan kelompok ekstrem yang ada dalam kedua-dua kelompok Salaf dan
Khalaf supaya saling hormat menghormati antara satu sama lain. Para ulama
seharus berbincang dalam konteks ilmu dan adab bukannya menabur kekeliruan
dan konflik pendapat dalam masyarakat.
Umumnya, kita mengakui bahawa pendekatan Tauhid 3 lebih sesuai untuk orang
awam yang tiada ruang dan peluang menuntut ilmu secara lebih mendalam.
Tauhid 3 meliputi Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma dan
siffat. Tauhid 3 adalah jalan yang selamat dan murni bagi orang awam. Hujahnya
5

Imam al Qusyairi, At Tahbier Fit Tadz Kier (terj.)

terus kepada sumber al Quran. Punbegitu penghuraian Tauhid Asma dan siffat
sangat menipis atau selapis kerana tidak ada usaha huraian yang lebih lanjut.
Pendekatan Sifat 20 adalah pendekatan yang memerlukan seseorang belajar
dengan lebih mendalam untuk mengelak tersesat dan tenggelam dalam unsur
falsafah yang ada didalamnya serta istilah yang sukar difahami. Ia sebenarnya
kurang sesuai untuk orang malas menuntut ilmu. Gabungan hujah al Quran dan
akal sangat sesuai dalam menghadapi serangan pemikiran pada hari ini.
Punbegitu dalam suasana hari ini pendekatan Sifat 20 tidak cukup menghadapi
kelompok Neo Muktazilah seperti Liberalis dan Pluralis kecuali melengkapkan diri
dengan ilmu semasa-moden dan cuba memahami pemikiran dan ketamadunan
Barat [sebagaimana kelompok Attasian].
Kedua-dua pendekatan ini betul kerana ada hujah al Quran. Cuma pendekatan
Sifat 20 kena berhati-hati agar tidak terjerumus ke lembah kekeliruan dan
kelekaan. Kita kena tinggalkan perbalahan kerana tujuan utama kedua-dua
pendekatan ini adalah mengenali Allah dalam konteks ilmu.
Secara peribadi, penulis memilih pendekatan gabungan antara Tauhid 3 dengan
Sifat 20. Sifat 20 sendiri adalah penerusan kepada penghuraian Tauhid Asma dan
Siffat dalam Tauhid 3. Tauhid 3 dan Sifat 20 ia hasil penyususan ulama dan hanya
pendekatan memudahkan seseorang mengenali Allah.
Sifat 206 memerlukan seseorang mengunakan hukum akal. Tetapi kekuatan syara
mengatasi kekuatan akal. Mengenal Allah SWT mestilah berpandukan akal dan
syara agar selari dengan itiqod yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Terdapat 3 syarat sah mengenal Allah iaitu itiqod yang jazam/putus7, persetujuan
dengan sebenarnya[muafakat] dan berserta dengan dalil secara ijmali. Gabungan
Jazam+ Muafakat+Dalil = menghasilkan Iman yang sodiqoh8.

Lihat kitab Risalatut Tauhid, Pagangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah, Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah, Aqidatun
Najin,
7
a. Keyakinan 100%
b. Tiada Syak 50%
c. Tiada Zhonn 75%
d. Tiada waham 25

Cara mendekati Allah ialah [1] mengingat Allah [Surah Ali Imran: 191] dan [2]
mengkaji dan meneliti apa yang terkandung dalam alam ini melalui akal fikiran
serta pandangan mata hati [Surah al Rum:24].
Kesimpulan
Persoalan aqidah adalah teras kepada agama Islam. Pendekatan Tauhid 3 dan
sifat 20 adalah satu proses mengenali Allah. Kedua-dua pendekatan adalah benar
dan tidak perlu berkonflik dalam mendepani perbezaan pendekatan ini. Kita
hanya perlu hormat menghormati pendapat yang berbeza dan mendekati
persamaan pendapat.

e. Tiada Jahil Murakkab


f. Tiada Jahil Basit
8
Iman yang sodiqoh ialah apabila terhimpun ketiga-tiga syarat makrifah tersebut iaitu mempunyai jazam,
muafakat dan dalil.

Anda mungkin juga menyukai