Anda di halaman 1dari 118

PENYUSUN

PERMATA DALAM CAHAYA

GERAKAN MAHASISWA
Antara Cinta atau Komedi?

Kenyit Mata Press

Cia-Cia
Jantankah Anak Muda dan Gerakan Mahasiswa?
Jantan atau tidak gerakan mahasiswa bergantung kepada si penanya-petafsir dan
zaman mereka. Gerakan Mahasiswa sangat bergantung kepada semangat zaman
dan keberanian pemimpin mereka membangkitkan semangat melawan dalam
kalangan mahasiswa dan rakyat. Pada sesetengah orang, gerakan mahasiswa
hanyalah pencari populariti-dikenali, berjuang untuk pembangkang dan
menghabiskan duit rakyat.
Zaman muda- zaman kemarahan-zaman pemberontakan- zaman protes. Bukanlah
perkara aneh jika mereka melawan-HEPA dan pemerintah. Semangat
kepemudaan dan kekuatan muda itu sendiri (bahkan ruang masa yang ada)
digunakan sepenuhnya untuk melawan rejim. Lawan tetap lawan kata mereka.
Pabila dewasa, anak muda yang melawan tadi kendur semangatnya- dek
berkahwin, bekerjaya dan paling menarik mengantikan tempat mereka yang
dilawan tadi. Maka, kitaran tradisi melawan terus berlaku. Malangnya, mereka
yang pernah menjadi pemimpin mahasiswa itu tadi bertindak ke atas mahasiswa
sebagaimana rejim pernah lakukan ke atas mereka.
Zaman mahasiswa-milik kamu. Setelah zaman kami berakhir, kamu mesti teruskan
dengan cara kamu. Pertama, pemimpin senior mereka beralih arah daripada
zaman amuk kepada zaman sopan-santun. Keradikalan mereka ditinggalkan di
pintu gerbang universiti. Kedua, pemimpin senior yang masih kemaruk politikmaklumlah kes mahkamah tak habis lagi- ada yang masuk jalur politik kepartian.
Malang tak berbau, ada kalangan mereka masih menjalar panjang pengaruhnya
ke dalam kampus mencaturi-bertindak sebagai tangan ghaib- ke atas junior-junior
mereka. Mereka meneruskan daulah terpendam membikin awak-awak
mahasiswa gunaan.
Jadi apa yang kau dapat dalam gerakan mahasiswa?. Sifat melawan kamu, kamu
simpan dalam poket politik kepartian dan kes mahkamah kamu. Sifat melawan
kamu tidak ke mana jika kamu tiada fulus. Populariti kamu sebagai pemimpin
mahasiswa hebat akan layu dicantas oleh politikus bebalis dalam parti kamu
sendiri. Paling penting dalam perjuangan kamu ialah pengalaman kepimpinan2

pengurusan, dan jaringan persahabatan-pengaruh serta mengilap potensi diri.


Tiga dapatan itu, kamu gunalah untuk kebaikan hidup kamu pada masa depan.
Paling tidak pun, kamu masih dapat isteri yang cantik, pintar dan budiman.
Kamu tak perlu menjadi hero pencetus trajedi. Hero Mahasiswa hanyalah
kepalsuan yang dicipta. Ditahan polis, tahanan lokap, perbicaraan mahkamah,
demonstrasi, rempuh pagar bukanlah petunjuk jantannya kamu. Jantan kamu
yang sebenar apabila kamu istiqamah dengan kebenaran dan perjuangan kamu
selepas kampus. Dan berapa lama kamu berupaya untuk beristiqamah
dengannya.
Nah, apa yang perlu kami lakukan dalam gerakan mahasiswa?. lu fikir la sendiri
kata Nabil. Begitulah, kamu memiliki zaman, kamu aturkan dan kamu ukirlah
ukiran berdasarkan kemampuan, ilmu, semangat dan keberanianmu sendiri.
Jangan ikut cara senior kamu!. Sejarah senior kamu hanyalah motivasi dan ibrah
tetapi jalannya kamu kena pilih sendiri. Pada pandangan aku, gerakan mahasiswa
perlu ada kerangka pemikiran yang perlu menjadi pedoman dalam setiap
tindakan. Mereka perlu keluar daripada menjadi ternakan parti politik.
Akhir kalam, mahasiswa perlu mengenali pemikiran Syed Muhammad Naquib al
Attas, Buya HAMKA, Imam al Ghazali dan memahami Barat dengan kritis.
Melawan tak semestinya jantan
Melawan tak semestinya keras
Melawan tak ditentukan oleh cara
Melawan sebenarnya adalah istiqamah pertahankan hak pada masa depan.

Yang BerKenyit Mata,


Permata Dalam Cahaya

Watak Tertawan: Anak Muda, Gerakan Mahasiswa dan Pemimpin Palsu

Para pengkritik saya menuduh saya terlalu liberal dan plural. Tetapi intipati,
hakikat dan rujukan masih Quran dan Sunnah. Jika sesuatu itu jelas bercanggah
dengan rujukan pedoman asasi ini, kita akur dan menerimanya.
Anwar Ibrahim
Anak muda dan mahasiswa adalah pemimpin pewaris atau pelapis (baca:
Pemimpin Kecil) kepada kepimpinan pada hari ini. Pemimpin terdiri daripada Raja,
politikus, intelektual-ulama, teknorat, profesional, ahli perniagaan, pentadbir
pelbagai peringkat, birokrat dan kelompok terpelajar (termasuk mahasiswa).
Mudahnya, pemimpin adalah orang terpelajar dan diberi tanggungjawab
memimpin umat dalam pelbagai peringkat masyarakat. Anak muda dan
mahasiswa akan mengantikan pemimpin lama dalam pentadbiran masyarakat dan
negara.
Dalam ungkapan Melayu, pemimpin dicirikan kepada;
Yang diberikan kepercayaan
Yang diberikan kekuasaan
Yang diberikan beban berat
Yang diberikan tanggungjawab
Yang diikat janji dan sumpah
Yang disimpai petua amanah.
Ungkapan di atas menunjukkan pemimpin ialah seseorang yang diberi
kepercayaan dan kekuasaan penuh oleh umatnya untuk bertanggungjwab
melaksanakan tugas beratnya dalam menyejahterakan umatnya dengan penuh
amanah.
Antara punca permasalahan Umat Islam pada hari ini ialah kehadiran Pemimpin
Palsu yang merosakkan sistem politik, sosial dan ekonomi sesebuah negara. Orang
tua-tua berkata, pemimpin palsu, hati lancung, perangai bak hantu. Pemimpin
Palsu inilah Watak Tertawan yang sebenarnya.

Watak Tertawan ialah manusia yang bergantung harap kepada pemikiran orang
lain termasuk orang Barat dalam segala tindakan mereka. Watak Tertawan adalah
impak daripada Minda Tertawan. Menurut Syed Husein Alatas, Minda Tertawan
bergantung kepada pemikiran Barat dalam segala segi kegiatan ilmiah termasuk
pembentukan faham, pengambaran, penghuraian dan pentafsiran.
Masalah Watak Tertawan disebabkan oleh faktor pemikiran (atau worlview) dan
faktor tindakan. Watak Tertawan terdiri daripada pemimpin palsu dalam kalangan
intelektual, pemimpin negara, anak muda dan para mahasiswa. Kata orang-orang
tua, duduknya kerana tipu menipu, hatinya busuk akalnya berkutu. Justeru,
mereka perlu membebaskan diri mereka daripada konsep Watak Tertawan.
Dalam usaha mengatasi Watak Tertawan, beberapa perkara perlu dilakukan oleh
anak muda zaman ini. Pertama, kelurusan Pandangan Sarwajagat atau worldview
Islam yang diikuti secara benar dan sahih. Pandangan Sarwajagat perlu bersumber
daripada al Quran dan al Sunnah. Ungkapan adat Melayu berbunyi, Memakai
syarak lahir dan batin, imannya tebal adat pun kental, takwanya nampak ilmu
pun nampak.
Kedatangan Islam sebagai ad-Din, iaitu sebagai satu cara hidup yang menyeluruh
cuba membawa revolusi dalaman dari dalam individu itu sendiri. Pangkal
kehidupan itu berpaksi tauhid yakni segala perkara berpunca daripada Allah SWT.
Satu perkara yang penting dalam Pandangan Sarwajagat Islam ialah peranan
manusia sebagai Khalifah Allah (Surah al Baqarah: 30).
Kemudiannya, Faham Keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempat yang
sesuai dengannya (Surah an Nahl: 90 dan al Maidah: 8). Dalam tradisi Melayu,
Faham Keadilan sememangnya disanjung. Orang tua-tua mengatakan yang
disebut adil, tidak membezakan besar dan kecil, yang disebutkan adil hakiki,
kaya dan miskin sama selari dan yang dikatakan adil, menegakkan hak yang
membela kebenaran.
Jelas, pandangan sarwajagat Islam mempunyai 4 kunci utama iaitu sumber
berautoriti, pendefinisian agama, peranan sebagai khalifah dan faham keadilan.

Kedua, kehilangan akhlak-adab. Watak Tertawan (Baca: Pemimpin Palsu) mesti


mempunyai akhlak-adab yang terpuji dan Islami. Kehilangan akhlak-adab
menunjukkan kehilangan keadilan seterus mengakibatkan kekeliruan dalam ilmu.
Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, adab merujuk kepada pengenalan
dan pengakuan yang hak akan tempat yang wajar, kedudukan dan keadaan hidup
dan kepada mendisiplinkan diri dalam penyertaannya secara rela dan positif
dalam memainkan peranannya selaras dengan pengenalan dan pengakuan itu
maka berlakunya ia di dalam diri dan masyarakat secara keseluruhannya
memperlihatkan keadaan keadilan.
Akhlak-adab dalam Islam menentukan Umat Islam mengikut peraturan yang telah
ditentukan oleh Allah SWT melalui al Quran dan dipraktiskan oleh Nabi
Muhammad SAW (al Sunnah). Jika kita mengikut peraturan Allah dan praktis Nabi
Muhammad, ia bermakna kita meletakkan Islam pada tempat yang betul yakni
adil.
Ketidak-adilan berlaku apabila Watak Tertawan tidak mengikuti peraturan Allah
dan praktis Nabi Muhammad menyebabkan kebejatan akhlak-adab. Mereka gagal
meletakkan Islam dalam kehidupan mereka. Disinilah kita melihat kegagalan
Watak Tertawan berlaku keadilan di sisi Tuhan Yang Hak. Watak Tertawan
terumbang-ambing keliru dalam mengenali kebenaran sebenarnya kerana mereka
keliru dalam ilmu. Akhirnya, mereka melibatkan diri dalam korupsi, kronisme dan
nepotisme.
Ketiga, kekaburan tujuan pendidikan dalam kalangan rakyat. Menurut Anwar
Ibrahim, anak muda dan gerakan mahasiswa perlu beringat bahaya pendidikan
yang menghasilkan ijazah tetapi daya fikir dan daya juang; bergerak mengikut
telunjuk seolah-olah lembu kudus (Sacred Cow) ekoran pemikiran terbelenggu
daripada menerima maklumat yang benar.
Anak muda dan mahasiswa mengetahui dan menghadamkan tujuan pendidikan
dalam Islam untuk melahirkan manusia yang baik. Menurut Syed Muhammad
Naquib al Attas, Manusia Baik ialah manusia yang beradab yakni orang yang
insaf sepenuhnya bertanggungjawab dirinya kepada Tuhan Yang Hak; memahami
dan menyelenggarakan penunaian keadilan terhadap dirinya dan diri-diri lain
dalam masyarakatnya; yang terus berupaya meningkatkan setiap aspek dalam
dirinya menuju kesempurnaan sebagai insan adabi.
6

Watak Tertawan perlu diubati oleh Pemimpin Benar yang insaf. Pemimpin Benar
yang insaf ialah pemimpin yang tahu diri, sedar diri dan bertanggungjawab serta
berhati mulia. Orang tua-tua mengatakan pemimpin insaf sedarkan diri, terhadap
yang benar ia mengabdi, terhadap yang hak ia berdiri. Keinsafan datang apabila
kita sedar tujuan pendidikan yang sebenar.
Dengan ilmu, kesedaran dan keinsafan, Pemimpin Benar akan berusaha untuk
meningkatkan diri untuk menjadi manusia terbaik iaitu Insan Adabi. Mereka juga
cuba menegakkan keadilan dalam masyarakat. Keadilan telah menjadi satu proses
pembebasan manusia daripada penjajahan dan pengabdian sesama makhluk
termasuk terlarut dalam ideologi ciptaan manusia dengan meletakkan manusia
pada tempat yang sebenarnya iaitu tunduk dan patuh kepada Tuhan Yang Hak.
Keempat, kuasa rakyat diabaikan. Pembentukan kuasa rakyat melalui
permuafakatan rakyat yang disertai oleh parti politik, NGO-NGO dan orang
perseorangan penting dalam menangani krisis negara. NGO-NGO perlu
diperkasakan dengan memperluaskan dan mempergiatkan jumlah keahlian
pertubuhan masing-masing. Matlamat tujuan kuasa rakyat ialah keupayaan
menjadi pendesak pemerintah dan badan alternatif penyelesaian permasalahan
rakyat.
Pemerintahan Demokrasi yang baik ialah pemerintahan yang mengiktiraf dan
mengutamakan penglibatan rakyat secara aktif dalam pemerintahan negara.
Kuasa pemerintahan sebenar pada masyarakat atau rakyat bukannya pada diri
pemimpin. Pemimpin hanya penggerak kepada aspirasi rakyat bukannya
kepentingan diri dan kumpulan yang diwakili.
Walaupun seseorang itu menang dengan logo parti yang diwakili, kehendak rakyat
di kawasan yang diwakili perlu diutamakan melebihi parti yang diwakili.
Seseorang Ahli Parlimen (AP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu
merangka suatu medium atau wadah yang membolehkan rakyat terlibat secara
aktif dalam proses membuat keputusan membangunkan kawasan yang diwakili.
Penyatuan Kuasa Rakyat untuk kemanusiaan dan penyelesaian masalah rakyat
merentasi persoalan ideologi, agama dan kaum. Kita perlu mengetengahkan
masalah-masalah penyalahgunaan kuasa, rasuah, kemiskinan, kekurangan
7

pendidikan, ketidakadilan sosial dan lain-lain yang telah menyelubungi rakyat


sekian lama. Kita perlu membaiki struktur dalaman masyarakat yang semakin
merosot.
Syarat penyatuan ini ialah (1) tidak boleh melanggar aqidah dan syariat Islam, (2)
tidak mengamalkan pragmatisme matlamat menghalalkan cara dan (3)
mengikut lunas-lunas Perlembagaan.
Sebagai Islamis mempunyai pemikiran Qurani, AP atau ADUN seharusnya memiliki
Garis Panduan untuk memajukan kawasan secara Islami.
Watak Tertawan perlu dibanteras oleh Pemimpin Benar memimpin rakyat dan
negara ke arah kesejahteraan dan kebenaran. Dalam erti kata lain, Pemimpin
Benar akan memimpin Kuasa Rakyat dalam mendesak dan menyeru perubahan
dalam sesebuah pemerintahan.

Anwar Ibrahim

Orang ini kuat melawan- gagah mengoncang dan menggugat penguasa kalau
beliau berada di luar kerajaan -- Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim, legenda politik-belia-mahasiswa- intelektual-pemimpin Islam
Antarabangsa daripada zaman pelajar di MCKK sehingga ke hari ini (2015).
Kelebihan paling besar pada dirinya ialah keyakinan tinggi pada diri sendiri
sebagai pemimpin, diikuti dengan kemahiran pidato, intelektualisme dan
aktivisme.
Dari segi keyakinan yang tinggi sebagai pemimpin, berasal daripada keluarga
berada dan pemimpin UMNO (ibu beliau pandai berpidato) menumbuhkan
potensi kepimpinan dalam diri Anwar Ibrahim. Sejak kecil-persekolahan MCKK,
beliau diangkat menjadi pemimpin dan pejuang-reformis. Keyakinan yang tinggi
ini menyebabkan Anwar Ibrahim mahu menjadi pemimpin utama.

Anwar Ibrahim mempunyai jaringan persahabatan yang luas dengan pemimpin


asing, para intelektual, pemimpin gerakan Islam dan para ulama. Persahabatan
dengan para ustaz menyebabkan beliau tahu kelebihan dan kekurangan ustaz.
Menurut satu sumber, Anwar Ibrahim segan-muka dengan Tuan Guru Niamat
Yusuf dan Tuan Guru Fadzil Mohd Noor sahaja, itupun nasihat mereka tidak
diendahkan semasa kemasukan dalam UMNO pada tahun 1982.
Dari segi intelektual, beliau rapat dengan para sarjana, ulama dan budayawan.
Pada zaman mahasiswa, mentor utama beliau ialah Profesor Syed Muhammad
Naquib al Attas, pemikir Islam bertaraf antarabangsa. Anwar Ibrahim suka
membaca dan berdiskusi dengan para pemikir dan anggota gerakan Islam, ABIM.
Dalam usrah ABIM ketika itu, karya-karya penting dibincangkan meliputi bukubuku tentang Islam dan pemikiran Barat.
Anwar Ibrahim dan pendokong ABIM ketika itu bukan sahaja membaca buku
haraki seperti buku Imam Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Fathi Yakan dan
Maududi bahkan mereka turut membaca dan berdiskusi karya-karya lain oleh
Kurshid Ahmad, Muhammad Asad, Prof al-Attas, Abul Hassan an-Nadwi, Malek
Bennabi, Toshihiko Izutsu, Seyyed Hosein Nasr, Paolo Freire, Ismail al-Faruqi, Syed
Husein Alatas dan Gunnar Myrdal.
Beliau banyak menjalinkan hubungan persahabatan dengan para ulama dan
sarjana seperti Almarhum Profesor Ismail al-Faruqi, Sheikh Yusuf al-Qaradhawi,
Muhammad Natsir, Profesor Syed Muhammad Naquib al Attas, Sheikh Taha Jabir
al-Alwani, Dr. Mustafa Ceric, Dr. Ahmad Totonji, Dr. Ibrahim Moosa, Sheikh Ali
Quradhaghi, Almarhum Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki, Profesor John
Esposito dan ramai lagi. Dalam meningkatkan lagi kebernasan intelektualisme
beliau, beliau mempunyai jentera pemikir iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) dan
International Institute of Islamic Thought (IIIT) bagi mencari jalan penyelesaian
terhadap krisis kemunduran umat dengan pembangunan ilmu, pemikiran dan
ijtihad yang lebih luas dan fleksibel.
Anwar Ibrahim membawa idea pembaharuan seperti Demokrat Muslim, Pasca
Islamisme dan Manusia Nahdah untuk diwacanakan oleh para intelektual dan
anggota masyarakat. Beliau dilihat sebagai seorang reformis Islam yang pragmatis
dan liberal. Ada idea pembaharuan beliau dikatakan menyimpang daripada ajaran

Islam seperti isu pluralisme ala John Hick-menyamaratakan agama dalam teks
ucapan di London School of Economic (LSE) di London.
Dalam kepimpinan masyarakat majmuk, Anwar Ibrahim diterima sebagai
pemimpin merentasi kaum dan agama. Kelebihan utama beliau ialah membawa
gagasan idea beliau melalui bahasa politik yang betul dan moderat ketika
bertemu dengan masyarakat bukan Islam. Beliau juga membawa gagasan
masyarakat madani yang mendekati konsep masyarakat sivil. Menariknya,
persoalan kemajmukkan, pernah tema ucapan dasar dalam muktamar ABIM pada
tahun 1977 dengan tajuk Islam: Penyelesaian Terhadap Masalah Masyarakat
Majmuk sebagai model kepimpinan politik masyarakat majmuk. Sekali lagi, liberal
dan pragmatik menjadi unsur penting dalam mendekati masyarakat bukan Islam.
Aktivisme dalam gerakan belia dan mahasiswa sangat mempengaruhi siapakah
Anwar Ibrahim pada hari ini. Gerakan belia-mahasiswa adalah medan latihan
untuk memperolehi pengalaman dan jaringan pengaruh-persahabatan untuk
menjadi pemimpin yang berjaya. Anwar Ibrahim dikatakan pernah memimpin
PMIUM, Presiden PBMUM, Presiden PKPIM, Presiden ABIM, Presiden Majlis Belia
Malaysia (MBM), AJK Asean Youth Council (1971), AJK World Assembly of Youth
(1973), AJK World Assembly of Muslim Youth (WAMY, 1976-1982) dan AJK United
Nations Advisory Group on Youth (1973-1974).
Pada usia yang muda-lingkungan 30an, beliau menjadi Presiden ABIM dan
tahanan ISA. Dua pengalaman yang mengukuhkan semangat perjuangan.
* Seorang anak Melayu dilihat bakal mewarisi pakej yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim sedang di Turki.

Anwar Ibrahim (2)


Sifat liberal, plural dan pragmatik Anwar Ibrahim menjadikan dirinya sebagai
bahan kritikan oleh sesetengah ulama dan pemimpin gerakan Islam. Umpama isu
pluralisme ala John Hick-menyamaratakan agama dalam teks ucapan di London
School of Economic (LSE) di London. Secara bijaknya, Anwar Ibrahim dan
pendokong tegar beliau memberi hujah yang menarik- Pluraliti bukan
pluralisme.
10

Anwar Ibrahim juga dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan para


intelektual, pemimpin Barat dan pendana organisasi dari Barat. Dalam bahagian
penghargaan buku Building Moderate Muslim Networks, nama Anwar Ibrahim
diletakkan sebaris dengan tokoh pemikiran liberal-plural daripada Indonesia.
Kenapa RAND Corporation dan Yayasan Smith Richardson berterima kasih dengan
Anwar Ibrahim?.
Hubungan rapat ini membawa sifat curiga dan berwaspada dalam kalangan
pemimpin gerakan Islam. Politik, ekonomi dan intelektualisme di Barat
dipengaruhi oleh kelompok pendana-pendana yang dianggap Daulah Terpendam
mempunyai tangan ghaib dalam mencaturkan ekonomi, politik dan sosial dunia.
Badan pemikir Anwar Ibrahim, Institut Kajian Dasar (IKD) mengerakkan idea-idea
liberal. IKD juga mempunyai Unit Pendidikan Politik (Sekolah Politik IKD) yang
mendidik politikus muda, antaranya Nurul Izzah Anwar dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
IKD bekerjasama dengan Konrad Adenaer Foundation satu yayasan berpusat di
Jerman. IKD-KAF banyak menerbitkan buku-buku bersifat liberal dan menentang
arus perdana Islam seperti buku Islam dan Pemerintahan oleh Ali Abdul Raziq
yang menolak pemerintahan Islam.
Anwar Ibrahim seorang demokrat muslim menjadi model kepimpinan Islam
memenuhi kehendak Barat. Barat mahukan model kepimpinan Islam yang
moderat, pluralisme, demokrat, liberal dan pro hak asasi manusia (termasuk
LGBT).
Pada zaman terdahulu kelompok modenis mengunakan gagasan Islamisasi,
Penerapan Islam, Masyarakat Madani, kini mereka menggunakan Demokrat
Muslim atau Islamis Demokrat dan Maqasid Syariah. Di peringkat antarabangsa,
gagasan kelompok modenis seumpamanya Islamisasi dan maqasid syariah
digerakkan International Institute of Islamic Thought (IIIT). Anwar Ibrahim sendiri
adalah pengasas bersama IIIT.
Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dikhabarkan atas pengaruh Ismail al
Faruqi, tokoh utama dalam IIIT. Khabarnya, elemen IIIT cuba memasuki Kesatuan
Ulama Muslim Sedunia (KUMS), pimpinan Yusuf al Qaradhawi. Elemen IIIT dalam
Kesatuan Ulama Muslim Sedunia boleh dilihat apabila Yusuf al Qaradhawi pernah
11

mencadangkan Rasid Ghannoushi sebagai Ketua KUMS. Rasid Ghannoushi antara


watak penting dalam mempromosikan Demokrat Muslim. Keaktifan Jasser Auda,
seorang pakar Maqasid Syariah dalam KUMS dan IIIT, adakah berkebetulan?.
Sedar atau tidak, atau adakah Anwar Ibrahim bertaqiyah politik dalam
menjalinkan hubungan rapat dengan Barat?.
Secara bersangka baik dan tsiqah, kita menganggap bahawa Anwar Ibrahim
tergolong dalam kelompok Modenis Islam sebaris dengan Rasid Tayyid Erdogan,
Abdullah Gul dan Rasid Ghannoushi yang masih berpihak kepada perjuangan
Islam walaupun mengunakan pendekatan moderat. Kalangan pemimpin gerakan
Islam menganggap bahawa beliau keadaan taqiyyah politik dan berjuang daripada
dalam serta melakukan Islamisasi ketika aktif dalam UMNO. Kita percaya Anwar
Ibrahim berjiwa Islam mampu menepis dan mengenepikan faham-faham yang
tidak sesuai dengan Islam.
Kapal kayu
jangan selusuri sungai api
lambat atau cepat
kamu akan tenggelam jua.
Jika kamu Islamis, guna acuan dan wadah Islam, jika tidak kamu akan tenggelam
dan cair larut dalam wadah dan sifat sekularisme.

12

Pra Tamrin Panjang (TAMPAN)


Tamrin Panjang (TAMPAN) dimulai dengan Operasi Gerak Gempur (OGG) untuk
menyambut mahasiswa baru. Modus operandinya hampir sama di setiap kampus.
OGG dimulakan sebelum dari bermulanya sesi pengajian. Sasarannya ialah untuk
memastikan bahawa terdapat wakil untuk Pembantu Pelajar/Pembantu
Mahasiswa dari kalangan ahli Jemaah Islam Kampus (JIK) yang sudah mengikuti
TAMPAN. Mereka yang mempunyai posisi dan pengaruh di peringkat kolej ini
diarahkan untuk memohon sebagai Pembantu Pelajar/Mahasiswa.(PP/M)
Biasanya, mereka yang memohon ini adalah ahli kepada Balai Islam ataupun
dahulunya JKP yang menjaga hal ehwal agama/surau Kolej.
Ahli Kolej yang tidak berjaya ataupun tidak memohon sebagai PM/P akan
bertugas sebagai sama ada penyambut di stesen-stesen Bas ataupun sebagai
runner di rumah jamaah untuk mengumpul maklumat tentang perjalanan Minggu
Haluansiswa/Orientasi. Mesyuarat dijalankan untuk mengenalpasti ancaman,
peluang, kelemahan dan kekuatan (SWOT) setiap PM/P, Penyelia dan pengetua
serta Kolej keseluruhannya bermula sebelum haluansiswa sehinggalah tamatnya
haluansiswa.
Dari situ, PM/P JIK bertindak untuk menjaga ahli Jamaah (selepas ini akan disebut
sebagai AU yakni singkatan untuk ahli Unit) dari Nilam Puri yang sudahpun
dibai'ahkan. Pentarbiahan telah berlaku di sekolah menengah, matrikulasi dan
kolej swasta memudahkan lagi perekrutan.
Sekarang, PM/JIK perlu mencari muka-muka baru dari kalangan Asasi, Matrikulasi
ataupun STPM yang berpotensi untuk direkrut sebagai AU.
Selepas tamat sahaja haluansiswa, usrah akan dijalankan. Majlis pelancaran usrah
dilancarkan dan mereka yang turun ke surau menjadi sasaran utama kepada
usrah ini. Usrah membawa diketuai oleh Naqib yang sudah mengikuti TAMPAN.
Mereka yang berjaya diumpan mengikuti usrah akan dibahagi- bahagikan
mengikut kumpulan mengikut kolej masing- masing. Malahan, di Universiti
Malaya, kolej-kolej dibahagikan mengikut zon-zon, seperti kolej 3,4,7 diletakkan

13

di bawah satu zon yang sama untuk memudahkan perjumpaan sebelum tamrin
pertama dijalankan.
Silibus untuk usrah sebelum tamrin pertama dijalankan adalah ringan melibatkan
perkara-perkara asas dalam Islam. Ini untuk mengelakkan syak wasangka di
samping menyediakan asas kepada anak -anak usrah yang rendah asas agamanya
kepada Islam.
Tamrin yang pertama bersifat relaks dan rekreasi. Tiada unsur politik diserapkan
supaya anak usrah yang baru ini tidak takut kepada usrah dan tamrin. Kebanyakan
pengisiannya adalah perkara asas agama. Tamrin ini biasanya diberi nama Kem
Kefahaman Islam ataupun nama-nama lain untuk mengaburi pihak pentadbiran
Universiti dan juga Kolej. Malahan, ada di antara tamrin-tamrin ini mendapat
peruntukan Universiti kerana tidak disedari pihak pentadbir bahawa ia
sebenarnya adalah proses perkaderan JIK/PMI. Lain ditulis di kertas kerja, lain
pula implementasinya.
Terdapat beberapa tamrin yang dilaksanakan sebelum TAMPAN dijalankan.
Usrah-usrah dan tamrin yang akhir sebelum TAMPAN barulah dimasukkan unsurunsur politik terutamanya dalam kejelasan fikrah anak surah. Sebelum tamrin pra
TAMPAN ini pun, anak-anak usrah diminta memilih jamaah yang benar. Ketika ini,
anak-anak usrah susah mengetahui bahawa mereka tidak sepatutnya keluar
bersama Jamaah Tabligh di hujung minggu ataupun menyertai perkumpulan
usrah JIM ataupun ABIM.
Di tamrin pra TAMPAN ini, anak-anak usrah akan mula dinilai sama ada mereka
sesuai untuk dibawa ke TAMPAN ataupun tidak. Penilaian ini akan dibawa di
peringkat Kolej dan Mas'ul Kolej(Wakil Amir/Presiden PMI) akan membawa
senarai nama-nama untuk diputuskan samada sesuai untuk dibawa ke TAMPAN
ataupun tidak oleh mesyuarat yang dikendalikan oleh Lajnah Tarbiyyah.
Kebiasannya, calon-calon akan dibawa melainkan terdapat syak yang besar
seperti calon adalah perisik/SB ataupun tidak langsung ditarbiyyah ataupun tidak
pernah langsung mengikuti usrah ataupun tamrin. Merit yang tinggi akan
diberikan kepada anak usrah yang terang menyokong parti politik tertentu dan
mengikuti usrah serta tamrin dengan lengkap.

14

TAMPAN berbeza dengan tamrin yang disebut sebelum ini kerana ia melibatkan:
1) Masa yang "panjang" iaitu lebih kurang seminggu
2) Bai'ah, tamrin biasa tidak mempunyai bai'ah dan anak usrah tiada ikatan
dengan PMI
3) Sesi Ta'ruf ataupun sesi viva/soal jawab dengan bekas-bekas JIK yang
diketahui "hebat" seperti pernah memegang jawatan dalam PMI/JIK
4) Unsur paksaan, kekerasan dan tekanan psikologi kepada ahli
(Sumber asal dari Blog Maharaja Zhou, diubah-suai dan diolah oleh penulis)

Tamrin Panjang (TAMPAN)

Tamrin Panjang atau TAMPAN akan diadakan pada cuti panjang semester yakni di
semester 1 dan 2 ataupun antara sesi. Anak usrah yang "berjaya" ke TAMPAN
diminta menghadiri kem semasa cuti. Mereka juga tidak diberitahu destinasi kem
ataupun tamrin tersebut dan diminta menipu ibu bapa mereka tentang
perjalanan mereka. Anak-anak usrah ini akan dikumpulkan dan dihantar ke
destinasi menaiki bas ataupun dihantar sendiri oleh Naqib mereka ke destinasi
TAMPAN.
Kehadzaran ataupun sifat awasan/berhati-hati adalah perkara yang
dititikberatkan oleh urusetia TAMPAN untuk memastikan program ini tidak
dikesan oleh pihak Universiti terutamanya Keselamatan, HEP dan juga Polis.
Urusetia juga dipastikan tidak membocorkan rahsia terutamanya orang luar yang
mungkin disangkakan sebagai SB dan sebagainya.
TAMPAN mendapat sumber kewangannya dari parti politik, alumni-alumni PMI
serta kewangan Jemaah sendiri. Kewangan ini penting untuk pengangkutan
seperti bas dan kereta sewa, serta makanan peserta. Makanan peserta disediakan
secara talam dan peserta dibiasakan dengan perkara ini sejak tamrin pertama lagi.
Namun, makanannya adalah sangat asas iaitu kadangkala hanya melibatkan air
teh, nasi dan ikan kering untuk makan tengah hari dan makan malam. Biskut
15

kering dan air teh diberikan sebelum tidur. Makanan ini lebih teruk dari makanan
di dalam penjara. Peserta juga diberikan tidur yang minima kerana pengisian dan
sesi ta'ruf sehingga 12 malam dan dikehendaki bangun untuk qiamullail dan
perkara ini berterusan sehinggalah bai'ah dilakukan.
Sebelum TAMPAN dimulakan, peserta dikehendaki mengisi borang soal jawab
yang bertanyakan soalan peribadi dari asal negeri sehinggalah pemimpin
kegemaran. Borang soal jawab ini dinamakan borang ta'ruf dan ia akan digunakan
untuk sesi ta'ruf.
Sesi ta'ruf merupakan manifestasi kedua terpenting selain dari bai'ah. Di dalam
sesi ini, urusetia TAMPAN akan menjemput seorang ataupun dua orang samada
bekas ahli JIK yang dipercayai(thiqah) samada bekas pimpinan ataupun
kepimpinan JIK yang masih ada di dalam kampus.
Tugas pena'ruf ini adalah untuk membersihkan fikrah peserta TAMPAN supaya
menyokong gerakan Islam dan beriltizam dengan jamaah. Sesi ini adalah sesi
brainwash dan juga peserta akan ditanya oleh pena'ruf tadi seperti polis
menyoalsiasat penjenayah di hadapan peserta lainnya. Ia merupakan sesi yang
paling digeruni peserta dan peserta yang tidak dapat memberikan jawapan
mengikut "skema" akan dimalukan dan "dibetulkan" fikrahnya oleh pena'ruf tadi.
Pena'ruf-pena'ruf yang popular biasanya adalah bekas-bekas Presiden PMI
ataupun bekas-bekas pemegang jawatan dalam PMI/PMU.
Antara unsur menakut-nakutkan peserta adalah dengan urusetia Disiplin yang
menjaga disiplin peserta dengan watak ganas dan tegas. Selain itu, peserta
ditakutkan dengan gimik seperti SB dan polis untuk menambahkan unsur
ketakutan kepada mereka.
Selain dari itu, di dalam TAMPAN ini juga pemimpin-pemimpin gerakan Islam atau
parti politik akan dijemput untuk memberi ceramah.
TAMPAN berakhir dengan bai'ah. Kebiasaannya, kesemua peserta setuju untuk
dibai'ahkan. Jika terdapat peserta yang masih kurang jelas fikrah, dia akan
diasingkan dan dibrainwashkan oleh Pengarah TAMPAN ataupun Urusetia Disiplin
sehinggalah dia bersedia diTAMPANkan. Terdapat juga kes-kes peserta yang
dihantar pulang tetapi terlalu sedikit.
16

Majlis Bai'ah adalah majlis yang besar dan menjemput ahli jamaah yang
berkesempatan terutamanya Naqib-naqib yang tidak menyertai urusetia TAMPAN
dan juga pimpinan di setiap peringkat Jamaah Kampus. Bai'ah dilakukan oleh
peserta-peserta TAMPAN dengan dihadiri oleh Murabbi Kampus(dari ex-PMI), ahli
mesyuarat kampus dari mas'ul-mas'ul kampus, amir dan amir serta ahli majlis
tertinggi jamaah dan exo-exconya berhadapan dengan peserta.
Di dalam majlis ini, peserta berbai'ah untuk bersama dengan Jamaah dengan
disaksikan oleh ALlah SWT dan juga makhluk-makhluknya. Dan mereka diminta
untuk dilaknat jikalau mereka melanggar bai'ah demikian. Oleh itu, satu bai'ah
telah dimetrai oleh peserta TAMPAN dengan jamaah. Ini merupakan kemuncak
kepada pentarbiyyahan JIK /PMI terhadap anak usrah mereka.
Kemudiannya, mereka akan dibahagikan kepada unit masing-masing. Jika siswa,
diberikan unit TAMPAN, dan siswi pula dibahagikan kepada Bina' iaitu siswi
Akademi Pengajian Islam serta Islah iaitu yang non-API. Sebelum pengenalan unit
TAMPAN, unit ini dikenali sebagai Syabab ataupun Pemuda.
Selepas majlis bai'ah, mereka yang mengikuti majlis ini akan dihidangkan dengan
makanan yang istimewa oleh urusetia dan masing-masing terutamanya peserta
dan pengarah serta urusetia disiplin akan memohon maaf dan minta halalmenghalalkan di antara satu sama lain. Peserta-peserta yang sudah diTAMPANkan
ini dibenarkan pulang dan diminta untuk merahsiakan program ini dari
pengetahuan ibu bapa ataupun saudara mereka setelah pulang di kampung
halaman masing-masing.
(Sumber asal dari Blog Maharaja Zhou, diubah-suai dan diolah oleh penulis)

Keraguan Bertuhan Kalangan Anak Muda


Kesunyian jiwa dan keraguan serta kehampaan iman dalam kalangan anak muda
adalah fitrah biasa bagi seseorang manusia. Anak muda dan mahasiswa masih
mencari dan ingin membentuk pandangan sarwajagat sendiri memerlukan
pelbagai eksperimen, pembacaan, pengalaman, pengaulan dan wacana.
17

Kebanyakan anak muda dan mahasiswa tahu tentang keabsahan al Quran sebagai
sumber adipenting dalam cara hidup Manusia Islam tetapi jiwa muda mahu terus
mencari kebenaran dan kebahagiaan dalam sama ada dari segi pemikiran
(ideologi), pengaulan (aktiviti sosial) dan kecenderungan.
Anak muda dan mahasiswa juga meminggirkan agama kerana mahu bebas
daripada keterikatan dan kongkongan agama yang dicipta dan diperalatkan oleh
para agamawan. Mereka bersifat kritikal terhadap agama dan para agamawan
tidak mampu berwacana dengan mereka sehingga mereka mengikuti ideologiideologi ciptaan manusia.
Eh tidak! aku ikut isme ini dari segi pandangan ekonomi bukannya dari segi
akidah.
Ayat sebegini adalah satu kemenangan bagi humanisme, sekularisme dan
dualisme acuan Kebudayaan Barat dan kekalahan kepada Islam sebagai Cara
Hidup Addin.
Acuan Kebudayaan Barat telah menghasilkan manusia yang ragu, bersifat
sangkaan (Ali Imran: 154), tidak yakin dan sangsi dalam Pandangan Sarwajagat
Islam.
Pokok pangkal sesuatu perkara terbahagi kepada (1) hidayah Allah, (2) ilmu, dan
(3) iman keyakinan. Ketiga-tiga elemen ini menjadi tunjang kepada
pembentukan pemikiran Pandangan Sarwajagat, kefahaman (kesedaran), akhlak
dan amalan seseorang Manusia Islam.
Hidayat hak mutlak Allah dan iman bergantung kepada ilmu yang diyakini. Perkara
paling penting yang perlu diambil berat ialah persoalan ilmu. Menurut Syed
Muhammad Naquib al Attas, ilmu adalah keupayaan diri menyimpul makna.
Dengan ilmu, keyakinan terhadap Allah SWT akan bertambah.

18

Daulah Terpendam Mencaturi Dunia

Soalan pertama yang kamu mesti jawab, siapa yang untung apabila suatu
perkara berlaku?, Kumpulan tersebut mendapat dana kewangan dari mana?. Dua
soalan itu cukup untuk kamu tahu siapa musuh sebenar kamu
Daulah Terpendam ialah pemerintahan rahsia di sebalik tabir pencaturan
ekonomi, politik dan sosial dunia. Mereka terdiri daripada beberapa buah
keluarga yang berpengaruh di dunia tetapi kehidupan mereka cuba
disembunyikan daripada pengetahuan orang awam. Antara keluarga yang
terkenal ialah keluarga Rothschild dan keluarga Rockefeller.
Pengkaji menamakan organisasi ini sebagai New World Order Organization atau
Pemerintahan Dunia Baru. Kumpulan ini ditubuhkan ratusan tahun yang lalu
untuk menunggu kedatangan dajal. Jika kita melihat filem-filem Barat, seringkali
unsur-unsur ini dimasukkan. Keahlian kumpulan berperingkat dan bertingkat
sehingga tidak mengenali antara satu sama kecuali mengetahui simbol-simbol
mereka.
Daulah Terpendam merupakan pendana kewangan dan penaja pemimpin dan
organisasi tertentu untuk dicaturi oleh mereka.
Daulah Terpendam mencaturi dunia melalui beberapa cara
1. Menyediakan acuan pemikiran yang diikuti oleh manusia. Acuan-acuan
pemikiran ini tidak semestinya sama bahkan bertentangan sehingga
mencetuskan peperangan dan pembunuhan antara satu sama lain.
2. Melatih pemimpin-pemimpin dan intelektual upahan.
3. Mendanai badan-badan pemikir dan pengkaji.
4. Mencetuskan peperangan dan revolusi
5. Menguasai ekonomi melalui proksi-proksi
6. Menguasai media massa
7. Menguasai kumpulan NGO
8. Menubuhkan kumpulan rahsia dan perisikan
9. Menubuhkan dan menguasai kumpulan kewangan
10.Mencetuskan budaya popular
19

11.Menubuhkan institusi pendidikan


Apa kaitan Daulah Terpendam dengan negara Malaysia?. Daulah Terpendam
menentukan usia pemerintahan sesebuah negara. Mereka melalui proksi mereka
berada dalam dua pihak bertentangan sehingga salah satu daripadanya menang.
Menang boleh memerintah atau menang mencetuskan peperangan dan
perbalahan berpanjangan. Daulah Terpendam boleh juga menguasai ekonomi dan
gerakan sosial di negara kita. Ia tidak mustahil bagi mereka.
Pada 24 Oktober 2013, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia
(COMANGO) telah mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan
Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi PBB di Geneva menuntut kerajaan Malaysia
mengiktiraf Lesbian, Transgender(pondan), Bisexual, Gay, Intersex. Mereka juga
mendesak kerajaan menghapuskan seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung
jenayah liwat. Siapakah COMANGO yang sebenarnya?.
Pada tahun 1970an, KGB (Badan Perisikan Rusia) cuba mendekati Persatuan
Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dengan menghantar pelajar perempuan
daripada Soviet Union. Antara pendekatan Daulah Terpendam adalah menakluki
jiwa anak muda dengan keradikalan daripada ideologi dan protes terhadap
kerajaan.
NGO Barat seperti The National Endowment for Democracy (NED), The
International Republican Institute (IRI), The National Democratic Institute (NDI),
The Center for The Study of Islam and Democracy (CSID) dan The Asia Foundation
(TAF) mempunyai agenda tertentu di negara-negara membangun. TAF
umpamanya menaja pengajian Nucholish Majid atau Cak Nur keluar negara,
kepulangan Cak Nur menjadi kengerian dalam perjuangan Islam kerana menjadi
seorang liberalis.
Di Malaysia, beberapa badan pemikir dan yayasan kebajikan Barat seperti Asia
Foundation dan Konrad Adenauer Foundation telah bertapak begitu lama. KAF
mempunyai hubungan baik dengan IKD, badan pemikir Anwar Ibrahim dan badan
pemikir Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, Malaysian Strategic Research Centre
(Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia) pimpinan Abdul Razak Baginda suatu
masa dahulu.

20

Anak muda dan pemimpin mahasiswa seharusnya sentiasa berwaspada


terutamanya yang aktif dengan NGO liberal dan sosialis. Mereka mengunakan
pendekatan halus untuk menarik para pemimpin mahasiswa. Mereka mempunyai
tiga sifat:
1. Taqiyah iaitu menyembunyi niat sebenar
2. Tauriah iaitu tidak bercakap benar atau mengubah suai kisah sebenar
dengan niat tidak jujur.
3. Strategi Izharul Islam, yakni berpura-pura sebagai sebahagian dari
kelompok umat Islam namun dari dalam menghancurkan Islam.
Pendekatan NED untuk melumpuhkan sesebuah kerajaan;
1. Melakukan
kerja
batu
api
dengan
memprovokasi
aktiviti
kepembangkangan.
2. Bantuan kewangan kepada parti pembangkang
3. Menyatukan parti pembangkang pelbagai ideologi dibawah satu payung.
4. Peranan media massa
5. Menjejaskan ekonomi
6. Mengunakan media sosial

Para mahasiswa dan anak muda yang ingin mendekati aktiviti-aktiviti anjuran
badan pemikir atau organisasi tertentu perlu berwaspada dengan penuh
kesedaran agenda Kebudayaan Barat dan perlu mempunyai kerangka pemikiran
Islam yang benar. Kita boleh belajar dan mengambil daripada mereka. Katakan
tidak untuk menjadi macai mereka!.

21

Peranan Akhbar
Beliau (Mansor Ahmad Saman) tidak banyak terlibat dalam demonstrasi, beliau
banyak menumpukan kepada bidang penulisan. Beliau antara yang
mengusahakan Berita Kampus pada peringkat permulaan, Fatimah Busu

Akhbar adalah alat penyampaian maklumat untuk memberitahu kepada para


pembaca tentang isu atau sesuatu perkara melalui media cetak.
Tradisi lisan Kebudayaan Melayu, sesuatu maklumat disampaikan melalui
penceritaan lisan seperi cerita jenaka, cerita binatang dan wayang kulit.
Zaman berubah, alat penyampaian maklumat juga berubah. Perkembangan
internet menyebabkan berlakunya revolusi maklumat. Media cetak berubah
kepada portal dan media sosial.
Kita tidak berapa lama sesuatu berita mampu bertahan. Zaman media cetak,
hampir 12 jam sesuatu isu dapat bertahan sebelum basi -semua orang tahu.
Sekitarnya, ia sekitar beberapa minat menjadi viral apabila media massa dibantu
oleh gajet-gajet yang canggih.
Kewartawanan konvensional semakin terhakis oleh kewartawanan rakyat. Ia satu
perkara yang besar dalam menghilangkan monopoli. Ia juga menggerakkan
masyarakat dalam penglibatan pemerintahan dan kemasyarakatan.
Gerakan mahasiswa bukan sahaja terkepung dengan budaya demonstrasi dan
budaya pandai cakap-retorika; forum dan debat sahaja. Gerakan mahasiswa
seharusnya aktif dalam aspek penulisan; berita; sastera; puisi dan sebagainya.
Mahasiswa mengerakkan media massa sendiri. PBMUM menerbitkan Eksposiswa,
Majalah bahasa, Suara PBMUM (majalah) dan Berita PBMUM (newsletter). PMUM
menerbitkan akhbar Mahasiswa Negara dan Majalah Varsiti. PMUSM
menerbitkan Berita Kampus. PKPIM pernah menerbitkan Warta PKPIM dan Suara
Mahasiswa. Kelab Sosialis UM menerbitkan Berita Sosialis.

22

Zaman muktakhir, ada sebuah akhbar mahasiswa yang dikenal Api Perjuangan
Mahasiswa tetapi sudah berkubur. Walau bagaimanapun, kebanyakan gerakan
mahasiswa terkini mengunakan laman web dan media sosial sebagai wahana
penyampaian maklumat.
Menurut Fatimah Busu, Mansor Ahmad Saman memiliki ruangan kolumnya
sendiri di dalam beberapa akhbar semasa beliau masih menuntut di USM. Seperti
tahun 2015, Berita Harian mempunyai kolum yang ditulis oleh mantan pelajar
cemerlang dalam SPM dan akhbar Sinar Harian menyediakan ruangan untuk
mahasiswa melapor aktiviti dan menulis pendapat. Ruang seumpama ini sewajar
diambil peluang oleh para mahasiswa menggerakkan perubahan melalui
penulisan.
Perkembangan hari ini, media sosial seperti Facebook, Twitter dan aplikasi telefon
seperti Telegram dan Wassap digunakan sepenuhnya untuk penyebaran
maklumat dan fitnah. Kadangkala penulisan media sosial bagaikan kehilangan
iman dan ketertanggungjawaban seseorang manusia terhadap manusia yang lain.
Penyampaian manusia untuk perubahan. Perubahan bukannya melalui emosi
tetapi secara berfikir, ada nilai dan hujah ilmu.
Sumber:
Tulisan Ali Bukhari Amir
Buku Mahasiswa Menggugat

23

Falsafah Bukannya Falsampah


Sebelum saudara-saudari belajar falsafah atau berfalsafah, saya sarankan
beberapa perkara sebagai pra syarat;
1.
2.
3.
4.

Khatamkan pembacaan al Quran dan terjemahannya.


Baca Tafsir al Azhar karangan Buya Hamka
Baca buku Risalah Untuk Kaum Muslimin
Baca Falsafah Hidup karangan Buya Hamka.

Selepas saudara-saudari berjaya membaca keempat-empat buku tersebut,


barulah sesuai saudara-saudari memulakan langkah ke dunia falsafah dan
ideologi.
Dari mana falsafah dan ideologi yang anda perolehi?.
Kebanyakan falsafah dan ideologi yang kita belajar dan minati datang daripada
Kebudayaan Barat. Apa yang dimaksudkan sebagai Kebudayaan Barat?.
Kebudayaan Barat bersumber agama Kristian, Yahudi, Kebudayaan Yunani Kuno,
Kebudayaan Romawi dan sekularis. Daripada unsur inilah Kebudayaan Barat
mencipta falsafah dan ideologi mereka.
Malangnya, kita anak muda mudah terpesona dengan candu falsafah dan
ideologi sehingga kita terlupa dari mana kita belajar dan dengan siapa kita
belajar?.
Kebudayaan Barat digerakkan oleh agama Kristian setelah mengetahui
kedatangan seorang nabi yang bernama Ahmad (Surah al Saff: 6). Berdasarkan
kenyataan diberikan oleh Nabi Isa AS, mereka mengenal Islam dan mendirikan
asas akidah agama yang akhir digelar sebagai Kristian. Agama baharu rekaan
mereka sendiri dijelmakan dengan mengandungi sifat persamaan dengan Islam
dengan tujuan menyangkal kedatangan agama Islam.
Kebobrakan Kebudayaan Barat jelas kelihatan apabila Gospel Kristian tidak dijaga
dalam bahasa asal. Menurut mereka, agama Kristian disebarkan dalam bahasa
Hebrew atau Aramaic atau Greek tetapi kebanyakan terjemahan Bible dalam
Bahasa Inggeris. Perkara ini jelas bertentangan dengan Islam dimana kitab al
24

Quran dipelihara dalam Bahasa Arab dan umat Islam paling kurang membaca
surah al fatihah sebanyak 17 kali sehari dalam solat 5 waktu.
Kebobrakan Kebudayaan Barat kelihatan lagi apabila Nabi Isa AS tidak mengenali
dirinya sendiri kerana panggilan Jesus dicipta pada kurun 17 Masihi adalah nama
Inggeris bukannya bahasa Greek, Hebrew atau Aramaic.
Kebobrakan paling besar berkaitan aqidah agama Kristian sendiri. Perkara ini
berlaku pada Persidangan Nicea pada tahun 325M dimana berlaku perselisihan
faham antara dua kelompok Arius (Arians) dan pembangkangnya, kelompok
Anthanasius. Kelompok Arius mengatakan bahawa Jesus semata-mata rasul dan
manusia dipilih oleh Allah manakala kelompok Anthanasius mengatakan bahawa
Jesus anak Tuhan (konsep Triniti). Persidangan yang dihadiri oleh 2048 uskop itu
mengadakan pengundian, kelompok Anthanasius mendapat undi sebanyak 318
manakala kelompok Arius mendapat 1730 undi. Malangnya Raja Constantin Rom
masuk campur dengan memilih pendapat kelompok Athanasius dan menjadi
pendapat ini Triniti sebagai agama rasmi Empayar Rom.
Pengaruh Islam tersebar pada Abad Pertengahan Eropah dengan masuknya unsur
ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.1 Pengaruh Islam menyebabkan Eropah
1

Maimonides (1204M) ahli falsafah Yahudi pernah belajar di Universiti al Qarawiyyin. Sarjana Belanda, Jacobus
Golius (1660M) iaitu guru Rene Descartes membawa beratus-ratus kitab dari Universiti al Qarawiyyin ke Belanda.
Dr Muhammad Afifi al Akiti, sarjana Universiti Oxford kelahiran Malaysia menceritakan ahli falsafah Kristian pada
zaman selepas Al-Juwaini [Guru kepada Imam al Ghazali] telah mengambil 6 wasiat ini dan menerapkan di dalam
pendidikan mereka pula. Bermula dari Adelard of Bath yang mempelajari pelbagai ilmu Islam pada zaman itu
hinggalah diturunkan kepada Bernard of Chartres, salah seorang filasuf kristian yang terkenal yang menggesa
Orang Kristian Eropah yang amat mundur pada zaman itu untuk mengamalkan 6 prinsip yang Bernard of Chartres
panggil dalam bahasa latin:
1) mens humilis
2) studium querendi
3) paupertas
4) terra aliena
5) scrutinium tacitum
6) vita quietta
atau
1) Zaka'un - Akal yang cerdas. Jaga akal kita dan jangan rosakkan ia dengan perkara tidak baik.
2) Wa khirsun - Kesungguhan yang tinggi dalam apa juga usaha. Jangan buat kerja sambil lewa.
3) Wa iftikarun - Sentiasa merendah diri. Ikut resmi padi. Makin berisi makin tunduk.
4) Wa ghurbatun - Sentiasa ada sifat ingin merantau, mencari pengalaman. Bukan jadi jaguh kampung.

25

bangkit kembali pengajaran daripada Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan


Romawi sebagai teras baru Kebudayaan Barat.
Kebudayaan Barat berteraskan dasar falsafah bukannya agama. Mereka hidup
berdasarkan teori, dugaan, sangkaan dan betul atau tidak, manakala Islam
berteraskan keyakinan bersumberkan al Quran dan al Sunnah.
Kebudayaan Barat mula memungkiri keistimewaan dan menggugat kewibawaan
ajaran Agama Kristian dalam masyarakat digantikan dengan kewibawaan falsafah
dan keistimewaan manusia (humanisme) dan duniawi (material). Faham
humanisme iaitu suatu faham pandangan hidup sekular. Faham humanisme
mementingkan dasar keistimewaan kemanusiaan dan keduniaan serta kebendaan
dan tiada meletakkan agama dan ajaran-ajaran serta kepercayaan Ketuhanan
sebagai yang utama dan penting.
Daripada faham humanisme inilah, falsafah dan ideologi Barat muncul. Walaupun
kelihatan bertentangan dan tiada kaitan antara satu sama lain, penyatuan mereka
pada pengakhiran tujuannya ialah faham humanisme. Liberalisme, Komunisme,
Sosialis dan lain-lain muncul daripada rahim faham humanisme.
Tidak salah mempelajari, berwacana dan membaca buku tentang falsafah dan
ideologi. Cuma, jangan gadaikan aqidah kita dengan bertuankan falsafah dan
ideologi ciptaan manusia. Kita memerlukan garis panduan sebagai batas untuk
mengelakkan campur-aduk pengaruh Kebudayaan Barat dengan Islam dalam diri
kita.

5) Wa talqeenu uztazi - Harus ada bimbingan guru yang bertauliah. Bergurukan buku, syaitanlah guru.
6) Wa tulus zamani - Kesihatan dan umur yang panjang. Bila badan sihat, segala usaha jadi lebih mudah.

26

Konformis dan Bullshit

Kenapa para senior kurang berminat hendak mengambil tahu tentang gerakan
mahasiswa dan politik kampus setelah mereka keluar kampus?.
Adakah dengan tradisi zaman kamu milik kamu menghalang campurtangan para
senior?. Ataupun mereka campurtangan sebalik tabir mengatur segala-gala?.
Politik kampus dilihat tidak lebih suatu gelanggang lakonan atau pentas mengisi
masa lapang sahaja. Begitu sesetengah pandangan anggota masyarakat.
Gerakan mahasiswa bukanlah gelanggang sebenar kecuali menjadi keldai
tunggangan sesetengah pemimpin mahasiswa yang mahu bertindak sebagai hero
kononnya bakal mengikuti jejak lagenda mahasiswa seperti Anwar Ibrahim!.
Begitulah pandangan pengkritik gerakan mahasiswa.
Bahkan ada yang menjadi keldai tunggangan senior dan parti politik tertentu.
Mahasiswa akan melihat sendiri rakan-rakan mereka yang kononnya pejuang
lantang mengkritik kerajaan sewaktu di kampus berubah menjadi pengkagum dan
pendokong parti pemerintah apabila keluar ke tengah masyarakat.
Mahasiswa akan melihat pemimpin mahasiswa Islam bergelumang dalam lumpur
sekularisme; nasionalisme; liberalisme dan pluralisme.
Dalam perjuangan, perkara yang paling sukar adalah istiqamah. Istiqamah sebagai
penggerak meneruskan perjuangan Islam. Paling lekeh pun, jadilah simpatis dan
penyokong gerakan Islam.
Kita boleh melihat pemimpin mahasiswa selepas kampus berebut membuka
syarikat motivasi, mahu menjadi motivator, mahu menjadi pengacara, mahu
masuk TV/radio, mahu glamour; hakikatnya mahu popular dan berduit dalam
kalangan masyarakat.
Kita boleh melihat pemimpin mahasiswa menjadi pemimpin parti pemerintah dan
menjilat segala kejelikkan yang telah dilemparkan semasa zaman kampus.
27

Kita boleh melihat pemimpin mahasiswa Islam yang anti establishment menjadi
pegawai tinggi kerajaan dan pendokong parti sekular. Baju Islamis dibuang diganti
dengan memakai baju sekular.
Kita boleh melihat penuh sifat kesian sesetengah pemimpin mahasiswa yang
kononnya berjuang sampai dipenjara, ditahan ISA dan turun-naik mahkamah.
Apakah nasib mereka?. Kalau ada nasib, nasib itu mengahwini sang doktor dan
guru.
Perbuatan bekas pemimpin mahasiswa tersebut membina persepsi buruk dalam
masyarakat bahawa aktivisme mahasiswa hanyalah lakonan, agenda suka-suka,
mahu popular, mahu menjadi hero dan penuh kepura-puraan. Syok sendiri!.
Selepas alam kampus, pemimpin mahasiswa sudah masuk dalam kelompok
conformist (baca: konformis) ialah kelompok yang tunduk dan akur dengan apa
yang ada. Kerjaya, kekayaan dan kepopularan mendahului perjuangan yang
didamba semasa di kampus dahulu.
Wahai mahasiswa! jangan jadikan diri kamu bullshit! seperti mana para senior
kamu (termasuk aku?). Jadikan kampus sebagai gelanggang mengilap potensi diri
dalam kepimpinan-pengurusan, membina intelektualisme, berkebajikan dengan
masyarakat dan membina jaringan pengaruh-persahabatan. Pilih jalan lawan
tetapi berhikmah. Berhikmah maksudnya, jalan damai dan rakan kerjasama
dengan pihak pentadbiran universiti dan pemerintah.
Bukannya semua perkara perlu dicari melalui demonstrasi dan sifat melawan.
Tinggalkan mitos mahu menjadi politikus dan hero muda atau keldai muda yang
menjadi tunggangan parti politik.

28

Intelekualisme Mengakari Gerakan Mahasiswa?


Menurut Sheikh Syakib Arsalan, antara faktor ketertinggalan umat Islam ialah
kebodohan dan jumlah ilmu pengetahuan yang mereka ada. Adakah mahasiswa
yanng kononnya terpelajar mempunyai kedua-dua faktor berkenaan?. Disinilah,
para mahasiswa perlu menjalani proses pembinaan intelektualisme semasa di
kampus.
Raja Ahmad Aminullah pernah menceritakan dalam bukunya, Minda Tertawan
tentang pengembaran beliau ke Mexico. Beliau melihat penduduk Mexico
bagaimana mereka mengupayakan dunia ilmu melalui wacana hatta di kedai buku
mahupun galeri seni meskipun penduduk miskin majoriti rakyat Mexico.
Wacana, baca buku, diskusi dan menulis, itu semua boleh menyemarakkan
intelektualisme. Menurut kamus dewan, intelektualisme ialah pengabdian kepada
penggunaan intelek atau daya fikir. Manakala satu lagi maksud ialah doktrin yang
menekankan bahawa pengetahuan terhasil dengan penaakulan tulen.
Di universiti, mahasiswa adalah anak muda yang merdeka bebas daripada
pengawasan ibubapa. Mereka bertindak mengikut akal dan hati nurani sendiri.
Risiko dan tanggungjawab atas diri mereka sendiri. Kecenderungan ini membuka
ruang mencari indentiti tersendiri melalui intelektualisme.
Apa yang penting sangat dengan intelektualisme dalam gerakan mahasiswa?.
Peranan penting intelektualisme dalam gerakan mahasiswa memberi panduan
dalam perjuangan mereka. Mahasiswa yang mempunyai intelektualisme harus
menjelaskan masalah kepada masyarakat dan cuba mencari penyelesaian
masalah dan mengemukakan alternatif mengatasi masalah. Jika berjaya
menghasilkan idea atau menyelesaikan masalah, kejayaan itu perlu disebar
kepada masyarakat.
Dalam pembinaan intelektualisme gerakan mahasiswa, paling penting ialah
membaca dan menulis. Tanpa budaya membaca, gerakan mahasiswa tidak akan
berjaya membina intelektualisme mereka. Budaya membaca bukannya membaca
bahan percisan tetapi bahan ilmiah. Pembacaan haruslah merentasi ideologi dan
aliran pemikiran.
29

Intelektualisme juga dapat dibina dengan aktiviti bersama pensyarah mereka.


Mereka boleh ziarah dan bersoal jawab dengan para pensyarah. Dalam
perbincangan dengan para pensyarah, mahasiswa boleh bertanya dan berdialog
tentang bahan bacaan yang mereka baca dan kaji. Dengan itu para mahasiswa
boleh mengembangkan lagi pemikiran mereka.
Dengan adanya intelektualisme, barulah perjuangan mahasiswa ada teras dan
perjuangan dilakukan dengan kefahaman bukannya emosi. Melalui kefahaman
idea-idea ini membolehkan gerakan mahasiswa bangkit memperjuangkan isu yang
difahami oleh mereka.

Jujurnya, intelektualisme mahasiswa dekad ini lebih baik daripada dekad


terdahulu. Mahasiswa lebih terbuka untuk menerima perbezaan.
Kunci utama kepada gerakan intelektual ada membaca dan berwacana
membedah (membuat ulasan) terhadap tajuk khas, buku, bab atau artikel melalui
tulisan dan lisan.
Gerakan intelektual juga boleh diasuh melalui aktiviti penulisan dalam media
cetak dan media online. Dulu ada Debat Agung Ekonomi di Universiti Malaya.
Seketika dulu, gerakan mahasiswa indie, anarkis dan sosialis Universiti Bangsar
Utama (UBU) pernah menganjurkan Diskusi Teh Tarik. Begitu juga kumpulan
Diskopi.
Sejak dua-tiga tahun lepas, kumpulan perbincangan tubuh bak cendawan.
Antaranya yang disebut orang ialah Sekolah Pemikiran As Shatibi, Universiti
Terbuka Anak Muda (UTAM) dan Kuliah Buku (KUBU). IDEA, IRF dan PKPIM juga
mempunyai diskusi ilmu masing-masing
Kuliah Buku adalah gerakan intelektual awam yang dibentang untuk orang awam
dari orang awam. Ia merakyatkan intelektualisme. Pendekatan yang baik ialah
pidato dan soal-jawab agar ilmu itu segar dan berinteraksi.

30

Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) yang dipergiatkan oleh sekelompok anak
muda terpelajar/mahasiswa Malaysia seantero dunia terdiri daripada pelbagai
bangsa. Mereka menjalankan diskusi minggguan di kawasan masing-masing dan
kuliah mingguan melalui Ustream UTAM. Matlamat UTAM adalah untuk
membudayakan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia, memperkayakan khazanah
keilmuan dalam Bahasa Melayu serta memperkukuhkan demokrasi dan peranan
serta rakyat di Malaysia. Antara aktiviti besar UTAM penulisan dalam laman web
dan buku, penganjuran Simposium Anak Muda dan Siri Kursus Asas Falsafah
Politik UTAM.
Teach For The Needs (TFTN) bertujuan membantu kanak-kanak yang kurang
berkemampuan dari segi ekonomi dan sosial untuk pergi tuition berbayar dengan
memberikan kelas tambahan kepada mereka. TFTN mengajar di rumah anak
yatim. TFTN juga mengadakan festival teater. TFTN memperkenal Pedagogi
Pendidikan Cinta yang mementing orientasi perhubungan lengkap melengkapi
bukannya orientasi persaingan dalam dunia pendidikan Malaysia.
Gerakan Mahasiswa Islam melalui Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus
perlu mengerakkan keupayaan anggota-anggota mereka untuk menyertai aktiviti
merakyatkan intelektualisme. Proses pembinaan intelektualisme bukanlah lagi di
bilik kuliah atau tutorial tetapi di kafe dan tempat riadah. PMI perlu mengerakkan
ahli biasa mereka untuk menyertai kelas tambahan dibuat untuk anak-anak
miskin di ibu kota atau kampung sekitar kampus.
Mengingati perkembangan kegemilangan ABIM sebagai gerakan anak muda,
mereka telah mewujudkan Yayasan ANDA Akademik, Institut SOFAR di Perak
manakala Maahad Ikhwan di Kuala Terengganu. Kelompok pelajar ini juga menjadi
kader pelapis semasa mereka memasuki kampus suatu hari nanti.

31

Gerakan Penulis Mahasiswa


Konsep IQRA-membaca-menulis-mengajar.
Perjuangan mahasiswa progresif adalah perjuangan memberi kesedaran kepada
para mahasiswa dan masyarakat agar menerima perubahan untuk kebaikan
rakyat dan negara. Pendekatan terbaik untuk memantapkan lagi perjuangan
mahasiswa ialah melalui penulisan sama ada dalam blog, media sosial dan akhbar.
Siapakah penulis?. Penulis adalah novelis, penyair, wartawan, budayawan,
ilmuwan, sasterawan, cerpenis, penulis skrip dan penulis lirik. Kehadiran internet
terutamanya media sosial, dunia penulisan semakin terbuka luas. Sesiapapun
boleh menjadi penulis.
Menurut Usman Awang, penulis adalah pemikir yang tidak henti-hentinya,
seorang pencari yang tidak pernah puas, seorang peneliti yang selalu ingin tahu
dan seorang peneroka dan pentafsir zaman.
Seorang penulis menepati sajak T Alias Taib yang dinyatakan sebagai;
Aku pembeli masalah orang
menyusunnya menjadi baik-baik
dan menjual kepada pemikir.
Seorang penulis yang baik mempunyai sifat prihatin terhadap permasalahan
masyarakat dan cuba membangkitkan permasalahan tersebut dalam penulisan
mereka.
Fatimah Busu, Presiden Persatuan Bahasa Melayu USM (PBMUSM) tahun 1974
mengkritik mengenai dasar-dasar universiti melalui cerpennya; Surat Dari Minden
yang tersiar dalam Dewan Sastera menyebabkan dia dipanggil dan diperjelaskan
mengenai masalah universiti dengan cara baik.
Dalam sejarah gerakan mahasiswa di negara ini, kita boleh melihat penulis
mahasiswa seperti Ahmad Sebi dan Muhammad Abu Bakar. Muhammad Abu
Bakar adalah pengarang Akhbar Mahasiswa Negara.

32

Dunia hari ini, ada mahasiswa menulis dalam media sosial, Harakah, laman web
(seperti mahasiswakini), menjadi penulis dan grup sastera seperti Esastera.
Perkembangan ini adalah perkembangan yang positif dalam dunia penulisan
mahasiswa.
Kemunculan penerbit underground dalam khalayak awam dan disyarikatkan
memberi ruang dan peluang kepada penulis baru tanpa nama untuk berkarya.
Dalam konteks zaman sekarang, seni-budaya-penulisan-sastera-lukisan untuk
perubahan perlu digerakkan dan dijadikan slogan untuk memacu karya agar
perubahan pemikiran dan sikap masyarakat berjaya dilaksana.
Seni-budaya-penulisan-sastera-lukisan bukan lagi milik masyarakat elit tetapi milik
rakyat marhaen dan jalanan. Para seniman-budayawan-penulis-pelukis dianggap
intelektual rakyat mendampingi rakyat dan membawa suara nurani hati rakyat
kepada dunia dan pihak berkuasa.
Tibalah masanya, anak muda dan para mahasiswa menggerakkan Madrasah
Budaya secara bergerak mara ke kampung-kampung dan lorong-lorong untuk
membawa aspirasi rakyat jelata. Teater, melukis, pembacaan sajak dan cerpen,
pameran buku, kelas bahasa, forum dan pelbagai aktiviti boleh dirancang untuk
Madrasah Budaya secara bergerak.

33

Mahasiswa dan Perjuangan Bahasa

kami akan mengambil tindakan yang lebih radikal selama Dasar Bahasa Melayu
tidak dilaksanakan pada bulan Disember Noordin Razak, Presiden PBMUM

Faham Bahasa ialah kerangka pemikiran bahawa bahasa senantiasa menempuh


perubahan yang membayangkan serta saling mempengaruhi dalam kehidupan
masyarakat yakni perubahan dalam makna serta bentuk faham-faham yang
terkandung dalam peristilahan-dasarnya bukan setakat pada ejaan sahaja.
Sifat Faham Bahasa ada dua iaitu (1) kata-kata menayangkan pandangan hidup
bangsa yang memiliki bahasa itu. (2) Perubahan dalam peristilahan-dasar bahasa
membayangkan perubahan dalam cara berfikir dan pandang alam bangsa dan
tamadun tersebut.
Dr. Hassan Ahmad ada menyebutkan bahawa bahasa berkuasa sebagai alat
pembentukan tamadun bangsa yang sangat integratif kerana melalui bahasa
sesuatu bangsa itu dapat dikenali dengan cara bagaimana mereka menanggapi
alamnya (world view) baik alam sosial mahupun alam kosmos. Hasilnya perkara ini
menatijahkan tindakan-tindakan yang berasaskan nilai budaya yang ada pada
masyarakat negara kita.
Negara kita paling celaru tentang Faham Bahasanya. Hampir puluhan tahun
merdeka daripada penjajah British, persoalan bahasa masih tidak dapat
diselesaikan bahkan semakin celaru saban tahun sedangkan Perlembagaan
Malaysia dan Laporan Razak wajib menjadi pedoman utama rakyat dalam
pelaksanaan dasar.
Belajar Bahasa Inggeris itu adalah kewajipan dan kefasihannya merupakan bonus
dalam kehidupan dunia. Tetapi yang dilarang itu adalah ketaksuban dan kegilaan
terhadap Bahasa Inggeris sehingga menganggap bahasa asing lain tidak penting
dan mengenepikan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda sendiri.
Kementerian Pendidikan Malaysia pernah menggunakan cara yang salah dalam
meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dengan mengajar Matematik dan Sains
34

dalam Bahasa Inggeris- Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI). Pada tahun 2015, kepandiran itu datang lagi dengan
memperkenalkan Program Dwi Bahasa(DLP) dalam beberapa subjek terpilih.
Profesor Emeritus Abdullah Hassan menulis (1 Disember 2015), "Belajarlah
bahasa Inggeris. Saya sangat setuju. Tidak siuman jikalau kita menghalang orang
belajar bahasa Inggeris. Cuma, belajar melalui matematik, sains dan teknologi itu
bukan caranya. Bahasa Inggeris mesti diajar dalam subjek bahasa Inggeris oleh
guru bahasa Inggeris! Bahasa Inggeris yang diajar oleh guru sains dan matematik
yang tidak pun ada kompetensi dalam bahasa Inggeris adalah tidak siuman."
Kelompok elitis menyokong pelaksanaan pengukuhan BI secara yang salah ini
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar dalam beberapa
matapelajaran bukannya memantapkan pedagogi matapelajaran Bahasa Inggeris.
Tanpa mengunakan Bahasa Melayu iaitu bahasa majoriti rakyat, kelas masyarakat
baru berdasarkan bahasa akan muncul. Kelompok elitis terdiri daripada kelompok
bangsawan, pemodal, intelektual, pegawai tinggi kerajaan, orang kaya akan
mencetus-membuka luas jurang masyarakat yang akan menggugat perpaduan
negara.
Macam mana nak selesaikan masalah bahasa ini?
1. Perubahan pemikiran dan sikap manusia yang terlalu taksub, mengilai dan
berkiblat Kebudayaan Barat perlu dilakukan.
2. Menggunakan pendekatan yang betul dalam mendidik murid dalam subjek
BI bukannya mengunakan subjek lain.
Menurut Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Professor John Rassias, mahaguru
daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire, pernah memperkenalkan
Kaedah Mengajarkan Bahasa secara intensif, iaitu Kaedah Rassias atau juga
dikenali sebagai Kaedah Peace Corps.
Gunakanlah kaedah ini bagi mengajarkan Bahasa Inggeris kepada sesiapa yang
memerlukannya. Itulah kaedah yang sedang digunakan bagi melatih guru Bahasa
Inggeris dari Amerika Latin.

35

Dalam perjuangan bahasa, gerakan mahasiswa melalui Persatuan Bahasa Melayu


Universiti Malaya(PBMUM) mendesak pihak pentadbiran Universiti Malaya
melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu untuk menyesuaikan universiti dengan
keperibadian Malaysia. Pentadbir universiti tidak mengeluarkan kenyataan dan
respon terhadap desakan PBMUM.
Pada 4 Oktober 1970, PBMUM mengadakan sudut pidato dan mencabar Naib
Canselor berdebat di DTC agar menerima tuntutan PBMUM.
Reaksi kegelisahan pelajar terhadap Dasar Bahasa Melayu di universiti
menyebabkan mereka berdemonstrasi. Seramai 3000 orang pelajar mengecap
merah dan hitam pada papan tanda yang menggunakan Bahasa Inggeris di
kampus termasuk pada bas UMSU (PMUM). PBMUM memberi tempoh dua bulan
bagi melaksanakan Bahasa Melayu dan jika gagal, PBMUM akan mengambil
tindakan yang lebih tegas. Akhirnya, pihak pentadbiran universiti terpaksa akur
dengan kehendak mahasiswa.
Pada tahun 2009, gerakan mahasiswa melalui Gabungan Mahasiswa Mansuhkan
PPSMI menyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) agar memansuhkan dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI).

Peranan Mahasiswa Sebagai Intelektual


Kita terpaksa memilih salah satu sama ada hendak menjadi ilmuwan atau
politikus kerana apabila kita buat pilihan, kita terpaksa meninggal perkara yang
satu lagi- Khalil Jibril

Intelektualisme adalah ciri Gerakan Moral Mahasiswa dan tunjang utama Gerakan
Politik Nilai Mahasiswa. Intelektualisme dan Faham Keadilan merupakan prinsip
keseimbangan yang sangat penting dalam mengimbangi antara Gerakan Moral
dengan Gerakan Politik Nilai.
F. A. Hayek menyatakan Intelektual bukan semestinya orang pintar. Perkara yang
dia miliki ialah:
36

1. keupayaan untuk bercakap/menulis tentang pelbagai subjek; dan


2. cara untuk mengenal gagasan-gagasan baru lebih awal daripada
khalayaknya.
Menurut Syed Husein Alatas pula, intelektual ialah orang yang memusatkan diri
untuk memikirkan idea dan masalah, bukan kebendaan, dengan menggunakan
kemampuan akliahnya.
Dalam buku Intelektual Masyarakat Membangun, karangan Dr Syed Husein Alatas,
beliau telah menyatakan 4 ciri sifat intelektual iaitu
1.
dapat mengenal pasti dan mengajukan permasalahan yang timbul dalam
masyarakat;
2.
mampu mentakrifkan permasalahan dihadapi masyarakat;
3.
mampu untuk menganalisis permasalahan tersebut;
4.
mereka juga mampu untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat
tersebut dengan
menganjurkan solusi yang relevan dan berkesan.
Pramoedya Ananta Toer menyatakan kaum intelektual adalah kaum yang
menempatkan nalar (pertimbangan akal) sebagai kemampuan pertama yang
diutamakan yang melihat tujuan akhir upaya manusia memahami kebenarannya
melalui penalarannya.
Sasterawan Negara Dato Usman Awang pula menyatakan intelektual boleh
dicirikan kepada 4 seperti di bawah;
1. Orang yang punya ilmu pengetahuan dan otak yang sentiasa
memperkembangkan ilmu pengetahuannya sesuai dengan perkembangan
ilmu zaman; Ilmunya tidak basi.
2. Sentiasa berfikir dan menyumbangkan dan mengembangkan ideanya.
3. Orang yang mempergunakan ilmu dan ketajaman fikirannya untuk
mengkaji, menganalisa, merumuskan segala perkara kehidupan manusiauntuk mencari kebenaran dan menegakkan kebenaran.
4. Orang yang mengenal kebenaran dan berani memperjuangkan kebenaran,
orang yang mengenal kebebasan dan berani memperjuangkan kebebasan
meskipun mendapat tekanan dan ancaman.
37

Jelas, peranan intelektual ialah pengupayaan daya fikir untuk menyediakan


alternatif menyelesaikan permasalahan rakyat.
Peranan Intelektual (2)
Pada hemat saya, peranan intelektual iaitu (1) memandaikan bangsa, (2)
penyedar masyarakat dan (3) jurubicara hati nurani rakyat. Intelektual ialah
segolongan manusia yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang,
mencapai kedudukan tertinggi dalam akademik, dan keilmuan dan
kewibawaannya diiktiraf oleh masyarakat tempatan, antarabangsa dan sahabat
serta musuh beliau.
Para intelektual tidak boleh berkubu dalam bilik kuliah dan bilik pensyarah yang
berhawa dingin itu. Pensyarah perlu bersama rakyat. Justeru, kita boleh
membezakan dua kelompok para intelektual iaitu intelektual celik dan intelektual
buta.
Intelektual buta bukan tak tahu tetapi tak mahu. Akal, nafsu, agenda peribadi dan
kepentingan diri membuatkan para intelektual buta menilai kebenaran.
Para intelektual celik mempunyai tanggungjawab dan misi sosial mereka sendiri.
Matlamat utama intelektual celik ialah menanam kepercayaan dinamik dalam diri
umat manusia sendiri bagi membentuk kesedaran diri dan memformulasi
idealisme mereka.
Intelektual celik terbahagi dua kelompok iaitu (1) merakyat mendidik umat dan
(2) mendidik golongan berpendidikan yang dianggap pelapis kepimpinan dalam
organisasi pemerintah.
Para intelektual perlu memimpin perubahan rakyat melalui gerakan masyarakat
sivil bukannya melalui politik kepartian. Para intelektual perlu berjiwa rakyat yakni
turun ke lapangan untuk menyedar dan memobilasikan rakyat.
Sifat gerakan masyarakat sivil; penglibatan rakyat tanpa mengira kelas masyarakat
dan memperjuangkan isu-isu rakyat melalui pelbagai organisasi masyarakat sivil;
menyedarkan dan memahamkan rakyat berkaitan sesuatu isu.
38

Dalam Islam, hujah berdasarkan ilmu yang mempunyai sumber berautoriti sangat
diutamakan. Para intelektual menyedarkan masyarakat dan memimpin
perubahan dengan ilmu yang bersumberkan al Quran dan al Sunnah. Ali Shariati
menyatakan sinar kesucian dan sumber kesedaran bagi kecelikkan sosial.
Pengetahuan adalah cahaya yang Allah menyinari dalam hati mereka yang
diinginiNya. Cahaya yang suci adalah pengetahuan yang memberi kesedaran serta
memperkukuhkan sikap bertanggungjawab hidayah dan keyakinan [keimanan].
Cahaya yang suci dan sumber kesedaran mestilah bersumberkan al Quran dan al
Sunnah.

Pseudo-Intelektual
Pseudo-palsu.
Kalangan pensyarah universiti dan kelompok akademik berMA-PhD seringkali
memanggil anak muda dan mahasiswa yang berminat dengan ilmu terutamanya
falsafah sebagai pseudo-intelektual kerana tidak memahami konsep sesuatu
falsafah tetapi menumpang nama tokoh-tokoh intelektual.
Pseudo-intelektual sewajarnya pada matlamat akhir bukannya proses.
Anak muda dan mahasiswa, mereka kelompok yang berada dalam proses
pencarian ilmu tidak wajar mereka dikatakan sebagai pseudo intelektual. Pseudo
intelektual yang sebenarnya ialah intelektual yang mengunakan ilmunya dengan
matlamat dan agenda yang tertentu-jahat dan mengampu. Inilah pesudointelektual yang sebenar mengunakan ilmu untuk tujuan yang tidak benar dan
palsu.
Anak muda dan mahasiswa tidak perlu malu dan berputus asa atas tuduhan ini.
Ilmu bukannya terletak kepada tahap akademik-Phd dan MA tetapi ilmu terletak
kepada kebenaran, amalan, sahih dan membawa kesedaran dan perubahan
kepada diri dan orang lain- ahli keluarga, lingkungan diri, masyarakat dan negara.

39

Tuduhan pseudo intelektual biasanya dilakukan oleh manusia MA-Phd yang tidak
meraikan usaha dan kelebihan-potensi anak muda. Mereka tidak ingat bagaimana
mereka bermula?.
Anak muda dan mahasiswa, teruskan perbincangan dan pembacaan kamu.
Meriahkan lagi aktiviti keilmuan yang kamu anjurkan seperti Sekolah Pemikiran As
Syatibi, Diskopi, Kuliah Buku (KUBU) atau Buku Jalanan.
Benar, aktiviti tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah tetapi aktiviti tersebut
membolehkan anggotanya meluahkan rasa dan melontarkan pemikiran apa yang
perlu dibuat. Pendapat yang dibincang itu akan membentuk pemikiran
anggotanya untuk dijadikan bahan tindakan pada hari muka.
Keintelektualan melihat daya-upaya fikir seseorang bukannya kebergantungan
kepada sijil akademik. Menurut Syed Husein Alatas, intelektual ialah orang yang
memusatkan diri untuk memikirkan idea dan masalah, bukan kebendaan, dengan
menggunakan kemampuan akliahnya.
Dalam buku Intelektual Masyarakat Membangun, karangan Dr Syed Husein Alatas,
beliau telah menyatakan 4 ciri sifat intelektual iaitu
1. dapat mengenal pasti dan mengajukan permasalahan yang timbul dalam
masyarakat;
2. mampu mentakrifkan permasalahan dihadapi masyarakat;
3. mampu untuk menganalisis permasalahan tersebut;
4. mereka juga mampu untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat
tersebut dengan menganjurkan solusi yang relevan dan berkesan.
Anak muda dan mahasiswa perlu berusaha ke arah mencapai ciri sifat intelektual
yang dinyatakan oleh Syed Husein Alatas, sosiologis Islam-Melayu yang unggul.
Mudah-mudahan, keempat-empat ciri ini memecah tanggapan tentang pseudo
intelektual dalam kalangan anak muda dan mahasiswa.
Usman Awang pernah menyatakan peranan intelektual ialah pemilihan
intelektual. Intelektual harus memilih apakah mereka memihak kepada golongan

40

feudal atau politik perkauman atau kepada rakyat tanpa ukuran bangsa dan
warna kulit atau golongan miskin tertindas, golongan kaya menindas.
Jelas, kita boleh menilai siapakah pseudo-intelektual yang sebenar.

Bahaya Pragmatisme
Apabila kita menyebut tentang Pragmatisme, ia amalan rasmi dan kebiasaan bagi
sekalian penganutnya bukannya secara spontan atau keperluan terdesak
seseorang dalam membuat keputusan. Sikap pragmatis cenderung menempuh
segala cara untuk mencapai kepentingannya dengan mengabaikan prinsip-prinsip
kebenaran. Ia dilihat bersifat matlamat menghalalkan cara.
Menurut Kuntowijoyo, pragmatisme ialah kegunaan, kepraktisan, getting things
done. Hasil sesuatu yang dapat dikerjakan adalah kriteria bagi kebenaran. Ini
bermakna manusialah yang menciptakan kebenaran.
Pragmatisme politik pula, mereka hanya melihat kepentingan jangka pendek yang
menguntungkan diri dan kelompoknya. Jika faedahnya sudah berkurangan,
mereka akan mencari manfaat yang lain. Oleh sebab itu, pragmatisme ini hanya
menguntungkan sebahagian kecil kelompok elitis berbanding rakyat dan anggota
parti. Kalau kes Parti Islam umpamanya, ia perlu mengorbankan idealism Islam
demi kepentingan kekuasaan.
Kita hidup bukanlah untuk melaksanakan sebuah idea, ajaran, teori atau hipotesis
mengikut kehendak nafsu dan akal kita sahaja. Kita hidup untuk melaksanakan
apa yang termaktub dalam al Quran melalui kaedah-kaedah yang tidak
meninggalkan syarak dan menjejaskan kerangka pemikiran Islam.
Allah SWT berfirman Berilah keputusan di antara mereka dengan apa yang
diturunkan Allah (al Maidah : 48)
Selain itu, Allah SWT telah memerintahkan supaya kita mengikuti apa yang
diturunkanNya, iaitu Syariat Islam. Allah SWT berfirman :

41

Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan janganlah kamu
mengikuti wali (pemimpin/sahabat/sekutu) selainnya (al Araaf :3)
Mafhum Mukhalafah (pengertian kebalikkan) dari ayat di atas adalah, janganlah
kita mengikuti apa yang tidak diturunkan Allah termasuk menganut ideologi
ciptaan manusia.
Allah SWT juga telah berfirman :
Apa yang diberikan oleh Rasul kepadamu, maka ambillah dia. Dan apa yang
dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah dia (Surah al Hasyr : 7)
Mafhum Mukhalafah ayat ini adalah, janganlah kita mengambil apa saja
(pandangan hidup) yang tidak berasal daripada Rasulullah, termasuk
Pragmatisme.

Pemaknaan Kembali Politik Mahasiswa


Jika takut menanggung risiko jangan bicara soal perjuangan Anwar Ibrahim

Menurut Muhammad Abu Bakar, kegiatan mahasiswa bercorak politik dapat


dilihat dari segi;
1. seminar dan majlis diskusi dimana soal politik, sosial dan ekonomi
dibincangkan.
2. Resolusi dalam mesyuarat bercorak politik
3. Akhbar, majalah dan pamplet serta newsletter atau kenyataan akhbar
melafazkan cita-cita politik mereka.
4. Demonstrasi atau tunjuk perasaan
5. Mengambil bahagian dalam politik kepartian.
Hakikat politik sukar untuk dipisahkan antara gerakan mahasiswa dengan politik.

42

Selama ini gerakan mahasiswa terlalu mengikut kehendak parti politik dalam
kebersamaan isu mereka. Imej parti politik pembangkang menjadi imej gerakan
mahasiswa.
Penulis sangat bersetuju dengan sarana Dato Saifudin Abdullah bahawa gerakan
mahasiswa menjadi gerakan masyarakat sivil.
Jika gerakan mahasiswa menjadi gerakan masyarakat sivil, hubungan politik
dengan parti politik boleh dilonggarkan dan ke arah menjadi gerakan yang bebas
daripada kongkongan parti politik atau imej parti politik pembangkang.
Dengan pindaan AUKU 2009 yang membenarkan mahasiswa bergerak dalam
NGO, inilah peluang kepada mahasiswa mencari alternatif baru.
Kita mengetahui bahawa gerakan mahasiswa ingin menjadi sebuah gerakan yang
neutral, bebas dan tidak terikat dengan arahan parti politik luar. Mahasiswa
bukanya boneka pembodohan sesetengah pimpinan parti politik.
Peluang yang ada, mahasiswa boleh mengerakkan politik berasaskan rakyat atau
dikenali sebagai politik warga (citizen politik), atau gerakan masyarakat sivil atau
politik penglibatan rakyat. Dalam Islam, ia mendekati konsep kemasyarakatan
berwadahkan masjid.
Semangat muda para mahasiswa digemblengkan dalam menggerakkan politik
berasaskan rakyat dan cuba secara evolusi mengurangkan pengupayaan diri dan
penglibatan dalam politik kepartian.
Paksi perjuangan gerakan mahasiswa bersama rakyat ialah memperjuangkan
keadilan, kebebasan, membanteras penyalahgunaan kuasa, menghancurkan
rasuah, menolak Korupsi, Kronisme dan Nepotisme (KKN) dan mengurangkan
kemiskinan rakyat jelata.
Politik berasaskan rakyat, dunia aktivis mahasiswa disalurkan dalam perjuangan
isu-isu rakyat seperti isu kepenggunaan, isu alam sekitar, isu tanah, isu kebajikan
masyarakat bandar, isu petani-nelayan dan pelbagai isu lagi.

43

Gerakan mahasiswa ada dua pilihan sama ada mengaktifkan NGO yang sedia ada
atau menubuhkan NGO tersendiri dengan bantuan para senior mereka untuk
didaftarkan dengan pendaftar pertubuhan belia. Mahasiswa dipecahkan mengikut
isu walaupun isu-isu tersebut tidak membuatkan mahasiswa popular dan dikenali.
Mahasiswa boleh memasuki NGO seperti MAPIM, SHURA, CAP, SAM, FOMCA,
SUARAM dan CI. Atau aktif dalam gerakan indie seperti dapur jalanan, buku
jalanan dan sebagainya. Dan paling baik menubuhkan NGO-NGO sendiri sama ada
berdaftar atau indie.
Penglibatan mahasiswa dalam politik berasaskan rakyat bukanlah bermakna
mahasiswa meninggalkan politik negara, politik kampus dan politik kepartian
secara tuntas. Mahasiswa masih lagi peduli politik tetapi tidak terlibat dalam
politik kepartian. Penyaluran tenaga mahasiswa ke dalam politik berasaskan
rakyat untuk menimba pengalaman, merasai dengan jiwa nurani rakyat dan
sekaligus bangkit menjadi jurubicara rakyat tanpa kongkongan, arahan dan terikat
dengan mana-mana parti politik.
Dalam politik kampus, gerakan mahasiswa menghantar calon-calon mereka untuk
menguasai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Penguasaan ini penting dalam usaha
merakyatkan khidmat dan dakwah berkebajikan kepada kalangan mahasiswa.
Tibalah masanya gerakan mahasiswa mengalih pemikiran politik kepartian kepada
politik berasaskan rakyat. Dari segi gerakan mahasiswa Islam, mereka perlu
mengembalikan GMI sebagai gerakan dakwah bukannya hanya terhad kepada
gerakan politik sahaja.
Saranan ini adalah pilihan. Segala tindakan berdasarkan realiti semasa dan
mengikut hujah-hujah sesuai dengan syariat dan feqah semasa. Mahasiswalah
perlu bergerak bebas untuk mendepani zaman mereka.

Akta Universiti dan Kolej Universiti [AUKU]


Cabaran tanpa kuasa untuk menyelesaikannya boleh menimbulkan frus
(kecewa)
44

yang paling besar Ungku Abdul Aziz


Peningkatan kesedaran berpolitik, impak peristiwa 13 Mei dan pengaruh parti luar
ke dalam pertubuhan mahasiswa membimbangkan kerajaan. Kerajaan
berkeputusan mengawal aktiviti politik di kampus. AUKU diwartakan pada 24
Februari 1971 dan diluluskan oleh parlimen pada 17 Mac 1971 dan diperkenankan
oleh Yang Dipertuan Agong pada 29 April 1971.
Kebangkitan mahasiswa pada tahun 1974 secara militan dan radikal mendesak
kerajaan melakukan pindaan pada AUKU. Tahun 1973 hingga 1974 dianggap cinta
di hari-hari rusuhan kerana demonstrasi mahasiswa silih berganti. Pada 8 April
1975, Dr. Mahathir Mohamad mengusulkan agar AUKU dipinda dan ianya
dikuatkuasa pada 12 Mei 1975.
Pengarahan kepada AUKU berlaku apabila kerajaan menegaskan mahasiswa tidak
dibenarkan bergabung atau menyokong mana-mana parti politik dan kesatuan
sekerja. Penegasan ini merupakan satu kesedaran kerajaan bagi mencegah
ketidakstabilan melalui perundangan. Larangan ini termaktub dalam Undangundang Darurat(kuasa perlu) no. 74, Artikel 150(2) yang dipinda pada 18 Februari
1971.
PMUM membantah perundangan ini, Jai Mohan (Setiausaha Agong) menjelaskan
larangan ini akan menjauhkan mahasiswa dengan rakyat dan menyekat idea
mahasiswa untuk menyumbang ke arah pembangunan. Sokongan pihak
mahasiswa kepada mana-mana pertubuhan politik tidak bermakna mahasiswa
menyokong pertubuhan politik tersebut. Ini terbukti jika kita melihat pola
pergerakan bekas pimpinan mahasiswa yang progresif yang ramai menyertai
kerajaan bahkan parti pemerintah.
AUKU diusulkan setelah kegagalan Akta Universiti Malaya 1961 yang tidak
berkesan mengekang peranan mahasiswa terutamanya keterlibatan mahasiswa
dalam pilihanraya 1969. Para pimpinan parti oposisi dan mahasiswa membidas
AUKU terutamanya Bahagian III (fasal 15 dan Fasal 16) dan Bahagian VI (Seksyen
VI Fasal 48, Seksyen VI Fasal 50 dan Seksyen VI Fasal 51).
Di Parlimen, Dato Mohd Asri (PAS) meminta AUKU ditangguhkan manakala Lim Kit
Siang dan Dr. Tan Chee Khoon mempersoalkan prosedur penubuhan persekutuan
45

mahasiswa peringkat nasional dan antarabangsa. Kerajaan bersedia melonggar


perkara tertentu dalam AUKU tetapi AUKU perlu diteruskan bagi menghalang
anasir-anasir subversif dalam gerakan mahasiswa.
Pada 6 Julai 1971, PBMUM dan PKPM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia)
menghantar memorandum kepada kerajaan. Gan Yap Swe, Setiausaha Agung
PKPM dan Noordin Razak, Presiden PBMUM yang mewakili 15 pertubuhan pelajar
menyatakan AUKU akan membantut pemikiran kritikal dan rasional pelajar.
PMUM pula mengadakan forum pada 23 Ogos 1971 dan 9 Disember 1971
disamping sudut pidato pada 4 Disember 1971. Namun, reaksi mahasiswa tidak
berjaya memujuk kerajaan melonggarkan AUKU.
Pada tahun 1975, kerajaan memugarkan kembali AUKU agar lebih tegas bagi
mengekang budaya politik mahasiswa yang semakin radikal dan revolusioner.
Perkara ini terbukti dengan tindakan dan gelagat mahasiswa sepanjang tahun
1974 terutamanya isu Tasik Utara dan Baling. Menurut Dr. Mahathir Mohamad,
AUKU adalah alat mengekang mahasiswa daripada membuat kacau apabila sesi
1975/76 bermula.Usul agar pindaan AUKU 1975 ditangguh ditolak. Penolakkan
penangguhan ini memulakan era baru bagi gerakan mahasiswa dalam perjuangan
mereka.
Tanggal 19 April 2012, Seksyen 15 AUKU telah dipinda oleh Dewan Rakyat dengan
pindaan mahasiswa dibenarkan berpolitik iaitu membenarkan penyertaan
mahasiswa dalam pertubuhan, persatuan atau parti politik berdaftar. Manakala
AUKU pindaan tahun 2009 membenarkan mahasiswa terlibat dalam NGO.
Kelonggaran ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk aktif dalam gerakan
politik dan kemasyarakatan. Dalam gerakan kemasyarakatan, mahasiswa perlu
banyak belajar daripada Azmi Abdul Rahman dan SM Mohamad Idris. Ataupun
cuba aktif dan rela dididik secara langsung daripada kedua-dua tokoh tersebut
dengan menjadi aktivis gerakan kemasyarakatan di bawah kelolaan mereka.
Azmi Abdul Rahman aktif dalam Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan
Islam (MAPIM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan gerakan petani dan
nelayan. Manakala SM Mohamad Idris dalam Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(CAP), Citizens International, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Third World
Network.
46

Demontsrasi Kelaparan Rakyat Baling


Demonstrasi yang berlaku sekarang adalah bertujuan untuk menonjolkan
dan mendedahkah masalah Kemiskinan luar bandar, harga barang yang
melambung, inflasi, kejatuhan harga getah dan sebagai penerusan kepada
"Perarakan Kelaparan" oleh pekebun-pekebun kecil di pekan Baling, Sik, Selama
dan Changloon di Kedah bulan lalu. Far Eastern Economic Rewiew (13hb
Disimber,1974)

Peristiwa di Baling adalah kemuncak bagi gerakan mahasiswa di Malaysia. Baling


merupakan daerah pendalaman yang terasing daripada pembangunan. Majoriti
rakyat di kawasan ini terdiri daripada penoreh getah dan petani.
Mengikut laporan kerajaan pada tahun 1970, jumlah keluarga pekebun getah di
Malaysia ialah 350,000 keluarga dan seramai 226,400 atau 64.7 peratus daripada
jumlah keluarga itu adalah di bawah paras kemiskinan. Kemiskinan yang dihadapi
oleh masyarakat Baling berterusan apabila pada tahun 1974 ekonomi dunia
berada dalam suasana meleset.
Kebangkitan rakyat di Baling dimulai oleh rakyat sendiri. Mereka mengadakan
demonstrasi beberapa kali termasuk yang paling besar pada 1 Disember 1974
yang dihadiri oleh 30000 orang rakyat.
Penderitaan masyarakat tani di Baling menarik perhatian mahasiswa di kampus
dan kezahiran pendapat mereka terhadap isu ini dengan mengadakan
demonstrasi di kelab Sultan Sulaiman pada 3 Disember 1974. Persatuan pelajar
yang bergabung di bawah satu barisan terdiri PKPIM, PKPM, KSITM, PMUK,
PMIITK, PMIUPM, PBCUM, Kelab Sosialis dan PMUM. Perhimpunan ini disuraikan
oleh polis pada pukul 9.50 pagi dan mereka berundur serta berkubu di Masjid
Negara. Politeknik Ungku Omar berdemonstrasi di depan Sekretariat Negeri
Perak.
Di USM, mahasiswa memecahkan pergerakan itu kepada tiga wing atau
kumpulan. Satu kumpulan berhimpun di masjid Sungai Nibong, satu lagi di pagar
utama Batu Uban dan satu lagi di lapangan terbang Bayan Lepas. Satu kumpulan

47

kira-kira 100 orang. Kegiatan mahasiswa dapat dihidu oleh mahasiswa-mahasiswa


lain yang sering memberikan maklumat kepada pemerintah.
Hampir 300 orang mahasiswa terlibat dan ditangkap oleh FRU. Pihak polis telah
masuk ke masjid. Pihak polis memburu mahasiswa sehingga ke kampung halaman
mereka.
Di UM, isu ini semakin kritikal apabila demonstrasi sudah memasuki dalam
kampus. Di Universiti Malaya, mahasiswa berkumpul di DTC seramai 4000 orang
mendesak peperiksaan ditangguh ekoran keadaan tidak menentu dalam kampus.
Pada 8 Disember 1974, gerakan pembersihan oleh pemerintah dilakukan di
universiti tempatan iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan, Universiti
Sains Malaysia dan Institut Teknologi Mara. Operasi ini dijalankan bagi
menangkap pemimpin-pemimpin mahasiswa yang menjadi force kepada
demonstrasi.
Menurut Ghazali Shafie, gerakan ini mahu membersihkan anasir buruk dan
menyelamat para mahasiswa daripada menjadi mangsa. Kerajaan bertindak tegas
kerana mahasiswa menyalahgunakan kelebihan autonomi unversiti bagi
melakukan kebebasan jenayah (criminal freedom). Universiti dijadikan sebagai
sanctuary (kubu perlindungan) dan zon selamat bagi para pelajar. Kondisi ini tidak
berkekalan, pada pukul 2.10 pagi polis mula menyerbu kampus dan menangkap
11 orang mahasiswa termasuk 10 pimpinan mahasiswa.
Pelajar yang ditahan adalah Idris Jusi (PKPM), Abdul Rahman Rukaini (PMUKM),
Hasanuddin Yeop (PMUKM), Ahmad Shah (PKPIM), Adi Satria (PMUM), Basroh
Hassan (PMUKM), Ibrahim Ali (KSITM), Mohamad Hussein (KSITM), dan Ishak
Jaafar. Hishamuddin Rais dan Kamarazaman Yaakob bersama pemimpin lain
berjaya menerobos kepungan polis di kampus. Akhirnya, Kamarazaman Yaacob
ditangkap manakala Hishamuddin Rais dan Yunus Ali melarikan diri ke luar
negara. Khabarnya, Abu Zer masuk hutan menyertai pihak komunis.
Selain pelajar, pensyarah juga ditahan seperti Syed Husin Ali, Gurdial Singh, Lim
Mah Hui, Tunku Shamsul Bahrin, Nakhaie Ahmad dan Sabihah Samad serta Anwar
Ibrahim Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan ABIM. Syed Husin Ali telah

48

didakwa sebagai agitator mahasiswa yang berkospirasi dengan komunis dan


mengancam keselamatan negara.

Mahasiswa Jurubicara Hati Nurani Rakyat

Tiada percetakan yang bisa mencetak pemimpin. Pemimpin tidak lahir di bilik
kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas-pulas kancah, muncul di tengahtengah pengumpulan masalah, menonjol dalam kalangan rakan seangkatan lalu
diterima dan didukung oleh keamanan Mohammad Natsir

Ilmu kepimpinan bukan datang daripada buku atau bilik kuliah tetapi melalui
pengalaman hidup dan perantauan. Ungku Abdul Aziz menyatakan dalam
madahnya Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin berpengalaman (mencabar)
dan terpelajar. Pengalaman didapati melalui aktiviti atau kegiatan yang
mencabar.
Ahmad Boestamam menyebut bahawa pemuda itu terbahagi kepada dua jenis;
pemuda yang insaf dan pemuda yang lupakan diri:
Pemuda itu adalah bunga tiap-tiap bangsa. Tapi ingatlah bahawa kembang dan
kembang itu ada dua. Ada kembang yang berseri-seri dan wangi dan ada
kembang yang lalu dan gugur ke tanah. Kembangan yang berseri-seri menjadi
suntingan puteri, tetapi kembang yang layu jangankan menjadi suntingan puteri,
kumbang dan lalat-lalat pun tidak mahu mendekatinya.
Kembang yang berseri-seri dan wangi dan menjadi suntingan puteri
mengambarkan pemuda dan mahasiswa perlu menjadi manusia yang bermanfaat
dan berkhidmat untuk masyarakat.
Gerakan mahasiswa sebagai jurubicara rakyat mengunakan pelbagai pendekatan
dalam memperjuangkan isu rakyat seperti
1. pendekatan demonstrasi seperti demonstrasi Baling

49

2. pendekatan khidmat masyarakat dan berkebajikan seperti OPKIM dan


dapur jalanan
3. pendekatan keintelektualan seperti seminar, forum dan debat
4. pendekatan media seperti melalui FB, Twitter dan akhbar.
Gerakan mahasiswa sebagai jurubicara rakyat tidak seharusnya dilihat dalam
konteks radikal, keras dan melawan. Ada juga sifat-sifat khidmat masyarakat
seperti mengadakan kelas percuma, kempen kebersihan dan dapur jalanan.
Semuanya atas kebijaksanaan pimpinan mahasiswa mendepani realiti semasa.
Orang seringkali mengatakan mahasiswa tidak boleh melawan kerajaan, jangan
terlibat dalam politik dan tidak boleh demonstrasi. Sebagai orang dewasa,
mahasiswa sudah tentu mempunyai pandangan yang tersendiri, semangat yang
tinggi dan keupayaan tenaga untuk bertindak berdasarkan kemampuan diri.
Kita juga memahami kemarahan sesetengah rakyat terhadap mantan pimpinan
mahasiswa jika mereka mendapati pemimpin mahasiswa hanya kaya retorika dan
tidak istiqamah dengan perjuangan setelah alam kampus.
Bukan semua mahasiswa yang mampu dan berminat untuk menjadi jurubicara
hati nurani rakyat atas dasar gerakan mahasiswa adalah alat parti pembangkang.
Gerakan mahasiswa tidak perlu risau sifat majoriti mahasiswa di kampus
memandang serong kepada gerakan mahasiswa. Kebanyakan mahasiswa,
keinsafan mereka datang selepas alam kampus setelah melihat ketidak-adilan
para pemerintah dan merasai kemelaratan ekoran Korupsi, Kronisme dan
Nepotisme (KKN) yang menjalar dalam birokrasi dan masyarakat pada hari ini.
Pihak kerajaan sendiri tidak perlu takut mahasiswa mencabar dan mengkritik
kerajaan dan pentadbiran universiti. Belum tentu para penentang ini menjadi
pembangkang setelah tamat kampus. Banyak kejadian, jurubicara hati nurani
rakyat juga akhir terpengaruh dan terherot pandangan dan haluan mereka
menyertai parti pemerintah.
Berjuanglah para mahasiswa
Bangkitlah dengan upayamu sebagai bangsa jantan
bangsa biadap untuk menegur kebiadapan penguasa bergelumang dengan najis
KKN
50

bangsa biadap untuk mengkritik kebiadapan penguasa melacurkan keadilan


Ayuh mahasiswa!, lakar perjuangan dengan cara zamanmu
Tiada lain nasibmu pada masa depanmu bermula melainkan
kamu istiqamah dengan perjuanganmu.

Mahasiswa Sosialis dan Tiga Darma


Sosialisme suatu cara memperjuangkan kemerdekaan dan kedewasaan manusia
yaitu bebas dari penindasan dan penghisapan serta penghinaan oleh manusia
terhadap manusia Sutan Sjahrir

Jiwa berhaluan kiri; sosialis-marxis-anarkis seakan-akan sudah bersatu dalam


gerakan indie di negara kita melalui gerakan persuratan, kumpulan diskusi dan
berkebajikan. Sekitar awal tahun 2000 dahulu, Universiti Bangsar Utama (UBU)
antara gerakan anak muda aliran kiri yang aktif berdiskusi. UBU dimentori oleh
lagenda mahasiswa sosialis, Hishamuddin Rais. UBU menganjurkan Diskusi Teh
Tarik sebagai medan lontaran idea.
Politik adalah fitrah manusia. Sebagai anak muda dan berpendidikan, mahasiswa
mempunyai semangat berkobar-kobar untuk berjuang dan bersifat kritikal yang
mahu diluahkan dalam penulisan, forum, debat dan demonstrasi. Bagi
mengelakkan para pelajar terlibat secara langsung dalam parti politik, pihak
universiti menubuhkan Current Affair Club iaitu kelab perbincangan politik.
Dalam kelab perbincangan ini digalakkan perbezaan pendapat. Kritikan dan
perbezaan dalam memberi pendapat akan memugarkan demokrasi yang
berasaskan kebebasan bersuara dan pengetahuan hak asasi manusia. Secara
idealnya, kezahiran Kelab Sosialis boleh mempertingkatkan kesedaran politik di
kalangan mahasiswa tetapi momentum kesedaran politik masih terhad pada
lingkaran mahasiswa berjiwa kiri sahaja.
Kewujudan arena politik kampus mewujudkan fenomena persaingan dalam
mencari pengaruh demi kepentingan pertubuhan mahasiswa yang diwakili.
Menurut Maurice Duverger, proses ini dikenali sebagai ideological
51

decentalization. Penyebaran ideologi merangsang suasana diskusi, persaingan


intelektual, perdebatan dan kemahiran berpolitik.
Kelab Sosialis Universiti Malaya (KSUM) ditubuhkan dalam bulan Disember 1967.
KSUM berjuang mengikut landasan sosialisme yang cukup politikal yang berpunca
daripada isu-isu yang dibangkitkan dalam pamplet, akhbar, forum dan sudut
pidato. KSUM dan PBMUM antara persatuan mahasiswa yang tidak bernaung di
bawah PMUM. KSUM bergerak aktif dengan menyalurkan kepimpinan mereka ke
dalam PBMUM dan PMUM.
KSUM menentang imperialis Barat dan kapitalis serta para penyokong kedua-dua
entiti ini. Mereka bercita-cita menubuhkan masyarakat dinamik dan tanpa
penindasan. Sesiapa yang menentang mereka adalah golongan reactionary,
feudal dan pro kapitalis.
Sekitar tahun 1968, terdapat sebuah ranting Parti Rakyat yang digerakkan dalam
kawasan Pantai. Dua orang mahasiswa yang aktif dalam Parti Rakyat ketika itu
ialah Rustam Sani dan Syed Hamid Ali.
Dalam bulan Disember 1968, berlaku krisis dalam PMUM apabila Majlis PMUM ke
10 terpaksa dibubarkan kerana penentangan sesetengah anggota terhadap
pengaruh sosialis dalam PMUM. SUA PMUM, Syed Hamid Ali telah dituduh
memperalatkan PMUM sebagai alat parti politik. Dalam pemilihan semula,
kelompok sosialis berjaya merampas kekuasaan Majlis PMUM. Syed Hamid Ali,
Khong Kim Hong, Justin Chang dan Choong Lai Huat berjaya dipilih semula.
Kemuncak kejayaan mahasiswa sosialis ialah gerakan anti Tunku Abdul Rahman
dan penglibatan dalam pilihanraya tahun 1969. Sejak tahun 1972, pengaruh Kelab
Sosialis semakin dicabar. Kedudukan Kelab Sosialis UM semakin tercabar apabila
mereka kalah dalam perebutan kuasa dalam PKPM. Setiausaha Agung PKPM,
Hishamuddin Rais telah digulingkan.
Pada tahun 1973, mahasiswa sosialis bangkit dalam demonstrasi Anti Amerika,
demonstrasi Tasek Utara, rampasan kuasa Universiti malaya dan kemuncaknya,
Demonstrasi Baling.

52

Di USM, gerakan mahasiswa sosialis sangat berpengaruh. mereka menguasai


PMUSM. Antara pimpinan yang aktif dalam kelompok sosialis ialah Mansor
Osman, Fatimah Sham, Ka Ching dan Farid Arifin. Mereka juga mendapat
sokongan pensyarah seperti Koh Tsu Koon.
Menurut Fatimah Busu, Presiden Persatuan Bahasa Melayu USM (1974) kelompok
mahasiswa sosialis di USM melancarkan satu doktrin yang dikenali sebagai Tiga
Darma; Mengkritik, Mengintegrasi dan Mengkaji. Mengkritik satu pendekatan
popular oleh sosialis untuk mengkritik dasar-dasar kerajaan yang cenderung
mengamalkan dasar kapitalisme dalam ekonomi.
Mengintegrasi suatu pendekatan agar mahasiswa bersatu tanpa mengira apa
anutan agama, perkauman dan ras. Pendekatan mengkaji pula ialah usaha
berterusan untuk menyelidik fakta-fakta kebenaran dan mendedahkan ia kepada
orang ramai.
Fatimah Sham Hamid Tuah, Presiden PMUSM pernah berdiri di atas tangga Pusat
KANITA USM dan bercakap kepada kami mengenai tiga darma. Beliau bertanya
kepada mahasiswa adakah kita tahu tujuan masuk universiti. Bukan hanya
belajar tetapi kena tahu doktrin tiga darma itulah.
Di USM, sudut pidato yang menarik ialah di bawah pokok depan Bank Bumiputra.
Kesan bahang pemberontakan Hamid Tuah itu turut menjalar ke USM juga. Anak
beliau, Fatimah Sham Hamid Tuah langsung membuat satu pergerakan besarbesaran di daerah utara. Ketika itu politik sosialis mendominasi student union
ataupun PMUSM.
Selepas tahun 1974, pengaruh gerakan mahasiswa sosialis semakin luntur ekoran
beberapa faktor. Antaranya, pemimpin utama yang tamat pengajian, ditangkap
dan melarikan diri, pelaksanaan AUKU 1975 yang mengekang gerakan mahasiswa,
kelemahan pengkaderan dan peningkatan kesedaran Islam.
Gerakan mahasiswa sosialis menjadi gerakan pinggiran, anarki dan bersifat indie.
Kumpulan ditubuhkan berskala kecil dan tidak berpengaruh dalam kalangan
mahasiswa.
Sumber
53

Tulisan Ali Amir Bukhari


Tulisan Muhammad Abu Bakar
Tulisan Hassan Karim dan Siti Nor Hamid Tuah

Gerakan Mahasiswa dan Peristiwa 13 Mei


Muda itu melawan, itu biasa
Muda tak melawan, itu luar biasa - Khalil Jibril
PBMUM mengadakan sidang tergempar pada 11 Julai 1969 telah meletakkan
kesalahan dibahu pucuk pimpinan negara ekoran peristiwa hitam itu dengan
meluluskan undi tidak percaya terhadap Tunku. PBMUM bersama kumpulan anti
Tunku telah menyatakan kegagalan Tunku melalui pelbagai wasilah seperti
memasang banner, mengedar surat layang dan Berita PBMUM. Penemuan banner
yang tergantung di Masjid ar Rahman dengan slogan Regim Tengku Imperialis
dan Feudalis dan Tengku, berhentilah pada 17 Julai 1969 mengecewakan hati
Tunku.
Pada peringkat awal PMUM tidak terlibat dalam pertikaian pihak mahasiswa
dengan Tunku tetapi Tunku telah menuduh Presiden PMUM, Syed Hamid Ali
terlibat dalam menguruskan perarakan mayat pemuda Cina yang ditembak oleh
polis di Kepong. Syed Hamid Ali menyangkal tuduhan Tunku Abdul Rahman dan
mengajak Tunku berdebat.
Kerajaan telah mula mengendurkan keadaan dengan mengubah kenyataan
daripada mengurus perarakan kepada bersama-sama berada di balai polis untuk
meminta kebenaran. Syed Hamid menjelaskan beliau hanya jurubahasa antara
penganjur dengan polis.
Pada 28 Ogos 1969, mahasiswa mengadakan sudut pidato yang ditaja oleh
PBMUM sempena Konferensi Internasional Mengenai Drama dan Muzik
Tradisonal telah mengutuk Tunku. Seramai 1000 orang mahasiswa berarak ke
Dewan Tunku Canselor dan bertembung pasukan FRU yang telah menembak 10
das gas pemedih mata. Mahasiswa tidak berpuashati telah mendakwa pihak polis
mencabul hak autonomi universiti.
54

Pada 29 Ogos 1969, demonstrasi diadakan bagi mendesak agar hak autonomi
dikekalkan telah dihadiri 1000 orang mahasiswa di sudut pidato. Pada malam hari
tersebut, polis menahan Naib YDP PBMUM, Hanafiah Ishak, Aziz Deraman
(Setiausaha Penerbitan PBMUM), Yusuf Embi (ahli PBMUM) dan Syed Hamid
dibawah Undang-Undang Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah 1969.
Pada 2 September 1969, mahasiswa tersebut dibebaskan setelah perbincangan
diadakan antara wakil pihak mahasiswa dengan kerajaan dan desakan 10 badan
mahasiswa antarabangsa seperti Federation of United Kingdom and Eire
Malaysian and Singapore Student Organization(FGEMSO).
Pada 27 September 1969, suasana kembali tegang apabila PBMUM mengadakan
sudut pidato di depan perpustakaan yang telah dihadiri oleh 300 orang
mahasiswa. Sudut pidato pada hari tersebut bertujuan membincangkan buku
yang dihasilkan oleh Tunku yang berjudul 13 Mei: Sebelum dan Selepasnya.
Mahasiswa telah membakar buku ini sebagai tanda protes dengan alasan ia
bersifat mitos dan subversif yang menimbulkan sifat perkauman dan satu
tuduhan yang melulu. Menurut Anwar Ibrahim (YDP PBMUM), protes yang
diadakan pada hari itu berikutan tuduhan Tunku dalam buku tersebut adalah
tidak tepat. Tunku meletakkan jawatan pada 22 September 1970 dan diganti oleh
Tun Abdul Razak.

Gimik dan Gerak Perang Saraf


Gerakan mahasiswa tidak memerlukan gimik politik. Pakar perang saraf dalam
gerakan mahasiswa perlu dibiuskan daripada membodohkan mahasiswa.
Penubuhan Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang cuba mencalonkan diri mereka
untuk melawan Dato Seri Abdullah Badawi. Pada pilihanraya umum ke 13, sekali
lagi dengan nama Gerakan Mahasiswa PRU ke 13 (GM13) cuba meletakkan calon
di Pekan, kawasan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak
tetapi membatalkannya pada masa hampir hari penamaan calon.
Pencalonan wakil mahasiswa dalam pilihanraya pernah dalam pilihanraya kecil di
Bentong pada tahun 1989. Shamsuddin Moner, Presiden PMUM mengumumkan
bahawa wakil mahasiswa akan bertanding dalam pilihanraya tersebut. Timbalan
55

Presiden PMUM, Azmi Tajuddin telah dicalonkan. Pada hari penamaan calon,
calon tajaan PMUM itu pun "ghaib".
Sebenarnya, mahasiswa boleh mencalonkan diri mereka sebagai calon pilihanraya
jika undang-undang membenarkan atau melakukan secara sembunyi (melalui
proksi). Persoalannya ialah ke mana keseriusan mahasiswa dalam meletakkan
calon? Gimik murahan apa yang mereka gunakan?.
Kita boleh meneliti pelbagai kes yang pelik bin ajaib berlaku di kampus; pelajar
perempuan diculik; kepala babi dalam surau; conteng dinding fakulti; pelajar
ditikam. Adakah kes sebegini gimik politik atau kes serius?.
Sudah tiba masanya, politik kampus dibersihkan daripada gerakan perang saraf
dan gimik murahan. Gerakan perang saraf dan gimik murahan menghilangkan
politik budiman, nilai, hujah dan ilmu.
Tuan Guru Dato Harun Taib kurang bersetuju jika mahasiswa berdemonstrasi
dalam universiti. Kebersamaan demonstrasi di luar kampus atas sesuatu isu
dibenarkan tetapi demonstrasi di kampus tidak perlu dilakukan. Demonstrasi atas
isu kebersamaan bukannya melibatkan isu kampus. Dalam isu kampus, jadikanlah
demonstrasi sebagai langkah atau pilihan terakhir. Jangan mengimikkan
demonstrasi untuk agenda tertentu.
Dalam kampus, semangat tinggi sepatutnya dicurahkan dalam aktiviti keilmuan
dan kepimpinan sederhana bukannya kepimpinan palsu melalui memimpin
demonstrasi dan melakukan gimik politik murahan.

Hishamuddin Rais dan Istiqamah Perjuangan

Kepulangan ke Malaysia, menulis ruangan Analog dalam Berita Harian dan


kemudian ruangan Dot Mai dalam Malaysiakini. Dan pensyarah kami telah
menyuruh kami menonton dan mengkaji filem- Dari Jemapoh Ke Manchete, filem
bikinan orang ini. Itulah tempat aku menyelami pemikiran orang ini-Hishamuddin
Rais.

56

Hishamuddin Rais atau Isham Rais, lagenda gerakan mahasiswa dari kelompok
sosialis. Martabat beliau tinggi kerana istiqamah dengan jalan perjuangannya dari
zaman mahasiswa sampai pada hari ini berbanding dengan sahabat-sahabat
beliau yang menyepi daripada perjuangan asal mereka.
Kalau nak belajar istiqamah dengan perjuangan, Isham Rais orangnya. Anwar
Ibrahim sendiri yang merupakan lagenda agung gerakan mahasiswa sendiri
hanyut dalam politik ganja selama hampir 17 tahun dalam UMNO-BN.
Isham Rais dilahirkan pada tanggal 3 Februari, 1951 di Jemapoh, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di Kolej Melayu
Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam
pengajian Sejarah + Asia Tenggara pada tahun 1971.
Kemuncak perjuangan Isham Rais pada tahun 1973-1974 dalam demonstrasi AntiAmerika (kelompok sosialis bermesra dengan kelompok Islamis), Peristiwa Tasek
Utara dan demontrasi Kelaparan Baling.
Dalam peristiwa Tasek Utara, dia ditangkap dan ditahan reman di Penjara Air
Molek, Melaka. Tetapi dalam peristiwa demonstrasi Baling, beliau melarikan diri
ke keluar negara meninggalkan sahabat perjuangan beliau. Adakah beliau
penakut-berlagak pondan melarikan diri?. Ada sebilangan sahabatnya ditahan ISA
dan ada juga masuk hutan. Pengalaman melarikan diri Isham Rais bermula di
Thailand-Australia-India-Iraq-Lebanon-Belgium-England.
Selama hampir kurang lebih 20 tahun menjadi pelarian, Isham mendapat suaka
politik daripada kerajaan Belgium. Dia belajar bahasa Perancis di Universit
catholique de Louvain, Belgium pada tahun 1984. Beliau kemudian belajar seni di
Kolej Brixton, London dan lulus dalam bidang filem dan video dari Universiti
Westminster, London pada tahun 1992. Beliau tinggal di kota London kira-kira 15
tahun.
Beliau juga ada pengalaman bersama Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di
Beirut, Lebanon.
Seorang yang percaya bahawa bahasa Melayu adalah bahasa strategik untuk
perubahan. Begitu juga seni-budaya untuk perubahan. Beliau menulis
57

menggunakan teknik naratif fiksyen dikahwinkan dengan isu semasa. Beliau boleh
disifatkan sebagai aktivis rakyat-budayawan.
Beliau seorang manusia baru dengan roh yang bebas. Pendukung dan
pengembang asal mazhab NGI Non Government Individual yang merayakan apa
sahaja yang baru. Menolak klise yang membosankan. NGI juga merayakan
kepelbagaian dan perbezaan. Setiap susuk boleh menjadi penganut NGI dengan
menerima konsep dilarang melarang. Dipengaruhi oleh fahaman Marxis jenis
Groucho.
Banyak yang boleh belajar daripada tulisan beliau; petrodollar; daulah
terpendam; kospirasi antarabangsa; pembacaan politik dan lain-lain.
Beliau berani mengkritik sesiapa sahaja termasuk Obama dan pencatur-pencatur
dunia kalangan yayasan dan pendana kewangan serta neocon. Beliau
menceritakan kebobrokan pencatur antarabangsa dan pengaruhnya terhadap
dunia.
Malangnya, Hishamuddin Rais bersifat pilih kasih dan selektif dimana beliau tak
mengkritik tokoh-tokoh Malaysia yang cukup baik dengan pencatur, pendana dan
kumpulan pro-kapitalis yang ada di Malaysia.
Beliau istiqamah dalam perjuangan sosialisme mereka. Beliau menjadi ikon
demontsrasi dan forum anak muda yang terpelajar dan mencabar.
Istiqamah sehingga kemenangan
dalam perjuangan menuntut perubahan
kemerdekaan jiwa
kesejahteraan rakyat jelata.

Tasek Utara
Tasek Utara
Setinggan dijarah
untuk sang penguasa
mencium buntut kapitalis.
58

Heronya, Hishamuddin Rais- ditangkap dan dipenjara.


Sebelum pilihanraya 1974, Menteri Besar Johor Osman Saat berjanji akan
menyediakan 574 ekar tanah bagi perumahan rakyat. Pengumuman ini disambut
gembira oleh penduduk setinggan di tanah haram, Kampung Tasek Utara.
Kegembiraan penduduk Tasek Utara tidak lama kerana kerajaan Johor mahu
membangunkan kawasan tersebut sebagai kelab golf. Rakyat membantah.
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) mendapat dua telegram yang
memohon bantuan PMUM dalam menyelesaikan masalah petempatan rakyat
Tasek Utara. Hishamudin Rais dan Yunus Ali dihantar ke Johor Bharu.
PMUM telah menghantar mahasiswa ke Tasek Utara. PMUM dibantu oleh
persatuan mahasiswa dari Singapura. Pada 19 September 1974, FRU dan polis
menyerbu perkhemahan setinggan. Pemimpin rakyat dan mahasiswa ditangkap
termasuk Hishamuddin Rais dan Yunus Ali.
Walaupun isu petempatan ini gagal diselesaikan oleh gerakan mahasiswa, isu
Petempatan Setinggan Tasek Utara ini adalah kunci kebangkitan mahasiswa yang
kemuncaknya Demonstrasi Baling. Peristiwa ini menyebabkan kampus bergolak
dan kuasa autonomi gerakan mahasiswa semakin terhakis dengan campurtangan
pemerintah dan penguasa kampus.
Isu tanah rakyat dan petempatan rakyat antara isu penting gerakan mahasiswa.
Satu dekad kemudian, terdapat isu tanah rakyat di Pulau Kundur, Melaka.
Begitulah perulangan sejarah mahasiswa progresif.
Kudrat mahasiswa ditagih oleh rakyat marhaen. Sebagai tanda setiakawan anakanak muda pada zaman itu terhadap mereka yang ditindas dan dianiaya, mereka
turut sama bangkit menentang pemerintah demi membela nasib rakyat.
Gerakan mahasiswa perlu memenuhi apa yang Usman Awang tulis Untuk
mengambil tahu tentang keadaan dan perkembangan masyarakat.

59

Mahasiswa Langgar Pintu Universiti Malaya


Kalau niatmu Islam, Islamlah yang kamu dapat,
Kalau niatmu mencipta nama, namalah yang kamu dapat,
Kalau niatmu kerna politik, ganjaran politiklah yang kamu dapat,
Tanya niat, luruskan niat, sebelum bertindak.
Menjelang keputusan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah
Persekutuan, sejarah gerakan mahasiswa tercipta apabila buat pertama kalinya
Anwar Ibrahim berjaya dibawa masuk untuk berpidato di Universiti Malaya dalam
era kepembangkangannya. Keadaan Universiti Malaya pada malam itu bagaikan
dirampas kuasanya daripada pihak pentadbiran universiti.
Hujan tidak menghalang semangat mahasiswa dan orang ramai untuk bersolidariti
dan berarak ke Dewan Tunku Canselor serta berkumpul mendengar pidato Anwar
Ibrahim dan pimpinan mahasiswa. Peristiwa pada 27 Oktober 2014 ini
menyaksikan seramai 3000 orang mahasiswa dan orang awam mengempur UM
dan berjaya membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam kampus.
Mahasiswa dan orang ramai mulanya berkumpul di pintu pagar UM untuk
mendengar pidato para pimpinan mahasiswa sementara menunggu kehadiran
rombongan Anwar Ibrahim. Kemudian, mereka telah merempuh masuk ke
kampus untuk mengiringi Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim telah memuji mahasiswa
terutamanya Presiden PMUM, Fahmi Zainol sebagai Harapan Anak Bangsa.
Persoalan yang timbul, apa untungnya atau signifikannya membawa Anwar
Ibrahim memasuki kampus pada malam itu kepada para mahasiswa?. Apa tujuan
dan motif membawa masuk Anwar Ibrahim ke kampus?.
Kesaksian sejarah dipenuhi gimik dan penuh beragenda peribadi dan kumpulan.
Anwar Ibrahim pemimpin politik, isu Anwar Ibrahim bukannya dilihat sebagai isu
rakyat, ia hanya isu peribadi.
Perjuangan mahasiswa perlu kembali kepada tunjang ilmu dan khidmat rakyat
bukannya memenuhi agenda politik kepartian dan isu peribadi.

60

Siapa yang paling untung dalam kes rempuhan pagar ini?. Paling untung dapat
pagar baru.
Mahasiswa perlu berpolitik tetapi
bukan menjadi keldai parti politik
perjuangan mahasiswa untuk perubahan
perjuangan mahasiswa untuk rakyat
perjuangan mahasiswa untuk Islam dan negara.

Hubungan Mahasiswa dengan Pentadbir Universiti


Hubungan mahasiswa dengan pihak pentadbiran universiti terutamanya Bahagian
Hal Ehwal Pelajar (HEP) seringkali menjadi polemik. Setiap kampus mempunyai
cara tersendiri bergantung kepada pimpinan mahasiswa menangani realiti dan
isu. Ada mahasiswa mengunakan pendekatan persuasif, represif dan anarki.
Pelbagai cara ini tidak perlu dipersalahkan kerana setiap mahasiswa dan
pentadbir universiti mempunyai pandangan sarwajagat yang tersendiri dalam
menangani hubungan antara kedua-duanya.
Kebiasaanya di Malaysia, pendekatan anarki seringkali digunakan menyebabkan
hubungan antara mahasiswa dengan pentadbir menjadi tegang. Pada hemat saya,
gerakan mahasiswa mempunyai tiga komponen penting iaitu Jemaah Islam
(Induk) Kampus/Persatuan Mahasiswa Islam, sayap politik dan Persatuan
Mahasiswa Universiti (PMU). Ketiga-tiga pihak ini perlu keseimbangan dalam
bertindak. Kalau PMU menggunakan anarki, JIK-PMI menggunakan pendekatan
persuasif.
Dalam kes Universiti Malaya pada tahun 2014, ketiga-tiga komponen penting
dalam gerakan mahasiswa menggunakan pendekatan anarki. Hubungan pihak
pentadibiran universiti dengan gerakan mahasiswa kelihatan tegang. Kehadiran
pimpinan utama Pro M Universiti Malaya, PMIUM dan PMUM dalam kes
rempuhan pagar UM menjuruskan politik berdasarkan konflik.
Pada tahun 2014, mahasiswa begitu berani dalam membuktikan kegagalan
pentadbiran universiti dan kerajaan dengan mengadakan Pidato Umum Anwar

61

Ibrahim dalam kampus UM dan berdemonstrasi dengan membawa Anwar masuk


ke kampus UM yang tidak pernah dimasuki beliau sejak tahun 1998.
Gerakan mahasiswa dan pentadbiran universiti perlu menggunakan hubungan
seperti antara majikan dengan kesatuan sekerja. Walaupun kesatuan sekerja
salah, gaji tetap diberi tanpa diskriminasi. Manakala kesatuan sekerja yang
memprotes jangan sampai merosakkan harta benda dan memburukkan nama
majikan.
Akibat kes rempuhan dan Pidato Anwar Ibrahim, pentadbir universiti telah
bertindak ke atas mahasiswa yang dikenali UM8 adalah tidak wajar.
Mahasiswa pula perlu ingat, jangan melampaui batas dalam mencabar
pentadbiran universiti dalam semua perkara. Selagi ada jalan damai, pihak
mahasiswa perlu berusaha menyelusurinya. Provokasi dan ketegangan perlu
dikurangkan. Kejayaan dalam demonstrasi belum tentu gerakan mahasiswa kuat
tetapi pengisian selepas demonstrasi sangat penting dalam perubahan dan
perjuangan berdasarkan hujah dan ilmu.
Dulu di Universiti Malaya, Dato Dr Anuar Zaini pernah mengadakan program NADI
UM untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara staf. Saya mohon
mencadangkan program seumpama ini diadakan melibatkan para pimpinan
mahasiswa. Seorang bapa perlu pandai menentukan masa untuk bertindak
dengan sifat garang atau pujukan.
Dan anak yang dimarah itu tetap anak bapa tersebut. Justeru ukhwah melalui sifat
kekeluargaan perlu dicanang dengan mengadakan permukiman selama beberapa
hari. Dialog antara mahasiswa dengan pentadbir perlu lebih banyak dilakukan.
Pentadbiran universiti tidak berhak mengurungi mahasiswa selama-lamanya
kerana sangkar tidak mengubah burung murai menjadi burung cenderawasih.
Pihak pentadbiran universiti perlu menganggap mahasiswa sebagai insan
terpelajar yang telah dewasa, mempunyai hak sebagai rakyat dan dibenarkan
bebas berfikir dan berpendapat selaras dengan penglibatan mahasiswa dalam
pembangunan negara.
Proses komunikasi berupaya membina kepercayaan dan kerjasama antara
pentadbir dan mahasiswa dapat diwujudkan. Usaha awal tentunya datang dari
mahasiswa, dimana mahasiswa diharapkan mampu menahan ego ketika berbicara
dengan yang lebih tua. Diiringi kajian dan data yang benar sehingga kebenaran
62

ilmiah boleh mahasiswa perjuangkan. Usaha awal yang perlu dibangunkan untuk
memupuk kepercayaan satu sama lain bahawa mahasiswa akan berjuang dan
memberikan yang terbaik untuk untuk rakyat jelata.
Hamzah Sendut selaku NC pada tahun 1970an banyak menyelesaikan isu atau
tuntutan mahasiswa dengan perbincangan. Beliau menjemput pimpinan
mahasiswa bertemu dengan beliau. Dengan adanya daya tawar dari mahasiswa,
diharapkan pentadbir melihat mahasiswa secara orang dewasa.
Pada dasarnya mahasiswa tidak boleh merasa mereka di bawah ketiak
pentadbiran universiti dalam aktiviti atau program, mahasiswa perlu mampu
memberi pendapat dan menyatakan hujah bahawa hujah pihak pentadbir yang
tidak sesuai serta mengusulkan kaedah yang diperlukan oleh mahasiswa. Setiap
perkara boleh diselesaikan melalui perbincangan.
Menurut Fatimah Busu lagi Apabila wartawan minta beliau mengulas tindakan
mahasiswa menyerah memo kepada Perdana Menteri mengenai hal penukaran
nama Georgetown kepada Tanjung, beliau (Hamzah Endut) menyokong tindakan
kami,
Demonstrasi banyak
mengubatinya cukup
penentangan.

mencederakan ukhwah dan maruah seseorang,


sukar sekali. Banyakkan perbincangan kurangkan

Nota Penjelasan:
Persuasif: berupaya mempengaruhi atau menyakinkan orang lain untuk
melakukan sesuatu.
Represif: Bersifat menekan (menindas)
Anarki: Keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang

Nota Penjelasan:
Dirujuk daripada tulisan Ali Bukhari Amir.

63

Islamic Representative (IRC) dan Gerakan Mahasiswa Islam


Pada awal 1980an, kedua-dua kumpulan iaitu Ikhwan Alami dan IRC UK
bergabung membentuk IRC. Perjuangan mereka secara rahsia dan melalui proses
pentarbiahan.
Pertembungan antara IRC (baca:JIM-IKRAM) dengan PAS bermula sejak peringkat
sekolah melalui proses pentarbiahan, pengkaderan dan penguasaan persatuan
pelajar(BADAR). Ada yang menyatakan pengaruh utama yang menyebabkan
pertembungan ini ialah terdapat mentor dalam kalangan guru dan pentadbir
sekolah, anak anggota JIM dan PAS dan penyertaan pelajar dalam pertubuhan
pelapis. Antara medan utama pertembungan ini adalah di sekolah berasama
penuh terutamanya sekolah agama.
Kemudian anak-anak JIM/IKRAM/IRC melanjutkan pelajaran ke peringkat
universiti dan bergiat dalam kegiatan universiti. Pembawaan ideologi
JIM/IRC/IKRAM turut sama dibawa bersama mereka. Di universiti, selain daripada
anak-anak anggota, ada juga pelajar universiti yang sememang dilatih dan
diindoktrinasi di sekolah-sekolah milik JIM/IKRAM, ABIM, HALUAN dan PAS.
Mereka ini turut berpengaruh dalam mengerakkan aktiviti gerakan Islam di
kampus.
IRC pernah memegang tampuk pentarbiahan mahasiswa terutamanya
pentarbiahan mahasiswa di Universiti Malaya. Penyusupan mereka secara rahsia.
Pentarbiahan mereka untuk memilih kader berkualiti untuk diserapkan dalam IRC
bukannya PAS yang menguasai Jemaah Islam Kampus (JIK).
Pada era tahun 1986-1988, berlaku perselisihan faham antara kelompok pro PAS
dengan pro IRC. Akibatnya, IRC disingkirkan dalam PMIUM. Ekoran penyingkiran
ini, IRC bertindak balas menyingkirkan kelompok pro PAS daripada Persatuan
Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM(PMAPIUM). Kemudian kelompok pro
PAS berjaya menguasai PMAPIUM pada sesi 1988/89. Pada tahun seterusnya, IRC
menghantar wakil dalam Barisan Mahasiswa Bersatu(BMB) yang pro HEP. Antara
pimpinan IRC terkenal ialah Nazman Mustafa.

64

Di UKM, IPU pernah membentuk Majlis Syura hasil gabungan mahasiswa pro PAS
dan pro IRC. Lujnah tarbiah dipegang oleh IRC manakala lujnah politik oleh IPU.
Pada tahun 1987, berlaku pengeseran apabila IPU mendakwa IRC menarik ahliahli IPU untuk masuk dalam IRC dan melakukan program untuk kepentingan IRC
tanpa pengetahuan Majlis Syura.
Pada mesyuarat agung Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan Islam
UKM(PMFPI) sesi 1988/89, IRC bertanding untuk melawan calon-calon IPU.
Perkara ini berlanjutan dalam muktamar ISIUKM dimana calon IPU dan IRC
bertarung secara terbuka sehingga terpaksa dilakukan dua kali kerana kehadiran
yang luar biasa.
Di UTM, IRC gagal menguasai PMUTM dan PMIUTM tetapi mereka kembali
bangkit apabila Syed Mohd Famy dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor HEP.
IRC cuba menguasai kolej melalui HEP. Pada sesi muktamar PMIUTM sesi
1988/89, ada juga berlaku pertembungan antara IRC dengan pro PAS. Kekalahan
mereka menyebabkan mereka berundur daripada PMIUTM.
Tindakan IRC menarik keanggotan PMI sehingga membentuk Jemaah dalam
Jemaah adalah satu tindakan khianat. Ia satu penyusupan yang tidak beradab
dalam berjemaah, apatah lagi mengunakan kekuatan orang lain untuk
memperkuatkan diri sendiri tanpa pengetahuan pihak terbabit.

Sketsa Grup I
Berjuang dalam cerah
tak perlu menjadi sesumpah
tak perlu naik perahu kertas berlayar di lautan
Kalau mahu kuih akok, ikut acuan kuih akok bukannya acuan biskut moden
Kalau asal daripada telur ayam, menetas keluar ayam jua bukannya anak itik.
Grup I atau Grup Islah boleh dianggap sebagai Group Intelligence Leader , satu
nama yang didakwa sebagai kelompok progresif dalam gerakan mahasiswa Islam
di Malaysia. Mereka adalah satu kelompok progresif yang bersifat bertentangan
dengan pemikiran arus perdana sesebuah organisasi. Dalam konteks Kesatuan
65

Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI), kelompok kiri/progresif mereka dikenali


sebagai KAMMI Kultural.
Dalam menelusuri pengkisahan sejarah Grup I, apa yang menarik kita cari adalah
siapakah mastermind yang sebenarnya berkaitan penubuhan Grup I dan apakah
tujuan Grup I ditubuhkan?.
Cerita bermula apabila seorang mahasiswa tahun pertama datang bertemu
seorang politikus muda. Ikuti sembang kencang mereka.
Mahasiswa (M) : Abang, ada orang kata perkembangan politik dalaman PAS pada
hari ini (2015) berpunca daripada Kumpulan UM yang banyak mempengaruhi
PASMA dan Parti AMANAH. Adakah ia berkaitan dengan Grup I yang dihebohkan
7 tahun lepas?
Politikus Muda (P) : 7 tahun lepas, Grup I didakwa diwujudkan oleh pemimpin PMI
ketika itu. Ada juga yang mendakwa ia ditubuhkan pada tahun 2004 dan ada juga
mendakwa lebih awal iaitu pada awal tahun 2001-2002 di UM dan ia sangat aktif
pada tahun 2001 secara rahsia tanpa pengetahuan JIK.
M: Siapa mastermindnya?
P: Ia melibatkan pengaulan seseorang yang mempunyai persamaan pemikiran dan
pendekatan dalam politik. Ia bagaikan serasi antara kelompok JIM dan Kumpulan
UM. Yang pastinya kumpulan ini tidak pernah mengkritik Dato Seri Anwar Ibrahim
secara terbuka dan selesa mengkritik Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang
secara terbuka.
Dalam gerakan mahasiswa, barisan depan belum tentu pemimpin sebenar atau
mastermind. Kebanyakan barisan depan gerakan mahasiswa adalah boneka yang
berani, teruja dengan senior, bersemangat, mahu mengukir sejarah, populis dan
mudah diarahkan oleh senior. Di sebalik tabir, ada mastermind penggerak atau
pengatur utama perancangan sesuatu aktiviti dan organisasi.
M: Sejauh mana benarnya kewujudan Grup I ini?

66

P: Kikikikikiki. Hipotesis awal hasil pendakwaan terhadap penubuhan Grup I


dibahagi kepada tiga;
1. Hanya satu dakwaan
2. Memang wujud
3. Ia hanya fenomena progresif
Kelompok mahasiswa sememang mempunyai kaitan dengan kecenderungan dan
pengaulan mereka dengan tokoh tertentu, kumpulan tertentu, aliran pemikiran
tertentu dan senior mereka. Kecenderungan dan pengaulan ini akhirnya
membentuk sebuah kumpulan dan kesatuan pemikiran, seterusnya berlakunya
persaingan pengaruh dan kuasa antara kem-kem dalam sesebuah organisasi.
Persaingan antara kumpulan/kem dalam sebuah organisasi bukanlah musuh yang
sebenar kerana mereka hanya mahu perubahan dalam organisasi, berfikir di luar
lingkungan kotak pemikiran arus perdana organisasi dan bersifat kritikal terhadap
organisasi. Sesetengah orang, sifat progresif atau fenomena progresif ini dilihat
mengancam organisasi dan menentang kepimpinan semasa organisasi.

M: Adakah kewujudan Grup I ekoran perang saudara antara kem dalam PAS?
Seperti yang abang jelaskan tadi, fenomena progresif adalah lumrah dalam
sesebuah organisasi.
Dalam PAS, mereka seringkali menyatakan pertembungan Kumpulan UM dengan
mana-mana kumpulan dalam Dewan Pemuda, kelompok tarbiah Tuan Guru Harun
Taib dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang versus Kelompok Tarbiah Tuan Guru Yahya
Othman dan sesiapa jua yang bertembung dengan kelompok PAS Terengganu
yang cukup berpengaruh sejak kebangkitan kepimpinan ulama dalam PAS.

M: Bila kumpulan UM ditubuhkan?


P: Kumpulan UM diangggotai oleh sekelompok mahasiswa dari UM dan para
pengasas JIK. Mereka adalah gerakan mahasiswa pro PAS dan anti Anwar masuk
UMNO.
67

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982 menelurkan


kecelaruan pemikiran di kalangan penggerak gerakan mahasiswa Islam. Selama
ini, gerakan mahasiswa Islam bersifat proksi ABIM dan PAS tidak mencampuri
urusan gerakan mahasiswa Islam.
Di Universiti Malaya, muktamar PMIUM sesi 1983/84 terpaksa ditangguh
seketika. Berlaku perebutan kuasa dalam PMIUM dimana Mohamad Hussein dari
proksi PAS telah mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang pro Anwar. Pada
peringkat awal, usaha kompromi telah dilakukan oleh pemangku Presiden
PMIUM, Azami Zaharim yang mencadangkan Takiyuddin Hasan sebagai presiden
dan Mohamad Hussein sebagai timbalan tetapi ahli exco PMIUM bersetuju
melantik Mohamad Hussein sebagai presiden dan Takiyuddin sebagai timbalan.
Kekecohan berlaku apabila Takiyuddin menarik diri dalam muktamar dengan
memberi laluan kepada Mohd Taib Ahmad menduduki jawatan timbalan.
Kumpulan pro Pas yang menjatuhkan proksi ABIM terdiri daripada Mohamad
Hussein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad Zarkhashi
dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kampung Kerinchi bagi menaikkan
kumpulan pro PAS. Mereka dilabelkan sebagai Kerinchi 6.
Azami Zaharim yang pro ABIM-PKPIM membantah tetapi gagal dalam pengundian
apabila proksi ABIM hanya mendapat 35 undi. Kekalahan proksi pro Anwar
Ibrahim menandakan kelunturan pengaruh ABIM-PKPIM di kampus Universiti
Malaya dan kemunculan PAS sebagai wadah perjuangan mahasiswa Islam yang
baru. Kelompok ABIM-PKPIM kembali ke proksi asal mereka, PBMUM.
Dalam politik Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), kelompok mahasiswa Islam yang
menjatuhkan proksi ABIM di Universiti Malaya telah didakwa mewujudkan
Kumpulan UM atau Kumpulan Republik Islam dalam persaingan dalaman DPPP.
M: Bagaimana pengaruh IRC/JIM dalam Grup I dan JIK?
P: Pengaruh JIM/IRC dalam PAS cukup popular sejak tahun 2001. Tokoh-tokoh
akademik mereka mengangkat konsep Profesional Ustaz [PROTAZ] dan dalam
politik, profesional mereka sangat menonjol. Tempias ini sampai ke universiti, JIK

68

memberi muka kepada anak asuhan JIM berada dalam JIK. Menariknya, ada
kalangan mereka menjadi Amir JIK.
M: Saya kurang jelas lagi tentang penubuhan asal Grup I?
P: Pada abang, ia bukan ditubuhkan 7 tahun lepas. Ia ditubuhkan pada awal tahun
2001 bahkan lebih awal. Ia bersifat jemaah dalam jemaah. Satu kumpulan rahsia
telah ditubuhkan oleh sekelompok pemimpin mahasiswa. Pemimpin mahasiswa
ini rapat dengan salah seorang ahli parlimen di Kelantan, salah seorang anggota
Kumpulan UM yang asal. Kumpulan ditubuhkan tanpa pengetahuan Amir JIK dan
Majlis Syura Kampus ketika itu.
Mereka mempunyai pelapis, baton kepimpinan akan diberi kepada generasi adikadik pelapis sebagaimana yang berlaku dalam JIK sendiri. Ia menyebabkan berlaku
fenomena jemaah dalam jemaah di dalam JIK. Jika Presiden PMI dalam kalangan
pro PAS totok, kehadiran kumpulan ini dalam JIK/MSK/AU dirahsiakan tanpa
pengetahuan Amir JIK dan ahli MSK yang totok PAS.
Kewujudan Grup I disedari dimana ramai anggota PMI hilang semasa aktiviti
PMI. Peristiwa ini sangat terkenal dikenali sebagai Tamrin Kota Bharu.
M: Apakah kesan kewujudan Grup I?
P: Perpecahan dalam PAS seakan-akan perancangan besar(grand design) pihak
tertentu yang dilakukan dengan begitu terancang. Mereka mengunakan puak
yang berpengaruh dalam PAS iaitu Kumpulan UM dan anak-anak murid Tuan Guru
Yahya Othman. Ia dikatakan bermulanya kemenangan Ustaz Nasharudin Mat Isa
sebagai Timbalan Presiden PAS mengalahkan Ustaz Hassan Shukri. Diikuti dengan
dengan beberapa perkara seperti strategi dua lapis dan Kerajaan Perpaduan (UG).
Idea UG peringkat awal dilontar oleh puak ini sebelum dipopularkan oleh TGHH.
Kelompok ini menubuhkan sayap progresif mereka di peringkat mahasiswa
dikenali orang sebagai Grup I.
Dan kita boleh lihat pada hari ini, grup I dan kelompok progresif dalam PAS
menggerakkan PASMA, AMANAH dan kelompok pro Dato Husam Musa yang
menjadi penentang kepada kepimpinan PAS.
69

Kita tidak tahu, siapakah disebalik perkara ini?


M: Terima kasih abang kerana berkongsi maklumat.
P: Sama-sama.

Muda kuat dan bersemangat,


tetapi kurang pengalaman,
muda mudah tertipu dek retorika pidato, keberanian dan imej seseorang.

Jemaah Islam Kampus (JIK)


Jemaah Islam (Induk) Kampus (JIK) dikatakan sayap politik mahasiswa PAS
ataupun kelompok pro PAS. Pegangan asal JIK adalah kelompok pro PAS yang anti
kemasukan Anwar ke dalam UMNO. PAS menubuhkan Unit Kader PAS (UKP)
untuk menguasai pentarbiahan kampus daripada kelompok ABIM pro Anwar.
Sejarah penubuhan mereka agak kabur tetapi ramai berpendapat JIK ditubuhkan
setelah PMIUM dikuasai oleh kelompok pro PAS. Kalau begitulah pendapatnya,
para pengasas JIK berada dalam kelompok yang merampas PMIUM daripada
kelompok PKPIM-ABIM ketika itu.
Secara peribadi, konsep JIK mendekati konsep IRC dimana konsep pemayungan
organisasi dibawah kawalan Jemaah atau dikenali Harakah Islam Syumuliyyah
(HIS). Tidak menghairankan kerana ramai tokoh JIK ketika itu rapat dengan Ustaz
Alias Othman dan kelompok IRClah yang menguasai lujnah Tarbiah PAS ketika itu.
JIK bermula setelah peristiwa kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO yang
menelurkan kecelaruan pemikiran di kalangan penggerak gerakan mahasiswa
Islam. Di Universiti Malaya, muktamar PMIUM sesi 1983/84 terpaksa ditangguh
ketika.

70

Perebutan kuasa tertinggi dalam PMIUM dimenangi oleh Mohamad Hussein dari
proksi PAS setelah mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang pro Anwar. Pada
peringkat awal, satu usaha kompromi telah dilakukan oleh pemangku Presiden
PMIUM, Azami Zaharim dengan mencadangkan Takiyuddin Hasan sebagai
Presiden PMIUM dan Mohamad Hussein sebagai timbalan tetapi ahli exco PMIUM
bersetuju melantik Mohamad Hussein sebagai presiden dan Takiyuddin sebagai
timbalan. Kekecohan berlaku apabila Takiyuddin menarik diri dalam muktamar
dengan memberi laluan kepada Mohd Taib Ahmad.
Kumpulan mahaiswa pro Pas yang menjatuhkan juak ABIM terdiri daripada
Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad
Zarkhashi dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kg. Kerinchi bagi menaikkan
kumpulan pro PAS. Mereka dikenali Kerinchi 6. Azami Zaharim yang pro ABIMPKPIM membantah tetapi gagal apabila proksi ABIM hanya mendapat 35 undi.
Kekalahan proksi pro Anwar Ibrahim menandakan kelunturan pengaruh ABIMPKPIM di kampus Universiti Malaya dan kemunculan PAS sebagai wadah
perjuangan mahasiswa Islam yang baru. Kelompok yang dikatakan pro PAS ini
dikenali sebagai Jemaah Islam Kampus (JIK). JIK menguasai organisasi seperti PMI
sehingga ke hari ini.
PKPIM-ABIM mula melakukan pewarnaan semula bagi menyegarkan matlamat
perjuangan di kampus. Proksi ini mula kembali semula mengakari PBMUM yang
semakin kelesuan. Pengaruh PKPIM-ABIM terkelihatan dalam PBMUM dengan
kehadiran Saifudin Abdullah sebagai Presiden PBMUM [ mantan EXCO PMIUM
yang pro ABIM-PKPIM]. Pertembungan golongan Islamis pro PAS dengan golongan
Islamis pro ABIM-PKPIM yang telah bergabung dengan golongan Nasionalis telah
merancak kembali suasana politik kampus.
Pada hujung tahun 1980an, Prof Syed Hussein Alatas sebagai Naib Canselor telah
mengadakan pilihanraya kampus secara berparti diwujudakan kembali dan sudut
pidato. PMIUM telah menubuhkan sayap politik yang dikenali sebagai NADI.
Menurut Dr Zuhdi Marzuki, persaingan tahun 1990an bukan lagi antara nasionalis
tulen dengan Islamis tetapi antara sesama Islamis. Kelompok Islamis Pro Anwar
(ABIM-IRC) menentang kelompok Islamis Pro PAS.

71

Di UKM, ATMA telah mengalami krisis setelah Anwar Ibrahim masuk UMNO.
Kekecohan berlaku apabila pilihanraya kampus sesi 1984/85 dimana pro PAS
diketuai oleh Wan Ismail Wan Jusoh yang sepatunya menerajui PMUKM menarik
diri dan tampuk DYP PMUKM diambil-alih oleh Mustafa Kamil Ayub.
ATMA telah berpecah kepada ATMA dan Ikatan Penyelamat Islam(IPU). IPU telah
menguasai banyak persatuan mahasiswa termasuk PMUKM. IPU berbasiskan
ISIUKM. Pertarungan IPU-ATMA-TSB berterusan. Antara ketiga-tiga kumpulan,
ATMA paling lemah. Pada era tahun 1990an, IPU membina imej baru dengan
menubuhkan Angkatan Mahasiswa Penggerak Ummah (MAMPU).

Tanpa Kegilaan, Anak Muda Tidak Berjaya.


Pemuda itu adalah sebahagian dari gila
Bermulanya sesuatu kejayaan datangnya daripada satu kegilaan. Nabi Noh As
membina kapal di daratan. Kaumnya mengatakan Nabi Noh gila, akibatnya si
pentohmah kelemasan dalam banjir besar tersebut.
Nabi Muhammad SAW juga ditohmah sebagai orang gila, baginda terus berusaha
menyeru umatnya dengan Islam sehingga akhirnya Islam membentuk empayar
keagungan dan tersebar ke seluruh alam.
Kebanyakan perjuangan kemerdekaan dan revolusi dimulakan oleh anak muda
yang dianggap gila. Anak muda mesti berani sebagaimana dinyatakan oleh Usman
Awang, sederap belajar dari hidup berani dan perlu bersifat kurang ajar
sebagaimana ungkapan Usman Awang, Kau harus jadi manusia kurang ajar.
Sifat pemberani dan kurang ajar ini menjadi azimat penting dalam perjuangan
anak muda sehingga ada kalangan mereka dipenjara, naik-turun mahkamah,
dipukul dan pelbagai jenis halangan dikenakan kepada mereka. Mereka terus
mara dengan berani dalam perjuangan menentang pemimpin yang zalim,
imperialis dan penyelewengan.

72

Sun Yat Sen dan Sukarno melawan imperialis bermula usia 28 tahun, Anwar
Ibrahim memimpin ABIM dalam era keagungannya ketika usia 20an dan ramai
para pejuang dan tokoh-tokoh memulakan perjuangan mereka ketika usia 20an.
Semangat yang ada pada diri mereka menyebabkan mereka gila mara
menentang musuh mereka.
Dalam usaha berjasa dan berkhidmat kepada rakyat, ada anak muda sanggup
mengenepikan kerjaya yang bergaji lumayan untuk perjuangan rakyat. Kita lihat
generasi awal ABIM pimpinan Anwar Ibrahim mengasaskan sekolah swasta untuk
pelajar yang keciciran seperti Yayasan Anda Akademik, Maahad Ikhwan dan
Institut Berakan di Terengganu, dan Institut SOFAR di Perak. Kegilaan dan
semangat mereka bukan sahaja dalam bidang politik tetapi merentasi bidang
sosial dan ekonomi.
Sukarno berkata berikan kepadaku 1000 orang tua, aku sanggup mencabut
Semeru dari uratnya. Tapi berikan kepadaku 10 pemuda, aku sanggup
mengoncangkan dunia. Semangat dan kegilaan anak muda berupaya
mengoncangkan dunia.
Pemuda harapan bangsa, sanggup berjuang sehingga darah terakhir,
Tiada pilihan bagi mereka kecuali
mati syahid atau hidup berjasa.

Mahasiswa
Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dan buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu
bersama ke tengah jalan raya kota.
Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
73

para buruh dan petani di jalan Sungai Besi


sederap belajar dari hidup berani.
Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersama berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.
1961,
Usman Awang.

Kurang Ajar
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajar akan pada anakku;
Kau harus jadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
memiliki tanah dengan caranya
sebelumnya mereka tak punya apa-apa
kerana ajaran malu dari bangsanya.
suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.
1967,
Usman Awang.

74

Kebangkitan Semula Gerakan Mahasiswa Islam


Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar:
Belajar sambil
mencabar
Pengetahuan tidak berjuntai
seperti pisang
Bangsa tidak termaju
tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar.
Ungku Abdul Aziz
Kemenangan kumpulan Islamis dalam Revolusi Iran mencetus fobia kepada
masyarakat sekular terhadap kebangkitan semula Islam. Gerakan Mahasiswa
Islam yang digelar orang dakwah dilihat satu elemen yang menakutkan kerana ia
cuba menggugat ideologi sekular yang dianuti oleh pemerintah, penguasa
universiti dan pelajar sendiri.
Kezahiran Islam dalam cara hidup mahasiswa Islam seperti berpurdah melahirkan
kegelisahan kepada pihak pentadbir universiti. Di Universiti Teknologi Malaysia,
Anuiddin Wahid tidak menggalakkan pelajar memakai purdah. Mahasiswa
Universiti Malaya pula terpaksa menandatangani perjanjian larangan pemakaian
purdah oleh Ungku Aziz. [Lihat Utusan Malaysia, 24.6.1986.].
Peningkatan kesedaran Islam pada tahun 1970an telah meletakkan PMIUM
sebagai wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Pada pertengahan
tahun 1970an, PMIUM dan PBMUM bersifat nasionalis-Islamis muncul sebagai
pencabar Kelab Sosialis UM. Presiden PMIUM, Siddiq Fadil telah berjaya mengikis
semangat nasionalisme sempit dan mengarahkan semangat tersebut mengikut
perspektif Islam. Pada ketika itu, PMIUM dikuasai oleh proksi ABIM PKPIM UM.
Kelompok nasionalis-Islamis ketika itu komitmen dengan tegas pelaksanaan Islam
di kampus. PMIUM cuba menghalang tradisi Universiti Malaya yang mempunyai
unsur maksiat seperti majlis ball night dan unsur judi dalam pestaria.
Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM yang menjuruskan
kepada kemaksiatan. Perkara ini mewujudkan perang dingin antara PMIUM
75

dengan PMUM. Akibatnya, sebab itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi
sesi 1975/76 kemudian diterima kembali pada sesi 1977/78 tetapi pada sesi
1978/79 sekali lagi PMIUM disingkirkan.
Situasi ini mendorong PMIUM mengubah corak pendekatan yang lebih progresif
untuk mengambil alih tampuk pimpinan PMUM. PMIUM buat kali pertamanya
meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kampus. Pada tahun 1977, PMIUM
meletakkan calon mereka iaitu Sidek Baba, Syed Muhamad Dawilah al Idrus,
Nasaruddin Abdul Jalil dan Naharuddin Abdullah. Hanya Sidek Baba dan
Naharuddin Abdullah yang berjaya memenangi kerusi.
Pada pilihan raya sesi 1979/80, PMIUM memenangi 10 kerusi tetapi gagal
memperolehi majoriti 2/3. Antara calon PMIUM adalah Redzuan Othman di
Fakulti Sastera dan Yazid Othman bagi kerusi umum. Kumpulan Islam membentuk
Barisan Mahasiswa bagi menentang Gabungan Mahasiswa.
Pilihan raya sesi 1979 telah menelurkan budaya berparti dalam politik kampus.
Barisan Mahasiswa yang menang tipis telah memilih Anual Bakri sebagai
Presiden PMUM dan Yazid Othman sebagai Naib Presiden. Kerajaan Mahasiswa
Islam mula mencegah aktiviti mungkar seperti jamuan arak dan budaya makan
malam tahunan yang dihiasi program mungkar.
Kerajaan Mahasiswa Islam cuba disabatag oleh proksi Nasionalis-pro pemerintah.
Barisan Mahasiswa tidak dapat membentuk kabinet PMUM yang mantap kerana
Gabungan Mahasiswa mendapat 11 kerusi daripada 21 kerusi. Kesilapan Barisan
Mahasiswa adalah memperuntuk tiga kerusi untuk orang bukan Melayu tetapi
tiada orang bukan Melayu mahu bertanding untuk Barisan menyebabkan
Gabungan Mahasiswa menang mudah di kawasan berkenaan.
Pada 4 Ogos 1979, Barisan Mahasiswa cuba menubuhkan kabinet tetapi Ketua
Gabungan Mahasiswa, Yusuf Abdul Rahman cuba melakukan undi tidak percaya.
Kelompok Islamis mengambil tindakan bijaksana dengan keluar mesyuarat agar
korum 2/3 tidak mencukupi untuk mengundi. Yusuf Abdul Rahman menyifatkan
tindakan 10 anggota Barisan tidak demokrat.
Barisan mencabar Gabungan agar meletak jawatan supaya pilihan raya dapat
diadakan semula. Kekecohan ini menyebabkan pendaftar HEP, Yunus Nawal dan
76

Puan Chua campurtangan. Akhirnya, Gabungan bersetuju bekerjasama walaupun


cuba dihalang oleh ketuanya. Barisan kabinet PMUM diketuai oleh Anual Bakri
Haron (Presiden), Yazid Othman(Timbalan), Redzuan Othman (Setiausaha Agung),
Zaidan Ali (Bendahari), Amir Hamzah Abdul, Anuar Yusof, Yahya Husin, Mohd Nor
Anuar, Abdul Ghani Ghulam Din, Abdullah Rahman, Fong Seng Wah, Cheng Huck
Joo, Rosli Ahmad dan Yusuf Abdul Rahman.
PMUM tidak berfungsi dengan baik menyebabkan Anual Bakri mahu berbincang
dengan Yusuf di Dataran Ekonomi. Pada mulanya Yusuf menolak pelawaan
tersebut tetapi setelah diugut oleh Roselan Abdul Rahman untuk menarik balik
sokongan terhadap Gabungan, beliau bersetuju berbincang.
Krisis PMUM selesai apabila Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung
meletakkan jawatan iaitu Anual Bakri, Yazid Othman dan Redzuan Othman.
Kebuntuan kepimpinan PMUM sejak 23 Julai 1979 dapat diselesai dengan
kompromi iaitu Yazid Othman sebagai Presiden, Yap Ching Kiat (Timbalan), Rosli
Ahmad (Setiausaha Agung), Zaidin Ali (Bendahari) dan Redzuan Othman
(Penolong Setiausaha Agung).
Tekanan HEP dan masalah pemilihan personaliti menyebabkan golongan Islamis
tewas dalam pilihan raya kampus 1980/81 pada 18 Julai 1980 kepada golongan
Nasionalis.[ Selain itu, kemenangan Gabungan disebabkan kegagalan Barisan
menangani kes kepincangan perasmian TIG (aktiviti sukan), kegagalan baktisiswa
di Sabah dan kegagalan program ke Indonesia.
Calon ternama kelompok Mahasiswa Islam yang tewas adalah Zaidan Ali, Yazid
Othman, Abdul Ghani Golamadin dan Che Yazid Che Seman. Roselan Abdul
Rahman dilantik sebagai Presiden PMUM manakala Rosley Ahmad dilantik sebagai
Naib Presiden. Kekalahan kumpulan Islamis dalam pilihan raya kampus di
Universiti Malaya wajar ditelusuri daripada aspek tekanan psikologi yang dicanang
oleh akhbar tempatan terutamanya Utusan Malaysia.
Utusan Malaysia memberi gambaran kotor dengan mewujudkan polemik Regim
KAMI di kampus-kampus universiti tempatan. Istilah Rejim KAMI dicipta
mengambar gerakan Mahasiswa Islam adalah kumpulan radikal. Kekalahan
kumpulan Islamis yang disifatkan sebagai pelampau agama di UKM disebar secara
meluas di muka utama akhbar tersebut. Secara terancang, isu perjudian semasa
77

Pestaria 1980 dihangatkan kembali dengan tuduhan sempitnya pemikiran


pimpinan PMUM terutamanya Yazid Othman. Tekanan psikologi menyebabkan
pelajar terpaksa menolak kumpulan pelajar Islamis.
Pada pilihan raya sesi 1981/82 yang diadakan pada 24 Julai 1981, Islamic Group
yang dipimpin oleh Ahmad Shabery Cheek telah berjaya menguasai MPP.
Kumpulan Islam dikenali dengan slogan Kepimpinan Dinamis Mahasiswa
Progresif berjaya memenangi pilihan raya kampus dan Ahmad Shabery Cheek
dilantik sebagai Presiden PMUM. Kemenangan ini meningkat imej kumpulan
Islamis yang tercalar pada pilhan raya sesi yang lepas.
Penguasaan golongan Islamis atau PMIUM terhadap politik kampus tidak
berterusan kerana PMIUM memboikot pilihan raya kampus sesi 1983/84 kerana
masih terdapat unsur judi dalam Pesta Ria sesi tersebut. PMIUM menguasai
pilihan raya kampus 1985/86. Kemenangan ini menelurkan aspirasi baru kepada
mahasiswa Islam kerana kumpulan Islam mula memdominasi kampus-kampus di
seluruh negara. PMUM mengorak langkah menubuhkan Barisan Bertindak
Mahasiswa Negara (BBMN) yang menyelaras aktiviti mahasiswa Islam di bawah
pimpinan Zulkifli Yusof (Presiden PMUM).
Di UKM, pengaruh Islam bermula dengan bermulanya penubuhan UKM. Kampus
awal UKM berhampiran UKM banyak mempengaruhi gerakan mahasiswa UKM.
Pada awal 1970an, PKPIM mula meluaskan pengaruh mereka ke kampus UKM.
PKPIM berjaya meletak Ramli Ibrahim sebagai Pengerusi Penaja Jawatankuasa
Penaja PMUKM dan kemudianya dilatik sebagai YDP PMUKM sesi 1971/72.
Pada sesi 1973/74 dibawah pimpinan Abdul Halim Arsyad, PMUKM berkrisis
dalam peristiwa pelantikan Abdullah AYUB sebagai NC dan krisis dengan Dato
Harun Idris Menteri Besar Selangor dalam isu pembalakan haram. Antara
pemimpin mahasiswa yang memainkan isu ini ialah Idris Juzi dan Abdul Rahman
Rukaini. PMUKM juga turut menyertai banyak demonstrasi termasuk demonstrasi
rakyat Baling.
Selepas AUKU 1975, PMUKM masih dikuasai oleh kelompok PKPIM yang diketuai
oleh Fuad Hasan dan dibantu oleh Abu Bakar Chik. Pada tahun 1979, budaya
politik kepartian menular di UKM. Kumpulan Islamis dikenali Angkatan Tindakan
Mahasiswa (ATMA) manakala kumpulan nasionalis-HEP oleh Tindakan Siswa
78

Bersatu(TSB). Perseteruan mereka dalam banyak isu antaranya konsert Aleyycats,


pertunjukan tarian lilin, isu kebajikan dan lain-lain.
ATMA memperkuatkan pengaruh mereka dalam Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM).
Politik kampus era 1970an di UKM dikuasai oleh kelompok Islamis. Pada tahun
1980, ATMA tewas buat kali pertama. Semua kerusi umum, ATMA tewas kecuali
Fadhullah Shuaib. TSB melantik Mohd Rais Zainudin sebagai YDP dan dibantu oleh
Abdul Rahman Bakar.

Konflik Dalaman Gerakan Mahasiswa 1970an


"Gerakan Pelajar mahupun politik pelajar seharusnya mempunyai orientasi
tersendiri dan tidak seharusnya serba sama dengan politik kepartian"
Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS

Pertembungan Elemen Radikal dengan Mahadzir Khir dalam PBMUM.


Krisis PBMUM mula memuncak apabila PBMUM mengadakan mesyuarat
tergempar ekoran Setiusaha Agung PBMUM, Ismail Kamari meletakkan jawatan
pada 18 Oktober 1971 tetapi mesyuarat PBMUM membulatkan keputusan
menolak peletakkan jawatan tersebut. Menurut Mahadzir Khir terdapat anasiranasir luar yang cuba melumpuhkan PBMUM dan mengulingkan beliau sebagai
presiden.
Anasir luar yang dimaksudkan oleh Mahadzir adalah warisan proksi radikal iaitu
warisan perjuangan Anwar Ibrahim dan Noordin Razak. Perkara ini terbukti dalam
mesyuarat pada bulan September 1971 dimana Noordin Razak mengkritik gaya
kepimpinan pasif Mahadzir Khir.
Pengolakkan dalam PBMUM berlaku disebabkan perubahan dasar dan
pendekatan Mahadzir berbeda dengan tradisi PBMUM yang radikal. Zaman Sanusi
Osman, Anwar Ibrahim dan Noordin Razak telah meninggalkan legasi budaya yang
radikal dimana PBMUM menggunakan kekuatan aksi, lawan dan demonstrasi
untuk menyelesaikan masalah manakala Mahadzir bukanlah pemimpin yang
diasuh oleh Anwar Ibrahim.
79

Mahadzir menjelaskan beliau adalah newcomer kepada PBMUM. Keradikalan


berkurangan kerana banyak isu telah diselesaikan dimana Bahasa Melayu mula
dilaksanakan di kampus dan masalah kemiskinan mula diambil berat oleh
kerajaan. Pendapat ini disokong Muhamad Abu Bakar, kepudaran warna
perjuangan PBMUM kerana ketiadaan isu-isu besar.
Mahadzir menggunakan kaedah perundingan dan taktikal. Mahadzir Khir
mengadakan program jangka panjang seperti kelas STPM dan jika terpaksa
barulah digunakan kaedah demonstrasi. Kaedah perundingan digunakan dalam
menyelesaikan masalah pemilikan tapak bangunan MARA di Pekan Rabu
manakala kaedah demonstrasi digunakan dalam menyelesaikan isu bahasa yang
ditimbulkan oleh Kahar Bador.
Dalam mesyuarat PBMUM, proksi radikal tewas dalam undi tidak percaya
terhadap Mahadzir pada 22 Oktober 1971 dan 8 anggota exconya meletakkan
jawatan. Menurut Nawi Yusof, Pengarang Mahasiswa Negara, kekalahan proksi
radikal memusnahkan kabinet bayangan yang telah merancang bergerak secara
berkesan dari tenaga yang berpengalaman.
PMUM vs Sidang Pengarang Akhbar Mahasiswa Negara
Pada 6 Jun 1972, Majlis PMUM ke 14 telah menyingkir sidang pengarang akhbar
Mahasiswa Negara kerana mengkhianati dasar perjuangan PMUM. PMUM juga
menuduh pengurusan akhbar Mahasiswa Negara mengalami krisis kewangan
apabila ketua pengarang akhbar Mahasiswa Negara, Vijayan tidak menghantar
laporan kepada Majlis PMUM pada 9 Mei 1972.
Pada awal bulan Mei 1972, sidang pengarang Mahasiswa Negara mengeluarkan
artikel Does UMSU Rag Too yang cuba mempersoalkan kebebasan freshees
kerana mereka dipaksa terlibat dalam Freshmen Solidarity March (satu upacara
membawa sepanduk mengelilingi kampus).
PMUM menganggap pemaparan artikel ini memcemar imej PMUM dan Majlis
PMUM membulatkan keputusan memecat sidang pengarang Mahasiswa Negara.
Sidang pengarang Mahasiswa Negara tidak berdiam diri dan membidas tindakan
PMUM sebagai retrogressive dan satu sekatan kepada kebebasan akhbar.
80

Kehangatan skandal bertambah serius apabila Presiden PMUM, Sim Kim Chew
dan Setiausaha Agung, Salleh Yusof meletakkan jawatan apabila Majlis PMUM ke
14 menolak usul Setiausaha Penerbitan PMUM, Lee Chee Keong yang didapati
bertanggungjawab dalam penyelewengan itu. Walau bagaimanapun, peletakan
jawatan itu ditarik balik keesokan harinya.
Pada 19 Jun 1972, Majlis PMUM ke 14 digulingkan dalam undi tidak percaya.
Golongan anti Sim Kim Chew telah melantik Ahmad Sebi sebagai Setiausaha
Agung baru. Kumpulan penentang ini mempunyai pengaruh dalam Majlis PMUM
kerana terdiri daripada orang berjawatan seperti Ramli Sharif(Timbalan Presiden),
Ahmad Sebi Abu Bakar(Penolong Setiausaha Agung), Ishak Abdul
Hamid(Setiausaha Kewangan) dan Azman Alias (Setiausaha Sosial).
Kewujudan kumpulan ini berpunca ketidakpercayaan mereka terhadap Sim Kim
Chew yang telah melindungi Lee Chee Keong sedangkan Chee Keong cuai semasa
mengawasi akhbar Mahasiswa Negara sehingga berlaku penyelewengan.
Kumpulan penentang ini menggunakan isu perkauman untuk menjatuhkan
mahasiswa progresif Kelab Sosialis.
Pertembungan Dalam PKPM
Pertembungan dalam PKPM berlaku pada tahun 1972, apabila mahasiswa sosialis
telah tewas dalam pemilihan PKPM. Sebelum ini, PKPM dikuasai oleh mahasiswa
daripada Universiti Malaya. Pertambahan jumlah universiti menyebabkan
pengaruh mahasiswa UM telah terhakis. Hishamuddin Rais, Setiausaha Agung
PKPM telah tumbang. Kepimpinan PKPM baru dipimpin oleh Idris Juzi yang dilihat
rapat dengan Anwar Ibrahim.
Penguasaan PKPM penting kerana PKPM adalah wakil gerakan mahasiswa
Malaysia dalam Persatuan Pelajar Asia (ASA).

81

Kritik Apabila Kritikan Perlu


Di dunia wacana, lawan debat adalah rakan berfikir. Setiap pendapat yang
terungkap, menyenangkan atau menyakitkan, semangat mendasarinya tetap
sama; ingin jujur kepada diri sendiri. Memuji tanpa motif untuk mengampu,
mengkritik tanpa maksud untuk menyakiti Siddiq Fadzil
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan
perubahan besar dalam pemikiran dan kebudayaan masyarakat. Sesiapa sahaja
boleh menulis pendapat mereka dalam apa sahaja tanpa had dalam media sosial.
Kewartawanan rakyat-viral iaitu berita dari rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat
muncul mencabar kewartawanan arus perdana dibawah kawalan pemerintah.
ICT berperanan sebagai lidah baru pada zaman moden. Ia juga dilihat sebagai
perantara pra kemunculan dajal al masih. Kepantasan maklumat tersebar salah
satu ciri dajal. Kebanjiran maklumat juga membuka pintu fitnah, berburuk sangka,
dengki, mengumpat, kata mengata dan caci mencaci antara satu sama lain.
Kritikan ada dua jenis iaitu kritikan membina ada hujah, ada saranan, dan
kritikan meruntuhkan fitnah, persepsi dan niat tidak baik.
Saidina Abu Bakar dan Umar al Khattab menyeru rakyat mengkritik mereka
membetulkan dan menegur kesalahan mereka. Pemimpin yang berjiwa besar dan
mempunyai kesabaran yang tinggi mampu menghadapi kritikan.
Permasalahan yang berlaku dalam mengkritik pada hari ialah kurang beradab
dalam mengkritik, maklumat yang tidak tepat-fitnah, persepsi-buruk sangka,
selektif-pilih kasih, cuba memalukan penerima kritikan dan tidak menggunakan
saluran yang betul.
Penulis percaya setiap kritikan itu mengandungi niat baik atau buruk seseorang.
Seorang rakyat, kita mempunyai hak mengkritik pemerintah, cuma ikutlah saluran
yang betul dan beradab. Jadilah insan budiman dalam mengkritik.
Taksonomi Mengkritik dan Menegur pemerintah.

82

Peringkat
Mengkritk dan Menegur Pemerintah.
Tertinggi Bersabar dan berdoa untuk perubahan sikap dan
3
hidayahnya
Secara tertutup dan dalaman
2
Terendah Secara Terbuka termasuk demonstrasi.
1
Islam agama yang mengalakkan pembahasan. Pembahasan boleh berlaku dalam
forum dan debat. Pembahasan perlu dilakukan dengan cara yang lebih baik (surah
al Ankabut: 46 dan surah an Nahl: 125). Pembahasan sendiri boleh dijadikan
wadah yang baik untuk mengkritik sesuatu secara berilmu dan berhikmah.

Mahasiswa Progresif Merampas Kuasa di Universiti Malaya


Mahasiswa bukan sahaja berhak mengeluarkan suara-intelek mereka tetapi
boleh dikatakan mereka wajib memberi syor serta teguran oleh kerana merekalah
di antara ribuan pemuda-pemudi yang lain, dari desa dan kota, yang bernasib
baik
berpeluang mencapai pelajaran tinggi Ungku Abdul Aziz
Secara umum, rampasan kuasa atau coup detat dimaknai sebagai satu usaha
yang dilakukan dengan menggunakan kekerasan atau ugutan untuk menukar
kerajaan demi perubahan pentadbiran dari peringkat akar umbi sehingga ke
peringkat pusat. Ia biasa dilakukan oleh pihak tentera.
Perkataan rampasan kuasa dipercayai digunakan pada tahun 1811, setelah
Napoleon merampas kuasa. Perkataan ini dikatakan berasal daripada Revolusi
Perancis pada tahun 1799.
Pengkaji ketamadunan, Samuel P Huntinton membahagikan rampasan kuasa
kepada beberapa jenis. Pertama Breakthrough coup d etat iaitu rampasan kuasa
yang hanya berlaku sekali dan membawa satu ideologi yang mahu dikembangkan.
Contoh revolusi China yang meruntuh kerajaan beraja, Dinasti Manchu.

83

Kedua, guardian coup detat iaitu rampasan kuasa yang dilakukan untuk menjaga
keamanan dan kepentingan matlamat untuk memulihkan serta mepertingkatkan
kehendak rakyat. Rampasan ini juga cuba menghapuskan korupsi, nepotisme dan
kronisme. Ia bertujuan menwujudkan kerajaan yang lebih baik. Sebagai contoh,
kebangkitan Reformasi di Indonesia menjatuhkan Presiden Suharto.
Ketiga, veto coup detat yang dilakukan oleh tentera membatalkan penyertaan
masyarakat dan mobilasasi tentera dalam kerajaan. Contoh, tentera Chile
menjatuhkan Presiden Salvador Allende Gossens yang dipilih oleh rakyat.
Jenis terakhir, bloodless coup detat yang bertunjangkan kepada perjuangan tanpa
kekerasan. Menubuhkan kerajaan tanpa penentangan. Contoh rampasan kuasa
tentera Thai terhadap Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.
Dalam konteks gerakan mahasiswa, penulis mengariskan rampasan kuasa di
universiti ialah satu rampasan kuasa menjatuhkan dan mengenepikan
pentadbiran universiti, dimana kawalan kampus dibawah kekuasaan gerakan
mahasiswa. Kampus dikawal oleh gerakan mahasiswa, pergerakan dalam kampus
dikawal, pintu pagar dijaga dan dikuasai oleh mahasiswa. Suasana ini
menimbulkan ketegangan antara gerakan mahasiswa dengan kerajaan.
Dalam sesebuah rampasan kuasa kampus, ketokohan pemimpin mahasiswa,
kerjasama anggota ketumbukan mahasiswa dan mood mahasiswa di kampus
banyak mempengaruhi rampasan ini.
Dalam peristiwa setinggan Tasek Utara, pimpinan pelajar seperti Hishamuddin
Rais, Abu Zer Ali, Yunus Ali dan Adi Satria telah ditangkap bersama pimpinan Parti
Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) iaitu Setiausaha Agung PSRM Pusat, Syed Hamid
Ali, Mohd Amin Ahmad (Setiusaha PSRM Johor) dan Majid Yaakob (pemimpin
tempatan) pada 19 September 1974 atas alasan menganggu tugas pegawai
kerajaan.
Penangkapan itu menyebabkan PMUM berdemonstrasi selama 3 hari di depan
Pejabat Perdana Menteri bagi mendesak kerajaan membebaskan sahabat mereka
yang ditangkap. Perdana Menteri, Tun Abdul Razak enggan menemui wakil
84

PMUM. FRU telah menyerang peserta demonstrasi menyebabkan pelajar


melarikan diri.
Sekembali daripada demonstrasi, PMUM telah merampas kuasa dengan
mengambil alih pentadbiran Universiti Malaya pada 21 September 1974. Di
bawah pimpinan Presiden PMUM, Kamarazaman Yaakob bersama 2000 orang
pelajar menyerbu bangunan Canselori, pintu masuk universiti dan tempat
strategik yang lain. PMUM telah berbincang dengan Pemangku Naib Canselor,
Ahmad Ibrahim dan Pengerusi Majlis Universiti, Syed Alwi Syed al Hadi agar
menyerahkan kuasa pentadbiran sementara kepada PMUM.
PMUM mengadakan mesyuarat tergempar dengan Jawatan Kuasa Asrama dan
badan gabungan PMUM. Presiden menerangkan matlamat rampasan kuasa itu
ialah mengharapkan Canselor Permaisuri Agung berbincang dengan PMUM
supaya membebaskan semua mereka yang ditangkapm dalam isu setinggan Tasek
Utara. PBMUM dan PMIUM turut serta dalam mesyuarat itu tetapi menarik diri
setelah mesyuarat tersebut bersetuju membentuk Majlis Tertinggi Sementara
(MTS) PMUM. PMUM bercadang mengadakan majlis penerangan pada malam itu
di Dewan Tunku Canselor (DTC).
Pada malam itu, suasana kecoh telah berlaku apabila sekumpulan mahasiswa
yang menggelarkan diri mereka sebagai Majlis Tindakan Nasional (MTN) telah
menyerbu Rumah Persatuan PMUM dan menangkap Presiden PMUM. MTN
berjaya melakukan counter-rampasan pada jam 8.00 malam bagi membolehkan
Universiti Malaya dibuka pada esoknya. MTN yang didokongi oleh kelompok
nasionalis membahagikan tiga ketumbukan. Objektif mereka ialah merampas
kuasa daripada golongan Sosialis sebelum jam 9.00 malam. Pada jam 8.45 malam,
ketumbukan MTN menawan rumah persatuan dan pusat keselamatan.
Ketumbukan lain menawan pintu masuk universiti
Menurut Kamarazaman Yaakob, Presiden PMUM, MTN bertindak ganas telah
mengugut dan menculik beliau dan ahli Majlis PMUM di rumah persatuan
sebelum dibawa ke DTC. MTN menggunakan keris, pisau, rantai dan kayu berpaku
bagi mengertak anggota MTS. Di DTC, Aziz Shamsudin, Presiden PBMUM
mendesak Presiden PMUM menarik balik rampasan kuasa dan Ungku Aziz
85

memainkan isu bahasa sehingga mencetuskan suasana tegang. Suasana tegang


tersebut menyebabkan Presiden PMUM mengambil keputusan menarik balik
rampasan kuasa.
Pada 22 September 1974, MTN telah menyerah kuasa pentadbiran kepada pihak
pentadbir universiti. MTN mendapat sokongan PBMUM, PMIUM dan Kelab Silat
Gayung Universiti Malaya (KSGUM). Presiden MTN, Ahmad Abdul Latif dan
timbalannya Hamzah Zainuddin menjelaskan counter-rampasan dilakukan bagi
menghalang huru-hara di kampus apabila ditemui minit mesyuarat dan alatan
untuk membuat molotov milik PMUM. Pengaruh kerajaan dalam MTN kelihatan
apabila MTN mendapat sokongan penuh daripada kerajaan terutamanya Ghazali
Shafie dan Dr. Mahathir. PBMUM pula menyokong MTN kerana tidak mahu MTS
diperkudakan oleh pelajar sains yang ingin mengugurkan pelaksanaan Bahasa
Melayu.
Suasana di kampus masih tidak stabil apabila pelajar di kolej-kolej tertentu masih
lagi setia kepada pimpinan PMUM. Presiden Kolej kelima, Salehuddin Hashim dan
pelajar kolej tersebut menghalau pihak MTN yang mengunjungi kolej mereka.
Bagi membasmi pengaruh PMUM, pihak pentadbiran telah bertindak tegas ke
atas ahli Kelab Sosialis yang terlibat dalam rampasan kuasa itu. Tindakan susulan
yang dahsyat oleh pihak pentadbiran universiti dengan mengantung PMUM pada
25 September 1974 di bawah Seksyen 16 Akta 30. Kerajaan menyokong tindakan
Majlis Universiti mengantung PMUM dan sebuah pertubuhan yang dikenali Badan
Pemulihan Sementara diwujudkan bagi menjamin kebajikan pelajar. Namun, pada
26 September 1974, PMUM menghantar memorandum agar keputusan Majlis
Universiti ditarik balik. Kamarazaman Yaakob menyatakan keputusan itu tidak sah
kerana menyalahi Perkara 6 Ceraian 51 perlembagaan universiti.
Mahasiswa Progresif Menawan Institut Teknologi Mara (ITM)
sila bertindak dan berbuat seperti yang pernah saya buat ketika menjadi
mahasiswa. Tapi bersedialah seperti saya dulu untuk masuk penjara Anwar
Ibrahim
86

Kerajaan dan masyarakat selalu berpandangan negatif terhadap kehadiran kuasa


mahasiswa (student power) di negara ini dengan tuduhan militan, revolusioner
dan mengucar-kacir masyarakat. Sikap revolusioner perlu bagi membangunkan
sebuah negara yang adil dan maju. Shahnon Ahmad mendefinisi sikap
revolusioner; Revolusioner adalah bersuara keras dan bertindak keras meruntuh
dan menghancur sesuatu itu disertakan pula dengan daya cipta untuk membina
yang baru sebagai ganti yang lapuk yang diruntuhdan dirubah.
Mahasiswa sebagai golongan intelektual muda perlu bersikap pemberani yang
berlandaskan ilmu dan pengalaman yang dijernihkan oleh kebenaran yang
diyakini bukannya bersikap surealis; bersuara kuat untuk meruntuh dan
menghancur tanpa penciptaan dan pembinaan semula. Seorang revolusioner
mengharapkan jiwa tertekan kerana dengan itulah dia akan bangun untuk
mengantikan penindas-penindas.
Oleh itu sikap radikal dan militan mahasiswa tidak perlu dibimbangi. Tun Abdul
Razak pernah berkata; Jikalau kita tinjau belakang semasa kita masih menuntut,
tentulah kita dapat melihat perkara itu dari sudut yang betul
Kebangunan sesuatu bangsa akan dicerakin oleh mahasiswa yang sedar akan
tanggungjawab mereka pada masyarakat dan negara kerana hidup biar berjasa.
Selepas pindaan AUKU 1975, gerakan mahasiswa kelihatan semakin permisive
terhadap isu nasional dan kampus. Tiba-tiba Malaysia dikejutkan apabila
mahasiswa ITM Shah Alam dan kampus Jalan Othman, Kuala Lumpur merampas
kuasa pada 6 Januari 1976. Kejadian ini merupakan peristiwa pertama bagi
gerakan pelajar menggugat kembali keabsahan kuasa AUKU.
Rampasan ini berlaku apabila mahasiswa tidak berpuas hati terhadap pimpinan
Dato Lokman Musa mengetatkan disiplin mahasiswa terutamanya etika
pemakaian yang melarang pelajar berambut panjang yang bertentangan dengan
hak asasi seorang mahasiswa. Peraturan-peraturan ala sekolah menengah ini
telah membangkita amarah mahasiswa kerana dilayan bagaikan pelajar sekolah
menengah. Dato Lokman memberi amaran, sesiapa yang ingkar akan dihukum.

87

Kesatuan Siswa ITM (KSITM) mengecam dan mempersoalkan tindakan Dato


Lokman kerana hanya golongan minoriti yang berambut panjang. Dato Lokman
hanya mementingkan perkara remeh dan pemakaian seseorang padahal
persoalan ini bukanlah penentu moralnya. Pemimpin KSITM, Rosman Abdul
Hamid menegaskan KSITM telah melakukan perubahan drastik dengan
mengharamkan judi, majlis tari menari pada tahun 1972. Mantan Presiden KSITM,
Ibrahim Ali, menyatakan pihak pentadbir perlu menyeru dan menggalakkan
pelajar mengikuti peraturan bukannya mengambil tindakan sekeras itu. Apa
gunanya dilakukan di dalam kampus jika di luar kampus terdapat arak, rasuah dan
tarian bogel di kelab malam masih dibenarkan.
Tindakan Dato Lokman dilihat tidak perlu kerana KSITM telah menubuhkan
kumpulan dakwah bagi mengatasi gejala sosial. Kebebasan mahasiswa telah
disekat dan mahasiswa telah menjadi remaja ke sekolah telah menjatuhkan imej
ITM sebagai institusi pengajian tinggi yang berasaskan kebebasan intelektual.
Pada 5 Januari 1976, ITM dibuka untuk penggal pertama, mahasiswa senior mula
tunjuk perasaan bagi membantah cara pentadbir melaksanakan peraturan
disiplin. Mereka bertindak tidak mendaftar diri untuk kuliah kecuali pentadbir
menarik balik arahan sebagaimana dituntut KSITM. Seramai 1000 orang pelajar
terlibat dalam demonstrasi di dataran berhampiran Pejabat Pentadbiran ITM.
Presiden KSITM, Abdullah Baba menyatakan tindakan pentadbir ITM tidak
berunding terlebih dahulu dengan KSITM menyebabkan protes tersebut.
Sebaliknya peraturan tersebut diperbesarkan dalam media massa dan ia memberi
gambaran buruk kepada pelajar dan KSITM. KSITM telah memperjuangkan
pemurnian akhlak dikalangan pelajar sejak tahun 1971.
Pada 7 Januari 1976, ITM Kuala Lumpur telah ditutup apabila mahasiswa telah
merampas kuasa, menguasai dan mengambil alih kampus di Shah Alam dan Jalan
Othman di Petaling Jaya. Seramai 4000 hingga 5000 mahasiswa menguasai
kampus.
KSITM menafikan keterlibatan mereka dalam penguasaan kampus itu. Cuma
KSITM tidak mengiktiraf keputusan Dato Lokman. KSITM juga kesal dan
terperanjat apabila Dato Mansor menutup ITM. KSITM telah meminta Menteri
Dalam Negeri, Dato Ghazali Shafie tidak menggunakan badan beruniform baca:
88

polis, FRU dan tentera) dalam menyelesaikan isu ini. KSITM hanya bertindak
sebagai pentadbir keselamatan dan kebajikan mahasiswa apabila pihak
pentadbiran meninggal kampus jam 2.30 petang pada 6 Januari.
Pada 9 Januari, seramai 3000 orang mahasiswa telah keluar dari kampus jam 4
pagi tetapi pihak pentadbir masih tidak dibenarkan masuk. Mahasiswa yang
meninggalkan kampus telah dicaci. Pihak pentadbir cuba memujuk mahasiswa
yang belum meninggalkan kampus dan memberi amaran mereka tidak akan
dibenarkan mendaftar diri bila kampus dibuka. KSITM telah menyerah kepada
Dato Mansor bagi menyelesaikan isu ini setelah perbincangan selama 5 jam.
Mahasiswa mengemukakan beberapa penyelewengan seperti masalah keciciran
mahasiswa dan penggunaan duit pelajar mesyuarat pentadbiran di Bukit Fraser.
Pada 10 Januari 1976, Pemangku Presiden Majlis Belia Malaysia, Azaham dan
Dato Lokman cuba memujuk mahasiswa. Dato Lokman merayu sebanyak dua kali
agar 120 mahasiswa menyerah diri dan kedegilan mereka menyebabkan mereka
disingkir. Semasa suasana tegang ini, polis menyerbu masuk ke dalam kampus
terutamanya di asrama kedua iaitu pusat gerakan pelajar. Rampasan kuasa
mahasiswa ITM menemui kegagalan.

Gerakan Mahasiswa dan ISA


Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa
tanpa bicara. ISA digubal untuk menghapuskan musuh negara tetapi perkara yang
berlaku ialah penyalahgunaan ISA untuk menangani musuh politik. Justeru, ramai
berpendapat akta ini melanggar hak asasi manusia.
Penangkapan pemimpin mahasiswa menggunakan ISA bermula tahun 1974
ekoran Demonstrasi Baling. Antara pemimpin tersebut ialah Kamarulzaman
Yaacob (Presiden PMUM), Selamat Ahmad Kamal (Presiden PMUSM), Abdul
Rahman Sulaiman (SUA PMUSM) dan Koh Kim Kee (AJK Persatuan Bahasa
Tionghua UM).
Dalam konteks gerakan mahasiswa Islam, pemimpin mereka pertama kali ditahan
apabila PMIUM menganjurkan demontrasi membantah konsert Sheila Majid di
hadapan Dewan Tunku Canselor yang dihadiri seramai 1500 orang. Demonstrasi
89

ini menyebabkan dua orang pemimpin PMIUM iaitu Jamali Adnan (Setiausaha
Agung) dan Jamaluddin Ramli (Bendahari) ditahan di bawah ISA. Perkara ini juga
telah mencatat sejarah buat pertama kali pemimpin mahasiswa ditahan di bawah
ISA selepas AUKU 1975 dikuatkuasakan.
Pada 1 Ogos 2000, GAMIS, PKPIM, DEMA dan 68 NGO telah menghantar
memorandum agar ahli parlimen memansuhkan ISA.
Sekitar tahun 2001, keadaan politik Malaysia masih belum stabil ekoran penangan
gerakan reformasi tahun 1998. Pemerintah telah menahan pemimpin politik
seperti Ezam, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Lokman Adam dan Badrul Amin.
Gerakan mahasiswa cukup responsif terhadap isu penahanan ISA telah
menubuhkan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) pada tahun 2001
dianggotai oleh PKPIM, GAMIS, KARISMA-JIM, Universiti Bangsar Utama(UBU),
Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) dan Jawatankuasa
Kebajikan Mahasiwa(JKMI). GMMI telah mengadakan siri penerangan dan
demonstrasi.
Pada 11 Mei 2001, Mohd Fuad Ikhwan, Presiden PMUM merangkap Timbalan
Presiden BBMN menghantar memorandum mendesak kerajaan memansuhkan
ISA dan membebaskan 10 orang tahanan ISA kepada Ketua Polis Negara.
Keesokkan harinya, 12 Mei 2001, seramai 200 orang mahasiswa menghadiri
perhimpunan pelancaran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA di dewan kuliah
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Pada tahun 2001, tujuh orang pemimpin mahasiswa seperti Mohd Fuad Ikhwan
(Presiden PMUM) dan Khairul Anuar (Jonah) ditahan di bawah tahanan ISA.
Mereka telah dibebaskan dan kes mereka berjalan. Mereka dikenali ISA 7. Mereka
ditahan ekoran demonstrasi secara aman mansuhkan ISA di Masjid Negara pada 8
Jun 2001 yang digerakkan oleh Gerakan Mahasiswa Mansuh ISA, PKPIM, DEMA,
UBU dan SPPUM (Sekretariat Pemuda Persatuan Ulama Malaysia).
ISA mencabul hak asasi seseorang manusia. Seseorang ditangkap tidak mampu
membela diri mereka disebabkan tahanan tanpa bicara. Kenangan pahit mangsa
ISA seperti dibogel, dimaki dan terseksa menyebabkan trauma dalam kehidupan
mereka.

90

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) diaktifkan oleh pimpinan Jemaah Islah Malaysia
(JIM) dibawah pimpinan Syed Ibrahim (2015- Ketua Penerangan PKR). Pernah satu
ketika, antara pimpinan muda GMI ialah Mohd Ramadhan Fitri (2015 Parti
AMANAH), mantan Presiden PMIUM dan YDP PMUM. GMI berfungsi menentang
ISA dan membantu ahli keluarga mangsa ISA.

Rujukan
Mohd Shuhaimi al Maniri, ISA dan Gerakan Mahasiswa, Akhbar Siasah 2007.

Politik Selepas Kampus


tradisi mencabar dan melawan
seorang hero gagah mendepani
rejim dan aparatnya.
tradisi mencabar dan melawan
tidak kurang ramai yang menyesali diri
akan radikal terpenjara
bergelumang kes mahkamah
memakan diri.
hero
bukan pada trajedi
tetapi pada istiqamah
pada hari kemudian.
I
Mahasiswa, jangan mengikut kecenderungan dan pengaulan kamu jika mahu
teruskan perjuangan selepas kampus. Kecenderungan dan pengaulan sama ada
kamu dengan pemimpin yang semeja kopi dan senior-senior kamu menjadikan
diri kamu hilang pertimbangan kerana termakan budi dan kasih sayangkemesraan politik yang palsu.

91

Kemesraan politik terhadap anak muda dan mahasiswa bersifat sementara yang
menusuk politik ganja kepada mereka. Janji dan pujian melangit diakhiri dengan
sadis.
Mahasiswa, kamu wajib memilih kebenaran dan keadilan dalam menentukan
perjuangan kamu. Kebenaran dan keadilan mestilah melalui sumber berautoriti-al
Quran dan al Sunnah. Setelah kamu melakukan rujukan terhadap al Quran dan al
Sunnah, berdoa dan istikharahlah untuk mendapat pedoman daripada Allah
dalam memilih jalan perjuangan kamu.
II
Gerakan mahasiswa adalah gerakan yang bebas tetapi berpihak. Berpihak kepada
kebenaran bukannya bersifat populis.
Gerakan mahasiswa adalah medan latihan kader bukannya medan sebenar.
Medan sebenar mempunyai hakikat politik. Politik yang memihak kepada siapa.
Beramal, berjasa dan berkhidmat dalam kadarnya sebagai mahasiswa.
Gerakan mahasiswa adalah kecelaruan warna. Bersifat Islamik di kampus belum
tentu Islamik selepas alam kampus. Zaman mahasiswa zaman mencari identiti dan
pembinaan pemikiran seseorang.
Gerakan mahasiswa adalah perjuangan mahasiswa pada zamannya bukannya
mengikut arahan para senior dan parti politik kecuali para mahasiswa yang
bercenderungan atau menganuti ideologi dan pemikiran tertentu.
III
Pemimpin mahasiswa mempunyai pengaulan dan kecenderungan tertentu.
Pengaulan dan kecenderungan inilah yang banyak mempengaruhi pemikiran dan
pendekatan para pemimpin mahasiswa dan kader dakwah kampus.
Pengaulan dan kecenderungan ini tiada masalah jika kefahaman yang kita jernih
dan kita mempunyai dalil dan hujah yang kuat.
Para pemimpin mahasiswa perlulah ingat, hidup ini berdasarkan hujah dan dalil.
Hujah dan dalil ini disebut orang sebagai ilmu. Insan berilmu memerlukan rahsia
92

dalam keilmuan iaitu faham. Faham ialah kesedaran yang menghasilkan amalan
berpandukan ilmu yang benar dan sahih bersumberkan al Quran dan al Sunnah.
Gandingan faham ialah hikmah dalam tindakan. Inilah dinamakan kehidupan
insan adabi.
Ikatan senior dengan junior sangat berpengaruh dalam gerakan mahasiswa,
bahkan mereka membentuk kelompok yang boleh mewarisi legasi pemikiran para
abang mereka dan mereka juga mampu mencaturkan junior-junior mereka demi
kesinambungan pemikiran dan kehendak selera politik mereka dengan
menidakkan pengaruh pihak penentang dalam gerakan mahasiswa Islam. Disinilah
antara datangnya kecenderungan bermula dengan pengaulan.
Pemimpin mahasiswa perlu
mengutamakan hujah dan dalil daripada
kecenderungan dan pengaulan mereka.

IV
Kembalilah kepada hujah dan dalil sebelum kalian memilih jalan perjuangan
bukan hanya mengikuti kecenderungan dan pengaulan kalian.
Politik adalah permainan masa. Jika terlewat kamu kelihatan luput dan basi, jika
terawal kamu memasang angan-angan palsu. Jika berada pada saatnya, ada
sesetengah kamu terkhayal bagai tercandu dengan kehebatan pidato-retorik, idea
dan keperibadian tokoh, dan ada yang bernasib ia menjadi.

Melawan Produk Imperialisme: Demokrat Muslim.


Islam Moderat, Islam Nusantara, Islam Sederhana, Demokrat Muslim atau Islamis
Demokrat, semuanya hanyalah produk yang intinya sama dengan kewujudan
Muslim Moderat. Muslim Moderat diangkat sebagai Model Kepimpinan Baru yang
paling sesuai dengan kehendak Imperialis Anglo-Amerika Daulah Terpendam.
Puak sekularis termasuk liberalis menyambut baik kewujudan model kepimpinan
Muslim Moderat kerana ia menghakis konsep jihad, memalapkan bicara tentang
konsep negara islam dan memisahkan agama daripada politik. Imperialis Anglo93

Amerika mahu kehendak mereka tercapai; realiti setempat, sejarah dan tradisi
tidak dipedulikan oleh Imperialis.
Maka, anak muda dan gerakan mahasiswa mesti mengambil peduli tentang
agenda Imperialis Anglo-Amerika yang menusuk jarumnya dalam politik Negara
Malaysia. Jangan menjadi barua secara langsung atau termasuk dalam golongan
yang berada dalam acuan imperialis ini.
Langkah pertama adalah Imperialis Anglo-Amerika dan sekutu-sekutunya untuk
membina rangkaian Muslim Moderat mengikut kaedah berikut :
1. Menentukan kriteria yang membezakan antara Muslim Moderat dan Muslim
Fundamentalis. Kejelasan takrif Muslim Moderat ini penting kerana dibimbangi
golongan Muslim Radikal dan oportunis melakukan penyamaran menjadi Muslim
Moderat.
2. Mewujudkan pangkalan data antarabangsa rangkaian Muslim Moderat meliputi
aspek individu, kumpulan, organisasi, institusi, parti politik dan sebagainya.
3. Proses pemantauan mekanisme-mekanisme, penapisan, dan menyelia
program-program, projek-projek, dan keputusan-keputusan yang telah dan bakal
dilaksanakan.
Untuk membina jaringan rangkaian Muslim Moderat, antara keutamaan
seharusnya diberi kepada :
1. Muslim Liberal dan akademik Islam sekular yang cerdik pandai
2. Sarjana-sarjana muda dalam bidang keagamaan yang moderat
3. Aktivis-aktivis masyarakat
4. Kumpulan-kumpulan wanita yang memperjuangkan persamaan jantina
5. Wartawan-wartawan dan penulis-penulis yang berfikiran moderat.
Dari segi bantuan kewangan, cadangan penajaan diberikan kepada aspek berikut :
1. Pendidikan demokratik, terutamanya program-program yang melibatkan
penggunaan teks-teks dan tradisi-tradisi Islam untuk ajaran-ajaran Islam yang
berasaskan nilai-nilai demokratik dan pluralisme.
94

2. Media. Menaja berkembangnya media moderat sebagai usaha untuk


membendung dominasi media anti demokratik dan unsur-unsur Islam yang
konservatif.
3. Kesamaan jantina. Memperjuangkan hak-hak isu wanita dan peguambela hakhak wanita . Promosi kesamaan jantina adalah satu komponen penting dalam
mempercepatkan kewujudan Muslim Moderat.
Teks-teks penting berasal daripada para pemikir, cerdik pandai, aktivis-aktivis, dan
pemimpin-pemimpin Islam, sama ada dari Turki, Indonesia, dan di tempat lain
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab atau dari bahasa Arab diterjemahkan ke
bahasa tempatan serta disebarkan dengan meluas.
Fasa terakhir kelahiran rangkaian Muslim Moderat ialah mengadakan satu
bengkel sebagai usaha mendapatkan input dan sokongan ke arah pembinaan
rangkaian Muslim Moderat di peringkat antarabangsa dan kemudian diadakan
sebuah kongres.
Tempat persidangan antarabangsa perlu dipilih berdasarkan kepentingan simbolik
untuk umat Islam, misalnya diadakan di Crdoba Sepanyol. Dalam persidangan itu
akan dilancarkan sebuah organisasi rasmi yang akan bertindak melawan Muslim
Radikal.
Terbaru, Persidangan Demokrat Muslim Sedunia di One World Hotel, Petaling
Jaya pada 3-4 November 2014. Persidangan antarabangsa kedua Forum Sedunia
Demokrat Muslim di Jakarta pada tahun 2015 dan didokongi oleh Sasakawa
(Sasakawa Peace Foundation), Pusat Habibie dan SETA. Dalam persidangan ini,
nama Rashid Ghannoushi, Abdullah Gul, BJ Habibie dan Anwar Ibrahim antara
tokoh utama penggerak Demokrat Muslim.

Mitos Mahasiswa Bebas


Syariat memecahkan rakyat Tunisia, Islam menyatukan mereka
Rashid Ghannoushi

95

Gerakan mahasiswa adalah gerakan anak muda terpelajar mendepani isu-isu


kampus dan rakyat. Jujurnya, gerakan mahasiswa mesti mempunyai sifat
pemberani dan melawan dalam menggerakkan idealisme perjuangan mereka dan
aspirasi rakyat jelata. Cuma, perjuangan mahasiswa perlu cerdik dan berhikmah
dalam membebaskan diri mereka daripada menjadi alat pihak tertentu, tindakan
dilakukan dengan ilmu bukannya emosi. Perjuangan yang baik mempunyai
panduan dari segi worldview dan ideologi.
Di kampus ada dua jenis kongkongan yang dikatakan mengikat kebebasan
mahasiswa iaitu (1) diikat oleh Pentadbiran Universiti (HEPA) dan (2) diikat oleh
parti politik tertentu. Dari segi diikat kebebasan oleh parti politik tertentu,
gerakan mahasiswa dilihat tidak mahu parti politik tertentu mengongkong
kebebasan, menjadikan mereka sebagai pelaksana arahan dan tidak mahu diri
mereka bahan pencaturan parti politik. Polemik gerakan mahasiswa sebagai
wakil dan cabang parti politik tertentu atau gerakan bebas yang bekerjasama
atas sesuatu isu terus berlangsung dan ia adalah putaran wacana-polemik tanpa
nokhtah.
Kami anggap kampus adalah pusat latihan dan bereksperimen dalam kegiatan
kami namun apabila PAS cuba mengongkong, kami mula memberontak, beritahu
Khairul Najib Hashim, Presiden PMIUM yang telah menyertai Parti Amanah
Negara(AMANAH). Pada hemat saya, mahasiswa berhak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada sesiapa sahaja. Mahasiswa berhak mengkritik dengan
ilmu kepada mana-mana pihak yang jelas memperkotak-katikkan mahasiswa dan
rakyat.
Khairul Najib Hashim menyertai tiga pemimpin progresif, Mohammad Amar Atan
(Mantan Presiden PMUM), Fahmi Zainol (mantan Presiden PMUM) dan Adam
Fistival Wilfrid (AJK PMUM) menyertai PKR dan AMANAH dengan alasan PAS
mengongkong mereka. Penyertaan ini mengulangi kisah Nazree Yunus (Presiden
PMIUM) menyertai PKR dan Ahmad Shabery Chik (Presiden PMUM) menyertai
S46 dan UMNO. Bolak-balik pendirian kalangan pemimpin mahasiswa memberi
satu pengajaran bahawa jangan sesekali percaya kepada tokoh, jika tidak kalian
akan dilaberak-kencing oleh mereka. Pilih perjuangan berdasarkan Perlembagaan
organisasi bukannya tokoh.

96

Penulis seringkali mengkritik gerakan mahasiswa tetapi penulis tidak bimbang


dengan sifat melawan mereka kerana sifat itu tidak bersifat mutlak dan ia
dimatangkan oleh usia. Kita boleh melihat pahlawan handal gerakan mahasiswa
yang lantang bersuara mencabar dan menggugat pemerintah telah menjadi
pemimpin utama pemerintah yang dilawannya. Antara pemimpin tersebut ialah
Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Ahmad Shabery Chik dan ramai lagi. Tiada jaminan
sifat pahlawan mereka berterusan di luar kampus.
Penulis tidak kisah jika mana-mana pemimpin mahasiswa tidak memilih
perjuangan yang mereka perjuangkan di kampus. Pada hemat penulis, pemimpin
gerakan mahasiswa selepas kampus terbahagi kepada (1) kekal berjuang dalam
wadah yang asal, (2) menjadi simpatis atau penyokong wadah asal, (3) penggerak
sebalik tabir wadah asal, (4) berseberangan ke wadah lain dan (5) menyepi
dengan kerjaya.
Dalam kepimpinan, jangan sesekali mempercayai kehebatan diri seseorang tokoh
luar atau pimpian mahasiswa sendiri kerana kelak kita akan kecewa, percayalah
kepada Dasar Organisasi (Perlembagaan), kepimpinan kolektif atau Syura,
pendekatan berhikmah, perjuangan mencakupi keseluruhan kehidupan,
berprinsip bertepatan syariat dan ahli terdiri daripada orang soleh. Kepimpinan
hanyalah amanah dan taklif bukannya atas dasar kehebatan peribadi yang boleh
dianggap bonus. Sudah cukuplah kita telah tergoda dengan kehebatan perjuangan
Islam Anwar Ibrahim, Ahmad Shabery Cheek, Ibrahim Ali dan Nurcholish Majid
yang akhir berseberangan daripada perjuangan asal.
Idris Ahmad menceritakan Mohamad Sabu2 yang sering berucap dalam tamrin
pelajar bahawa beliau percaya 20% sahaja di kalangan kamu ini akan bergerak
dalam PAS, manakala Ustaz Idris Ahmad menyatakan 5% pun tidak sampai yang
terlibat dengan Pas. Kepentingan diri, posisi kerjaya dan protes menyebabkan
pemimpin mahasiswa tidak aktif selepas kampus.
Realitinya, kebebasan dalam gerakan mahasiswa adalah satu mitos. Gerakan
mahasiswa mempunyai pengaulan dan kecenderungan yang menyebabkan
mereka berpihak kepada pihak tertentu. Paling dogol pun mereka berpihak
kepada para senior mereka.

Bekas Timbalan Presiden PAS, kini Presiden Parti AMANAH (2016).

97

Mitos mahasiswa bebas adalah bahan momokkan kosong zaman berzaman.

Mitos Mahasiswa Progresif


Tapi jika saya dahulu ditangkap kerana berdemonstrasi, kamu semua kena
bersedia untuk ditangkap - Anwar Ibrahim

Mahasiswa dengan segala potensi dan kelebihan yang dimiliki oleh diri mereka
sewajarnya berperanan secara berstrategi dalam masyarakat. Oleh itu, mereka
memerlukan idealisme yang dibangunkan dengan tunjang intlektualisme, integriti
dan kepedulian terhadap masyarakat.
Secara realiti, bukan semua mahasiswa memiliki kesedaran dan keterlibatan
dalam gerakan mahasiswa. Perkara ini berlaku kerana mahasiswa Malaysia
dihinggapi oleh virus pragmatisme dan apatisme. Mahasiswa jenis ini unggul
dalam akademik, tetapi kepedulian mereka terhadap masyarakat terlalu sedikit.
Sebenarnya, kepedulian terhadap masyarakat datang lambat setelah mereka
berada dalam masyarakat. Ketika itu perjuangan mereka dihalang oleh pelbagai
komitmen tidak sebagaimana ruang masa mereka pada zaman mahasiswa.
Mahasiswa progresif pelbagai aliran pemikiran dan proksi perlu menjadi seorang
first class citizen yang peka dan prihatin terhadap permasalahan moral dan politik
yang menjadi santapan harian rakyat.
Persoalan yang timbul, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh mahasiswa
progresif?. Adakah mereka terus turun ke jalan raya?.
Bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan demonstrasi atau jalan raya.
Pertama, mahasiswa progresif seharusnya mempunyai kerangka pemikiran dan
pandangan sarwajagat yang betul dan benar. Permulaan sebuah perjuangan
adalah kefahaman terhadap ilmu dan keadilan. Perjuangan bukan bermodal
semangat sahaja tetapi berpedoman dengan kerangka pemikiran agar perubahan
yang dilakukan tidak menjadi perulangan masalah sahaja. Justeru, mahasiswa
98

progresif perlu faham dan cuba memahamkan mahasiswa lain dan rakyat
terhadap kerangka pemikiran mereka.
Kedua, mahasiswa progresif memerlukan prinsip keseimbangan antara identiti
gerakan mahasiswa sebagai gerakan moral dengan gerakan politik. Kita tidak
mahu mahasiswa progresif menjadikan gerakan mahasiswa sebagai gerakan
politik sehingga menenggelamkan gerakan mahasiswa sebagai gerakan moral.
Gerakan Moral Mahasiswa adalah sebuah gerakan yang berlandaskan jiwa,
empati dan idealisme untuk membela dan memperjuangkan hak-hak masyarakat
yang tidak ditunaikan oleh pemerintah yang ada. Daripada Gerakan Moral
Mahasiswa inilah, fahaman keadilan yang sebenar dibentuk. Isu umpamanya hak
pendidikan percuma, bahasa, penghapusan tol dan hak asasi manusia perlu dikaji.
Mahasiswa Progresif mengkaji, mengkritik dan menyediakan pelan tindakan
alternatif dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Mahasiswa progresif
sebolehnya menjadi masyarakat sendiri sebagai kuasa ketiga dalam mendesak
pemerintah dan pembangkang untuk memulihkan kehidupan rakyat.
Gerakan mahasiswa sebagai gerakan politik nilai iaitu gerakan politik berasaskan
kebenaran ilmu, berautoriti sumber rujukannya dan tidak pro mana-mana pihak
terutamanya parti politik dan pemerintah. Mahasiswa progresif perlu mengkritik
dan menyarankan kaedah penyelesaian. Demonstrasi adalah pendekatan terakhir
dalam menyelesaikan masalah. Demonstrasi gerakan politik nilai secara aman,
tiada provokasi, bertujuan meluah rasa bukan sedia ditangkap dan mengikut
lunas-lunas perundangan.
Walaubagaimanapun, tugas asasi mahasiswa adalah mengoptimalkan segala
potensi, ruang dan peluang untuk meningkatkan kualiti diri dan memperolehi
pengalaman dalam setiap aktiviti. Kualiti diri yang dipupuk akan dibawa keluar ke
dalam masyarakat untuk melakukan perubahan dan menyedarkan masyarakat
pada zaman mahasiswa dan selepas alam kampus. Pengalaman kepimpinan,
jaringan persahabatan dan pemupukan potensi menjadi adipenting untuk
membina masyarakat madani.
Kampus adalah medan latihan,
Masyarakat adalah gelanggang sebenar,
Mitos Mahasiswa Progresif datang kemudian
99

selepas kampus bukannya semasa berlagak hero


di kampus.
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Universiti Malaya


adalah dua nama yang tidak dapat dirungkai dalam sejarah gerakan mahasiswa.
PBMUM telah membuktikan keunggulan mereka dalam gerakan mahasiswa
terutamanya dalam usaha mendaulatkan Bahasa Melayu. Kini, PBMUM semakin
sunyi, sepi dan lesu sehingga maqam yang dimilikinya ketika dahulu semakin
luntur. Artikel ini bertujuan mengimbau kembali kenangan PBMUM sebagai
gerakan pelajar yang terunggul di negara ini.
PBMUM ditubuhkan pada 29 Januari 1955 di Singapura dengan ahli seramai 47
orang. Kelahiran utama PBMUM disebabkan mahasiswa Melayu terasa tercabar
dengan cadangan segelintir pemimpin mahasiswa Melayu dalam forum radio
yang menggesa sekolah Melayu dihapus dan diperluaskan penggunaan bahasa
Inggeris. Pemimpin guru Melayu telah mencabar mahasiswa Melayu lain agar
membuat respon terhadap isu ini pada tahun 1953.
Pada peringkat awal iaitu tahun 1955-1965, aktiviti PBM lebih kepada aktiviti
bahasa dan kebudayaan. Mereka lebih banyak mengadakan forum dan aktiviti
kebudayaan. Aktiviti PBMUM untuk menghidupkan kembali kebudayaan Melayu
dengan aktiviti bahasa, seni dan sastera. Kegiatan pada tahap ini tertumpu di
dalam kampus sahaja.
Pada tahun 1965-1971, zaman perjuangan PBMUM telah bermula. Pada
tahap ini perjuangan PBM berimej nasionalis-sosialis yang bebas daripada
pengaruh luar. ...perjuangan PBMUM sekarang ialah merangkumi setiap aspek
perjuangan termasuk politik, ekonomi, pelajaran, sosial dan sebagainya. Antara
isu yang diperjuangkan oleh PBMUM adalah isu Bahasa Melayu, Dasar Pelajaran
Kebangsaan, isu rakyat luar bandar (penerokaan tanah diTeluk Gong) dan
penubuhan UKM. Pada waktu inilah munculnya Sanusi Osman, seorang
mahasiswa sosialis yang bersama-sama berjuang dengan wira tanah rakyat
negara, Pak Hamid Tuah. Episod ini menandakan zaman radikal gerakan pelajar.

100

Pada tahun 1971-1974 kita dipaparkan dengan dua tahap pengaruh dalam
PBMUM. Pada tahap pertama PBMUM telah dikawal oleh PKPIM dan ABIM
melalui pengaruh Anwar Ibrahim dan Noordin Razak. Pada tahap ini, PBMUM
berimejkan Nasionalis-Islamis lebih banyak bersama PKPIM dan ABIM. Mereka
bersama-sama telah memperjuangkan Isu Penindasan Orang Pathani oleh
kerajaan Thai. Pada tahap kedua, proksi Anwar Ibrahim telah tumpas kepada
Mahadzir Khir yang bersifat nasionalis yang cuba merapati kerajaan dan
universiti.
Tim PBMUM nasionalis pro universiti ini telah menunjuk taring apabila
mengagalkan rampasan kuasa universiti oleh PMUM setelah peristiwa Tasek
Utara. PBMUM di bawah pimpinan Aziz Shamsuddin mewujudkan Majlis
Tindakan Negara (MTN) mengagalkan usaha Majlis Tindakan Sementara (MTS)
yang didokongi oleh PMUM. MTN bersama kerajaan dan penguasa varsiti telah
membantai MTS (PMUM) dibawah pimpinan Kamarazaman Yaacob dan
Hishamuddin Rais.
Perbalahan ini cukup hebat kerana ia melibatkan peperangan ideologi
Nasionalis-Melayu vs Sosialis. Kolej yang dikuasai oleh juak sosialis seperti Kolej
Kelima telah menghalang lawatan juak MTN dan hampir mencetus pengaduhan.
Kekuatan PBMUM ketika ini cukup hebat kerana berjaya menghindari pengaruh
Anwariyyun dan menentang golongan popular universiti, Kelab Sosialis Universiti
Malaya yang menguasai PMUM.
Pada tahun 1974-1980, PBMUM tampak lesu seperti persatuan lain ekoran
dimandulkan oleh Akta Universiti dan Kolej (AUKU) 1975. Imej nasionalis
berkurangan dan aktiviti PBMUM lebih kepada kemasyarakatan dan diskusi
ilmiah. Idealisme gerakan mahasiswa yang asal terkenal dengan keras dan
melawan kelihatan luntur.
Pada tahap 1980-1990, PBMUM mula melakukan respon terhadap isu semasa.
Unsur Islamis kembali kelihatan dalam PBMUM, contoh Husam Musa selaku
Setiausaha Agung PBMUM telah membidas kenyataan bertulis seorang ahli
parlimen UMNO yang meremeh ajaran Islam.
Selepas kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO, pengaruh PKPIM dan ABIM
berjaya ditumbang dalam saf pimpinan PMIUM oleh team PMIUM revolusi Iran
101

yang Pro PAS. Sebagai alternatif anasir-anasir PKPIM dan ABIM cuba menyusupi
PBMUM setelah lama mendominasi PMIUM dan berjaya mengawal keseluruhan
PBM pada tahun 1990-2000. Tahap ini muncullah Saifuddin Abdullah, Fuad
Zakarshi (tokoh UMNO Johor) dan Fakrulrazi.
Pada tahun 1990-2000, pada awal dan pertengahan 1990an, PBMUM telah
menjadi sarang PKPIM-UM di Universiti Malaya. Imej PBMUM lebih Islamis ala
ABIM-PKPIM. Sokongan PBMUM hampir seimbang dengan PMIUM dan pada satu
masa wakil PMIUM (Nadi) dan PBMUM (melalui BMB) saling tumbangmenumbang dalam pilihan raya kampus. PBMUM pro universiti ekoran hero
mereka iaitu Anwar Ibrahim bersama kerajaan.
Perjuangan PBMUM [proksi PKPIM-UM] kembali bersifat oposisi apabila Anwar
Ibrahim dipecat daripada kerajaan. PBMUM bersama Gagasan Mahasiswa
Universiti Malaya (GMUM) telah mengalahkan calon-calon pro Hal Ehwal Pelajar
(HEP) Majlis Gerakan Mahasiswa Universiti Malaya (MGMUM).
Walau bagaimanapun, taring PBMUM semakin tumpul pada akhir 1990an.
Ketiadaan pelapis dalam barisan kepimpinan menghilang suara PBMUM dalam
perjuangan isu kampus dan nasional. Anasir PKPIM-UM juga semakin pudar
warnanya dalam mempengaruhi PBMUM dan PKPIM-UM sendiri gagal membekal
benih-benih pimpinan yang berkualiti secara berterusan untuk PBMUM. Kini, arah
idealisme PBMUM perlu diberikan nafas baru oleh pimpinan PBMUM agar terus
relevan di UM.
Isu Bahasa Melayu (BM).
PBMUM dan BM bagai isi dengan kuku. Nama PBMUM pasti tersemat dalam
perjuangan mendaulatkan BM di bumi Malaysia ini. PBMUM telah mencela
kenyataan Tunku Abdul Rahman dan Khir Johari kerana mengatakan BI akan
dijadikan bahasa rasmi disamping BM. PBMUM memberi amaran jika hendak
mengelak pertumpahan darah, soal BM sebagai bahasa kedua tidak harus
ditimbulkan.
Isu Penduduk Luar Bandar.

102

Pada tahun 1967, PBMUM mengadakan Simposium Penduduk Luar bandar bagi
mengkaji masalah masyarakat luar bandar. PBMUM pada masa ini dibawah
pimpinan Sanusi Osman yang berfahaman sosialis (ahli Kelab sosialis Universiti
Malaya). Hasil daripada simposium ini telah menyedarkan mahasiswa tentang
keadaan masyarakat luar bandar. Respon utama adalah peristiwa Teluk Gong.
Jelas, PBMUM dulunya sebuah gerakan mahasiswa radikal telah berevolusi
menjadi gerakan mahasiswa biasa (baca: lembek). Semangat zaman telah
meluruskan perubahan agar PBMUM bersama-sama arus perdana. Perkataan
lawan dan kritik kerajaan oleh gerakan mahasiswa dianggap pro pembangkang
dan menentang universiti. Inilah kedangkalan pemikiran orang kita walaupun
berderet-deret kepingan ijazah. Kini, keunggulan PBMUM menjadi sejarah,
sejarah bisu yang menjadi agenda telah melahirkan ramai lagenda..

Isu Tanah di Teluk Gong.


Dalam bulan September 1967, PBMUM telah mengadakan Simposium Masalah
Penduduk Luar Bandar bertujuan membincangkan dan mengkaji masalah yang
dihadapi oleh penduduk luar bandar. Permasalahan yang dibincang mencakupi
persoalan pendidikan, nasib wanita, kemudahan dan ekonomi orang Melayu di
luar bandar. PBMUM telah menggunakan platform simposium ini bagi
menyuarakan pembelaan yang harus dilakukan ke atas rakyat miskin dan terbiar
di desa.
Perjuangan PBMUM dibawah pimpinan Sanusi Osman dipandang negatif kerana
PBMUM didakwa terpengaruh dengan cita-cita fahaman Sosialis. Impak
simposium ini, PBMUM bersama dengan PMUM telah memperjuangkan isu Teluk
Gong.
Kisahnya pada 10 Ogos 1967, Wira Tanah Rakyat, Hamid Tuah bersama
pengikutnya telah membuka tanah haram untuk petempatan dan pertanian di
Teluk Gong.
Pada 21 Ogos 1967, seramai 530 petani telah menanam sayur-sayuran dan
membina penempatan di atas tanah 1000 ekar. Pada bulan September 1967,
103

kerajaan memberi amaran supaya tanah tersebut dikosongkan dalam tempoh


seminggu. Kerajaan telah bertindak menangkap Hamid Tuah dan pengikutnya
enggan menurut perintah dan memusnahkan petempatan haram tersebut.
Pada 14 Oktober 1967, pelajar mengadakan sudut pidato membidas pihak
kerajaan Selangor dan mendesak agar Hamid Tuah dan rakan-rakannya
dibebaskan. Mereka juga telah berarak dan berpiket di depan Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor. Perarakan itu dapat disurai setelah pihak PMUM
melalui Syed Hamid Ali (SUA PMUM), Syed Alwi al Joned, Khong Kim Hoong, Ravi
dan Rohani Zainal berjaya menghantar memorandum.
Pada 15 Oktober 1967, sudut pidato diadakan lagi dengan luahan isteri Hamid
Tuah, Syarifah Aini dan Dam Huri (anak beliau) di hadapan kira-kira 200 orang
pelajar. Pelajar telah mengutip derma sebanyak RM500, pakaian dan susu untuk
diagihkan kepada pengikut Hamid Tuah.

Penglibatan Mahasiswa Dalam Pilihanraya 1969.


Gerakan pelajar mengalami tranformasi secara radikal dalam politik apabila
melibatkan diri dalam pilihanraya Umum 1969. Pada bulan April dan Mei, PMUM
telah bersedia dengan membuat persiapan bagi menyertai kempen pilihan raya.
PMUM cuba memberi gambaran sebenar tentang politik nasional dengan
menggunakan pendekatan non racial. Pada 19 April 1969, PMUM telah
mengeluarkan satu manifesto yang dikenali Manifesto Mahasiswa sebagai asas
perjuangan dalam Pilihanraya 1969.
PMUM telah menyediakan Manifesto Mahasiswa yang bebas daripada sifat
perkauman yang diamalkan dalam politik nasional. Pembebasan daripada unsur
perkauman dalam manifesto diakui oleh Jawatankuasa MAGERAN Mengkaji
Kehidupan Penuntut-penuntut Di Kampus Universiti Malaya.
PMUM dalam manifestonya memperjuangkan isu-isu masyarakat seperti hak-hak
demokrasi, perpaduan nasional, reformasi pelajaran, kesihatan, gaji minimun,
reformasi pertanian dan dasar luar. Gerakan mahasiswa ingin melahirkan

104

masyarakat yang adil dan seimbang dimana penindasan manusia ke atas manusia
lain tidak kedapatan.
PMUM telah turun padang dalam kempen pilihanraya 1969 dengan mengadakan
rapat umum secara besar-besaran di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur,
Klang, Ipoh dan Petaling Jaya. Rapat umum mempamerkan bakat politik dari segi
idealis dan karismatik pimpinan mahasiswa seperti Syed Hamid Ali, Khong Kim
Hoong dan Yoong Suan.
Sebanyak 13 rapat umum diadakan dengan kehadiran 100,000 orang rakyat
menunjukkan betapa besar pengaruh gerakan pelajar di kalangan rakyat sehingga
pimpinan PMUM tidak dibenarkan ke negeri Pantai Timur.
Dalam Pilihanraya tahun 1969, Perikatan mengalami kekalahan besar di negerinegeri Pantai Barat. Perikatan kehilangan 25.85 peratus daripada kerusi yang
dipegangnya. Di Perak dan Selangor, Perikatan hampir kehilangan kerajaan tetapi
bernasib baik apabila parti GERAKAN tidak mahu menyertai sebarang
pencampuran dengan parti pembangkang yang lain. Pilihanraya 1969, MCA dan
MIC telah kehilangan pengaruh dalam masyarakat Cina dan India antara faktor
utama penyebab kekalahan Perikatan di banyak tempat.

Pandangan Sarwajagat Islam: Islam Sebagai Penyelesaian


Sesetengah pihak berpendapat permasalahan sekarang berpunca daripada
masalah ekonomi bukannya masalah agama. Ada juga berpendapat kita hanya
melihat liberalisme (ideologi) dalam konteks agama bukannya konteks ekonomi
dan ideologi itu sendiri.
Jika kita teliti dengan lebih halus, pandangan berasaskan ideologi yang dikatakan
pandangan ekonomi itu bukan setakat pandangan ekonomi tetapi mempengaruhi
pandangan politik dan sosial. Contohnya, Komunisme ia mencakupi ekonomi,
sosial dan politik. Maknanya, ideologi ini memandu cara hidup kita mencakupi
keseluruhan cara hidup kita.
Siapa sebenarnya manusia?. Manusia hidup bergantung kepada pandangan
sarwajagat atau worldview mereka. Justeru, pandangan sarwajagat perlu diislah
105

dan dibersihkan daripada elemen-elemen faham humanisme dan faham sekular.


Keherotan pemikiran ini boleh dibaiki dengan mengambil pandangan sarwajagat
Islam sebagai panduan.
Apa pandangan sarwajagat (worldview) Islam?.
Pertama, tauhid sebagai paksi worldview Islam (Surah al Baqarah: 163, dan Surah
Ali Imran: 19). Konsep Ubudiyyah (kehambaan mutlak hanya kepada Allah)
menjadi tonggak kehidupan seorang Manusia Islam dan Manusia Baik.
Kedua, kita perlu kembali kepada pendefinisian Islam. Islam bukan sekadar
berdefinisikan agama tetapi addin, satu cara hidup. Din juga membawa maksud
keadaan berhutang. Keberhutangan makhluk kepada Allah memerlukan manusia
membayar hutang melalui proses pengabdian diri (Surah al Zariyat: 56) kepada
kepada Allah dan melayan (beribadah) Allah SWT melalui cara yang benar
seperti kemahuanNya.
Ketiga, peranan manusia sebagai homo Islamicus atau manusia Islam. Atau dalam
bahasa al Quran dikenali sebagai khalifah (Surah al Baqarah: 30) yang melakukan
tugas khalifah; pemberi penerangan tentang kebenaran dan kesesatan (Surah al
Baqarah: 143).
Keempat, kehidupan ini; solatku; ibadatku; hidupku dan matiku (Riwayat Muslim:
No 771) adalah ibadat, dan ibadat perlu mencapai kesempurnaan (surah al Mulk:
2).
Kelima, etika, nilai dan akhlak yang mulia dan mantap (Surah al Qalam: 4).
Kesempurnaan akidah itu disempurnakan dan dilengkapkan oleh akhlak yang
mulia dan mantap Aku telah dihantar untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia (hadith Rasulullah SAW).
Keenam, kefahaman yang benar dan betul (Surah Yusuf: 108). Kefahaman ialah
kesedaran yang membawa manusia yang baik kepada kebenaran melalui jalan
yang benar dan sahih.

106

Ketujuh, mengislah diri (Surah an Nisa: 114, Surah al Baqarah: 182 &220, Surah
Hud: 8) dan masyarakat (Surah an Nisa: 16 & 35) untuk memahami Islam dan
mengamalkan Islam dengan yang betul.
Kelapan, ilmu yang benar dan sahih menjadi panduan dalam pengamalan dan
tindakan. Ilmu yang benar dan sahih perlu dijalinkan dengan pendekatan
berhikmah.
Kesembilan, persaudaraan Islam berlandaskan aqidah. Setiap orang-orang
mukmin itu bersaudara (Surah Al-Hujurat: 10 dan Surah al Baqarah:137).
Kesepuluh, nilai kemanusiaan melalui rahmat Islam untuk sekalian alam.
Kita sebagai manusia memang ditakdirkan apa yang berlaku di dunia tetapi kita
diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk memilih apa yang kita ingini di akhirat
kelak.
Peringatan Allah SWT (Surah Taha: 124) dalam al Quran mesti dipatuhi dan
dijadikan garis panduan dalam kehidupan manusia. Malang sungguh jika kita
manusia yang mengutamakan hujah dan ilmu dalam bertindak tetapi kabur
dengan pandangan sarwajagat Islam yang berhujahkan al Quran.
Jangan sampai hati kita tertutup (Surah al Baqarah: 7) dengan sifat tuli, bisu dan
buta (Surah al Baqarah:18) sehingga mencacatkan pandangan sarwajagat kita.
Jangan kita mengikuti kebanyakan manusia (Surah al Anam :116) yang tidak tahu
dan tidak mahu mengikuti ajaran Islam.
Maka, pandangan sarwajagat kita perlu dibina dan dibentuk berdasarkan 10
perkara penting tadi. Segala pandangan atau ideologi serta pandangan akal kita
mesti tunduk kepada kehendak wahyu Allah tanpa kompromi.

Mahasiswa Sebagai Insan Adabi


Pada hari ini, gerakan mahasiswa terbahagi dua iaitu bersifat arus perdana
berasaskan kepentingan politik kepartian, dan gerakan mahasiswa indie
107

berasaskan bawaan idea mereka sebagai siapa-apa; ideologi; dunia penulisan:


forum ilmu; dapur jalanan; buku jalanan dan lain-lain.
Paling jelas, gerakan mahasiswa dilihat sebagai gerakan politik. Gerakan
mahasiswa sebagai gerakan politik lebih bersifat mencari populariti, mahu
mengukir nama dalam sejarah, keldaipolitik kepartian dan bergantung kepada
isu popular. Kepalsuan jelas kelihatan selepas mereka menamatkan pengajian
bahkan ada kalangan mereka menjauhi diri daripada gerakan mahasiswa setelah
zaman mereka tamat dan tidak beristiqamah seperti pendirian mereka semasa
di kampus selepas keluar universiti.
Gerakan mahasiswa perlu melakukan anjakan paradiqma agar diri mereka bebas
daripada belenggu politik kepartian. Bukan tidak boleh mendekati politik tetapi
jauhi daripada menjadi budak politik kepartian.
Maka, tunjang intelektualisme, berkebajikan dan aktivisme perlu dibebaskan
daripada agenda politik kepartian.
Gerakan mahasiswa memerlukan tindakan yang ada pedoman dirangka
berdasarkan kerangka pemikiran dan pandangan sarwajagat yang baik dan benar.
Tiga asas dalam kerangka pemikiran tersebut ialah Faham Islam, Faham Keadilan
dan Nilai Kemanusiaan.
Faham Islam memerlukan kita memahami bahawa Islam bukanlah agama dalam
definisi Barat. Islam adalah addin, cara hidup (Surah Ali Imran: 19). Sifat Faham
Islam ialah Islam sebagai addin yang sempurna untuk manusia (Surah al Maidah:
3). Islam perlu diterima secara holistik dalam kehidupan; jasmani dan rohani;
zahir dan batin; pemikiran dan emosi; badani dan insani.
Islam adalah keadilan (Surah al Nisa: 58, Surah al Hujurat:9). Sifat Faham
Keadilan Islam berbeza dengan Kebudayaan Barat. Faham Keadilan Islam diawali
dengan keadilan berpunca daripada diri sendiri iaitu manusia perlu adil kepada
diri sendiri dahulu melalui hujah al Quran (Surah araf: 172 dan 23). Manakala
Kebudayaan Barat, keadilan bagi mereka dalam rangka dua pihak melibatkan
unsur hakikat jasmani, kebendaan dan keduniaan.

108

Pokok pangkal kemanusiaan itu adalah pengabdian diri kepada Tuhan Yang Hak
melalui jalan yang benar iaitu bertaqwa kerana orang paling mulia di sisi Allah
adalah orang yang paling bertaqwa. Tiada guna kita lakoni ketaqwaan kerana
Allah sendiri Maha Mengetahui dan Maha Mengenal siapa orang bertaqwa yang
benar dan tulen (Surah al Hujurat: 13).
Islam menetapkan nilai kemanusiaan sebagai prinsip yang tinggi al Karamah alInsaniah (kemuliaan manusia). Walaupun tidak menganuti agama Islam, hak
kemuliaan sebagai manusia dijamin oleh Islam kerana Allah memuliakan anakanak Adam (Surah al-Isra; 70). Selagi tidak melanggar syariat Allah, perkara
keduniaan boleh dilakukan dengan bebas.
Kerangka Pemikiran dan Pandangan Sarwajagat Islam penting untuk memandu
tindakan kita agar setiap tindakan mempunyai hujah-hujah yang benar
(bersumber al Quran dan al Sunnah) dan dilakukan untuk kebaikan Islam dan
manusia lain. Kita tidak mahu perbuatan kita bersikap pragmatik dan
melanggarkan hak Allah. Intelektualisme perlu dibatasi dengan kerangka
pemikiran dan pandangan sarwajagat Islam.
Mahasiswa Insan Adabi perlu meneruskan gerak-upaya berkebajikan mereka
seperti dapur jalanan, kelas bahasa untuk rakyat marhaen, buku jalanan, kempen
kesihatan, dan membersihkan penempatan rakyat. Perjuangan mahasiswa bukan
untuk mendapat populariti tetapi menegakkan keadilan sosial dan berkebajikan
dalam masyarakat. Usaha dilakukan berterusan dengan purata sekali seminggu.
Gerakan mahasiswa termasuk GAMIS dan Jemaah Islam Kampus (JIK) perlu
mengunakan pendekatan berkebajikan yang membentuk kuasa rakyat dimana
rakyat melakukan gerak upaya untuk rakyat; dari rakyat untuk rakyat oleh rakyat
dalam konteks bukan politik iaitu sebagai gerakan masyarakat madani (sivil).
Minta sumbangan dan agih sumbangan. Ilmu dan masa yang ada digunakan untuk
mendidik rakyat terutamanya orang gelandangan.
Aktivisme, perjuangan berdasarkan isu sama ada ekonomi, politik dan sosial.
Perjuangan ini berdasarkan ilmu-hujah dibuat secara budiman. Forum dan
seminar boleh dianjurkan. Penulisan dihantar ke media massa elektronik dan
cetak. Kita boleh menyertai demonstrasi aman untuk menunjuk perasaan kita

109

bukannya bertindak mengikut emosi dan diluar kawalan. Dan demonstrasi


hanyalah kaedah paling akhir.
Dalam politik kampus, mahasiswa tidak perlu lagi membentuk front-front politik
tetapi bertanding secara individu tanpa parti/front. Mahasiswa Insan Adabi boleh
menyertai pasukan HEPA untuk bertanding atau mengambil calon sebagai
individu. Mahasiswa Insan Adabi mengamalkan politik merentasi parti dan
ideologi. Lebih menumpukan kepada penambahan pengalaman dan kemahiran
dalam kepimpinan-pengurusan, membina jaringan pengaruh-persahabatan dan
membina intelektualisme yang benar.
Mahasiswa Insan Adabi ialah mahasiswa yang sedar-insaf akan tanggungjawabnya
kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang Sebenarnya disembah; yang memahami
dan melaksanakan tanggungjawabnya kepada diri sendiri dan kepada masyarakat
dengan adil. Dan senantiasa membaiki setiap aspek dirinya ke tahap lebih
sempurna. Mahasiswa Insan Adabi turun ke lapangan rakyat dengan khidmat
masyarakat. Berkhilaf dengan beradab dan menonjolkan kecantikkan akhlak.

Fiqh Dakwah Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi


Dasar kefahaman dakwah Maulana Abul Hasan an Nadwi bersifat tegas pada
prinsip, anjal dalam pelaksanaan.
1.
2.
3.
4.
5.

Mengukuhkan iman dalam menghadapi cabaran kebendaan


Mengutamakan wahyu daripada akal
Memantapkan hubungan dengan al Quran
Mengukuhkan hubungan dengan as Sunnah dan Sirah rasulullah SAW
Meniupkan semangat kerohanian atau Rabbaniyyah Ijaabiyah (Kedekatan
kepada Allah yang membawa kesan positif dalam jiwa)
6. Membina buka meruntuh, menyatu-padu bukan memecah belah.
7. Menghidupkan semangat jihad Fi Sabilillah
8. Mengambil pelajaran dar sejarah Islam dan menjelmakan kepahlwanan
Islam.
9. Mengkritik pemikiran Barat dan Kebudayaan Barat
10.Mengkritik fahaman perkauman yang sempit dan taksub jahiliah

110

11.Memantapkan aqidah bahawa sudah tidak ada nabi setelah Nabi


Muhammad SAW dan memerangi kumpulan Qadiani
12.Memerangi Riddah Fikriyyah (pemikiran liar yang terpesong dari landasan
Islam)
13.Mengingati peranan ummat di sepanjang sejarah dan berusaha
meneruskannya untuk masa yang akan datang.
14.Mengakui kelebihan para sahabat dan kedudukan mereka dalam agama.
15.Mengambil peduli dengan masalh Palestin dan berusaha membebaskannya.
16.Menyusun Tarbiah Islam yang tulen.
17.Memberi perhatian khusus kepada pendidikan anak
18.Membina para ulama dan dai yang mempunyai kerohanian yang tinggi dan
pengetahuan
19.membetulkan haluan kebangkitan dan gerakan Islam.
20.Mendakwah orang bukan Islam.
30 Gagasan dan Prinsip Wasatiyyah dan Pembaharuan Islam
Sheikh Dr Yusuf al Qaradhawi

Ketidakbolehan berbahasa Arab, Inggeris dan sebagainya bukan


alasan untuk tidak berilmu Siddiq Fadzil
1. Ilmu yang mendalam dan kefahaman yang menyeluruh serta seimbang
tentang Islam; sekira-kira jelas dua aspek utama: Pertama: Menyeluruh
dan melengkapi. Atas dasar Islam merupakan Akidah & Syariah, Ilmu &
Amal, Ibadah & Muamalat, Tsaqafah & Akhlak, Hak & Kekuatan, Dakwah
& Negara, Agama & Dunia, Tamadun & Umat. Aspek kedua: Gandingan
yang seimbang antara dua perkara yang tampak bertentangan tapi
menjadi keperluan, seperti Rohani & Material, Ketuhanan &
Kemanusiaan, Pemikiran dan Perasaan, Idealistik & Realistik, dan antara
Individualisma & Sosialisme.
2. Keimanan bahawa Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Nabi yang sahih sebagai
rujukan tertinggi dalam pensyariatan undang-undang dan membimbing
halatuju kehidupan secara Islamik; dengan mengambil kira kepentingan
memahami nas-nas Al-Quran dan Sunnah yang terperinci ataupun bersifat
juziy dalam kerangka maqasid atau objektif syariat yang yang bersifat
111

kully.

3. Mengasaskan aqidah di atas keimanan kepada Allah serta Hari Akhirat,


juga di atas Tauhid yang suci lagi tulen: tauhid Rububiyyah, Ilahiyyah,
Hakimiyyah. Maka dengan itu manusia bebas daripada perhambaan
sesama manusia dan perhambaan terhadap apa saja selain Allah. Ini juga
menuntut keimanan bahawa Muhammad sebagai utusan Allah yang
diutus dengan membawa risalah terakhir sedunia yang berkekalan dan
dengannya Allah mengakhiri rantaian para Nabi-Nya.
4. Mendekatkan diri hanya kepada Allah semata-mata dengan ibadat yang
Dia syariatkan. Memberikan penumpuan terhadap ibadat kepada Allah
kerana ia merupakan matlamat penciptaan manusia. Ibadat ini
merangkumi ibadat utama yang menjadi syiar agama iaitu Solat, Puasa,
Zakat dan Haji seterusnya lagi seperti zikir, doa, istighfar. Selain itu
hendaklah memberi penekanan terhadap Ibadat batin seperti niat yang
jujur, ikhlas kepada Allah, takutkan Allah dan sebagainya. Ia merupakan
asas kepada tasawuf hakiki yang berdiri di atas konsep Jujur dengan
Allah, Berakhlak dengan makhluk.
5. Penyucian jiwa dan melawan hawa nafsu supaya ia dihias dengan budi
pekerti dan akhlak yang mulia yang diambil berat oleh Islam, sama ada
akhlak individu ataupun bersifat masyarakat. Ini difahami dengan
menolak pendirian mereka yang menganggap ibadat-ibadat syiar dan
amalan ritual ialah segalanya, dan menolak juga pendirian mereka yang
mengirakan akhlak dan dalaman merupakan segalanya tanpa perlu ibadat
anggota luaran.
6. Penegasan kewajiban berdakwah dan seruan kepada Allah, amar maruf
nahy munkar, nasihat-menasihati dalam agama, berpesan-pesanan dan
saling mengingatkan akan kebenaran dan kesabaran.
7. Meneguhkan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan; seperti:
Keadilan, Syura, Kebebasan, Kemuliaan dan Hak Asasi Manusia.

112

8. Menghormati akal disamping wahyu. Menyeru kepada penggunaan akal


untuk meneliti dan berfikir. Membentuk minda akademik. Memerangi
jumud dan ikutan membabi buta terhadap warisan nenek moyang, tuan,
orang besar atau orang awam. Menafikan percanggahan antara wahyu
yang benar dengan akal yang jelas.
9. Memperbaharui agama dari dalam. Ini dengan memperbaharui
kefahaman terhadap agama, memperbaharui keimanan terhadapnya,
memperbaharui amal dengannya, memperbaharui seruan kepadanya.
Tidak dapat tidak mestilah dengan menghidupkan semula konsep ijtihad
yang merupakan nyawa kepada Syariah, dengan syarat ijtihad hendaklah
daripada ahlinya dan pada tempatnya.
10.Seruan kepada Fiqh yang baharu: kefahaman terhadap alam semesta dan
kefahaman dalam agama. Ini merangkumi beberapa jenis Fiqh yang
dikehendaki: Fiqh Sunnah Alam, Fiqh Maqasid Syariat, Fiqh Maalat, Fiqh
Muwazanat, Fiqh Aulawiyyat, Fiqh Ikhtilaf, Fiqh Tamadun, Fiqh
Perubahan, Fiqh Realiti.
11.Menginsafi wanita dan bertindak adil terhadap mereka, memuliakan
mereka, menjaga fitrah mereka, melalui penegasan terhadap ajaran Islam
seperti memberikan wanita hak-hak, kedudukan dan nilai mereka. Ia juga
direalisasikan dengan membebaskan mereka daripada dogma-dogma
zaman gelap/mundur Islam dan juga keserakahan serangan tamadun
barat yang mengeluarkan wanita daripada fitrah mereka serta tidak pula
meraikan kewanitaan.
12.Menitikberatkan hal kekeluargaan sebagai unit asas masyarakat dan tiang
seri kepada masyarakat sejahtera dengan menjaga hak-hak setiap
pasangan suami isteri. Tidak menggalakkan perceraian kecuali dalam
keadaan sudah pasti tidak dapat hidup bersama. Keharusan poligami
dengan syarat-syarat dan etika-etikanya, tanpa meluaskan mahupun
meniadakan. Meluaskan lingkungan keluarga agar merangkumi Asobah
dan kerabat dekat.
13.Membentuk masyarakat yang baik dan saling bantu-membantu.
Masyarakat yang berdiri di atas persaudaraan, konsep bantu-membantu,
113

berkasih sayang antara anggotanya. Orang kaya membantu orang miskin,


orang kuat membantu orang lemah. Masing-masing saling menghulurkan
sumbangan, memangkin sesama mereka.

14.Percaya dengan kewujudan Umat Islam, mesejnya, keabadiaannya hingga


Hari Kiamat. Memberi kesetiaan kepada Umat Islam. Beriman pula
dengan kewajiban kesatuan Umat berdasarkan persaudaraan iman antara
individunya walaupun berbeza aliran dan mazhab. Mengirakan golongan
yang berlainan dan pelbagai semuanya termasuk di dalam Umat yang satu
selagi mana mereka Solat mengadap Kiblat, beriman dengan Al-Quran dan
Sunnah Nabi.
15.Membina negara yang adil pembawa dakwah Islam. Negara yang
menggerakkan Umat kepada kebenaran dan kebaikan, menegakkan
keadilan Allah di atas muka bumi, berpegang kepada hukum yang
diturunkan Allah daripada Al-Kitab dan Al-Mizan, menghormati hak rakyat
dalam memilih pemerintah, tanpa pemalsuan/penipuan kehendak rakyat,
ataupun memaksakan pemimpin ke atas mereka sekalipun mereka tidak
suka. Rakyat boleh menyoal dan muhasabah pemerintah. Rakyat boleh
mengenepikan mereka dengan aman sekiranya perlu.
16.Menghindari tafsiq, takfir/mengkafirkan muslim seboleh mungkin, apatah
lagi yang disebabkan takwilan tersendiri. Berbaik sangka dengan setiap
mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, solat mengadap Kiblat
dan tidak terbit daripadanya apa yang membatalkan Islam dengan yakin.
Asasnya seorang muslim dilihat baik sebolehnya.
17.Menguatkan ekonomi Umat berdasarkan ilmu dan pengalaman, iman dan
akhlak serta berusaha supaya ia saling melengkapi antara sendiri.
Ekonomi ini dibina atas Fiqh Syariah dan Objektifnya(maqasid). Usaha
secara praktikal bagi mengasaskan sistem Ekonomi Islam yang tersendiri,
berlainan dengan ekonomi kapitalis dan komunis.
18.Percaya dengan mesti dan pastinya kepelbagaian, taaruf dan toleransi
antara bangsa dan masyarakat. Yakin bahawa kemanusian adalah satu
keluarga besar. Pentingnya saling hidup bersama dan hubungan antara
114

tamadun, percantuman pengetahuan, interaksi antara satu sama lain,


adaptasi daripada antara semuanya, tanpa segan mengerdil dan sombong
bongkak.
19.Membina tamadun ilmu dan iman. Tamadun yang bertemakan ketuhanan
dan kemanusiaan, terbina di atas akhlak, dan bersifat universal.
Menghimpunkan antara ilmu dan iman, rohani dan fizikal,
menseimbangkan antara akal dan hati, menyambungkan bumi dengan
langit. Membina keseimbangan dan keadilan antara individu dan
masyarakat. Meninggikan kebenaran ke atas kekuatan.
20.Menaik taraf seni-seni dan menggunakannya bagi tujuan risalah Islam;
Ruh seni ialah menjiwai keindahan dan meluahkannya dengan cara yang
indah. Islam menyuburkan perasaan ini di dalam jiwa muslim. Seorang
Muslim diajar supaya meneliti keindahan alam semesta serta diri manusia
sendiri; atas perkiraan bahawa ia merupakan ciptaan Allah yang halus
rekaannya dan amat teliti. Islam mengalu-alukan seni yang tinggi nilainya
sama ada seni berasaskan pendengaran, penglihatan dan buatan. Seni ini
digarap oleh Islam untuk tujuan kebenaran dan kebaikan, dijauhkan
daripada menjadi alat membangkitkan nafsu shahwat yang murahan.
21. Memakmurkan bumi; dengan merealisasikan pembangunan dan menjaga
persekiran. Saling membantu dalam setiap perkara yang memudahkan
manusia dan perkara yang menyebarkan keindahan dalam kehidupan.
Semua ini dianggap sebagai ibadah dan jihad di jalan Allah.
22.Berdamai dengan mereka yang mahukan perdamaian dan jihad berperang
dengan mereka yang melampau dan menindas. Menyedarkan umat
bahawa Jihad difardhukan ke atasnya secara kewajipan fardhu ain bagi
membebaskan tanahnya daripada penguasa asing yang mencengkam.
Berusaha menghimpunkan segenap kekuatan umat, semua kelompok dan
gerakan yang beramal ke arah memenangkan Islam, membangkitkan
umatnya dalam satu barisan dan berdepan matlamat yang satu.
23.Mengambil berat tentang minoriti Islam seluruh dunia atas perkiraan
bahawa mereka juga merupakan sebahagian daripada umat Islam. Umat
seluruhnya hendaklah membantu mereka hidup dengan Islam dalam
115

kelompok masyarakat-masyarakat mereka sebagai unsur positif dan aktif.


Hendaklah disediakan bagi mereka praktikal Fiqh yang khusus. Syiar
mereka hendaklah: Istiqamah beragama tanpa tertutup, harmoni
bermasyarakat tanpa larut.
24.Mengambil berat terhadap minoriti agama lain di dalam masyarakat
Islam. Berinteraksi dengan mereka sebagaimana diwajibkan oleh Islam
bagi hak-hak mereka seperti kebebasan kepercayaan dan mengamalkan
agama. Memastikan hak warganegara sebagai ahli Negara Islam.
Mengikut prinsip ini, mereka merupakan warganegara sebagaimana kita,
bagi mereka hak seperti kita, dan atas mereka kewajipan seperti atas kita,
kecuali apa yang berkaitan tuntutan perbezaan keagamaan.
25.Menggunakan manhaj [taisir/takhfif] memudahkan dan memberi
keringanan dalam fatwa, dan [tabsyir] membawa unsur menarik dalam
dakwah. Jikalau mahukan kemestian ketat dalam fiqh dan fatwa maka
hendak ia pada perkara teras atau prinsip bukan pada persoalan cabang
dan ranting. Peringanan dan kemudahan yang dituntut di sini bukanlah
bermaksud: mewajarkan situasi yang berlaku atau mewajarkan meniru
barat atau menurut kehendak pemerintah. Begitu juga dalam dakwah,
hendaklah secara tabsyir menggunakan unsur penarik, bukannya
menakutkan dan menghambat orang menyebabkan mereka lari menjauh.
Dakwah menyeru orang Islam secara hikmah dan nasihat yang baik.
Menyeru mereka yang kontra menggunakan dialog dengan jalan yang
terbaik. Ini semua dibuat dengan meraikan ruh zaman moden dan kaedah
semasa.

26.Meraikan sunnah berperingkat dan segala sunnah Allah. Berperingkat


secara hikmah di dalam dakwah, pendidikan, fatwa, perubahan. Tidak
tergesa-gesa berbuat sesuatu sebelum waktunya, memetik buah sebelum
masak. Beserta kewajipan meraikan sunnah Allah dalam alam dan
masyarakat. Sesiapa yang meraikan sunnah alam maka dia akan diraikan,
sesiapa yang tidak mengikut sunnah alam maka dia akan tersia.
27.Mengimbang antara perkara statik dalam syariat dan aspek semasa yang
berubah-ubah; [tsawabit vs mutaghaiyyirat] dengan mengambil kira
116

kepentingan statik dalam tujuan dan matlamat, prinsip dan kaedah


umum, dan pentingnya dinamik, anjal dan fleksibel sekaligus maju di
dalam wasilah dan mekanisma, perkara-perkara cabang dan juzuk kecil.
Mengelakkan bahaya merubah-ubah perkara statik dan menjumudkan
perkara yang boleh berubah-ubah.
28.Meletakkan tuntutan-tuntutan syara *taklif+ pada peringkat-peringkatnya
dan martabatnya yang betul. Bermula dengan kefahaman jelas terhadap
tuntutan-tuntutan tersebut secara seimbang dan menempatkan setiap
tuntutan sesuai kedudukannya mengikut apa yang dibawakan oleh nasnas yang muhkam, dan maqasid yang umum. Maka tidak boleh diawalkan
apa yang sepatutnya diakhirkan atau dikemudiankan dan begitulah
sebaliknya. Inilah yang kita namakan Fiqh Aulawiyat.
29. Pentingnya reformasi menyeluruh dan perubahan yang mengakar umbi.
Pembaikan yang tidak sekadar kosmetik, tidak pula hanya setakat luaran
tanpa perubahan dalaman. Tidak menjadi Islah sebenar kecuali dengan
kehendak kita sendiri dan tangan-tangan kita sendiri bukan yang
dipaksakan orang lain ke atas kita. Permulaan segala islah dengan
reformasi sistem-sistem politik diktator. Asas segala perubahan ialah
merubah manusia dari dalamannya.
30. Memanfaatkan warisan turats kita yang cukup kaya yang termasuk
segala bidang ilmu, seni-seni dan sastera-sastera. Dengan menekankan
bahawa warisan turats ini tidak lari dari kesilapan dan cacat cela. Ia
tidaklah maksum. Masih boleh dikritik dan disemak semula, dibincangkan
untuk ditapis; diambil atau diketepikan. Akan tetapi umat secara
keseluruhannya tidak akan bersepakat atas kesesatan atau kebatilan.
Selain itu wajib bagi kita menghidupkan semula warisan turats ini dan
menjaganya dengan teknik dan mekanisma moden. Kita hendaklah juga
memilih perkara yang bagus dan sesuai untuk disebarumumkan kepada
khalayak umat sementara unsur-unsur yang sebaliknya dibiarkan kepada
para pakar mengkajinya.
(dirujuk dari blog Ustaz Fawwaz Fadzil dan diolah-diedit dengan kesesuaian)

117

Kesimpulan
Hampir setiap zaman, gerakan mahasiswa sangat bergantung kepada kepimpinan
yang berani, pandai berpidato dan bijak dalam akademik. Kebelakangan ini,
gerakan mahasiswa sukar mencari pemimpin yang berkualiti.
Para mahasiswa mesti berhati-hati dan teliti tentang penularan aliran pemikiran
dan pengaruh organisasi tertentu atas nama keterbukaan, wasatiyyah, toleransi,
dialog peradaban, maqasid syariah dan sebagainya.
Dalam menghadapi serangan pemikiran ini, para mahasiswa perlu membentengi
diri mereka dengan ilmu tauhid yakni ilmu mengenal Allah. Mengakui
keWUJUDan Allah jika difahami dengan cara yang betul dan benar, seseorang
mahasiswa boleh menepis pelbagai ideologi yang cuba mempengaruhi pemikiran
mahasiswa.
Menerima Allah sebagai Tuhan Yang Hak menghendaki kita menerima kerasulan
Nabi Muhammad sebagai rasul dan menerima al Quran dan al Sunnah sebagai
panduan dan rujukan kehidupan kita di dunia dan pada setiap masa.
Dalam melayari kehidupan ini, penulis cuba menukilkan nasihat Tuan Guru Haji
Salleh Musa, Sik seperti di bawah:
1. Menjaga agama. Yakni jangan murtad dan keluar daripada Islam.
2. Menjaga akal. Yakni menjaga akal daripada bahan atau perkara yang haram dan
maksiat.
3. Menjaga harta. Wajib mengelakkan mendapat harta yang haram.
4. Menjaga nyawa.
5. Menjaga muruah yakni kehormatan diri. Jika kita seorang Islam, muruah kita
adalah Islam, maka pemikiran dan gaya hidup kita perlu mengambarkan diri kita
seorang Islam yang syumul pengamalannya. Kita perlu lebih tawaduk dan warak
dalam meningkatkan kehormatan diri.
Siap disusun pada 19/5/2016 pada jam 12.12 tengah malam.

118

Anda mungkin juga menyukai