Anda di halaman 1dari 12

Pertembungan Konservatif dengan Reformis: Ibrah Dari Ikhwanul

Muslimin
Pertembungan cara terakhir untuk menyelesai krisis boleh membuka
pintu krisis baru. Pertembungan itu sendiri adalah krisis yang
menguriskan hati
Khalil Jibril
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
Ruang politik adalah medan penghasilan pelbagai ijtihad. Dalam
berpolitik kita perlu meraikan kepelbagaian ijtihad. Antara masalah
yang timbul ekoran daripada kepelbagaian ijtihad ini adalah
pertembungan kelompok-kelompok yang bertentangan dalam
sesebuah organisasi.
Pertembungan antara kelompok konservatif dengan reformis dalam
sesebuah organisasi adalah bersifat normal dan semulajadi. Pelbagai
nama dan istilah digunakan, pokoknya adalah sama iaitu
pertembungan.
Kebanyakan pertembungan berjaya dimenangi oleh kelompok
konservatif. Jika kelompok reformis menang, biasanya organisasi akan
menjadi liberal, plural dan pragmatik. Adakalanya, salah satu kelompok
terpaksa keluar untuk mendirikan organisasi lain.
Ada juga kelompok reformis yang masih setia dalam organisasi terbabit
walaupun mereka gagal menguasai organisasi berkenaan.
Ada reformis keluar daripada organisasi atau mengundur diri. Perkara
sebegini banyak berlaku dalam organisasi termasuk jemaah Ikhwanul
Muslimin yang merupakan gerakan Islam paling tersohor di dunia.
Demokrat Muslim (Demokrat Islamis) dan Pasca Islamisme

Kalangan bukan Islam, politik hanyalah sekitar pembangunan negara,


penindasan pemerintah, kestabilan ekonomi, urus tadbir yang baik,
keadilan sosial, ruang kebebasan bersuara dan mengikut lunas hak asasi
manusia. Dalam Islam pula, politik itu bukan sahaja perkara di atas
tetapi melibatkan aqidah. Politik merupakan salah satu cabang dalam
kehidupan beragama dalam masyarakat Islam.
Gerakan Islam melalui politik kepartian bukan sahaja mahu
membersihkan kezaliman, rasuah dalam negara dan memperbaiki
ekonomi negara tetapi ingin menegakkan Negara Islam dan
pelaksanaan hukum Islam.
Perbezaan pendapat antara politik Islam dengan politik sekular
membuahkan hasil apabila istilah Islamisme dan Pasca Islamisme
digunakan. Malangnya, istilah Islamisme dikambing-hitamkan sebagai
ektremis, terorisme, jumud, eksklusif, tidak toleransi dan tidak rasional.
Kalau Pasca Islamisme itu kuda, penunggangnya adalah Demokrat
Muslim atau Demokrat Islamis. Kita boleh melihat objektif Persidangan
Demokrat Muslim Sedunia pada tahun 2014 (di Kuala Lumpur) adalah
meredam suara negatif ekstremisme, eksklusivisme dan sikap tidak
toleransi, digantikan dengan suara kesederhanaan, toleransi, saling
memahami dan inklusivisme. Gerakan Islam seringkali dilabel
berkiblatkan Islamisme dan perlu mengubah kiblat kepada Pasca
Islamisme. Itu dilaksanakan oleh Demokrat Muslim.
Penulis memerhati sejak tahun 2001, Lim Kit Siang memuji Rashid
Ghannoushi. Pada tahun 2014, sekali lagi beliau memuji Rashid
Ghannoushi yang optimisme terhadap kemanusiaan dan ideal-ideal
yang saya(Lim Kit Siang) sebut tadi juga berakar dalam Islam, seperti
yang ditonjolkan pemimpin gerakan Islam Tunisia Sheikh Rachid
Ghannouchi berkenaan konsep negara Islam yang progresif sebuah

negara sivil berasaskan keadilan, kesaksamaan, hak asasi dan


demokrasi, di mana negara bukan sahaja melindungi kebebasan agama
tetapi juga kebebasan nurani.
Kata kunci yang menarik ialah Islam Progresif dan pemikiran Rashid
Ghannoushi dinyatakan oleh Lim Kit Siang. Dan dalam PAS ada
beberapa tokoh gerakan Islam Malaysia sangat meminati konsep Pasca
Islamisme dan Demokrat Islamis.

Kejayaan Kelompok Reformis di Turki


Selepas kerajaan campuran Turki, pimpinan Perdana Menteri Erbakan
ditumbangkan. Parti Refah dibubarkan dan diganti dengan parti baru,
Fezilet pada tahun 1998. Malangnya, parti Fezilet juga terpaksa
dibubarkan pada tahun 2001 ekoran menyalahi prinsip sekularisme
Turki. Kelompok muda reformis yang digerakkan oleh Raced Tayyid
Erdogan dan Abdullah Gul mengkritik pendekatan politik Erbakan.
Akhirnya mereka bertindak menubuhkan Parti Keadilan dan
Pembangunan Turki (AKP). Pihak yang kekal bersama Erbakan telah
menubuhkan Parti Saadet dipimpin oleh Rucai Kutan.
AKP bukannya gerakan Islam walaupun mereka mempunyai aspirasi
Islam melalui para pemimpinnya. Aspirasi Islam tersebut bersifat
individu yang memimpin bukannya dasar parti. Mereka adalah sebuah
parti yang sekular, nasionalis, liberal, pragmatik, realistik dan tidak
mahu menegakkan Negara Islam(dan kita tidak menafikan usaha
Islamisasi mereka). Menariknya, AKP berjaya mendominasi pilihanraya
Turki sehingga terus kekal memerintah dan berjaya menjadikan
Erdogan sebagai Presiden Turki. Kejayaan Turki ini menjadi model
sesetengah pemimpin refomis gerakan Islam.

AKP sendiri menjauhi sistem Islam(baca; Syariat) dan menjadi sekular.


Mereka tidak memperjuangkan Negara Islam dan dasar-dasar Islam.
Mereka cuba melakukan penerapan nilai-nilai Islam institusi
kenegaraan dan Perlembagaan secara evolusi. Bertindak sebagai
sekularis menyebabkan pihak pengawal sekularisme Turki, Angkatan
Tentera Turki gagal menjatuhkan AKP.
Kejayaan AKP menjadi tauladan kepada para pendokong Gerakan Islam
seantero dunia. Gerakan Islam mula menubuhkan sayap politik masingmasing. Di Maghribi, Parti Keadilan dan Pembangunan Maghribi
ditubuhkan. Bagi gerakan Islam merangkap parti politik, dasar-dasar
Islam dan pendekatan semakin diliberalkan dan dilonggarkan bahkan
ada yang diketepikan. Sebagaimana Parti an Nandah Tunisia pimpinan
Rasid Ghannoushi lebih kedepan dengan slogan masyarakat madani
berbanding negara Islam. Perjuangan gerakan Islam masa kini dilihat
paling sesuai mengunakan formula AKP-Rashid Ghannoushi.
Persoalan yang timbul, apakah nasib Islam dalam parti-parti reformis di
negara-negara umat Islam?.
Reformis dalam Ikhwanul Muslimin
Selepas mengalami dugaan yang cukup dahsyat pada zaman Imam
Hassan al Banna dan Imam Hassan Hudaybi, Mursyidul Aam yang baru,
ustaz Umar Tilmisani telah menggunakan pendekatan baru iaitu sistem
pemayungan dimana kader-kader Ikhwan dihantar ke dalam NGO-NGO
dan badan kerajaan. Tujuannya ialah menguasai NGO-NGO dan badan
kerajaan tersebut sekaligus mentarbiah secara tidak langsung. Ustaz
Umar Tilmisani dibantu oleh Ustaz Abbas al Siisi.
Ustaz Umar Tilmisani dan Ustaz Abbas telah berjaya mentarbiah ramai
kader dalam kalangan mahasiswa dan profesional. Antaranya, Essam AlErian, Abdul Munim Abul Futuh, Muhammad Habib, Ibrahim Al-

Zafarany, Issam Sultan, Kamal El-Helbawy, Mokhtar Nouh dan Abul Ala
Al-Mady. Kelompok reformis ini mempunyai idea-idea yang lebih
moderat.
Pembantaian Kerajaan Mesir juga menyebabkan ramai tokoh Ikhwanul
Muslimin merantau di luar negara. Mereka telah menubuhkan
cawangan Ikhwanul Muslimin di tempat mereka. Antara mereka ialah
Mustafa Masyhur yang dikatakan pengasas kepada Ikhwanul Muslimin
Antarabangsa. Berpusat di Jerman, beliau menyusun dan mengerakkan
Ikhwanul Muslimin Antrabangsa. Kewujudan Ikhwanul Muslimin
Antarabangsa juga banyak mempengaruhi kelompok reformis kerana
pemikiran mereka ditranformasikan oleh persekitaran baru mereka
yang liberal, moderat dan pragmatik.
Mereka mempunyai ciri-ciri seperti logik, rasional, liberal, pragmatisrealistis, terlibat dalam politik dengan tingkat profesionalisme tinggi,
dan mereka berusaha untuk mengintegrasikan Ikhwan dalam
kehidupan politik negara-bangsa dan masyarakat sivil.
Kemunculan kelompok muda yang berpendidikan dan terdedah dengan
budaya kosmopolitan juga menguatkan pengaruh kelompok reformis.
Idea dan pendekatan kelompok reformis sangat disukai oleh kelompok
anak muda. Sokongan padu mereka menyebabkan kelompok reformis
ada keyakinan untuk mendominasikan kepimpinan Ikhwanul Muslimin.

Kelompok Konservatif
Semasa pembantaian, ramai pimpinan utama Ikhwan dipenjara.
Anggota mereka terbiar tanpa tanzim dan arahan pimpinan pusat.

Akibatnya, muncul kelompok-kelompok yang terpisah membentuk


pemikiran dan pendekatan berdasarkan pimpinan Ikhwan yang
tertentu.
Kelompok Konservatif dipengaruhi oleh pemikiran Ustaz Sayyid Qutb
yang merupakan ideolog Ikhwanul Muslimin. Ramai anak muda
terpengaruh
dengan
beliau
termasuklah
Mursyidul
Aam
sekarang(2015), Ustaz Dr Muhammad Badie. Pendapat mereka
dikatakan keras dan melawan akibat daripada tekanan pemerintah
Mesir.
Buku Sayyid Qutb
yang terkenal Maalim fi Thariq telah
membangkitkan semangat jihad kalangan orang muda. Kewujudan
pemikiran Sayyid Qutb ini telah mengusarkan Mursyidul Aam ketika itu
kerana sesetengah pengikut pemikiran ini mudah menjadi pelampau
dan mengunakan kaedah melawan kerajaan. Ustaz Hassan al Hudaybi
menulis buku Duat Laa Qudhat bagi mengendurkan ketegangan
apabila anak muda yang dipengaruhi oleh pemikiran Sayyid Qutb mula
mengkafir orang. Kebanyakan yang ektrem telah terkeluar daripada
Ikhwan sama ada dipecat atau keluar menubuhkan wadah mereka
tersendiri.

Pertembungan
Muslimin

Konservatif

dengan Reformis

Dalam Ikhwanul

Pertembungan antara kelompok Konservatif dengan kelompok


Reformis berlaku sepanjang zaman sama ada ia sengit-kritikal atau tidak
bahkan telah membawa krisis dalaman.

Pada 1996, kelompok reformis telah membentuk Parti Wasat yang


dipimpin oleh Issam Sultan dan El-Madi. Ada sesetengah pendapat,
parti ini direstui oleh Ustaz Mustafa Masyhur sebagai strategi dua lapis.
Memberi peluang dan ruang kepimpinan dalam kalangan anak muda
dan mengelakkan kediktatoran serta ketaksuban menyebabkan Ustaz
Mustafa Masyhur sendiri menghadkan tempoh memegang jawatan
Mursyidul Aam selama 5 tahun. Ia membuka ruang dan peluang agar
Ikhwan sentiasa dinamik dan sesuai dengan zaman.
Pemberian ruang dan peluang timbul lagi apabila Mursyidul Aam
ketujuh, Ustaz Muhammad Mahdi Akef mahu kelompok reformis
mengambil tampuk kepimpinan Ikhwan. Beliau pernah memperkenal
dan mempromosi Essam al-Erian antara bakal pemimpin utama Ikhwan.
Beliau mahu kepimpinan Ikhwan berasaskan kepimpinan institusional
bukannya kepimpinan individu.
Ustaz Mahdi Akef juga mahu meletak jawatan Mursyidul Aam dan
mahu mewakilkan kuasa kepada timbalan beliau daripada kalangan
reformis iaitu Dr Muhammad Habib. Tindakan ini membangkitkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan anggota senior Ikhwan.
Dalam pemilihan pimpinan, kelompok Konservatif berjaya menguasai
Maktab Irsyad dan memilih Ustaz Dr Muhammad Badie sebagai
Mursyidul Aam yang baru. Bekas Timbalan Mursyidul Aam, Dr
Muhammad Habib, Sabri Arafa, Ustaz Abdullah Khatib dan tokoh idola
anak muda, Dr Abdel Monem Abul Fotouh telah tersingkir daripada
anggota Maktab Irsyadi. Hanya Dr Essam El Erian yang terpilih.
Kelompok anak muda yang mendokong perubahan mula mengunakan
media sosial sebagai wasilah perjuangan mereka. Medium seperti blog,
FB digunakan secara maksima. Pada mulanya bersifat individu
kemudian bertukar kepada Kumpulan Tanpa Organisasi, Kumpulan

tanpa Kepimpinan (seakan anarki) atau komuniti maya. Akhirnya


kelompok inilah mengerakkan Gerakan 6 April.
Antara mereka adalah Saad Magdi dari Yalla Mesh Mohem, Abd alMoneim Mahmoud, Mohamed Hamza, Mohammed Adel, Islam Lutfi,
Abd al-Rahman Rashwan dan Mustafa al-Naggar. Kemunculan media
sosial menyebabkan semua manusia bebas menyatakan pendapat
tanpa batasan. Pengunaan internet dan alat komunikasi seperti telefon
bimbit menyebabkan maklumat tersebar begitu pantas dan
membangkitkan unsur popular yang boleh mengerakkan manusia untuk
melawan.
Mustafa al-Naggar umpamanya sangat keras mengkritik para pimpinan
Ikhwan. Antara yang beliau kritik adalah kaedah pencalonan dan
pemilihan kepimpinan yang berasaskan kesetiaan dan wala kepada
pemimpin dan ideologi bukannya kepada prestasi dan idea seseorang
pemimpin. Mereka adalah anak muda Ikhwan tetapi merdeka daripada
penguasaan kepimpinan. Lebih moderat dan mahu perubahan dalam
budaya jemaah seperti wala dan lain-lain.
Ada mantan pimpinan Ikhwan mengunakan forum politik untuk
bergerak. Antara parti yang digerakkan oleh mantan pimpinan pemuda
Ikhwanul Muslimin ialah parti Al-Masry al-Tayar, ditubuhkan oleh
Islam Lotfy dan Mohammad al-Qassas Ahmad Nazily dan Ammar alBeltagy (anak Mohammad al-Beltagy).
Manakala mantan pimpinan senior Ikhwanul Muslimin menubuhkan
parti Al-Nahda dipimpin oleh Ibrahim al Zafarani dan Mohamed Habib.
Parti al Reyada dipimpin oleh Daoud Khaled, Haitham Abu Khalil, Abu
Amr-Khalil dan Khalid al-Zafarani. Parti-parti baru ini cuba memisahkan
antara peranan jemaah dengan parti. Menariknya, Parti al Nahda telah
melakukan tahaluf siyasi dengan kelompok sosialis dan liberalis.

Bukanlah semua kelompok reformis keluar jemaah. Ada yang masih


tinggal. Antara yang terkenal adalah Dr. Essam El Erian dan Mohamad al
Beltagy. Kebanyakan mereka berjuang melalui FJP, sayap politik
Ikhwan. Dalam pemilihan Presiden FJP, Essam al Erian kalah kepada
Saad el Katatny. Punbegitu mereka tetap bersama FJP dan Ikhwan
sehingga dipenjara.

Kenapa Krisis dalam boleh berlaku?: Jawapan Ibrahim al Hudaybi


Krisis dalaman berlaku apabila para pimpinan Ikhwan mula berebut
jawatan politik. Perkembangan bernuansa politik semakin menular
dalam kalangan elitis Ikhwan. Mereka saling berebut jawatan dalam
jemaah.
Menurut Ibrahim Al-Hudhaibi (2009), Ancaman terbesar yang sedang
mengelilingi Ikhwan bukanlah dari pihak keselamatan (Mesir). Kerana
Pihak Keselamatan Mesir tidak akan mampu mempengaruhi pemikiran
dan manhajnya (Ikhwan). Akan tetapi ancaman terbesar terhadap
Ikhwan ialah yang datang dari dalam, yakni saat anggota jemaah
Ikhwan sudah menjadi kesetiaan kepada diri sendiri dan tidak mahu
menerima pendapat para Ulama, kecuali yang sesuai dengan
agendanya."
Pada akhirnya, agenda-agenda itu akan menjadi dasar sedangkan
para Ulama hanya alat untuk melayani agenda-agenda itu. Saat itulah
Ikhwan sebenarnya seperti yang diungkapkan musuh-musuhnya
sebagai memperalat agama untuk melayani politik, bukan sebaliknya.
Semoga hal itu tidak terjadi.
Pengolakan yang berlaku dalam Ikhwan ketika itu adalah pencaturan
dalam kalangan elitis dalaman yang saling berebut kekuasaan

organisasi. Penguasaan politik negara atau kemenangan dalam


pilihanraya telah menjadi penarik dalam usaha merebut jawatan.
Pentarbiahan dan dakwah tidak lagi menjadi uslub asasi kepada
gerakan Islam. Inilah yang dikatakan sekularisme yang menular dalam
gerakan Islam. Pengejaran jawatan membikin fitnah dan mematikan
ukhwah serta memandulkan wala kepada kepimpinan jemaah.
Faktor Krisis Dalaman
Gerakan Islam tidak berupaya menghadapi sistem pemilihan terbuka.
Mereka hanya mampu menggunakan sistem pemilihan dalaman dan
tertutup. Proses pemilihan secara terbuka memberi ruang kepada
kempen yang melanggar adab jemaah dan menghilangkan kesantunan
peribadi individu. Mereka gagal berfikir waras sehingga lupa akan dosa
dan pahala.
Gerakan Islam yang terlibat dengan politik kepartian berasaskan
demokrasi akan memayungi pelbagai pemikiran yang bertentangan
seperti Islamisme Liberal, Salafi, wahabi, fundementalisme bahkan
Syiah. Mereka mempunyai kepentingan sendiri. Kebanyakan mereka
menubuhkan kem masing-masing sehingga berlaku pengeseran antara
satu sama lain. Ada juga kem ditubuhkan atas dasar persahabatan dan
bersifat jemaah dalam jemaah.
Kepelbagaian latarbelakang individu menyebabkan gerak-fikir adalah
berbeza dalam menafsir dan bertindak dalam sesuatu perkara.
Perbezaan ini kurang berjaya diuruskan sehingga menghasilkan
persaingan dan perebutan kuasa.
Kurangnya dialog dalaman. Seseorang pemimpin perlu lebih banyak
berinteraksi dengan anggota bawahan melalui pertemuan berkala dan

dialog dalaman. Selain mengeratkan ukhwah, ia juga dijadikan pentas


untuk menjelaskan isu-isu semasa dan cara menanganinya.
Revolusi maklumat yang melanda manusia pada hari ini mengubah
landskap pemikiran dan pendekatan manusia. Maklumat yang banyak
dan bercampur aduk perkara benar dan tidak benar menyebabkan
manusia kehilangan pertimbangan yang adil dan sahih dalam memilih
pendapat. Sangat berbahaya jika mereka memilih pendapat popular
walaupun pendapat tidak benar dan tidak sahih. Tanpa iman yang
kukuh, akhlak yang baik dan pengkajian dengan teliti terhadap sesuatu
maklumat, manusia termasuk pimpinan dan anggota gerakan Islam
bakal terjatuh ke dalam lubang fitnah.
Kelemahan kepimpinan disebabkan oleh pimpinan tidak dapat
mengawal dan tidak berjaya mempengaruhi anggota gerakan Islam.
Kedegilan dan keingkaran terhadap arahan pimpinan dalam sesebuah
organisasi menjadi lumrah dewasa ini. Gerakan Islam yang terkenal
dengan disiplin dan wala juga terpalit dengan budaya ingkar arahan.
Pemimpin tersohor, berbakat dan reformis Ikhwan, Dr Abdel Monem
Abul Fotouh sendiri ingkar arahan dan mencabar keputusan Majlis
Syura Ikhwan. Beliau tidak bersetuju dengan Majlis Syura yang tidak
mahu bertanding dalam pilihanraya Presiden Mesir. Beliau ingkar
arahan dan bertanding dalam pilihanraya tersebut. Beliau telah dipecat.
Kesimpulan
Ikhwan seringkali berjaya mengatasi krisis kerana keutuhan dasar-dasar
Islam yang terkandung dalam perjuangan mereka. Mereka mungkin
rebah dan jatuh tetapi bangkit kembali mendepani permasalahan yang
berlaku. Mereka mungkin sakit tetapi tidak pernah mati. Pemimpin
datang dan pergi, dasar-dasar Islam akan terus terpahat dalam Ikhwan.
Memang setiap kejayaan sistem, organisasi dan perjuangan disebabkan

oleh orangnya (pelaksana) tetapi keutuhan organisasi disebabkan oleh


dasarnya.
Sifat istiqamah dalam apa jua cabaran juga melambangkan kekuatan
mereka. Walaupun ramai pimpinan berbakat dan berpotensi mereka
berundur daripada perjuangan, menubuh wadah sendiri bahkan ada
yang menyokong musuh Ikhwan. Inilah yang berlaku kepada pejuang
kental mereka diperingkat antarabangsa iaitu Dr Kemal Hebawi telah
berundur dan menyokong lawan Ikhwan di Mesir.
Pertembungan, suatu kebiasaan yang menyakitkan. Paling baik terus
istiqamah menuju kemenangan.

Anda mungkin juga menyukai