Anda di halaman 1dari 3

Manifesto Diri

Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias


Kita dimatangkan oleh pengalaman dan usia kita. Mazhab diri ialah ilmu, kasih
sayang dan beradab.
1. Manusia dinilai secara individu bukannya secara institusi. Kebenaran dan
kebaikan bergantung kepada diri seseorang. Kebenaran seseorang sangat
berkaitan dengan taqwa-iman, ilmu dan adab-akhlak seseorang. Seseorang perlu
membebaskan diri mereka daripada syirik luaran dan dalaman-hati, kemudian
mengamalkan Islam secara keseluruhan berpandukan al Quran dan al sunnah.
Kebaikan pada diri manusia berdasarkan sikap dan tindakan semasa seseorang.
Keburukan saat ini belum tentu buruk sepanjang masa. Kebaikan pada diri
manusia terdapat pada seseorang yang berada dimana-mana jua
organisasi/institusi dan kalangan bukan Islam.
Berada dalam organisasi Islam, belum tentu seseorang itu Islamik. Perlembagaan
Organisasi Islam menjaga luaran diri agar mengawasi diri seseorang berada dalam
kawalan syariat. Tetapi hakikat sebenar ialah iman kita. Iman/keyakinan kita perlu
mengikuti syariat dengan sebenar-benarnya. Begitulah sebaliknya dalam
organisasi bukan Islamik.

2. Tidak taksub kepada individu-tokoh dan institusi, kebenaran kepada sumber


ilmu. Kehidupan bukan bergantung kepada seseorang individu dan sesebuah
organisasi. Pegangan kita adalah mazhab ilmu iaitu berpegang kepada kebenaran
sumber ilmu iaitu al Quran dan al Sunnah.
Para ulama hanya penyusun ilmu dan penyebar maklumat tentang Islam. Kita
mesti menghormati dan beradab dengan mereka. Punbegitu kita tidak boleh
taksub kepada mereka. Untuk mengelakkan ketaksuban, kita pelbagaikan para
guru kita dan pandangan muktamad adalah al Quran dan al Sunnah bukannya
kata-kata guru kita tanpa nas.

3. Menjauhi kritikan. Kritikan hanya kepada zahir kesalahan bukannya pada


orangnya. Kita jangan mengkritik atau menolak kebaikan walaupun kebaikan itu
dilakukan oleh musuh dan orang yang kita benci.
Walaupun kebaikan itu disyaki beragenda tertentu, kita serahkan muslihat itu
kepada Allah sebab hati seseorang tidak dapat dibaca.
Seseorang yang dikritik pada hari ini belum tentu menjadi bertambah teruk. Hati
manusia boleh berbolak balik imannya. Maka berdoalah untuk hidayah
seseorang dan moga hati kita ditetapkan iman oleh Allah SWT.
4. Mementingkan praktikal ilmu bukan sekadar wacana dan diskusi ilmu sahaja.
Usia 20-an cukup seronok dengan wacana dan perbincangan. Usia 30 an, wacana
dan perbincangan menjadi hambar dan hampa tanpa amalan. Mencari ilmu untuk
beramal dan bermanfaat pada diri dan masyarakat setempat. Jadikanlah
mengingati MATI dan Hari Akhirat sebagai motivasi diri untuk beramal bukan
setakat menjadi bijak dan genius sahaja.
5. Meraikan perbezaan dengan menghormati. Perbezaan perlu disikapi dalam
konteks ilmu dan adab. Tanpa konteks ilmu dan adab, kita akan menjadi biadap.
Kita tidak mengira ketinggian ilmu dan pakaian ulama kamu, kami mengira adabpengamalan Islami kamu. Adab-akhlak-pengamalan Islami pangkal hujung kepada
ilmu.
6. Kebenaran mutlak adalah bersumberkan al Quran dan al Sunnah. Jangan hanya
ikut ulama, jika tidak kita akan kecewa dengan kelemahan, kekurangan dan
kesilapan ulama. Ikut al Quran dan al Sunnah teruskan kepada kitab al Quran,
kitab hadith dan syarah para ulama muktabar. Kita mesti belajar ilmu agama Islam
untuk mendekati diri kepada Allah bukannya mengharapkan pada ulama sahaja.
7. Islam perlu diterima secara syumul atau holistik. Kita menolak Islam diterima
secara selektif atau sebahagian sahaja. Islam bukan sekadar kebudayaan tetapi
addin satu peraturan kehidupan.
Islam itu mudah dan mengikut kemampuan tetapi tidak boleh bermudahmudahan dengan Islam tanpa mengetahui kaedah ilmu yang betul.

Pada akhir zaman, hukum perundangan Islam dan pemerintahan Islam menjadi
titik noktah sama ada kita Islam secara keseluruhan atau Islam sebahagian
sahaja.
8. Aqal memerlukan syariat dan syariat berhajat kepada aqal tetapi aqal tidak
boleh mengatasi syariat. Aqal dengan syariat dapat mengenal Allah. Aqal
dengan syariat membolehkan manusia lebih berdisiplin.
9. Menerima ideologi, pemikiran dan kebudayaan bukan Islam bagaikan menolak
ajaran Islam. Mencampur aduk Islam dengan ideologi, pemikiran dan kebudayaan
bukan Islam boleh menenggelamkan tujuan Islam ke dalam lumpur kehendak
akal-nafsu manusia yang batil.
Islam perlu diterima mengikut kehendak al Quran dan al Sunnah bukannya
kehendak akal-nafsu manusia.
Islam perlu dinilai berdasarkan kacamata al Quran dan al Sunnah bukannya
pandangan akal-nafsu manusia semata-mata.
10. Pada akhir zaman, perbalahan sesama Islam berleluasa. Ulama bertembung
sesama ulama. Orang awam menjadi keliru pihak mana yang lebih benar.
Orang awam kena pertingkat iman dan ilmu Islam mereka dalam menghadapi
zaman akhir zaman. Pegang pandangan al Quran dan al Sunnah dengan sebenarbenarnya dengan ilmu yang dipelajari, dengan akhlak terpuji dan dengan tujuan
yang benar bukan batil.
Jangan terjerumus dalam pihak yang dikatakan kelompok perubahan yang tersilau
dengan pemikiran orientalis dan kelompok agama yang tersilau dengan material
dan kekuasaan politik.
Jaga iman dan akhlak dengan ilmu yang benar.
Moga kedaifan diri dalam ilmu dan amal, kemampuan dan iman, akhlak dan
istiqamah dapat diislahkan pada akhir hidup kita.

Anda mungkin juga menyukai