Anda di halaman 1dari 7

Bab 1

NUR IZZNIE NATLIANNA BINTI MOHD IZWAN @ LASIUS

1. Jelaskan tafsiran Imam Al-Ghazali mengenai akhlak


Menurut Imam al-Ghazali, asas akhlak ialah sifat-sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, di
mana sifat-sifat ini akan melahirkan segala perilaku, tabiat dan perwatakan dengan spontan
tanpa memerlukan pertimbangan akal fikiran dan penelitian terlebih dahulu. Contohnya melalui
pertimbangan sifat pemurah, seseorang itu dikatakan bersifat pemurah apabila mendermakan
wangnya tanpa perlu melakukan pertimbangan terlebih dahulu. Oleh itu, pengertian akhlak yang
sebenarnya menurut Imam al-Ghazali, terbentuk dari keadaan jiwanya yang bersih. Terdapat
empat asas akhlak menurut Imam al-Ghazali iaitu:
i) kebijaksanaan dapat membezakan benar atau salah.
ii) keberanian mengawal kemarahan dengan menggunakan akal
iii) pendidikan jiwa
iv) sifat keadilan.

Kebijaksanaan dapat membezakan benar atau salah ialah kebijaksanaan yang diperolehi
dengan menuntut ilmu akan mampu membezakan perkara hak dan batil, benar dan salah.

Yang kedua ialah keberanian mengawal kemarahan dengan menggunakan akal ialah
keberanian seseorang menggunakan akal yang waras akan dapat mengawal perasaan marah
yang didorong oleh hawa nafsu dan biarkan syaitan.

Yang ketiga ialah pendidikan jiwa iaitu dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran, tadabbur,
menghadiri majlis ilmu dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Terakhir ialah sifat keadilan iaitu kejayaan mengawal perasaan marah dan nafsu syahwat
merupakan ciri keadilan yang ada dalam diri seseorang. Jiwa yang kuat untuk mengawal marah
dan mendidiknya ke arah hukum-hukum Allah membuktikan seseorang itu berfikiran waras
dengan memberi pertimbangan terhadap kesan tindakan yang diambil.

MARYAM BASYIRAH BINTI ZULKIFLI

2. Berikan perbezaan antara etika Islam dengan Etika Barat

Antara perbezaan etika Islam dengan Etika Barat ialah:

Etika Islam adalah berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber-sumber
utama itu sendiri.

Manakala etika Barat adalah berpandukan kepada akal fikiran manusia.

Seterusnya, etika Islam adalah bersifat tetap dan tidak berubah-ubah sepanjang zaman.
Manakala etika Barat boleh berubah mengikut masa, pemikiran dan tempat.

MARYAM BASYIRAH BINTI ZULKIFLI

3. Mengapa nilai akhlak dan etika penting dalam kehidupan manusia?


Nilai akhlak dan etika penting dalam kehidupan manusia kerana apabila kita berakhlak mulia
dalam kehidupan, maka tidak akan wujud perasaan hasad dengki sesama sendiri. Hasad
dengki adalah satu sifat yang perlu dihindari oleh semua umat manusia. Sabda Rasulullah
S.A.W, yang bermaksud: "Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia
menghapuskan kebaikan , sepertimana api menghapuskan kayu". Apabila perasaan hasad
dengki itu tidak wujud, maka masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan lebih-lebih
lagi tiada peperangan berlaku yang hanya membuatkan rakyat merana. Selain itu, manusia
yang berakhlak juga dapat mengelakkan daripada melakukan perbutan-perbuatan buruk seperti
mencuri, merompak, serta segala bentuk vandalisme yang lain. Mereka sedar bahawa
perbuatan tersebut tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mereka, malahan hanya
menambah lagi beban yang berat kepada orang lain.

NUR FATIHA BINTI ABDUL FATTAH

4. Amalan rasuah meruntuhkan peradaban tamadun sesuatu bangsa. Bincangkan.


Isu rasuah sentiasa menjadi perbahasan yang datang dan pergi dalam masyarakat. Ini
bermakna ketika tidak dibangkitkan, ia tidak bermakna masyarakat sudah aman daripada
cengkaman rasuah. Rasuah masih berlaku secara senyap ibarat api dalam sekam yang
sebenarnya membarah dan merosakkan peradaban. Tamadun bangsa hanya boleh dibina
apabila sesebuah bangsa benar-benar merdeka. Secara umum individu terbabit dengan
perilaku tidak bermoral seperti rasuah adalah disebabkan tiada penghayatan agama mendalam.
Penghayatan sebenar akan mendorong manusia menginsafi kewujudan dan kekuasaan Tuhan
yang sentiasa memerhatikan setiap tindak-tanduk serta perbuatan. Ia juga suatu penghayatan
sehingga individu menginsafi kewujudan hari pembalasan yang akan mengadili setiap manusia
tanpa sebarang pengecualian dan keciciran. Manusia yang tidak memiliki penghayatan
sebegini, menyebabkan tidak akan mempunyai perasaan bersalah jika melakukan sebarang
salah laku seperti pecah amanah dan menerima atau memberi suapan. Malah, ada yang
menggadai agama, maruah dan organisasi sehingga sanggup menjadi orang suruhan kepada
pemberi rasuah secara berterusan. Selagi si pelaku iaitu orang yang melakukan amalan rasuah
tidak membetulkan keadaan itu dan bertaubat bersungguh-sungguh, hasil pemakanan haram
akan menyebabkan jiwa tercemar dan kotor. Dalam hal ini, punca pemakanan akan membentuk
keperibadian seseorang. Hasil usaha baik dan halal bakal membentuk keperibadian soleh.
Sebaliknya, usaha dengan jalan tidak baik menghasilkan jiwa kotor dan seterusnya menerbitkan
keperibadian buruk, hilang ihsan serta mudah melakukan mungkar dan maksiat. Peradaban
bangsa sebenarnya hanya dapat dibina bangsa merdeka. Ia bukan sekadar merujuk
pembangunan atau kemajuan secara fizikal, sebaliknya dibina dan dipertahankan dengan nilai
baik seperti adil, benar, bijaksana, berilmu, bertakwa dan berintegriti. Kemajuan bangsa akan
menjadi rapuh jika dalam jiwa anak bangsa sudah tidak mementingkan nilai berkenaan apatah
lagi terjajah oleh perilaku buruk. Dalam hal ini, rasuah ialah cerminan akhlak amat buruk.
Akhlak dan perilaku buruk ini yang membunuh sifat patriotik dalam diri individu akan memamah
peradaban yang dibina. Jika perkara ini tidak dibendung dan menjadi semakin berleluasa, ia
dimamah jiwanya dari semasa ke semasa.

MARYAM BASYIRAH BINTI ZULKIFLI

5. Jelaskan DUA contoh nilai-nilai akhlak/etika yang ditekankan dalam budaya


masyarakat Timur dan Islam
Antara dua contoh nilai-nilai akhlak/etika yang ditekankan dalam budaya masyarakat Timur
(JEPUN) dan Islam ialah menjaga kebersihan. Di Jepun, kebersihan sangat penting di mana
kanak-kanak di Jepun telah diajar mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan sejak kecil
lagi. Kawasan persekitaran di Jepun juga sentiasa bersih di mana tiada sampah yang dibuang
merata-rata. Dalam Islam, aspek kebersihan juga sangat penting dalam kehidupan seorang
manusia. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah amat suka
kepada orang-orang yang bertaubat dan suka kepada orang-orang yang bersuci (bersih)". Kita
dapat lihat bahawa kebersihan itu sangat digalakkan dalam Islam di mana kita diajar untuk
bersuci sebelum melakukan ibadah seperti solat dan sebagainya. Yang kedua ialah
menghormati orang lain. Di Jepun, walaupun tidak mengenali satu sama lain, masyarakat
Jepun akan tunduk hormat walaupun kepada pelancong yang datang berkunjung ke negara
mereka. Dalam suasana kerja, pekerja junior akan memanggil pekerja senior dengan gelaran
yang sesuai sebagai tanda hormat. Dalam Islam, masyarakat Islam itu sendiri diajar untuk
menghormati orang lain seperti orang yang lebih tua. Kita mesti patuh dan mengikuti segala
nasihat mereka lantaran mereka lebih tahu mengenai kehidupan berbanding kita. Selain tu, kita
juga diajar untuk memanggil nama orang lain dengan panggilan yang sesuai.

Bab 2

NIK MUHAMMAD WAZIEN NUAIM BIN WANDY

1. Bincangkan arti Tauhid


Tauhid memberi maksud tunggal atau satu dari segi bahasa. Manakala, dari segi syarak pula
tauhid bermaksud mengesakan Allah dengan ibadah serta meyakini keesaan tersebut pada zat,
sifat-sifat dan perbuatan-Nya. Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya’ Ulum al-Din telah
menghuraikan berkenaan hakikat tauhid di mana ia dibahagikan kepada empat martabat,
antaranya ialah tauhid orang munafik yaitu mengucapkan tiada Tuhan selain Allah di lidah
namun lalai daripada memahami maknanya.

Selain itu, tauhid orang awam iaitu mempercayai makna lafaz sepertimana yang dipercayai oleh
orang islam. Martabat tauhid yang seterusnya ialah tauhid muqarrabin iaitu orang yang bersaksi
dengan mencari kebenaran berdasarkan bukti-bukti yang allah swt berikan. Akhir sekali, tauhid
siddiqin iaitu orang yang hanya melihat allah swt sebagai kewujudan yang mutlak.

NIK MUHAMMAD WAZIEN NUAIM BIN WANDY

2. Huraikan maksud aqidah dan kepentingannya dalam kehidupan


Akidah berasal daripada perkataan arab yang bererti mengikat atau menyimpul. Dari segi istilah
pula aqidah islam dapat ditakrifkan sebagai kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan
nilai yang mutlak yang tetap dan kekal seperti yang diwajibkan oleh Islam iaitu kepercayaan
yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai dalam apa jua keadaan.
Terdapat beberapa kepentingan aqidah antaranya adalah dapat melahirkan perasaan cinta dan
takut akan Allah S.W.T. serta melahirkan umat atau bangsa yang mulia. Selain itu, aqidah juga
dapat melahirkan kesedaran kepada mukmin bahawa seluruh kehidupannya adalah di bawah
kawalan pengawasan dan kekuasaan Allah S.W.T. Akhir sekali, dengan wujudnya aqidah
dalam diri, insan tersebut akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.

NIK MUHAMMAD WAZIEN NUAIM BIN WANDY

3. Bincangkan lima (5) cabaran aqidah


Cabaran aqidah yang pertama ialah pengaruh sekularisme. Pengaruh ini dapat mencacatkan
dan merosakkan aqidah kepercayaan umat Islam di mana segala urusan kehidupan dipisahkan
dengan agama.

Kepercayaan sekularisme yang menganggap agama Islam itu tidak dapat membantu kemajuan
dan pembangunan sesebuah negara dan bangsa bahkan menganggap agama pencetus
kemunduran umat Islam masa kini.

Selain itu, pengaruh internet tanpa batas yang menyebar luas ajaran sesat juga menjadi
cabaran aqidah umat Islam kini. Golongan yang menyebarkan ajaran ini memberikan hujah-
hujah rasional namun bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar menyebabkan ramai
yang terdorong mempercayai hujah mereka.

Gaya hidup mengutamakan kebendaan atau materialisme dalam kehidupan juga


adalah cabaran aqidah yang paling hampir dengan manusia kini. Pernyataan seperti “Ada duit
semua jadi” mengatasi ayat-ayat Allah swt “Sesungguhnya kekuasaanNya apabila Ia
menghendaki adanya sesuatu , hanyalah Ia berfirman: berfirman, Kun fayakun, jadilah engkau
maka jadilah ia”.

Cabaran seterusnya ialah budaya hedonisme. Apabila jiwa individu tenggelam dalam
kegelisahan dan tidak tenteram maka ia mencari jalan keluar bagi menghiburkan hati dengan
hiburan dan amalan yang kononnya boleh mengubat jiwa dan mententeram hati seperti
berfoya-foya, LGBT, mengambil dadah, minum arak, hiburan yang melampau dan sebagainya.

Cabaran yang terakhir adalah, penyalahgunaan media elektronik dan teknologi yang canggih.
Segala macam maklumat yang baik, yang buruk, yang sesat, yang memfitnah, buruk sangka
dan sebagainya tersebar luas dan pantas di media elektronik dan teknologi yang canggih. Ini
menyebabkan manusia terlalu cepat percaya dengan perkara yang tidak betul menurut Islam.

BADRULZAMAN BIN BOLHASAN

4. Bincangkan lima cara pemantapan aqidah


Lima cara pemantapan aqidah termasuk keyakinan yang teguh terhadap keesaan Allah s.w.t.

Selain itu, menjauhkan diri daripada syirik kepada Allah dapat memantapkan aqidah kita.

Cara yang ketiga adalah kepercayaan dan keyakinan ilmu mestilah berasaskan kefahaman
minda dan ilmu yang mantap berlandaskan dengan Al-Quran dan Sunnah.

Seterusnya, yang keempat adalah kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berada dalam
keadaan yang cukup teguh,bahkan ia tidak boleh menerima sebarang bentuk syak dan tidak
mungkin digugat oleh sebarang kepercayaan.

Akhir sekali atau cara yang kelima adalah dengan percaya dan yakin itu mestilah diikuti
bersama dengan perkataan ataupun kepatuhan hati serta kemahuan untuk mempraktikkan
segala hukum atau suruhan dengan penuh rasa rela tanpa sebarang bantahan.

BADRULZAMAN BIN BOLHASAN

5. Bincangkan lima keistimewaan syariah islam


Antara lima keistimewaan syariah islam termasuk Syariah Islamiah adalah syariah Rabbani iaitu
ciptaan Allah s.w.t., Tuhan Semesta Alam.

Selain itu, Syariah Islam menekankan bukan sahaja kebahagiaan dan keselamatan di dunia
tetapi yang lebih penting lagi ialah kehidupan di akhirat. Ia mengatur kehidupan manusia
daripada yang paling kecil hingga paling besar bagi memelihara kesejahteraan manusia.

Di samping itu, Undang-undang syariah juga bersepadu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip


perundangan yang mengatur urusan keduniaan dan keagamaan, tanpa batasan perkauman,
warna kulit, bahasa, tempat, pangkat kedudukan dan sebagainya.

Seterusnya, Syariah Islam berpendirian teguh dan tetap dalam soal prinsip dan dasar agama
tetapi dalam persoalan furu’ (cabang agama) sangat fleksibel (boleh bertolak ansur).

Akhir sekali, Syariah Islam juga sangat sesuai dan selaras dengan fitrah dan naluri manusia
yang suci dan bersih.

BADRULZAMAN BIN BOLHASAN

6. Huraikan Maqasid Al-Syariah


Menurut Imam Syartibi dan Al-Ghazali matlamat umum syariah merangkumi 5 komponen
maqasid yang sangat mustahak iaitu keselamatan akal, agama, harta, jiwa atau nyawa dan
keturunan yang setiap perundangan hukum itu mestilah bertujuan melindungi atau memelihara
kepentingan akal, agama, hata, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia.
Maqasid Syariah secara umumnya ialah 5 prinsip yang asas iaitu pemeliharaan
agama,pemeliharaan jiwa,pemeliharaan akal,pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta.

NUR IZZNIE NATLIANNA BINTI MOHD IZWAN @ LASIUS

7. Bincangkan kedudukan akhlak dalam masyarakat islam


Antara kedudukan akhlak dalam masyarakat Islam ialah masyarakat Islam mulai dari perkara-
perkara kecil telah mengharamkan segala bentuk kerosakan yang buruk, bahkan dalam
beberapa hal telah ditegaskan sehingga termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Contohnya,
pengharaman arak dan judi dan pengharaman zina dan riba. Terdapat dua pedoman utama
yang patut diperhatikan oleh mukmin. Yang pertama ialah bagi setiap orang, ia mesti berusaha
ke arah kemuliaan dan kesucian, mengalahkan hawa nafsu dan syahwat syaitaniah, mengenal
dan melaksanakan hak dan kewajiban, berpegang teguh kepada sendi-sendi keutamaan,
menghindarkan diri dari segala kecurangan dan memasukkan dirinya ke dalam lingkungan yang
suci.

Yang kedua adalah bagi masyarakat umum, mestilah suka tolong-menolong, mendahului
kepentingan orang lain, berkorban, melenyapkan diri sendiri, saling kasih-mengasihi, hormat-
menghormati, jujur, ikhlas, dapat dipercaya, mematuhi janji, lapang dada, baik hati dan tenang
jiwa. Apabila hidupnya kedua-dua pedoman tadi, maka lahirlah suatu masyarakat yang
kehidupannya serba menggembirakan, penuh kewibawaan dan keagungan, pimpinan yang
stabil dan kekuasaan yang tidak mudah terguncang dan rapuh, jelasnya setiap ahli masyarakat
mempunyai perasaan dan peranan yang besar dalam tugas ini.

NUR FATIHA BINTI ABDUL FATTAH

8. Huraikan jenis jenis akhlak Islamiyah


Akhlak Islamiyah terbahagi kepada dua iaitu akhlak mazmumah dan akhlak mahmudah. Akhlak
mahmudah atau akhlak terpuji merupakan sifat atau tingkah laku terpuji yang terdapat dalam
diri seseorang bersesuaian dengan nilai dan hukum syarak.Contohnya adalah seperti ikhlas,
sabar, syukur, takut kepada kemurkaan Allah SWT, mengharapkan redha Allah SWT, adil,
amanah, serta tawaduk. Semua sifat-sifat ini adalah yang dikatakan sifat-sifat yang dan terpuji
atau dengan kata lain, ia adalah disebut sebagai sifat mahmudah. Sifat-sifat hati yang baik ini
akan memberi cahaya kepada kehidupan kita yang zahir.

Manakala akhlak mazmumah atau akhlak terkeji pula membawa maksud tingkah laku yang
mencerminkan diri manusia yang cenderung melekat dalam bentuk yang tidak menyenangkan
orang lain dan sifat yang ada dalam diri seseorang yang berlawanan dengan nilai serta hukum
syarak. Antara contoh-contoh akhlak mazmumah adalah seperti pemarah, bakhil, pendendam,
hasad dengki, tamak, takabbur, sombong, serta cintakan dunia dan kemegahan. Sifat-sifat hati
yang terkeji ini akan membentuk akhlak yang jahat dan melahirkan perbuatan yang keji. Ini
akan menyusahkan hidup yang kekal abadi di akhirat pada seseorang itu kerana dia akan
merasakan penderitaan neraka di akhirat kelak. Jelas bagi kita di sini bahawa hati yang jahat,
mengandungi sifat-sifat yang jahat akan menyebabkan seseorang itu hidup kekal abadi dalam
kesengsaraan di neraka. Hati yang jahat itu akan mendorong anggota lahir manusia itu
melakukan perbuatan-perbuatan jahat seperti ia boleh mendorong tangan, mata, mulut, kaki
dan anggota lain melakukan berbagai kejahatan.

NUR FATIHA BINTI ABDUL FATTAH

9. Bincangkan lima (5) peranan anda sebagai seorang muslim dalam memantapkan
akhlak
Kita sebagai seorang muslim wajib mempelajari akhlak yang dituntut dalam Islam serta
memantapkan lagi akhlak tersebut dalam diri kita. Akhlak yang baik dapat membantu kita untuk
menjadi orang yang lebih baik dalam kehidupan kita. Maka dengan itu, sebagai seorang muslim
kita perlulah berusaha beramal dengan sifat mahmudah dengan meningkatkan ilmu untuk
mengenali akhlak mahmudah dengan lebih baik. Kita juga harus menanamkan azam yang kuat
kerana untuk berakhlak mahmudah mestilah seiring dengan pembinaan iman. Selain itu, kita
juga haruslah membiasakan diri dengan kebaikan. Hal ini kerana akhlak yang baik perlu
dibiasakan agar dapat kekal dan bersemadi dalam diri kita. Seorang muslim juga perlu
mengenal pasti akhlak tidak baik yang terdapat dalam diri kita dan mula menggantikan akhlak-
akhlak yang tidak baik tersebut dengan akhlak yang terpuji atau lebih baik. Bagi memantapkan
akhlak, seseorang insan itu juga mestilah bergaul dengan ahli ibadah serta menjauhkan diri
daripada mereka yang sering melakukan maksiat. Bergaul dengan orang-orang yang berakhlak
mulia dan ahli ibadah merupakan cara yang agak berkesan untuk memperbaiki lagi akhlak kita,
Oleh itu, Rasulullah menekankan bahwa orang yang beriman sebaiknya hanya bergaul dengan
orang yang soleh. Bertaubat juga merupakan salah satu peranan seorang muslim bagi
memantapkan akhlak seseorang. Setiap manusia sudah tentu pernah berbuat salah. Bahkan
mereka yang dikenali sebagai orang baik pun, tentu tidak akan terlepas dari yang namanya
dosa. Dosa yang dibiarkan berlarut-larut dan terus menerus dilakukan merupakan hal yang
buruk dan harus dijauhi. Dalam hal ini, segera bertaubat merupakan langkah baik bagi kita
untuk memperbaiki kesalahan yang telah anda lakukan. Taubat merupakan kembalinya
manusia dari berbuat buruk ke arah yang lebih baik dengan cara memperbaiki sifat serta
kelakuannya supaya kembali bersih. Dengan sifat serta kelakuan yang baik melalui jalan
bertaubat, maka akhlak kita akan semakin meningkat. Bagi mereka yang bertaubat dengan
bersungguh-sungguh, Allah akan memaafkan kesalahan yang telah dilakukannya. Di samping
itu, sebagai seorang muslim kita perlulah mentaati syariat agama kerana mentaati syariat
agama merupakan salah satu cara kita dalam meningkatkan kualiti akhlak kita menuju ke arah
yang lebih baik. Menaati syariat dapat dilakukan dengan cara membiasakan diri melakukan hal
yang baik dan bermanfaat. Bermanfaat dalam hal ini, tentu bermanfaat bagi diri sendiri serta
bagi orang lain. Jauhi hal-hal yang buruk dan bertentangan dengan hukum syarak. Hasil
daripada mengikuti syariat adalah supaya akhlak semakin terpuji agar kehidupan kita akan
menjadi lebih tenang, terbentuknya sikap dan perilaku yang positif serta bebas dari yang
namanya permusuhan.

Anda mungkin juga menyukai