Anda di halaman 1dari 11

Akhlak dalam Islam

4.1 Konsep akhlak

4.1.1 Pengertian dan perbezaan akhlak, moral dan etika.

Takrif akhlak1[1]

- -

Maka akhlak itu ada yang terpuji dan ada yang tercela, Islam mengajak kepada akhlak yang terpuji dan menjauhkan diri daripada akhlak yang tercela. Segala tindakan yang dilakukan oleh manusia dari segi akhlaknya adalah berpunca dari dalam diri, baik dalaman baiklah luaran dan buruk dalaman buruklah luaran.

Salahlah apa yang disangkakan oleh kebanyakan orang bahawa luaran seseorang tidak melambangkan dalaman seseorang. Mereka berpendapat tiada kaitan luaran seseorang dengan dalamannya. Pada tanggapan mereka orang yang berpakaian tidak sopan, tidak menutut aurat malah yang rosak akhlaknya tidak boleh dituduh sebagai orang yang bermaruah, beriman dan sebagainya. Mereka berdalilkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. : -

Jawapan kepada syubhah mereka: 1. Maksud hadis ialah Allah s.w.t. tidak memberi pahala berdasarkan tubuh badan atau wajah. 2. Pahala diberikan kerana amalan diiringi dengan niat yang betul dan ikhlas. 3. Dalam hadis itu sendiri menyatakan Allah s.w.t. melihat amalan bukan tubuh badan.

Takrif moral

Moral : concerned with the principles of right and wrong behaviour and the goodness or badness of human character2[2].

Takrif Etika Etika : the moral principles governing or influencing conduct, or the branch of knowledge conserned with moral principles.

Berdasarkan takrif-takrif di atas ketiga-tiga perkara tersebut adalah berkaitan perkara yang sama iaitu kelakuan dan tingkah laku manusia. Tetapi secara praktikal ia amatlah berbeza, etika adalah lebih khusus daripada akhlak dan moral. Ini kerana etika biasanya dikaitkan dengan peraturan dan cara tindakan di satu-satu tempat. Terdapat pelbagai etika yang mesti diikuti oleh semua para anggota satu-satu tempat atau pertubuhan, seperti etika pakaian, etika penjawat awam, etika seorang pegawai polis, tentera dan sebagainya.

Perbezaan yang ketara di antara Akhlak dan Moral @ Etika 1. Akahlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja. 2. Akhalak mancakupi pemikiran, perasaan dan niat dihati manusiadalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia denganmakhluk yang lain manakala moral mencakupi pemikiran, peransaan dan niat di hati manusia dengan manusia sahaja. 3. Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah melalui al-Quran dan tujuk ajar oleh Rasulallah s.a.w manakala moral ditentukan oleh manusia. 4. Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif, subjektif dan sementara.

Contoh-contoh perbezaan akhlak dan moral 1. pakaian : menurut islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat, seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t . Berbeza dengan moral, jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik maka mereka masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak. 2. Pergaulan bebas antara lelaki dam perempuan : fenomena ini sudah menjadi suatu lumrah bagi masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian barat perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut Islam perlakuan sedemiakian sudah dianggap tak berakhlak. 3. Bersalaman : bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan muhramnya adalah haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk mereapatkan hubungan tetapi perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.

Skop Akhlak Islam 1. Akhlak Dengan allah . - Beriman kepada Allah : Iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya. - Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. - Sentiasa bertaubat kepada tuhannya : iaiatu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu minta taubat atas kecuaiannya. - Mencari keredhaan Allah. - Melaksankan perkara2 wajib, fardu. - reda dengan ketetapan qada dan qadar allah. 2. Akhlak dengan manusia. - akhalak dengan rasulallah. iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa nabi muhammad pesuruh Allah.

- Akhlak dengan Ibubapa. Berbuat baik kepada kedua ibubapa. - Akhalak dengan guru. memuliakan dan menghormati guru. - Ahlak dengan jiran tetangga. berbuat baik terhadap jiran. - Akhlak suami isteri . - Akhlak dengan anak-anak. 3. Akhlak terhadap makhluk selain manusia. - Malaikat : ahlak Islam menurut seseorang muslim ialah menghormati para malaikat dgn menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lin yang melihat. - Jin : Rasulallah melarang membuang hadas kenil di dalam lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin. sabda rasulallah yang bermaksud "jangan kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulnag-tulang itu adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin" -Haiwan ternakan : haiwan yang digunakan untuk membuat kerja tidak boleh dibebani di luar kemampuan mereka atau dianiaya dan disakiti. - Haiwan bukan ternakan : tidak boleh menganiaya haiwan-haiwan bukan ternakan seperti mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya. - Alam : manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi kebaikan bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemari dengan kekotoran yang boleh meroskkan kehiudpan manusia dan kehidupan lainnya.

4.2 Sumber akhlak Islam

Sumber akhlak Islam ialah syariat Islam. Manakala sumber moral adalah akal fikiran dan adat setempat dan sumber etika ialah pihak yang bertanggungjawab yang menubuhnya. Kesannya, akhlak tidak berubah dengan berubahnya masa atau tempat, yang halal tetap halal dan yang haran tetap haram. Moral dan etika akan berubah mengikut masa, tempat dan orang. Perkara yang dianggap buruk ditimur tidak dianggap sebegitu di barat.

Dalam mempraktikan moral atau etika, ia mestilah dibandingkan dengan akhlak terlebih dahulu. Sekiranya ia bersalahan dengan akhlak Islam maka ia ditolak walaupun orang ramai melakukannya, seperti bersalaman antara lelaki dan perempuan, polis dan tentera tidak boleh menyimpan janggut, pakai seluar pendek untuk banduan dan pemain bola dan sebagainya.

4.3 Kedudukan akhlak dalam Islam

Akhlak atau pun tasauf merupakan asas ketiga Islam yang dianggap buah pada sepohon pokok yang dikawal rapi dan dibajai. Pokok yang tidak berbuah adalah pokok yang tidak berguna, begitulah orang yang dikatakan beriman tetapi tidak berakhlak mulia. Akhlak merupakan tanda kesuburan keimanan seseorang.

a) Hubungan akhlak dengan aqidah merupakan hubungan yang erat sebagai sabda Rasullullah s.a.w. : . Sifat malu itu termasuk dalam akhlak yang mulia.

b) Sabda Rasullullah s.a.w. :

c) Sabda Rasullullah s.a.w. : ( ).( : ) : : .

Seseorang itu tidak dikira sebagai seorang yang berakhlak mulia kecuali memenuhi dua syarat akhlak iaitu :

a) Berterusan b) Tanpa sebab

Hukum berakhlak dengan akhlak Islam adalah wajib.

4.4 Kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia

a) Manusia hidup bermasyarakat dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Sudah tentulah landasan yang tepat diperlukan untuk memelihara hubungan sesama manusia. b) Mewujudkan suasana harmoni, kasih-sayang dan tiada permusuhan. c) Masalah dapat diselesaikan dengan cepat, secara berjemaah dan berkesan. d) 4.5 Paradigma akhlak dan ciri-ciri akhlak Islam

Paradigma Akhlak

Paradigma boleh ditakrifkan sebagai peraturan atau kepercayaan (bertulis atau tidak bertulis) yang berfungsi menyediakan dan menjelaskan batas panduan, ia menunjukkan kepada seseorang bagaimana bertindak atau berkelakuan dalam lingkungan garis panduan itu supaya mencapai kejayaan.

Paradigma akhlak merupakan peraturan dari langit sebagai panduan manusia mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Hukum mengikutii semua yang diarahkan oleh Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. dan meninggalkan segala larangan adalah wajib ke atas setiap manusia. Ini bermakna manusia walaupun telah diberikan akal untuk berfikir manusia tetap tidak boleh bertindak sesuka hati. Salahlah apa yang diperjuangkan oleh Barat yang memperjuangkan kebebasan mutlak di bawah hak asasi manusia.

Ciri-Ciri Akhlak Islam

1. Datang dari Allah s.w.t, dibuat keranaNya dan untuk mendapat balasan dariNya. 2. Syumul 3. Memberi keamanan sejagat. 4. Diterima akal. 5. Ada konsep dosa dan pahala.

Bidang Akhlak 1) Diri jaga pandangan, rambut mulut tangan dan kaki pakaian : 1) yang diiktiraf oleh syara' dan adat 2) tutup aurat, syarat-syaratnya : - tutup - tidak ketat - tidak nipis - tidak menyerupai kaum yang berlawanan

2) Manusia wajah, senyum manis mulut


, pemurah harta dan diri.

Sabda Rasullullah s.a.w. :

Akhlak Fitriah dan Muktasabah

1) Akhlak fitriah: takut tamak sabar marah lemah-lembut berani

2) Akhlak muktasabah 4.6 Jalan pembentukan akhlak mulia mengawal akhlak fitriah pengaruh tabiat, masyarakat, pengalaman dan penelitian.

a) Peranan individu

menguatkan iman bersahabat dengan orang-orang salih, sabda Rasullullah s.a.w. : .

sentiasa berdoa b) Peranan ibubapa dan guru

memberi ilmu dan tarbiah pengawasan ganjaran dan hukuman

c) Masyarakat mewujudkan biah Islamiah amal ma'ruf dan nahi munkar

Faktor Keruntuhan akhlak 1. Faktor persekitaran - Individu yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup yang berakhlak, maka jiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang tidak baik. - Kehadiran teknologi moden yang canggih dalam media massa sama ada bercetak atau elektronik juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam pembentukan akhlak seseorang iaitu melalui adengan-adengan ganas dan berunsur seks yang boleh merosakkan jiwa. - Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling juga merupakan faktor yang menbentuk keperibadian dan akahlak seperti tingkah laku, tutur kata dan cara bertindak. - Permasalah keluarga yang melibatkan ibubapa contohnya pergaduhan dan perceraian boleh membawa kepada permasalahan sosial seperti lari dari rumah, menyertai rakan sebaya mehupun kumpulan yang rosak akhlaknya sehingga membewa kepada pergaualan bebas, perzinaan, pengambilan dadah,pelacuran (boohsia) dan seumpamanya.

- Budaya masyarakat yang cenderung kea arah liberisme juga membawa masyarakat kini mudah terjeabk dengan budaya rock, rap, lepak dan seumpamanya. 2. Nafsu. - Nafsu adalah anugerah Allah s.wt. kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan diri manusia yang melaksankan hasrat nafsu manusia. - Manusia yang terlalu menurut kehendak nafsunya akan terdorong untuk melakukan keburukan. -Seandainya nafsu tidak dapat dikawal sudah pasti boleh menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah masyarakat dan membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam masyarakat. 3. Syaitan - Musuh ghaib yang sentiasa mendampingi manusia dengan memperalatkan nafsu menudsia. - Fungsi syaitan adalah agen perosak akahlak manusia berlaku sejak Nabi Adam a.s dan berterusan hingga kiamat.

Cara-cara mengatasi dan memperbaiki Akhalak 1. Menguatkan nilai-nilai aqidah dalam jiwa. 2. Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang membenagkitkan atau menguatkan syahwat dan hawa nafsu yang menjadi punca segala sifat buruk dan kaji. 3. Mempelajari huraian atau penjelasan al-Quran dan Hadith serta penafsirannya oleh pata ulama mengenai akhlak terpuji untuk membersihkanjiwa. 4. Melatih diri membiasakan perbuatan-perbuatan baik seperti ibadah berupa solat, puasa dan lian-laindan menjauhkan diri dari perbuatan buruk dankeji. 5. Berkawan dan berjiran dengan orang-orang yang berkahlak mulia kerana kawan atau jiran memberi kesan atau pengaruh dalam pembinaan akhlak seseorang. 6. Mempelajari kehidupan para nabi, sahabat dan auiya seta menjadikan kehidupan mereka sebagai contoh teladan dalam kehidupan. 7. Dalam segala tindak tanduk kita hendaklah sentiasa mengikuti dan menggunakan akal fikiran dan janganlah mengikut perut dan hawa nafsu kita.

8.Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah s.w.t agar dilengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan mendapatkan perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai