Anda di halaman 1dari 3

PERBEZAAN ANTARA ETIKA DAN AKHLAK.

Akhlak secara umumnya membawa maksud sistem atau tingkah laku


seseorang/manusia yang berpandukan kepada asas syarak atau wahyu. Manakala, etika
bermaksud sistem/tingkah laku seseorang/manusia yang selain daripada syarak dan wahyu,
yakni tegasnya bersumberkan falsafah moral yang mengambil kira tindakan manusia. Kedua-
dua nya mempunyai satu persamaan iaitu kedua-duanya mendefinisikan keperibadian, sikap
dan kelakuan seseorang.

Perkataan akhlak berasal daripada Bahasa Arab iaitu perkataan “al-Akhlaaku”, kata
jama daripada perkataan “al-Khuluqu” yang membawa erti tabiat, kelakuan, perangai,
tingkah laku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu sendiri. Kata etika pula
berasal daripada Bahasa Inggeris “Ethic” dan Bahasa Greek “Ethos” yang membawa maksud
nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu
golongan.

Antara perbezaan akhlak dan etika ialah akhlak merupakan satu system yang menilai
tindakan zahir dan batin manusia manakala etika ialah satu system yang menilai Tindakan
zahir manusia sahaja. Akhlak meliputi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam
hubungan manusia dengan Allah SWT, manusia dengan manusia serta manusia dengan
makhluk lain manakala etika meliputi pemikiran, perasaan dan niat dihati manusia yang
melibatkan hubungan sesama manusia sahaja. Selain itu, nilai-nilai akhlak ditentukan oleh
Allah SWT melalui al-Quran, Hadis dan tunjuk ajar oleh Rasulullah SAW manakala etika
adalah cawangan falsafah yang berkaitan dengan prinsip-prinsip individual atau kumpulan
yang menjadi panduan untuk menentukan apa yang baik dan buruk. Nilai-nilai akhlak bersifat
multak, tetap dan sempurna manakala nilai-nilai etika bersifat sementara, relatif dan subjektif.

Antara contoh-contoh perbezaan akhlak dan etika dalam kehidupan seharian manusia
dari segi bersalaman, permakaian dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ialah
bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram menurut
Agaman Islam walau pun tujuannya untuk merapatkan hubungan silaturrahim namun perkara
ini dibolehkan dalam sistem etika. Seterusnya, fenomena pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan dalam kalangan masyarakat Barat sudah menjadi lumrah dan dianggap masih
releven namun sebaliknya dari sudut pandangan akhlak Islam yang di mana perlakuan
tersebut dianggap tidak berakhlak. Menurut islam, pakaian bagi seseorang muslim mestilah
menutup aurat dan sopan. Seandainya mereka tidak mematuhi peratuan yang telah ditetapkan
oleh Allah SWT maka mereka akan dianggap orang yang tidak berakhlak kerana telah
melanggar ajaran-NYA. Berbeza dengan etika terutamanya dalam masyarakat Barat, jika
seseorang itu mendedahkan auratnya tetapi masih berkelakuan baik, maka mereka masih
dianggap mempunyai moral/etika oleh sesetengah pihak.
Menurut Ibn Miskawaih, ahli falsafah islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu
sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan
penelitian.
Manakala Imam al-Ghazali radiAllahu anhu mengatakan akhlak ialah suatu keadaan
yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa
memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji
menurut syarak dan akal maka perbuatan yang buruk itu akan dinamakan sebagai akhlak
yang buruk. Pembahasan Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulum al-Din dengan menekankan
keutamaan ilmu dan mengajar. Ilmu yang menunjukkan seseorang ke arah yang benar. Beliau
membahagikan daya fikir (akal) kepada empat peringkat;
a) Daya fikir adalah akal yang membezakan manusia dengan haiwan
b) Daya fikir iaitu pengrtian yang timbul [ada anak-anak dalam usia tertentu
c) Ilmu yang diperoleh daripada Latihan-latihan and pengalam
d) Pengetahuan yang berbentuk naluri yang berkemampuan mengetahui sebab-akibat
dari setiap persoalan/perbuatan.
RUJUKAN
https://www.google.com/search?
q=etika+dari+sudut+pandang+tokoh+falsafah+barat&oq=etika+dari+sudut+pandang+tokoh+
falsafah+barat&aqs=chrome..69i57.13313j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8
https://www.scribd.com/doc/52927906/Apa-itu-akhlak
https://ms.gadget-info.com/difference-between-morals
file:///C:/Users/izzah/Downloads/3256.pdf
https://www.google.com/search?
q=perbezaan+antara+etika+dan+akhlak&oq=perbezaan+antara+etika+dan+akhlak&aqs=chro
me..69i57.7730j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/perbezaan-akhlak-moral-dan-etika.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Aristoteles
https://www.researchgate.net/publication/303685542_KECELARUAN_NILAI_DALAM_F
ALSAFAH_ETIKA
https://www.scribd.com/document/9648102/FALSAFAH-ETIKA
https://may.agromassidayu.com/filosofiya-i-etika-aristotelya-read-616495

Anda mungkin juga menyukai