Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Perbezaan konsep moral, etika dan akhlak Dalam konteks masyarakat bertamadun, manusia banyak merujuk kepada konsep moral, etika dan akhlak untuk menentukan sesuatu perkara yang dilaksanakan itu adalah baik bagi mereka mahupun sebaliknya. Walaupun ketiga-tiga konsep ini digunakan untuk menilai sesuatu perbuatan, namun konsep-konsep tersebut mempunyai maksud atau definisi yang tersendiri. Oleh yang demikian, masyarakat perlu mengambil berat perihal perbezaan antara konsep-konsep tersebut dengan jelas supaya mereka dapat menjalani hidup dengan amat dalam kalangan masyarakat setempat. Pertama sekali, masyarakat sosial sekarang perlu cakna perihal konsep moral. Moral merupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Sebagai contoh suasana yang memerlukan pertimbangan moral manusia adalah seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Lazimnya, kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu muncul dalam bentuk kebebasan, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat serta yang terakhir ialah kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral. Contohnya sesebuah negara dapat membentuk rakyat yang hidup aman dan harmoni jika masyarakat negara tersebut menitik beratkan nilai moral dalam kehidupan mereka. Apabila hal ini berlaku, mereka dapat mengamalkan sikap persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain nilai yang baik dan setiap interaksi mereka antara satu dengan yang lain. Maka tidak hairanlah jika sesebuah kawasan yang mengamalkan nilai moral mampu hidup tenang dan tenteram dalam kalangan mereka. Selain itu, moral juga merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan jagat dan budaya sesuatu masyarakat. Perbuatan yang serupa dilihat dari sudut yang berlainan berdasarkan nilai yang dipegang oleh masyarakat yang berbeza.

1.1 Akhlak Hal ini berbeza apabila kita melihat dari sudut akhlak. Seperti yang diketahui umum, akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang. Dari lisan arab, akhlak atau Khuluqun member makna budi pekerti, perangai, tingkah laku,atau tabiat seseorang manusia. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya. Menurut Prof. Omar Al Toumy Al Syaibani pula, akhlak boleh didefinisikan sebagai ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan, kejahatan, kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak. Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan dalam hatinya. Tambahan pula, akhlak juga berkait rapat dengan kejiwaan. Oleh yang demikian maka ada sesetengah golongan yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu yang menyarankan cara-cara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan keburukan. Sebagai contoh, analogi berkaitan akhlak ini boleh diumpamakan seperti pokok dengan akarnya yang membawa maksud tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik apabila baik akhlaknya. Sama seperti pokok apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya. Jika rosak akar, maka akan rosaklah pokok dan cabangnya.

1.2 Etika Manakala etika pula bermaksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Menurut Frankena(1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Abdul Fatah Hassan (2001) pula, etika menyelidik,memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Bahkan etika juga boleh merujuk kepada falsafah tingkah laku manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah. Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak. Tambahan pula, menurut Encyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsepkonsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah, dan sebagainya. Jadi, dapat disimpulkan bahawa etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik dan jahat. Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji perihal moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Menurut ramai ahli ilmuwan, etika boleh berfungsi sebagai garis panduan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak. Contohnya, mencuri dan merosakkan harta awam merupakan perbuatan vandalisme dan salah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Keduanya, kelakuan yang sedemikian sememangnya salah dan melanggar etika kemasyarakatan sehingga menghalang hak dan mengganggu keselesaan orang lain untuk menggunakanya. Fungsi etika mengkelaskan perlakuan tersebut adalah salah dan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab bagi menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat. Etika ialah sistem tingkah laku manusia bersumberkan selain daripada wahyu iaitu bersumberkan falsafah manakala akhlak pula secara umumnya ialah sistem atau tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak. Sementara itu, moral pula ialah mengetahui sesuatu tingkah laku melalui etika sama ada baik atau jahat. Moral hanya mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja. Manakala akhlak bukan sahaja mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati antara manusia sahaja bahkan antara Pencipta dan dengan makhluk lain. Nilai-nilai yang terdapat dalam akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif, subjektif dan sementara.

Contoh bagi membezakan akhlak dan moral mengikut perspektif Islam ialah dari segi pemakaian. Dari segi moral, seseorang yang berpakaian tidak menutup aurat sama ada lelaki atau perempuan adalah tidak salah kerana perbuatan mendedahkan aurat tidak salah di sisi nilai moral. Akan tetapi seseorang itu dikira tidak berakhlak apabila memakai pakaian yang tidak munutup aurat kerana hal tersebut telah dilarang di sisi syarak. Pada masa yang sama, moral merupakan sebahagian daripada etika. Etika mempunyai ruang lingkup yang lebih besar mencakupi estetika, etika profesional, tingkah laku dan logik. Hal ini berbeza dengan moral yang hanya berfokus kepada cara berfikir, bertindak dan bagaimana individu itu harus bertindak. Contohnya seperti perbuatan individu menyalin fail milik syarikat. Hal ini dikira tidak bermoral kerana menyalin fail tanpa kebenaran dan tiada kaitan dengan masalah etika.

Anda mungkin juga menyukai