Anda di halaman 1dari 10

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 3 KSSR

1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan Moral, Tahun 3 Baiduri
2. Nilai / Tajuk : Kepercayaan Kepada Tuhan
3. Bilangan Murid : 38 orang
4. Masa : 10.05 -11.05 pagi (60 minit)
5. Standard Pembelajaran : 1.1.1, .1.1.2, 1.1.3

6. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Penaakulan : i. menyatakan sekurang-kurangnya 3
perayaan yang terdapat di Malaysia.
ii. menenaraikan sekurang-kurangnya 3 cara
menghormati perayaan yang disambut oleh
warga sekolah.
iii. menyatakan sekurang-kurangnya 3
kepentingan menghormati kepelbagaian
perayaan yang disambut oleh warga
sekolah.
Pe
7. Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
Set induksi:
i. Guru menunjukkan gambar-gambar perayaan yang terdapat di Malaysia.
ii. Guru bersoaljawab tentang jenis-jenis perayaan yang ditunjukkan.
iii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang cara-cara perayaan itu disambut.




ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
2
Langkah 1:
i. Guru menjana idea dengan meminta murid bercerita pengalaman mereka menyambut
hari perayaan mengikut kaum masing-masing.
ii. Guru menjana idea dengan meminta murid memberi pendapat tentang cara-cara
mereka menyambut perayaan masing masing mengikut amalan kaum.
iii. Guru menjelaskan kepentingan menghormati kepelbagaian kaum.

Langkah 2:
i. Guru mempaparkan video tentang perayaan yang di sambut di Malaysia.
ii. Guru menjelaskan cara-cara perayaan itu disambut berdasarkan video perayaan
yang ditunjukkan.
iii Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di sekolah dan
kepentingan menghormati perayaan yang disambut oleh kaum lain.

Langkah 3:
i. Dalam kumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari 2 gambar berkaitan
perayaan yang disambut di malaysia.
ii. Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan gambar-gambar perayaan tersebut.
iii. Murid menjelaskan kepentingan menghormati pelbagai perayaan yang disambut secara
lisan.

Penutup:
Guru membuat kesimpulan tentang tajuk yang diajar.

8. EMK:
i. Kreativiti & inovasi menjana idea, sumbangsaran
ii. TMK menggunakan video dan internet .

9. Bahan Bantu Belajar :
Video hari perayaan, gambar-gambar pelbagai perayaan di Malaysia perisian internet.
ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
3
10. Penilaian P dan P :
i. Lembaran kerja ( mengisi tempat kosong dengan gambar perayaan yang betul mengikut
kaum).
ii. gambar-gambar yang diambil dari internet yang ditampal dalam buku latihan murid.
11.Refleksi






















ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
4
Huraian perancangan Rancangan Pengajaran Harian.

Rancangan pengajaran harian yang dihasilkan iaitu rancangan Pengajaran harian bagi
tahun 3 ini merupakan rancangan pengajaran harian yang disediakan mengikut standard
kandungan pendidikan moral bagi tahun 3.Berdasarkan standard pembelajaran ini murid akan
dapat menyatakan pelbagai perayaan yang terdapat di negara Malaysia.Selain itu dapat
menceritakan pelbagai perayaan yang telah disambut di sekolah.Murid juga boleh
menyenaraikan cara-cara menghormati perayaan yang disambut oleh warga sekolah
seterusnya menjelaskan kepentingan menghormati kepelbagaian perayaan yang terdapat di
Malaysia.
Objektif bagi pembelajaran pula diakhir pelajaran murid akan dapat menyatakan
sekurang-kurangnya 3 jenis perayaan yang yang disambut di Malaysia.Murid juga akan dapat
menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 cara menghormati perayaan yang disambut oleh warga
sekolah dari kaum yang berbeza.Seterusnya dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3
kepentingan menghormati kepelbagaian perayaan yang disambut oleh kaum lain.
Fasa yang pertama dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran ialah set induksi.Set
induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan murid untuk
mengikuti sesi pengajaran.Bahagian fasa ini merupakan bahagian pra-pengajaran.Set induksi
merupakan salah satu daripada kemahiran yang dijalankan di peringkat permulaan pengajaran
dan pembelajaran.Set induksi ini merupakan salah satu cara persediaan murid dari segi
mental,fizikal,emosi dan sosial.Dalam set induksi maklumat awal yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran disampaikan terlebih dahulu supaya ia dapat memudahkan
murid-murid memahami pelajaran yang akan diikuti oleh mereka seterusnya memahami isi
pelajaran yang akan disampaikan bagi pembelajaran yang seterusnya.Dalam penyediaan set
induksi ini perlulah berkaitan dengan isi pelajaran yang baharu serta pengalaman daripada
murid serta minat murid.Set induksi ini juga perlu dapat menimbulkan minat murid seterusnya
murid dapat bersedia dengan pembelajaran agar dapat memberikan tumpuan kepada isi
pelajaran yang disampaikan.
ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
5
Bagi aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang telah disediakan,pada fasa set induksi
murid ditunjukkan dengan gambar-gambar perayaan yang terdapat di Malaysia.Dalam fasa ini
guru akan menanyakan soalan kepada murid berdasarkan gambar yang telah ditunjukkan
sama ada mereka mengetahui dan mengenali jenis perayaan yang ditunjukkan.Ini akan dapat
mencungkil pengetahuan sedia ada murid sebelum pengajaran yang seterusnya.Bagi murid
yang mempunyai pengalaman melihat perayaan itu disambut mereka akan menerangkan
bagaimana perayaan itu di sambut walaupun mereka tidak merayakannya.Dalam fasa ini
perkaitan Kognitif diterapkan iaitu mengaitkan minat dan pengalaman murid berdasarkan
pengalaman mereka.Melalui interaksi yang diwujudkan ini maka murid akan lebih berminat
dan berani mengeluarkan pengetahuan yang mereka ada seterusnya ini akan dapat
menggalakkan penglibatan secara aktif bagi setiap murid dalam menyumbangkan
pengetahuan mereka.Dengan ini pengalaman sedia ada murid juga akan dicungkil melalui
fasa set induksi ini.Murid akan dapat mengikuti isi pelajaran yang seterusnya jika mereka
menunjukkan minat dan dapat menumpukan pada pembelajaran yang seterusnya.
Seterusnya pada langkah pertama iaitu langkah menjana idea.Pada peringkat pertama
ini murid akan bercerita tentang pengalaman masing-masing menyambut perayaan mereka
mengikut kaum masing-masing.Dalam langkah ini murid akan menjana idea masing-masing
dengan memberi pendapat masing-masing tentang pengalaman mereka menyambut perayaan
mereka dan bagaimana mereka menyambut bersama-sama keluarga.Dalam fasa ini juga
murid diminta menerangkan cara-cara mereka menyambut perayaan mereka mengikut amalan
masing-masing mengikut kaum.Seterusnya guru akan menjelaskan kepentingan menghormati
kepentingan kepelbagaian kaum masing-masing.Langkah ini menggalakkan murid untuk
mengeluarkan dan mengembangkan idea masing-masing dalam menjelaskan sambutan
perayaan yang murid sambut.
Seterusnya ialah langkah 2 iaitu memaparkan video tentang perayaan-perayaan yang
disambut di kan lagi Malam fasa ini murid akan ditunjukkan dengan video bagi perayaan yang
disambut.Penggunaan video dalam langkah ini bagi menjelaskan lagi bagaimana perayaan itu
disambut.Dengan menunjukkan menggunakan video ini murid akan dapat maklumat yang
lebih jelas lagi tentang isi pelajaran yang mereka ikuti.Penggunaan video ini akan memberi
ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
6
gambaran yang jelas seperti situasi yang sebenar bagaimana sambutan perayaan itu
dirayakan.Selain itu ia merupakan proses pengajaran yang menarik dan dapat membantu
murid memberi perhatian dalam pelajaran yang mereka ikuti.
Langkah yang seterusnya ialah murid menggunakan carian internet untuk mencari
sekurang-kurangnya 2 gambar yang berkaitan dengan perayaan yang disambut oleh mereka
atau perayaan yang disambut di Malaysia.Seterusnya murid diminta menyatakan perasaan
berdasarkan gambar yang mereka dapat sama ada mereka berasa seronok atau tidak ketika
menyambut perayaan tersebut.Murid juga akan menjelaskan kepentingan menghormati
perayaan-perayaan yang disambut secara lisan.Dalam langkah ini penggunaan internet
digunakan bagi mendapatkan gambar yang berkaitan dengan perayaan yang
disambut.Penggunaan carian internet ini memudahkan murid mencari dan mendapatkan
gambar yang pelbagai dengan hanya menaip perkataan pada carian google.Dengan sekelip
mata terpapar berbagai-bagai perayaan yang dapar dilihat dan ini akan memudahkan murid
untuk mencari gambar yang berkaitan.Berdasarkan maklumat-maklumat dan gambar yang
dipaparkan ia boleh dijadikan panduan kepada murid untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan yang menggunakan sumber berasaskan komputer ini dapat membantu
dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.Ia juga dapat
memberi peluang kepada semua murid pelbagai tahap dan keupayaan mendapatkan
maklumat yang sama.Motivasi murid ke arah pembelajaran juga dapat ditingkatkan.Murid juga
dapat mengakses dan mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat berkaitan isi
pelajaran yang mereka ikuti.Secara tidak langsung juga penggunaan sumber ini dapat
meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid dengan memberi peluang kepada murid belajar
secara berkesan dengan bimbingan yang minimum dalam meningkatkan kemahiran TMK.
Fasa penutup pula guru membuat kesimpulan berkaitan dengan perayaan-perayaan
yang disambut di Malaysia dan juga menerangkan kepentingan menghornati pelbagai
perayaan yang disambut.Dalam fasa penutup murid diterangkan kembali berkaitan isi yang
telah diajar sebagai peneguhan kepada murid tentang kefahaman mereka berdasarkan isi
pelajaran dan maklumat yang mereka peroleh.
ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
7
Refleksi

Alhamdulillah tugasan individu bagi Pendidikan Moral ini telah dapat diselesaikan
dengan jayanya walaupun banyak kekangan dari segi masa dan juga tugasan lain.
Dalam menjalankan tugasan individu ini,perkara pertama yang menjadi masalah bagi saya
untuk memulakan tugasan ini ialah pemahaman kepada kehendak soalan tugasan yang
diberikan.
Tugasan pertama iaitu untuk menyiapkan pembentangan berkaitan tajuk yang telah
diberi.Tajuk yang saya perlu bentang ialah menghuraikan jenis-jenis sumber P&P Pendidikan
Moral.Berdasarkan tajuk yang saya dapat,saya berasa lega pada mulanya kerana tajuk ini
berkenaan dengan pengalaman saya mengajar di sekolah,jadi sedikit sebanyak saya akan
dapat mengeluarkan maklumat berdasarkan pengalaman saya.Semasa memulakan tugasan
mencari bahan untuk menyiapkan pembentangan ini,saya telah membuat pemerhatian dan
mengenalpasti apakah sumber-sumber yang digunakan disekolah saya.Melalui pemerhatian
barulah saya tahu terdapat banyak sumber yang boleh digunakan bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Seterusnya saya mendapatkan maklumat pula berkaitan dengan sumber untuk
pengajaran pendidikan moral.Oleh kerana saya kurang berpengalaman dalam mengajar
pendidikan moral disebabkan kelas moral tidak banyak,maka saya terpaksa mendapatkan
meklumat tersebut daripada rakan-rakan setugas yang berpengalaman dalam mengajar bagi
mata pelajaran ini.berdasarkan maklumat yang saya peroleh,saya dapati pengajaran moral ini
satu matapelajaran yang penting kerana secara tidak langsung banyak nilai-nilai murni yang
diterapkan dalam diri murid berkaitan tentang kehidupan yang mereka lalui.
Berkaitan pembentangan yang telah saya buat,saya dapati tajuk yang saya bentang ini
dapat memberikan maklumat dan sumber baharu kepada guru-guru yang baru mengajar
mahupun guru-guru yang telah mengajar untuk mencari sumber bagi mengajar matapelajaran
Pendidikan Moral ini.Banyak sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh
membantu guru memberikan maklumat kepada murid dan seterusnya murid dapat memahami
isi pelajaran yang diikuti oleh murid.Secara tidak langsung dengan menggunakan sumber-
sumber ini murid akan lebih bermotivasi dan berminat untuk mengikuti proses pembelajaran.

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
8
Dalam penghasilan Rancangan Pengajaran harian bagi matapelajaran Pendidikan
Moral ini,saya telah ditugaskan untuk menyediakan rancangan pengajaran bagi tahun 3
KSSR.Pada permulaan tugasan ini saya perlu mendapatkan rancangan pengajaran bagi
matapelajaran ini.Saya pelrlu memahami dengan lebih jelas bagaimana untuk menyediakan
rancangan pelajaran yang baik yang bersesuaian dengan kehendak soalan.Dalam
menyediakan rancangan perkara yang perlu dititikberatkan ialah strategi setiap langkah
pengajaran dan sumber yang digunakan dalam pengajaran.Oleh yang demikian saya perlu
mengenalpasti apakah strategi yang bersesuaian bagi setiap langkah pengajaran dan juga
sumber yang menarik yang boleh digunakan.
Dalam langkah yang pertama saya telah menggunakan paparan gambar berkaitan
dengan tajuk.Seterusnya membuat soaljawab bersama murid.Sumber yang seterusnya ialah
menyediakan video berkaitan dengan tajuk.Oleh kerana tajuknya berkaitan dengan
pengalaman murid itu sendiri iaitu pengalaman murid menyambut perayaan,maka saya yakin
video ini akan dapat membentu murid memahami pula perayaan yang tidak mereka sambut
tetapi disambut oleh rakan mereka dari kaum yang lain.Secara tidak langsung sumber ini akan
dapat membantu murid memahami isi pelajaran yang disampaikan.
Penggunaan internet dalam rancangan pengajaran ini juga digunakan dimana murid
akan mencari bagi mendapatkan gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk
pelajaran.Melalui sumber ini saya dapati ia merupakan sumber yang terkini yang mudah dan
cepat bagi murid mendaparkan maklumat yang mereka perlukan kerana maklumat tersebut
ada di hujung jari sahaja.
Oleh itu penggunaan sumber-sumber pengajaran sebenarnya akan dapat membantu
sama ada guru mahupun murid mendapatkan maklumat yang mudah dan juga dapat
meningkatkan kemahiran diri masing-masing dalam menggunakan TMK.Kaedah dan sumber
ini bertepatan dengan kehendak pendidikan masa kini yang menghendaki murid berkemahiran
dalam penggunaan teknologi serta menggunakan kaedah yang lebih berkesan dalam
pengajaran secara tidak langsung perancanagn pengajaran akan menjadi lebih baik dan
menepati kehendak proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif pada masa kini.



ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
9

























ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
10
http://www.youtube.com/watch?v=21fXTe0T6EQ&list=PL5E412F9F4B7F487A

Anda mungkin juga menyukai