Anda di halaman 1dari 2

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan Moral Tahun 3 Atom


2. Nilai / tajuk : Kepercayaan Kepada Tuhan / Perayaan di Malaysia
3. Masa : 10.40 -11.40 pagi (60 minit)

4. Standard Pembelajaran : 1.1.1 Menyatakan pelbagai perayaan di Malaysia

1.1.2 Menceritakan pelbagai perayaan yang disambut oleh


warga sekolah

1.1.3 Menyenaraikan cara menghormati perayaan yang


disambut oleh warga sekolah

1.1.4 Menyedari kepentingan menghormati kepelbagaian


perayaan yang disambut oleh warga sekolah.

1.1.5 Mengamalkan sikap menghormati perayaan yang


disambut oleh warga sekolah.

5. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran semua murid dapat:
Penaakulan Moral : i. menyatakan 3 perayaan besar di Malaysia
ii. menyatakan 3 cara menghormati perayaan di atas.
Perasaan Moral : menceritakan perasaan gembira menyambut perayaan di atas.
Perlakuan Moral : mengamalkan sikap menghormati perayaan yang disambut di atas.

6. Pengetahuan sedia ada : Pengalaman murid sendiri.

7. Teknik : Bercerita

8. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

Set induksi:

i. Guru menunjukkan kad-kad perayaan di atas.

ii. Guru memperlihatkan klip video perayaan di atas.

iii. Guru mengajukan beberapa soalan.

Langkah 1:

i. Menjana idea murid dengan meminta murid menyatakan perayaan-perayaan


berdasarkan kad-kad tersebut.

ii. Menjana idea murid dengan meminta murid menyatakan perkara-perkara berkaitan
dengan perayaan-perayaan di atas dengan menggunakan thinking tool (Bubble Map).
1
iii. Guru menjelaskan 3 perayaan besar yang disambut oleh warga sekolah.

Langkah 2:

i. Guru mempaparkan teks cerita dan murid diminta membaca teks tersebut.

ii. Guru menggunakan thinking tool (Flow Map) untuk memastikan kefahaman murid
terhadap cerita tersebut.

iii. Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan teks cerita dengan cara
menghormati perayaan yang disambut oleh warga sekolah.

Langkah 3:

i. Dalam kumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari 2 gambar berkaitan


perayaan-perayaan yang disambut di sekolah.

ii. Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan gambar-gambar tersebut.

Penutup:

i. Guru membuat kesimpulan dari hasil dapatan murid.

9. EMK:

i. Kreativiti – menjana idea, sumbangsaran


ii. TMK - Menggunakan internet

10. Bahan Bantu Mengajar:

Teks cerita, kad-kad perayaan di Malaysia, lagu-lagu raya, lembaran kerja.

11. Penilaian P dan P:


i. lembaran kerja (Suaikan bangsa/agama dengan perayaan yang disambut)
ii. gambar-gambar yang diakses oleh murid dari internet

iii. murid dapat menceritakan perasaan apabila menyambut perayaan di atas.

12. Refleksi

i. 18 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan.


ii. 2 orang murid diberi bimbingan.

Anda mungkin juga menyukai