Anda di halaman 1dari 4

Penulisan Esei

Guru harus menekankan perwatakan yang positif yang terdiri daripada tiga dimensi
moral, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Ketiga-tiga dimensi ini
adalah perlu untuk membolehkan seseorang guru mencapai tahap kematangan moral.
Seorang guru yang berakhlak mulia perlu mempunyai pemikiran moral. Guru
yang pemikiran moral dapat menaakul dan menimbang sesuatu dengan rasional dan
bebas. Ini bermaksud seseorang guru yang mempunyai pemikiran moral dapat
memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral
dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Guru yang mempunyai
pemikiran moral dapat mengamalkan prinsip keadilan semasa membuat keputusan.
Dengan prinsip keadilan, guru haruslah mementingkan saksama dan memberikan
layanan yang sama kepada semua murid di sekolah. Sebagai contohnya, guru tidak
boleh menganggu seperti menyentuh badan pelajar yang lebih menarik. Oleh itu,
sebagai seorang guru perlulah sentiasa berfikir secara moral dan bertindak adil supaya
tidak berlaku sesuatu yang kurang sesuai, membuta-tuli serta menjatuhkan imej guru di
masyarakat.
Dari dimensi perasaan moral membolehkan seseorang melahirkan perasaan
negatif seperti malu, bimbang atau bersalah sekiranya dia dalam keadaan yang tidak
patut. Dalam kes yang dinyatakan pada akhbar ini, guru harus mempunyai perasaan
moral supaya tidak melakukan sesuatu yang tidak menghormati murid di sekolah.
Sebagai seorang guru yang bermoral perlulah mengamalkan prinsip autonomi.
Pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang guru akibat paksaan dari
luar adalah tidak boleh dikategorikan sebagai tindakan moral. Ini disebabkan individu
yang dipaksa membuat pertimbangan adalah tidak berupaya bertingkah laku secara
rasional dan adil. Tingkah laku tersebut hanya mematuhi perintah dan kuasa luar.
Sebagai contoh, guru A tidak melakukan sesuatu yang menganggu murid kerana dia
tahu menghormati setiap murid dan mengelakkan perbuatan yang akan menganggu
pelajar. Oleh itu, dimensi perasaan moral membolehkan guru menjaga emosi sendiri dan
dapat bertindak secara rasional supaya tidak berlaku sesuatu yang akan mempengaruhi
emosi orang lain.
Sebagai seorang guru haruslah bertindak moral. Dalam dimensi tindakan moral
telah menjelaskan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang

ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya.


Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang
mendorong seseorang bertindak secara bermoral. Prinsip Altruisme juga penting dalam
dimensi tindakan moral. Hal ini kerana prinsip alturisme melahirkan perasaan kasih
sayang, simpati dan empati yang seterusnya menghilangkan rasa pentingkan diri
sendiri, kebencian dan tamak. Dalam prinsip ini telah menekankan mengambil berat
tentang kebajikan orang lain. Sebagai contohnya, sebagai seorang guru yang
bertanggungjawab haruslah sentiasa bertindak sopan dan menghormati pelajar dan
tidak akan berlaku gangguan seksual terhadap murid. Oleh itu, seseorang yang
bertindak moral akan mengamalkan altruisme untuk menjauhkan individu daripada sifat
mementingkan diri sendiri.
Salah laku guru yang berlaku ke atas pelajar ini akan menjadi semakin serius jika
tidak ditangani dengan segera. Tingkah laku yang negatif ini boleh dibendung jika
masyarakat berkerjasama dalam menyelesaikan masalah ini.
Pendidikan merupakan satu strategi yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku
guru yang negatif. Tujuan pendidikan ini dapat membangunkan kesedaran guru supaya
tidak melakukan sesuatu yang mengganggu pelajar. Sebagai contohnya, Negara Barat
serta Negara Asia yang maju telah menanamkan pendidikan seksual kepada semua
lapisan masyarakat. Dengan pemberian pendidikan ini, guru haruslah bertindak hemah
supaya hak pelajar kita dijaga.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu berganding
bahu dalam menyediakan pendidikan seksual supaya menyedarkan masyarakat
khususnya guru-guru dalam mengelakkan perlakuan seksual terhadap anak pelajar kita.
Pendidikan ini juga perlu diberi kepada pelajar, guru-guru dan masyarakat namun
kepada pesalah itu sendiri. Pendidikan ini bertujuan untuk memberi maklumat yang
sebenar serta kesedaran tentang kesalahan laku yang dilakukan lebih-lebih lagi
dilakukan kepada pelajar. Sebagai contohnya, pelajar yang telah diganggu boleh
meminta bantuan daripada pihak polis serta mengambil tindakan undang-undang yang
telah ditetapkan. Oleh itu, pelajar akan mengetahui hak sebagai seorang pelajar serta
akan melindungi diri sendiri.
Bagi mengatasi masalah ini, kursus, ceramah atau bengkel perlu diadakan untuk
meningkatkan pengetahuan tentang nilai-nilai, tingkah laku yang teratur dan

tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh seorang guru. Pihak kerajaan perlu
menwajibkan semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan.
Nilai murini seperti kemanusiaan, kasih sayang, rasional, tanggungjawab dan
sebagainya perlu diterapkan ke dalam diri semua guru dalam kursus ini. Sebagai
misalnya, dalam kursus ini boleh melakonkan situasi gangguan pelajar supaya guru
dapat mengelakkan situasi yang ditentukan. Oleh itu, guru perlu sentiasa berfikir secara
rasional dan mengamalkan nilai-nilai supaya tidak melakukan sesuatu yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan.
Tambahan pula, pihak yang berkuasa perlu menguatkan undang-undang bagi
mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan
kes gangguan seksual dalam kalangan pendidik ini perlulah dibanteras dengan segera
supaya kes seumpama ini dapat diatasi dengan segera. Penguatkuasaan undangundang seperti penjara, sebatan, hukuman dan sebagainya perlulah dikuatkuasakan
bagi mengatasi masalah ini dari terus berleluasan. Dengan adanya penguatkuasaan ini,
tingkah laku negatif dalam kalangan guru mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan
segera. Sebagai contohnya, guru yang melanggar etika perguruan perlulah dilucut dari
jawatannya. Ini dapat memberi pengajaran kepada guru-guru yang lain supaya tidak
melakukan perkara yang tidak bermoral ini.
Bagi mengatasi masalah gangguan seksual seperti yang dinyatakan pada
akhbar, kempen kesedaran tentang gangguan seksual perlulah diadakan bagi
mengatasi tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru. Kefahaman tentang konsep
gangguan seksual perlulah diberi melalui kempen kesedaran yang di adakah tidak kira
di sekolah atau di tempat awam. Pihak bertanggungjawab seperti media, mangsa sendiri
dan pihak berkuasa perlulah perbanyakan sebaran maklumat mengenai gangguan
seksual supaya semua masyarakat terutamanya guru dan masyarakat memahami erti
sebenar gangguan seksual. Jika kempen kesedaran ini dijalankan, tingkah laku negatif
yang berlaku dikalangan guru mungkin dapat diatasi dengan segera.
Terdapat banyak lagi strategi yang boleh digunakan dalam menjalankan kempen
kesedaran kepada masyarakat umum tentang gangguan seksual. Penyebaran
maklumat perlakuan gangguan seksual seperti menggunakan poster, iklan, hebahan di
televisyen dan sebagainya.

Sebagai misalnya, poster yang dipaparkan perlulah

menyampaikan mesej tentang gangguan seksual yang jelas kepada pihak guru. Oleh

itu, semua maklumat gangguan seksual yang betul perlulah disebarkan supaya guru
tidak akan berlakukan sesuatu yang sopan terhadap masyaraka.
Tuntasnya, menurut Fullan (1993) menyatakan guru melibatkan diri secara
produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan
dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Gangguan seksual merupakan tingkah laku
negatif dan tidak bermoral yang mana boleh merendahkan kehormatan sama ada
kepada mangsa atau pelakunya sendiri. Bagi mengelakkan gangguan seksual ini terus
berleluasan, setiap pihak tidak kira guru atau pelajar perlulah saling menjaga akhlak
masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai