Anda di halaman 1dari 3

CARA MENGATASI ISU ETIKA PERGURUAN

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. 2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sedemikian rupa kerana perkara tersebut boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah serta kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak ibu bapa elajar mereka. 3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan pelajar mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. 5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. 6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. 7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat,bukan menghancurkan sahsiah pelajar. 8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. 9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. 10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. 11. Guru tidaklah harus berperilaku biadab seperti mencabul dan memperkosa pelajarnya yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. 13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna terhadap diri,bangsa,dan negara. 14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya. 15. Guru haruslah menunjukkan peribadi yang sempurna supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya. 16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. 17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. 18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. 19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. 20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. 21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.

Sejak kebelakangan ini, masalah etika perguruan kelihatan semakin menjadi-jadi dan pasti akan memberi kesan yang mendalam terhadap institusi masyarakat yang telah utuh terbina ini. Setiap tahun pasti akan terisi penuh buku laporan kes di pejabat polis. Hal ini pasti akan memberi impak negatif terhadap setiap pihak, terutamanya pelajar yang telah mengalami pengalaman tragis, iaitu dirogol oleh guru yang dianggap seumpama saudara sendiri. Oleh sebab yang sedemikian, langkah drastik haruslah diambil bagi membendung masalah ini dari terus berleluasa ke seluruh pelosok negara tercinta kita ini. Setiap perkara yang berlaku pasti ada punca utama yang juga merupakan akar umbi sesuatu masalah itu berlaku. Namun yang demikian, setiap masalah itu akan pasti dapat diselesaikan melalui langkah-langkah berkesan yang diambil. Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi isu sosial ini termasuklah dengan cara memberi kesedaran yang mendalam terhadap para guru yang tersalah tingkah laku atas pelajar masing-masing. Dalam konteks ini, pihak institusi pengajian seperti pihak sekolah dan universiti haruslah memainkan peranan masing-masing. Kuasa yang ada haruslah digunakan bagi membendung masalah ini daripada terus menular di negara ini. Guru yang bersalah harus dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Selain itu, pihak berkuasa juga merupakan tunjang utama dalam mengatasi masalah ini. Pihak berkuasa juga harus mengenakan tindakan tatatertib terhadap guru tersebut. Hal ini adalah kerana trauma yang dialami pelajar amat susah dipadamkan dari kotak fikiran mereka dan sekali gus akan mengganggu proses untuk mereka meneruskan kehidupan normal yang selama ini dikecapi dengan penuh warna-warni, gelak tawa dan keceriaan. Guru tidaklah harus bertingkah laku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru tidaklah harus bertingkah laku sedemikian rupa kerana perkara tersebut boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah serta kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak ibu bapa pelajar mereka. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan pelajar mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. Selain itu, guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat, bukan menghancurkan sahsiah pelajar. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. Guru tidaklah harus berperi laku biadab seperti mencabul dan memperkosa pelajarnya yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna terhadap diri, bangsa, dan negara. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya. Guru haruslah menunjukkan peribadi yang sempurna supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya. Antara contoh yang boleh diambil adalah kes rogol yang berlaku di Pahang pada 25 April 2008 di mana pelajar berusia 15 tahun telah dirogol sebanyak dua kali oleh gurunya di kuarters guru. Guru tersebut telah membuat pilihan berdasarkan keseronokan(pleasure) melalui comparing place yang diperoleh melalui perbuatan pertama. Dalam hal ini, perkara ini telah mempengaruhi tingkah laku keseluruhan(total behaviour) guru itu kerana dia telah membuat keputusan untuk mengulangi kesilapannya lagi sekali terhadap mangsa. Selain itu, manusia bertingkah laku berdasarkan perspektif

psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan,skala perimbangan, tingkah laku keseluruhan, sistem tingkah laku ,identiti berjaya dan identiti gagal.Manusia memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang

diinginkan.Keinginan psikologi manusia merangkumi seseorang yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan. Keperluan fisiologi manusia merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu ini berani mengambil risiko,sama seperti sikap guru yang mengambil risiko tinggi dengan melibatkan diri dalam gejala rogol ini. Konflik juga timbul apabila apabila seseorang itu tidak mendapat apa yang mereka kehendaki.Keadaan ini boleh mewujudkan keseronokan atau kesakitan kepada seseorang itu. Berdasarkan konsep yang telah diketengahkan oleh Ahmad Jazimin,konflik juga akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi seseorang. Keseluruhan tingkah laku seseorang itu akan menyumbang kepada identiti dirinya sama ada identiti berjaya atau identiti gagal. Dalam konteks ini,tingkah laku guru tersebut telah menyumbang kepada identiti gagal. Mengikut Teori Pilihan, konflik timbul apabila apa yang individu itu inginkan (quality world) tidak sama dengan apa yang individu itu dapat (perceived world) daripada real world (dunia sebenar). Individu itu membuat pilihan berdasarkan keseronokan dan kesakitan melalui skala imbangan yang wujud dalam dirinya. Perkara ini akan mempengaruhi tingkah laku keseluruhan (total behavior) yang merangkumi aspek tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi. Keseluruhan tingkah laku (total behavior) inilah yang akan menyumbang kepada identiti berjaya dan identiti gagal. Maka, di sinilah terletaknya identiti gagal yang telah ditunjukkan oleh guru yang tidak bersahsiah tersebut.
Oleh itu,setiap pihak haruslah bekerjasama menyumbang dan menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah yang kelihatan semakin hari semakin rumit ini. Perpaduan yang utuh dibina bersama pasti akan dapat membantu mengatasi masalah isu guru yang tersalah gunakan jawatan yang digalas oleh mereka. Langkah yang diambil pada masa ini pasti akan mempamerkan hasil yang amat positif pada masa akan datang sekali gus akan membantu negara dalam melahirkan generasi pendidik yang berkualiti dan bersahsiah tinggi. .

Anda mungkin juga menyukai