Anda di halaman 1dari 38

Tutorial 3:

Apakah halangan yang bakal dihadapi oleh guru di sekolah dalam usaha mewujudkan integrasi kaum di kalangan pelajar daripada pelbagai etnik?
1

Oleh: Abbie Shyam Bin Sulaiman Ain Sharida Binti Khairizzaki Desmond Daniel Ak Copta

Pengenalan
Menurut

Noriati (2011), individu pelajar adalah unik dan berbeza memandangkan latar belakang mereka yang berlainan dan setiap individu membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Budaya merupakan faktor pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan individu.

Budaya pengaruhi cara berfikir, cara bertindak, pandangan, perasaan dan pembawaan.

Gollnick

dan Chin (1990) berpendapat, Culture provides the blueprint that determines the way an individual thinks, feels and behaves in society.

Antara halangan yang dihadapi oleh guru dalam wujudkan integrasi dalam kalangan murid-muridnya.
Gaya Komunikasi

Gaya Menyelesaikan Masalah

Perbezaan

Sikap Terhadap Konflik

Pendekatan Dalam Selesaikan Tugasan

Perbezaan Dalam Gaya Komunikasi


Gaya komunikasi merujuk kepada penggunaan bahasa dan komunikasi bukan verbal. Dua individu yang berlainan latar budaya, malah dalam budaya yang sama boleh mempunyai penggunaan bahasa yang berbeza. Contohnya: Gaya bahasa, nada suara (Lantang dan bernada tinggi). Oleh itu, pelajar dalam sesebuah kelas membawa gaya komunikasi yang berbeza ke dalam bilik darjah dan pemahaman atau kelainan ini perlu kita sedari agar tidak berlaku sebarang masalah antara murid yang berpunca daripada salah faham gaya berkomunikasi.

Perbezaan Sikap Terhadap Konflik

Noriati (2011) menyatakan mereka yang terdidik dalam keluar yang mengamalkan perbincangan misalnya akan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi masalah konflik (pandangan yang berbeza). Justeru, penyelesaian dalam bentuk berbincang secara bersemuka mungkin sesuai bagi kelompok ini. Namun, kebanyakan individu berasa tidak selesa membincangkan secara terbuka atas sebab tidak mahu menjatuhkan air muka. Justeru, penyelesaian secara tertutup atau secara bertulis mungkin sesuai bagi golongan ini atau murid seperti ini.

Setiap budaya mempunyai cara atau gaya tersendiri dalam pendekatan menyelesaikan tugasan. Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah akses kepada bahan sumber, pandangan terhadap ganjaran yang akan diterima selepas selesai tugasan, pandangan terhadap kepentingan masa, pandangan terhadap hubungan kerjasama dalam pasukan dan perkaitannya dengan penyediaan tugasan. Begitu juga dengan murid-murid, I. terdapat murid yang berusaha menyiapkan tugasan tanpa mengambil kira hubungan dengan orang lain, II. ada murid yang mendapatkan bahan sumber rujukan dan berkongsi hanya dengan kelompok rakan rapat, III. ada murid yang bersungguh-sungguh dalam tugasan sekiranya ada ganjaran, dan ada juga yang membuat tugasan dengan sikap asal siap dan lain-lain isu.

Perbezaan Pendekatan Dalam Menyelesaikan Tugasan

Menurut Noriati (2011), gaya menyelesaikan masalah turut bergantung pada pegangan sesuatu budaya. Terdapat budaya yang mengamalkan perkongsian tanggungjawab dan penurunan kuasa kepada anggota lain dalam masyarakat atau keluarga. Justeru, wujudlah amalan tanggungjawab bersama dalam menyelesaikan masalah. Juga sebaliknya, terdapat amalan budaya yang mengutamakan tanggungjawab individu untuk menyelesaikan masalah dan ada juga yang mengamalkan persetujuan bersama dalam menyelesaikan masalah. Bagi murid-murid kita yang berasal daripada pelbagai latar belakang, akan wujud amalan yang berbeza dalam menyelesaikan masalah dan situasi ini bergantung kepada amalan kepimpinan dalam keluarga contohnya: I. Autoritatif II. Demokratis III. Permisif

Perbezaan Dalam Gaya Menyelesaikan Masalah

Antara Halangan Lain Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam Usaha Mewujudkan Integrasi:
I.

II.
III. IV. V. VI.

Kepelbagaian Bangsa Struktur Masyarakat / Kelas Sosial Kepercayaan Individu Bahasa Adat Resam Jantina

I.

Kepelbagaian Bangsa
Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Bangsa terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah dan agama. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005;122), bangsa merupakan jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang bersatu padu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Contohnya Melayu, Cina, India yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini. Secara umumnya, konsep bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupa sifatnya.

10

Bangsa juga merujuk kepada nilai-nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, setiakawan, dan hormat-menghormati yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik. Suasana bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai komposisi etnik campuran atau berbilang kaum seperti inilah yang memberikan halangan kepada guru.

11

II. STRUKTUR SOSIAL

MASYARAKAT /

KELAS

Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama.

Terdapat tiga konsep penting yang ditumpukan apabila menyebut perihal masyarakat. Konsep tersebut adalah masyarakat, budaya dan perpaduan di dalam masyarakat.

Ciri-ciri utama bagi mengklasifikasikan sesuatu masyarakat adalah seperti berikut :

12

a) b) c)

Hidup bekelompok Mempunyai budaya Sering mengalami perubahan

d)
e) f)

Saling berinteraksi sama ada dalaman dan dengan pihak luar


Mempunyai kepimpinan Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas status & kasta) Sruktur masyarakat atau dikenali sebagai struktur sosial adalah susunan ekonomik atau kebudayaan kumpulan-lumpulan sosial.

Di Malaysia, bangsa-bangsa yangberbeza mempunyai struktur masyarakat yang berbeza.

HALANGAN : STRUKTUR MASYARAKAT / KELAS SOSIAL

13

Struktur masyarakat / kelas sosial yang berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam satu masyarakat juga akan menetukan pola kehidupan masyarakat.

Contohnya, murid bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan tanpa mengira budaya dan masyarakat lain.

Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat mengelakkan rasa tinggi diri dan seterusnya menerima rakan sebagai sebahagian daripada komuniti dalam kehidupan mereka.

14

Hubungan yang baik juga dapat memupuk nilai persahabatan, nilai kerjasama dan nilai toleransi dalam bilik darjah yang dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian murid.

Hubungan yang baik menunjukkan adanya nilai-nilai penyayang dapat disemai dalam jiwa murid di dalam bilik darjah. Oleh itu, masalah tingkah laku yang tidak diingini dapat dikurangkan dan dibendung dengan lebih berkesan.

Murid golongan bawahan dpat bergaul dan berinteraksi dengan murid


golongan atasan tanpa mengira budaya dan masyarakat lain.

Secara tidak langsung, suatu suasana pembelajaran yang kondusif akan terbentuk.

15

III. KEPERCAYAAN
Rakyat

di

negara

kita

mempunyai

banyak

kepercayaannya tersendiri. Ini kerana, rakyat kita adalah berbilang kaum.


Setiap

kaum mempunyai berbeza kepercayaan. kepercayaan orang Melayu, kepercayaan

Contohnya

orang Cina dan kepercayaan orang India

16

ANTARA HALANGAN:

Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun. Dalam konteks di bilik darjah, murid dapat mengetahui dan memahami kepelbagaian kepercayaan masyarakat di negara kita. Kepercayaan boleh menjadi halangan kepada guru kerana kemungkinan besar, murid yang terdiri daripada pelbagai etnik tidak dapat menerima kepercayaan rakan mereka yang berbeza etnik dengan mereka. Mereka mungkin akan menganggap hanya kepercayaan mereka sahaja yang boleh diamalkan oleh masyarakat umum dan mengejek kepercayaan yang diamalkan oleh rakan mereka sendiri. Secara tidak langsung, murid daripada pelbagai etnik yang terdapat di dalam kelas tidak akan dapat bersatu padu kerana mereka tidak percayakan dan menghormati kepercayaan kaum lain sehingga guru tidak dapat mewujudkan integrasi antara murid pelbagai etnik.

17

Jika integrasi antara murid tidak dapat diwujudkan, maka sedikit


sebanyak, ianya akan mengganggu proses pengajaran dan

pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas serta murid tidak

akan menumpukan perhatian terhadap guru mereka.

Objektif pembelajaran pada hari tersebut juga tidak akan dapat dicapai.

Untuk mengelakkan daripada kemungkinan terjadinya perkara ini, murid perlu didedahkan kepada kepercayaan masyarakat lain supaya tidak timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

18

IV. Bahasa
Definisi Bahasa: Menyampaikan mesej dan berupaya untuk mengubah persepsi masyarakat dan bertindak balas dengannya. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Sintesis daripada bunyi yang terbentuk dari aspek luaran dan dalaman.

19

Sistem

isyarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi. makna dengan bunyi dalam rentetan ucapan mengikut hukum tatabahasa. berstruktur daripada bunyi vokal dan urutan bunyi secara arbitrari untuk berkomunikasi

Hubungan

Sistem

20

Variasi bahasa
Kepelbagaian

bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

Dialek
Merupakan

variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.

21

HALANGAN DARI ASPEK BAHASA YANG BAKAL DIHADAPI OLEH GURU DALAM PENGINTEGRASIAN KAUM DALAM KALANGAN PELAJAR PELBAGAI ETNIK

22

BAHASA ETNIK
Malaysia

merupakan sebuah negara yang memiliki pelbagai jenis rumpun etnik. Walaupun Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun rakyat dibenarkan menggunakan bahasa kaum mereka sendiri dan bahasa-bahasa lain. Pelajar yang baru memulakan alam persekolahan akan mengalami masalah untuk berinteraksi dengan pelajar lain. Ini kerana majoriti mereka menggunakan bahasa suku kaum sendiri ketika berada di rumah. Guru juga akan mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan pelajar tersebut kerana pengguasaan kosa kata mereka yang lemah.

23

DIALEK
Dialek

merujuk kepada penggunaan bahasa oleh penduduk yang tinggal dalam sesuatu kawasan. Contoh: Bahasa Sarawak, Bahasa Kelantan, Bahasa Sabah Asas penggunaan bahasa adalah sama tetapi akibat kerana perbezaan geografi, mewujudkan suatu jenis bahasa baru.

24

Guru

yang berasal dari kawasan tersebut tidak mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan pelajar tetapi guru diwajibkan bertutur menggunakan bahasa kebangsaan bagi menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar. yang berasal dari kawasan berlainan akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan pelajar; terutama pelajar tahun satu kerana mereka belum didedahkan dengan bahasa kebangsaan.

Guru

25

PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM MENCAPAI INTEGRASI KAUM DALAM KALANGAN PELAJAR PELBAGAI ETNIK

26

Bahasa Kebangsaan - Bahasa Malaysia


Bahasa

kebangsaan merupakan alat untuk berhubung dan menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum seperti di Malaysia. Di dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152 menyatakan bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan negara. Pada masa yang sama, rakyat bebas mempelajari apa juga bahasa yang lain .

27

Mengadakan

Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa. Tahun 1960- Cogan kata: Bahasa Jiwa Bangsa
Sekolah

Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditubuhkan. Contoh: Sekolah Shah Alam, Cheras, Sekolah Sultan Abdul Halim, Jitra dan Sekolah Kolam Air Sri Puteri, Kuala Lumpur. Akta Bahasa Kebangsaan digubal pada tahun 1967 yang memperuntukkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam upacara rasmi.

28

Tahun

1970- mengubah bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris dan digantikan dengan pengantar Bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Mei 1970 untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Tahun 1982- Bahasa Inggeris di semua sekolah diganti dengan Bahasa Melayu. Tahun 1990- Bahasa Melayu digunakan di mahkamah.

29

V. Adat Resam
Definisi:
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Ketiga

Edisi Ketiga 1997:


Adat pearaturan yang sudah diamalkan turun temurun (sejak

dahulu kala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi).

Resam adat kebiasaan, aturan aturan yang

menjadi adat.

30

HALANGAN DARI ASPEK ADAT RESAM YANG BAKAL DIHADAPI OLEH GURU DALAM PENGINTEGRASIAN KAUM DALAM KALANGAN PELAJAR PELBAGAI ETNIK

31

Masyarakat Melayu
Makan

beradab- murid sudah biasa dengan amalan makan dengan menggunakan tangan.

Masyarakat India
Nombor

3 dan 13 Larangan menyentuh kepala kanak-kanak Terlibat dengan perkara malang - terus balik ke rumah Makanan yang tidak habis dimakan jangan diberi kepada orang lain-dipercayai sudah tercemar

Pantang Larang Dalam Perjalanan


Perjalanan

32

Isnin dan Khamis jangan pergi ke arah timur Selasa dan Rabu tidak ke arah barat Rabu dan Khamis ke arah barat akan ditampar Cara mengatasi: guna susu lembu yang sudah basi/hangit (Yogurt) untuk menghormati Tuhan apabila senja

Masyarakat Cina
Nombor

4-suei atau malang

33

Masyarakat Pribumi Sabah Sarawak


Suku

kaum Penan yang kerap berpindah randahmerupakan adat resam suku kaum mereka. Mereka tinggal dalam kawasan pedalaman dan hidup tidak secara berkelompok. Menyukarkan para guru untuk memastikan kedatangan pelajar ke sekolah Pagan - penerapan nilai murni sukar

34

PENDIDIKAN JASMANI
Permainan

bola sepak - masyarakat menganggap permainan bola sepak hanya dimainkan oleh kaum lelaki sahaja. Hampir kesemua suku kaum menganggap kaum perempuan dianggap tidak sesuai untuk bermain permainan tersebut-sehingga ke hari ini. Adat resam ketimuran menganggap kaum perempuan sepatutnya menjaga keluarga dan bekerja di dapur sahaja.

35

VI. Jantina

Menurut Butler dan Manning (1998), The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behaviour that identify one as either male or female. Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat perbezaan yang ketara antara mereka. Faktor jantina campuran di bilik darjah memberi peluang murid-murid lelaki dan perempuan bergaul dengan lebih tertib, bertanggungjawab, menghormati perbezaan yang wujud dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang persefahaman dan toleransi. Seorang guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan jantina.

36

Faktor

ini mempengaruhi pembentukan iklim di dalam bilik darjah yang mana seorang guru perlu tahu pengaruh jantina terhadap pembelajaran murid.
perlu bertanggungjawab dalam menjelaskan tentang kepercayaan mengenai lelaki dan perempuan yang begitu stereotaip. Justeru pemilihan aktiviti yang bersesuaian perlu dibuat dan diteliti supaya dapat memotivasikan murid ketika menjalani proses pembelajaran mereka.

Guru

37

Kesimpulan
Kepelbagaian

yang wujud dalam masyarakat terutama dalam kalangan komuniti sekolah perlu ditangani dengan baik supaya tidak menimbulkan pelbagai masalah seperti perbezaan pencapaian murid, jurang sosial dalam masyarakat, masalah pengekalan identiti bangsa, monopoli kumpulan tertentu, masalah menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang berbeza dan bersikap prasangka sesama sendiri. murid lebih suka bergaul dalam kelompok yang dikenali sahaja dan ini boleh mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam diri mereka dan akan membentuk stereotaip terhadap kumpulan lain.

Sesetangah

38

Rujukan
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid. 2011. Siri Pendidikan Guru Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon. 2010. Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai