Anda di halaman 1dari 28

DEFINISI KONSEP MORAL ETIKA, MORAL, AKLAK

INSTITUSI PENDIDIKAN KAMPUS RAJA MELEWAR PPISMP SEMESTER DUA AMBILAN JUN 2013 PSV(SJKC)

DEFINISI KONSEP MORAL


Disediakan oleh: NG YEE YEE

MORAL

DEFINISI DAN KONSEP MORAL

Menurut Kamus Dewan (1986), moral merujuk kepada ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajipan dan lainlain), sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.

Moral berasal dari bahasa Latin moralitas yang bererti cara, perwatakan dan tingkah laku yang diterima. Moral ialah ajaran-ajaran kumpulan, peraturan dan ketetapan, sama ada lisan atau bertulis tentang bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar ia menjadi manusia yang baik dan sempurna.

Konsep moral pula membawa pengertian kesedaran tentang ajaran atau pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.

Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undangundang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.

Konsep moral ini merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berlandaskan standardstandard yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang individu. Seseorang dikatakan memiliki tingkah laku yang bermoral jika tingkah laku tersebut berdasarkan prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan yang diterima. Ammoral pula bermaksud perkara yang tidak baik atau manusia melakukan perkara yang tidak mempunyai moral

Contohnya, sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi comel itu balik ke rumah dan membelanya tanpa mengikut peraturan undang-undang. Akhirnya setelah berbincang mereka akur bahawa undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditentukan.

Contoh kedua, Nora terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa pengetahuan sesiapa. Nora boleh menyimpan dompet itu jika dia mahu. Nora seorang budak yang jujur dan ikhlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut. Nora ialah seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragakagak untuk berbuat demikian kerana kejujuran merupakan sebahagian daripada akhlaknya. Tiada guna dia mengambil dompet kepunyaan orang lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya tidak merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang apabila dia memulangkan dompet tersebut kerana dapat membantu meringankan bebanan orang lain.

PENGERTIAN KONSEP KEMORALAN

Kemoralan ialah satu instrumen masyarakat secara keseluruhan untuk memimpin individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka. Ia juga memerlukan individu atau kumpulan kecil mengikutnya. Kemoralan ialah satu institusi sosial yang juga membantu dalam bimbingan sendiri atau penentuan sendiri secara rasional di kalangan ahli masyarakat.

Moral ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik.

Oleh itu insan bermoral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

KONSEP MORAL

MORAL ETIKA

AKHLAK

ETIKA

DEFINISI DAN KONSEP ETIKA


Perkataan etika berasal dari perkataan Inggeris ethics. Ethics pula berasal dari perkataan Greek ethos bermaksud watak, adat atau budaya . Etika, menurut Ahmad Amin etika ialah ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk yang seharusnya dilakukan oleh manusia. Etika dalam Encyclopedia Britania dinyatakan sebagai falsafah moral, iaitu kajian tentang sifat dasar dari konsep baik dan buruk, harus, benar dan salah ( Zubair 1980)

Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Etika adalah berdasarkan masyarakat tertentu, Etika lebih banyak dikaitkan dengan ilmu atau falsafah yang menjadi ukuran baik dan buruk. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya . Etika bersifat relative yang dapat berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman.

MORAL

ETIKA

praktikal
Disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat tolak ukurnya yang digunakan adalah normanorma yang tumbuh dan berkembang dan berlangsung di masyarakat.

teoritikal
Mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral

tolak ukur akal pemikiran atau rasional.

Kelompok kecil Bahan yang dikaji oleh etika

Universal (umum) Ilmu yang mengkaji moral

AKHLAK

DEFINISI DAN KONSEP AKHLAK

Menurut Kamus Dewan, akhlak bermaksud budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat. Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang.

Dari segi istilah ; segala tingkah laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup.

Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya Al- Akhlaq merumuskan pengertian akhlak sebagai :

Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat

Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya.

Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.

Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak dan penjudi. Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada sesetengah orang dewasa. Bagaimanapun, seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA:

1. 2. 3. 4. 5.

Agama Diri Sendiri Keluarga Pendidikan Persekitaran

MORAL
Ajaran Pegangan

AKHLAK
Tingkahlaku kebiasaan

ETIKA
Ilmu Kajian

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai