Anda di halaman 1dari 2

AKHLAK DALAM ISLAM

1. Muqaddimah
- Akhlak cerminan peribadi seseorang muslim.
- Kemuliaan Islam dizahirkan oleh penganutnya.
- Akhlak adalah illah kepada pengutusan Nabi Muhammad SAW.
‫ِإ َّن َم ا ُبِع ْث ُت ُأِل َت ِّم َم َص ا ِلَح ا َأْل ْخ اَل ِق‬
“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan
akhlak.” [Ahmad)
- Berakhlak sifat orang yang beriman dan bertakwa.
- Akhlak yang baik dapat menarik orang kepada Islam dan akhlak yang buruk menjadikan orang menjauhi
Islam.
- Contoh akhlak terbaik yang perlu dijadikan ikutan ialah akhlak Rasulullah SAW.
‫َلَق ْد َك اَن َل ُك ْم ِف ي َر ُس و ِل ال َّل ِه ُأ ْس َو ٌة َح َس َن ٌة ِل َم ْن َك اَن َيْر ُج و ال َّل َه َو ا ْل َيْو َم اآْل ِخ َر َو َذ َك َر ال َّل َه َك ِث ي ًر ا‬
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Al-Ahzab 21)
‫َو ِإ َّن َك َل َع َل ٰى ُخ ُل ٍق َع ِظ ي ٍم‬
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Al-Qalam :4)

2. Pengertian Akhlak
Menurut bahasa:Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jamadaripada
perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku,matuah, adat kebiasaan, malah ia juga
bererti agama itu sendiri
Menurut Istilah: akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikapkeperibadian yang
melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna
berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

3. Ruang Lingkup Akhlak Islamiah


Bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusiayang dilakukan dalam lingkungan
dan suasana berikut:
- Dilakukan dengan sedar dan niat.
- Dilakukan dengan ikhtiar sendiri.
- Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

4. Perbezaan Antara Akhlak dan Moral/Etika


i) Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala moral ialah satu
sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja.
ii) Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Allah,
manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain manakala moral mencakupi pemikiran,
perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja.
iii) Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah saw manakala
moral ditentukan oleh manusia.
iv) Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif, subjektif
dan sementara.

5. Contoh-contoh Perbezaan Antara Akhlak dan Moral


i. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat. Seandainya mereka
tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana telah melanggar
peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika seseorang itu mendedahkan
aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka masih dianggap bermoral oleh sesetengah
pihak.
ii. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi suatu lumrah bai
masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral,
sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak.
iii. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram menurut
Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.

6. Ciri-ciri Akhlak Islamiah


i. Bersifat mutlak dan menyeluruh
ii. Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan
iii. Bersifat sederhana dan seimbang
iv. Mencakupi suruhan dan larangan
v. Bersih dalam perlaksanaan
vi. Keseimbangan.

7. Kepentingan Akhlak
i. Akhlak mencorak tingkah laku
ii. Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan.
iii. Akhlak mencerminkan keimanan. Sabda Rasulullah S.A.W :
‫أكمل المؤمنين أحسنهم خلقا‬
"Di kalangan mu'minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.
iv. Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.
v. Akhlak adalah pemangkin perubahan

8. Tujuh Akhlak mulia perhiasan muslim


i. Benar
ii. Sabar
iii. Tawadhuk
iv. Tidak dengki
v. Pemaaf
vi. Ithar
vii. Zuhud

Anda mungkin juga menyukai