Anda di halaman 1dari 121

Dewan Ulama PAS Pusat

MIMBAR ULAMA

NEGARA
ISLAM

Diselenggarakan oleh

YB Haji Harun Taib


Ketua Dewan Ulama PAS Pusat

Diedarkan oleh

Unit ICT dan Penerbitan


Dewan Ulama PAS Pusat
KANDWNGAN

Kata Pengantar
YB Haji HarunTaib

Prinsip Negara lslam


Dr. Muhamad Haji Daud

Siyasah Shar'iyyah
Dr. Abdul Aziz Hanafi

Kedudukan Orang Bukan lslam


Dalam Negara lslam
Y.B. Ustaz Ahmad Ali

Sultah Tanfiziyyah
Abu Anif

Dasar Belanjawan Negara lslam


Dr. Hailani Tahir

Sistem Ekonomi lslam & Konvensional :


Satu Perbandingan
Penulis Khas

Perspektif lslam Mengenai Bursa Saham


Penulis Khas

Pindaan Perlembagaan Negeri Kelantan


Penulis Khas

Ulama dan Politik


Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif

Perlembagaan Malaysia Dan lslam


Haji Syed lbrahim Sted Abdul Rahman
Kata Pengantar

Pertamanya saya mengucapkan Syukur kepada Allah swt kerana


dengan limpah kurnianya diberi kesempatan untuk mengucapkan
sepatah kata sempena terbitnya Mimbar Ulama kali ini. Makalah yang
dipilih adalah sangat sesuai dengan tuntutan semasa.

Setiap Muslim khasnya penggerak jemaah sepatutnya dibekalkan


dengan ilmu yang cukup tentang konsep negara lslam dan
tuntutannya. Para ulama terdahulu telah memainkam peranan masing-
masing dalam menerangkan konsep irri. Sekarang, ulama semasa
pula perlu tampil ke depan dan memberikan pandangan
bagaimanakah cara terbaik untuk merealisasikan konsep itu dalam
masyarakat di Malaysia. Penerbitan majalah ini yang menumpukan
kepada tema Negara lslam adalah sangat tepat pada masanya.
Masyarakat Malaysia sedang membincangkan isu negara Islam.

Dalam kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima


kasih kepada para penulis makalah ini yang telah berjaya
menyediakan kertas ini dalam Siri Seminar Negara lslam yang telah
diadakan. Saya yakin usaha murni ini akan mendapat ganjaran dari
Allah jua.

Kami berharap agar majalah ini dapat membantu ahli PAS dan
masyarakat umum memahami persoalan negara lslam dengan lebih
baik lagi.

Haji Harl~n
Taib
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat
PRINSIP-PRINSIP NEGARA ISLAM

Dr. Muhammad Haji Daud

Pembentukan Negara lslam

Dakwah lslam bermula dengan cara rahsia ataupun secara sulit,


kemudian Baginda Rasulullah memberi kemudahan dan
kelonggaran supaya dakwah lslam kepada umum dilakukan secara
terbuka, di situ berlakulah permusuhan sengit antara Baginda
Rasulullah dengan golongan musyrikin Quraish.

Lantaran itu umat lslam dipulau dan dimusuhi dengan berbagai-


bagai bentuk dan cara yang menyakitkan perasaan dan tubuh badan
penganut Islam. Lantaran itu Rasulullah membenarkan umat lslam
berhijrah ke Habsyah pada tahun ke-5 selepas Baginda diangkat
menjadi Rasul iaitu pada tahun (615 M).

Golongan yang berhijrah ke Habsyah ini tidak lama berada di


sana hanyalah tiga bulan sahaja, kemudian mereka kembali semula
ke Mekah kerana mereka mendapat berita angin bertiup bahawa
orang Quraish telah pun beriman dan memeluk Islam, dan apa perlu
lagi berjauhan dari tanah air sendiri. Tetapi berita ini adalah palsu
semata-mata kerana orang Quraish belum lagi beriman hanyalah
bilangan yang sedikit sahaja yang beriman. Oleh itu kebanyakan
orang lslam mula memikirkan untuk berhijrah kali kedua ke Habsyah.
Maka mereka mulalah berhijrah semula secara beransur-ansur
sehingga sampailah bilangannya sebanyak lebih kurang 100 orang
lelaki dan perernpuan.

Hijrah ke Madinah al-Munawwarah

Baginda Rasulullah memberi izin kepada para sahabat supaya


berhijrah ke Madinah al-Munawwarah pada akhir bulan Zulhijjah
tahun ke-13 dari kerasulan Nabi Muhammad. Maka para sahabat
mula berseludup hijrah ke Madinah secara kumpulan yang sedikit-
sedikit dan ada secara individu. Sehinggalah baginda sendiri
berhijrah untuk bersama-sama umat lslam pada bulan Rabiul Awal
(1 2hb) baginda sampai ke Madinah al-Munawwarah.

Di Madinah al-Munawwarah, baginda bertemu semula dengan


semua para sahabat dari kalangan al-Muhajirin dan al-Ansar. Di
sana terdapat golongan-golongan Yahudi dan Musyrikin dari orang-
orang Arab sendiri.

Terbentuknya Negara lslam

Selepas Rasulullah berhijrah ke Ivladinah,maka barulah terbentuknya


sebuah negara lslam yang bebas untuk mereka mendiami di dalam
negara sendiri. Umat lslam terasa sangat bertuah kerana sistem
lslam yang diperkenalkan oleh Baginda adalah sebaik-baik sistem
bagi kehidupan manusia. Baginda Rasulullah telah menggubal
sebuah perlembagaan bagi negara lslam yang baru dibentuknya itu
berdasarkan kepada:

Pertama : Husnu al-Jiwar iaitu hormat-menghormati jiran atau


antara satu negara dengan lainnya.

Kedua : Al-Ta'awwun Dhiddu ALCUdwaniaitu tolong menolong


menentang musuh dan permusuhan.
Ketiga : Al-Nasr Li al-Mazlum iaitu memberi pertolongan kepada
orang yang dizalimi.
Keempat : Al-Nush wa al-Nasihah iaitu saling nasihat menasihati
dan sama-sama menunjuk ajar.
Kelima : lhtiram Hurriyyat aLCAkidahwa Hurriyyat aLClbadah
Mahma Tabayat al-Adyan iaitu menghormati kebebasan
akidah, ibadat, walau apa jua perbezaan di dalam
beragama.

Masyarakat Majmuk Di Madinah al-Munawwarah

Di Madinah al-Munawwarah pada masa itu terdapat tiga golongan


agama yang terbesar,

1. Orang-orang Islam, al-muslimun.


2. Orang-orang Yahudi, al-Yahudiyun.
3. Penyembah berhala, al-Wathaniyun.

Baginda memberi kebebasan kepada semua agama kebebasan


yang sepenuhnya untuk mendiri serta melaksanakan ajaran agama
masing-masing. Ini adalah jelas sebagaimana tercatat di dalam
mithaq al-hukum atau perlembagaan yang digubal oleh baginda
selepas hijrah ke Madinah. Perlembagaan Madinah ini mengandungi
sebanyak 47 ceraian.

Di dalam perlembagaan ini telah diletakkan asas bagi negara


Islam, maka umat lslam adalah menjadi rakyat di dalam negara
lslam walaupun berbeza bangsa dar~keturunan mereka.

Kegiatan Negara lslam

Di antara kegiatan Negara lslam (di Madinah ialah):

1. Menyusun atau sistem pertahanan.


2. Mer~jagakeamanan dan keselamatan.

3
3. Menyediakan berbagai agensi aturan untuk melaksanakan
keadilan kepada seluruh manusia.
4. Menyebar ilmu pengetahuan.
5. Memungut hasil negara (di Baitumal)
6. Membuat dan mengadakan perjanjian dengan negara asing.
7. Membuat hubungan diplomasi - menghantar dan menerima duta-
duta asing.

Ciri-ciri negara lslam ialah antaranya:

1. Menegakkan hukum-hukum Allah, berdasarkan kepada Al-Quran


dan Al-Hadith dan mestilah dihapuskan undang-undang Jahiliah
sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Adakah kamu mahukan hukum-hukum Jahiliah, siapakah
yang lebih baik daripada Allah dari segi hukumannya
kepada orang-orang yang yakin."

2. Kebenaran yang menjadi tunggak kepada menegakkan lslam


yang sangat penting. Al-Quran meletakkan al-Haq - kebenaran
sama ertinya dengan lslam seperti firmanNya yang bermaksud :
"Dialah - Allah yang mengutuskan RasulNya dengan
hidayah dan ugama yang haq - benar supaya mengatasi
ke atas agama-agama yang lain seluruhnya".

Dan firmanNya lagi yang bermaksud :


"Janganlah kamu selindungkan yang haq - iaitu (benar) -
dengan yang batil dan kamu sembunyikan yang haq -
benar pada ha1 kamu rnengetahuinya".

Keadilan - Al-"dalah

Keadilan adalah sifat terpuji dan ialah salah satu daripada nama-
nama Allah yang menjadi neraca Allah dalam alam ciptaanNya.
Diutusakan pada Rasul dan diwahyukan syariat, firmanNya yang
bermaksud:
"SesungguhnyaKami telah mengutuskan rasul-rasul Kami
dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah kami
turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca keadilan
supaya manusia dapat melaksanakan keadilan".

Keadilan berpecah kepada beberapa pecahan:

a. Keadilan dari segi hukum


b. Keadilan dari segi kehakiman
c. Keadilan menentukan haq dan tanggunjawab terhadap
masyarakat.

Kebebasan (Al-Hurriyyah)

Yakni memberi hak kebebasan kepada rakyat mengikut naluri


manusia serta berdasarkan kepada perlembagaan negara seperti :
a. kebebasan menganut agama
b. kebebasan menasihat kepada semua pihak seperti amar macruf
nahi mungkar oleh semua pihak tanpa perbezaan di antara
pemimpin dan rakyat

Pemimpin hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada


rakyatnya sejauhmanakah rakyatnya taat kepada ajaran lslam dan
sebaliknya.

Persamaan - Al-Musawah

Semua manusia adalah sama di hadapan syariat Allah dalam negara


lslam tanpa dibezakan antara yang kaya, miskin, berpangkat, warna
kulit dan sebagainya.

Al-Syura

Permesyuaratan, dalam mengendalikan urusan duniawi yang mesti


ditegakkan dengan agama, manusia berhak memikirkannya sebagai
menghadapi perkembangan semasa serta menggunakan
kebijaksanaan aka1 di dalam segala urusan.

Ketaatan - Al-Tacah

Taat kepada Allah dan Rasul secara mutlak dan juga ketaatan kepada
pemimpin selagi pemirr~pinitu taatkan Allah dan RasulNya
sebagaimana sabda nabi, maksudnya :

Tidak harus taat kepada makhluk di dalam perkara maksiat


terhadap Allah (al-Khaliq).

Abu Bakar pernah menegaskan di dalam ucapan dasarnya


selepas dipilih menjadi khalifah dengan katanya yang berm.aksud :

Taatlah kepada aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya


maka bila aku derhakakan Allah dan RasulNya maka
jangan kamu taatkan lagi kepada aku.
SIASAH SYAR'IYYAH DAN
PERLAKSANAANNYA PADA MASA KIN1

Dr. Abd1.11Aziz Hanafi

Siasah Syar'iyyah atau Sains Politik lslam merupakan suatu


peruntukan khas anugerah Allah s.w.t. kepada pimpinan negaral
negeri lslam yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah al.Nabawiyah
sebagai perlembagaannya.lanya muncul bersama kelahiran Kerajaan
lslam yang pertama di Madinah al-Munawwarah yang dipimpin sendiri
oleh baginda s.a.w.. Kemudian diikuti pula di zaman pemerintahan
para khalifah al-Rasyidin r.a. ajma'in dan di zaman selepasnya.

Fungsi dan tugasnya amat penting dalam menangani dan


menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sentiasa membaru
yang memerlukan kepada jawapan'yang tepat dan bijaksana dengan
mengambil kira kesesuaian dan ketepatannya dengan kehendak
Syariah lslam yang mulia. Maka sudah tentu pihak yang berautoriti
dalam menentukan hukum-hukum menerusi Al-Siyasah al-Syar'iyyah
ialah pimpinan kerajaan lslam yang memiliki keupayaan berijtihad
secara jama'ie hasil gabungan antara para ulamak dan kumpulan
professional seperti yang pernah dilakukan di zaman pemerintahan
Khalifah Harun al-Rasyid ketika baginda meminta Al-Qadhi AbuYusuf
menyediakan rangka cadangan kutipan hasil-hasil pertanian
termasuklah menyediakan infrastruktur ke arah menjayakan projek
tersebut begitu juga mengenai sistem pengairan yang baik dan teratur.
Maka dengan kerjasama Osman bin Hunaif, seorang jurl~ukuryang
terkenal pada masa itu, maka petua Al-Qadhi Abu Yusuf telah berjaya
dihasilkan dan dikenali dengan nama Al-Kharaj.

Melihat kepada kedudukan kita sebagai sebuah jama'ah


lslamiyah yang dilihat sebagai sebuah jamaah yang memiliki
keupayaan memanfaatkan kesemua tenaga para ulamak dan pro-
fessional kita dalam membina keutuhan hukum, undang-undang,
peraturan-peraturan yang sebahagiannya terpaksa mengambil kira
kesesuaian masa dan tempat berdasarkan kepada prinsip-prinsip
dan kaedah-kaedah syarak yang konkrit.

Pembahagian Hukum Syarak

Sepanjang kajian kita dalam bidang syariah, kita mendapati bahawa


hukum-hukumnya terbahagi kepada dua bahagian :

Pertama :
Dikenali sebagai hukurn-hukum syarak yang 'kulliyah' iaitu hukum-
hukum syarak yang tetap dari segi prinsip dan pelaksanaannya dan
tidak tunduk kepada sebarang perubahan masa dan tempat
sehinggalah ke Hari Kiamat. Sebagai contoh, hukum-hukum
mengenai urusan aqidah, akhlak, ibadah, undang-undang keluarga
(pusaka), hudud dan qisas.

Kedua :
Dikenali sebagai hukum-hukum syarak yang 'juz'iyah'. Hukum-hukum
ini agak berbeza dengan hukum-hukum syarak yang pertama kerana
pada pelaksanaan hukum-hukum ini boleh berubah berdasarkan
kepada perubahan masa dan tempat walaupun prinsip-prinsipnya
masih kekal tidak berubah. Sebagai contoh, pelaksanaan konsep
Al-Syura boleh menerima perubahan daripada semasa ke semasa
sedangkan prinsip atau konsepnya kekal dan tidak berubah
sepertirnana yang berlaku selepas kewafatan baginda s.a.w.
khususnya di zaman khulafa' al-Rasyidin r.a..

Hukum-hukum syarak di bahagian inilah yang pernah


diungkapkan oleh para ulamak dengan kata mereka :
"Di sana terdapat beberapa hukum syarak yang berkait rapat
dengan 'illah (sebab), dengan kata lain adanya 'illah ada
hukumnya dan tiada 'illah maka tiada hukumnya."

Sebagai contoh, sepertimana tindakan Saidina Umar al-Khattab


r.a. memberhentikan pemberian zakat kepada ketua-ketua Quraisy
yang masih kafir yang sebelum ini pernah mendapatnya di zaman
baginda Rasulullah s.a.w., di zaman Saidina Abu Bakar r.a. dan di
awal zaman pemerintahanbaglnda sendiri (sebelum pembukaan Rom
dan Parsi).

Hukum-hukum syarak bahagian kedua inilah yang dikenali dengan


Al-Hukum al-Siasah al-Syar'iyyah.

Pengertian Siasah Syar'iyyah

Para ulamak mengemukakan dua takrif siasah syar'iyyah :

1. Takrif 'Am
Siasah Syar'iyyah mengikut takrif 'am diertikan sebagai
peraturan-peraturan dan undang-undang yang digubal untuk
mengurus dan mentadbir negara di mana ianya sejajar dengan
prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak walaupun tidak
terdapat dalil-dalil yang tafsiliy. Takrif ini merangkumi semua aspek
peraturan dan undang-undang samada yang berkaitan dengan
lembaga penggubal, pelaksana dan kehakiman termasuklah juga
urusan-urusan perlembagaan, soal dalam dan luar negara.

Di antara buku-buku yang ditulis berkaitan dengan siasah


syar'iyyah seperti Al-Hukum al-sultaniyah karangan Al-Imam al-
Mawardi Al-Syafi'e dan Qadhi Abu Ya'ia Al-Hanbali, kitab Al-Siasah
al-syar'iyyah fi lslah al-ra'i wa ra'iyyah karangan Al-Imam Ibn Taimiyah
dan kitab Tafsir al-Hukum oleh Ibn Firhaun. Kitab-kitab yang serupa
ini menyebutkan perkara-perkara yang menjadi kewajipan ke atas
pemerintahan kerajaan Islam terhadap rakyat jelata dalam semua
aspek kehidupan.

2 Takrif Khas
la diertikan sebagai suatu hukum yang agak keras yang dipetik
daripada dalil-dalil yang ijmaliyah sekiranya hukum fiqh biasa tidak
dapat mencapai matlamat di mana hukum serupa itu disyariatkan.
lanya seolah-olah menyerupai undang-undangkhas yang digubal
apabila negara berada di dalam keadaan darurat.

Ibn Nujaim al-Hanafi semasa menjelaskan tentang hukuman zina


menyatakan bahawa siasah syar'iyyah bermaksud suatu tindakan
yang dilakukan oleh pemerintahan demi untuk suatu maslahah
l
walaupun tindakan tersebut tidak disokong oleh dalil yang juz i seperti
l

mengenakan hukuman buang daerah kepada penzina yang belum


muhsan selain disebat sebanyak seratus kali.

Untuk menjelaskan lagi kedudukan siasah syariyyah, para


ulamak memberikan beberapa contoh antaranya seperti berikut :

1. Boleh dikenakan hukuman bunuh ke atas pencuri yang berulang


kali melakukan jenayah tersebut.

Seseorang yang dituduh mencuri yang enggan mengaku


bersalah, pihak berkuasa boleh mengenakan hukuman ta'zir
seperti mengurungnya atau menyebatnya dengan syarat pada
hemat pihak berkuasa bahawa besar kemungkinan tertuduh
sememangnya terbabit dalam kes kecurian tersebut dan barang
yang dicuri masih berada di tangannya. Sedaugkan jika menurut
hukum fiqh biasa, kes seperti di atas pihak pendakwa akan
mengemukakan keterangan dan bukti-bukti yang mensabitkan
pertuduhan ataupun pihak tertuduh bersumpah menafikan tuduhan
tersebut.

3. Rasulullah s.a.w. pernah disoal mengenai unta dan kambirlg yang


hilang di padang pasir. Baginda menyuruh agar sekiranya
kambing-kambing itu dijumpai hendaklah mereka mengurungnya
sehingga didapati tuannya dan diserahkan kepadanya semula.
Adapun merrgenai unta-unta yang hilang, baginda mengarahkan
agar binatang tersebut dibiarkan begitu sahaja sehinggalah
tuannya menjumpainya. Hukum ini berkuatkuasa sehinggalah di
zaman Saidina Othman bin Affan r.a.. Di zaman baginda keadaan
dan suasana agak berbeza dengan keadaan sebelumnya di mana
perompak dan penyamun bermaharajalela hatta di padang pasir.
Kerana itu, baginda memerintahkan agar unta dan kambing yang
hilang ditangkap dan dikurung sementara menunggu kehadiran
tuan empunya, sedangkan sebelum itu apa yang dibimbangkan
hanyalah binatang-binatang buas seperti singa dan harimau.
Kambing sebagai binatang yang kecil dan lemah tentunya tidak
mampu melawan binatang buas tersebut sepertimana unta. Di
zaman Saidina Ali r.a. pula, segala perbelanjaan untuk menjaga
binatang tersebut diambil daripada Baitul Mal.

4. Saidina Umar r.a. menjatuhkan talak tiga ke alas lelaki yang


menceraikan isterinya (talak tiga) dengan satu lafaz.

5. Penulisan mushaf di zaman Saidina Abu Bakar r.a.

6. Mengadakan jabatan-jabatan di zaman Saidina Umar r.a.

7. Dasar Saidina Umar r.a. mengekalkan tanah-tanah yang dibuka


di Iraq kepada tuan-tuan empunya disamping mengenakan cukai
(al-kharaj) ke atas tanah tersebut sekiranya mereka masih
menganut agama asal mereka.

8. Keputusan Saidina Umar r.a. membuang daerah seorang pemuda


di Madinah yang bemama Nasr bin Haliaj. Pemuda ini memiliki
rupa paras yang amat kacak sehingga mempesonakan seorang
gadis di kota suci itu. Mulanya Umar r.a. mengarahkan pemuda
itu dicukur. Namun, rupa parasnya rnasih lagi cantik. Akhirnya
dia dibuang daerah ke Basrah, Iraq. Pada hemat Saidina Umar
r.a., jika pemuda tersebut masih dibiarkan berada di Madinah,
kemungkinan besar gadis-gadis lain turut terpesona dengan
kekacakannya. Ini suatu fitnah yang besar terutama di kota suci
Madinah. Berlainan sekiranya kalau pemuda itu di Basrah sebab
beliau dikira terasing di tempat orang. Lagipun, mungkin dia akan
bersikap lebih waspada terhadap dirinya.

Hukum-Hukum Yang Diputuskan


Menerusi Siasah Syariyyah

Perlu ditegaskan bahawa semua hukum yang diputuskan menerusi


Al-Siasah al-Syar'iyyah ianya juga digolongkan sebagai hukum-
hukum syariah. Ini kerana ianya ditentukan menerusi dalil-dalil syariah
yang umum sepertimana ia diputuskan melalui a/-Maslahah al-
Mursalahyang diguna pakai sebagai salah satu sumber hukum. Oleh
itu, penggunaan istilah al-Hukum a/-Siasaha/-Syar'iyyahyang terdapat
di dalam kitab-kitab berkenaan adalah penggunaan istilah biasa dan
tidak merubah kandungan dan struktur hukum-hukum tersebut.

Hukum-hukum tersebut bertujuan memberi keluasan dan


kelonggaran kepada pemerintahan kerajaan lslam dalam
melaksanakan keadilan dan memastikan keamanan tumbuh subur
di dalam kehidupan masyarakat dengan syarat ianya bebas daripada
sikap keterlaluan dan kecuaian dan bersih daripada sebarang
keper~tingandiri.

Hukum-hukum yang diputuskan melalui siasah syar'iyyah lebih


bersifat fleksibel. Walaubagaimanapun, para ulamak meletakkan
syarat-syarat seperti berikut :

1. lanya diputuskan oleh pemerintah negara dan kerajaan lslam yang


menjadikan Al- Qur'an dan Al-Sunnah sebagai perlembagaannya.
Kerajaan yang tidak lslam atau orang perseorangan tidak berhak
menjadikan siasah syar'iyyah sebagai saluran untuk
mengeluarkan hukum-hukum tersebut.

Maka dalam konteks kita sebagai sebuah Jama'ah lslamiyah yang


setakat ini diamanahkan oleh Allah s.w.t. untuk mentadbir dua buah
negeri Kelantan dan Terengganu, di samping DUN-DUN dan Parlimen
yang kita kuasai, maka pada hemat penulis, kita sudah berupaya
insya-Allah untuk mengeluarkan hukum-hukum dan peraturan-
peraturan menerusi al-Siasah a/-Syar'iyyah lebih-lebih lagi perkara
yang berkaitan urusan dalam jama'ah, begitu juga urusan luar yang
masih berada di dalam bidang kuasa kita.

2. Hukum-hukum tersebut hendaklah bertepatan dengan semaqgat


perundangan lslam serta berpandukan kepada kaedah-kaedah
dan prinsip-prinsip am dalam lslam seperti kaedah Sadd al-Zara'i'
dan Raf'a al-Harj sepertimana ia juga bersesuaian dengan prinsip
Al-Syura, Tahqid al-Adalah dan prinsip Al-Ruju' bimu' dhakit al-
umuri ila ah1 al-zikri wa al-Ra'yi (merujuk semua urusan yang
rumit kepada kumpulan cerdik pandai).

3. Tiada sebaraqg percanggahan yang hakiki dengan mana-mana


dalil tafsiliy yang telah menjadi sebagai syariat 'am di setiap masa
dan tempat, ataupun sememangnya ada dailil tersebut tetapi
hanyalah sebagai syariatlperaturan sementara sepertimana
masalah penetapan harga barang ( ) ataupun sedari asal
tiada sebarang dalil tafsiliy berhubung dengan perkara berkaitan.

Ibn Qayyim r.a. dalam kitabnya A/-Turuq a/-Hukmiyah Fi ~ i a s a h


a/-syar'iyyahmenukilkan kata-kata Ibn 'Uqail r.a. yang bermaksud :
Sudah menjadi kebiasaan betapa dibolehkan beramalan
dengan siasah syar'iyyah dalam negara malah itu merupakan
suatu tekad bahkan setiap tokoh ulamak (imam) telah
bersikap demikian. Imam Al-Syafi'e r.a. menegaskan
katanya... "Tiada siasah dikira sah melainkan ianya
hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak.' Ibn 'Uqail
r.a. pula menyatakan : "Siasah ialah suatu tindakan yang
boleh membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan
terhindar jauh daripada kebinasaan walaupun itu tidak pernah
dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.dan tidak pernah diturunkan
melalui wahyu".

lnilah yang dikatakan siasah syar'iyyah yang adil dan saksama.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dapatlah kita simpulkan


bahawa saluran a/-Siasah a/-SyarJiyyah sepatutnya dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh PAS sebagai organisasi lslam yang
bersifat haraki yang mengambil tempat sebuah kerajaan lslam di
rantau ini. Kita sesungguhnya memiliki tiga fakta utama dalam
memenuhi keperluan siasah syar'iyyah iaitu :

1. Timbulnya isu-isu dan masalah-masalah baru yang memerlukan


jawapan yang tepat.

2. Wujudnya kumpulan ilmuan yang terdiri daripada para ulamak


- dan professional yang pada penulis dapat di manfaatkan dalam
melengkapkan lagi organisasi pengurusan dan pentadbiran
jama'ah.

3. PAS bukan lagi sebagai sebuah badan dakwah, malah dengan


izin Allah s.w.t. telah mengorak selangkah ke hadapan sebagai
sebuah kerajaan walaupun di peringkat negeri.

Sama-samalah kita berdoa semoga Allah s.w.t. sentiasa


menganugerahkan taufik dan hidayahNya serta mengekalkan
kerajaan PAS yang sedia ada dalam usahanya untuk meluaskan
sempadan pemerintahannya dan meyakinkan kepada masyarakat
umum betapa Islam sebagai pilihan utama mereka di masa dahulu,
sekarang dan untuk seiama-lamanya, Amin.

Bibliografi

1. Al-Quran al-Karim
2. Kitab-kitab Hadith
3. Al-Asybah Wa A/-Nazair, Al-Imam Al-Sayuti
4. Al-Siasah Al-Syar'iyyah Fi lslah a/-Ra 'yi Wa a/-Ra 'iyah,
Ibn Taimiyah
5. Al-Turuq al-Hukmiyah Fi Siayasah a/-Syar'iyyah,
Ibn Al-Qayyim
6. Majalah a/-Dirasat a/-'Arabiyah Wa a/-lslamiyah,
IPI Brunei Darussalam
7. A/-Kharaj, Al-Qadhi Abu Yusuf
KEDUDWKAN ORANG BUKAN ISLAM
DALAM NEGARA ISLAM

Y.B. Ustaz Ahmad Ali

Muqaddimah

Masalah orang bukan lslam yang tinggal dalam negara lslam adalah
merupakan persoalan yang sentiasa diperbincangkan di sana sini
terutama sekali apabila konsep negara lslam menjadi tajuk yang
hangat yang diperbincangkan pada masa kini.

Persoalan yang sering ditimbulkan ialah siapakah orang-orang


bukan lslam yang tinggal dalam negara Islam? Kertas ini cuba
membentangkan semula persoalan-persoalan tersebut untuk
dibincangkan secara terperinci untuk diambil kesimpulan dan
rumusan.

Orang-orang bukan lslam yang tinggal di dalam negara lslam


dapat dibahagikan kepada dua golongan:

Pertama : Ahli dzimmi iaitu orang - orang yang tinggal kekal


dengan agamanya (bukan Islam) tetapi rela tunduk dan patuh kepada
undang-undang negara. Mereka adalah rakyat dan warganegars
yang sama tarafnya dengan rakyat dan warganegara dari golongan
orang-oraqg lslam sendiri.
Kedua : Al-Mustakmin iaitu warganegara asing yang dibenarkan
tinggal dalam negara lslam secara aman bagi tempoh tertentu.
Masing-masing golongan ini mempunyai hak-hak dan
tanggunggjawab tertentu terhadap negara Islam.

Hak Ahli Dzimmi

Kaedah pertama yang diguna pakai bagi menjalin hubungan dengan


ahli dzimmi dalam negara lslarr~ialah bagi mereka hak seperti yang
dinikmati oleh orang lslam kecuali dalam beberapa perkara tertentu
sebagaimana ke atas mereka kewajipan seperti yang dipikul oleh
orang-orang lslam kecuali dalam beberapa perkara tertentu.

Hak Mendapat Perlindungan

Hak yang pertama ialah hak untuk menikmati perlindungan


keselamatan oleh negara lslam dan masyarakat lslam dari serangan
musuh dari luar dan kezaliman dari dalam negara bagi menjamin
keselesaan dan kestabilan hidup.

i) Perlindungan ancaman luar.


Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah lslam memberi
perlindungan keselamatan kepada orang-orang dzimmi seperti
mana yang diperolehi oleh orang-orang lslam memandangkan
pemerintah memiliki kuasa perundangan dan kekuatan tentera
yang membolehkan perlindungan tersebut diberikan kepada
mereka selama mana mereka berada dalam negara walaupun
terpencil dalam sebuah kampung. Memandangkan mereka
tertakluk kepada undang-undang lslam dan akad dzimmah
mereka adalah bersifat kekal justeru itu, mereka berhak
mendapat perlindungan tersebut seperti yang diperolehi oleh
orang-orang Islam.

ii) Pernb6laan dari kezaliman dalam Negara


Pembelaan dari kezaliman ke atas mereka dari dalam negara
adalah merupakan satu perkara yang sangat dituntut oleh Is-
lam. Orang -orang lslam diberi amaran supaya tidak menyakiti
orang-orang dzimmi dengan tangan atau perkataan mereka.
Allah tidak suka kepada orang zalim dan tidak memberi petunjuk
kepada mereka malah disegerakan balasan azab dunia dan
dilipat gandakan balasan di akhirat.

Terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis yang


mengharamkan kezaliman dan menjelaskan kesan buruk di dunia
dan di akhirat. Terdapat hadis yang khusus melarang menzalimi
orang-orang bukan lslam dari kalangan ahli dzimmah. Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Barangsiapa menzalimi orang-orang dzimmi atau
mengurangkan haknya atau membebankannya di luar
kemampuannya atau mengambil sesuatu tanpa relanya
maka aku akan berhajat dengannya pada hari kiamat"

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:


"Sesiapa yang menyakiti orang-orang dzimmi beerti dia
menyakitiku dan sesiapa menyakitiku dia adalah menyakiti
Allah".

Oleh kerana itu umat lslam sejak zaman khalifah ar-Rasyidin


terlalu mengambil berat melindungi orang-orang dzimmi dari
sebarang kezaliman dan penderaan serta memberi perhatian
terhadap segala pengaduan yang diterima daripada mereka. Saidina
Umar Al-Khatab sentiasa bertanya khabar keadaan orang-orang
dzimmi kepada rombongan yang datang berjumpanya dari daerah-
daerah dan wilayah-wilayah negara kerana bimbang takut ada dari
kalangan orang lslam yang melakukan sesuatu yang menyakiti or-
ang dzimmi. Mereka berkata kepadanya "kami tidak tahu selain setia".
Yakni masing-masing pihak orang lslam dan dzimmi melaksanakan
perjanjian mereka.

Saidina Ali bin Abi Thalib berkata :


"Mereka membayar jizyah supaya harta mereka seperti
harta kita dan darah mereka seperti darah kita."

Para fuqaha' lslam dari berbagai mazhab menegaskan bahawa


wajib ke atas umat lslam memelihara orang-orang dzimmi dan
melindungi mereka dari sebarang kezaliman kerana dengan
termetrainya akad dzimmah, mereka bertanggungjawab membela
orang dzimmi daripada kezaliman kerana mereka telah menjadi
warga negara Islam. Malah sebahagian ulama' menegaskan bahawa
menzalimi orang-orang dzimmi lebih besar dosanya daripada
menzalimi orang-orang lslam sendiri.

iii) Perlindungan kehormatan darah dan tubuh badan


Perlindungan keselamatan yng ditetapkan oleh orang-orang
dzimmi termasuklah pemeliharaan kehormatan darah dan
jiwaraga serta harta benda dan maruah mereka. Oleh kerana
itu membunuh mereka adalah haram mengikut ijma' umat Is-
lam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa
membunuh seorang dzimmi dia tidak akan berbau syurga
walaupun baunya didapati dari permulaan jarak 40 tahun
perjalanan."

Para fuqaha' yang terdiri dari As-sya'bi, An-Nakh'i, Ibn Abi Laili,
Uthman al-Butti, Abu Hanifah dan sahabatnya berpendapat bahawa
seorang muslim dihukum bunuh kerana membunuh seorang dzimmi
berpandukan nas yang umum dari Al-Quran dan As-Sunnah yang
mewajibkan hukum qisas ke atas seorang muslim yang membunuh
orang dzimmi kerana kedua-duanya mempunyai persamaan status
kehormatan darah secara kekal.

Diriwayatkan bahawa telah dihadapkan kepada Saidina Ali


seorang lelaki lslam kerana membunuh seorang dzimmi dengan
mengemukakan bukti ke atasnya, lalu Saidina Ali memerintahkan
lelaki itu dihukum bunuh. Kemudian saudara si mati tampil dengan
berkata: "Sesungg~~hnya saya telah memaafkan dia". Saidina Ali
berkata : "Barangkali mereka ugut kamu atau pisahkan kamu?".
Orang itu menjawab: "Tidak, tetapi dengan membunuh si pembunuh
ini tidak akan mengembalikan saudara saya. Lagipun mereka telah
membayar gantirugi dan saya bersetuju". Kata Saidina Ali: "Kamu
lebih mengerti". Selanjutnya beliau berkata: "Sesiapa yang terlibat
dalam akad dzimmah dengan kami maka darahnya sama dengan
darah kami dan diyatnya (pampasan untuk waris si mati yang
dibunuh) sama dengan diyat kami".

Para ulama' berkata seorang lslam yang mencuri harta orang


dzimmi dihukum potong tangan sedangkan harta lebih rendah
rnartabatnya berbanding dengan nyawa.
Apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "
Seorang lslam tidak boleh dibunuh kerana merr~bunuhseorang kafir".
Kafir yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah kafir harbi. Justeru
itu tidak ada pertentangan maksud dari nas tersebut. Pendapat inilah
yang digunapakai sepanjang khalifah Uthmaniah di seluruh
wilayahnya sehingga jatuhnya khalifah tersebut.

Sebagaimana lslam memelihara keselamatan nyawa orang


dzimmi daripada dibunuh, demikian juga ia memelihara tubuh badan
mereka daripada dipukul atau di dera sekalipun mereka lambat atau
enggan menunaikan tangunggjawab mereka membayar jizyah atau
kharaj, sedangkan tindakan keras dikenakan ke atas orang
lslam yang enggan menunai zakat.

iv) Pemeliharaan Harta Benda


Hak orang-orang dzimmi untuk mendapat perlindungan undang-
undang bagi memelihara keselamatan harta benda mereka dari
pemerintahan lslam adalah diakui oleh umat lslam dari semua
mazhab dan semua negeri di sepanjang zaman.

Abu Yusof meriwayatkan dalam bukunya "Al-Kharaj" mengenai


kaum Najran zaman lVabi s.a.w : "Bagi Najran dan persisiran adalah
pemeliharaan Allah dan tanggungjawab lVabi Muhammad s.a.w
terhadap harta benda mereka, agama mereka, tempat ibadah
mereka serta segala apa yang dimiliki mereka sama ada banyak
atau sedikit"

Saidina Umar Al-Khattab pernah berpesan kepada Abu Ubaidah


Al-Jarrah, katanya "Halang orang lslam daripada mengkhianati
mereka (orang dzimmi) dan menyusahkan mereka serta memakan
harta mereka kecuali secara halal".

lslam menjaga harta benda orang dzimmi sampai ke peringkat


menganggap ada nilai pada barang yang dianggap bernilai pada
orang dzimmi menurut agama mereka, walaupun barang itu tidak di
anggap bernilai pada orang-orang Islam.

Arak dan babi tidak dianggap bernilai pada pandangan orang-


orang Islam. Oleh yang demikian sesiapa yang memusnahkan arak
dan babi yang dimiliki oleh orang-orang Islam, tidak dikenakan apa-
apa tindakan kepada pemusnah malah diberi ganjaran baik kerana
tidak layak bagi orang-orang lslam memiliki kedua-duanya itu.
Adapun arak dan babi sekiranya dimiliki oleh orang bukan lslam
kedua-duanya dianggap harta bernilai disisinya. Sesiapa yang
memusnahkan kedua-dua benda tersebut yang dimiliki oleh orang-
orang dzimmi dikenakan ganti rugi hartanya.

Pemeliharaan Kehormatan Diri

lslam menuntut umatnya memelihara kehormatan diri dan maruah


orang-orang dzimmi seperti mana menjaga kehormatan diri orang
lslam sendiri. Tidak harus seseorang dzimmi dimaki hamun, diumpat
atau dihina atau dikatakan sesuatu yang tidak disukainya mengenai
diri atau keturunannya.

Syihabbuddin al-Qarafi dalam kitabnya "al-Furuq" berkata: "Akad


dzimmah mewajibkan kita memberikan mereka (orang dzirnmi) hak-
hak mereka kerana mereka berada dalam perlindungan kita dan
tanggungan kita serta tanggungan Allah dan RasulNya serta
tanggungan Islam. Barangsiapa menyakiti mereka walaupun dengan
perkataan yang kesat atau umpatan maka adalah dikira mengkhianati
janji Allah dan Rasulullah s.a.w dan agama Islam".

Dalam kitab "Dar al-Mukhtat'dari mazhab Hanafi ada disebutkan:


"Wajib dielakkan perbuatan menyakit orang-orang dzimmi dan
diharamkan mengumpatnya sepertimana umpatan terhadap orang-
orang Islam". Ibn Abidin mengulas dengan berkata bahawa dengan
termetrainya akad dzimmah maka sabit baginya (oraqg dzirnmi) apa
yang sabit bagi kita. Sekiranya haram mengumpat seorang muslim
demikianlah pula pula haram mengumpatnya, malah ulama' berkata
menzalimi orang dzimmi itu lebih besar dosanya.

Perlindungan Takaful Ketika Tua dan Miskin

lslam di bawah naungan pemerintahan memberi jaminan


perlindungan hidup melalui skim takaful kepada oraog bukan lslam
dan tanggungan mereka kerana mereka adalah rakyat negara
lslam dan negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya

Perlindungan tersebut terus dilaksanakan di zaman pemerintahan


Khalifah Ar-Rasyidin dan selepas mereka.
Dalam perjanjian akad dzimmah yang ditulis oleh Saidina Khalid
Al-Walid bagi penduduk Al-Hirah di Iraq yang terdiri dari golongan
Nasrani, Saidina Khalid menyebutkan : "Mana-mana orang yang
sudah tua dan tidak mampu untuk menjalankan pekerjaan atau
ditimpa bencana ataupun dulunya kaya tetapi sekarang bergantung
hidup kepada sedekah maka aku lepaskan mereka dari tanggungan
memberi jizyah dan diperuntukkan sara hidup mereka dan anak-
anak mereka daripada Baitulmal."

Saidina Khalid menulis perkara ini kepada Saidina Abu Bakar


As-Siddiq dan disaksikan oleh sebilangan besar daripada sahabat
tanpa mendapat bantahan dari mereka. lklaka perkara ini dianggap
satu keputusan ijmak.

Dari apa yang disebutkan dapatlah diambil kesimpulan betapa


lslam memberi jaminan sosial terhadap anggota masyarakat tidak
kira sama ada lslam atau bukan lslam di mana tidak harus wujud
dalam masyarakat seseorang yang tidak mendapat habuannya
daripada makanan, pakaian, tempat tinggal atau rawatan. Menolak
kemudaratan itu adalah suatu tuntutan agama sama ada ianya
muslim atau dzimmi.

Kebebasan Beragama

Di antara hak-hak yang dijamin oleh lslam kepada warganegara yang


bukan lslam ialah hak untuk mendapat kebebasan terutamanya
kebebasan akidah atau untuk menganut agama masing-masing dan
tidak ada paksaan menukar dari satu pegangan agama kepada
agama yang lain. lslam tidak membenarkan paksaan dibuat ke atas
orang bukan lslam supaya memeluk Islam.
Asas kepada hak ini ialah Firman Allah di dalam kitab suci Al-
Quran yang bermaksud:
"Tidak ada paksaan dalam memeluk agama lslam kerana
sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan
yang salah".

Firman Allah lagi yang bermaksud:


"Apakah engkau wahai Muhammad memaksa manusia
supaya beriman"
Oleh kerana itu sejarah tidak pernah menyaksikan bangsa atau
masyarakat lslam pernat-Imemaksa orang dzimmi menganut agama
lslam seperti mana diakui oleh sarjana-sarjana barat sendiri.

Sebagaimana lslam memberi kebebasan kepada orarlg-orang


bukan lslam memilih atau menganut agama, lslam juga menghormati
rumah-rumah ibadat mereka (orang bukan Islam) malah
lslam membenarkan perang untuk melindungi kebebasan beribadat
sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Telah diizinkan
(berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya
mereka telah dianianya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha
Kuasa menolong mereka iaitu orang-orang yang telah diusir dari
kampung halaman mereka tanpa alasa-alasan yang benar kecuali
kerana mereka berkata "Tuhan kami adalah Allah", dan sekiranya
Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan
sebahagian yang lain tentulah dirobohkan biara-biara Nasrani,
rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di
dalamnya disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong
orang yang menolong(agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar
Maha Kuat lagi Maha Perkasa".

Dari keterangan ayat suci al-Quran tersebut jelas lslam mengakui


kebebasan agama kepada orang bukan lslam serta menghormati
rumah-rumah ibadat mereka. Cuma apa yang dituntut oleh orang
lslam kepada orang bukan lslam ialah supaya menjaga perasaan
orang lslam supaya jangan menonjolkan lambang-lambang agama
mereka di pusat-pusat bandar orang lslam dan jangan mewujudkan
gereja-gereja di bandar-bandar lslam yang sebelumnya tidak pernah
wujud. Tindakan itu boleh menimbulkan cabaran kepada orang Is-
lam seterusnya menimbulkan ketegangan dan fitnah.

Kebebasan Bekerja

Para fuqaha' menegaskan bahawa orang bukan lslam diberi


kebebasan bekerja dalam apa plln bidang yang dipilih oleh mereka.
Mereka berhak menjalankan aktiviti berjual beli, menguruskan
berbagai-bagai perniagaan dan mengamalkan kewangan tanpa
sebarang sekatan dan mereka tidak dikecualikan daripada larangan
muamalat yang mengandungi riba seperti mana yang dilarang ke
atas orang-orang Islam.
Demikian juga orang bukan lslam (dzimmi) dilarang menjual arak
dan babi di bandar-bandar orang lslam secara terbuka walaupun
untuk kepentingan mereka sendiri demi untuk mengelak fitnah.

Memegang Jawatan Kerajaan

Orang dzimmi berhak memegang jawatan-jawatan dalam negara


lslam sama seperti orang-orang lslam sendiri kecuali beberapa
jawatan yang mempunyai ciri-ciri k6agamaan seperti ketua negara,
ketua tentera, kehakiman untuk orang-orang Islam, agensi-agensi
zakat dan lain-lain.

Dalam bidang kepimpinan negara ianya merupakan lar~jutandari


kepimpinan Nabi s.a.w. , maka tidak harus diamanahkan kepada
orang bukan lslam kerana tidak munasabah orang bukan lslam akan
melaksanakan hukum-hukum lslam dan memeliharanya seperti yang
dilakukan oleh orang lslam yang beriman.

Kepimpinan tentera pula bukan bersifat keduniaan semata- mata


malah ianya juga termasuk dalam kerja ibadah mengikut lslam kerana
jihad adalah merupakan kemuncak ibadah dalam Islam. Demikianlah
kehakiman lslam bertujuan untuk melaksanakan hukum-hukum
lslam dan tidak dituntut kepada orang bukan lslam untuk menghukum
dengan perkara yang tidak diimani oleh orang-orang bukan Islam.

Begitu juga urusan harta zakat dan sebagainya yang


bersangkutan jawatan-jawatan keagamaan. Selain dari bidang-
bidang tersebut haruslah bagi negara lslam memberi ruang kepada
orang-orang dzimmi sekiranya mematuhi syarat, kelayakkan serta
jujur kepada negara. Sebaliknya tidak harus diberi peluang kepada
mereka yang memendam rasa benci dan hasad kepada orang Is-
lam seperti mereka yang disebut oleh Allah dalam kitab suci Al-
Quran maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil
menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang diluar
kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-henti
menimbulkan kemudaratan bagimu, mereka menyukai apa
yang menyusahkan kamu.Telahnyata kebencian dari mulut
mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka
adalah lebih besar lagi sungguh telah kami terangkan
kepadamu jika kamu memahaminya".
Jaminan-Jaminan Bagi Menunailkan
Hak-Hak Tersebut

Walaupun segala hak-hak tersebut telah diperuntukkan kepada


orang bukan lslam mengikut syariat lslam tetapi persoalan masih
ditimbulkan terutama dari kalangan bukan lslam sendiri, iaitu apakah
jarninan bagi mempastikan segala hak-hak tersebut akan ditunaikan
sepenuhnya? Persoalan ini memang wajar memandangkan berapa
banyak perlembagaan dan undang-undang ciptaan manusia yang
memperuntukkan persamaan hak-hak dan kewajipan kepada
warganegara tetapi tidak lebih dari dakwaan di atas kertas semata-
mata, kerana pengaruh sentimen dan hawa nafsu dan tidak
menganggap kesucian apa yang tersurat . Bagi menjawab persoalan
yang ditimbulkan ittu diperturunkan di sini jaminan itu mengikut ajaran
Islam.

Jaminan Akidah

Umat lslam beriman bahawa syariat lslam adalah undang-udang


yang bersifat maha suci dari sebarang kesilapan dan kekurangan
dan tidak boleh diubah pinda. Seseorang itu tidak dianggap beriman
tanpa mentaati dan redha dengan undang-undang tersebut. Firman
Allah yang bermaksud:
"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak
pula bagi perempuan yang mukmin apabila Allah dan
rasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada
bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.
Dan barang siapa menderhakai Allah dan RasulNya maka
sungguhlah dia telah sesat dengan sesat yang nyata".

Justeru itu seorang mukmin yang berpegang teguh dengan


agamanya akan sentiasa bersungguh melaksanakan hukum-hukum
syariat dan segala tuntutannya bagi mencapai keredhaan Tuhannya
tanpa sebarang diskriminasi (terpengarauh rasa permusuhan).
Firman Allah yang bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi
orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah
menjadi saksi dengan adil dan janganlah sesekali
kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu
untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu
lebih dekat dengan takwa dan bertakwalah kepada Allah
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan".

Jaminan Masyarakat lslam

Masyarakat lslam bertanggungjawab secara kolektif melaksanakan


syariat lslam dan menerapkan hukum-hukumnya dalam semua
urusan termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan warga
bukan Islam. Sekiranya didapati kecuaian atau penyelewengan
terhadap hak-hak orang bukan lslam pasti ada di kalangan warga
lslam yang akan bangun membela orang yaqg dizalimi atau dianiaya
walaupun orang yang berkenaan berbeza agama dengannya.

Pengaduan boleh dihadapkan ke muka pengadilan sekalipun


berlaku kes antara individu dengar~ketua negara sendiri di mana
ketelusan pengadilan lslam tidak disangsikan oleh mana-mana pihak.
Sejarah kehakiman lslam memaparkan banyak peristiwa di mana
sultan atau khalifah berdiri di hadapan mahkamah sama ada sebagai
pihak yang mendakwa atau didakwa. Kerapkali mahkamah menjatuh
hukuman ke atas ketua negara atau khalifah dalam kes yang berlaku
antaranya dengan individu yang tidak mempunyai daya atau
pengaruh. Dalam konteks ini cukuplah kita paparkan satu sahaja
contoh yanag cukup jelas memperlihatkan ketelusan kehakiman
Islam.

Contoh tersebut ialah kisah Saydina Ali bin Abi Talib


amirulmukminin dengan seorang Nasrani di mana Saidina Ali
kehilangan perisai yang dijumpai oleh orang Nasrani itu. Saidina Ali
mendakwa perisai itu miliknya kerana beliau tidak pernah menjual
atau menghebahkan kepada sesiapa. Perkara itu dibawa kemuka
pengadilan yang dihakimi oleh Syarih. Saidina Ali gagal
mengemukakan bukti atas dakwaannya. Syarih memutuskan si
Nasrani berhak mengambil perisai tersebut memandangkan ia yang
memegangnya. Setelah beredar dari majlis, orang IVasrani itu
berpatah balik dan berkata : " Saya menyaksi hakikat bahawa perisai
tersebut adalah milik amiulmukminin" lalu ia melafazkan dua kalimah
syahadah dan ingin pulangkan perisai tersebut tetapi Saidina Ali
menghadiahkan kepadanya sebagai tanda penghargaan di atas
kelslamannya.
Tanggungjawab Orang-Orang Dzimmi

Setimpal dengan hak-hak yang dinikmati oleh orang dzimmi maka


dikenakan ke atas mereka tanggungjawab yang perlu ditunaikan
kepada negara. Tanggungjawab tersebut dapatlah disirnpulkan
seperti berikut:
i. Membayar jizyah dan kharaj serta cukai perniagaan
ii. Mematuhi undang-undang lslam di dalam bidang muamalat dan
sebagainya.
iii. Menghormati syiar-syiar lslam dan perasaaan orang-orang
Islam.

Jizyah dan Kharaj

Jizyah ialah cukai kepala (tahunan) pada kadar yang kecil daripada
harta benda yang dikenakan ke atas lelaki yang baligh atau mampu
mengikut keupayaan harta benda mereka. Golongan fakir miskin di
kecualikan langsung daripada tanggl~ngjawabini berdasarkan firman
Allah yang bermaksud:
"Allah tidak memikul beban kepada seseorang melainkan
sekadar apa yang Allah berikan kepadanya".

Kadar yang dikenakan itu tidak ditetapkan. Hanya terpulang


kepada ketentuan pihak pemerintah dengan mengambil kira
kepentingan pembayar cukai dan juga kepentingan negara.
Kewajiban cukai jizyah ini adalah berdasarkan firman Allah yang
bermaksud : "Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada
Allah dan tidak pula kepada hari kemudian dan mereka tidak
mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya
dan tidak beragama dengan agama yang benar iaitu orang-orang
yang diberikan kitab kepada mereka sampai mereka membayar jizyah
dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk". Kharaj pula
merupakan cukai tanah sekiranya kekal dalam milik mereka
(orang-orang dzimmi) dan kadar cukai itu terserah kepada ketentuan
pemerintah.

Perbezaan antara jizyah dan kharaj ialah jizyah akan gugur


apabila orang dzimmi menganut lslam sedangkan kharaj tidak
digugurkan.

Kewajaran cukai kepala (Jizyah) yang dikenakan ke atas or-


ang dzimmi dapat difahamkan bahawa lslam mewajibkan ke atas
orang-orang lslam perkhidmatan tentera secara fardhu kifayah atau
fardhu ain bagi mempertahankan negara yang bukan Islam,
dikecualikan daripada perkhidmatan ini walaupun mereka hidup
sebagai warganegara dalam pemerintahan Islam. Jizyah selain
daripada tanda kepatuhan orang-orang dzimmi kepada undang-
undang ianya juga sebagai ganti perkhidmatan tentera yang
diwajibkan ke atas orang-orang Islam.

Cukai Perniagaan

Cukai perniagaan dikenakan ke atas orang-orang dzimmi seperti


mana yang dikenakan ke atas orang-orang lslam sekiranya
perniagaan mereka berjumlah 200 dirham ataupun memiliki 20
misqal emas (walaupun kadar tersebut hanya mengambil kira
keadaan pada ketika di mana nisab itu ditentukan oleh para fuqaha'
di zaman itu)

Para fuqaha' telah menetapkan 5% cukai dari hasil perniagaan


ke atas saudagar dzimmi manakala 2 '/2 % ke atas saudagar lslam
tetapi ketentuan itu tidak berlandaskan nas syar'i malah didasarkan
kepada ijtihad mereka untuk mencapai maslahah umum di mana
pada ketika itu kebanyakan orang-orang lslam sibuk dengan berjihad
mempertahankan negara manakala bidang perniagaan dimonopoli
oleh orang-orang dzimmi. Maka para fuqaha' mengurangkan cukai
ke atas peniaga-peniaga lslam sebagai ransangan kepada mereka
untuk menjalankan perniagaan.

Mematuhi Undang-Undang lslam

Sebagai warganegara, orang dzimmi bertanggungjawab mematuhi


undang-undang lslam yang dilaksanakan ke atas orang-orang Is-
lam selama mana undang-undang itu tidak menuntut akidah dan
kebebasan beragama. Undang-undang lslam tidak dikuatkuasa ke
atas mereka di dalam perkara-perkara ta'abudiyyah, seperti zakat
yang merupakan cukai dan ibadah ke atas orang-orang Islam. Di
dalam bidang undang-undang keluarga dan kemasyarakatan mereka
tidak dituntut untuk berkorban mengharamkan benda yang
diharamkan oleh lslam ke atas orang lslam sedangkan benda itu
halal dalam agama mereka seperti nikah cerai, memakan babi,
minum arak dan sebagainya. Orang Majusi mengharuskan
berkahwin dengan mahramnya, orang Yahudi mengharuskan
berkahwin dengan anak saudaranya dan orang Nasrani
mengharuskan memakan babi dan minum arak. lslam tidak campur
tangan dalam perkara-perkara tersebut. Sekiranya mereka meminta
pengadilan lslam dengan rela hati mereka, maka perlulah diikuti
apa yang ditunjuk oleh syariat Islam.

Memelihara Perasaan Orang-Orang lslam

Tanggungjawab orang dzimmi seterusnya ialah menjaga perasaan


orang lslam dan kehebatan negara lslam yang melindungi dan
memelihara mereka.Tidak harus mereka mencela Islam, Rasul serta
kitab suci secara terang-terangan. Mereka tidak dibolehkan
meminum arak dan memakan babi secara berleluasa. Setiap apa
yang dipandang mungkar pada orang lslam walaupun ianya harus
pada pandangan agama mereka maka tidak harus dikerjakan secara
terbuka dan mencabar orang lslam bagi mempastikan masyarakat
hidup dalam aman dan tenteram.

Hak-Hak Umum Bagi Warga Asing


Dalam Negara lslam

Warganegara asing diberi hak-hak seperti berikut:

Pertama : Hak untuk memasuki negara lslam

Negara Islam bukanlah sebuah negara menutup pintu bagi


kemasukan warga asing malah sebaliknya membuka pintu untuk
menerima kemasukan warga asing terutama bagi mencapai
maslahah lslam dan umat Islam. Sebagaimana yang telah
disebutkan bahawa negara lslam ditegakkan di atas dasar lslam
dan memperjuangkan pemikiran lslam sehingga menjadi kenyataan.
Oleh kerana itu tidak hairanlah ianya membuka pintu seluruhnya
untuk menerima warga asing supaya mereka dapat melihat
keindahan lslam dan keadilannya melalui pergaulan mereka dengan
orang lslam dan seterusnya mendorong mereka untuk memeluk Is-
lam. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui
kamu adalah lebih baik bagi kamu dari dunia dan isi di
dalamnya".

Walaubagaimanapun kewajipan negara lslam menerima


warganegara asing bergantung kepada dua keadaaan iaitu sekiranya
permohonan warga asing untuk masuk ke negara serta mendapat
perlindungan keamanan kerana mereka ingin mengetahui keelokkan
lslam kemudian mereka akan pulang ke negara mereka, maka wajib
bagi negara lslam menerima mereka. Berdasarkan firman Allah yang
bermaksud:
"Sekiranya seseorang musyrik meminta perlindunganmu
untuk mendengar perkataan Allah (Al-Quran) berilah
perlindungan kepadanya setelah itu pulangkanlah dia ke
tempat asalnya".

Kerana pendatang asing itu berada dalam jaminan keselamatan


kita selama mana ia tidak pulang ke negara asalnya.

Kedua : Kebebasan akidah, kebebasan berkumpul dan pendapat


dan kehormatann tempat tinggal.

Warga asing diberi kebebasan menganuti akidah mereka serta


kebebasan untuk berkumpul dan kebebasaan pendapat serta
kehormatan tempat tinggal. Dalam perkara ini mereka mendapat
hak yang sama seperti yang dinikmati oleh orang-orang dzimmi
walaupun mereka bukan warganegara Islam.
Adapun hak-hak khusus mereka dibenarkan menikmatinya
seperti yang diberikan kepada orang dzimmi.

Tanggungjawab Warga Asing Terhadap Negara lslam

Tanggungjawab yang dikenakan oleh negara lslam terhadap warga


negara asing yang tinggal dalam negara lslam secara umumnya
adalah sama seperti yang dikenakan ke atas orang dzimmi dengan
beberapa pengecualian di dalam beberapa perkara tertentu
memandangkan mereka bukan warga negara lslam seperti orang-
orang dzimmi.

Di antara tanggungjawab yang dikenakan ke atas pendatang


asing ialah cukai perniagaan. Jika pendatang asing membawa masuk
barang perniagaan maka dituntut membayar cukai ke atas barangan
tersebut kerana barangan tersebut mendapat perlindungan
keselamatan selama berada dalam negara Islam.

Kaedah Percukaian Terhadap Warga Asing

Terdapat dua pendapat para fuqaha' berhubung dengan kaedah


percukaian terhadap warga asing yang masuk ke negara Islam. Para
Ulama' Hanafiah berpegang dengan kaedah bermuamalat secara
serupa (Al-Muamalah bil mithli) iaitu kadar cukai yang dikenakan
ke atas warga asing mengikut kadar yang dikenakan oleh negara
warga asing kepada saudagar lslam yang masuk ke negara mereka.

Fuqaha' dari mazhab Hanbali, Maliki, Syafii dan lbadhah tidak


berpegang dengan kaedah ini . Walaubagaimanapun, para fuqaha'
sepakat dalam kaedah (Al-Muamalah bil mithli) ini mengambil kira
pertimbangan akhlak yang mulia. Oleh itu mereka berpendapat tidak
harus dikenakan cukai terhadap barangan yang kurang daripada
dua ratus dirham (kadar nasab zakat) tetapi sekiranya Negara
mereka mengenakan cukai ke atas orang lslam yang membawa
masuk barangan perniagaan yang kurang daripada dua ratus dirham,
maka kaedah tersebut diguna pakai.

Kaedah (Al-Muamalah bil mithli ) ini adalah berdasarkan apa


yang telah dilaksanakan oleh Saidina Umar Al-Khatab ketika beliau
berkata kepada amil-amilnya : "Ambillah cukai daripada mereka
seperti mana mereka mengambil daripada kita".

Penutup

Dari huraian tersebut dapatlah difahami bahawa masyarakat bukan


lslam sama ada mereka itu rakyat negara lslam atau sebagai
pendatang asing diberi hak-hak dan layanan yang adil dan saksama
oleh pemerintah Islam. Perbezaan atau ketidaksamaan mendapat
beberapa hak antara warga bukan lslam dan dan warga lslam tidak
beerti perbezaan taraf kerakyatan. Ada beberapa bidang pekerjaan
tidak diberi kepada orarrg-orang tertentu walaupun mereka
beragama lslam seperti jawatan khalifah atau ketua negara tidak
diberi kepada orang perempuan lslam dan lain-lain. Jadi keadilan
lslam kepada semua manusia adalah jelas.
AL SULTAH AL TANFlZlYYAH DALAM
NEGARA ISLAM:
KEDUDUKAN BUKAN ISLAM

Abu Anif

Muqaddimah

Suatu yang menjadi tandatanya kebanyakan masyarakat hari ini


sama ada Muslim atau bukan muslim ialah berkenaan dengan
kedudukan wanita dan bukan lslam di dalam negara lslam yang
melaksanakan lslam secara menyeluruh. Kebimbangan bukan
muslim terhadap hak-hak dan kebebasan mereka dalam negara
lslam menjadi isu per~tingdibincangkan oleh mereka dan juga
beberapa pihak yang tidak senang dengan sokongan masyarakat
bukan muslim terhadap usaha gerakan lslam yang berusaha
mengembalikan sistem pemerintahan lslam yang berasaskan
keadilan al-Quran dan al-Sunnah dan al Siyasah al-Syar'iyyah secara
menyeluruh. Bertolak dari sini kertas ini cuba mengolah kedudukan
bukan lslam dan wanita lslam dalam skop "al-Sultah al Tanfiziyyah"
di dalam sebuah negara lslam dengan melihat pandangan ulama'
fiqah terdahulu dan kontemporari sebagai usaha menjelaskan
tanggapan salah terhadap keadilan lslam dan negara Islam. Dari
situ diharap dapat dibuat satu kesimpulan terhadap kedudukan
mereka dalam kontek negara Malaysia apabila lslam diberi peluang
memerintah.
Ta'rif Daulah dan Daulah lslamiah

Dr. Mohammad Adul Qadir dalam bukunya al Nizam al Siayasi Fi al


lslam mena'rifkan daulah seperti berikut:

"Sekumpulan manusia yang menetap di satu kawasan bumi


secara tetap, di mana urusan kehidupan mereka diurus
atau diperintah oleh satu badan pemerintah tertentu".

Dari ta'rif tersebut jelas kepada kita bahawa negara atau daulah
itu terdiri dari tiga rukun utama iaitu Sekumpulan manusia atau
dikenali sebagai rakyat, Bumi tertentu yang didiami oleh manusia
tersebut, dan kuasa pemerintah yang mentadbir segala urusan
manusia sama ada urusan dalam negara atau luar. Kuasa ini lebih
dikenali sebagai "a1Sultah" atau dengan kata majmuknya "a1 Sultaat".

Sesuatu yang sudah dimaklumi bahawa al Sultah pula dalam


mana-mana sistem pemerintahan ianya dibahagi kepada tiga jenis
sultah yang utama iaitu: Sultah Tashri'iyyah (Kuasa Penggubalan
dasar dan undang-undang), SultahTanfiziyyah(Kuasa Perlaksanaan)
dan Sultah Qadha'iyyah ( Kuasa Kehakiman). Penentuan terhadap
jenis sistem pemerintahan yang dipakai oleh mana-mana negara
adalah bergantung secara langsung kepada bentuk dan dasar yang
dipakai dalam ketiga-tiga sultah tadi. lanya boleh dianggap kerajaan
komunis apabila dasar-dasar yarlg dipakai dalam ketiga-tiga sultah
tadi berasaskan kepada dasar, prinsip dan nilai komunis, ianya boleh
dianggap negara lslam apabila dasar lslam menjadi asas kepada
ketiga-tiga sultah tersebut dan begitulah seterusnya.

Kertas ini akan difokuskan perbincangannyaterhadap satu sultah


sahaja iaitu sultah tanfiziyyah bagi melihat apakah dasar-dasar umum
lslam berkenaan dengan sultah ini dalam kontek kedudukan dan
hak-hak warganegara bukan lslam dan wanita lslam dalam negara
lslam yang mengamal lslam sebagai dasar pemerintahannya.

Difinasi al-Sultah al-Tanfiziyyah

Al-Sultah al-Tar1,fiziyyah ialah kuasa yang bertanggungjawab


melaksana segala dasar dan undang-undang yang telah diluluskan
oleh al -Sultah al-Tashriyyah. Pada kebiasaannya mereka yang
memegang jawatan ini tidak terlibat dalam kerja penggubalan dasar
dan undang-undang. Syeikh Abdul Wahab dalam kitabnya "al-
Siyasah al-Syar'iyyah" menyebut bahawa semua urusan pentadbiran
IVegara yang terkeluar dari al-Sultah al-Tasyriyyah dan al-Sultah al-
Qadhaaiyyah adalah termasuk dalam Al-Sultahal-Tanfiziyyah.Kuasa
ini pada umum diberi kepada peringkat al Wizarah atau peringkat
kementerian. lanya juga dapat dilihat sebagai satu badan
pemerintahan( al hai'ah al Hakimah) yang menjalankan urusan
pentadbiran Negara yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Menteri-
menteri. Kedudukan ini dapat dilihat lebih jelas dalam Negara-negara
yang menggunakan sistem demokrasi berparlimen, seperti Malay-
sia, Jordan dan lain-lainnya.

Jenis-Jenis al-Sultah al-Tanfiziah

1. al-Sultah al-Tanfiziah (Kementerian) yang terletak dibawah


kerajaan pusat yang dipimpin oleh al Khalifah, atau al lmam atau
Perdana menteri. Kuasa mereka meliputi semua negeri-negeri
yang berada di bawah naungan kerajaan pusat.
al-Sultah al-Tanfiziah Kementerian khas yang terletak di bawah
bidang kuasa Wazir al Tafwiid, atau Gabnor wilayah atau Menteri
Besar dalam konteks Malaysia. Menteri atau exco dalam konteks
kerajaan Malaysia adalah dilantik oleh Gabenor atau Menteri
Besar bagi melaksanakan segala peraturan dan urusan yang
terletak dalam bidang kuasa Wizarah al Tafwidh yang diluluskan
di peringkat tersebut. Peraturan yang diluluskan di peringkat ini
tidak boleh bercanggah dengan dasar dan prinsip atau
perlembagaan pusat di bawah khalifah.

Kelayakan Menteri-Menteri al Sultah al Tanfiiziah

Ulama Fiqah terdahulu yang dianggap sebagai pelopor dalam bidang


politik dan pemerintahan iaitu Al-Imam al-Mawardi dan al lmam Abu
Ya'la dalam mensyaratkan beberapa kelayakan untuk dilantik sebagai
wazir al Tanfiz sebagaimana berikut:

1. Amanah, supaya dia tidak mengkhianati amanah dan


tanggungjawab yang diberi,
2. Jujur tidak berbohong , supaya dipercayai apa yaug hendak
disampai dan dilaksanakan,
3. Tidak tamak, supaya tidak melakukan rasuah, dan pecah
amanah,
4. Tidak ada hubungan buruk atau permusuhan dengan orang
ramai, supaya apa yang hendak dilaksanakan dapat diterima oleh
rakyat.
5. Bijak dan pintar, marnpu memahami realiti dan keutamaan
sesuatu perkara sebelum dilaksanakan.
6. Tidak mengikut hawa nafsu, supaya tidak ditukar kebenaran
dengan kebatilan,
7. Lelaki, kerana dianya bertanggungjawab secara langsung kepada
khalifah (seorang lelaki), dan layak menjadi saksi kepada khalifah
dalam laporannya,
8. Berpengalaman, supaya melakukan sesuatu berasaskan realiti
dan penilaian yang teliti tentang kesan-kesan baik dan buruk
terhadap sesuatu perkara.

Perbincangan

Daripada syarat-syarat di atas jelas bahawa mereka telah memberi


penekanan kepada beberapa perkara asas sebagai kelayakan-
kelayakan yang minimum bagi seorang yang akan dilantik menjawat
jawatan menteri dan jawatan umurn yaqg berada di bawah al-Sultah
al-Tanfiziyyah di antara perkara yang dapat diperhatikan adalah
seperti berikut:

Mereka menekankan soal kualiti menyeluruh iaitu TQM 1- (total


quality man) dan TQM 2 (total quality management) sebagai
prasyarat seorang menteri yang melaksanakan segala dasar dan
undang-undang yang telah diputuskan oleh al Sultah al
Tasyriyyah. Sebab itu mereka menekankan soal amanah, jujur,
pintar, tidak tamak atau rakus di samping seorang yang
berpengalaman yang mampu melaksanakan tugas dan amanah
yang diberi sesuai dengan objektif, halatuju dan matlamat yang
telah diputuskan, di samping memahami keutamaan, berasaskan
tuntutan setempat dan semasa. Sifat-sifat ini adalah asas kepada
kejayaan segala perancangan dan tugas yang telah diamanahkan
kepada mereka. Al Quran dengan jelas membayangkan cirri-ciri
seperti ini seharusnya diberi keutamaan dalam melantik pekerja
yang akan melaksanakan ketetapan negara atau majikan.

Firman Allah yang bermaksud :


"Sesungguhnya sebaik-baik yang kamu lantik itu ialah
seorang yang berkebolehan dan amanah"

Oleh itu ketaqwaan Abu Zar tidak dapat menyakinkan Rasulullah


untuk melantik beliau ke jawatan yang dimintanya, seraya menasihati
Abu Zar dengan sabda yang bermaksud :
"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan
jawatan itu adalah amanah, di mana di Hari Kiamat boleh
membawa kerugian dan penyesalan, kecuali mereka
mendapatkannya dengan cara hak dan menunaikan segala
yang dituntut padanya"

2. lslam tidak dijadikan salah satu daripada syarat-syarat menjadi


wazir atau menteri. Ini bererti warganegara bukan lslam boleh
dilantik menjadi menteri, selagi mana mereka mempunyai ciri-
ciri dan kelayakan di atas dan mampu melaksana ketetapan
mengikut halatuju kerajaan lslam ketika itu.

3. Wanita tidak boleh dilantik menjadi menteri kerana mereka ,

bertanggungjawab kepada khalifah yang merupakan seorang


lelaki, dia juga tidak layak menjadi saksi kepada laporan yang
akan diberikan kepada khalifah. Alasan yang diberikan oleh
ketiga-tiga imam dalam persoalan ini pada pandangan penulis
boleh dibawa kepada perbincangan yang lebih luas sesuai
dengan perkembangan semasa.

4. Al-Imam al Mawardi mengharuskan juga perlantikan hamba


sebagai menteri kabinet (pelaksa), di mana merdeka bukan
sebagai syarat kelayakan sebagaimana yang terdapat dalam
syarat-syarat perlantikan lain dalam al Sultah al-Tasyriyyah. Di
sini beliau berpendapat hamba lebih layak dari wanita yang
merdeka walaupun wanita itu berilmu dan berpengalaman, serta
mempunyai hak (kemerdekaan ke atas dirinya). Dari alasan yang
diberikan oleh al-Imam al-Mawardi menampakkan kepada kita
bahawa apa yang dibimbangi apabila wanita dilantik menjadi
menteri ialah lahirnya masalah sosial, apabila Khalifah adalah
seorang lelaki. Oleh kerana menteri adalah orang yang
bertanggungjawab secara langsung kepada khalifah, maka
hubungan ini dibimbangi dapat mencetuskan masalah sosial. Di
samping itu kekuatan kebenaran apa yang akan dilapor oleh
menteri wanita tidak kuat atas asas dia seorang tidak layak
menjadi saksi kepada laporan tersebut. Wa Allahu A'lam.

Isu Yang Pertama: Perlantikan Bukan Muslim


Sebagai Menteri Kabinet

Terdapat di kalangan ulama' yang tidak bersependapat dengan lmam


al Mawardi, antaranya al lmam al Haramain dan lmam Ahmad bin
Hambal berkata seorang Zimmi tidak boleh dilantik dalam
Kementerian ini sama ada dalam urusan orang-orang lslam seperti
al-Kharaj. Dr Mohamad Abdul Qadir Abu Faris dalam bukunya sistem
politik lslam tidak bersetuju dengan pendapat al-Imam al-Mawardi.

Mengikut Dr. Abu Faris, al Quran dengan jelas memperkatakan


tabiat buruk orang Yahudi dengan memberi. amaran bahawa mereka
(Yahudi) tidak pernah mempercayai selain dari kalangan mereka,
jadi bagaimana kita boleh mempercayai mereka dengan melantik
mereka sebagai menteri dan mendedah rahsia umat lslam kepada
mereka. Firman Allah yang bermaksud :

"dan janganlah kamu percaya kecuali kepada mereka yang


mengikuti agama kamu"

Fiman Allah yang bermaksud :


"Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu ambil
penyimpanan rahsiamu selain daripadamu (yangmengikut
agamamu), mereka itu tiada segan untuk membinasakan
kamu, mereka bercita-cita hendak memberi kemelaratan
kepada kamu. Sesungguhnya telah terang perkataan
(kebencian) dari mulut mereka, dan apa-apa yang
tersembunyi dalam dada mereka lebih besar kejahatannya.
Sesungguhnya telah kami nyatakan beberapa keterangan
kepada kamu mudah-mudahan kamu berfikir"

Mengikut Ibn Kathir, perkataan "Bitanatan" ialah dikalarlgan


mereka (bukan Islam) yang memang bertugas mengkaji urusan dan
keadaan mereka. Abu Bakar al Jasas dalam tafsir Ahkam al Quran
juga mengatakan "Bitanatan" ertinya di kalangan mereka yang
melakukan penyelidikan dan keputusan tentang urusan mereka. Ayat-
ayat ini adalah dalil yang tidak membenarkan melantik orang-orang
zimmi sebagai menteri pelaksana (kabinet).

Antara ayat lain yang dijadikan hujah oleh Dr, Abu Faris ialah :
Firman Allah yang bermaksud :
"Jangan kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani
sebagai wali-wali kamu"

Hadis yang telah diriwayatkan oleh lbnu Majah dari Aishah r.a.
berkata, Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :

"Saya tidak mengambil pertolongan dari orang musyrik"

Dalam hadis al Tirmizi, Aishah menceritakan bahawa semasa


Rasulullah keluar untuk menuju ke peperangan Badar, tiba-tba
datang seorang musyrik yang berani menawarkan diri untuk
berperang bersama Rasulullah, lalu Rasulullah bertanya kepada
musyrik tersebut dengan berkata: adakah awak beriman kepada
Allah dan RasulNya?, lelaki itu menjawab tidak, lalu Rasulullah
meminta dia segera pulang, dan berkata : "Saya tidak meminta
pertolongan dari orang musyrik"

Dr. Abu Faris menambah bahawa Rasululah tidak mengambil


orang musyrik i r ~hanya
i sebagai tentera untuk berperang di bawah
panglima Islam, bagaimana boleh dilantik sebagai menteri yang akan
menguruskan urusan orang-orang Islam dan mengetahui segala
rahsia mereka.

Satu riwayat daripada lbnu Abi Hatim dari Abi al Dahqanah


berkata: Dikatakan kepada Saidina Omar r.a : Ini seorang remaja
dari Hirah, boleh dilantik sebagai penulis khalifah, maka jawab Saidina
Omar: Ini berarti saya telah mengambil "Bitanatan" selain daripada
orang Islam"

Dr Abu Faris menambah, di samping ayat-ayat dan hadis, serta


amalan para al Khulafa'al Rasyidin, sesungguhnya Maslahah umum
orang lslam hendaklah diutamakan dengan tidak melantik orang
bukan lslam sebagai menteri kerana dia boleh membawa kepada
pembocoran rahsia muslimin terutama dalam soal ketenteraan Is-
lam, sedang tidak boleh dijamin kejujuran mereka kerana sejarah
telah membuktikan sejak dahulu dada-dada orang Yahudi, Nasrani,
Majusi dan lain-lain dipenuhi oleh perasaan hasad dengki terhadap
lslam dan orang-orangnya.

Pandangan Dr. Abu Faris agak bersalahan dengan pendapat


ulama' lain semasa dengan beliau seperti Dr. Yusuf al Qaradhawi,
Syeikh Rasyid al Ghanushi dan Dr. Abdul Karim Zaidan. Mereka
berpendapat harus perlantikan bukan lslam dalam al Sultah al
Tanfiziyyah setelah mereka memenuhi syarat-syarat yang telah
diwajibkan. Syeikh Rashid al Ghanushi berpendapat sebuah negara
lslam yang mengamalkan dasar pemerintahan lslam hendaklah
menjadikan asas-asas berikut sebagai dasar-dasar pemerintahan
dalam melayani rakyat atau warga negara yang bukan Islam.

1. Keadilan

Firman Allah yang bermaksud :

'Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya berlakui


adil dan ehsan'

Usul ini adalah paksi kepada segala perundangan dan syariat


Islam. Mengikut al Imam Fakhr al-Razi, "Keseluruhan al-Quran adalah
merupakan olahan dan tafsir kepada dasar ini, dan ayat di atas adalah
merupakan hati kepada al Quran". Keadilan lslam adalah untuk
semua sama ada muslim atau bukan muslim.

Firman Allah yang bermaksud :


"Allah tidak melarang kamu dari berbuat baik dan berlaku
adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu,
kerana agamamu dan tiada pula mengusir kamu dari
negerimu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang adil. Hanya Allah melarang kamu mengangkat wali
(pemimpin) dari orang yang memerangi kamu, kerana
agama kamu dan mengusir kamu dari negeri kamu dan
menolong mengusir kamu dari negeri kamu. Barangsiapa
yang mengangkat mereka itu, maka mereka adalah orang-
orang yang zalim"

Negara lslam adalah Negara yang menyebar segala bentuk


keadilan kepada kesemua warganegaranya tanpa mengira aqidah,
keturunan, dan warna kulit. Firman Allah yang bermaksud :

"Dan apabila kamu menghukum, hendaklah kamu


menghukumnya dengan adil"
Firman Allah lagi yang bermaksud :
"Janganlah kamu tertarik kerana kebencianmu kepada satu
kaum, sehingga kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah
kerana keadilan itu lebih dekat kepada ketaqwaan dan
takutlah kepada Allah"

2. Kebebasan beragama

Maksud firman Allah :


"Tiada paksaan dalam agama"

Usul umum ini adalah satu dasar kukuh sebagai jaminan terhadap
kebebasan yang diberikan oleh lslam kepada bukan lslam untuk terus
menjadi warganegara lslam secara aman dan damai, memperolehi
hak-hak mereka dalam beragama.

3. Minoriti bukan lslam adalah satu ummah yang bersama dengan


ummah muslim, bagi mereka agama mereka dan bag; muslim
agama mereka.

Dasar ini tercatat dengan jelas dalam perlembagaan Madinah


berkenaan hak-hak menoriti Yahudi yang telah mengiktiraf kerajaan
lslam Madinah ketika itu. Satu hakikat yang mesti diterima oleh kita
pada hari ini ialah bukan lslam yang berada dalam negara-negara
umat lslam adalah warganegara yang telah diiktiraf oleh
perlembagaan negara tersebut. Lantaran itu hak-hak mereka telah
diiktiraf oleh perlembagaan tersebut. Ini agak berlainan dengan
keadaan bukan lslam di zaman Rasululah seperti Yahudi dan
sebagainya, di mana asalnya mereka bukan warganegara Islam,
kecuali setelah mereka membuat perjanjian dan membayar jizyah.
Justeru itu mereka niendapat hak-hak sepertimana yang termaktub
dalam perlembagaan lslam atau Piagam Madinah. Realiti irri harus
diambilkira dalam merangka keadilan negara lslam di zaman mutakhir
ini .

4. Persamaan antara warganegara muslim dan bukan muslim.

Persamaan ini dapat dilihat secara jelas dari wasiat Rasulullah s.a.w
kepada seorang panglima tentera bahawa " musuh-musuh yang
memerangi ummat Islam, apabila mereka tunduk dan patuh kepada
negara lslam maka mereka akan memperolehi apa yang diperolehi
oleh warganegara muslim yang lain". Mereka lebih berhak apabila
mereka adalah warganegara sebelum tertegaknya Negara lslam dan
diiktiraf oleh Perlembagaan.

Berasaskan kepada dasar-dasar di atas maka warganegara yaqg


bukan lslam ada hak untuk dilantik ke jawatan umum yang tidak
melibatkan urusan agama secara langsung, dan tidak melibatkan
jawatan asas dalam pembentukan dasar dan halatuju negara.
Perlantikan ini boleh dibuat setelah mereka memenuhi syarat-syarat
kelayakan yang lain iaitu seperti Amanah dan berkebolehan. Firman
Allah yarrg berm.aksud:
"Sesungguhnya sebaik-baik yang kamu lantik itu ialah
seorang yang berkebolehan dan amanah"
Firman Allah yang bermaksud
"Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu ambil
penyimpanan rahsiamu selain daripadamu (yang mengikut
agamamu), mereka itu tiada segan untuk membinasakan
kamu, mereka bercita-cita hendak memberi kernelaratan
kepada kamu. Sesungguhnya telah terang perkataan
(kebencian) dari mulut mereka, dan apa-apa yang
tersembunyi dalam dada mereka lebih besar kejahatanya.
Sesungguhnya telah kami nyatakan beberapa keterangan
kepada kamu mudah-mudahan karnu berfikir"
Ayat di atas dijadikan hujah utama oleh Dr. Abu Faris untuk
mengharamkan bukan lslam dilantik sebagai menteri kabinet. Syeikh
Rashid al Ghanushi mengatakan bahawa : mengikut para mufassirin,
ayat tersebut turun ke atas dua oraqg muslim, untuk menegah mereka
dari menjalinkan hubungan dengan beberapa orang jiranyahudi.
Dikatakan juga ayat ini turun bagi menegah daripada menjalinkan
hubungan dengan orang-orang munaafiqin, bukan untuk menegah
orang lslam dari menjalinkan hubungan dengan bukan lslam secara
keseluruhannya. Mengikut tafsir al Manar, ayat ini melarang
menjalinkan hubungan dengan bukan lslam yang mempunyai sifat-
sifat yang disebut dalam ayat tersebut, iaitu mereka yang cuba
merosak kehidupan orang Islam, melakukan kemudaratan,
menyebarkan kemarahan dan permhsuhan di kalangan orang-
orang Islam. Mengikut Ibn Jarir, ayat ini melarang orang lslam
mengambil orang bukan lslam yang telah diketahui sifat dan niat
buruk mereka. Mereka yang baik adalah diharuskan.

Syeikh Rashid menambah lagi, sejarah lslam telah membuktikan


bahawa negara lslam dahulunya telah mengamalkan dasar
persamaan antara warganegara muslim dan bukan muslim dalam
perkara yang tiada kaitan larrgsurrg dengan Agama Islam. Mereka
telah dibenarkan menjawat jawatan dalam negara tanpa mengira
aqidah mereka kecuali dalam jawatan yang menjadi asas
kelansungan dasar lslam iaitu Khalifah, al-Sultah al-Tasyriyyah, sultah
al-Tafwidh dan Kepimpinan tentera. Sejarah lslam telah memaparkan
nama-nama bukan lslam (zimmi) yang telah dilantik dalam kerajaan
lslam termasuk di zaman Rasulullah, antaranya Amru bin Umayyah
al Dhamri sebagai safir Baginda di Habshah, beberapa musyrikin
juga telah dilantik mengajar menulis dan membaca. Begitu juga
dilantik beberapa musyrikin sebagai mata-mata gelap kepada
Rasulullah. Khalifah Umar r.d juga menamakan beberapa orang
zimmi sebagai penulis beliau.

Isu Kedua: Perlantikan Wanita lslam


Dalqm al Sultah al Tanfiiziyyah

Dr. Abu Faris dalam kitabnya menyokong penuh apa yang telah
dinyatakan oleh al Imam al Mawardi. Alasan yang diberi adalah
asasnya lebih kepada persoalan "Sadd al-Zarai" dan kekurangan
nilai wanita dari sudut penyaksian.Sokongan dibuat berasaskan hadis
Rasulullah yang bermaksud :
"Tidak berjaya satu kaum yang melantik wanita menerajui
urusan mereka"

Walaupun begitu ada di kalangan ulama' yang memberi


pandangan yang berbeza dalam ha1 ini berasaskan kepada realiti
dan fakta-fakta semasa. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya al
Mufassal fi Ahkam al Mar'ah wa al Baiti al Muslim fi al Syariah al
lslamiayyah menyatakan keharusan perlantikan wanita lslam kepada
jawatan umum yang sesuai berada di bawah al Sultah al Tanfiziyyah.
Beliau berpandukan kepada beberapa pendapat lain:
1. Mazhab H a n d merrgharuskan perlantikan wanita sebagai qadhi
kecuali dalam menyelesaikan kes-kes hukum hudud dan qisas.
2. Ibn Jarir al Tabari pula mengatakan harus melantik wanita lslam
sebagai qadhi dalam semua bentuk perundangan. Hujah al
Tabari ialah al Qadha' adalah seperti al Ifta' dan dalam ifta' tidak
disyaratkan lelaki. Al Tabari juga mengasaskan pandangannya
kepada pendapat lbnu Hazmi dalam " al Mahalli" yang
mengatakan harus wanita lslam dilantik sebagai Qadhi.
3. Khalifah Omar ibnu al Khattab pernah melantik al Syifaa'
(seorang wanita dari kaumnya) sebagai pegawai Hisbah di satu
pasar ketika itu.
4. Manakala hadis yang menyatakan bahawa sesuatu kaum tidak
akan berjaya jika mereka melantik wanita menerajui urusan
mereka adalah ianya berkaitan dengan perlantikan wanita
sebagai Khalifah, Imam atau Ketua Negara, bukan jawatan yang
di bawahnya. Ini kerana mengikut riwayat al Bukhari : Apabila
sampai berita kepada Rasuylullah s.a.w. bahawa orang-orang
Farsi telah melantik anak perempuan Kisra sebagai Raja mereka,
maka lantas bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Tidak berjaya satu kaum yang melantik wanita menerajui
urusan mereka"

Kesimpulan

Dari perbincangan ini saya ingin simpulkan bahawa keharusan


melantik bukan lslam dan wanita lslam ke dalam jawatan yang berada
di bawah al-Sultah al-Tafiziyyah ini tidak sepatutnya ditutup rapat.
Keharusan ini tidak bererti dari segi praktik perlu dilaku dengan
mudah yang disangkakan, malah ianya perlu dikaji terlebih dahulu
dari pelbagai sudut. Pintu ini amat perlu dibuka terutama dalam kita
menghadapi realiti dan suasana serta perkembagan zaman ini.
Saranan ini di buat kerana sebab berikut:

1. Sistem pemerintahan lslam haruslah diperlihatkan kepada dunia


yang ianya lebih adil dari sistem lain yang diamalkan sekarang
ini termasuk sistem demokrasi yang ada, yang tidak menafikan
hak-hak bukan lslam dan wanita dalam negara Islam,
sebagaimana banyak negara bukan lslam yang memberi hak ini
kepada warganya yang Islam, seperti yang berlaku di Britain dan
lain-lainnya.

. Bukan lslam dalam negara yang ada pada hari ini adalah telah
diiktiraf sah sebagai warganegara di sisi perlembagaan yang ada,
maka tidak seharusnya apabila lslam memerintah, hak tersebut
dinafi secara total. Persamaan hak di kalangan warga Negara
lslam dalam jawatan umum negara perlu ditonjolkan sebagai
bukti keadilan Islam.

3. Dalam konteks dakwah Islamiyyah, keadilan dan kerahmatan


lslam perlu ditonjolkan kepada bukan lslam dan warrita dalam
usaha memperlihatkan lslam adalah agama yang benar-benar
menjamin hak-hak mereka sebagai warganegara. Dengan ini
usaha lslam untuk menegakkan sebuah negara yang benar-
benar adil akan mendapat sokongan mereka terutama apabila
peratusan mereka adalah penentu kepada usaha tersebut.

4. Keharusan perlantikan bukan lslam dan wanita hendaklah


berasaskan kepada meritokrasi, keperluan dan kepentingan
Negara. Kaedah umum dalam masalah ini ialah jika perlantikan
itu menyebabkan kelemahan dan mudharat kepada Negara
lslam dan Maslahah Umat Islam, maka ianya tidak dibenarkan.

5. Wanita pada hari ini telah terdedah dengan pembelajaran dan


pengalaman luas yang menyamai golongan lelaki, malah ada
antara mereka melebihi golongan lelaki, yang mana keadaan ini
tidak mustahil ada di kalangan mereka layak untuk jawatan
tertentu dalam Negara setelah kriteria asas dipenuhi.
6. Sejarah dan dunia hari ini membuktikan peranan wanita dalam
pentadbiran Negara cukup besar yang perlu diberi kredit oleh
Negara Islam. Namun begitu peratusan mereka yang mampu
berada di peringkat tinggi agak terbatas dalam semua sistem
pemerintahan yang ada pada hari ini. Ini bermakna jika sistem
meritokrasi dan kelayakan lain seperti yang disebut sebelum ini
diguna pakai dalam perlantikan sudah tentu lelaki akan ke depan
dalam jawatan yang mencabar ini.

Akhirnya di harapkan kertas ini boleh dijadi asas untuk


perbincangan di kalangan ulama' untuk kepentingan dan
kemenangan ummah. Wallaahu a'lam
DASAR BELANJAWAN
NEGARA ISLAM

Penulis Khas

Pendahuluan

Belanjawan dalam sesebuah negara biasanya dirangka dengan teliti


dan rasional kerana ia menjadi garis panduan bagi menentukan arah
atau haluan pembangunan. Polisi fiskal dan kewangan menjadi asas
kepada dasar belanjawan. Keberkesanannya adalah bergantung
kepada cara bagaimana kedua-dua polisi itu dilaksanakan. Dalam
keadaan ekonomi ekstrim tidak stabil ia dikatakan lebih berkesan
jika kedua-dua polisi tersebut dilakukan serentak.

Dalam ekonomi moden tidak ada satu formula atau kaedah yang
mudah untuk diikuti dalam melaksanakan dasar belanjawan kerana
keputusan yang bijak sekalipun dibuat ia tidak dapat bertahan apabila
berdepan dengan keadaan ekonomi yang sentiasa mencabar dan
berubah. Hal tersebut menuntut umat Islam dan negaranya sentiasa
prihatin dalam menangani masalah dasar belanjawan supaya lebih
berkesan dalam menghadapi keadaan yang tidak menentu.

Dasar belanjawan adalah hasil gabungan di antara polisi fiskal


dan polisi kewangan. Di peringkat makro apabila menyentuh soal
belanjawan maka kedua-duanya (fiskal dan kewaugan) tidak boleh
dipisahkan. Ketiadaan salah satu daripada polisi tersebut akan
memberi kesan kepada polisi yang satu lagi. Bermakna jika polisi
fiskal itu dilaksanakan dengan tidak teratur ia akan membawa
kesukaran dan kerumitan dalam perlaksanaan polisi kewangan.
Maksud polisi fiskal disini ialah perkara yang berkaitan dengan
hasil negara, cukai dan perbelanjaan kerajaan. Manakala maksud
polisi kewangan pula diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan
wang atau kewangan. Daripada pengertian di atas dapat dirumuskan
bahawa:
Polisi fiskal adalah berfungsi untuk mengenalpasti
kemasukan hasil pendapatan negara, mengubah
perbelanjaan negara, dan mengubahkan tingkat cukai.
Manakala polisi kewangan pula digunakan oleh kerajaan
dengan fungsi untuk mengubah penawaran wang di pasaran.
Kerajaan boleh melaksanakannya dengan cara berasingan
atau dilakukan kedua-duanya sekaligus.

Tindakan kerajaan melalui polisi berkenaan akan memberi kesan


kepada pengguna dan kerajaan.

Polisi Fiskal

Untuk membangunkan sebuah negara ia memerlukan banyak


perbelanjaan. Ini bermakna kerajaan memerlukan hasil pendapatan
negara yang besar. Untuk meningkatkan hasil pendapatan yang
banyak kerajaan terpaksa mengadakan pelbagai bentuk atau cara
untuk mendapatkannya. Diantara cara yang biasa dilakukan ialah
melalui:

a) Perbelanjaan kerajaan
b) Mengenakan cukai atau meningkatkannya

Polisi ,fiskal melalui perbelanjaan kerajaan akan merr~berikesan


yang positif kepada negara. Contoh, apabila berlaku keadaan yang
tidak stabil dalam ekonomi (deflasi) kerajaan akan menambahkan
perbelanjaan dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan.
Dengan menambah perbelanjaan, secara langsung atau tidak,
kerajaan telah membuat suntikan wang kepada ekonomi negara.
Dengan suntikan ini akanmembewa kesan kepada kesinambungan
pasaran, seperti:

a) Penganggur mendapat pekerjaan


b) Kuasa beli bertambah
c) Keluaran negara meningkat
d) Hasil cukai bertambah, kemakmuran meluas dan
e) Sekaligus dengan perbelanjaan kerajaan akan membawa
kepada kenaikan dalam pendapatan masyarakat.

Strategi di atas (perbelanjaankerajaan) adalah sesuai jika negara


berkenaan mengalami deflasi dan pengangguran.Walaupun strategi
perbelanjaan kerajaan dapat meningkatkan pendapatan aggregate
keseluruhan namun kesan jangka panjang ia juga menyebabkan
kenaikan kadar bunga. Ini dapat dilihat seperti berikut:
Masa deflasi kadar bunga agak rendah, ini kerana dalam
keadaan ekonomi lembab keinginan melaburberkurangan,
sebab dikhuatiri akan rugi. Apabila kerajaan menambahkan
perbelanjaan pembangunan, bank mendapati para pelabur
berlumba-lumba membuat pinjaman untuk melaksanakan
projek kerajaan.Pada masa itu, bank akan mula mengenakan
kadar bunga yang semakin lama semakin meningkat tinggi
kepada pelabur.

Apabila kadar bunga tinggi keuntungan yang diperolehi akan


berkurangan dan akhimya melemahkan pelaburan.

Strategi polisi fiskal melalui perbelanjaan kerajaan dari segi


ekonomi moden adalah berjaya khususnya untuk meningkatkan
penggunaan isi rumah tetapi kesan jangka panjangnya akan
menaikkan kadar bunga. Ini bermakna keadaan ekonomi akan
sentiasa tidak menentu.

Jika negara berada dalam keadaan inflasi, strategi diatas


(perbelanjaan) kurang sesuai digunakan, ini kerana pengaliran wang
ketika itu banyak di pasaran. Hal irri berlaku disebabkan terdapat
kegiatan pembelian yang banyak terhadap barangan dan
perkhidmatan menjadi lebih buruk. Untuk mengatasi masalah ini,
kerajaan ini akan mencipta atau mengenakan cukai langsung atau
lain-lain bentuk cukai. Dengan mengenakan cukai akan berlaku
bocoran dalam ekonomi. Ini dapat dijelaskan seperti berikut:
Sebelum cukai dikena atau dinaikkan, kuasa beli masyarakat
adalah tinggi. Dengan mengenakan cukai menyebabkan
kuasa beli menjadi rendah atau menurun. Bermakna strategi
polisi fiskal melalui cukai dalam masa inflasi boleh membawa
keadaan yang lebih baik, dimana isi rumah mempunyai
kuasa beli yang agak terhad. Dengan adanya fuvgsi bocoran
melalui cukai akhirnya akan membawa negara kemudian
kepada keseimbangan. Keadaan diatas (polisi fiskal melalui
perbelanjaan dan percukaian) berlaku dalam keadaan
belanjawan kurangan (perbelanjaan melebihi pendapatan).

Jika strategi perbelanjaan kerajaan dan cukai dilakukan sekaligus


ini memungkinkan sesebuah negara itu dapat:
a) Meninggikan pendapatan masyarakatnya dan
b) Memungkinkan mengurangkannya. Ini bergantung
kepada teknik atau cara perbelanjaan yang diamalkan
oleh negara berkenaan.

Jika negara berkenaan menjalankan teknik atau cara perbelanjaan


seimbang (jumlah perbelanjaan sama dengan jumlah hasil) ia akan
membawa kepada:
a) Kenaikan dalam pendapatan negara
b) Dan bukan sebaliknya. Dan inilah yarrg diamalkan oleh
kerajaan Malaysia sebelum berlakunya kegawatan
ekonomi - 1997

Jika negara berkenaan menja!ankan teknik atau cara belanjawan


kurangan (jumlah perbelanjaan melebihi jumlah hasil negara) ia juga
akan:

a) Menaik dan meningkatkan pendapatan negara


Jadi, sebelum menentukan bentuk perbelanjaan yang
hendak dilakukan adalah penting bagi pembuat polisi dasar
melihat terlebih dahulu kedudukan ekonomi sesebuah
negara.

Keberkesanan Polisi Fiskal

Penentuan berkesan atau tidaknya polisi fiskal apabila dilaksanakan


adalah bergantung kepada tinggi rendahnya pendapatan negara dan
masyarakat pada ketika itu.
a) Jika pendapatan aggregate pada masa itu rendah dan
dalam masa yang sama juga kerajaan rnenjalankan polisi
fiskal, ini akan rnernbawa peningkatan yang tinggi dalam
pendapatan
b) Jika pendapatan pada masa itu tinggi dan kerajaan
menjalankan (dalam masa yang sama) polisi fiskal, maka
strategi ini kurang berkesan berbanding seperti keadaan
di masa pendapatan rendah yang boleh membawa
peningkatan yang tinggi dalarn pendapatan.

Polisi Kewangan

Dalam ekonomi moden, setiap polisi yang dijalankan oleh sesebuah


negara mempunyai matlamat, diantaranya:
a) Untuk rnencapai tingkat guna tenaga penuh
b) Menjaga kestabilan negara
c) Mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi
d) Membentuk corak agihan pendapatan dan harga
yang seimbang
e) Menjaga keseimbangan dagangan luar

Mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang tinggi menjadi


objektif utama dalam dasar belanjawan dan dalam masa yang sama
mengekalkan kestabilan. Alat penggeraknya ialah riba. Riba digunakan
sebagai pengimbal untuk menjadikan keadaan ekonomi pulih menuju
keseimbangan apabila berlaku keadaan tidak stabil.

Oleh kerana kesan tindakbalas suatu polisi memakan masa yang


agak panjang maka kesempatan yang ada diraih atau dieksploit oleh
mereka yang berkepentingan dalam dunia perniagaan dan
perdagangan. Akibatnya kawalan harga di pasaran tidak berkesan
dan berlakulah aliran wang begitu cepat yang akhirnya menyebabkan
inflasi. Apabila inflasi berlaku, kadar bunga semakin meningkat tinggi,
akibatnya pelabur dalam masa berikutnya kurang atau tidak berminat
berusaha kerana keuntungan yang dinikmati semakin kurang dan
akhirnya berlakulah kejatuhan ekonomi, deflasi.

Keadaan tersebut akan terus wujud dan menyebabkan silih


berganti berlakunya inflasi dan deflasi. Punca terjadinya adalah
sebahagian besarnya disebabkan oleh pengamalan riba dalam sistem
ekonomi konvensional. Alat pengimbal, riba menjadikan kuasa tarikan
keadaan ekonomi ekstrim ke kiri dan ke kanan (inflasi dan deflasi).

Instrumen Polisi Fiskal Dan Kewangan

Alat-alat dalam polisi fiskal adalah terdiri daripada perbelanjaan


kerajaan dan percukaian sementara alat-alat dalam polisi kewangan,
termasuklah di antaranya: Kawalan mata wang oleh bank pusat.
a) Operasi pasaran terbuka
b) Perubahan nisab rizab minima bank perdagangan
c) Perubahan kadar diskaun
d) Kawalan kredit terpilih
e) Pujukan moral (moral suasion)

Alat-alat tersebut digunakan adalah bertujuan untuk


mempercepatkanpencapaian keseimbangan dan kestabilan ekonomi.

Dalam ekonomi lslam walaupun objektifnya sama dengan sistem


ekonomi moden (pertumbuhan ekonomi dan kestabilan) tetapi
matlamatnya adalah berlainan (mardatillah), begitu juga
perlaksanaannya ianya dilakukan dengan cara yang berlainan:
a) lslam tidak mengamalkan riba
b) Faktor kebajikan manusia menjadi objektif utama di
samping faktor keuntungan dan keadilan.

Dari segi alat-alat melaksanakan polisi, dalam ekonomi lslam alat-


alat yang digunakan relatifnya lebih banyak. Selain alat-alat dalam
sistem kewangan konvensional, seperti:
Operasi pasaran terbuka - boleh diubahsuai
Nisbah cadangan rizab - diubahsuai
Polisi kadar bunga - diganti dengan mudharabah bond
Simpanan khas - diubahsuai
Kawalan kredit terpilih - diubahsuai
Kadar diskaun - juga diubahsuai
Kawalan mata wang oleh bank pusat - kekal, dan
Pujukan moral, dll.
lslam juga mempunyai alat-alat lain yang boleh secara
perbandingan memantapkan keadaan ekonomi walau dalam apa jua
ha1dan keadaan. Alat-alat tersebut wujud dalam pelbagai bentuk. Ada
yang bersifat:

a) Wajiblasaslyang mesti dilaksanakan seperti zakat


b) Pilihan/galakkan/yang boleh dilakukan secara pujukan,
seperti dalam system waqaflwasiat, dan
c) Kebajikan kecil (selain wajib dan pilihan), seperti sadaqah
tatawwuk, infaq, termasuk hibah, hadiah, minhah dll.

Dalam lslam pemerintah wajib melaksanakan sistem zakat


sebagai pilihan utama sebelum lain-lain polisi kewangan dan harta
dilaksanakan. Andaikan keadaan ekonomi belum mencapai tingkat
guna tenaga penuh, maka kerajaan boleh bertindak dengan:

a) Menambahkan perbelanjaan
b) Mengurangkan cukai, dan
c) Mencairkan edaran mata wang

Dalam Islam, ha1 ini boleh berlaku seperti berikut. Dengan


perlaksanaan sistem zakat bermakna tahap usaha setiap individu
atau secara kolektiflsyarikat setidak-tidaknya mestilah mencapai ke
paras nisab yang dengannya barulah sempurna sebahagian daripada
rukun lslam - menunaikan zakat.

Apabila keadaan itu wujud dan menyerap ke setiap individulkolektif


maka akan lahirlah masyarakat dermawan yang ingin membelanjakan
hartanya ke jalan Allah, samada melalui zakat, sadaqah, waqaf atau
lain-lain pemberian yang berbentuk infaq fi sabilillah. Dengan demikian
sekurang-kurangnya akan mengurangkan masalah pengangguran
di peringkat dasar, terutama kepada fakir miskin.

Kesan Perlaksanaan

Dengan tahap kesedaran yang wujud dalam masyarakat lslam untuk


menunaikan zakat maka lahirlah usaha yang berterusan
meningkatkan ekonomi, setidak-tidaknya tidak menjadi golongan
peminta sedekah. Pada masa itu budaya memberi lebih mengatasi
budaya meminta.
53
Hasil daripada usaha yang berterusan ini akan lahirlah berbagai
usaha hiliran daripada tahap kecil-kecilanhinggalahke tahapindustri
pembuatanlpengeIuaranlperladanganlperniagaan/perusahaandan
lain-lain usaha yang dengannya boleh mengurangkan pengangguran
dalam masyarakat. Ekonomi negara akan menuju ke tingkat "guna
tenaga penuh" (keseimbangan) secara mantap. Dengan erti kata lain,
perbelanjaan aggregate sama dengan ekonomi untuk mengeluarkan
barangan dan perkhidmatan dan sekaligus dalam penggunaan dan
agihan. Ekonomi negara menjadi stabil dan pertumbuhan ekonomi
negara tidak terencat (retard) malah terus meningkat.

Dalam keadaan ekonomi yang stabil, dan pertumbuhan ekonomi


terus meningkat bermakna agihan pendapatan dan harta akan
tersebar luas merata segenap anggota masyarakat. Kuasa tawaran
dan permintaan berada dalam keadaan seimbang kerana sebahagian
besar anggota masyarakat mempunyai kuasa beli yang diperlukan.
Dengan ini akan membentuk keadaan harga barangan dan
perkhidmatan yang stabil dan seirr~bangyang menjadi matlamat
dalam sistem ekonomi sesebuah negara.
Kestabilan ekonomi yang wujud membolehkan negara terus
menerus menghasilkan barangan pengguna untuk memenuhi
keperluan permintaan dalam negara dan juga dunia luar. Hubungan
dagangan dunia luar akan lebih terjamin dengan adanya hasil ekspot
yang berterusan dan mantap. Keperluan mengimpot barangan luar
adalah dalam bentuk bukan keperluan asasi, sebaliknya untuk
menjaga kepentingan hubungan kerjasama dua hala, bukan tekanan
atau penindasan, sebaliknya atas pilihan dan kerelaan.
Selain alat zakat dalam sistem kewangan Islam, alat-alat pilihan
dan galakkan seperti waqaflwasit juga memainkan peranan penting
dalam kestabilan ekonomi.
Dalam ekonomi lslam kemungkinan berlaku keadaan ekonomi
tidak stabil memang wujud, tetapi ia berada dalam tahap terkawal,
tidak terlalu ekstrim sehingga menyebabkan berlakunya inflasi dan
deflasi yang boleh menjejaskan tahap kedudukan ekonomi negara.
Diandaikan, dalam jangka waktu tertentu berlaku keadaan ekonomi
melebihi tingkat guna tenaga penuh, bagaimana lslam mengatasinya.
Dalam keadaan ini, bermakna "perbelanjaan aggregate yang wujud
telah melebihi kemampuan daripada ekonomi itu untuk mengeluarkan
barangan dan perkhidmatan". Akibatnya, harga barangan dan
perkhidmatan melambung tinggi dan berlakulah inflasi. Di masa ini
perbelanjaan aggregate perlu dikurangkan.

Langkah yang perlu diambil dalam sistem ekonomi lslam adalah


sama seperti dalam sistem ekonorrri konvensional iaitu gunakan dasar
belanjawan lebihan (jimat cermat) dengan erti kata lain- kurangkan
perbelanjaan.

Cara perlaksanaannya ialah melalui polisi fiskal dan kewangan


iaitu dengan:
a) Menaikkan kadar cukai, dan
b) Perketatkan kecairan wang di pasaran

Dalam ha1 diatas, bank negara boleh berperanan iaitu mengawal


penawaran wang supaya kurang beredar di pasaran dengan pelbagai
cara. Diantaranya:
a) Seperti dalam sistem kewangan ekonomi konvensional
b) Pengeluaran waqafbond pemerintah
c) Berwaqafl bersedeqah ke negara-negara lslam lain
d) Membantu golongan yang memerlukan bantuan ke
negara-negara lain - berdakwah

Konsep Dan Falsafah Pembangunan

lslam telah meletakkan beberapa garis panduan untuk menyelesaikan


masalah pembangunan dengan menumpukan perhatian utama
kepada pembangunan jiwa. Oleh kerana jiwa itu wujud dalam
kehidupan setiap manusia maka jiwa itu jugalah yang akan
menentukan runtuh atau bangunnya keperibadian seorang insane,
malah struktur masyarakat dan juga pembangunan negara. Dalam
ha1 ini Allah menjelaskan maksudnya :
"Demi jiwa serta kesempurnaannya, maka Allah
mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan
ketaqwaannya, sesungguhnya berjayalah orang yang
membersihkan jiwa dan sesungguhnya rugilah orang yang
mengotorinya".
(Q. 91:7-10)
Jiwa yang memerlukan kepada pembersihan, pada masa yang
sama juga perlu kepada kawalan dan panduan untuk menuju jalan
yang betul dan arah yang sebenar bagi mencapai matlamat
pembangunan. Bagaimanapun, dalam soal pembangunan, yang
dianggap begitu tinggi nilainya dalam kehidupan manusia hari ini,
konsep pembersihan jiwa sering kali di kesampingkan.

Pembangunan ekonomi, mengikut istilah pembangunan sekarang,


mengandungi suatu ciri aktiviti-aktiviti ekonomi yang menyebabkan
bertambahnya hasil keluaran serta keseluruhan dan bertambahnya
buruh - tenaga kerja dalam semua lapangan, juga pertambahan
nisbah pendapatan keseluruhan penduduk. Ini dilihat suatu proses
yang dinamis, melibatkan perubahan struktur yang melahirkan
ketahanan dan peningkatan kemampuan dalam usaha kerja ekonomi,
dan nilai pencapaian itu diukur dengan pendapatan benar per kapita.
lslam menilai taraf pencapaian pembangunan ekonomi dilihat dari
semua aspek yang terkandung dalam rangka dasar pembangunan
manusia keseluruhannya, dan bukannya memisahkan kedua-dua
aspek - pembersihan jiwa dan pembangunan ekonomi dalam suatu
penyelesaian masalah yang berasingan. Kerana itulah segala usaha
dan aktiviti ekonomi dipusatkan dan diberi keutamaan kepada
pembangunan jiwa manusia supaya pembangunan ekonomi terletak
di atas kesatuan unsur-unsur moral yang dapat merr~perkuatkan
pembangunan sosio-ekonomi manusia dan masyarakat.
Dari kenyataan yang ada, dapatlah difahamkan bahawa konsep
pembangunan lslam skopnya lebih has. lanya meliputi aspek-aspek
moral, material dan spiritual. Pembangunan menjadi suatu matlamat
kehidupan yang mendesak. Semua kegiatannya berdasarkan kepada
orientasi nilai dengan menumpukan perhatian untuk meningkatkan
kebajikan umat manusia dari semua segi. Kerana itu dalam soal
pembangunan unsur-unsur moral dan kebendaan, ekonomi dan
sosial, fizikal dan spiritual tidak mungkin dipisah-pisahkan.
Matlamatnya untuk mencapai keselamatan dan kedamaian hidup di
dunia dan di akhirat.

Begitu juga dalam kegiatan hidup manusia, (termasuk kegiatan


ekonominya) konsep tauhid, khalifah, tazkiah, persaudaraan dan
pengorbanan tidak boleh dipisahkan, kerana ianya merupakan
falsafah kepada roh pembangunan dan merupakan daya penggerak
kepada peringkat kemajuan yang berdasarkan kepada kesatuan nilai-
nilai kebendaan dan kerohanian manusia.

Rumusan

Negara lslam seperti juga negara-negara lain di dunia, mempunyai


polisi fiskalnya yang tersendiri. Polisi ini menentukan cara bagaimana
hasil pendapatan sesebuah negara itu dapat dikurang atau ditambah
apabila diperlukan, begitu juga taraf perbelanjaannya. Apabila
kerajaan telah menentukan dasar belanjawan kurangan (defisit
budgeting) umpamanya, ini bermakna ia terpaksa menambah atau
meningkatkan hasil pendapatan negara melalui cukai, pinjaman atau
perubahan harta kerajaan. Hal yang sama berlaku kepada negara
Islam. Di zaman pemerintahan Khulafa' al-Rashidin, Umaiyah dan
Abbasiah polisi yang sama pernah dilakukan oleh mereka, bezanya
dari segi cara dan perlaksanaannya.

Dalam lslam hasil pendapatan negara juga terdiri dari berbagai


bentuk seperti cukai - cukai kharaj, ushur, ma'adin, daribah dan lain-
lain cukai yang ditentukan oleh pemerintah melalui Majlis Syura, dan
ia merupakanhasil pendapatan tetap yang diperolehi setiap tahun;
ada juga yang bersifat mendatang, tidak tetap, bergantung kepada
berlaku keadaan tertentu seperti peperangan. la terdiri dari jizyah al-
ru'us (cukai diri), sulh al-jizyah (cukai perlindungan), fai' dan
ghanimah, dan ada juga yang bersifat kebajikan seperti waqaf,
Sadaqah, infaq fi sabilillah, nazar dan kaffarat yang kesemuanya
merupakan pemangkin kepada dasar belanjawan dan pembangunan
negara. lnilah keistimewaan yang ada dalam dasar belanjawan
lslam yang mana konsep penswastaan untuk menampung kerja-kerja
sosial - kebajikan dilakukan oleh individu dalam masyarakat dalam
pengertian sadaqah jariah.

Selain sumber pendapatan tetap, mendatang dan kebajikan Is-


lam telah menetapkan sistem zakat menjadi pengimbal kepada
keseluruhan polisi atau dasar belanjawan, dan sistem ini menjadi asas
kepada prasarana pembangunan negara. Kecuaian
melaksanakannya sebagai sistem perdana akan menjejaskan
keseluruhan pembangunan, baik ftzikal mahupun spiritual.
Selain cukai, lslam juga membolehkan negara meminjam jika itu
merupakan keperluan yang mendesak bagi menjaga maslahah dan
kepentingan bersama. Hutang itu dalam bentuk qardan hasan sebagai
memenuhi prinsip ekonomi dalam bentuk pengorbanan dan ihsan.
Perubahan harta juga boleh dilakukan jika perlu. lslam telah
menentukan supaya agihan harta negara itu dilakukan dengan adil,
memenuhi keperluan sosial, kepuasan perkhidmatan pengguna dan
kepentingan negara. Diagihkan secara telus dan boleh di
pertanggungjawabkan.

Matlamat diatas boleh dicapai dengan cara agihan yang ditentukan


dalam sistem harta khas (zakat), harta kebajikan (waqaf), dan harta
am, iaitu selain harta khas dan kebajikan seperti sadaqah, hibah dan
infaq fi sabilillah. Kategori yang pertama diagihkan khusus oleh
pemerintah kepada golongan tertentu untuk memastikan prasarana
perubahan sosial dilaksanakan secara adil, terutamanya dalam
mengatasi masalah kemiskinan,kategori kedua pula dilakukan secara
sukarela oleh individu dan masyarakat dalam bentuk "ala
penswastaan sukarela" bagi membantu meringar~kanbeban belanja
pembangunan kerajaan seperti waqaf membina jalan raya, jambatan,
dewan orang ramai dan sebagainya. Sementara pendapatan cukai
digunakan untuk belanja pengurusan yang melibatkan belanja yang
agak besar

Agihan harta negara boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan


dengan adanya keputusan yang bijak dan adil oleh pemirnpin negara
yang jujur, ikhlas dan amanah. Dalam Islam, Majlis Syura akan
menetukan setiap apa yang dilakukan oleh pemerintah itu adil dan
selari dengan tuntutan syarak iaitu mengutamakan prinsip-prinsip
hukum dan peraturan, kebajikan sosial, keharmonian, kesejahteraan
rakyat dan keamanan negara. lslam memberi kebebasan kepada
sesiapa sahaja, termasuk pemerintah untuk mernperolehi dan
mengagihkan harta selagi tidak menjejaskan kepentingan diri,
masyarakat dan negara. Jika kepentingan tersebut terjejas, siapa
sahaja yang terlibat boleh dibawa kemuka pengadilan, termasuk
mereka yang terlibat dalam jentera pemerintahan negara. Perkara
yang penting dalam melaksanakan agihan harta negara ialah
kepuasan diri kerana apa yang mereka lakukan itu adalah semata-
mata untuk mendapat rahrnat, keberkatan dan keredhaan Allah yang
disebut dalam al-Qur'an "baidatun tayyibatun wa rabbun ghafur"
iaitu negara makmur dan mendapat pengarr~punandan keredhaan
Allah.

Bibliografi

Abd. Karim Zaidan, Umat dan Negara Islam. ed. 1 . Kuwait: IIFSO, 1978.
Abd al-Wahhab al-Khalaf Al-Siasah a/-Shar'iyyah.
Qahirah: Dar al-Ansar, 1397H11977.
Abd al-Qadir Audah. Al-Malwa a/-Hukmfi ai-Islam. ed. 5.
Qahirah; al-Mukhtar al-lslami, 139711977
Abu' Ubayd, Kitab Amwal, Qahirah: Maktabah al-Kulliyah al-Azhariah,
1389H11969.
Abu Yusuf Kitab al-Kharaj. Qahirah; al-Matba'ah al-Salafiah, 1382H
Ahmad Khurshid, Towards a Monetary and Fiscal Systemof Islam, Islamabad:
Institute of Policy Studies, 1981.
Aghnides, N.P., Mohammedan Theories of Finance,
Lahore: United Printing Press, 1961
Baladhri. Futuh al-Buldan. Qahirah: Shirkah Tabai at-Kutub al-Arabiah,
131 9H11901.
Majma' al-Buhusal-lslami. Al-Azhar: al-Mu'tamar al-Awwal, 1964.
Mawrdi, Al-Ahkam a/-Sultaniah, Mesir: Matba'ah al-Halabi, 1268H11966.
Muhammad Kamal Jarf. Al-Siasah a/-Shar'iyyah.
Qahirah: Dar al-Ansar, 1397H11977.
S. Athar Hussin. The Glories Caliphate.
Lucknow: Academy of Islamic Research, 1974.
Shafi'i. Kitab a/-Umm.ed. 2. 2 jilid. Mesir: al-Babi al-Halabi, t. t.
Siddiqi, S.A, Public Finance in Islam,
Lahore: Sh. Mohammad Ashraf Press, 1968.
Ali Abdul Kader. "Land Property and Land Tenure in 1.51am. lslamic Quarterly.
April- July, 1959.
Hailani Muji Tahir. "lslamic Budgetary Policy: In Theory and
Practice". Aberdeen University, 1988.
Zulkarnain Yusof, Percukaian Negara Islam: Perbandingan Pecukaian Moden
Dengan Ijlam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.
SISTEM EKONOMI ISLAM DAN
SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL :
SUATU PERBANDINGAN

Sabri Haron

Abstrak

Kertas ini cuba menipjau mengenai perbezaan asas antara sistem


ekonomi Islam dan sistem ekonomi konvensional terutamanya dari
segi sumber, matlamat dan aktiviti. Perbezaan asas ini telah
membawa implikasi yang besar terhadap masyarakat dan negara.
Kertas ini juga menjelaskan beberapa kaedah asas yaug sewajarnya
diberi perhatian di dalam sis ut), "kebiasaan mum, apa sahaja yang
sudah diterima dan diamalkan secara meluas dan berterusan".

Berdasarkan takrif ini bolehlah dikatakan bahawa konvensional


adalah suatu perkara yang sudah diterima pakai dan dipraktikkan di
dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu apabila dihubungkan dengan
ekonomi, maka sistem ekonomi konvensional bolehlah dikatakan
sebagai suatu sistem ekonomi yang sudah dipraktikkan secara
meluas di dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan maksud ini
ianya bolehlah dikatakan sebagai suatu sistem yang ditentukan oleh
manusia di dalam sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai
piawai yang mutlak tetapi bersifat ar~jaldan boleh berubah mengikut
ketentuan masyarakat. Disebabkan ianya merupakan sistem
manusia yang tidak tetap maka sudah tentulah ianya berbeza dengan
Islam yang mempunyai piawai yang tetap iaitu bersumberkan wahyu
di dalam kesemua bidang termasuklah ekonorni.

Di dalam sejarah dunia, terdapat beberapa sistem ekonomi


konvensional yang begitu berpengaruh antaranya:

1. Kapitalisme

Sistem ini dikenali sebagai sistem perusahaan bebas. Di bawah


sistem ini seseorang individu berhak menggunakan dan mengawal
barang-barang ekonomi yang diperolehinya. mencegah orang lain dari
menggunakan barang-barang itu dan memutuskan bagaimana
barang-barang itu diuruskan setelah dia mati. Dalam ha1 ini individu
bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asal sahaja
kegiatannya tidak menganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak
merr~ilikiharta dibenarkan oleh masyarakat, keseluruhannya hak-
hak ini boleh dibatasi melalui tindakan masyarakat. Persaingan
dianggap sebagai daya penggerak untuk menghasilkan operasi yang
cekap. Pada umumnya persaingan dalam sistem kapitalis ini
merupakan daya yang kuat dan dibenarkan berjalan lebih bebas
berbanding dengan sistem-sistem ekonomi yang lain.

Sifat-sifat istimewa sistem ini ialah:

1. la menolak nilai-nilai akidah, syariat dan akhlak yang mulia.


2. Pengambilan riba iaitu peminjaman wang melalui institusi
kewangan (bank dan instwsi kredit) yang mengenakan riba
(faedah).
3. Faktor-faktor ekonomi dikuasai oleh individu-individu tertentu
secara terus menerus atau dipunyai oleh sekumpulan
manusia yang tidak dikenali melalui sistem saham.
4. Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa yang
berlebihan ke atas aktiviti-aktiviti ekonomi dan seterusnya
politik negara. Kuasa penentu dalam sistem kapitalisme dan
demokrasi barat kebanyakannya mirip kepada pemilik modal.
5. Sebahagian besar dari barang-barang dan perkhidmatan yang
dihasilkan di bawah sistem kapitalisme telah dibebankan
bukan sahaja dengan faedah-faedah riba, tetapi juga dengan
bayaran-bayaran pengiklanan yang berlebihan.
6. Kapitalisme mempunyai unsur-unsur mengasas monopoli,
kerana adalah menjadi hasrat setiap pemodal untuk menguasai
segalanya dan menghapuskan semua persaingan dengannya.

2. Sosialisme

Kegelojohan dan ketamakan kapitalis yang luar biasa itu menghasilkan


kezaliman ke atas masyarakat. Kezaliman ini melahirkan ketegangan
yang meluas di Barat. Kelahiran sosialisme mula mendapat sambutan
dan begitu laris. Prinsip sosialisme adalah:
1. Meugerr~balikankuasa ekonomi daripada golongan Borjuis
(kapitalis) kepada golongan proliter (petarri dan buruh).
2. Menyerahkan semua sumber alam dan sumber ekonomi
kepada negara untuk diagihkan sarna rata kepada rakyat.

Di bawah sistem sosialisme, hakmilik kerajaan ke atas sumber


dihadkan kepada tanah dan modal yang digunakan secara besar-
besaran. Industri-industri besar dimiliki dan dikawal oleh negara
manakala kebanyakan perniagaan kecil dimiliki oleh individu. Secara
umumnya, individu dalam sebuah negara sosialis memiliki dan
menguasai lebih banyak harta berbanding dengan individu di bawah
sistem komunisme tetapi sangat kurang berbanding dengan milik
individu di bawah sistem kapitalisme.

Oleh kerana di bawah sistem sosialisme banyak industri dimiliki


dan dijalankan oleh negara, maka kebebasan menjalankan aktiviti
hanya terdapat dalam kerja-kerja yang dijalankan oleh persendirian.
Para pekerja masih bebas memiliki pekerjaan, namun begitu peluang
untuk menjadi ahli perniagaan dan mencari keuntungan sangat kecil
berbanding dengan sistem kapitalisme.

3. Komunisme

Sosialisme berjuang untuk mengembalikan kuasa ekonomi kepada


golongan proliter secara demokrasi dan sederhana. Walau
bagaimanapun sehingga menjelang perang Dunia Ke-2 (1940-1945)
ia kurang berkesan mencapai matlamatnya. Pendekatan baharu
menggunakan kekerasan dicadangkan iaitu dikenali sebagai
komunisme. lanya mendapat sambutan di Barat sesudah kegagalan
sosialisme dalam revolusi Perancis, yang bermotokan persamaan
(equality), kemerdekaan (liberty) dan persaudaraan (fretinity).

Sistem komunis merupakan satu sistem ekonomi sosialis yang


radikal dan satu doktrin politik yang diasaskan oleh Karl Marx.
Menerusi sistem ini, semua tanah dan modal sama ada yang asli
atau buatan manusia, berada di tangan negara sepenuhnya. Rakyat
akan menerima pendapatan menurut keperluan mereka, bukan
mengikut kebolehan mereka.

Sebenarnya tidak ada perbezaan pokok antara fahaman sosialis


dengan komunisme. Guru bagi kedua fahaman tersebut adalah Karl
Marx. Tujuan utama penganjur sosialisme ialah untuk menegakkan
kerajaan diktator oleh sosialis: Karl Marx mengarahkan agar semua
komunis mestilah bekerja untuk mengasaskan fahaman sosialisme.
Oleh itu penganjur komunis Rusia telah menamakan negara mereka
'Urrion of Soviet Socialist Republic' bukannya 'Union of Soviet
Communist Republic'. Dalam 'The Communist Manifesto' Karl Marx
menyatakan bahawa revolusi proletariat akan mengasaskan
pemerintahan diktator pekerja-pekerjasosialis. Untuk itu tiga perkara
diperlukan:

1. Menghapuskan semua hak milik persendirian


2. Menghapuskan unit keluarga.
3. Menghapuskan segala agama.

4 Ekonomi Campuran

Di samping itu ada juga sistem 'klon' yang lahir dari sistem-sistem
tersebut yang disebut sebagai ekonomi campuran. Sebenarnya
sistem ekonomi konvensional tidak ada sebarang sistem ekonomi
yang tulen. Dalam sistem komunis ada juga ciri-ciri kapitalis. Di Rusia
para petani dibenarkan bercucuk tanam di atas tanah mereka di
hataman rumah dan memiliki hasilnya. Mereko juga dibenarkan
memiliki beberapa ekor ternakan seperti ayam, babi dan biri-biri.
Setengah-setengah negara seperti di Afrika dan Timur Tengah
membentuk sistem campuran bebas dan sosialisme.
Di bawah sistem ekonomi campuran, hakmilikharta boleh berubah
dari hakmilik individu secara mutlak kepada hakmilik negara
sepenuhnya. Nisbah di antara satu sama lain mungkin berubah dengan
perkembangan ekonomi itu. Cara bagaimana sesebuah perusahaan
itu dimulakan juga berbeza. Perusahaan kecil-kecilan mungkin
dibiarkan kepada individu manakala perusahaan yang lebih besar
menjadi hakmilik negara dan dijalankan oleh negara.

Malaysia mempunyai sistem ekonomi campuran yang terbuka,


berorientasikan eksport dan bergantung kepada mekanisma harga
serta pasaran.

Perbezaan Dasar
Sistem Ekonomi lslam dan Konvensional

Perbezaan dasar antara ekonomi lslam dan konvensional boleh dilihat


dari beberapa sudut iaitu:

1. Sumber (epistemology) :

Sebagai sebuah addin yang syumul, sumbernya berasaskan kepada


sumber yang mutlak iaitu al-Qur'an dan al-Sunnah. Kedudukan
sumber yang mutlak ini menjadikan lslam itu sebagai suatu agama
(addin) yang istimewa berbanding dengan agama-agama ciptaan lain.
Al-Qur'an dan al-Sunnah ini menyentuh kita mempraktikkan ajaran
wahyu tersebut dalam semua kehidupan termasuklah soal muamalat.
Perkara-perkara asas muamalat dijelaskan di dalam wahyu yang
melibatkan suruhan/galakan dan larangan. Suruhan seperti makan
dan minum menjelaskan tentang tuntutan keperluan asasi manusia.
Penjelasan Allah s.w.t tentang kejadianNya untuk dimanfaatkan oleh-
manusia ( Yasin ayat 34-35. 72-73) (an-Nahl ayat 5-8,14,80)
menunjukkan bahawa alam ini disediakan begitu untuk dibangunkan.
oleh manusia sebagai Khalifah Allah (a/-Baqarahayat 30). Larangan-
larangan Allah s.w.t seperti riba (al-Baqarah ayat 275), perniagaan
babi, judi, arak dan lain-lain kerana perkara-perkara tersebut
menceroboh fungsi manusia sebagai khalifah tadi. Oleh itu sumber
rujukan untuk manusia dalam semua keadaan termasuklah ekonomi
ini adalah lengkap. Kesemuanya itu menjurus kepada suatu paksi
iaitu pembangunan seimbang rohani dan jasmani manusia
berasaskan tauhid.

Manakala ekonomi konvensional pula ianya tidak bersumber atau


berlandaskan wahyu. Oleh itu ianya lahir dari pemikiran manusia
yang boleh berubah bila-bila masa sahaja berdasarkan pengalaman
atau maklumat yang baru. Kalau ada ketikanya diambil dari wahyu
tetapi aka1 memprosesnya mengikut selera manusia sendiri kerana
halatujunya ialah mendapat pengiktirafan manusia bukan mengambil
kira pengiktirafan Allah S.W.T. Itu bezanya antara sumber wahyu
dengan sumber aka1manusia atau juga dikenal sebagai falsafah yang
lepas bebas dari ikatan wahyu.

Sebagai implikasi dari perbezaan landasan ini akan melahirkan


suatu natijah akhir yang berbeza. Sekalipun pada lahirnya terdapat
persamaan pendapat antara pakar ekonomi lslam yang bersandarkan
kepada wahyu untuk berijtihad dengan pakar ekonomi konvensional
atau sekular, tetapi kedua-dua sistem ini tidak sama. Ini kerana pakar
ekonomi lslam mencari penyelesaian berdasarkan al-Our'an dan
al-Sunnah, manakala pakar ekonomi sekular berdasarkan lojik aka1
yang lepas bebas dari ikatan wahyu.

Oleh itu sekalipun dapatan penyelidikannya adalah sama tetapi


lahir dari kepompong yang berlainan. Tunjang yang tidak sama akan
melahirkan implikasi yang berbeza kerana pakar ekonomi lslam
bertujuan untuk mencapai a/-falahdi dunia dan di akhirat, manakala
pakar ekonomi sekular cuba menyelesaikan segala kemelut yang
timbul tanpa ada pertirr~banganmengenai soal ketuhanan dan
keakhiratan tetapi keutamaannya hanyalah untuk kemudahan
manusia di dunia sahaja.

2. Halatuju Kehidupan :

Halatuju ekonomi lslam membawa kepada konsep al-falah (kejayaan)


di dunia dan akhirat tetapi ekonomi sekular untuk kepuasan di dunia
sahaja. Ekonomi lslam meletakkan manusia sebagai khalifah dimuka
bumi ini di mana segala bahan-bahan yang ada di bumi dan di langit
adalah dipermudahkan untuk manusia.

Firman Allah S.W.t. yang bermaksud:


"Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, matahari
serta bulan dan bintang-bintang dimudahkan dengan
perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda
(yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang
mahu memahaminya. Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk
kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan jua untuk
kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi sau tanda bagi kaum yang mahu mengingati
ni'mat Allah itu".
(Surah an-Nahl ayat 12-13)

Kesemuanya adalah bertujuan untuk beribadat kepada Allah


S.W.T sama ada berkaitan dengan soal ibadat yang khusus atau
ibadat yang umum. Manusia merupakan makhluk yang tidak boleh
bersendirian. Oleh itu dalam soal pemilikan harta terdapat harta milik
individu dan juga terdapat hak-hak harta yang menjadi hak
masyarakat umum. Oleh itu sebarang pencabulan atau
pencerobohan kepada hak milik orang lain adalah suatu kesalahan.

3. Konsep Harta Sebagai WasClah:

Di dalam Islam harta bukanlah merupakan matlamat hidup tetapi


adalah wasilah atau perantara bagi merealisasikan perintah Allah s.w.t.
Matlamat hidup yang sebenar ialah seperti firman Allah s.w.t. surah
al-An'am ayat 162 yang bermaksud:

"Katakanlah:'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,


hidupku dan matiku, hanyalah untukTuhan yang memelihara
dan mentadbirkan sekalian alam".

Merealisasikan perintah Allah s.w.t yang sebenarnya ini akan


membawa kepada ketenangan hidup yang hakiki. Setiap Muslim
percaya bahawa Allah s.w.t merupakan Pencipta yang mampu
memberikan ketenangan hakiki bukannya harta. Untuk itu harta
bukanlah tujuan sebenar kehidupan tetapi adalah sebagai jalan bagi
mencapai rrikmat ketenangan kehidupan di dunia dan berterusan
hingga ke alam akhirat.

Ini berbeza dengan sekular yang meletakkan keduniaan sebagai


matlamat yang tidak mempunyai kaitannya dengan Tuhan dan akhirat
sama sekali. Ini sudah tentu berlawanan dengan Islam. Bagi
merealisasikan matlamat hidup menurut aliran sekular ini mereka
menggubal sistem-sistem mengikut selera nafsu mereka bagi
memuaskan kehendak material mereka semata-mata. Oleh kerana
sistem sekular adalah berteraskan ekonomi buat untung tanpa
mempedulikan apa-apa nilai wahyu, maka mereka mengutamakan
kepentingan individu atau kepentingan golongan tertentu serta
menindas golongan atau individu yang lemah dan tertindas di atas
prinsip siapa kuat dialah yang berkuasa (survival of the fittest). Antara
sistem yang digubal ialah konsep riba. Riba bukanlah suatu yang
baru. lanya sudah lama dipraktikkan sejak dahulu lagi. Sebenarnya
riba inilah yang membantut pertumbuhan ekonomi manusia. lanya
diibaratkan sebagai lintah yang menghisap darah manusia di mana
akhirnya sisa-sisa hidup peminjam hutang secara riba terpaksa
dihambakan kepada tuan punya harta tersebut yang semakin lama
semakin bertambah hutangnya apabila bayaran gagal diselesaikan
dalam tempohnya. Di zaman tamadun Romawi misalnya apabila kaum
wanita berkuasa dalam bidang ekonomi, mereka meminjamkan wang
kepada suami mereka dengan kadar bunga yang tinggi dan akhirnya
suami mereka menjadi hamba kepada mereka. Oleh kerana soal
dunia sahaja yang dipentingkan maka kehidupan sekular ini hanya
berpijak kepada memberi keseronokan peribadi sahaja dengan segala
apa yang boleh didapati dengan segala cara yang ada. lnilah asas
yang membezakan antara ekonomi lslam dengan sekular.

Di dalam lslam untuk mendapat keuntungan maka alternatif yang


ada bukanlah berasaskan kepada riba tetapi berasaskan kepada
sistem jual beli dan mudharabah. Di dalam lslam Allah s.w.t
menjelaskan perbezaan antara riba dan jual beli iaitu jual beli adalah
dihalalkan tetapi riba adalah diharamkan. Jual beli ialah kontrak yang
bertecaskan saling reda mwedai tanpa sebarang hasutan atau
maklumat yang palsu. S M a h masing-masing berpuas hati maka
dijalankan aqad yang jelas melalui ijab dan qabul.

Sekalipun konsep jual beli ini nampak sama dengan sistem


sekular tetapi sistem lslam adalah berteraskan niat yang ikhlas
kerana Allah s.w.t (yang menghubungkan dengan kejayaan akhirat-
tidak seperti sistem sekular untuk kepentingan duniawi semata-mata)
tanpa ada sebarang bentuk penipuan dan provokasi untuk
kepentingan diri semata-mata. Di samping itu juga aktiviti-aktiviti yang
dijalankan tidak terlibat dengan perkara yang merosakkan fungsi
manusia seperti penjualan barang-barang yang menyalahi syarak
seperti arak, daging babi dan lain-lain.

Di dalam sistem muamalat lslam pelaburan merupakan suatu


yang tidak asing lagi untuk diperkatakan. Di dalam ha1 ini sistem
mudharabah adalah merupakan suatu yang praktikal untuk
dilaksanakan. Di samping ianya tidak berteraskan riba ia juga
memberikan pengagihan keuntungan yang saksama kepada setiap
pemodal atau sekiranya menanggung kerugian maka setiap pemodal
menanggung kadar kerugian yang sama. Di dalam lslam tidak
sepatutnya diizinkan pertarungan bagi membolot harta orang lain dan
berusaha untuk mengaut untung menerusi pegangan saham orang
lain serta merugikan pihak yang satu lagi (yang kalah bertarung)
seperti mana yang berlaku di dalam bursa anjuran sekular. Oleh
kerana sistem lslam mengutamakan aktiviti pelaburan yang sihat dan
mempunyai tujuan yang mulia maka aktiviti-aktiviti yang tidak sihat
seperti ghararadalah diharamkan. Ghararmenurut bahasa ialah risiko
yang tidak diketahui pada masa hadapan. Dari segi istilahnya gharar
boleh dikatakan sebagai sebaraqg bentuk pemalsuan yang tidak
ketara pada asalnya termasuklah judi. Salah satu dari aktiviti gharar
yang diharamkan ialah aktiviti spekulasi yang merbahaya. Spekulasi
seperti ini tidak sama dengan perniagaan risiko tinggi. Spekulasi
seperti ini sebenarnya adalah amalan judi kerana spekulator
mendapat untung di atas kerugian orang lain. Manakala risiko tinggi
pula ialah tidak membabitkan kerugian kepada orang lain tetapi
mendapat keuntungan secara bersih dari usaha yang dilakukan. Dan
kalaupun berlaku kerugian dengan sebab ijtihad yang salah, maka
tidak ada pihak lain lagi akan mendapat keuntungan di atas kerugian
kita dan begitulah sebaliknya.

Mengenai wang kertas emas dan perak, lslam meletakkan emas


dan perak adalah sebagai aset hakiki yang berharga yang menjadi
kecenderungan manusia (al-'lmran ayat 14) serta piawai bagi
matawang dunia. Di dalam dunia moden pada hari ini penggunaan
wang kertas menggantikan emas dan perak tidak asing lagi kepada
kita. Pada dasarnya ianya tidak mendatangkan masalah sekiranya
wang kertas tersebut benar-benar disandarkan kepada nilai sebenar
emas dan perak. Namun apa yang menjadi masalah kepada dunia
sekarang ini ialah golongan sekular ini menggunakan apa sahaja demi
kepentingan material mereka. Sebagai contoh duit dolar Amerika
Syarikat pada tahun 1970 di zaman Presiden Nixon sebenarnya
mencipta kejatuhan nilai yang teruk tetapi telah diisytiharkan sebagai
setara dengan nilai emas. Ini bermakna wang dolar tidak lagi
disandarkan kepada emas bahkan pengeluaran wang dolar bukannya
di bawah pendendalian Bank Negara tetapi diberikan kepada pihak
swasta untuk mencetak wang iaitu Federal Reserve Bank tidak
seperti di negara-negara lain diseluruh dunia yang di bawah
pengendalian Bank Negara.

Problem Ekonomi
('The Problem of Economy)

Seseteqgah penulis cenderung untuk memperkatakan bahawa apabila


wujud sistem ekonomi lslam maka sudah tentu tidak ada masalah
sama sekali bahkan meletakkan masalah ekonomi itu ialah masalah
manusia sendiri bukannya masalah pengeluaran. Oleh yang demikian
mereka tidak gemar berbicara tentang aspek sumber yang terhad.
Pada hakikatnya sememangnya Allah S. W. T berkuasa membuka
khazanah baru kepada manusia di alam ini dengan menyebut 'Kun'
sahaja. Masalah ekonomi yang menjadi ujian Allah s.w.t. ini dengan
mengambil petunjuk llahi iaitu wahyu sebagai kunci kebahagian di
dunia dan di akhirat.

Sekiranya kita melihat dari sudut 'harta yang terhad ini' semata-
mata disebabkan tidak mengikut perintah Allah s.w.t dan sekiranya
mengikut segala perintah Allah s.w.t maka tidak berlaku sama sekali
masalah demikian, maka ha1ini perlu difahami dengan wajar. Ini ialah
kerana bukan semestinya apabila seseorang atau sesebuah negara
itu beriman sebenar- benarnya, langsung tidak ada masalah di dunia
ini dan harta semestinya menjadi cukup, tetapi ianya mungkin cukup
atau mungkin tidak cukup. Di zaman khalifah Umar bin al-Khattab
misalnya pernah berlaku masalah tidak cukup makanan. Apakah di
zaman Umar kita boleh anggap bahawa pemerintahan lslam tidak
bagus sedangkan dalam sejarah lslam begitu jelas sekali sifat
keadilan dan ketaqwaannya dan beliau tergolorlg di dalam senarai
Khulafa' al-Rasyidin. Oleh yang demikian boleh kita katakan sumber
yang terhad ini yang mungkin berlaku pada satu satu masa tertentu
mungkin merupakan salah satu dari ujian Allah s.w.t seperti di dalam
firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji karnu dengan
sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda
dan jiwa serta tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang sabar: iaitu orang-orang yang apabila mereka
ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
"sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada
Allah jualah kami kembali". Mereka ini ialah orang-orang yang
dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka
seria rahmatnNya;dan mereka itulah orang-orang yang dapat
petunjuk hidayahNya."

Walaupun sekali imbas ianya kelihatan tidak baik dan tidak disukai
tetapi boleh jadi yang tidak disukai itu adalah kebaikan bagi kita seperti
tahu mensyukuri ni'mat Allah apabila melimpah ruah, tahu berjimat
cermat dan tidak membazir, mematangkan pemikiran kita dan
sebagainya. Apatah lagi terlalu banyak bahan-bahan makanan halal
dan baik-baik yang dijadikan oleh Allah s.w.t kepada kita sama ada
ianya asasi atau tidak asasi (manakala jenis-jenis makanan yang
diharamkan adalah sedikit sahaja). Sekalipun masalah-masalah ini
tetap ada di mana-mana yang termasuk sebagai ujian Allah s.w.t
maka Islam memberikan alternatifnya dengan berbagai-bagai cara.
Untuk itu setiap manusia sebagai khalifah Allah s.w.t mestilah
bertaqwa, berusaha dan berdoa untuk mendapat jawapan bagi setiap
permasalahan seperti berusaha menyusun pengagihan yang adil,
menghapuskan riba, mentadbir sistem zakat secara berkesan dan
lain-lain.

Satu perkara lagi yang perlu disedari bahawa bencana kepada


manusia bukan sahaja bersifat kemiskinan tetapi juga kemewahan.
Negara- negara barat yang dianggap maju dan membangun seperti
Amerika Syarikat menghadapi masalah sakit jiwa dan kadar jenayah
yang tinggi.

Dari segi kepuasan, kebiasaannya manusia tidak pernah puas


dan cukup dengan apa yang ada. Dari satu segi ketidakpuasan ini
ada juga bersifat positif iaitu tidak puas dengan amalan kebajikan
yang dilakukan bagi mendapat keredaan Allah s.w.t untuk mencapai
al-falah di akhirat, melahirkan kreativiti bagi memantapkan fungsi
sebagai manusia mengikut syariat AHah s.w.t, menggalakkan usaha
dan produktiviti yang lebih agar lebih dapat membantu dan memajukan
diri sendiri, keluarga dan negara mengikut syariat Allah s.w.t dan lain-
lain lagi yang tidak keluar dari niat kerana Allah s.w.t dan mengikut
landasan syariat untuk keredhaan Allah s.w.t.

Dari sudut kepuasan yang negatif pula ialah bersifat menurut


hawa nafsu tanpa memikirkan maslahat orang lain atau maslahah
umum tetapi hanya untuk kepentingan diri semata-mata. Apa yang
dipentingkan ialah kepuasan sendiri sahaja dengan berbagai cara
tanpa melihat dari segi aktiviti tersebut mengikut landasan syariat
atau tidak, atau pun aktiviti mengikut syariat tetapi niat seseorang itu
tidak mengarahkan hanya kepada Allah s.w.t untuk mencapai
kebahagian di hari akhirat kelak tetapi hanya terhad untuk kepentingan
duniawi semata-mata. Bertitik tolak dari ini lahirlah aliran kapitalis yang
menaja sistem ekonomi buat unturlg dengan segala cara bagi
mencapai matlamat yang diinginkan.

Walau bagaimanapun masalahnya yang berlaku, sepatutnya tidak


menjadi alasan kepada manusia untuk mengelakkan diri dari
mempraktikkan sistem ekonomi lslam (dan juga sistem-sistem lain
secara menyeluruh) kerana ianya adalah suatu tuntutan kepada
penyelesaian masalah manusia. Mungkin ianya tidak ketara dari sudut
harta tetapi menonjol dari segi keberkatan yang lain seperti tidak
banyak berlaku keganasan manusia dan ketenangan jiwa, kesihatan
manusia, ternakan dan lain-lain.

Sesungguhnya Allah s.w.t mampu segala-galanya dan Dia


menyediakan kepada kita segala-galanya. Pokok pangkalnya apa
yang diamanahkan kita itulah sepatutnya dilaksanakan. Soal natijah
itu hendaklah diserahkan kepadaNya. Apa yang penting ialah
merealisasikan perintahNyaberdasarkan aqidah dan keyakinan yang
kental berserta dengan praktikal doa dan usaha yang gigih.

Kaedah-kaedah Asas
Dalam Sistem Ekonomi lslam

Oleh kerana sistem ekonomi lslam bermatlamatkan mencari


keredaan Allah s.w.t semata-mata yang berbeza dengan sistem
ekonomi konvensional, maka terdapat garis panduan bagi menjadikan
sistem ekonomi itu teratur, seimbang dan diredai oleh Allah s.w.t serta
membahagiakan sesama manusia.

1. Harta merupakan hak Allah s.w.t yang mutlak

Ini merupakan rukun asasi dalam akidah Muslim seperti firman Allah
s.w.t yang bermaksud :

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang


mempunyai kuasa pemerintahan!Engkaulah yangmemberi
kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari
sesiapa yang Engkau kehendaki".

Manusia sebagai khalifah dimuka bumi, maksud firman Allah :


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada ma/aikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"
bertanggungjawab untuk menggunakan dan membelanjakan apa
sahaja yang dikurniakan oleh Allah s.w.t di muka bumi mengikut
perintah Allah s.w.t :
"Dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari
harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu
sebagai wakil untuk menguasainya."

Bertitik tolak dari inilah dasar kebebasan manusia sebagai khalifah


di muka bumi ini terkandung menerusi amalan pemikirannya bagi
mencari pendekatan kaedah-kaedah pelaburan, penggunaan sumber-
sumber alam dan usaha-usaha dalam batas-batas yang diredai
Allah s.w.t.

2. Aktiviti perekonomian merupakan suatu ibadat

Unsur asasi untuk mendapatkan rezeki ialah pekerjaan. Lantaran


itulah kita dapati Islam memberi penekanan dari segi kerja dan
menyeru manusia agar bekerja bagi menghasilkan maslahat dunia
dan akhirat. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Apabila selesai sembahyang rnaka bertebaranlah di muka
bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia
Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu
berjaya (dunia dan akhirat)".

Dengan ini aktiviti ekonomi termasuklah aktiviti pasar merupakan


suatu ibadat. Umar al-Khattab berkata: "Tidak ada seorang rakyat
yang datang kepadaku lalu ia meninggal, lebih aku cintai melainkan
yang berurusan jualbeli denganku untuk keperluan kaurn keluargaku".
Al-Qurtubiy di dalam tafsirnya mengenai surah al-Saf ayat 10-12
menyifatkan perniagaan adalah sebagai jihad.

3. Asal sesuatu adalah harus

Sesungguhnya asal bagi ciptaan Allah s.w.t. terhadap sesuatu ialah


halal dan harus, tidak diharamkan kecuali terdapat dalil nas yang
jelas mengharamkannya. Ini adalah pandangan majoriti ulama' Islam.
Oleh itu segala aktiviti adalah harus dan halal selagi tidak melibatkan
diri dengan yang diharamkan oleh Allah s.w.t. menerusi nas. Walau
bagaimanapun larangan Allah s.w.t tidak banyak berbanding dengan
aktiviti yang harus dan halal yang begitu has.

4. Uruf dan adat diambil kira dalam transaksi

Uruf ialah adat yang dipraktikkan di kalangan manusia, manakala


adat yang khas bagi individu-individu tidak dinamakan uruf. Adat dan
uruf pada asalnya mempunyai makna yang sama tetapi ahli-ahli usul
dan ahli-ahli Fikh menentukan bahawa uruf adalah lebih umum dari
adat.

5. Mencapai Maslahat Khas dan Am

i) lntipati syariah ialah maslahah seperti kata Imam al-Syatibiy:


(Sesungguhnya diletakkan syariah itu ialah untuk
kemaslahatan hamba di dunia dan akhirat)
ii) Mengambil kira maslahah individu dan maslahah ramai/umum.
Kaedah ini yang membezakan antara sistem kapitalis dan
Sosialis/Komunis di mana kapitalis yang menekankan
maslahah individu manakala sistem Sosialis menekankan
maslahah umum.
iii) Mengutamakan maslahah umum apabila bercanggah dengan
maslahah individu. Di antara kaedah fikah di dalam soal ini
ialah: (Apabila berlaku dua kerosakan, hendaklah dipilih yang
paling ringan).

6. Mengetahui hukum-hakam

Seseorang yang ingin bermualamat semestinya mengetahui tentang


soal hukum hakam, haram dan halal serta memenuhi syarat yang
ditetapkan. Menurut Imam Nawawi, seseorang yang berurusan di
dalam ekonomi sekurang-kurangnya dapat mengetahui hukum hakam
yang lahirnya diketahui oleh orang ramai.

Penutup

Sistem ekonomi Islam atau dikenali sebagai muamalat adalah suatu


sistem yang mantap kerana berdasarkan wahyu yang jelas dari Yang
Maha Berkuasa iaitu Allah s.w.t. Namun ianya menjadi agak
complicated terutamanya akhir-akhir ini, disebabkan kerana terikut
dengan rentak dan cara hidup serta pendidikan barat yang
mengabaikan aspek yang paling penting kepada manusia iaitu
pembangunan manusia hakiki berteraskan paradigma tauhid bagi
menuju pengiktirafan Allah s.w.t bagi mencapai al-falah dan bukannya
semata-mata bangunan yang barangkalinya didiami oleh manusia-
manusia yang ketandusan jiwa dan akhlaknya.
PERSPEKTIF ISLAM
MENGENAI BURSA SAHAM
Penulis Khas

Pendahuluan

Pasar merupakan suatu tempat yang sudah terkenal di zaman


sebelurn Islam lagi. Perdagangan menjadi suatu yang sudah sebati
dengan dengan jiwa orang Arab. Mereka membawa barang-baraqg
perdagangan dari Semenanjung Arab ke Farsi dan Rom seperti juga
membawa barangan ke Yaman pada musim sejuk dan ke Syam
pada musim panas seperti yang digambarkan menerusi al-Qur'an
surah Quraisy ayat 1 hingga 4 yang berrnaksud :
"Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy
(penduduk Mekah), (iaitu) kebiasaan aman tenteram
perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim
sejuk (ke negeri~aman),-danpada musim panas (ke negeri
Syam), maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang
menguasai (ka'bah) ini, Tuhan yang memberi mereka
penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan
mengamankan mereka dari ketakutan"

Perkembangan berikutnya menjadi lebih pesat dengan lahirnya


pasar-pasar yang bermacam-macam di pelbagai tempat. Ada yang
bermusim, ada yang bersifat tahunan, bulanan, mingguan dan harian.
Terdapat lebih dari dua puluh buah pasar yang bersifat musim dari
berbagai negara seperti Suq Dzil Majaz, Suq 'Ukaz dan sebagainya.

Pasar seterusnya kian berkembang dengan fungsinya yang sama


di mana pada zaman kerajaan Rom lahir pasaran kewangan yang
pertama dengan wujudnya Collegia Mercatorum pada kurun kelima
sebelum Masihi. Pada zaman pertengahan terdapat beberapa tempat
seperti di Amsterdam dan London menjadi pusat-pusat penting di
mana terdapat bursa bagi pasaran perdagangan. Berikutnya
keadaan ini menjadi semakin berkembang dengan wujudnya
pertukaran barangan, kewangan, hiwalah dan saham-saham syarikat
perdagangan.

Sejak permulaan kurun ke 17 beribu-ribu pekerja bertugas di


Amsterdam antara jarn 12:OO tengahari hingga 2:00 petarrg untuk
menawarkan harga saham Syarikat India Timur. Seterusnya pada
kurun ke 19 Paris berkembang sebagai pusat jual beli instrumen
harta ini dan pada pertengahan kurun ke 19 pula, London muncul
sebagai tempat paling awal yang memainkan peranan penting dalam
ha1 ini namun peranannya kian berkurangan ketika berlaku kedua-
dua peperangan dunia pertama dan kedua sebelum berkembangnya
Wall Street. Perkembangan pesat mengenai bursa saham ini berlaku
di seluruh dunia.

Sejarah Bursa Saham

Menurut Dr. 'Ali Mahyuddin at-Qurrah Daghi, Bursa bermaksud


tempat- tempat yang khusus bagi aktiviti-aktiviti perniagaan tentang
tukaran wang, wang tunai, saham-saham dan bon-bon, instrumen-
instrumen perniagaan dan sijil-sijil simpanan dan sebagainya di
samping kontrak-kontrak barang-barang perniagaan di antara
pengeluar hasil dan peniaga.

Perkataan bursa adalah perkataan Perancis yang bermaksud


bekas atau beg wang, lanya disandarkan kepada pasar yang berlaku
transaksi-transaksiatau akad-akad kontrak yang melibatkan barang-
barang perniagaan dan sekuriti di mana pedagang-pedagang yang
datang ke pasar tersebut membawa bersama-sama mereka 'akyas'
iaitu bekas-bekas atau beg-beg yang berisi wang. Ada yang
mengatakan bahawa asal perkataan ini adalah kerana peniaga-
peniaga bandar 'Bruge' di Belgium pada kurun ke 16 Masihi
berkumpul di istana atau hotel seorang peniaga kaya bernama Van
Der Bourse.
Satu pendapat lagi menjelaskan makna perkataan bursa adalah
disebabkan peniaga-peniaga berkurrlpul di rumah seorang penukar
wang yang terukir pada bahagian depan rumah tersebut dengan tiga
beg wang dan dikenali keluarga ini dengan nama 'Bourse'. Perkataan
bourse ini jika ditinjau dari segi maknanya di dalam bahasa Peranchis
bermakna beg duit, seperti juga perkataan bourse di dalani bahasa
Jerman dan perkataan lnggeris purse manakala di dalam bahasa
Latin disebut bursa dan di dalam ltalinya disebut borsa.

Peranan Bursa Saham


Menurut Perspektif Islam

Bursa Saham memainkan peranan yang penting di dalam rangka


membantu pertumbuhan perniagaan yang pesat dan dianggap
sebagai nadi bagi setiap masyarakat bertamadun. Sesungguhnya
Allah s.w.t. mengiktiraf tentang keperluan harta bagi masyarakat
seperti yang terdapat di dalam surah al-Nisa' ayat 5 yang
bermaksud :
"Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-
orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka
yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah
menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas
pembangunan kehidupan kamu".

Oleh kerana kedudukan bursa saham pada masa kini adalah


sebagai memenuhi maqasid syariah yang khusus berkaitan dengan
pemeliharaan harta dan pembangunannya, maka masyarakat
manusia amat memerlukan kepada bursa saham dan penyusunannya
bagi menyelesaikan keperluan masyarakat umum berkaitan dengan
pelaburan.

Bursa saham adalah berkaitan dengan berbagai perkara tentang


muamalat termasuklah dari segi penyusunan, pentadbiran dan urusan
yang berterusan. Oleh itu ia termasuk dalam bab masalih mursalah
dan siasah syar'iyyahyang didirikan oleh pemerintah bagi masyarakat
untuk menyusunnya secara wajar dan saksama tanpa bertentangan
dengan usul syariah.
Sesungguhnya lslam amat menggalakkan pelaburan harta tanpa
membekukannya sehingga ianya dimakan (menjadi kurang) oleh
zakat. Oleh yang demikian pemikiran tentang bursa saham yang
sesuai menurut kaedah-kaedah muamalat syariah yang sunyi dari
riba amat berbeza dengan bursa saham konvensional. Buah fikiran
ini bukanlah suatu yang asing bahkan mampu dicapai. Sehingga
kini bilangan institusi-institusi lslam kian bertambah dari 29 buah
institusi sejak 1985 sehingga mencapai 192 institusi. Menurut
perangkaan persatuan bank-bank lslam antarabangsabahawa pada
tahun 1996 bilangannya tidak kurang dari 198 buah institusi pada 38
buah negara dari Australia hingga ke Amerika sampai ke Eropah
dan dari Asia barat hingga ke Afrika.

Kaedah Bursa Saham lslam

Di dalam membicarakan tentang go1 bursa saham irli terdapat tiga


perkara yang perlu diberikan perhatian iaitu
- soal struktur asas bursa itu sendiri
- soal aktiviti itu sendiri
- pengawasan.

1. Dari Segi Struktuf Asas Bursa Saham lslam


Terdapat dua jenis saham yang diperniagakan :
a. Saham yang diperrliagakan di kalangan pemegang-pemegang
saham syarikat sahaja. Oleh itu saham-saham ini tidak
diperniagakan di bursa.
b. Saham yang ditentukan oleh syarikat bahawa ianya boleh
bertukar-tukar pemegang saham yang diperniagakan di
bursa. Oleh itu pihak syarikat dikehendaki mengemukakan
maklumat-maklumat yang perlu kepada bursa bagi proses
penilaian yang sesuai. Di dalam ha1 ini proses permohonan
hendaklah dilakukan dan pihak bursa akan bertindak menurut
undang-undang khas dengan jaminan bahawa maklumat
tersebut adalah benar dan mengarrlbil tindakan bagi syarikat
yang mengemukakan maklumat palsu. Di sampiug itu juga
pihak bursa mestilah melihat akaun syarikat dan dokumennya
serta aktivitinya untuk mempastikan maklumat yang telah
diberikan adalah sama atau bagi tujuan untuk mendapat
maklumat-maklumat baharu.
Setelah perkara ini selesai, maka hendaklah dilaksanakan proses-
proses berikut :
i. Menentukan masa operasi yang sesuai bagi setiap saham :
Operasi jualbeli saham tersebut ditentukan seperti satu bulan,
4 bulan atau setengah tahun bergantung kepada keperluan
syarikat dan mampu menguruskan akaun yang tersusun
setiap masa tersebut berdasarkan permintaan dan
penawaran. Transaksi tersebut disempurnakan mengikut
peringkat-peringkat tertentu contohnya tiga hari yang pertama
bagi setiap bulan bagi saham-saham yang sudah tamat
tempoh jualannya.
ii. Menentukan harga yang paling maksima yaqg sesuai bagi
saham tertentu tanpa membenarkan transaksi dengan harga
yang lebih tinggi dari yang telah ditetapkan.
iii. Hendaklah semua transaksi saham yang keluar dari syarikat
adalah melalui (bursa) sahaja. la ditawarkan kepada ahli-ahli
syarikat terlebih dahulu sebelum dibuka kepada orang lain.
iv. Semakan semula terhadap saham setiap/peringkat/musim
dengan mengumumkan harta syarikat yang disenaraikan di
bursa saham.

2. Dari Segi Aktiviti Saham


i. Hendaklah saham-saham tersebut terbit dari syarikat yang
mempunyai tujuan yang disyariatkan iaitu asas perniagaannya
adalah halal. Sekiranya syarikat tersebut berdiri di atas asas
yang halal tetapi kadangkala tertentu terdapat transaksinya
berkait sedikit dengan aktiviti haram seperti faedah bank dan
sebagainya, maka terdapat tiga pendapat di dalam masalah
ini :
a) Haram kerana nas-nas menyuruh agar menjauhi dari
perkara-perkara haram dan syubhah berdasarkan kaedah
jika bercampur antara halal dan haram dimenangkan yang
(dikira) haram. Menurut Dr. 'Ali al-Salus perkara ini adalah
haram kecuali dapat diwujudkan panel syariah yang
mengawasinya.
b) Harus berurusan dengan membeli saham syarikat-
syarikat penting yang memberi khidmat awam seperti
syarikat elektrik, perhubungan dan lain-lain. Fatwa ini
datangnya dari Syeikh Mustafa Ahmad al-Zarqa' dan
anggota panel syariah Muassasah al-Rajihi Li A'mal al-
Sorofah di Arab Saudi. Fatwa ini khas bagi syarikat-
syarikat penting yang memberi khidmat awam kepada
manusia, yang mana ditimpa kesusahan atau musyaqqah
dengan sebab ketiadaannya, tetapi bukannya terhadap
kesemua syarikat.
c) Mengharuskan berurusan dengan syarikat-syarikat
tersebut. Pendapat ini menegaskan bahawa sedikit yang
haram tidaklah mencacatkan asasnya yang halal dan
kebanyakan aktivitinya adalah halal. Apatah lagi boleh
dikira nisbahnya yang haram tersebut dan dikeluarkan
daripadanya untuk diselesaikan secara syariat iaitu
didermakan kepada orang miskin.
Pendapat ketiga ini adalah lebih rajih dan ramai yang mendokong
pendapat ini. Terdapat kaedah-kaedah a/-Qawaida/-Fiqhiyyahyang
dapat dijadikan landasan seperti lbnu Nujaim dan al-Sayuti di dalam
a/-Asybah Wa a/-Nazair serta al-Kasani.
ii. Hendaklah saham itu lahir dari syarikat yang dikenali umum
serta jelas perniagaannya tanpa bercampur aduk seperti
syarikat-syarikat saham usahasama Amerika yang dikenali
dengan nama mutual fund yang menjadi haram kerana dua
perkara ;
a) kerana jahil tentang kandungan syarikat-syarikat tersebut
seperti syarikat pengeluar arak, riba dan sebagainya.
b) syarikat ini melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak
memenuhi syariat seperti jual-beli secara hutang
melibatkan faedahlriba.
...
III. Tidak terlibat transaksi pada perkara-perkara yang dilarang
oleh syariat seperti riba, gharar, kejahilan dan memakan harta
manusia secara batil. Oleh itu tidak harus (haram) pelabur
menerima saham yang mendapat perolehan yang tetap tanpa
terikat dengan untung dan rugi syarikat.
3. Majlis Pengawasan Syariah:
Majlis pengawasan syariah yang dibentuk oleh bursa saham
Islam merupakan satu bentuk institusi hisbah bagi mengawal
penyelewenganyang berlaku atau akan berlaku. Di antara bidang
tugas yang perlu diawasi termasuklah :
i. Mengawal harga dan menegahnya dari harga yang terlalu
tinggi dari harga patut atau harga biasa di pasaran. la akan
bertindak terhadap peniaga yang menyalahi peraturan ini.
Tugasnya ialah untuk menegakkan keadilan, membanteras
kezaliman, tunduk kepada realiti permintaan dan penawaran
harga pasaran yang jauh dari bentuk- bentuk ihtikar dan
permainan harga.
ii. Menegah perdagangan barangan yang tidak memenuhi
piawai atau syarat. la bertugas memastikan bahawa barangan
yang diperniagakan adalah selamat dari kecacatan, tipu, tidak
merlgikut berat sukatan dan timbangan seperti yang
dilabelkan atau yang sepatutnya dan mengikut spesifikasi
yang betul.
iii. Menegah muamalat yang diharamkan oleh Allah S.W.t. dan
rasulNya yang termasuk di dalam kategori mungkar yang
dilarang seperti kontrak secara riba sama ada secara jelas
atau secara helah, kontrak perjudian seperti jualbeli secara
gharar dan lain-lain.
iv. menegah daripada berlakunya wang sebagai barang
perdagangan kerana sepatutnya wang adalah alat atau modal
untuk berniaga dan bukannya menjadi sebagai barang
perdagangan. Oleh itu pasaran hendaklah bebas dari
perjudian dan menghalakannya kearah mencapai tujuan
ekonomi yang berfaedah dengan pelaburan yang hakiki.
Untuk mencapai tujuan ini beberapa perkara berikut
disarankan :
a) Menggunakan sistem cukai ke arah pelaburan hakiki
bukannya perjudian. Sebagai contoh dikenakan cukai
yaug tinggi melebihi keuntungan pokok bagi perolehan
untung jangka pendek. Manakala bagi pelabur jangka
panjang seperti 5 tahun atau kurang sedikit dari itu, maka
dikecualikan daripada cukai. Hal ini akan menyebabkan
berkurangnya pelabur jangka pendek.
b) Pihak-pihak yang mempunyai tabung kewangan yang
besar seperti Kumpulan Wang Persaraan, Syarikat
lnsuran dan lain-lain membentuk tunjang yang utama
pasaran bagi menghalakan pasaran kepada sistem
mudharabah. Oleh itu pihak-pihak ini. memainkan
peranan yang penting ke arah pelaburan yang hakiki
bukannya perjudian.
c) Meletakkan piawai terhadap perubahan harga di mana
tidak membenarkan mana-mana pihak mendapat
keuntungan disebabkan perubahan harga secara
mendadak bagi tujuan menyekat perjudian. Di Bursa To-
kyo contohnya tidak membenarkan peningkatan harga
saham lebih dari 10 % pada hari yang sama bagi
kebanyakan saham-sahamnya manakala yang
selebihnya tidak dibenarkan lebih dari 20 O/O.

Kesimpulan

Melihat kepada sistem bursa saham Islam yang begitu beradab untuk
mengatur masyarakat kepada konsep tamadun manusia yang
sebenar yang berpaksikan aqidah tauhid untuk mencari keredaan
atau pengiktirafan Allah S.W.t sebagai halatujunya, maka sudah tentu
sama sekali berbeza dengan sistem konvensional yang meletakkan
halatujunya bagi mencari keredaan manusia semata-mata. Cukuplah
petikan berikut menggambarkan kecelaruan dan penipuan tentang
saham di dalam sejarah yang diperolehi dari buku Pawns In The
Game (Bidak-bidak di Papan Catur Iblis) dalam bab keempat
mengenai kejatuhan Napolean ;
'Burung-burung kecil kepunyaan Nathan Rothschild itu telah
membawa berita-berita bohong begitu sekali pentingnya
mengenai peperangan Waterloo, sehingga rakyat British
telah berada di dalam keadaan resah gelisah. Pasaran stok
hancur sama sekali. Wang pound lnggeris dapat dibeli
dengan sau lagu (nyanyian) atau satu syiling! Harga semua
barangan telah jatuh serendah-rendahnya yang mana
belum pernah dialami sebelum dari itu. Nathan telah
menempah khas sebuah kapal dengan bayaran £2,000 untuk
membawanya dari Perancis ke England. Dia dan sekalian
rakan-rakannya telah membeli segala stok, bon, saham, harta
benda-hartabenda lain dan sekuriti yang dapat mereka capai.
Bila berita sebenar berkenaan kemenangan Wellington
sampai kepada pengetahuan rakyat British, harga barang-
barang kembali semula seperti sediakala tetapi lintah-lintah
darat internasional telah berjaya mengaut keuntungan yang
tidak terkira banyaknya.'

Mohamad Sabri Haron. 1999. Ahkam al-Aswaq al-Maliyyah. Dar al-


Nafais. 'Amman: Jordan.
Al-Jarihi, Ma'bad 'Ali.1989. al-Aswaq al-Maliyyah Fi Dhau' Mabadi'
al-Islam dalam al-ldarah al-Maliyyah Fi al-Islam. j.1. Muassasah Aal
al-Bait. 'Amman: Jordan.
Carr, William Guy. Cet 3, 1999. Bidak-bidak Di Papan Catur lblis
(Pawns in The Game). Terjemahan oleh lsmail bin Mohd. Hassan.
Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.
PINDAAN
PERLEMBAGAAN NEGERI KELANTAN
DAN ISU-ISU YANG BERKAITAN

Pengenalan

Kertas ringkas ini bertujuan untuk memberi gambaran sepintas lalu


tentang falsafah pindaan perlembagaan serta prosedur
pelaksanaannya di peringkat persekutuan dan negeri. Ini adalah
untuk menjelaskan beberapa prinsip yang relevan dalam suasana
politik di Kelantan sekarang. la juga menjelaskan hubungan antara
pindaan perlembagaan di persekutuan, terutamanya pada 1994, dan
hubungannya dengan semua perlembagaan negeri, termasuk
Kelantan. Selain itu kertas ini juga akan membuat tinjauan ke atas
beberapa persoalan dan kontroversi berhubung dengan isu-isu
tersebut.

Perlu disedari bahawa sama dengan keadaannya di tempat-


tempat lain, undang-undang hanyalah sebahagian daripada sekian
banyak faktor yang perlu diambil kira; yang tidak boleh diketepikan.
Dalam keadaan-keadaan tertentu faktor-faktor itu, termasuk politik,
keadaan ekonomi, adat istiadat dan seumpamanya boleh menjadi
faktor penentu sama ada sesuatu pindaan itu berkesan atau
sebaliknya. Ini tidak memeranjatkan kerana undang-undang, pada
hakikatnya, adalah semata-mata alat yang memerlukan faktor-faktor
lain, termasuk politik, untuk berfungsi dengan berkesan. Dalam
keadaan biasa pun faktor-faktor tersebut memang memberi arah dan
'nyawa' kepada undang-undangl.

Jawapan kepada kebanyakan masalah yang timbul sekarang


banyak bergantung kepada beberapa konsep termasuk kedudukan
Raja dan institusi-insitusi lain yang tidak dipilih secara demokratik,
termasuk badan kehakiman dan perkhidmatan awam, di dalam
kerangka perlembagaan.Tema penting yang menjadi falsafah kepada
peranan mereka ialah bahawa segala kuasa undang-undang perlu
dijalankan selaras dengan tuntutan dan semangat demokrasi.

Pindaan Perlembagaan : Falsafah dan Masalahnya

Sebagai sebuah dokumen ciptaan manusia perlembagaan


memerlukan pindaan kerana itulah cara bagaimana ia dapat sentiasa
menyesuaikan diri dengan perkembangan masa dan keperluan
masyarakat yang melatarinya. Kadang-kadang sesuatu yang
kelihatan ideal dan praktikal ketika sesuatu perlembagan itu digubal
kemudiaanya terbukti lemah dan tidak berkesan. Malah, sekiranya
keadaan sudah menjadi begitu teruk sesuatu perlembagaan mungkin
terpaksa diganti terus dengan yang baru 2. Bagaimana pun sesuai
dengan sifatnya sebagai sebuah instrumen pemerintahan dan
kenegaraan pindaan ini tidak boleh dilakukan sewenang-wenang;
semua pihak yang terlibat dan mempunyai kepentingan mesti diberi
peluang untuk mengambil bahagian.

Di dalam meneliti dan melaksanakan sesuatu pindaan itu ada


faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan. Ini termasuklah sejarah dan
sifat perlembagaan itu sendiri. Sebab itulah sekiranya sesuatu
perlembagaan itu terperinci (detailed) sifatnya maka kemungkinan
ia sering dipinda adalah besar. Perlembagaan Malaysia dan India
adalah contoh-contoh yang relevan di sini. Sebaliknya jika sesuatu
perlembagaan itu bersifat umum dan kurang teknikal maka kuranglah
kemungkinannya untuk dipinda. lnilah yang kita lihat dalam konteks
Perlembagaan Amerika Syarikat.

Satu lagi pertimbarrgan yang harus diambil kira ialah kedud~~kan


dan fungsi perlembagaan sebagai undang-undang dasar sesebuah
negara. Jika sesuatu perlembagaan itu terlalu kerap dipinda maka
kuranglah signifikannya sebagai sebuah undang-undang dasar dan
turunlah darjatnya menjadi undang-undang biasa yang lain; yakni
statut (baik dalam bentuk akta, enakmen mau pun ordinan). Tetapi
walau apa pun cara meminda perlembagaan perlu berbeza dengan
undang-undang biasa: pindaan perlembagaan harus lebih sulit dan
perlu memakan masa yang lama.

Falsafah dan Prosedur Pindaan Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia - di peringkat persekutuan dan negeri -


telah menetapkan beberapa prosedur tertentu sebelum sesuatu
pindaan boleh dilakukan. Di peringkat persekutuan ada empat cara
di mana pindaan boleh dilakukan. Prosedur tersebut ialah (1) melalui
undi majoriti mudah (simple majority) di kedua-dua Dewan Rakyat
dan Negara, (2) melalui undi dua pertiga di kedua-dua Dewan, (3)
melalui undi dua pertiga di kedua-dua Dewan dan perkenan Majlis
Raja-Raja dan (4) melalui undi dua pertiga di kedua-dua Dewan dan
dipersetujui oleh Yang di Pertua Negeri Sabah dan Sarawak. Boleh
dikatakan bahawa kebanyakan peruntukan dalam Perlembagaan
Persekutuan memerlukan syarat undi dua pertiga.

Punca mengapa sering menimbulkan kekeliruan dalam


menentukan syarat atau prosedur yang dipatuhi ialah perlembagaan
tidak menyebut dengan jelas peruntukan mana yang memerlukan
syarat-syarat tertentu dan inilah yang selama ini menimbulkan
masalah dan krisis perlembagaan. Sesuatu rang undang-undang
mengenai pindaan perlembagaan itu, meskipun telah diluluskan
dengan undi dua pertiga di Parlimen dan diberi perkenan oleh Yang
di Pertuan Agong, masih tidak sah sekiranya pindaan itu
mendatangkan kesan yang menyentuh kepentingan-kepentingan
tertentu y- menyebabkan pindaan berkenaan tergolong dalam
pindam-pindaan yang mmerlukan persetujuan badan-badan di luar
Parlimen s e p r t i MajFis Raja-Raja atau Yang di Pertua IVegeri Sabah
dan Sarawak. Dalarn bahasa yang mudah subjek pindaan
perlentbagam ti&k tnuckh di$erikan jawapan kerana ia bagaikan
isu yang be&emungkinan mengandungi 'jerangkap samar' di
bawahnya! Datam soal ini para peguam sendiri pun sering tersilap
dalam merr~bacadan mentafsir peruntukan-peruntukan berkenaan.
Falsafah di sebalik prosedur yang sulit ini ialah bahawa
perlembagaan adalah undang-undang dasar yang mengkanunkan
pelbagai kepentingan dan hak yang hanya boleh dirombak dengan
persetujuan pihak yang berkenaan. Prosedur pindaan yang sulit ini
juga penting supaya perlembagaan tidak dipinda dengan sewenang-
wenang dan sesuka hati. Sebagai dokumen yang merrjadi tulang
belakang negara sudah tentu ada prinsip-prinsip yang harus kekal
tidak kira parti politik mana pun yang membentuk kerajaan dan
memerintah.

Falsafah yang sama melatari prosedur pindaan perlembagaan


di peringkat negeri. Di Kelantan perlembagaan negeri telah
menetapkan dua cara bagaimana ia boleh dipinda iaitu (1) melalui
perisytiharan yang dibuat oleh Sultan setelah diperkenan dan
dipersetujui oleh Majlis Penasihat Raja dan (2) melalui sebuah rang
undang-undang yang diluluskan oleh undi dua pertiga di Dewan
Undangan Negeri. Peruntukan-peruntukan yang hanya boleh dipinda
oleh perisytiharan sultan umumnya bolehlah disifatkan sebagai
perkara-perkarayang melibatkan kedudukan sultan, adat istiadat dan
istana. Perlu disebutkan bahawa ada peruntukan-peruntukan dalam
perlembagaan negeri yang tidak boleh dipinda oleh dewan
berkenaan. Ini kerana peruntukan-peruntukan berkenaan melibatkan
kedudukan Islam, kedudukan Sultan sebagai ketua agama dan juga
perubahan kepada sempadan negeri yang melibatkan kuasa Majlis
Raja-Raja di peringkat persekutuan.

Prosedur pindaan di peringkat negeri tidak terpisah daripada


proses pindaan perlembagaan di peringkat persekutuan. Hal ini tidak
memeranjatkan kerana Malaysia adalah negara persekutuan yang
Kelantan adalah salah satu anggotanya. Dari satu sudut
Perlembagaan Malaysia boleh dikatakan sebagai terdiri daripada
Perlerr~bagaanPersekutuan dan perlembagaan-perlembagaan
negeri.

Pindaan dan Krisis Perlembagaan 1983 - 1994

Setakat ini perlembagaan Malaysia sudah dipinda hampir 40 kali,


yang terbaru melibatkan penyerahan Putrajaya kepada kerajaan
persekutuan. Dalam beberapa kesempatan pindaan-pindaan itu telah
mencetuskan krisis. Apa yang merrjadi persoalar~bukanlah sangat
soal kekerapan pindaan kerana seperti yang'disebutkan di atas tadi
sebuah perlembagaan yang terperinci dan teknikal memang perlu
kerap dipinda: jumlah kerusi parlimen, nama jawatan tertentu dan
sebagainya perlu disesuaikan dengan perubahan masa dan
keperluan. Dalam beberapa pindaan yang tertentu ketegangan timbul
kerana ia mengganggu perseimbangan kuasa dan kepentingan
tertentu yang dengan sendirinya menimbulkan kontroversi mengenai
prosedur yang patut dipatuhi dalam melaksanakannya. Antara
pindaan-pindaan yang kontroversial setakat ini ialah yang
menyangkut soal kedudukan dan kuasa Yang di Pertuan Agong dan
Raja-Raja pada 1983, 1993 dan 1994 serta yang melibatkan
kedudukan badan kehakiman pada 1988.

Pada 1983 pindaan yang dikemukakan merr~berifokus kepada


dua perkara; (1) kuasa perkenan terhadap rang undang-undang dan
(2) kuasa Yang di Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Pindaan ini mencetuskan krisis dan ia hanya selesai pada awal 1984
melalui satu formula komprorr~iantara Raja-Raja dan kerajaan
persekutuan iaitu (1) kuasa perkenan dijelaskan dengan memberi
kuasa memulangkan rang undang-undang kepada Yang di Pertuan
Agong, (2) kuasa perkenan kekal sebagaimana kedudukan asal di
peringkat negeri dan (3) kuasa mengisytiharkan darurat kekal di
tangan Yang di Pertuan Agong. Bagaimanapun kerajaan nampaknya
mungkir janji dan meminda perlembagaan pada 1994 dengan
merubah kompromi (1) dan (2) dan juga konsep bertindak mengikut
nasihat tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja. Sebab itu pindaan
tersebut boleh dihujah sebagai tidak sah. Pindaan perlembagaan
1993 pula berkisar kepada kedudukan imuniti Raja-Raja yang
berakhir dengan imuniti yang terhad kepada Raja-Raja serta
penubuhan sebuah Mahkamah Khas untuk membicarakan Raja-
Raja. Pindaan ini juga mempunyai masalah teknikal dan mungkin
boleh dihujah sebagai tidak sah. Kontroversi politik yang melibatkan
istana pada 1990-92 tidak melibatkan apa-apa pindaan terhadap
perlembagaan. Yang ada hanyalah sebuah perisytiharan yang
bagaimanapun tidak disetujui oleh kesemua sembilan orang Raja.

Pindaan perlembagaan 1988 pula melibatkan kuasa kehakiman


dan insiden ini dianggap penting kerana ia melenyapkan ungkapan
'kuasa kehakiman' dalam Perkara 121(1). Pindaan yang
memadamkan ungkapan tersebut menyebabkan makna dan
implikasi sebenar pindaan tersebut masih menjadi misteri sehingga
hari ini. Apakah ini bermakna bahawa badan kehakiman Malaysia
tidak mempunyai kuasa lagi? Apa pun jawapannya misteri itu mungkin
boleh difahami dengan meneliti krisis antara kerajaan persekutuan
dengan badan kehakiman; yang berakhir dengan pemecatan bekas
Ketua Hakim Negara Tun Mohd. Salleh Abas dan dua orang lagi
Hakim Mahkamah Agung (sekarang Mahkamah Persekutuan) iaitu
Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah Kim Seng.

Pindaan Perlerr~bagaanNegeri Kelantan

Masalah di Kelantan perlu dilihat dalam kerangka perlembagaan yang


lebih besar dan juga dalam konteks krisis-krisis di atas, khususnya
pindaan 1994 yang berhubung dengan soal bertindak mengikut
nasihat. Peruntukan ini adalah peruntukan piawai yang terdapat
dalam semua perlembagaan; baik di peringkat persekutuan mau pun
negeri. Boleh juga dikatakan bahawa apa yang terdapat di dalam
Perlembagaan Kelantan sebenarnya adalah sebahagian daripada
peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perlu dinyatakan bahawa
peruntukan mengenai bertindak mengikut nasihat ini ialah
peruntukan yang terdapat di semua negara Komanwel. Walaupun
perkataannya mungkin berbeza-beza implikasi dan p'elaksanaan
konsep bertindak mengikut nasihat itu tidak jauh berbeza.

Di atas tadi ada dinyatakan bahawa ada kemungkinan bahawa


pindaan 1994 itu tidak sah. Bagaimanapun ini perlu dibawa ke
mahkamah dan selagi itu tidak dilakukan maka kita boleh membuat
andaian bahawa pindaan berkenaan sah. Bagaimana kesan atau
pelaksanaan pindaan tersebut di peringkat negeri? Setakat ini ada
dua pendapat mengenainya: (1) oleh kerana peruntukan di peringkat
negeri adalah sebahagian daripada peruntukan di peringkat
persekutuan maka tidak perlulah dilakukan pindaan. Dengan kata
lain apa yang dipinda di peringkat persekutuan telah terlaksana di
peringkat negeri secara otomatik. Ini diperkuatkan dengan kedudukan
Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama yang
tertinggi di negara ini. (2) Perlu dibuatpindaan atau penerima pakaian
secara formal melalui pindaan perlembagaan sebagaimana yang
dinyatakan oleh perlembagaan negeri. Pendapat ini menghujah
bahawa negeri-negeri mempunyai hak dan kedudukan yang dijamin
oleh Perlembagaan Persekutuan sendiri.

Soalnya sekarang perlukah pindaan dibuat oleh Dewan


Undangan Negeri Kelantan? Jika kita mengikut pendapat yang
pertama maka ia tidak perlu dibuat secara formal. Apa yang perlu
hanyalah pembentangan di dalam Dewan untuk meminda
perlembagaan bagi menyesuaikannya dengan kedudukan
perlembagaan di peringkat persekutuan. Bagaimanapun untuk lebih
selamat mungkin lebih elok jika langkah meminda perlembagan
secara formal dibuat. Ini adalah untuk mengelakkan keraguan dan
pertikaian.

Persoalan apakah pindaan yang dicadangkan di Kelantan itu itu


sah atau tidak adalah soal kedua. Lagipun hanya mahkamah yang
mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam isu itu (soal
sama ada keputusan mahkamah itu betul atau sebaliknya pun adalah
soal yang lain yang tidak perlu dibincangkan sekarang).Oleh kerana
apa yang hendak dilakukan di Kelantan ini mempunyai kaitan dengan
apa yang telah dibl~atdi peringkat pusat maka pihak lain yang
mempersoalkan cadangan pindaan itu harus ingat bahawa ia akan
memberi kesan kepada undang-undang di peringkat pusat dan
negeri-negeri lain juga. Jika pindaan yang dicadangkan di Kelantan
itu dikatakan sebagai tidak sah pindaan maka pindaan yang telah
dibuat di peringkat persekutuan juga mempunyai kemungkinan tidak
sah sama.

Pihak-pihak yang mempersoalkan cadangan meminda


perlembagaan negeri, termasuk membangkitkan soal persetujuan
Raja dan sebagainya, perlu diperingatkan bahawa soalan itu
sepatutnya ditanyakan ketika Kerajaan Persekutuan mengemukakan
rang undang-undang pindaan pada 1994 mengenai perkara
berkenaan di Parlimen. Apa yang berlaku di Kelantan sekarang boleh
membawa kepada terbongkarnya apa yang dilakukan oleh Kerajaan
Persekutuan waktu itu. Penentangan yang dilakukan terhadap
cadangan pindaan perlembagaan di Kelantan boleh diibaratkan
sebagai pertahanan diri ala kamikaze; satu bentuk serangan yang
akhirnya boleh memakan diri sendiri! Serangan terhadap pindaan di
Kelantan itu juga boleh diibaratkan seperti boomerang yang akhirnya
boleh merlimbulkan kesulitan kepada kerajaan persekutuan sendiri.

Pihak istana dan perkhidmatan awam negeri nampaknya


berpegang kepada tanggapan bahawa 'kedudukan di peringkat
persekutuan lain, di Kelantan lain'. lrli satu kefahaman yang salah.
Malah pada satu ketika Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri
sendiri, anihnya, semacam mempunyai tanggapan yang sama. Perlu
dinyatakan bahawa YB Penasihat Undang-undang Negeri,
sebagaimana YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Setiausaha
Kewangan, yang kesemuanya menjadi anggota ex-officio Majlis
Mesyuarat Kerajaan (EXCO) adalah sebahagian daripada Kerajaan
Negeri Kelantan.

Dalam pada itu agensi-agensi tertentu yang tertakluk di bawah


bidang kuasa persekutuan, termasuk jabatan polis, didakwa tidak
menghormati kedudukan dan autoriti kerajaan negeri Kelantan
meskipun di peringkat pusat pegawai-pegawai kanan mereka sering
menyatakan bahawa mereka, selaku perkhidmatan awam, perlu
mematuhi kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pada satu ketika seorang
ketua polis negeri, bukan di Kelantan, malah menganggap bahawa
kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu adalah kerajaan
pembangkang! Jelas bahawa ada kalangan tertentu di jabatan polis
yang tidak faham atau tidak mahu faham dengan konsep dan amalan
demokrasi.

Apakah Pindaan Ini Boleh Menyelesaikan Masalah ?

Sebagaimana isu-isu lain juga undang-undang sahaja tidak boleh


menyelesaikan sesuatu masalah. Kita telah dan sedang melihat
bagaimana undang-undang diputarbelit dan ditafsir dengan cara yang
anih dan mengelirukan semata-mata untuk mencapai matlamat dan
kepentingan tertentu. Dan ini selalunya dilakukan dengan cara
rasuah, penyalahgunaan kuasa dan konspirasi pihak media. Undang-
undang memerlukan komitmen dan kerjasama pihak yang diberi
kuasa melaksanakannya.

Di Kelantan masalah yang berlaku berpunca daripada kegagalan


pihak-pihak terbabit memahami mengapa kuasa-kuasa tertentu
diberikan kepada mereka. Dalam demokrasi undang-undang dibuat
untuk menguatkuasakan fahaman itu selain mengelakkan monopoli
kuasa yang boleh membawa kepada kediktatoran. Sebab itu kadang-
kadang disebut bahawa sesuatu undang-undang itu mungkin sah
tetapi ia belum tentu wajar dan adil. Semua pihak, baik Raja, badan
kehakiman, perkhidmatan awani dan juga media massa, mempunyai
peranan untuk mempastikan bahawa mekanisme dan proses sekat
dan imbang (check and balance) berjalan. Sesuatu kuasa itu harus
dijalankan dengan semangat dan falsafah sekat dan imbang; bukan
untuk menunjukkan ego dan memelihara kepentirrgan diri.

Sebagai contohnya kuasa untuk menganugerah dan menarik


balik anugerah bintang kebesaran tidak harus digunakan untuk
menunjukkan kemarahan peribadi. Begitu juga dengan kuasa
perlantikan dalam konteks Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.
Bintang kebesaran pada hakikatnya ialah hak negeri yang diberikan
atas nama Sultan sebagai bapa dan penaung negeri. Sesiapa yang
berjasa kepada negeri harus diberikan anugerah berkenaan. Hanya
mereka yang melakukan jenayah atau memalukan negeri yang patut
dilucutkan gelarannya. Itu pun, sebaik-baiknya,dilakukan secara telus
dan mengikut prosedur yang adil kerana jika ini tidak dilakukan maka
tercemarlah imej dan nama baik penerima anugerah yang berkenaan.
Tidak harus dilupakan ialah kenyataan bahawa kos anugerah itu
dibayar oleh pembayar cukai yakni rakyat.

Mengenai perkhidmatan tadbir pula perlulah dinyatakan bahawa


hubungan antara Raja dengan perkhidmatan awam mempunyai
tujuan untuk membina imej perkhidmatan sebagai institusi negeri;
yang terpisah dari parti politik yang g
memerintah. Sebab itu
perkhidmatan awam perlu berkecuali walaupun ia tidak boleh bebas
sepertimana badan kehakiman. Perkhidmatan awam perlu
melaksanakan dasar dan program kerajaan yang memerintah selagi
kesemua itu selari dengan ketetapan perlembagaan dan undang-
undang. Untuk membolehkan pegawai-pegawai awam memainkan
peranan dengan berkecuali dan profesional perlembagaan
menetapkan bahawa mereka harus setia dengan Raja, bukan
dengan kerajaan. Tetapi kesetiaan itu dituntut untuk tujuan demokrasi,
bukan untuk menentang atau mensabotaj kerajaan yang memerintah.
Adalah salah kiranya perkhidmatan awam mensabotaj kerajaan yang
dipilih secara demokratis oleh rakyat.
Mengingat kepada falsafah itu adalah salah jika perkhidmatan
tadbir digunakan untuk menjadi sarang menentang kerajaan yang
memerintah. Raja boleh menggunakan kuasa berhubung deqgan
perkhidmatan awam sekiranya kerajaan yang memerintah cuba
menjadikan perkhidmatan awam, seolah-olahnya, sebagai jentera
parti sebagaimana yang wujud di peringkat persekutuan. Kerajaan
persekutuan juga turut bersalah apabila ia menggunakan jabatan
dan pegawai kerajaan untuk menyulitkan pentadbiran di Kelantan
dan Terengganu. Sebuah parti yang komited dengan ideal
perlembagaan tidak akan melakukan pencabulan yang terang-terang
bertentangan dengan semangat perlembagaan seperti itu.

Raja dan istana, sebagai elemen yang kekal dan mengatasi


politik, mesti memastikan kesemua jentera perlembagaan berjalan
lancar. Raja tidak boleh mengizinkan istana dan institusi yang di
bawah naungannya mer~jadikubu dan sarang untuk menentang dan
memalukan kerajaan. Jika ini berlaku maka Raja dan perkhidmatan
awam bukan sahaja telah melanggar ketertiban perlembagaan malah
telah mencemarkan institusi Raja dan perkhidmatan awam itu sendiri.
Segala kuasa dan kemudahan yarrg diberikan kepada Raja, termasuk
Peruntukan DiRaja (Civil List), adalah untuk membolehkan Raja
memainkan peranannya menjaga perlembagaan dan demokrasi.
Kuasa dan kemudahan itu bukan disediakan bagi tujuan yang lain
dari yang diizinkan oleh perlembagaan dan semangatnya.

Kerajaan yang memerintah diletakkan ditempatnya oleh rakyat.


Oleh itu hanya rakyat yang berhak menghukum mereka jika mereka
benar-benar bersalah. Raja, badan kehakiman, perkhidmatan awam
dan media cuma berfungsi mengizinkan proses demokrasi itu berlaku,
bukan menjadi agen apalagi dalang di sebalik itu.

Dari satu sudut pindaan atau penerima-pakaian pindaan di


perirlgkat persekutuan mungkin lebih bersifat politik; supaya kerajaan
negeri tidak dituduh bacul dan tidak berbuat apa-apa. Berdasarkan
pengalaman lalu pihak-pihak yang berkenaan, hatta setelah pindaan
dibuat sekalipun, mungkin akan terus berdegil dan berkeras mahu
menunjukkan kuasa yang kononnya berada di tangan mereka.
Selama ini pun hal-ha1yarlg jelas disebut oleh perlembagaan sebagai
perlu dijalankan menurut nasihat kerajaan telah dilanggar dan tidak
diendahkan. Kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan negeri dalam
membuat perlantikan ahli-ahli EXCO, ucapan pembukaan dewan
undangan negeri dan juga masalah berhubung dengan kehadiran
Menteri Besar dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah contoh-
contoh di mana kerajaan negeri dihalang dari mengambil tindakan
berdasarkan kuasa mereka yang disebut dengan jelas oleh
perlembagaan.

Kesimpulan dan Penutup

Walaupun kertas ini berkisar kepada persoalan pindaan


perlembagaan apa yang lebih penting difahami ialah peranan insitusi-
institusi tadi dalam perlembagaan. lnilah sebenarnya yang menjadi
kunci kepada penyelesaian yang dicita-citakan. Pindaan
perlembagaan, sebagaimana undang-undang yang lain, hanya
berkesan sekiranya pihak-pihak yang berkenaan mematuhi dan
memahaminya. Untuk itu semua pihak perlu bekerjasama. Dan ini
sebenarnya boleh dilakukan sekiranya semua pihak yang terlibat
balik ke pangkal jalan; melihat kerr~baliapakah peranan mereka yang
sebenar. Jika kesedaran ini tidak ada adalah sukar untuk menjamin
bahawa kuasa dan undang-undang dilaksanakan dengan adil dan
saksama.
Selaras dengan itu ada usaha-usaha tertentu yang perlu
dilakukan. Salah satu yang penting ialah pendidikan dan penerangan
yang berterusan. Di pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi yang
di bawah jagaannya satu kertas putih amat perlu disiapkan bagi
memperincikan segala masalah yang berlaku. Ini penting bukan
sahaja dalam konteks masalah yang berlaku sekarang tetapi juga
untuk masa-masa akan datang. Jika kertas i r ~tidaki disediakan
mungkin masalah seperti ini akan berulang lagi. Dengan kata lain
kertas tersebut akan membantu generasi akan datang dengan cara
melindungi mereka dari masalah-masalah yang kita hadapi sekarang.
Penyelidikan dan penulisannya harus dimulakan. Selain
pertimbangan ini kerajaar~negeri juga perlu menyedari bahawa
agensi-agensi yang sepatutnya memberikan bantuan dan
memainkan peranan nampaknya memberikan iltizam dan komitmen
kepada pihak yang lain yang secara kebetulan tidak sepenuhnya
berdasarkan kepada semangat perlembagaan kita. Sebab itu
kerajaan negeri perlu berani dan tegas dalam memegang prinsip
perlembagaan. Akta Hasutan 1948 tidak perlu dirisaukan kerana
undang-undang berkenaan mengecualikan tindakan yang
berdasarkan undang-undang. Hatta kritikan sekalipun jika ia dibuat
dengan niat untuk memperbaiki keadaan (bukan untuk menghapus
atau memalukan Raja-Raja) ia terkeluar dari ruang lingkup apa yang
dikatakan sebagai menghasut.

Perlu juga disebut bahawa masalah yang berlaku di Kelantan


hari ini sebenarnya bukan soal UlMNO dan PAS sahaja. Penyelesaian
kepada masalah ini adalah soal prinsip yang harus disegerakan
supaya pada masa-masa yang akan datang UMNO dan PAS boleh
bertarung di gelanggang dengan kekuatan polisi dan hujah mereka;
bukan dengan menggunakan institusi-institusi perlembagaan yang
diwujudkan untuk tujuan lain. Apa yang malangdi Malaysia sekarang
ialah undang-undang seolah-olahnya mempunyai tafsiran yang
berbeza di peringkat persekutuan dan negeri. Apa yang boleh dan
harus di peringkat persekutuan lain pula keadaannya di Kelantan.
Ini tidak sihat kerana nanti orang akan beranggapan bahawa yang
penting bukan undang-undang dan peraturan tetapi siapa kuat dan
siapa ada wang! Dan inilah sebenarnya intisari dari apa yang
diistilahkan sebagai undang-undang rimba itu.
ULAMA DAN POLITIK :
SATU ANALISIS AWAL
Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif

Pengenalan

Kertas kerja ringkas ir~iakan meninjau peranan ulama dalam politik


secara umum. Dalam kes-kes tertentu peranan ulama dalam politik
Malaysia akan diketengahkan. Andaian asas kertas kerja ini ialah
ulama sebagai 'pewaris nabi' telah, masih dan akan terus memain
peranan yang penting dalam menjaga kesucian ajaran Islam. Ulama
telah menggerakkan entiti khalifah lslamiah secara konsisten.
Berakhirnya khalifah lslamiah di Turki pada tahun 1924 tidak bererti
berakhirnya perjuangan ulama. Barrgkitnya Barat dengan kuasa
penjajahannya mendapat tentangan yang hebat dari para ulama.
Sungguhpun kuasa penjajahan Barat akhirnya mendomonasi politik
negara-negara lslam yang terpaksa tunduk kepada kekuatan Barat
tetapi benih ulama tidak dapat dipadamkan. Pengalaman Turki
membuktikan bahawa 'Cahaya Allah' (Islam) tidak dapat dipadamkan
oleh tangan dan mulut manusia. Sungguhpun Kamal Attarturk telah
mengemukakan dasar yang begitu radikal sekali bagi memadarr~kan
'cahaya Allah' namun akhirnya cahaya tersebut terus bersinar hingga
satu ketika Parti Refah di bawah pimpinan Prof. Erbakan memenangi
pilihanrayaTurki. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan Abu Nu'man,
ulama akan membawa obor kemenangan lslam dalam fasa ke empat,
fasa kemenangan lslam yang mutlak, sebelum berakhirnya dunia
yang fana ini.
Penjajahan Barat juga turut memperkenalkan idea negara-
bangsa (nation-states). Idea negara-bangsa ciptaan penjajah Barat
ini merupakan batu penghalang yang terpenting bangkitnya semula
khalifah lslamiah di peringkat global. Jalan terbaik menuju ke arah
bangkitnya semula khalifah lslamiah ialah dengan cara
menghapuskan semangat kebangsaan yang juga merupakan
elemen terpenting suburnya idea negara-bangsa. Semanagat
kebangsaan yang dikeluarkan dari sistem politik itu perlu diisi dengan
semangat kelslaman dan semangat kelslaman akan mempengaruhi
tergubalnya dasar-dasar negara yang bercirikan lslam dan sekaligus
tertegaknya sebuah negara lslam. Dalam kerangka pembahagian
dan persernpadanan negara-negara di dunia hari ini, khalifah
lslamiah boleh wujud, buat permulaannya, dalam bentuk pelbagai
negara (multi national). Dalam seluruh rantaian proses bagi
menggerakkan dan menghidupkan semula khalifah lslamiah ini
peranan ulama amat integral sekali.

Difinisi

Mengambil kira perana yang dimainkan oleh ulama di kebanyakan


negara Islam, Abubaker A. Bagader (1983) telah secara terperinci
memberi difinisi mengenai perkataan ulama. Bagi beliau, ulama
adalah kata jamak (plural) bagi perkataan 'alim; dan 'alim datang
dari kata dasar (root word) ilm yang bermaksud ilmu. Ini bermakna
ulama adalah seorang yang berpengetahuan dalam ilmu-ilmu lslam
seperti ilmu al-Quran, Hadith, Feqah dan sebagainya. Seorang ulama
biasanya mengajarkan ilmu yang dimilikinya kepada masyarakat
setempat dan cara pengajarannya biasanya bersifat tradisional
(contohnya melalui sistem pondok). Seorang ulama juga dilihat oleh
masyarakat sekitarnya sebagai seorang lslam yang wara' dan komited
dengan amalan-amalan Islam. Dalam ha1 ini ulama dilihat sebagai
contoh terbaik (uswatun-hasanah) individu lslam yang bergerak
cergas dalam masyarakatnya. Seorang ulama juga biasanya adalah
lulusan dari pusat pengajian lslam tradisional yang terkenal. Untuk
menjadi seorang ulama yang terkenal, beliau perlu mendapat
perlgiktirafan bahawa beliau adalah pemimpin agama kepada
masyarakatnya. Masyarakat juga melihat ulama sebagai wakil dan
jurucakap mereka apabila berdepan dengan kerajaan yang
memerintah. Ulama juga dilihat sebagai memainkan peranan
seoarang hakim sekiranya berlaku konflik. Hubungan yang erat di
antara ulama dan masyarakat sekitarnya telah melahirkan satu
hubungan yang disebut sebagai patron-client. Hubungan yang
bersifat patron-client ini memperkukuhkan lagi kedudukan ulama vis-
a-vis kerajaan dan pihak-pihak yang berkuasa lainnya.

Huraian yang agak panjarrg lebar berhubung dengan difinasi dan


ciri-ciri seorang ulama sebagaimana yang dikemukakan di atas
adalah satu yang menarik untuk diperhatikan. Perbincangan di atas
memberi implikasi keberkesanan peranan seseorang ulama bukan
terbatas kepada peranan keagamaannya (religious roles) sahaja
seperti menjadi imam sembahyang tetapi juga menyangkut peranan
kemasyarakatan (social roles). Gagasan yang dikemukakan bagi
memasyarakatkan Pas perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan
golongan ulama perlu berada di barisan yang paling hadapan dalam
menjayakan program ini. Pengelibatan semaksima mungkin oleh
golongan ulama dalam aktiviti masyarakat akan menyumbang
pulangan politik yang baik bagi pengembangan dan seterusnya
kemenangan PAS.

Difinasi yang lebih ringkas tetapi dari segi semangatnya juga


memenuhi kehendak perbincangan kita di atas dikemukakan oleh
Perlerr~bagaanPAS sendiri. Fasal 7 (4) (a) ada menyebut bahawa
seseorang yang ingin dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama perlu
memiliki ciri-ciri berikut. Pertama, ia hendaklah seorang yang
merrgetahui masalah-masalah pokok (al-usul) dalam syariat lslam
dan hukum-hukumnya ataddan dapat merujuk masalah-masalah
itu kepada al-Quran, as-Sunnah, ljmak dan Qias dengan faham akan
maksud dan maknanya yang muktabar. Kedua, ia hendaklah seorang
yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus
melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya; dan
ketiga, hendaklah ia seorang ahli PAS.

Golongan ulama yang perlu digerakkan sebagai satu tenaga


politik (political force) terangkum, secara tersirat, dalam
Perlembagaan PAS Fasal40 (5) (a) yang menyebut: 'Menyatu tenaga
dan pemikiran ulama lslam bagi memperkuat dan mempertingkatkan
perjuangan lslam di negeri ini dan berusaha mengembang dan
menyebarkan kefahaman dan kesedaran lslam ke segenap lapisan
masyarakat menerusi gerakan dakwah dan pengembelingan tenaga
ummah yang berterusan'. Apa yang menarik dengan Fasal ini ialah
ianya mencerminkan pemahaman PAS yang matang dan visionary
dalam ertikata PAS benar-benar memahami hakikat tidak boleh
berlaku pemisahan di antara politik dan agama kerana lslam
merupakan satu entiti yang syumul. PAS ditegakkan bagi tujuan
'mempertingkatkan perjuangan Islam' dan sekaligus juga berfungsi
sebagai satu 'gerakan dakwah'. Ini bererti ceramah-ceramah politik
yang dianjurkan oleh PAS di seluruh negara perlu difahami dan dilihat
sebagai sinonim dengan ceramah-ceramah agama. Melihat dan
mendekati lslam secara syumul, dapat meugatasi masalah
'pengkhususan' dalam gerakan lslam yang boleh merugikan
masyarakat lslam akhirnya. Kita diberitahu bahawa kawan-kawan
kita yang bergerak dalam Jamaah Tabligh di Pakistan pada satu ketika
dulu agak 'malu' dan 'segan' dengan pilihanraya akhirnya merungut
apabila negara berkenaan ditadbir oleh seorang wanita !

Ulama dan Politik :


Beberapa Pengamatan dan Pengalaman Sejarah

Penglibatan golongan ulama dalam politik tanahairnya pada tahap


yang berbeza-beza amat bergantung kepada budaya tempatan hasil
dari pengalaman sejarah yang unik dan berbeza-beza. Unsur sejarah
terpenting yang mendorong golongan ulama untuk bergerak secara
aktif atau pasif dalam arus perdana politik sesebuah negara ialah
penjajahan asing. Pempolitikan (politicization) ulama dalam politik
nasional yang berbeza-beza amat ditentukan oleh autoriti yang
bercanggahan dengan pendirian ulama. Autoriti yang dimaksudkan
boleh bersumberkan tempatan (native), asing atau bukan-Islam.

Penentarrgan yang berlebihan oleh Jami'iyyat-i Ulama-i Hind


kelompok ulama terbesar dan paling berpengaruh di lndia di bawah
pimpinan Husayn Ahmad Madani terhadap kuasa penjajahan
lnggeris di ambang penjajahan lndia pada analisa terakhirnya adalah
lebih bersifat self-defeating. Mendokong idea 'united nationalism'
(muttahida qawmiyyat) Madani memberi sokongan yang padu pada
Nehru yang memimpin Indian National Congress dan sekaligus
menolak idea 'teori dua negara' ( t w o nation theory) yang
diperjuangkan oleh Jinnah yang ingin berpisah dari India. Dengan
tidak memberi sokongan kepada Jinnah secara total Jami'iyyat-i
Ulama-i Hind telah merugikan perjuangan ummah dalam dua
keadaan. Pertama, selepas tertubuhnya negara Pakistan ummat
lslam yang masih tinggal di India telah berhadapan dengan tekanan
politik yang lebih teruk. Kedua, dengan tidak berpindahnya
sebahagian besar ulama ke negara baru Pakistan ini telah membuka
peluang yang seluas-luasnya kepada golongan liberal-nasionalis
yang berpendidikan Barat menguasai pentas politik Pakistan. Betapa
kuatnya elit politik yang berkiblatkan Barat dalam dalam politik
Pakistan sehinggakan mereka masih berkuasa sehingga ke hari ini.
Apa yang disindirkan oleh Jami-iyyat-i Ulama-i Hind bahawa
penubuhan negara Pakistan baru pada tahun 1947 adalah pada
hakikatnya bukan dar-ul-Islam malah ianya lebih cocok sebagai dar-
ul-Harb telah menjadi satu kenyataan!

Asas keagamaan yang agak lemah berbandiqg elemen sekular


yang mendokongi sistem politik Pakistan diperkukuhkan lagi dengan
pengenalan Undang-Undang Ketenteraan (Martial Law) dan
berkuasanya Ayub Khan, maka wujud pula satu gerakan ulama yang
secara relatif agak lemah yang dikenali sebagai Jami-iyyat a/-'ulama-
i Islam. Gerakan ini didokongi sebahagian besarnya oleh ulama
tradisional. Ayub Khan berpegang pada 'demokrasi asas'nya telah
menggugurkan perkataan 'Islam' dalam perlembagaan 1956 dan
Pakistan hanya dikenali sebagai "Republik Pakistan" bukan "Republik
lslam Pakistan". Berperanan sebagai golongan pendesak, Jami-iyyat
a/-'ulama-i lslam telah berjaya mengembalikan nama 'lslam' pada
'Republik Pakistan' dan juga Perkara 198 yang menyebut bahawa
tidak boleh diwujudkan undang-undang yang bercanggah dengan
al-Quran dan as-Sunnah. Walau bagaimanapun, sebagai kuasa yang
menjatuhkan Ayub Khan Jami-iyyat al-'ulama-i lslam hanya
memainkan peranan yaug sekunder berbandingkan dengan
demontrasi pelajar misalnya (Aziz Ahmad, 1983, 93).

Dalam tahun 1969 dan 1970 ulama di Pakistan telah mengambil


keputusan untuk bergerak aktif dan secara langsung dalam politik
dengan bertanding dalam pilihanraya dan mereka hnya mampu
memenangi beberapa kerusi sahaja. Apa yang menarik untuk
diperhatikan ialah dalam penglibatan mereka secara aktif dalam
pilihanraya mereka telah merrjauhkan diri dari Jama'at lslarr~i
pimpinan Maududi. Lllama tradisional tidak mengiktiraf Maududi
sebagai seorang ulama yang sebenar kerana huraian beliau tentang
lslam tidak mengambil kira sepenuhnya aspek usul-fiqh (Aziz At-~mad,
1983, 83). Elemen 'tradisional' dan 'moden' dalam gerakan lslam
yang didokongi oleh ulama perlu diberi perhatian yang serius kerana
ia akan menentukan menang atau kalahnya perjuangan ulama
khususnya apabila berdepan dengan golongan liberal-nasionalis.
Kemasukan golongan profesional secara berbondong-bondong ke
dalam PAS akhir-akhir ini boleh juga dikategorikan sebagai 'ulama
moden'. Selain dari 'Peristiwa Anwar', corak pimpinan Ustaz Fadhil
Noor yang boleh dilabel sebagai 'terbuka dan dinamis' telah
mendorong ramai golongan profesional untuk menyertai PAS.
Kehadiran ulama dan profesional dalam PAS tidak boleh dilihat
sebagai sesuatu yang bersifat 'duality' atau dikotomi malah ianya
merupakan satu adunan yang selesa, 'sebahagian membantu
sebahagian yang lain'. Sekiranya golongan ulama dapat menerima
kehadiran profesional dengan dada yang lapang, maka PAS
mempunyai masa depan yang cerah dan kita dapat mengelak
kelemahan yang pernah dilakukan oleh golongan ulama tradisional
di Pakistan.

Peranan ulama di Mesir dari sudut sejarah agak berbeza dan


menarik. Pada awal kurun ke-19 ulama memain peranan yang
penting dalam masyarakat Mesir. Mereka merupakan golongn yang
dihormati dan mempunyai status ekonomi yang tinggi. Atas sifat
mereka yang istimewa ini, mereka telah memainkan peranan sebagai
king-maker dalam masyarakatnya. Mereka telah melantik
Muhalr~madAli Pasha sebagai gabenor dan ketua mereka.
Perlantikan Muhamad Ali telah direstui oleh ketua ulama yang
berpengaruh iaitu Ashraf Umar Makram dan Sheikh al-Azhar
Abdullah al-Sharqawi. Dalam ha1 i r ~kita
i boleh berhujah dengan
mengatakan bahawa golongan ulama yang begitu berpengaruh pada
masa itu sepatutnya 'mengambil peluang' (seized the opportunity)
dengan mengangkat salah seorang daripada mereka sebagai ketua
negara. Perkiraan ini tidak direbut atas perkiraan mereka tidak
mempunyai sokongan ketenteraan sebagai satu kuasa koersif yang
boleh menstabilkan suasana semasa yang agak bergolak.

Dengan perlantikan IVluhammad Ali pihak ulama berharap


mendapat beberapa keistimewaan. Di peringkat awalnya memang
pihak ulama dilayan dengan baik tetapi apabila Muhammad Ali
memperkukuhkan kuasanya beliau telah mula mengkesampingkan
para ulama. Muhammad Ali bukan sahaja mengkesampingkan malah
turut menekan pihak ulama. Status ulama yang dikesampingkan
(marginalized) memberi ruang kepada pimpinan liberal-nasionalis
untuk meng~rasaipentas politik Mesir hinggalah ke hari ini. Kita dapat
merumuskan beberapa pengajaran dari perjuangan ulama Mesir ini.
Pertama, gaya hidup yang terlalu mewah akan merosak ulama
sendiri. Kedua, pihak ulama perlu 'merebut peluang' politik apabila
peluang itu terbuka kepadanya. Kalau tidak peluang yang tersedia
akan diambil oleh orang lain yang besar kemungkinan akhirnya tidak
akan bersimpati dengan perjuangan ulama. Kaedah 'merebut
peluang' ini biarlah sejajar dengan tuntutan al-Quran 'bersegeralah
melakukan kebaikan (fastabikul-khairat). Ketiga, ulama mesti
memikirkan bagaimana untuk mendapat dokongan ketenteraan
(military backing) atau yang seunipama dengannya. Kuasa ini boleh
menjamin kelangsungan kepimpinan ulama itu sendiri.

Ulama dan Politik :


Masa Kini dan Masa Depan

Ulama sebagai satu entiti yang tidak terpisah dari masyarakat lslam
mesti dipertahankan. Perubahan akan terus mendepani masyarakat
dan ulama tidak boleh 'lari'dari arus perubahan tetapi mesti mentakrif
dan mendefinisi perubahan tersebut agar ianya sejajar dengan
kehendak lslam dan sekaligus ianya sejajar dengan fitrah kehidupan
manusia sendiri.

Melihat kepada 'turun-naik' perjuangan pergerakan lslam yang


dipimpin oleh ulama di peringkat antarabangsa, semua perhatian
pada ketika irri ditujukan kepada Parti lslam SeMalaysia (PAS) yang
telah diberi kemenangan oleh Allah untuk mentadbir sebahagian dari
negara Malaysia. Keunikan kerajaan tadbiran PAS adalah kerana
ianya dipimpin oleh ulama. Kepimpinan ulama PAS di Kelantan dan
Terengganu telah memperlihatkan pendekatan yang penuh hikmah:
telah memaksimakan kuasa negeri yang agak terhad, bagi
mengangkat martabat Islam, dalam konteks sistem federalisme yang
lebih memihak kepada kerajaan pusat. Kepimpinan ulama tidak
menyinggung sensitiviti masyarakat majmuk malah memperlihatkan
sikap yang terbuka dan penoh hormat terhadap mereka. Kepimpinan
ulama memainkan peranan yang sentral dalam gagasan
permuafakatan politik iaitu Barisan Alternatif. Ini memberi peluang
yang seluas-luasnya kepada ulama untuk menterjemahkan
kecantikan sistem lslam secara praktikal dalarr~masyarakat majmuk
yang sentiasa dimomokkan oleh UMNO sebagai penghalang
terpenting kepada pelaksanaan hukum Islam. Dengan
mengemukakan platform 'keadilan' kepimpinan ulama dapat
menghakis prejudis dalam pemikiran dan tindakan masyarakat
majmuk terhadap parti lslam seperti PAS. Keadilan adalah nilai yang
diinginkan oleh semua kaum dan ia merupakan asas (foundation)
kepada sistem lslam itu sendiri.

Dari sudut gerakan dakwah golongan ulama PAS telah berjaya


memperkenalkan ulama dan lslam kepada parti bukan Melayu seperti
DAP yang dulunya amat prejudis terhadap PAS. Hasil dari hubungan
yang rapat tembok prejudis tersebut telah semakin terhakis kalaupun
tidak runtuh sepenuhnya. Dalam ha1 ini sikap yang ditunjuk oleh Lim
Kit Siang, tenaga penggerak terpenting DAP amat menarik sekali.
Dalam satu kertas kerjanya yang dibentang dalam forum
'Keharmonian Kaum dari Kacamata Bernegara' anjuran PAS Melaka
pada 25 Jun 2000, Lim Kit Siang telah merujuk kepada tulisan-tulisan
ulama seperti Rashid al-Ghannouchi, Ibn 'Aqil dan Ibn Qayim al-
Jawziah. Ini satu kemenangan besar gerakan dakwah PAS. Lim Kit
Siang juga mempunyai pandangan yang positif terhadap PAS apabila
beliau mengatakan:'The Political lslam represented by PAS has noth-
ing to do with violence, extremism or fanaticism; it is not oppressive
against women and minorities; it is compatible with religious and
cultural pluralism; it has respect for human rights and tolerance in
general; it expouses political liberalisationand democracy'. Kesediaan
PAS mutakhir ini untuk melantik AJK PAS Pusat dari kalangan orang
Cina (Berita Harian, 19/6/01)membenarkan tanggapan Lim Kit Siang
ini. la juga menurrjukkan kesungguhan PAS untuk mengemukakan
kepimpinan alternatif berteraskan prinsip keadilan untuk semua.

Kepimpianan alternatif yang hendak dikemukakan oleh PAS amat


berkait rapat dengan 'kepimpinan ulama' yang diperkenalkan oleh
PAS pada tahun 1983 sekaligus membebaskan dirinya dari
cengkaman assabiyah. Dengan memperkenalkan slogan atau tema
'kepimpinan ulama' cara hidup kepimpinan PAS turut berubah dan
perubahan cara hidup ini memperkukuhkan pemikiran atau fikrah
pimpinan dan ahli-ahli PAS. Peranan ulama dalam merubah cara
hidup (life style) pimpinan dan ahli PAS lebih terserlah dengan
terlantiknya dua orang 'Tok Guru' sebagai Menteri Besar. Secara
spesifik kedua-dua Menteri Besar PAS telah memperkenalkan cara
hidup alternatif yang amat sederhana terutamanya apabila diukur
dengan gaya hidup pimpinan UMNO yang mempamerkan ciri-ciri
pembaziran dan feudal (atau neo-feudal). Cara hidup alternatif yang
diperkenalkan oleh ulama PAS akan menyediakan tanah yang subur
lahirnya budaya politik alternatif dan budaya politik alternatif akan
merubah sistem politik atau dalam kata-kata Dr. Chandra Muzaffar
'they would have begun a process of transformation whose impact
will be so great that Malay society and the Malaysian nation will never
be the same again' (chandra Muzaffar, 1995, 5). Proses transformasi
yang hebat ini yang membawa kepada perubahan dalam masyarakat
Melayu dan negara Malaysia akan berlaku, insya-Allah pada tahun
2004 nanti !
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
DAN PERLEMBAGAAN ISLAM :
SATU PERBANDINGAN

Syed lbrahim Syed Abdul Rahman

Mengikut pencapaian ilmu sekarang, setiap yang diakui sebagai


sebuah negara yang diwujudkan tidak lcngkap kalau tidak rnempunyai
perlembagaannya scndiri samada bertulis atau tidak.

Perlembagaan adalah perlu samada ianya lslam atau tidak.


Dengan perlembagaan boleh diketahui dan ditentukan peraturan
hidup, hak-hak warganegara, sistem kehakiman, kuasa kerajaan.
Badan Penggubal Undang-Undang dan berbagai-bagai lagi.
Sekurang-kurangnya Perlembagaan akan mengandungi ciri asas dan
bingkai pemerintahan dan kuasa-kuasa diwujudkan diperuntukan dan
dilindungi.

Perlembagan Malaysia sememangnya tersedia dan sudah


terpakaai sekian lama. la mengandungi ciri asas dan bingkai
pemerintahan beserta dengan kuasa-kuasa yang terdapat di
dalamnya. la memenuhi kehendak ukuran moden dan bersesuaian
dengan sistem demokrasi yang diamalkan. Walaupun dari bebcrapa
sudut ianya boleh dikritik dan perbahasan mengenainya akan
berterusan.

Tetapi perlembagaan lslam pada zaman sekarang masih belum


ada satu contoh yang sedang terlaksana. Selain daripada huraiannya
sebagai konsep sahaja, belum ada ijmak mengenai sesuatu
Perlembagaan yang terlaksana di negara-negara umat Islam.
Walaupun begitu ciri-ciri Perlembagaan lslam itu mungkin terdapat
pada satu-satu Perlembagaan di negara-negara umat lslam sekarang
dan mungkin berbeza ciri-ciri tersebut di antara satu sama lain.

Di Malaysia sekarang nampaknya bukan isu lagi samada


perlembagaan lslam atau tidak, tetapi penekanan telah berubah
kepada samada Malaysia adalah sebuah negara lslam ataupun tidak.
Ini telah dijadikan isu yang dipertikaikan dari sudut politik.

Biasanya dalam sistem demokrasi, isu politik ditenangkan atau


dimantapkan melalui menggubal undang-undang mengenai isu
tersebut. Selepas itu dia tidak akan menjadi isu politik lagi. Tetapi
sekarang, isu Perlembagaan Malaysia, samada lslam atau tidak,
bukan lagi menjadi isu, tetapi ditekankan bahawa Malaysia adalah
negara Islam.

Dengan meletakkan lslam sebagai agama Persekutuan dan


agama Negeri, diterima sebagai asas akademik dan juga poilitik iaitu
pencapaian persefahaman yang paling minima yang boleh diterima
pakai oleh warganegara berbilang kaum. Oleh itu selebihnya
memerlukan pengisian dan inilah hujah yang sekarang diketengahkan
untuk menyakinkan masyarakat umum yang berbilang kaum.

Kita tidak boleh melabelkan Perlembagaan Malaysia sebagai tidak


lslam dengan hanya menuduh secara rambang kerana hujah yang
perlu dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan tahap pencapaian
ilmu perundangan sekarang dan perkara yang ditimbulkan hendaklah
menunjukkan perbezaan nyata pada perkara pokok atau asas-
asasnya.

Dari satu segi yang paling asas, kita boieh bercakap fasal sumber
undang-undang. Perlernbagaan lslarr~meletakkan sumber undang-
undang ialah Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi Perlembagaan Malay-
sia meletakkan undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan tersebut
(Perkara 4 ( 1)

Mengikut amalannya, sebarang pertikaian undang-undang


Perlemba.gaan,mahkamah akan mencari duluan (precedent) dimana-
mana negara yang menggunakan common law lnggeris untuk
membantu membuat sesuatu keputusan.

Deqgarl meletakkan bingkai persekitaran seperti yang dinyatakan


di atas sahaja telah dengan sendirinya mengenepikan sumber asas
lslam dan dengan itu prinsip dan amalan merujuk kepada khazanah
ilmu lslam terus terpinggir. Ini bererti prinsip dan amalan merujuk
kepada khazanah lslam telah dikeluarkan daripada gelanggaqg.

Tidak berupaya hakim berugama lslam untuk merujuk kepada


khazanah ilmu lslam dan dengan itu terpaksa akur dengan tafsiran
:Islam dalam Perlembagaan iaitu menyentuh dan berkaitan dengan
adat istiadat rasmi dalam bingkai persekutuan.

Tafsiran ini sememangnya sesuai dengan sikap sekularisma yang


diresmikan iaitu dalam kontek sejarah perlembagaan agama Kristian
di negara-negara Barat. lslam ditafsirkan dalam kontek pengertian
agama yang mereka fahami.

Di antara memilih pengertian agama dan Islam, lebih baik kita


memilih pengertian lslam yang sebenar dan dengan itu boleh
menghapuskan pengertian resmi lslam dalam Perlembagaan
Malaysia.

Ini hanya boleh dibuat jika kita merasakan bahawa pengertian


lslam dalam Perlembagaan adalah satu bidaah besar dan penghalang
kepada seruan dakwah. Sepatutnya ini menjadi satu cabaran utama
jika kita sebenar kenal halangan yang kita mampu atasi sekarang.

Apa yanq dimaksudkan ialah tidak hanya menerangkan dan


berdakwah mengenai pengertian lslam sebenar diluar gelanggang,
tetapi memasukkan lslam dengan pengertianya yang lengkap dalam
gelanggang. Ini boleh dibuat melalui pindaan perlembagaan Negeri
dengan memasukkan definasi lslam dalam Perlerrlbagaan Negeri.
Kelantan dan Terengganu mampu membuat pindaan tersebut. Usaha
seperti ini boleh merapatkan semula jurang pemahaman di kalangan
umat lslam mengenai agama yang sebilangan besar daripada mereka
adalah menjadi pegawai-pegawai Kerajaan, Hakim dan Pentadbir
negara. Mereka boleh berhujah sernula dengan bersandarkan
Undang-undang negaralnegeri.
Persoalan kedua ialah Majlis Syura. Ada pandangan yang
menyokorrg bahawa Parlimen dalam bentuk sistem demokrasi
sekarang boleh dianggap sebagai Syura. Tetapi dalam kontek
Perlembagaan Islam, majlis Syura adalah dianggotai oleh bilangan
yang lebih kecil dianggap oleh mereka yang layak dari segi peribadi,
berilmu, wibawa dan taqwa.

.lika Majlis Syura ini diwujudkan, ianya adalah lebih tinggi tarafnya
daripada Parlimen dan boleh menegur untuk pinda sebarang undang-
undang yang diluluskan oleh Parlimen dan kuasa ini mengikut kaedah
sekarang adalah sebahagian daripada kuasa kehakiman.

Dalam kontek lslam Majlis Syura berperanaan sebahagian


daripada peranan eksekutif iaitu pembuat dasar dan sebahagian lagi
berperanan sebagai peranan kehakiman iaitu rnengawasi undang-
undang yang dibuat oleh Parlimen.

Contoh yung dilaksanakan sekarang boleh dibuat seperti di Iran.


Tetapi di sana kuasa tersebut tidak diletakkan pada suatu majlis, tetapi
pada Wilayatul Faqih yang dibantu oleh jawatankuasanya tersendiri.
Jawatankuasa ini tidak mempunya protokol seperti dalam sistem
demokrasi sekarang kerana ianya bukan sebagai organ kerajaan.

Perkara ketiga ialah Al-ad1 (justice). Persoalan keadilan


menyentuh dua aspek tertentu. Pertama mengenai keadilan mengikut
undang-undang dan kedua ialah keadilan pemerintahan secara
menyeluruh iaitu termasuk keadilan sosial dan ekonomi.

Keadilan mengikut undang-undang menekan prinsip kesama-


rataan iaitu tidak ada pilih kasih atau latar belakang seseorang tidak
menjadi perkiraan dari segi pendedahan kepada perlaksanaan
tindakan undang-undang.

Adil dalam pemerintahan mengikut kacamata lslam memerlukan


sedikit huraian. Doktrin komunisma menyanggah sistern sosial
demokratik kapitalis bertujuan untuk mengujudkan keadilan sosial.

Almarhum Syed Qutb banyak menulis secara kritis mengenai


sistem sosial demokratik kapitalis dan sistem komunis. Tetapi beliau
tidak menganjurkan dengan jelas bagaimana struktur kerajaan perlu
diubah untuk membentuk dan mengiktiraf manusia yang berperibadi
tinggi mengenai keperihatinan insaniyahnya.

Perlembagaan Malaysia membentuk tiga organ pemerintahan iaitu


badan eksekutif, badan kehakiman dan badan pembuat undang-
undang (parlimen). Strukturnya pula melibatkan dua sektor iaitu sektor
awam dan sektor swasta. Dalam kontek Islam juga selain daripada
dua sektor tersebut strukturnya mempunyai satu lagi sektor iaitu
sektor ijtimae. Sumber ijtimae berdasarkar~kepada sunnah Rasulallah
(s.a.w) dan Khulaffah Arrashiddin. Maksud Firman Allah :
Dan Sesungguhnya engkau adalah mempunyai akhlak yang
termulia
(Al-Qalam 4)

Di zaman moden ini keseluruhan tumpuan pemikiran dan


pembangunan ilmu adalah bertujuan untuk memaksimakan hasil
berupa matabenda. Organisasi dan struktur negara adalah juga untuk
mencapai setinggi pembangunan fisikal dan mental tetapi tidak
spiritual atau rohani. Dengan itu diwujudkan pasaran untuk
menampung keperluan manusia yang hari demi hari bertambah
dengan berlipat ganda. Organisasi pasaran akan menawarkan nilai
tertentu dan bidang perniagaan akan kalut untuk menyediakan
keperluan untuk pembekalan kepada permintaan tersebut.
Tenaga-tenaga petugas samada sebagai pentadbir atau pengurus
adalah sama-sama mengejur upah atau keuntungan yang senantiasa
tidak boleh memberi kepuasan. Taraf kehidupan akan meningkat
dengan meningkatnya Sara hidup serta meningkatnya juga
kebanggaan diri dan status dalam masyarakat. Jika didorong oleh
perasaan tamak dan haloba sedikit demi sedikit akan terjerumus dan
terperangkap dalam sifat individualistik. Kebebasan begini yang
memencilkan, yang dipertahankan oleh sistem sekarang bukannya
sifat meriah bermasyarakat dan bersama-sama mendahulukan
kepentingan masyarakat daripada kepentingan peribadi.

Sumber utama untuk membetulkan semula kepincangan yang


sedang berlaku sekarang dan telah menjadi satu trend, ialah merujuk
semula kepada sikap Rasullallah (s.a.w) terhadap matabenda. Sikap
tersebut adalah akhlak seperti dimaksudkan di dalam ayat di atas.

Dari sudut ini ada dua perkara penting yang perlu difahami.
Pertama, pencapaian dan keberhasilan matabenda bukan menjadi
objektif utama dan keduanya tidak dipengaruhi oleh perasaan megah
atau bermewah dengan keberhasilan matabenda (seperti ghanimah).

Pada hari ini ramai orang di kalangan rakyat yang berasa lebih
puas dengan hasil kerja (job satisfaction) yang mereka berikan
daripada semata-mata diukur dengan Sara pendapatan. Ini berlaku
di kalangan profesional, ahli-ahli sains pakar dan juga pentadbir dan
pengurus. Ganjaran yang mereka dapat cukup untuk menarrlpurlg
keperluan hidup berkeluarga, selainnya mereka mengharapkan
pengiktirafan.

Kalau kita mengambil kehidupan Rasulullah (s.a.w) dan Khulaffah


Arrashidin sebagai contoh yang paling eksterim, ia boleh dijadikan
sebagai ukuran akhlak standard terhadap kemampuan menguasai
matabenda tetapi menjalani hidup yang bertenaga dengan
kemampuan tersebut.

Satu pemaparan yang agak aneh sekarang tetapi inilah akhlak


Islam dan ini juga menjadi sumber dan lambang kepada punca
keadilan sosial yang hendak dibina di abad ini dan akan datang.

Sumbangan khidmat dari pengorbanan yang diberikan tidak


mengharapkan habuan matabenda atau nilai pasaran tetapi semata-
mata kerana Allah. Kita tahu bahawa sebahagian besar daripada
masyarakat sememangnya bergantung kepada keperihatinan belas
kasihan daripada segolongan besar juga daripada golongan
masyarakat.

Tatapi keadaan sebenar seperti ini tidak diambil ha1 oleh sistem
yang berkuasa sekarang kerana penekanannya kepada sistem nilai
matabcnda. Dengan itu segala sifat keperihatinan belas kasihan
sesama manusia tidak diambil kira. Dengan erti kata lain sistem
demokratik kapitalis tidak mengiktiraf dan memberi ganjaran
sewajarnya kepada sumbangan khidmat sukarela dalam struktur
pemerintahan.

Oleh itu keadilan dalam pemerintahan sudah tentu tidak dapat


dijalankan dengan sempurna. Mereka yang mempunyai sifat tamak
haloba, berkepentingan diri dan pandai gelecek akan cepat jadi kaya
dan dengan kekayaan boleh mendapat kedudukan dan pengiktirafan.
Harta kekayaan juga akan berkisar di kalangan yang berpunya.

Perlembagaan lslam akan memasukkan sektor ijtimae sebagai


salah satu daripada sektor teratas daripada dua sektor lain. Ini
bertujuan untuk memberi pengiktirafan secara tertentu bagi
menggalakkan lagi golongan masyarakat yang bekerja untuk
kepentingan masyarakat daripada kepentingan diri. Mereka tersebut
boleh bergiat di dalam kedua sektor lain seperti sebagai pentadbir
atau pengurus atau sebagai ahli perniagaan tetapi senantiasa
mendahulukan kepentingan masyarakat dan kerajaan membantu
mereka untuk berjaya. Mereka juga akan diberikan penghargaan dan
protokol tertentu sebagai sanjungan kepada khidmat bakti dan
pengorbanan mereka. Dengan cara ini sahaja masalah kepincangan
sistem sosial yang berlaku sekarang dapat diatasi kerana dari satu
aspek penting sememangnya sistem tidak dapat menentukan
kejayaan, tetapi yang boleh menentukan kejayaannya ialah
kewibawaan manusia sendiri dan dengan itu berlakunya keadilan
sosial akan lebih terjamin. Dari satu sudut lain, sistem nilai yang
berlaku sekarang akan berubah kepada lebih perihatin dan
sebenarnya penyayang.

Perkara keempat ialah kebebasan beragama. Di antara perkara


penting di dalam Perlembagaan Madinah ialah memantapkan hak-
hak beragama kepada orang-orang bukan Islam.

Walaupun Perlembagaan Malaysia meletakkan lslam sebagai


agama Persekutuan ianya bersyarat iaitu agama-agama lain bebas
untuk diamalkan {Perkara 3(i)). Di dalam lslam hak dan kebebasan
beragamaadalah dijamin malah sememangnya ada persamaan, tetapi
jaminan itu menjadi lebih kukuh kerana ianya dihubungkait dengan
aqidah seorang Muslim dan dengan itu menjadi tanggungjawab negara
lslam untuk menjaga kebebasan tersebut.

Perkara kelima ialah sistem demokrasi. Ada beberapa lagi aspek


yang perlu disentuh untuk menunjukkan perbezaan di antara
Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan lslam tetapi yang
pentingnya adakah sistem demokrasi dalam Perlembagaan Islam?
Persoalan masih belum diselesaikan secara ilmiah. Sistem demokrasi
telahpun diterima dan setakat ini tidak ada kritikan jelas oleh para
ulamak yang mungkin meyakinkan kita bahawa sistem pengundian
ini tidak bertentangan dengan Islam. Oleh itu kalau lslam menerima
sistem demokrasi dan lslam juga menjamin hak beragama kepada
yang bukan Islam, perbezaan hanya tinggal pada kandungan kepada
sebahagian daripada undang-undang hak, kebebasan wanita yang
dilihat daripada kacamata berbeza dan sistem ekonomi.

Rumusan

Berdasarkan kepada kajian-kajian seperti di atas, untuk mengubah


surr~berrujukan perundangan kepada Al-Quran dan As-Sunnah,
mengwujudkan Majlis Syura adalah satu perkara yang memerlukan
pindaan kepada Perlembagaan Malaysia yang mana proses tersebut
memerlukan pengundian dua pertiga ahli Parlimen.

Jika perubahan tersebut dibuat pada peringkat Perlembagaan


Negeri, ini sudah tentu bercanggah dengan peruntukan Artikel 4(i)
Perlembagaan Persekutuan dan akan mengundang padah kerana
Perlembagaan Negeri berkenaan boleh digantung. Oleh itu
dicadangkan langkah pertama ialah membetulkan persepsi lslam
dalam perlembagaan Negeri dulu dan ini tidak ada alasan bagi Kerajaan
Pusat untuk campurtangan dan dari segi politiknya akan memberi
jarak politik yang baik kepada parti Islam.

Jika parti lslam mampu pula berkuasa di peringkat pusat tetapi


tidak dua pertiga majoriti, kaedah yang sama boleh digunakan untuk
menguatkuasakan pengertian lslam melalui Undang-UndangTafsiran.
Pindaan kepada Undang-Undang Tafsiran boleh dibuat melalui majoriti
biasa. Walaupun ianya bukan undang-undang perlembagaan, tetapi
ianya adalah undang-undang juga.

Cadangan ini tidak langsung menyentuh hak dan kebebasan


orang-orang bukan lslam seperti yang sedia terjamin dalam
perlembagaan sekarang.

Anda mungkin juga menyukai