Anda di halaman 1dari 23

AKAR PERADABAN ISLAM DALAM MENGHADAPI SERANGAN PEMIKIRAN

Cahaya di Hujung Kuala


Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
TUJUAN AGAMA ialah untuk memastikan insan memperolehi ilmu dan keyakinan
akan hakikat-hakikat seperti Tuhan, manusia dan peranan, kehidupan dan
matlamat terakhirnya, kewujudan dan sebagainya serta menunjukkan cara-cara
yang sah bagi menguruskan hubungan antara insan dengan segala hakikathakikat ini Wan Mohd Nor Wan Daud
Kalam Mula
Kita tidak membenci manusia yang menganuti pemikiran ciptaan manusia tetapi
kita menolak pemikiran dan pendirian serta prinsip mereka jika mereka masih
menerima pemikiran mereka sehingga menjadi worldview dan praktikal dalam
kehidupan mereka. Segala ketidak-setujuan kita dalam kerangka ilmu dan HUJAH
bukannya tindakan fizikal atau pengharaman buku, menghalang kedatangan
tokoh atau penganjuran seminar/forum.
Secara umumnya, kita menolak pemikiran ciptaan manusia disebabkan oleh
1. Menolak atau mengenepikan Islam yang bersumberkan wahyu dalam
pemikiran dan tindakan mereka. Kehidupan seseorang muslim wajib berpasakkan
tauhidik bukannya pertimbangan akal dan pengalaman semata-mata. Walaupun
penganut aliran pemikiran melakukan solat, mereka meletakkan Islam pada tikar
sejadah dan di kaki tangga surau/masjid sahaja. Pasak tauhidik bermaksud hidup
seorang muslim dikira sejauh manakah tinggi atau rendah tahap keimanan
mereka dalam setiap perbuatan pada setiap saat dalam setiap detik nafas.
Amalan atau aktiviti kehidupan seharian menjadi ibadah untuk mendekatkan diri
kepada Allah dan setiap detik saat kehidupan dikira pahala atau dosa. Seorang
muslim mengejar untuk menjadi tahap mukmin dan setiap yang beriman perlu
berusaha menjadi seorang yang bertaqwa.
2. Islam bukan sekadar agama sebagaimana fahaman Barat atau pengertian
agama dari segi keilmuan dalam intelektual dan fahaman umum masyarakat.
Islam adalah cara hidup.

3. Pemikiran ciptaan manusia adalah agenda pembaratan melalui dana kewangan


dalam aspek penubuhan dan keaktifan badan pemikir, NGO dan secara individu.
Mereka juga menawarkan tempat belajar dan biasiswa. Pemikiran ciptaan
manusia ini mahu Islam mengikut kehendak Barat.
Manusia serba cukup merasakan diri mereka tidak mahu berharap dan tidak
mahu kebergantungan kepada Tuhan Yang Hak. Mereka sudah merasai
kemewahan dan kesenangan hidup sehingga melupakan kehidupan bertuhan.
Selepas kekuasaan, kekayaan dan kemegahan ada pada diri mereka, mereka
sudah bersifat sebagai Maha Firaun, Maha Zalim dan Maha Bermegah.
Fasa I ialah fasa primitif, manusia mengakui kehidupan beragama. Fasa II, manusia
sudah memisahkan urusan dunia dengan urusan akhirat-agama. Semua agama
diakui benar-pluralisme dan manusia diselimuti dengan kebebasan-liberalisme.
Fasa III, mereka mula tidak mempercayai agama dan menyifatkan Tuhan Sudah
Mati.
FASA
TAHAP
Fasa 3 Kematian
Tuhan
Fasa 2 Sekularisme
Fasa 1 Primitif

Huraian
Tiada agama
Pisah peranan agama dan perihal
dunia
Ada agama

Bahaya SEPILIS
martabat manusia disandarkan kepada keprihatinan yang mendalam akan
kehadiran Allah s.w.t (taqwa dan khasyat) yang berakar pada kedalaman ilmu
Wan Mohd Nor Wan Daud
Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme atau SEPILIS adalah faham Barat yang
dianuti oleh sebahagian manusia sehingga membentuk kerangka pemikiran dan
pandangan alam (worldview) mereka dalam bertindak. Pemikiran Barat ini ialah
pemikiran falsafah yang menentukan pandangan manusia di sana terhadap agama
dan kehidupan, tentang alam semesta dan manusia, pengetahuan dan nilai. Ia
juga meliputi metafizik[Yusuf al Qaradhawi].

Istilah sekular berasal daripada istilah latin, saeculum yang bermaksud pada
makna masa dan keadaan dunia di mana masa itu berlaku. Yakni masakini di sini
merujuk kepada pada kenyataan pada masa ini. Faham sekular itu merujuk makna
kepada kedisinikian. Perubahan pada pemikiran manusia merujuk kepada
perubahan yang berlaku di sekeliling. Sekularisme bahawa ianya Satu gerakan
dalam masyarakat yang terarah mengelak diri daripada keakhiratan kepada
keduniaan. Secara mudahnya, sekularisme ialah permisahan antara perkara
dunia dan perkara akhirat.
Pensekularan secara mudahnya mengerakkan faham sekular atau sekularisme
sebagai satu upaya untuk mewujudkan keadaan sekular dengan mensekularkan
sesebuah tamadun. Ciri utama pensekularan ialah
1. Pengosongan alam tabii dari jiwa atau nyawa atau dewa-dewa atau sebarang
kesimpulan yang merujuk kepada perkara ruhani.
2. Penafian tentang pengesahan kepimpinan manusia yang dikuatkuasakan oleh
kepercayaan berdasarkan pada perkara ruhani.
3. Penafian tentang kesucian serta kekekalan nilai-nilai hidup.
Penulis tertarik dengan pendapat Muhammad Uthman El Muhammady yang
menyatakan kita perlu membezakan yang bersifat sekular dengan sekularisme.
Yang bersifat sekular seperti peraturan lalu lintas dan peraturan sekolah
umpamanya.
Bahaya sekularisme seperti di bawah;
1. memisahkan Islam dengan perkara dunia. Perkara ini jelas meletakkan Islam
hanya di masjid dan di atas tikar sejadah sahaja. Sedangkan Islam sebagai satu
cara hidup yang meliputi sistem sosial, perundangan dan ekonomi yang tersendiri.
2. Memisahkan Islam hanyalah amalan peribadi bukannya Islam bernegara dan
bermasyarakat.
3. Menolak syariat Islam

4. Sekularisme menolak politik Islam.


Liberal ialah bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan. Liberalisme bermaksud
hak seseorang individu yang baik daripada campurtangan orang lain. Liberalisme
ialah satu faham yang mengutamakan kebebasan dalam berfikir dan bertindak
sehingga ia menjadi pegangan dalam kehidupan.
Kelompok SEPILIS akan menghalalkan fahaman mereka dengan mendakwa
bahawa mereka bukan melakukan liberalisasi agama tetapi melakukan liberalisasi
politik dan ekonomi. Pokok dasar liberalisme ialah liberalisasi pemikiran yang
membentuk pandangan alam (worldview) manusia liberal menjadikan liberalisme
itu sebagai pegangan hidup mereka terutamanya dalam tindakan mereka.
Liberalisme yang berpasak kepada kebebasan ini akan membawa manusia
bertuhankan akal mereka sendiri sehingga suatu masa nanti mereka terjerumus
dalam slogan Tuhan sudah Mati.
Bibit-bibit Tuhan Sudah Mati kelihatan dalam liberalisme melalui pendapat
mereka seperti di bawah;
1. Mempertikai Syariat Allah.
2. Menolak autoriti ulama.
3. Mentafsirkan agama menggunakan akal-nafsu dan kefahaman mereka sendiri.
4. Menolak politik Islam.
5. Mahu al Quran ditafsir semula
6. Menolak poligami dan menutup aurat.
7. Menyokong LGBT dilaksanakan.
8. Manusia bebas menukar agama atau murtad.

Pluralisme Agama ialah satu faham yang menyamakan semua agama. Agama
dikata sama tujuannya yakni tuhan yang sama melalui jalan yang berbeza.
Kelompok SEPILIS dan sesetengah kelompok Islamis yang mengatakan bahawa
tiada pluralisme agama tetapi yang ada adalah pluraliti yakni suatu akuan bahawa
adanya pelbagai agama dan perlu menghormati antara agama. Kita boleh melihat
arah tuju kelompok SEPILIS dalam pluralisme agama apabila pemikiran mereka
menyerlahkan;
1. Kebenaran setiap agama adalah relatif dan subjektif
2. Semua agama adalah sama dan benar.
3. Semua agama menuju kepada Tuhan dan Syurga yang sama.
4. Upacara ritual secara bersama iaitu lintas agama.1
SEPILIS adalah fahaman ciptaan manusia bersumberkan akal dan pengalaman
duniawi mereka. Fahaman ini menjadi panduan kehidupan mereka menyebabkan
pertembungan antara pandangan SEPILIS dengan pandangan Islam. Disinilah kita
boleh melihat tahap keimanan atau keyakinan seseorang muslim terhadap
Islam. Kita boleh melihat mereka mengikut pandangan SEPILIS atau pandangan
Allah SWT.
Kelompok SEPILIS jangan sesekali memperolok-olokkan Islam kerana perbuatan
tersebut mendekati perkara-perkara membatalkan iman sebagaimana dinyatakan
oleh Muhammad Naim Yasin dan Said Ibrahim. Antara sikap memperolok-olokan
Islam ialah
1. mengejek-ejek perkara yang mesti diketahui dalam Islam atau orang mukmin
dengan sebab iman mereka. [Surah at Taubah: 65-66]
2. timbul perasaan benci dan marah ketika mendengar nama Allah, rasul, bacaan
al Quran atau hukum-hukum yang diketahui dalam Islam. [ Surah al Haji: 72. Surah
Muhammad:9]
1

Penulis sendiri berpengalaman diajak oleh sahabat penulis yang beragama Sikh untuk hadir dalam upacara doa
secara gabungan semua agama.

Menurut Yusuf al Qaradhawi, sifat dan ciri asas pemikiran Barat ialah;
1. Kecelaruan mengenal Allah
2. Aliran materialisme
3. Aliran sekularisme
4. Konflik pertentangan
5. Merasai lebih tinggi di atas bangsa lain
Kembali Kepada Pendefinisian Islam
Pertama agama mengenal Allah SWT dan kesempurnaan marifat tauhid dan
kesempurnaan tauhid menafikan segala sifat kebetapaan dariNya Muhammad
Zaini Uthman
Pertembungan SEPILIS dengan Islam berlaku ekoran daripada pendefinisian
agama. Definisi agama antara Islam dan Barat adalah cukup berbeza.
Para ulama dan sarjana Islam mengatakan bahawa Islam bukanlah agama dalam
konteks pengertian Barat dan kefahaman manusia yang umum. Islam adalah
addin, satu cara hidup. Islam sebagai satu cara hidup bermakna Islam bukan
sekadar ajaran spritual dan kerohanian sahaja tetapi mencakup semua aspek
kehidupan termasuk ekonomi, sosial dan politik. Religion berasal dari perkataan
latin religio yang mengandungi unsur makna mengikat secara samar-samar
menunjukkan kepada suatu ikatan antara manusia dan tuhan-tuhannya.
Syed Muhammad Naquib al Attas, makna dasar istilah din dapat dirumuskan
kepada empat makna yang merujuk kepada:
1. keadaan berhutang;
2. keadaan takluk menyerah diri;
3. kuasa dan daya menghukum, atau daya-kuasa memberi hukuman, nilaian dan
pertimbangan;
4. Bawaan kecenderungan yang sedia ada pada diri insan, atau kebiasaan yang
menjadi adat resam.

Penulis merumuskan pendapat Syed Muhammad Naquib al Attas sebagai


pengembalian diri kepada fitrah dengan mengimani, menganuti, mengamalkan
dan menghayati ajaran Islam sebagai pembalasan nikmat hidup yang diberikan
oleh Allah SWT kepada manusia. Kita telah berhutang dengan Allah dan kita perlu
menyerahkan diri kita kepada Allah SWT dengan redha sebagai tanda
pembayaran hutang tersebut.
Menurut Abdul Hadi Awang, Islam sebagai Ad-Deen (addin) yang merangkumi
keseluruhan lapangan kehidupan manusia itu terkandung didalamnya aqidah,
amalan dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, farduyyah
dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat
adalah lebih luas dari pengertian agama sahaja. [Surah al Nahl: 89, Sural al
Maidah: 3].
Abdul Karim Zaidan mengemukakan definisi Islam;
1. Berdasarkan penjelasan Rukun Islam. [Sahih Bukhari, No: 6, No: 42]
2. Islam ialah keTUNDUKan, penyerahan diri dan kepatuhan kepada Allah SWT.
[Surah Ali Imran: 19, 83]
3. Islam ialah satu sistem yang menyeluruh dan lengkap merangkumi semua
aspek kehidupan manusia [ way of life] dan merupakan dasar kepada sistem
akhlak. [Surah Ali Imran: 85]
4. Islam ialah sejumlah peraturan yang diturunkan Allah ke atas rasul-Nya. [Surah
al Maidah: 67].
5. Islam adalah jawapan yang betul lagi benar kepada tiga persoalan; Dari mana
kita datang?[Surah al Haj: 5]; Apakah tujuan kita datang? [Surah Az Zariyat: 56];
Dan kemanakah kita akan kembali?[ Surah al Insyiqaq: 6].
6. Islam ialah roh sebenar kepada manusia, petunjuk dalam menjalani kehidupan,
penawar segala penyakit dalam masyarakat [Surah As Shura: 52-53].
Penulis tertarik dengan Prinsip 1 dan 2 dalam Rukun Faham yang telah
dilontarkan oleh Hassan al Banna, [1] Islam adalah satu sistem yang bersepadu

mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau
kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan
keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan
kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan. Islam
adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu Islam juga adalah
akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.
[2] Al-Quran al-Karim dan sunnah yang suci adalah rujukan setiap muslim untuk
memahami hukum-hakam Islam. Al-Quran perlu difahami menurut kaedah
bahasa Arab tanpa mengada-adakan atau keterlaluan. Sementara sunnah pula
perlu difahami melalui ahli hadis yang dipercayai.
Dua prinsip ini mengambarkan bahawa Islam adalah sistem kehidupan manusia
mencakupi individu, keluarga, masyarakat dan negara yang perlu merujuk kepada
al Quran dan al Sunnah dalam setiap perkara.
Pendefinisan ini akan membezakan dengan definisi agama sebagaimana fahaman
Barat.
Konsep Tanzil dan Taklif
Konsep Tanzil dalam al Quran menyatakan bahawa kepalsuan tidak terdapat
dalam Islam termasuk dalam wahyu [surah Fusshilat: 42]. Islam ditanzilkan oleh
Allah SWT melalui Malaikat Jibril secara beransur-ansur. Al Quran menusuk ke
dalam hati-jiwa seseorang mukmin dan akhirnya mengerakkan mukmin tadi untuk
melaksanakan Islam dalam kehidupannya. Pada waktu yang sama juga, seseorang
Islam memiliki sifat rasul yakni memberi peringatan. Peringatan ini perlu
berdasarkan istilah [bahasa] dan makna [makna kepada makna] yang benar, jelas
dan tepat [Surah Asy Syuara: 192-195].
Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci al Quran
[rujuk Surah Ali Imran: 7]
Keabsahan Tanzil terletak kepada Dia yakni Allah mentanzilkan atau menurunkan
al Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Apa yang adipenting disini ialah al Quran
telah membuktikan bahawa al Quran sendiri diturunkan oleh Allah kepada Nabi

Muhammad. Perkara ini menunjukkan al Quran datang daripada Allah SWT dan
bersifat kebenaran mutlak.
Keabsahan Tanzil membuktikan bahawa Islam adalah hakikat kebenaran di sisi
Allah yang sebenar dan tulen. Antara hujah-hujahnya:
1. Ayat al Quran menguatkan al Quran sebagai wahyu Allah SWT Surah al
Anbiya: 5, Surah al Ankabut: 48-49, Surah al Haaqah: 44-47
2. Gaya al Quran bukan ciptaan manusia, Surah al Baqarah: 23-24
3. Nabi Muhammad SAW turun ditegur-nasihati dalam al Quran menandakan
bahawa al Quran bukan ciptaan baginda. Surah al Anfaal: 67, Surah Abasa:
1-10
4. Ayat al Quran berkaitan perkara ghaib, Surah al Fath: 27
5. Ayat al Quran menyatakan tentang alam raya. Surah al Anbiya: 30, Surah
Yaasin: 38-40, Surah as Syura: 29, Surah al Anam: 125
6. Bersifat rahim, surah al Mukminun: 12-14
7. Islam bersifat Ilahi, Surah an Nahl: 17
8. Penerapan Islam secara keseluruhan, Surah al Baqarah: 85
9. Al Quran untuk selamatkan manusia, Surah Yusuf: 111
Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, terdapat dua ciri khas Tanzil iaitu [1]
wahyu Islam diperuntukkan untuk semua umat manusia secara keseluruhannya
(tanpa menbezakan waktu dan tempat) dan [2] hukum-hukum yang suci yang
terkandung dalam wahyu itu tidak memerlukan pengembangan lebih lanjut
dalam agama iti sendiri.
Kemampuan manusia meliputi akal, fizikal, emosi dan rohaniah manusia adalah
terbatas. Surah al Israa: 85, Surah an Nisa: 28. Imam Shafie pernah berkata, akal
mempunyai batas tempatnya berhenti sama seperti penglihatan mempunyai

batas tempatnya berhenti. Akal manusia yang terbatas memerlukan wahyu


[Surah an Nisa: 165] dalam memberi panduan agar kehidupan manusia mencapai
kebahagiaan dan selamat di dunia mahupun akhirat.
Allah SWT menjadikan manusia bukanlah sia-sia. Manusia diTAKLIFkan sebagai
Khalifah Allah di muka bumi [Surah al Baqarah: 30]. Manusia diserahkan tugas
yang berat dalam memakmurkan dunia agar mencapai tahap selamat dan
bahagia. Manusia tidak boleh merosakkan dunia mengikut hawa nafsu mereka.
Allah SWT bertanggungjawab memandu manusia dan makhluk ke jalan yang
menuju ke syurga2 bukannya neraka. Panduan-prinsip dan pendekatan sudah
dinyatakan dalam al Quran dan hadith. Pendekatan boleh fleksibel manakala
panduan-prinsip bersifat tetap dan tidak boleh berubah. Manusia sangat
memerlukan panduan-Risalah Allah [Surah Ibrahim: 1] dalam kehidupan mereka.
Jangan sesekali terperangkap dalam kekufuran dan syirik.
Faham Ilmu dan Dunia Pendidikan
Abdul Majid Az Zindani seorang ulama berpengaruh di Yaman telah
mengemukakan dua pendapat tentang ilmu. Beliau menukilkan pendapat Ibnu
Manzhur dalam kamus Lisanul Arab, al ilmu adalah kebalikan al jahl (bodoh).
Satu lagi pendapat daripada Abul Baqa, Ilmu adalah mengetahui sesuatu sesuai
dengan keadaan sesuatu itu. Ilmu didefinisikan pula sebagai sebagai
tergambarnya sesuatu dalam akal. Makna hakiki kata ilmu adalah kesedaran
(idrak). Idrak memiliki tiga makna iaitu kesedaran; kedua, kemampuan yang
dinamakan dengan akal secara hakiki; ketiga, informasi atau maklumat.
Definisi ilmu oleh Fakhruddin al Razi telah diketengahkan semula dan diperbaiki
oleh Syed Muhammad Naquib al Attas ialah seperti berikut; Merujuk kepada
Allah sebagai asal segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu dalam
diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah
ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu.
Dalam artikel Tinjauan Ringkas Peri Ilmu Dan Pandangan Alam, Syed Muhammad
Naquib al Attas menyatakan, ilmu adalah suatu gerak daya memperolehi
pengetahuan dan merujuk kepada sifat yang berada pada sesuatu (insan) yang
2

Surah al Layl: 12, Surah al Nahl: 9, Surah Taha: 50

hidup, yang membolehkan diri yang mengetahui itu mengetahui apa yang
diketahui. Ilmu juga pengenalan terhadap yang dikenali sebagaimana adanya.
Pengenalan ini pengenalan yang yakin tentang kebenarannya dan merujuk
kepada hikmah. Maka ilmu adalah sesuatu yang menyakinkan dan memahamkan
dengan nyata.
Jelaslah disini bahawa ilmu berkaitan dengan yakin-iman dan faham. Keyakinan
secara automatik menolak keraguan, syak, prasangka, kekaburan, kesamaran,
khayalan, persepsi, ramalan dan hipotesis. Kitab-kitab karangan ulama Melayu
seringkali membicarakan persoalan ketuhanan pada awal bab kitab mereka.3 Ilmu
tauhid bertujuan mengenali Allah SWT.
Kebenaran hanya satu [kebenaran mutlak] untuk diyakini. Kebenaran mutlak tidak
boleh bersifat ragu, kabur dan dihipotesis. Kebenaran mutlak yang diyakini adalah
perkara pasti dan sudah terbukti kebenarannya. Menghukum sebelum terbukti
kebenaran dan menolak kebenaran adalah satu kezaliman. Setiap sesuatu wacana
atau perbincangan terutamanya persoalan ketuhanan dan agama mesti
mempunyai titik penyelesaian yang mutlak. Justeru, kita perlukan sumber ilmu
yang bersifat mutlak bukannya tiada keputusan pada akhirnya.
Kebenaran Islam, aqidah dan al Quran sifatnya TETAP dan prinsip. Ia bukan
seperti nombor dalam pengiraan matematik yang tiada pengakhiran jika dikira.
TETAP dan prinsip tidak ada perubahan kecuali dalam pendekatan.
Dunia pendidikan sudah dirosakkan oleh politikus. Dasar pendidikan haru biru
apabila setiap menteri membawa perubahan tertentu dan pembangunan atas
nama pendidikan dijadikan sebagai modal keuntungan diri (komisen) dan kroni.
Faham Bahasa
Pemikiran sesuatu bangsa yang biasa terkandung dalam bahasa - Syed
Muhammad Naquib al Attas
Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud, ilmu dan pemikiran hanya dapat
disampaikan melalui bahasa. Islam amat mementingkan bahasa dalam proses
pengislahan akal dan akhlak seeorang dan masyarakat. Lantaran itulah, semua
3

Lihat Kitab Kifayah al Muhtadi (Syeikh Daud al Fatani),

wahyu Allah SWT ditanzilkan melalui sesuatu bahasa yang dirakam tepat
terutamanya wahyu terakhir: AL QURAN. Syed Muhammad Naquib al Attas
menyatakan Islam sentiasa membina bahasa-bahasa baru sehingga timbulnya
segugusan bahasa-bahasa Islam selain Bahasa Arab iaitu Bahasa Parsi, Bahasa
Urdu dan Bahasa Melayu.
Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, faham bahasa ialah kerangka
pemikiran bahawa bahasa senantiasa menempuh perubahan yang
membayangkan serta saling mempengaruhi dalam kehidupan masyarakat yakni
perubahan dalam makna serta bentuk faham-faham yang terkandung dalam
peristilahan-dasarnya bukan setakat pada ejaan sahaja.
Sifat Faham Bahasa ada dua iaitu (1) kata-kata menayangkan pandangan hidup
bangsa yang memiliki bahasa itu. (2) Perubahan dalam peristilahan-dasar
bahasa membayangkan perubahan dalam cara berfikir dan pandang alam
bangsa dan tamadun tersebut. Sifat bahasa suatu rencana pandangan terhadap
alam semesta, yang masing-masing mentafsirkan hakikat pengalaman dan
keadaan sekeliling menerusi tapisan bahasa tersebut.
Pengungkapan kita dengan berfikir-faham terhadap sesuatu istilah daripada
bahasa asing menyebabkan tindakan kita berdasarkan apa yang dimaknakan oleh
istilah tersebut dalam bahasa asal [asing] bukannya bahasa sang pengungkap.
Perubahan istilah akan membawa kepada perubahan pandangan alam si penutur.
Secara langsung si penutur terjajah dan tenggelam dalam kefahaman dalam
bahasa asing tersebut. Sebab itu, istilah dalam bahasa sangat penting dalam
menentukan pemikiran seseorang.
Contoh, pengunaan istilah Bahasa Inggeris iaitu toleransi iaitu bermaksud kita
harus bersabar atas kesilapan orang lain atau bersabar atas kekurangan orang
lain. Kita seolah-olah bertolak ansur dan tidak marah walaupun perbuatan
tersebut salah atau tidak betul. Dalam tradisi Islam-Melayu dan di Malaysia,
istilah yang paling tepat ialah muhibbah yakni mengandungi kasih sayang dan
hormat menghormati. Akar kata muhibbah ialah hubb iaitu kasih. Jika seseorang
berfikir dan memahami dalam istilah toleransi, impaknya berbeza jika kita berfikir
dan memahami semasa menggunakan istilah muhibbah.

Hassan Ahmad ada menyebutkan bahawa bahasa berkuasa sebagai alat


pembentukan tamadun bangsa yang sangat integratif kerana melalui bahasa
sesuatu bangsa itu dapat dikenali dengan cara bagaimana mereka menanggapi
alamnya (world view) baik alam sosial mahupun alam kosmos. Hasilnya perkara
ini menatijahkan tindakan-tindakan yang berasaskan nilai budaya yang ada pada
masyarakat negara kita.
Negara kita paling celaru tentang Faham Bahasanya. Hampir puluhan tahun
merdeka daripada penjajah British, persoalan bahasa masih tidak dapat
diselesaikan bahkan semakin celaru saban tahun sedangkan Perlembagaan
Malaysia dan Laporan Razak wajib menjadi pedoman utama rakyat dan
pemerintah dalam pelaksanaan dasar bahasa.
Belajar Bahasa Inggeris itu adalah kewajipan dan kefasihannya merupakan bonus
dalam kehidupan dunia. Tetapi yang dilarang itu adalah ketaksuban dan kegilaan
terhadap Bahasa Inggeris sehingga menganggap bahasa asing lain tidak penting
dan mengenepikan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda sendiri.
Kementerian Pendidikan Malaysia pernah menggunakan cara yang salah dalam
meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dengan mengajar Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris- Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI). Pada tahun 2015, kepandiran itu datang lagi dengan
memperkenalkan Program Dwi Bahasa(DLP) dalam beberapa subjek terpilih.
Profesor Emeritus Abdullah Hassan menulis (1 Disember 2015), "Belajarlah
bahasa Inggeris. Saya sangat setuju. Tidak siuman jikalau kita menghalang orang
belajar bahasa Inggeris. Cuma, belajar melalui matematik, sains dan teknologi itu
bukan caranya. Bahasa Inggeris mesti diajar dalam subjek bahasa Inggeris oleh
guru bahasa Inggeris! Bahasa Inggeris yang diajar oleh guru sains dan matematik
yang tidak pun ada kompetensi dalam bahasa Inggeris adalah tidak siuman."
Kelompok elitis menyokong pelaksanaan pengukuhan BI secara yang salah ini
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar dalam beberapa
matapelajaran bukannya memantapkan pedagogi matapelajaran Bahasa Inggeris.
Tanpa mengunakan Bahasa Melayu iaitu bahasa majoriti rakyat, kelas masyarakat
baru berdasarkan bahasa akan muncul. Kelompok elitis terdiri daripada kelompok
bangsawan, pemodal, intelektual, pegawai tinggi kerajaan, orang kaya akan

mencetus-membuka luas jurang masyarakat yang akan menggugat perpaduan


negara.
Macam mana nak selesaikan masalah bahasa ini?
1.
Perubahan pemikiran dan sikap manusia yang terlalu taksub, mengilai dan
berkiblat Kebudayaan Barat perlu dilakukan.
2.
Menggunakan pendekatan yang betul dalam mendidik murid dalam subjek
BI bukannya mengunakan subjek lain.
Menurut Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Professor John Rassias, mahaguru
daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire, pernah memperkenalkan
Kaedah Mengajarkan Bahasa secara intensif, iaitu Kaedah Rassias atau juga
dikenali sebagai Kaedah Peace Corps.
Gunakanlah kaedah ini bagi mengajarkan Bahasa Inggeris kepada sesiapa yang
memerlukannya. Itulah kaedah yang sedang digunakan bagi melatih guru Bahasa
Inggeris dari Amerika Latin.
Dalam perjuangan bahasa, gerakan mahasiswa melalui Persatuan Bahasa Melayu
Universiti Malaya (PBMUM) mendesak pihak pentadbiran Universiti Malaya
melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu untuk menyesuaikan universiti dengan
keperibadian Malaysia. Pentadbir universiti tidak mengeluarkan kenyataan dan
respon terhadap desakan PBMUM.
Pada 4 Oktober 1970, PBMUM mengadakan sudut pidato dan mencabar Naib
Canselor berdebat di DTC agar menerima tuntutan PBMUM.
Reaksi kegelisahan pelajar terhadap Dasar Bahasa Melayu di universiti
menyebabkan mereka berdemonstrasi. Seramai 3000 orang pelajar mengecap
merah dan hitam pada papan tanda yang menggunakan Bahasa Inggeris di
kampus termasuk pada bas UMSU (PMUM). PBMUM memberi tempoh dua bulan
bagi melaksanakan Bahasa Melayu dan jika gagal, PBMUM akan mengambil
tindakan yang lebih tegas. Akhirnya, pihak pentadbiran universiti terpaksa akur
dengan kehendak mahasiswa.

Pada tahun 2009, gerakan mahasiswa melalui Gabungan Mahasiswa Mansuhkan


PPSMI menyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) agar memansuhkan dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI).
Teras intelektualisme dan pendidikan sesuatu bangsa dan negara adalah bahasa.
Teras ini akan terus diancam oleh manusia pro Barat. Kebanyakan kelompok
SEPILIS anti bahasa ibunda kerana sebahagian besar mereka terdidik dalam
persekitaran pro Barat. Dalam konteks Malaysia, mereka anti dan memperlekeh
bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan.
Unsur penting dalam Bahasa Melayu ialah unsur Islam. Unsur Islam ini boleh
mempengaruhi pemikiran dan kebudayaan individu agar lebih Islamik [walaupun
seseorang itu tidak menganuti agama Islam]. Pendidikan berteraskan Bahasa
Inggeris menyebabkan individu akan berfikir berdasarkan bahasa Inggeris. Bahasa
dan kebudayaan [pengalaman sekeliling] individu sangat mempengaruhi kerangka
pemikiran dan cara bertindak seseorang individu. Justeru, kita boleh melihat
kenapa pihak penjajah British menubuhkan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang
bertujuan melatih pegawai British daripada kalangan rakyat tempatan
terutamanya golongan bangsawan.
Kehadiran PAGE, G25 atau mana-mana NGO bernuasa Barat menyokong
pelaksanaan pengukuhan bahasa Inggeris melalui sistem bukannya daripada
kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa itu sendiri adalah suatu yang tidak
menghairankan kerana mereka berfikir dan bercakap menggunakan bahasa
Inggeris. Bahasa Inggeris telah mempengaruhi pemikiran dan cara hidup mereka
mendekati atau menganuti pemikiran dan cara hidup tuan mereka, Kebudayaan
Barat.
Islamisasi
Asas Kebudayaan Barat ialah Kebudayaan Yunani Kuno-Romawi serta Kebudayaan
Kristian-Yahudi. Asas Kebudayaan Barat juga dipengaruhi oleh Zaman Renais,
Reformasi, Pencerahan, Revolusi Sains, Revolusi Perindustrian dan Revolusirevolusi Politik. Melalui imperialisme, kapitalisme, intelektualisasi dan
kristianisasi, mereka menyebar-luaskan Kebudayaan Barat di negara yang dijajah.

Setelah ratusan tahun dijajah, negara yang dijajah diberi kemerdekaan yang palsu
kerana Kebudayaan Barat sudah tertanam dalam pemikiran dan kebudayaan
tempatan melalui pegawai didikan penjajah, sistem pendidikan, perlembagaan
dan undang-undang penjajah dan hedonisme dalam kebudayaan. Justeru, dalam
membersih-jernihkan kembali karat-karat penjajah, pemimpin dan sarjana perlu
kembali bermusyawarah untuk melakukan Islamisasi terhadap perkara yang
sesuai dan membuang perkara yang mencacatkan Islam.
Menurut Gaafar Syeikh Idris, Islamisasi ialah usaha terancang dan beransur-ansur
yang akan membuahkan satu masyarakat yang berpegang teguh kepada
keseluruhan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan masyarakat.
FASA
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3

TAHAP ISLAMISASI
Aqidah-Tauhid
Akal-Pemikiran
budaya

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Islamisasi ialah pembebasan manusia,


pertama daripada tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan dan
selepas itu (pembebasan) akal dan bahasa daripada pengaruh sekularisme.
Islamisasi proses dua hala iaitu pembebasan diri dan pengembalian diri kepada
kejadian asalnya, kepada fitrah. Proses Islamisasi dilakukan pada akal dan
pemikiran melalui bahasa. Fokus Syed Muhammad Naquib al Attas pada akal dan
diri manusia yang berkewajipan mengetahui dan bertindak secara adil dan
hikmah.
Pembebasan akal-pemikiran daripada keraguan, prasangka dan hujah kosong
menuju keyakinan dan kebenaran tentang realiti spritual, penalaran dan material.
Pembebasan akal-pemikiran dapat dilaksanakan melalui bahasa yakni
pemahaman terhadap makna istilah yang dipilih untuk dipasakkan dalam
pemikiran seseorang. Pemilihan istilah perlu difahami berdasarkan bahasa
ibunda tanpa dipengaruhi oleh bahasa asal istilah tersebut. Pemimpin dan
sarjana Islam pernah diutamakan dalam proses pembebasan akal-pemikiran agar
pembangunan dan kemajuan negara mengunakan konsep ilmu yang benar dan
berhikmah.

Selepas pembebasan akal-pemikiran, Islamisasi Budaya dilakukan. Dasar yang


dilakukan oleh pemimpin dan dinasihati oleh sarjana yang mempunyai pandangan
dunia yang benar membolehkan perubahan besar dalam budaya hidup
masyarakat.

Islam Mengikut Kehendak Barat


Paling baik kita membaca sendiri karya para pemikir terutamanya pemikir Barat
dalam bahasa asal penulisan mereka. Punbegitu paling penting membaca hasil
karya mereka sebelum mengkritik sama ada dalam bahasa lain atau yang sudah
diterjemah dalam bahasa pengkritik karya tersebut. Kita tahu dengan
mempelajari, membaca dan mengkaji daripada sumber asal.
Kesilapan terbesar Barat ialah mahukan Islam mengikut kehendak mereka dan
menilai dan memahami Islam daripada kacamata Barat sendiri. Pemikiran
SEPILIS yang ditelurkan oleh Barat berdasarkan perkembangan pemikiran tokohtokoh Barat dan pengamalan sejarah Barat. Barat mempunyai sejarah hitam
dengan agama Kristian. Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, roh dan
peribadi kebudayaan dan tamadun Barat dipengaruhi oleh 3 aspek penting dalam
kehidupan mereka iaitu
1. Konsep dualisme yang menguasai pandangan tentang realiti dan kebenaran.
2. Doktrin humanisme iaitu jelmaan ideologi sekularisme yang memusatkan
penilaian segala-galanya pada fikiran manusia.
3. Penyusupan konsep trajedi.
Agama Kristian dicipta untuk menyaingi Islam. Agama Kristian yang berkembang
akhir telah membuka pintu dan menyebarkan agama Kristian kepada orang bukan
golongan bani Israil. Agama Kristian bukan ditanzil oleh Allah SWT. Kedatangan
Nabi Isa AS ketika itu untuk membaiki penyelewengan yang dilakukan oleh Bani
Israil bukannya menjelma sebagai agama baru dan memberi khabar kedatangan
Nabi Terakhir seperti dalam Surah al Saff: 6, Mereka bertujuan untuk
menyangkal kedatangan agama Islam itu dengan cara menjelma agama baru
rekaan sendiri yang mengandungi sifat persamaan dengan agama Islam. Mereka
bertujuan menggagalkan Islam apabila ia terbit kelak dengan cara mendahului

kezahirannya agar meniru sifatnya. Mereka ingin menafikan kedatangan Islam


sebagai tidak perlu lagi
Bani Israil mengetahui sifat Islam melalui ajaran dan kenyataan Nabi Isa AS.
Agama Kristian rekaan Barat ini mula memperkuatkan pengaruh mereka dalam
institusi politik Eropah ketika itu. Agama kristian yang didakyahkan oleh para
penganjurnya itu telah jauh melampaui amanah yang ditugaskan kepada Nabi Isa
AS dan telah mengemukakan rekaannya sendiri dengan tujuan menguasai politik
dunia
lama sebelum terbit agama Islam justeru agama Kristian telah digubah untuk
mengambil peranan (agama Islam) yang kemudiannya sebenarnya ditugaskan
Allah SWT kepada Islam; iaitu peranan menyebarkan ajaran dan akidahnya yang
merupakan sifat agung Islam bagi seluruh manusia[Syed Muhammad Naquib al
Attas].
Agama Kristian telah disekularkan apabila memisahkan politik dan perihal
kenegaraan daripada agama. Agama Kristian disebarkan ke seluruh dunia. Dalam
dialog Islam-Kristian, kita tidak perlu salah menyalah antara satu sama lain. Kita
hanya perlu bentangkan al Quran dan bible, bahaskan dengan baik dan akuri
kebenaran serta hormati antara satu sama lain.
Kemunculan pelbagai istilah berbau Islam. Yusuf al Qaradhawi menukilkan
kenyataan Mahmud Muhammad Syakir, seorang orientalis yang datang dan
masuk ke dalam dunia wawasan pemikiran kita dengan tujuan mengkaji dan
mempelajarinya, tidak akan mungkin mahu melepaskan JATIDIRIya; melepaskan
diri dari kongkongan BAHASA, BUDAYA dan AGAMAnya agar menjadi seorang
yang benar-benar objektif dalam kajian dan penelitiannya.
Orientalis, pemikir Islam yang lahir dan menetap di Barat, dan pemikir Islam yang
pernah belajar di Barat mempunyai akal dan pengalaman yang berbeza ekoran
daripada latar belakang mereka. Akal dan pengamalan yang dibentuk akhirnya
menghasilkan pandangan alam (world view) untuk menjadi panduan dalam
bertindak.
Ada sesetengah orientalis dan pemikir Islam berwatak baik cuba
mempropagandakan gagasan pemikiran mereka yang dipengaruhi oleh pemikiran

Barat dalam usaha untuk mengimplementasikan gagasan mereka di negara atau


negeri majoriti Islam-Melayu. Pengalaman dan keadaan [kebudayaan] pemikir
Islam tersebut berbeza dengan kebudayaan asali masyarakat Islam tempatan.
Pemikir Islam yang tinggal di Barat perlu melihat tiga perkara penting dalam
faktor setempat iaitu mengikut syarak atas kehendak masyarakat setempat
[kehendak majoriti rakyat], sejarah dan realiti semasa.
Sesetengah orientalis telah memeluk agama Islam dan menjadi pemikir Islam.
Mereka cuba mentafsir Islam berdasarkan akal, pengalaman dan jatidiri mereka
bukannya dengan WAHYU. Dan ada sesetengah mereka mentafsir wahyu
sewenang-wenang mengunakan akal dan pengalaman mereka sehingga wahyu
terpaksa mengikut kehendak akal mereka bukannya mereka mengikut kehendak
wahyu.
Antara tokoh-tokoh yang terpalit dengan perkara di atas ialah Rene Guenon,
Frithjof Schuon dan Seyyed Hossen Nasr yang menyakini bahawa semua ajaran
agama adalah sama dari segi ruhani4 walaupun zahirnya berbeza dalam bentuk
upacara keagamaan.
Mencampur-adukkan Komitmen Pada Kebenaran Dengan Fanatik-Taksub
Jahiliah
Fanatik-taksub dapat diertikan sebagai taqlid buta dimana seseorang atau
kumpulan terhadap suatu pendapat atau praktik kehidupan tanpa pertimbangan
dan pemikiran, tanpa perbezaan antara kebenaran atau kebatilan. Tidak mahu
beranjak kepada kebenaran dan kebaikan dengan menggunakan pemikiran yang
sihat dan objektif dan tidak menerima pernyataan yang dibuktikan kebenarannya.
Fanatik-taksub ini sangat tercela [Surah al baqarah: 170, Surah Luqman: 20-21].
Fanatik-taksub tanpa sandaran melainkan semata-mata mempertahankan adat
kebiasaan dan budaya nenek moyang iaitu berdasarkan pertimbangan akal sihat
bukan berdasarkan petunjuk Allah. Bahkan mereka mempertahankan pendapat
memenuhi selera akal-nafsu dan ajakan syaitan untuk membawa diri mereka ke
neraka.

Kita boleh menerima konsep ini dari segi Tauhid Rububiyyah dan konsep Tuhan Mutlak. Tetapi jika ia ke arah
Pluralisme, hendaklah pendapat mereka ditolak kerana membawa fitnah yang lebih besar.

Seseorang mukmin yang berpegang teguh kepada kebenaran disertai dengan


pertimbangan akal yang sihat berdasarkan dalil dan kenyataan mengikut
kehendak al Quran dan al Sunnah. Walaupun hasil ijtihad berbeza tetapi sumber
ijtihad adalah sama yakni al Quran dan sunnah Rasulullah SAW, pendapat yang
paling utama berdasarkan pertimbangan masa, keadaan ketika itu, waktu dan
realiti zaman perlu diambil kira.
Keputusan politik merupakan ijtihad yang banyak mengelirukan rakyat
kebanyakan. Politik sifatnya sangat liar dan terlalu pantas berubah
menyebabkan ijtihad politik diambil seakan-akan bersifat pragmatik. Beza
keputusan politik secara pragmatik dan ijtihad politik ialah ijtihad politik hasil
kajian ulama dan pemimpin Islam melalui pertimbangan akal yang sihat dan
kepentingan Islam berdasarkan petunjuk Allah SWT bukannya untuk kemenangan
politik berdasarkan akal-nafsu sehingga menghalalkan cara untuk mencapai
matlamat. Sememang ada pihak yang bermain-main atau memperolok-olokan
Islam dalam ijtihad politik yang diistilahkan sebagai hujah mereka benar tetapi
tujuan mereka batil. Punbegitu kita tidak mampu menilai niat-hati seseorang,
nilailah perkara zahir yakni tindakan dan hasil pemikiran melalui tulisan mereka.
Segala niat buruk mereka kita serahkan kepada Allah SWT.
Orang yang sikap berpegang teguh kepada kebenaran [istimsak bil haq] dan
fanatik-taksub jahiliah seringkali diracuni oleh para pendengki, kelompok SEPILIS
dan orientalis agar kelompok istimsak bil haq dilihat sebagai golongan yang taklid,
jumud, taksub, fanatik, walaun dan sebagainya. Kita mengakui ada sesetengah
kelompok istimak bil haq yang agak ekstrem menyalahi adab pendekatan dakwah
berhikmah tetapi ia bukan pendapat atau pendekatan majoriti kelompok istimak
bil haq.
Kewibawaan Guru: Harapan Keilmuan Orang Awam.
Umat Islam perlu mencari guru yang berwibawa yang mempunyai autoriti yang
benar dalam pengetahuan, kelurusan aqidah dan berkeperibadian yang unggul.
Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, autoriti tertinggi dalam keilmuan
Islam ialah al Quran dan Nabi, dan diikuti oleh para sahabat dan para ilmuwan
lelaki dan perempuan yang benar-benar mengikut Sunnahnya, memiliki darjat

pengetahuan, kebijaksanaan, dan pengalaman


mengamalkan agama pada tingkatan ihsan5.

spritual,

yang

selalu

Sarjana Barat bukan sahaja mempertikaikan Nabi Muhammad SAW tetapi para
ulama Islam juga turut dipertikaikan mereka. Antaranya Imam Bukhari yang
terkenal dengan kitab hadith, Kitab Sahih Bukhari yang dilihat sumber paling
berautoriti selepas al Quran. Tradisi Keilmuan Islam sangat mementing
kelurusan aqidah-tauhidik, kebenaran dan kesahihan sumber ilmu, adab dalam
keilmuan dan keperibadian guru. Ketelitian dalam metodelogi hadith, akhlak
para penyampainya, sanad salasilah ilmu yang terjaga merupakan jaminan autoriti
sumber ilmu dalam Islam.
Guru yang berwibawa adalah seorang yang rabbani, murabbi dan mujtahid
sehingga mampu melakukan ijtihad dan memimpin umat. Antara syarat
seseorang yang rabbani, murabbi dan mujtahid ialah;[Mohd Salleh Ahmad]
1. Mesti MENGUASAI Bahasa Arab
2. Mesti MNGETAHUI al Quran
3. Mesti Mengetahui Sunnah
4. Mesti menguasai Usul al Fiqh
5. Perlu mengetahui masalah-masalah yang telah diijma
6. Perlu mengetahui Maqasid Syariah
7. Kesediaan fitrah untuk berijtihad
8. Adil dan taqwa.
Pada hemat penulis, antara ciri-ciri guru yang berwibawa ialah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Beriman, berilmu, berakhlak dan bertaqwa


Tauhidik-beraqidah dan hikmah dalam berfikir dan bertindak
Sumber rujukan al Quran dan al Sunnah serta ulama muktabar
Kebenaran itu hanya daripada Allah SWT.
Beramal dan beristiqmah dalam amalan dan perjuangan Islam
Salasilah ilmu dan guru bersanad
Sederhana, mendamaikan dan menggagas hubungan muhibbah sesama
umat.

Ihsan ialah menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Dia. Biarpun engkau tidak melihat-Nya, maka
sesungguhnya Dia melihat engkau. [Riwayat Bukhari: 42]

8. Belajar dan mengajar


9. Turun ke lapangan rakyat bukannya bertapa di bilik berhawa dingin
Guru yang berwibawa mesti mempunyai hasil penulisan yang terjamin
autoritinya. Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, kita tidak perlu
bergantung kepada jumlah buku yang banyak tetapi hanya tertumpu pada
buku-buku yang sudah disahkan kewibawaannya. Membaca buku atau artikel
yang berautoriti memberi ketenangan kepada diri yang mencintai kejernihan
aqidah dan ilmu kerana tidak terganggu dengan agenda tersirat musuh Islam.
Guru yang berwibawa tidak menyekat kebebasan dan kreativiti anak muridnya.
Sifat guru penuh kasih sayang, menghormati dan simpati kepada anak muridnya
dengan melakukan teguran yang membina dalam ruang adab.
Ketaatan kepada guru yang berwibawa tidah harus dikatakan takliq buta, jumud
dan wala secara membabi buta. Taklid yang negatif ialah menerima kata-kata
seorang [pendapat] selain daripada Nabi dan dilakukan TANPA sesuatu BUKTI.6
Penerimaan sesuatu pendapat memerlukan dalil dan hujah yang sahih.
Ilmu cerminannya pada akhlak. Ilmu pada seseorang guru yang berwibawa akan
mencorak pemikiran-pandangan alam dan akhlak-peribadi-moral guru tersebut.
Justeru, Rasulullah SAW adalah cerminan al Quran dalam fikir dan tindakan
baginda. Jika kita melihat seseorang guru menyalahi ajaran-ajarannya, ini
bermakna ilmu yang mereka ada belum menjadi amalan lagi. Bersifat menanam
tebu di bibir mulut sahaja.
Sarjana anti Islam terbahagi kepada 3 kelompok iaitu [1] kelompok al-la adriyyah
atau agnostik kerana seringkali mengatakan tidak tahu sehingga menimbulkan
keraguan tentang keberadaan sehingga menolak kemungkinan ilmu pengetahuan.
Kelompok [2] ialah al indiyyah iaitu mereka yang bersikap terlalu subjektif.
Kelompok menerima keumngkinan ilmu pengetahuan dan kebenaran tetapi
menolak matlamat ilmu pengetahuan dan kebenaran. Bagi mereka matlamat ilmu
dan kebenaran adalah subjektif.

Dinukilkan oleh Wan Mohd Nor Wan Daud dengan pendapat Ibnu Hazm.

Kelompok [3] inadiyyah iaitu mereka yang keras kepala, yang menafikan realiti
segala sesuatu dan menganggap ia sebagai khayalan sahaja.
Solusi
Akar peradaban perlu dibajai dengan iman dan ilmu agar peradaban terhasil
mencerminkan peradaban berkualiti dan Islami. Serangan pemikiran yang
menggugat generasi muda pada hari ini banyak mempengaruhi pandangan
dunia seseorang muslim. Akibatnya, ramai yang terpesong dalam perjuangan
mereka menegak Islam kerana tersilau dengan bayangan air di oasis yang palsu
dan khayali.
Ilmu adalah penyuluh jalan agar seseorang menuju ke cahaya Ilahi. Manusia
terhijab daripada cahaya Ilahi kerana [1] ia adalah cahaya dalam cahaya yang
tidak nampak dalam hari yang terang-siang dan [2] orang buta yang berjalan tidak
mengetahui dimana kecuali tersepak batu. Allah SWT menyediakan al Quran
untuk membimbing dan memandu manusia muslim ke arah cahaya kebenaran
yang benar dan betul keluar daripada kegelapan [Surah al Baqarah: 257].
Yang baik datang daripada Allah, yang lemah datang daripada diri penulis yang daif

Anda mungkin juga menyukai