Anda di halaman 1dari 7

FALSAFAH

DAN
LOGIKA MELAYU
JXEA1104

TAJUK TUGASAN :

IDEOLOGI IBNU TUFAIL

NAMA : NURAINI BINTI AHMAD


NO. MATRIK : JEA080099
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
KUPASAN FALSAFAH IBNU TUFAIL

Abu Bakr Muhammad Ibnu Abdul Malik Ibnu Muhammad Ibnu Tufail Al-Qisi

lebih dikenali dengan nama Ibnu Tufail telah dilahirkan pada tahun 1106 Masihi di

Asya,Granada.Beliau adalah ahli hukum,perubatan,dan ahli politik yang handal.Beliau

pernah dilantik sebagai pembantu gebenor Wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi serta

doktor peribadi kepada pemerintah Al-Muwahidin iaitu Abu Ya’kub Yusuf .Selain

itu,beliau juga melibatkan diri dalam bidang pendidikan,pengadilan dan penulisan.Beliau

telah meninggalkan salah satu hasil karyanya iaitu kitab Hay Ibn Yazqan yang

memuatkan pandangannya secara umum dengan gaya bahasanya yang menarik dan

imaginasi yang indah.Kitab ini dianggap sebagai warisan paling unik yang ditinggalkan

oleh seorang ahli falsafah Islam.

Ibnu Tufail berusaha mengungkapkan persoalan hubungan antara manusia,akal

dan Tuhan di dalam kitabnya ini.Beliau juga menerangkan bagaimana manusia

mempunyai potensi untuk mengenal Allah.Ibnu Tufail melihat alam ini sebagai baru dan

ditadbir oleh Tuhan yang satu serta berkuasa penuh.Pemikiran falsafah Ibnu Tufail juga

meliputi perkara yang berhubung dengan masyarakat.Belia menyifatkan masyarakat

terdiri daripada sebahagian besar anggota-anggota yang malas dan mudah terpengaruh

serta terikut-ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu membahasnya.

Allah S.W.T menyatakan bahawa penglihatan manusia untuk melihat hakikat

tuhan adalah satu sifat mustahil dengan cara seperti seseorang melihat benda-benda di

sekelilingnya menggunakan pancaindera yang dimilikinya.Dalam hal tersebut manusia

selangkah demi selangkah akan mendapat pengetahuan dan keyakinan kepada adanya

Tuhan tersebut sejak manusia pertama hidup di permukaan bumi.Mereka telah


meyakinkan kita bahawa akan adanya satu Zat Pemelihara Kehidupan dan ini

membuktikan yang mereka telah mencapai satu wujud mutlak sejak kehidupan manusia

di zaman lampau.

Satu di antara hasil pemikiran dalam mencari Tuhan adalah apa yang

dikemukakan oleh sarjana-sarjana ilmu alam dan astronomi di mana seorang ahli ilmu

falak umpamanya banyak bersandar kepada logika dan ilmu pasti.Para ahli ilmu alam

juga bersandar kepada hasil pemikiran-pemikiran lahiriah dengan melalui percubaan-

percubaan perasaan dan akal yang dirasakan oleh mereka pula dengan penuh

kepastian.Mereka mengemukakan dalil-dalil kenyataan tersebut dengan memberikan

hasil perumusan adanya susunan langit yang teratur dan apa yang dapat dirasa dalam

dalam kehidupan di bumi ini.Seterusnya dapat disimpulkan bahawa mereka telah sampai

kepada adanya pemikiran wujud Tuhan dalam semesta yang maha luas ini.

Mengemukakan pemikiran-pemikiran positif dalam mencari Tuhan dengan dalil

pengetahuan adalah merupakan sesuatu yang dibenarkan.Pemikir-pemikir ini telah

menyatakan bahawa alam semesta ini memiliki susunan rapi yang pastinya diatur oleh

Zat yang Maha Bijaksana.Hasil pengetahuan pula menetapkan tentang kebenaran yang

belum terlihat oleh mata mahupun terdengar oleh telinga.Setelah itu,para sarjana telah

menemui atom,electron,proton,dan neutron yang kemudiannya mampu dilihat oleh

mata.Namun,kadang kala mata itu menolak dengan tidak percaya kerana wujudnya

pengaruh ilusi atau adanya pemikiran-pemikiran kacau.Lalu orang-orang yang sesat ini

telah menemui Tuhannya dengan jalan pembuatan patung yang diukir dengan tangannya

sendiri dan dijadikan Tuhan yang telah menciptanya.Tetapi bagi para pemikir dengan

kesempurnaan akal mereka telah menemui bentuk ketuhanan berdasarkan erti serta
pemikiran dan kemudian menyembah tuhan berdasarkan pengetahuan yang logis.Maka

pengetahuan telah menetapkan wujudnya Tuhan dengan cara yang tidak dapat

diragukan.Manusia seterusnya dapat mencari dan menemui Tuhan dengan melihat langit

dan bintang-bintang yang terdapat di angkasa dan menggunakan akal fikiran yang luas

serta sihat dengan menyorotkan pandangan pada alam semesta ini.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Imran ayat 190 yang bermaksud :

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan silih bergantinya

malam dan siang terdapat bukti-bukti adanya Allah S.W.T”

Komuniti masyarakat yang membantu mewujudkan satu pemikiran dalam

kehidupan seharian manusia perlulah diambil kira sebagai salah satu perkara yang

penting dalam pembinaan sahsiah dan jati diri manusia.Setiap perkara yang dilakukan

oleh ahli masyarakat perlu berlandaskan ajaran Islam agar tidak mudah terpesong dengan

anasir-anasir luar yang bersifat negatif.Setiap perkara yang muncul di dalam masyarakat

,harus diteliti terlebih dahulu sebelum menerima bulat-bulat sebagai satu budaya yang

diamalkan dalam sesebuah masyarakat.Justeru,takwa adalah tunjang agama yang

sekaligus menjadi asas kebudayaan.Sesuatu kebudayaan itu dikira baik dan ma’aruf

apabila diasaskan kepada takwa kerana di sanalah letaknya nilai agama dan syariat yang

luhur yang menentukan laluan hala ke mana budaya manusia itu akan dituju dan

dikemudi.Tanpa takwa maka kebudayaan akan lahir berdasarkan budaya nafsu manusia

yang buas dan tidak bersopan untuk menghalalkan kebuasan dan kerakusan nafsu itulah

maka manusia cuba mencari pelbagai cara semata-mata supaya kebuasan nafsu mereka

dapat dikaburi dengan cara yang manis,cantik,ghairah dan diterima oleh akal.
Islam menolak apa jua bentuk budaya yang menjejaskan cara berfikir

manusia.Sesuatu budaya yang mengenepikan kekesanan kepada pemikiran dan rasa

takwa maka itulah budaya haiwan kerana manusia yang rosak pemikiran dan tidak

bertakwa akan mempengaruhi dirinya serta ahli masyarakat yang lain kepada nafsu yang

buas dan liar.Manusia ini tidak menghiraukan pandangan dan kehendak masyarakat sama

seperti haiwan yang tidak bermasyarakat.Apa yang ternyata hasil daripada fahaman

budaya buas dan liar inilah maka pelbagai penyakit dan masalah masyarakat kini semakin

parah.Kita dibebani dengan masalah dadah dan mengharapkan kepada agama untuk

mengatasinya,sedangkan punca dan akibat kepada terpengaruhnya kepada dadah

digalakkan,Kita menyeru kepada kesopanan dan kesusilaan sedangkan gejala-gejala yang

meruntuhkan kesopanan dan kesusilaan kita agung-agungkan.Malahan kita berusaha ke

arah penerapan nilai-nilai Islam sedangkan mereka yang berusaha menerapkan nilai-nilai

budaya kuning dibiarkan juga bermaharajalela diimport dan diundang dari luar

negeri.Inilah yang berlaku apabila budaya dan kebudayaan itu tidak berlandaskan

Islam,hanyut tanpa haluan mengikut arus seolah-olah kita tidak punya apa-apa

panduan.Kita sanggup membutakan mata dan memekakkan telinga dari perkara yang hak

terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat sebaliknya membeliakkan mata dan

meluaskan telinga kepada yang biadab dan maksiat.

Bagi mengawal dan memelihara martabat dan kedudukan manusia seperti yang

diberikan oleh Allah S.W.T ini maka dari sudut kebudayaan sekalipun,Islam tetap

mempunyai pengertian dan pegangannya yang tersendiri.Kebudayaan Islam ialah cara

berfikir dan cara merasa takwa yang meletakkan diri seseorang dalam seluruh bidang

kehidupannya ke dalam kelompok manusia yang dapat membentuk kesatuan sosial dalam
suatu keadaan.Memperkatakan mengenai kebudayaan,ilmu antropologi memandang

kebudayaan sebagai Lembaga Khas Manusia.Hanya manusia yang berkebudayaan

sedangkan benda-benda lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak.Kebudayaan

membezakan kehidupan manusia daripada yang lain,zahiriahnya mahupun

rohiah.Ternyata bahawa perbezaan antara haiwan dan manusia itulah yang disebut

kebudayaan.Oleh itu apabila manusia tidak mengawal dan menghormati batas-batas

perbezaan tersebut maka ia akan menjadi lebih hina darjatnya kepda serendah-rendah

darjat.Ini jelas dengan apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah At-Tian ayat

4 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk

yang sebaik-baiknya(dan berkelengkapa sesuai dengan keadaanny)kemudian

(jika ia telah tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu)Kami kembalikan

dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah kecuali

orang-orang yang beriman dan beramal soleh,maka mereka beroleh pahala

yang tidak putus-putus”

Daripada ayat ini jelas ternyata betapa besarnya perhatian Allah terhadap

manusia.Sejak awal lagi ia diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya.Perhatian Allah

yang besar terhadap manusia ini,walaupun ia mempunyai titik kelemahan dan sering

dilanda kerosakan dan penyelewengan fitrah yang suci,menunjukkan manusia

mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W.T.


BIBLIOGRAFI

Md Yusnan Yusof.(2005).Tanggungjawab Muslim dalam Memikul Risalah.Kuala


Lumpur:AGDAL Consultant.

Imam Habib Abdullah Haddad.(1981).Nasihat Agama dan Wasiat


Iman.Singapura:Pustaka Nasional Private Limited.

Mohd Isa Selamat.(1994).Penawar Jiwa.Kuala Lumpur:Darul Nu’man.

Mohd Hassan Ismail.(2000).Bagaimana Mengenal Allah.Pulau Pinang:Pencetakan Al


Muarif Sdn.Bhd.

Abdul Jalil Hassan.1989.Falsafah dan Pengetahuan Islam.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Mahmud Hamdi Zaqzuq.1989.Orientalisme Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun


Islam.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dipetik daripada Alha Kelantan : http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id7.html


yang diambil pada hari Jumaat, 22 Ogos 2008.

Anda mungkin juga menyukai