Anda di halaman 1dari 19

XBOH 2103

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

SEMESTER 2 / TAHUN 2016

XBOH 2103

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT

NO. MATRIKULASI : 891225025797001


NO. KAD PENGNEALAN : 891225-02-5797
NO. TELEFON : 013-4063150
E-MEL : izzani89@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI

1
XBOH 2103

1.0 PENGENALAN TEORI HEINRICH DOMINO

Rajah 1: Teori Heinrich Domino

Setiap pekerjaan tidak lari dari berlaku kesalahan dan kemalangan atau kecelakaan.
Pendidikan atau mendidik pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan kerja merupakan
perkara yang amat di perlukan di zaman yang moden ini. Pelbagai teori yang wujud untuk
menyelesaikan masalah kemalangan di tempat kerja mahupun di tempat awam. Teori
Heninrich Domino merupakan teori yang sangat terkenal dan terawal di wujudkan untuk
mengelak dan mendidik pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Teori
ini di wujudkan pada tahun 1959 dan diperkenalkan oleh H.W.Heinrich. Terdapat lima faktor
utama yang diwujud dan kaitkan dalam teori ini. Antara faktor yang di perkenalkan dalam
teori ini ialah persekitaran, kesilapan seseorang, tindakan yang tidak selamat, kemalangan
dan kecederaan. Dalam teori ini setiap lima faktor utama diwakili oleh domino. Hal ini
kerana, setiap faktor atau sebab kemalangan saling berkait antara satu sama lain. Jika salah
2
XBOH 2103

satu domino tersebut tidak wujud atau tidak terjadi maka kemalangan tidak akan berlaku.
Secara asanya rajah 1 menunjukkan jika satu domino yang pertama jatuh dan faktor-faktor
yang lain juga wujud domino tersebut akan terus jatuh dan menjadi satu rantaian kemalangan
yang lengkap.

Teori ini menyatakan punca utama kemalangan berlaku di sebabkan cara seseorang itu
dan sifat buruk seseorang itu melakukan tindakan yang tidak selamat mewujudkan risiko
yang tinggi kemalangan dan akan berlaku kecederaan. Teori ini menekankan setiap
kemalangan dan kecederaan yang berlaku dalam setiap kemalangan berpunca dari pada
seseorang itu atau seseorang yang melakukan kerja tertentu dan tindakan tidak selamat
seseorang melakukan kerja atau tindakan. Menurut Teori Heinrich Domino jika domino
“tindakan tidak selamat” di keluarkan dari susunan domino maka kemalangan dan
kecederaan tidak akan berlaku. Antara kajian yang terdapat dalam teori ini 88% berlakunya
kemalangan dan kecederaan berpunca dari tindakan tidak selamat dari seseorang itu atau
pekerja. Tindakan yang disebabkan oleh bukan manusia ialah 10%. Selain itu, faktor luaran
atau faktor persekitaran dan takdir tuhan 2%.

Tindakan tidak selamat seseorang itu atau pekerja menjalankan kerja di pengaruhi
oleh beberapa sebab. Antara sebab yang dinyatakan oleh teori ini ialah genetik, persekitaran,
pendidikan, tekanan kumpulan, ciri am keselamatan, kesihatan, umur, pengalaman,
persekitaran terhadap risiko, keperluan atau sasaran kerja, keperluan atau sasaran individu,
latihan dan kaum. Semua sebab atau faktor yang di nyatakan adalah penyebab berlakunya
kemalangan dan kecederaan menurut teori ini. Antara sebab atau faktor utama yang sering di
kaitkan sekiranya berlaku kemalangan ialah persekitaran, tekanan, kesihatan, umur,
pengalaman, keperluan sasaran kerja dan latihan. Hal ini kerana, sebab dan faktor yang di
senaraikan tadi seringkali tidak mengikut syarat dan peraturan kerja yang di perlukan.
Menurut teori ini lagi kemalangan dan kecederaan di sebabkan satu rantaian tindakan tidak
selamat manusia atau melakukan perkara yang melebihi beban biasa serta tindakan kerja
tidak sesuai dan aktiviti yang tidak sesuai.

3
XBOH 2103

Kesimpulan yang boleh di buat setiap pekerja dan individu perlu mainkan peranan
masing-masing untuk mengelak dari kemalangan terus berlaku. Tetapi terdapat pertikaian
yang berlaku terhadap teori ini. Hal ini kerana, teori ini hanya memfokuskan sebab dan punca
berlakunya terjadi kemalangan dan kecederaan seseorang atau pekerja yang menjalankan
kerja tersebut sahaja. Hal ini, tidak releven dengan suasana kerja. Setiap kerja yang berlaku
tidak kira kerja yang di jalankan sekecil-kecil kerja tau sebesar-besar kerja mempunyai
majikan dan pemilik serta perkara-perkara yang lain yang terlibat. Tidak wajar jika semua
kesalahan kemalangan di letakan atas bahu orang yang melakukan kerja sahaja. Majikan dan
faktor dan sebab yang lain juga perlu di titik beratkan dalam menyiasat sesuatu kes
kemalangan.

1.1 Teori Heinrich Domino Berdasarkan Kajian Kes.

Seperti kajian kes yang di berikan dalam soalan, kes kemalangan yang melibatkan
lori tangki yang membawa bahan kimia. Terdapat tiga orang saksi yang di temuduga
dalam kes kemalangan tersebut. Saksi pertama pemandu bas sekolah yang menghantar
murid sekolah. Pemandu tersebut merupakan saksi utama kes kemalangan ini kerana
kemalangan ini terjadi di depan mata beliau. Saksi yang ke dua merupakan pemandu lori
tangki yang terlibat kemalangan tersebut. Saksi yang terakhir penyelia Syarikat Valuhaul
yang bertanggungjawab menyelia dan menguruskan keluar dan masuk lori tangki dan
menjaga dan menyelia pemandu lori tangki. Terdapat perbezaan pengakuan yang ketera
apabila temubual di lakukan terhadap ketiga-tiga saksi tersebut. Kita akan bincangkan
lebih mendalam dan terperinci mengenai kemalangan ini dengan merujuk Teori Heinrich
Domino.

Menurut Teori Heinrich Domino Sesuatu kemalangan dan kecederaan terjadi di


sebabkan oleh tindakan tidak aman atau tindakan tidak betul oleh seseorang atau pekerja
yang menjalankan sesuatu kerja atau aktiviti. Dalam kes ini kita boleh perhatikan
pelbagai tindakan yang tidak betul dan aktiviti yang tidak betul di lakukan oleh pemandu
lori tangki tersebut. Antara kesalahan yang ketara dilakukan oleh pemandu lori tangki
tersebut ialah menggunakan jalan yang salah atau jalan yang tidak diluluskan. Hal ini

4
XBOH 2103

kerana, lori tangki mempunyai kelebaran lapan hingga sembilan kaki dan sangat tidak
sesuai berada di jalan satu lorong atau jalan kecil. Ini merupakan penyebab utama
kemalangan tersebut berlaku. Syarikat lori tangki tersebut iaitu Valuhaul telah
menetapkan lori tangki hanya boleh melalui jalan utama yang mempunyai 2 lorong
sahaja. Selain itu, punca kemalangan yang lain ialah, lori tangki mengelak dari sebuah
kereta yang datang laju dari arah bertentangan. Selain itu, jalan tersebut mempunyai
selekoh yang tajam dan mempunyai had jambatan 10tan sahaja. Ini sangat tidak sesuai di
gunakan oleh lori tangki. Hal ini kerana, apabila kenderaan yang lain datang dari arah
bertentangan lori tangki yang bersaiz besar terpaksa berselisih laluan yang sempit akan
mengakibatkan pelbagai masalah seperti dalam kemalangan iaitu lori tangki tergelincir
dan terbalik.

Antara punca lain berlaku kemalangan ini di sebabkan tindakan yang tidak betul
dilakukan oleh seseorang atau pekerja ialah, memandu secara mabuk. Memandu secara
mabuk merupakan tindakan yang tidak wajar di lakukan oleh seorang pemandu tangki.
Tambahan pula lori tangki tersebut membawa bahan kimia yang boleh membahayakan
orang awam dan pemandu yang lain jika terjadi sesuatu kemalangan. Saksi pertama iaitu
pemandu bas ternampak bir yang di beli oleh pemandu lori tangki tersebut. Selain itu,
kenyataan yang di buat oleh pemandu lori tangki bercanggah dengan kenyataan yang
dilakukan oleh saksi pertama. Saksi pertama mengatakan lori tangki mengelak kereta
berwarna hijau dan pemandu lori tangki mengatakan mengelak kereta berwarna kuning.
Hal ini, memberi bukti kukuh bahawa pemandu lori tersebut berada dalam pengaruh
alkohol dan mabuk. Memandu dalam pengaruh alkohol salah dari segi undang-undang,
mengikut Seksyen 44, Seksyen 45 dan Seksyen 45a Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Hukuman yang akan di terima ialah “ hukuman selama tempoh tidak kurang daripada tiga
tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan di denda tidak lebih daripada lapan ribu
ringgit dan tidak lebihan dari dua puluh ribu ringgit.

Antara punca lain kemalangan dalam kajian kes ini ialah memandu tanpa
kebenaran dan kelayakan. Pemandu yang memadu lori tangki merupakan pemandu
gantian. Beliau tidak di benarkan memandu lori tangki disebabkan oleh pergantungan
lesen oleh pihak berkuasa. Hal ini kerana, pemandu lori tangki tersebut terlibat dengan

5
XBOH 2103

satu kemalangan tiga tahun dulu. Temubual yang dilakukan kepada saksi ketiga iaitu
penyelia lori tangki mendapati pemandu lori tangki memandu tanpa pengetahuannya.
Penukaran pemandu yang dilakukan tidak mendapat kelulusan syarikat dan beliau
sendiri. Pemandu lori tangki tersebut tidak di benarkan membawa lori tangki dan perlu
berada di pejabat sahaja. Setelah kemalangan berlaku pemandu lori tangki tidak memberi
tahu kepada pihak syarikat dan penyelia lori tangki. Penyelia lori tangki tersebut
mengetahui kemalangan tersebut setelah pihak polis menghubungi beliau. Pemandu lori
tangki tersebut secara jelas melanggar undang-undang syarikat dan undang-undang
sebagai seorang pekerja Hal ini menyalahi Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
1994 Seksyen 24 ( kewajipan am pekerja yang sedang berkerja ).

Antara punca kemalangan yang disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak aman
dan tidak sesuai dalam kes ini ialah kebanyakan pemandu tidak berdisiplin, Hal ini
kerana, temubual yang di lakukan kepada saksi yang ketiga mendapati pemandu lori
tangki sering meletakkan lori tangki bukan pada tempatnya. Maksudnya meletak lori
bukan pada kawasan meletak lori tangki yang sesuai. Selain itu, pemandu sering
melakukan mogok di tempat kerja. Selain itu juga, para pemandu loti tangki tidak boleh
di percayai dan tidak amanah dalam melakukan pekerjaan. Jika di tempat kerja sikap
pemandu sedemikian apatah lagi sikap pemandu apabila di atas jalan raya. Apabila
seseorang pemandu itu tidak berdisiplin di atas jalan raya, ini akan mengakibatkan
pelbagai masalah dan boleh membahayakan pemandu dan orang awam.

Kesimpulan yang kita boleh buat mengenai kemalangan ini ialah pekerja syarikat
tangki perlu mematuhi peraturan yang di tetapkan oleh syarikat dan majikan. Selain itu,
setiap pekerja perlu memahami setiap tugas yang diarahkan agar tidak melakukan perkara
yang tidak sepatutnya. Pekerja juga perlu memahami peraturan dan undang-undang yang
telah di kuat kuasa oleh pihak berkuasa. Pekerja perlu memahami setiap tindakan yang
dilakukan oleh mereka, jika tidak mengikut peraturan yang telah di tetapkan maka akan
mengundang kemalangan dan seterusnya akan membahayakan pemandu lain dan orang
awam.

6
XBOH 2103

2.0 PERANAN PENYIASAT KEMALANGAN

Negara kita sekarang sedang menuju wawasan 2020 dan semakin hampir dengan wawasan
tersebut. Aktiviti kerja semakin rancak berjalan dan akan terus bertambah hari demi hari. Secara
langsung juga risiko untuk terjadi kemalangan juga tinggi. Setiap pekerjaan yang di lakukan pasti
mempunyai risiko untuk berlaku kemalangan. Pegawai penyiasat kemalangan merupakan
individu yang sangat penting untuk mengawal dan mengurangkan kemalangan yang berlaku.
Pegawai penyiasat kemalangan perlu menyiasat kemalangan yang berlaku dan menyiasat nyaris
kemalangan. Nyaris kemalangan merupakan perkara yang perlu diambil berat supaya tidak
terjadinya kemalangan. Antara tugas dan peranan sebagai seorang penyiasat kemalangan ialah
perlu menepati undang-undang, perlu memastikan punca utama berlakunya kemalangan,
mengenal pasti hazard, perlu mengetahui kaedah untuk mencegah dari berlaku kemalangan dan
mengetahui keperluan latihan dan pendidikan kepada pekerja.

Peranan utama penyiasat dalam menyiasat sesuatu kes kemalangan itu ialah perlu
memastikan semua aktiviti kerja atau aktiviti sekelilingnya mematuhi undang-undang yang di
tetapkan. Tidak kira undang-undang tempatan atau undang-undang persekutuan. Seperti di
Malaysia terdapat dua jenis undang-undang iaitu Akta dan Kanun. Akta merupakan undang-
undang yang di bahas di Parlimen. Manakala Kanun pula di bahas di Dewan Undangan Negeri.
Jika satu kemalangan berlaku satu jawatan kuasa keselamatan perlu di tubuhkan oleh penyiasat
kemalangan seperti termaktub dalam Seksyen 33 (2) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja
1994. Kuasa sebagai penyiasat perlu menyiasat keseluruhan kemalangan mengikut undang-
undang yang ada. Seperti yang terkandung dalam Seksyen 34 ) Akta Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerja 1994. Contohnya seperti kajian kes kemalangan yang di sediakan, Jawatan Kuasa
Keselamatan yang di tubuhkan yang di ketua oleh pegawai penyiasat perlu menyiasat,
memastikan dan perlu memastikan pekerja memahami akta yang ada. Antara akta yang terlibat
ialah Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 , Akta Kerja 1955 dan Akta
Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu gentian lori tangki tersebut telah melanggar Akta
Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa kebenaran. Pemandu tersebut telah di gantung
lesen beliau oleh mahkamah di sebabkan terlibat dengan kemalangan 3 tahun lepas.

7
XBOH 2103

Antara tugas pegawai penyiasat kemalangan ialah, mengenal pasti punca utama berlakunya
kemalangan. Punca sesuatu kemalangan perlu di lihat secara lebih meluas dan menyeluruh.
Punca kemalangan tidak seharusnya diletakan semata-mata di bahu pekerja yang terlibat sahaja.
Faktor lain juga boleh menjadi punca utama berlakunya kemalangan. Jika kita rujuk kajian kes
kemalangan punca utama lori tangki terbalik ialah lori tangki tersebut melalui jalan yang salah
dan yang tidak dibenarkan. Syarikat Valuhaul telah menggariskan syarat bahawa lori tangki tidak
boleh melalui jalan satu lorong. Semua lori tangki Syarikat Valuhaul perlu melalui jalan yang
mempunyai dua lorong. Semua pekerja seharusnya mematuhi arahan yang di keluarkan oleh
pihak majikan. Pekerja tersebut telah melanggar Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
1994 Seksyen 24 (d). Selain itu, punca utama terjadinya kemalangan ialah, memandu dalam
keadaan mabuk dan bahaya. Daripada temubual yang dilakukan kepada saksi pertama dan
kenyataan yang dilakukan oleh pemandu lori tangki tersebut adalah sangat meragukan.
Mendapati pemandu tersebut di bawah pengaruh alkohol atau mabuk. Hal ini membahayakan
pemandu lain dan membahayakan orang awam. Pemandu ini melanggar Akta Pengangkutan
Jalan 1987 Seksyen 44 1 (a) (b).

Mengenal pasti keadaan yang bahaya yang akan menyebabkan akan berlakunya kemalangan
merupakan salah satu tugas pegawai penyiasat kemalangan. Seorang pegawai penyiasat yang
baik seharusnya mengenal pasti keadaan atau tempat yang akan berlaku kemalangan lebih awal
sebelum sesuatu kemalangan itu berlaku. Jika keadaan bahaya dapat di kenal pasti lebih awal ini
dapat mengawal dan mengurangkan kes kemalangan. Merujuk kepada kajian kes yang diberi
keadaan yang bahaya yang wujud ialah pemandu lori tangki memandu dalam keadaan mabuk,
sering memandu laju, meletakkan lori tangki di tempat yang salah, lori tangki tidak di selenggara
dengan baik, memandu di lorong yang kecil dan lorong yang tidak di luluskan oleh syarikat.
Sebagai pegawai penyiasat yang menyiasat kes kemalangan perkara seperti ini perlu di ambil
berat agar kemalangan tidak lagi terjadi. Selain itu, sebagai pegawai penyiasat perlu memberi
cadangan dan memberi langkah pencegahan kepada pihak majikan dan pekerja supaya perkara
dan keadaan bahaya seperti ini tidak berlaku lagi.

Antara tugas pengawai penyiasat kemalangan ialah memperkenalkan kaedah atau cara untuk
mengelak dari berulangnya kemalangan. Dalam kajian kes yang di beri saya bahagi kepada dua
pihak utama untuk mencegah dan mengelak dari berlakunya kemalangan iaitu majikan dan

8
XBOH 2103

pekerja. Majikan juga terlibat secara langsung untuk mengelak dari berulangnya kemalangan.
Hal ini kerana, majikan merupakan pihak yang harus bertanggungjawab penuh jika terjadinya
sesuatu kemalangan selain pekerja. Seperti yang termaktub dalam Akta Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 Seksyen 15, majikan perlu memastikan semua kenderaan dan
kelengkapan kerja dalam keadaan terjaga serta di selenggara dengan baik, mengambil tahu
kebajikan pekerja, menyediakan keadaan yang selamat kepada pekerja dan menyediakan latihan
atau taklimat kesedaran keselamatan kepada pekerja. Merujuk kajian kes yang diberi Syarikat
Valuhaul tidak mengambil tahu masalah pekerja dan tidak memastikan lori tangki dan peralatan
kerja di selenggara dengan baik. Jika semua perkara di dalam akta ini di lakukan pekerja akan
merasa diri mereka terbela. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Seksyen 24
menggariskan seorang pekerja menjalankan kerja yang di berikan oleh majikan sebaik mungkin,
memakai dan menggunakan kelengkapan keselamatan yang di berikan, mematuhi arahan yang di
keluarkan oleh majikan dan menjaga keselamatan diri dan orang lain di tempat kerja. Dalam kes
kemalangan ini pekerja tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak majikan iaitu
melalui jalan yang mempunyai dua lorong.

Sebagai seorang pegawai menyiasat kemalangan, apabila sesuatu kemalangan telah berlaku.
Beliau seharusnya memberi cadangan yang sesuai kepada pihak majikan mengenai kepentingan
memberi pendidikan dan latihan yang sewajarnya dan yang bersesuaian dengan seorang pekerja
tersebut. Kebanyakan majikan hari ini mengadakan latihan dan pendidikan kepada pekerja
seperti “ melepas batuk di tangga “ sahaja. Perkara ini perlulah di lakukan dengan bersungguh
dan mengikut keperluan seseorang pekerja. Hal ini juga termaktub di dalam Akta Keselamatan
Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Seksyen 15 (2) (c). Seperti kajian kes yang kita perolehi, pekerja
sering membuat mogok ketika di tempat kerja dan mempunyai pelbagai masalah. Lori tangki
juga tidak di selenggara dengan baik. Pekerja merasakan nasib mereka tidak di bela dengan
seadilnya. Misalnya majikan perlu memberi latihan atau kursus cara mengendali stress di tempat
kerja. Selain itu, menghantar beberapa orang pemandu lori tangki untuk menghadiri kursus
menyelenggara lori tangki dengan cara yang betul. Jika pekerja mempunyai pengetahuan dan
ilmu yang cukup mengenai kerja mereka ini akan mengikatkan lagi kualiti kerja mereka dan
secara tidak langsung dapat mengelak dari berlakunya kemalangan di tempat kerja.

9
XBOH 2103

Kesimpulan yang boleh di buat sebagai pegawai penyiasat kemalangan perlu menyiasat
kemalangan meliputi semua faktor. Hal ini kerana, pegawai penyiasat kemalangan merupakan
individu yang bertanggungjawab untuk memestikan kemalangan tersebut tidak akan berulang
lagi dengan cara mengeluarkan repot kemalangan yang terbaik dan memberi cadangan
pembaikan kepada majikan dan pekerja. Selain itu, majikan dan pekerja perlu berganding bahu
saling bantu membantu untuk mencegah kemalangan dari berlaku. Selain itu juga, Jawatan
Kuasa Keselamatan perlu di hidupkan semula di setiap syarikat. Hal ini, kita dapat lihat
kebanyakan Jawatan Kuasa Keselamatan sekadar di wujudkan sahaja di syarikat-syarikat dan
tidak langsung aktiviti dan membantu mencegah dan memantau keselamatan di tempat kerja.
Jawatan Kuasa Keselamatan perlu diwujudkan seperti termaktub di dalam Akta Keselamatan
Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Seksyen 8

10
XBOH 2103

3.0 TEORI ICEBERG

Rajah 2 : Lukisan Teori Iceberg

Teori Iceberg di asakan oleh Ernest Hemingway pada tahun 1940. Beliau merupakan
seorang wartawan penyiaran akhbar. Teori Iceberg merupakan teori yang sangat terkenal dan
digunakan di pelbagai bidang dan sektor untuk menggambarkan sesuatu perkara sesuatu perkara.
Antara bidang yang menggunakan teori ini ialah bidang pentadbiran, perubatan, keselamatan dan
pelbagai lagi. Teori ini menggambarkan satu bongkah ais yang terapung di permukaan air.
Permukaan yang kelihatan adalah kecil sahaja. Permukaan tersebut di kenali sebagai kos
langsung. Tetapi bongkah ais di dalam permukaan air lebih besar dari bongkah di atas
permukaan air. Bongkah yang berada di dalam air dipanggil kos tidak langsung. Kos tidak
langsung akan memberi impak yang lebih tinggi dan menelan kos yang lebih tinggi untuk
menyelesaikan.

11
XBOH 2103

Bidang keselamatan dan kesihatan juga tidak dapat lari dari teori ini. Jika sesuatu kemalangan
terjadi terdapat kos langsung dan tidak langsung yang akan terlibat. Kebiasaannya kos langsung
hanya 10% dan kos tidak langsung 90% dari kos keseluruhan. Kos langsung biasa perkara yang
kita dapat lihat dan rasa apa bila perkara itu berlaku. Antara kos langsung yang kita dapat lihat
jika terjadinya satu kemalangan ialah kos perubatan dan kos pampasan kepada pekerja dan kos
pembaikan. Kos tidak langsung pula, tidak dapat dilihat secara terus dan mengambil masa dan
menelan kos yang tinggi. Antara kos yang terlibat ialah kos latihan, kos kerja lebih masa, kos
pembaikan, kos operasi bisnes, kos untuk mencari pekerja penganti, kerugian bahan mentah dan
sebagainya.

3.1 Kos Langsung

Kos langsung terbahagi kepada dua sahaja iaitu kos perubatan dan pampasan. Jika terjadi
satu kemalangan dan jika terdapat kecederaan kepada pekerja mahupun orang awam majikan
wajib memberi kos rawatan kepada pekerja. Tidak kira pekerja atau orang awam itu bersalah
atau tidak kos perubatan perlu di keluarkan oleh majikan untuk merawat pesakit. Secara tidak
langsung syarikat dan majikan mengalami sedikit kerugian. Jika kita berbalik kepada kajian kes
kemalangan, pemandu lori tangki sempat keluar dari lori tangki dan menyelamatkan diri dan
tidak ada orang yang mengalami kecederaan pekerja mahupun orang awam. Hal ini memberi
sedikit kelegaan kepada majikan kerana pekerja dan orang awam tidak terlibat dengan
kecederaan.

Kos pampasan merupakan kos yang perlu di keluarkan oleh majikan kepada individu atau
orang awam jika terlibat dengan kemalangan. Kos pampasan juga perlu di keluarkan oleh
majikan tidak kira pekerja dan orang awam itu salah atau tidak. Hal ini termaktub dalam Akta
Pengurusan Pampasan dan Kecederaan pekerja 1981. Akta ini menggariskan dua perkara iaitu
insurans pampasan dan tuntutan pekerja. Antara bayaran pampasan yang di bayar ialah bayaran
mingguan untuk menggantikan kehilangan pendapatan, bayaran pukal jika berlaku cacat kekal,
perkhidmatan bayaran pemulihan kerja dan bayaran menampung perbelanjaan perubatan yang
terlibat. Merujuk kajian kes bayaran pampasan tidak perlu dikeluarkan. Hal ini kerana, tiada
orang awam atau pekerja yang terlibat dengan sebarang kecederaan.

12
XBOH 2103

3.2 Kos Tidak Langsung

Kos tidak langsung merupakan kos yang menelan kos yang tinggi. Antara kos tidak
langsung yang terlibat ialah kos pembaikan kenderaan dan premis. Syarikat atau majikan harus
mengeluarkan kos tertentu untuk membaiki kenderaan atau pun premis untuk meneruskan
operasi perniagaan atau perkhidmatan. Selalunya kos membaiki merupakan kos yang paling
tinggi perlu di keluarkan oleh syarikat atau majikan. Jika kita mengkaji kos tidak langsung yang
perlu di keluarkan oleh syarikat atau majikan dalam kajian kes kemalangan yang di berikan.
Mendapati kos pembaikan lori tangki yang terbakar menelan puluhan ribu. Walaupun sebuah
sahaja lori tangki sahaja mengalami kemalangan kos pembaikan sangat tinggi. Hal ini kerana,
Syarikat Valuhaul merupakan syarikat perkhidmatan lori tangki. Lori tangki merupakan aset
utama yang menjana pendapatan bagi syarikat tersebut. Untuk menjalankan operasi syarikat,
syarikat memerlukan lori tangki.

Antara kos tidak langsung yang lain ialah, kos kerja lebih masa. Apabila berlakunya
kemalangan kepada seseorang pekerja syarikat atau majikan terpaksa melantik pekerja lain untuk
menggantikan pekerja yang terlibat kemalangan atau tidak hadir tersebut. Hal ini, akan
meningkatkan kos kerja lebih masa oleh pekerja lain. Pekerja lain terpaksa membuat dua kerja
atau membuat kerja lebih masa untuk menggantikan pekerja yang terlibat kemalangan atau tidak
hadir di sebabkan kemalangan. Seperti kajian kes yang disediakan pemandu lori tangka dan
Jimmy terlibat dengan kemalangan dan tidak dapat hadir kerja. Pekerja lain terpaksa membuat
kerja lebih masa untuk menggantikan mereka berdua. Hal ini, akan meningkatkan kos operasi
Syarikat Valuhaul.

Kerugian bahan mentah di sebabkan kemalangan merupakan salah satu kos tidak
langsung yang perlu di titi beratkan. Selalunya kos ini jarang di ambil kira dan jarang menjadi
perhatian oleh pihak majikan. Apabila berlaku Sesutu kemalangan bahan mentah yang ada
selalunya tidak boleh digunakan lagi akibat rosak, hilang atau terbakar. Merujuk kajian kes
kemalangan lori tangki tersebut membawa separuh muatan bahan mentah. Bahan mentah
tersebut terbakar di sebabkan kemalangan yang berlaku. Hal ini, sangat merugikan pihak
Syarikat Valuhaul. Anggaran kos kerugian kos bahan mentah yang terbakar mencecah ribuan
ringgit.

13
XBOH 2103

Reputasi syarikat juga merupakan kos tidak langsung yang sering dilupakan. Sebagai
sebuah syarikat nama baik syarikat perlulah dijaga. Apabila sesebuah syarikat tersebut sering
kali terlibat dengan kemalangan reputasi dan nama baik syarikat juga tercalar dengan apa yang
terjadi. Dalam skop perniagaan pula syarikat yang ingin bekerjasama juga agak bimbang untuk
menjalankan urusan perniagaan. Hal ini kerana, syarikat lain akan merasa tidak selamat dan tidak
yakin dengan syarikat yang sering terlibat dengan kemalangan. Contohnya, nama Syarikat
Valuhaul sedikit tercalar disebabkan kes kemalangan yang berlaku. Salah satu syarat syarikat
lain ingin bekerjasama atau menggunakan perkhidmatan dengan Syarikat Valuhaul ialah syarikat
tersebut akan mengambil kira bilangan kes kemalangan yang berlaku. Jika Syarikat Valuhaul
sering terlibat dengan kemalangan syarikat lain agak sukar bekerjasama atau menggunakan
perkhidmatan Syarikat Valuhaul.

3.3 Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh dibuat, kemalangan dan kecelakaan di tempat kerja merupakan
perkara yang tidak boleh dielak. Tetapi kita sebagai pihak yang bertanggungjawab haruslah
mengawal sebaik mungkin agar kemalangan dapat dikurangkan. Selain itu, tanggungjawab
menjaga keselamatan di tempat kerja perlulah di pikul bersama antara majikan dan pekerja.
Pekerja tidak seharusnya menuding jari sepenuhnya kepada majikan sahaja dan majikan juga
tidak seharusnya mengharapkan pekerja seratus peratus untuk mengikut undang-undang.
Majikan perlu lebih memantau setiap pekerja dan melantik individu yang mempunyai
kompetensi dalam bidang keselamatan dan kesihatan untuk memantau. Majikan juga perlu ingat
jika kemalangan berlaku tidak kira kemalangan kecil atau besar. Majikan terpaksa mengeluarkan
kos untuk merawat, membaiki, membeli dan menyelenggara.

14
XBOH 2103

4.0 TINDAKAN PEMBETULAN DAN CADANGAN PENAMBAH BAIK

Kemalangan merupakan satu perkara yang sangat ditakuti oleh ramai orang, tetapi dalam
kerja harian kita walaupun di mana sekali pun risiko kemalangan tetap ada. Tindakan membetul
dan kemalangan merupakan tindakan yang wajib dilakukan. Antara kebaikan apabila kita
membuat tindakan pembetulan atau penambah baik kemalangan tentunya kita dapat mengelak
kemalangan tersebut dari berulang, dapat menjimatkan kos operasi syarikat, mana baik syarikat
dan majikan terjaga, pekerja merasa selesa berkerja, hak pekerja akan terbela dan kes
kemalangan di tempat kerja juga akan berkurangan. Tindakan pembetulan pembaikan terbahagi
kepada beberapa cara seperti mengada kan taklimat atau seminar, secara latihan amali dan secara
latihan teori.

Merujuk kepada kajian kes kemalangan yang diberi pihak pengurusan atau Syarikat
Valuhaul perlu mengadakan “Continous Education Program (CEP) Training” pada jangka masa
yang tertentu. Misalnya mengadakan latihan tiga tahun sekali kepada pemandu lori tangki dan
kepada penyelia lori tangki. Pihak pengurusan perlu menerangkan secara menyeluruh semua
arahan atau prosedur kerja atau aturan atau garis panduan yang berkaitan dengan tugas pemandu
dan penyelia. Selain itu, pihak pengurusan perlu menerangkan tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang pemandu dan sebagai penyelia. Selain itu juga, pemahaman mengenai akta dan undang-
undang perlu juga di terangkan kepada pemandu dan penyelia. Supaya pemandu tidak melanggar
undang-undang dan penyelia boleh ingatkan semula serta menegur jika pemandu melakukan
kesalahan jalan raya.

Antara tindakan pembetulan yang boleh di lakukan ialah menyediakan garis panduan kerja
kepada pekerja secara rasmi “Job Description (JD)”. Setiap pekerja wajib mempunyai “Job
Description (JD) dan perlu di ubah jika pekerja tersebut bertukar ke unit lain atau memangku
kerja pekerja lain (membuat dua kerja). “Job Description (JD)” harus di semak oleh pihak
pengurusan bersama pekerja sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Hal ini kerana, jika pekerja
mempunyai “Job Description (JD)” sendiri, pekerja tersebut akan lebih fokus kepada kerja yang
diberikan dan dapat mengurangkan kemalangan semasa menjalankan kerja. Selain itu juga, “Job
Description (JD)” merupakan dokumen yang akan di semak jika berlaku sebarang kemalangan.

15
XBOH 2103

Menyediakan prosedur kawalan kemalangan atau HIRADC merupakan salah satu tindakan
pembetulan kemalangan yang sangat baik dan berkesan. Kawalan kemalangan merupakan satu
perkara yang wajib bangunkan kerana telah termaktub di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja 1994 dalam Peraturan 9 (2). Kawalan kemalangan perlu dibuat secara bertulis dan
pihak pengurusan dan pekerja perlu duduk bersama untuk merangka kawalan kemalangan ini
bersama. Setiap kerja yang di jalankan harus mempunyai kawalan kemalangan sendiri. Selain
itu, kawalan kemalangan ini perlu di kemaskini sekurang-kurangnya satu tahun sekali mengikut
kesesuaian kerja dan keadaan sekeliling.

Pihak pengurusan perlu menyelenggara kenderaan dan premis mengikut jangka masa yang
di tetapkan secara teratur dan berterusan. Setiap kenderaan atau aset utama syarikat perlulah di
jaga dan di selenggara mengikut jadual yang di tetapkan. Hal ini kerana, jika kenderaan atau aset
syarikat tidak di selenggara mengikut jadual ini akan menyumbang kepada berlakunya
kemalangan. Selalunya kerja penyelenggaraan mengikut jadual dan waktu yang di tetapkan kerap
di pandang ringan oleh majikan. Misalnya, setiap enam bulan semua lori tangki Syarikat
Valuhaul perlu menjalani pemeriksaan oleh pihak yang berkelayakan (PUSPAKOM). Antara
pemeriksaan yang di jalankan oleh pihak berkuasa tempatan (PUSPAKOM) ialah pemeriksa
identiti, pemeriksaan bahagian atas, pemeriksaan asap, pemeriksaan kecekapan brek,
pemeriksaan gelincir sisi, pemeriksaan sistem gantung, pemeriksaan kepada speedometer,
pemeriksaan bahagian bawah, pemeriksaan cermin dan pemeriksaan lampu kenderaan. Setiap
pemeriksaan yang di buat akan diberi satu salinan permit menjalankan kerja dan Sijil
Pemeriksaan Terkini (DISC). Hal ini sejajar dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekrjaan
1994 (Akta 514) Seksyen 15 (2) (a) iaitu semua sistem kerja atau aset kerja perlulah di senggara
dengan baik.

Kesimpulannya majikan dan pekerja perlu bersama-sama mencegah kemalangan dari


berlaku di tempat kerja. Tetapi majikan merupakan pihak yang perlu bertanggungjawab
sepenuhnya jika sesuatu kemalangan tersebut berlaku, tidak kira pekerja atau majikan yang
menyebabkan kemalangan tersebut berlaku. Walaupun Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514) Seksyen 24, iaitu tanggungjawab am pekerja, majikan merupakan
pihak yang mewujudkan kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya (Duty Of
Care). Tujuan paling utama langkah pencegahan dan pembetulan dilakukan untuk mengelak dan

16
XBOH 2103

mencegah daripada kemalangan yang sama terus berlaku. Tujuan yang kedua ialah untuk
mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja dan semasa menjalankan kerja. Selain itu,
dapat mengurangkan kos tanggung syarikat kepada kes kemalangan. Tujuan yang terakhir ialah
supaya pihak majikan dan pekerja memahami tanggungjawab dan memahami undang-udang
yang ada supaya di patuhi dan di praktik agar amalan keselamatan di tempat kerja menjadi
budaya dalam setiap individu.

5.0 KESIMPULAN.

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada tugasan yang di berikan ialah Teori Heinrich
Domino teori yang kerap di gunakan dalam merujuk dan mengkaji kes kemalangan yang berlaku.
Teori ini memberi gambaran bahawa seorang pekerja perlulah berhati-hati dan mengambil
langkah keselamatan yang sewajarnya untuk mengelak sebarang kemalangan yang berlaku di
tempat kerja. Tetapi teori ini mempunyai sedikit kelemahan yang perlu di penambah baik iaitu,
majikan juga merupakan pihak yang perlu bertanggungjawab dalam mengkaji sebarang kes
kemalangan yang berlaku. Kerana majikan merupakan pihak yang bertanggungjawab penuh
kepada setiap tindakan dan kerja yang di lakukan oleh setiap pekerja.

Tori Iceberg merupakan teori yang sangat terkenal dan di gunakan di pelbagai sektor yang
menerangkan kesan langsung dan tidak langsung. Sesuatu kemalangan yang berlaku mempunyai
hubung kait yang sangat rapat dengan kesan langsung dan kesan tidak langsung. Kesan langsung
dan tidak langsung sangat merugikan pihak majikan dan pekerja itu sendiri. Kesan tidak
langsung memberi impak yang lebih besar kepada syarikat dan majikan. Hal ini kerana, kesan ini
akan mengganggu operasi syarikat dan syarikat terpaksa mengeluarkan sejumlah kos yang sangat
tinggi. Oleh yang demikian, semua pihak perlu menjaga keselamatan agar tidak merugikan
mana-mana pihak.

Penyiasat kemalangan merupakan individu yang penting untuk mengenal pasti punca utama
sesuatu kemalangan tersebut berlaku. Faktor dan punca kemalangan perlulah di ketahui dahulu
sebelum tindakan pembetulan di lakukan. Selain itu juga, penyiasat kemalangan perlu menyiasat
mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Hal ini kerana, apabila repot atau keputusan

17
XBOH 2103

yang di keluarkan setelah siasatan di jalankan, pegawai penyiasat akan membuat cadangan untuk
mengelak dari kemalangan tersebut berulang semula. Hal ini sangat penting kerana untuk
mengelak “pisang berbuah dua kali”

“Mencegah lebih baik dari mengubati” merupakan pepatah melayu yang kerap di perkatakan.
Tindakan pembetulan merupakan tindakan yang baik dan wajar di lakukan jika kemalangan
berlaku. Hal ini untuk mengelak dari kemalangan yang sama terus berlaku. Tetapi tindakan
pencegahan awal lebih baik di lakukan agar tidak merugikan pihak majikan dan pekerja. Pekerja
dan majikan perlu tanamkan dalam diri bahawa mencegah kemalangan lebih baik dari
memperbaiki apa bila kemalangan sudah berlaku. 4753

18
XBOH 2103

RUJUKAN :

Sumber Rujukan Web :

https://www.scribd.com/doc/314150011/Teori-Domino

https://www.scribd.com/doc/100773050/teori-kemalangan

https://www.scribd.com/doc/314150011/Teori-Domino

http://mysafetynhealth.blogspot.my/2009/08/teori-domino-heinrich.html

http://www.safetysign.co.id/news/159/Fakta-Mengejutkan-Teori-Domino-Heinrich-Tentang-
Kecelakaan-Kerja

http://www.slideshare.net/azman-hanafi/bab5-penyiasatan

http://web.usm.my/chem/osh/Borang%20Laporan%20Siasatan%20Kemalangan/ProAduan.pdf

https://www.scribd.com/doc/245985699/Biaya-Kecelakaan-Teori-Iceberg

https://sistemmanajemenkeselamatankerja.blogspot.my/2013/09/kerugian-kecelakaan-kerja-teori-
gunung.html

http://www.workcover.wa.gov.au/content/uploads/2014/09/Workers_Compensation_A_guide_for_em
ployers_for_translation_Malay.pdf

http://infolayan.blogspot.my/2010/04/pemeriksaan-10-peringkat-puspakom.html

Sumber Rujukan Buku :

1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (Akta 514), Peraturan-Peraturan &
Perintah-Perintah.
Penerbit Buku : Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia. Syarikat Percetakan Ihsan,
No, 82, Jalan Taming 7, 43300 Balakong, Selangor.

2. Akta Pengangkutan Jalan 1987

19

Anda mungkin juga menyukai