Anda di halaman 1dari 16

SCHOOL OF NURSING & ALLIED HEALTH SCIENCES (SONAHS)

SEMESTER MEI 2012

1203

PROFESSIONALISM AND ISSUES IN NURSING B

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

PUSAT PEMBELAJARAN

1203

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKASURAT

1.0

PENGENALAN 3

1-

2.0

DEFINASI MEMPERKASAKAN (EMPOWERMENT) 5

4-

3.0

KEPENTINGAN MEMPERKASAKAN (EMPOWERMENT) 8 DI DALAM BIDANG KEJURURAWATAN

6-

4.0

IMPLIKASI ISU MEMPERKASAKAN YANG DIKENALPASTI 11

9-

5.0

RUMUSAN

12

6.0

RUJUKAN

13 - 15

1203

1.0 Pengenalan

Kejururawatan merupakan salah satu pekerjaan yang berada pada taraf yang tinggi di dalam penjagaan kesihatan di Malaysia. Di mana sahaja di dunia, kita dapat melihat individu akan mengambil pengajian di bidang kejururawatan termasuklah di Malaysia. Walaupun secara keseluruhannya kita tidak dapat memastikan sama ada individu ini benar-benar mempunyai keikhlasan di dalam bidang kejururawatan ini atau sebaliknya tetapi hakikatnya masih ramai individu menuju ke arah kejururawatan.

Kejururawatan juga merupakan satu profesion yang memerlukan dedikasi yang tinggi, kebaikan, perhatian yang terperinci dan rasa belas kasihan terhadap pesakit yang perlu datang dengan sendiri di dalam kehidupan kita seharian. Oleh itu individu yang terlibat adalah jururawat. Jururawat adalah orang yang paling hampir dengan pesakit setiap hari dan setiap minit. Contoh di hospital jururawat bekerja 3 syif. Waktu bertugas adalah 7.00 pagi hingga 2.00 petang (pagi), 2.00 petang hingga 9.00 malam (petang) dan 9.00 malam hingga 7.00 pagi (malam). Oleh itu sekiranya seorang pesakit dimasukkan ke wad selama 2 hari, maka selama 48 jam lah pesakit akan sentiasa ditemani oleh jururawat. Maka boleh dikatakan jururawat lebih memahami masalah pesakit dan sudah pasti jururawat jugalah yang tahu bagaimana untuk memberi perawatan yang terbaik untuk pesakit selain menerima arahan dari pegawai perubatan (Manojlovich, 2005a). Isu di sini adakah jururawat benar-benar menggunakan pengetahuannya dalam memberikan perawatan kepada pesakit atau hanya menunggu arahan dari pegawai perubatan untuk memberi perawatan yang terbaik untuk pesakit.

Sepatutnya soal memberi jagaan perawatan kepada pesakit adalah tanggungjawab jururawat itu sendiri tetapi jika kita lihat di dalam wad tempat kita bertugas, bagaimanakah sikap jururawat kita masa kini? Untuk pemerhatian tanda vital berapa kerap pun masih menunggu arahan dari pegawai perubatan. Inilah yang dikatakan tentang memperkasakan (empowerment). Kuasa telah diberikan kepada kita untuk dilaksanakan tetapi masih menunggu arahan dari orang lain.

1203

Perkataan empowerment atau dalam Bahasa Malaysia adalah memperkasakan. Ia adalah bermaksud bagaimana seseorang itu dapat memperkasakan dirinya atau orang lain di dalam melakukan sesuatu pekerjaan seperti di dalam jagaan pesakit. Tiga perkara yang akan dianalisis dalam usaha untuk memberikan gambaran yang mudah dalam pendekatan memperkasakan di bidang kejururawatan. Pertama definisi memperkasakan, kedua kepentingan memperkasakan di dalam bidang kejururawatan dan akhir sekali implikasi isu memperkasakan yang dikenal pasti.

1203

2.0 Definisi memperkasakan (empowerment)

Secara amnya memperkasakan adalah satu proses multi dimensi yang membantu seseorang untuk mengawal kehidupannya. Menurut Dictionary.com memperkasakan adalah pengurusan pengamalan tentang berkongsi maklumat, ganjaran dan kuasa dengan pekerja supaya mereka lebih berinisiatif dan membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah serta meningkatkan mutu perkhidmatan dan prestasi kerja. Ianya adalah konsep asas untuk memberi kemahiran, sumber, kuasa, peluang, motivasi, memikul tanggungjawab dan bertanggungjawab ke atas apa yang telah mereka lakukan. Pemerkasaan pula ialah satu proses pelbagai dimensi sosial yang membantu orang ramai mendapat kawalan ke atas kehidupan mereka sendiri. Ia adalah satu proses yang memupuk kuasa (iaitu, kapasiti untuk melaksanakan) pada orang, untuk kegunaan dalam kehidupan mereka sendiri, masyarakat mereka, dan dalam masyarakat mereka, dengan bertindak ke atas isu-isu yang mereka takrif kan sebagai sesuatu yang amat penting.

Tetapi apabila dikaji dari perkataan asasnya iaitu kuasa. Perkataan kuasa adalah berasal dari perkataan Latin iaitu potere (boleh). Secara ringkasnya, kuasa boleh ditakrifkan sebagai apa yang membolehkan seseorang untuk mencapai matlamat mereka (Davidhizar and Dowd, 1999). Dengan definisi ini difikirkan jururawat perlu memperkasakan untuk keluar dari cara perawatan dan pemahaman yang lama untuk memberi perawatan yang sempurna bagi mencapai matlamat di dalam perancangan penjagaan kesihatan. Di samping itu membolehkan mereka menuju ke arah kehidupan yang lebih berkualiti (Melville, 1997). Menurut Aoki (2002) perkataan memperkasakan boleh juga ditakrifkan sebagai satu proses pengumpulan, mengakui bahawa mempromosi dan meningkatkan keupayaan individu bagi mencapai keperluan, mentafsirkan masalah dan mengumpul sumber-sumber yang perlu supaya kehidupan mereka lebih terjamin. Walau bagaimanapun menurut Kuokkanen dan Leino-Kilpi (2000) perkataan memperkasakan adalah tidak jelas dan mereka berpendapat bahawa walaupun pada asasnya merujuk kepada penyelesaian berbanding masalah, memperkasakan adalah sesuatu yang positif.

1203

Selain dari itu memperkasakan juga ditakrifkan sebagai satu konsep yang dinamik di mana kuasa akan dikongsi, diambil alih dan diberi. Di samping itu terdapat juga definisi lain yang menerangkan maksud kuasa. Kuasa merupakan satu konsep yang digunakan secara meluas dalam kedua-dua bidang sains fizikal dan sosial. Di dalam kuasa sains fizikal ianya merujuk kepada jumlah tenaga yang dipindahkan per unit dalam satu masa. Juruelektrik bekerja untuk memberi dan menyimpan semula jenis kuasa ini sebagai perkara yang tertentu. Ahli matematik mempunyai tanggapan yang berbeza tentang kuasa di fikiran apabila bercakap mengenai angka kuasa kedua (atau ketiga). Ahli sosiologi menghuraikan kuasa sebagai satu keupayaan untuk mengenakan kehendak seseorang itu apabila orang lain, dan penyelidik arif menjalankan analisis kuasa sebelum mereka memulakan eksperimen mereka. [http://en.wikipedia.org/wiki/Power].

Beberapa definisi kuasa telah digunakan di dalam bidang kejururawatan. Kuasa telah ditakrifkan sebagai mempunyai pengaruh, kawalan atau penguasaan ke atas sesuatu atau seseorang (Chandler, 1992). Definisi lain berpendapat bahawa kuasa sebagai keupayaan untuk mendapatkan perkara yang dilakukan, untuk menggunakan sumber, bagi mendapatkan dan menggunakan apa sahaja agar seseorang itu perlu untuk mencapai matlamat yang dia cuba untuk penuh (Kanter, 1993, ms. 166). Bagi Benner, kuasa termasuk menjaga amalan oleh jururawat yang digunakan untuk memberi kuasa kepada pesakit (Benner, 2001). Kuasa juga boleh dilihat sebagai kuasa positif, tak terhingga yang membantu untuk mewujudkan kemungkinan bahawa orang boleh membebaskan diri mereka daripada penindasan (Ryles, 1999).

Sebagai rumusannya jururawat adalah seseorang yang mempunyai kuasa yang besar di dalam penjagaan kesihatan pesakit sekiranya beliau benar-benar faham tentang keperluan sebenar pesakit, perawatan yang diberikan akan mendatangkan kebaikan kepada pesakit dan secara tidak langsung pesakit pada masa kini akan lebih yakin dengan jururawat di samping mendapat nasihat dan pandangan dari pegawai perubatan. Kepentingan memperkasakan (empowerment) di dalam kejururawatan.

1203

Jururawat memainkan peranan penting dalam penyediaan penjagaan kesihatan yang cekap. Jururawat yang terlatih boleh membantu pesakit pulih dengan lebih cepat dan boleh mengenal pasti masalah perubatan yang timbul sebelum ianya menjadi lebih teruk. Menarik calon-calon untuk memasuki profesion dan menjaga kebajikan pekerja bagi yang telah berkhidmat dengan bidang kejururawatan boleh menjadikan mereka lebih efektif. Memperkasakan adalah salah satu cara untuk melakukannya menurut kata S. Herlihy di dalam penulisannya yang bertajuk Nursing & Empowerment Concepts & Strategies.

Memperkasakan digambarkan oleh Gibson (1991) sebagai komposit tiga faktor: sifat-sifat yang berkaitan dengan pelanggan; sifat-sifat yang berkaitan dengan jururawat; dan orang-orang yang berkaitan kepada pelanggan dan jururawat. Manakala penekanan kerajaan mengenai penglibatan pesakit adalah, dasar sebenar (seperti sasaran untuk mengurangkan kadar penyakit) masih menggalakkan pematuhan dan kawalan pusat. Untuk memberi kuasa kepada pesakit, perlu ada kawalan pusat yang kurang tegar. Di peringkat individu, walaupun pesakit mengambil bahagian dalam penjagaan kesihatan mereka, mereka sering bertemu dengan halangan daripada profesional, apa yang dikatakan oleh Wilson (2001) iaitu ' punitive gate keeping atau hukuman. Manakala memperkasakan mencadangkan satu langkah untuk mengurangkan ketidaksamaan, kelemahan kemiskinan dan keengganan kerajaan untuk menangani ia terus menjadi penghalang (Hoskins, 2001).

Dalam sistem penjagaan kesihatan hari ini, kepimpinan yang berkesan adalah penting untuk memperbaiki dan mencapai hasil organisasi. Seorang pemimpin adalah seseorang yang mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi orang lain tetapi seorang pemimpin yang berkesan menggunakan strategi yang positif untuk memberi inspirasi kepada pekerja untuk berusaha ke arah matlamat yang sama. Kepimpinan dalam kejururawatan memerlukan usaha yang berterusan untuk memberi motivasi kepada orang lain untuk menjadi sebahagian daripada transformasi organisasi. Ini boleh dicapai dengan menggunakan gaya kepimpinan transformasi dengan memberi tumpuan kepada komunikasi, motivasi, dan memperkasakan. Dengan meningkatkan proses komunikasi, 6

1203

contohnya melalui mesyuarat kakitangan, aktiviti penjagaan pesakit dan mesyuarat ringkas setiap pagi, organisasi-organisasi boleh menggalakkan inovasi dan kreativiti dan seterusnya akan menggalakkan perkembangan bidang pekerjaan (Curtis & OConnell, 2011).

Hampir 95% jururawat adalah wanita (Spratley, Johnson, Sochalski, Fritz & Spencer 2000). Sehingga ke hari ini jururawat tidak rasa berkuasa dan walau apa pun yang dilakukan masih kelihatan seolah-olah jururawat tidak melakukan apa-apa (Fletcher, 2000, m/s 50). Pada asalnya kaedah kejururawatan diajar di hospital dan ini menunjukkan status jururawat adalah rendah berhubung dengan pegawai perubatan dan ahli perubatan yang lain. Sehingga pada hari ini sebanyak 22% jururawat di Amerika adalah graduan diploma, faktor pendidikan mungkin boleh menyumbang kepada kekurangan di bidang kejururawatan (Spratley et al, 2000),

Secara amnya Styles dan Halls telah mengekalkan kuasa kepada pembangunan kejururawatan sebagai satu profesion.(Hall, 1982; Styles, 1982). Mengenal pasti masalah dari peringkat tertinggi adalah penting (Skelton 1994; Crawford Shearer & Reed 2004) dalam membuat perubahan. Jururawat perlu meningkatkan pengetahuan mengenai bagaimana sistem dan organisasi berfungsi (Gibson 1991) dan mereka boleh menandingi untuk meningkatkan kualiti di dalam sistem jagaan perawatan kesihatan secara rata (FalkRafael 1996).

Selain itu kita perlu mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi penghalang kaedah memperkasakan dilaksanakan seperti kerjasama antara jururawat dan pegawai perubatan. Faktor ini telah dikenal pasti oleh Keenan et al (1998) dan beliau menjelaskan bahawa semakan telah dilakukan dan mendapati tahap pendidikan jururawat merupakan salah satu faktor yang boleh menjalinkan kerjasama antara jururawat dan pegawai perubatan. Ini bermakna lebih berpendidikan seseorang jururawat itu maka lebih senanglah untuk mendapatkan kerjasama antara kedua pihak. Penulis juga berpendapat jururawat lelaki adalah lebih mudah untuk berurusan dengan doktor. Menurut Evan (1994), adalah penting menyedari bahawa hubungan kerjasama tidak boleh digubal, 7

1203

ditentukan atau di mandat oleh sesiapa. Ianya mestilah dipersetujui oleh individu yang ingin berkongsi tanggungjawab untuk menghasilkan penjagaan pesakit yang terbaik.

Langkah berikutnya untuk melaksanakan kaedah memperkasakan dalam bidang kejururawatan adalah dengan mempercayai bahawa memenuhi keperluan yang maksimum seperti pencapaian, keupayaan diri, sikap timbang rasa kepada orang lain dan gabungan keseluruhannya. Ini kerana kebiasaannya pasif dan penyayang maka jururawat mesti belajar cara untuk mengatasi dan mengenal pasti masalah. Untuk melakukan paradigma memperkasakan di bidang kejururawatan yang baru, ini merupakan cabaran yang perlu dilakukan oleh seseorang ketua di dalam organisasi secara birokrasi.

Implikasi isu memperkasakan (empowerment) yang dikenal pasti.

Falsafah memperkasakan adalah patut dipuji, tetapi tanpa menyedari kerumitan asas yang perlu ditangani, daripada menggalakkan pesakit untuk berdikari boleh bertukar 8

1203

menjadi satu latihan semata-mata untuk pengurangan kos (Chavasse, 1992). Menurut Elaine Ryder & Sula Wiltshire (2001) memperkasakan juga mempunyai implikasi hubungan antara jururawat dan pesakit. Jururawat yang ingin memberi kuasa tetapi pelanggan mesti memahami kerumitan pendekatan ini kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan jururawat tidak mengiktiraf keperluan untuk pendekatan individu yang mengambil kira keadaan pesakit yang berbeza. Ini boleh mengakibatkan pesakit yang terlalu banyak maklumat mengenai penyakitnya, akan mewujudkan kebimbangan bukannya jururawat yang akan menggunakan kemahiran beliau untuk menilai dan menangani keperluan individu.

Selain dari itu menurut Samuael (2003) kepimpinan yang bertransformasi telah berjaya dalam industri penjagaan kesihatan akibat daripada pendekatan yang berwawasan dan keupayaan menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan halangan. Mereka akan berusaha untuk meneroka cara-cara baru bagi menyampaikan keputusan dan mencari pendekatan baru dalam menguruskan sumber di persekitaran penjagaan kesihatan yang sentiasa berubah-ubah. Kepimpinan ini merupakan sumber inspirasi, menggalakkan pembangunan pekerja, menggunakan pertimbangan individu dengan pengikut, menggalakkan kreativiti pengikut, dan berfokuskan proses (Tomey, 2009). Pemimpin transformasi bertindak sebagai model peranan yang berkarisma dan menunjukkan kecekapan dan integriti manakala pemimpin kejururawatan perlu mempunyai kualiti ini dalam usaha untuk memberi inspirasi kepada pekerja untuk bekerjasama ke arah visi yang sama di organisasi. Hala tuju yang jelas dan strategi pembangunan adalah perlu untuk mencapai matlamat yang sama. Ini tidak dapat diselesaikan tanpa menggunakan komunikasi yang baik dari pemimpin jururawat.

Jururawat kekurangan kuasa adalah berakar umbi dari keengganan masyarakat umum untuk membincangkan tentang kuasa secara terbuka (Kanter 1979). Di samping itu kemungkinan besar jururawat enggan membincangkan isu ini kerana sebanyak 95% jururawat adalah wanita (Spratley et al, 2000). Wanita kebiasaannya akan tunduk kepada pegawai perubatan lelaki. Ini merupakan salah satu faktor di mana jururawat kurang 9

1203

berkeyakinan dalam menyuarakan pendapat Ini ditegaskan lagi oleh Rafeal 1996, di mana pada asasnya wanita dikatakan tidak sosial untuk membincangkan isu kuasa di samping jururawat mempunyai kesukaran untuk mengenal pasti kuasa yang dimiliki tetapi pada hari ini itu tidak akan berlaku lagi kerana bidang kejururawatan pada masa kini telah dipelopori oleh kaum lelaki di mana mereka ini dianggap lebih berani dalam menyuarakan pendapat.

Banyak jururawat berasa tidak mempunyai kuasa dan tidak mampu berbuat apaapa apabila mereka berfikir tentang status profesion mereka. Ramai juga yang beranggapan mereka tidak boleh membuat keputusan yang kritikal untuk pekerjaan mereka (Seago 2006). Perasaan ini sering membawa kepada penafian dan permusuhan, terhadap rakan setugas mereka atau " horizontal violence " dan " blaming the victim " dalam kumpulan. Ini adalah juga ciri-ciri kumpulan tertindas (Seago 2000). Masalah itu benar-benar berada di kawasan pekerjaan kita yang mana melibatkan sebahagian besar jururawat. Ini bukan sahaja jururawat itu tidak mengendahkan nilai dirinya sendiri tetapi sistem organisasi juga tidak mengendahkan nilai jururawat itu dengan meletakkan seorang jururawat untuk menjaga 8 hingga 12 orang pesakit yang tenat. Seperti kata Susan Reverby kami mengambil berat terhadap masyarakat yang menolak nilai penyayang. Contoh yang biasa kita lihat di mana-mana hospital atau wad di kawasan pekerjaan kita. Bilangan katil rasmi adalah sebanyak 28 buah tetapi jumlah perjawatan untuk jururawat dalam satu wad adalah antara 17 hingga 20 orang sahaja. Ini bermakna jika dibahagi kepada 3 syif dan ditolak dengan staf yang bercuti atau berkursus, seorang jururawat dijangka akan menjaga seramai 7 orang pesakit. Beban terhadap tugas akan membuat seseorang itu tidak memperkasakan dirinya yang sepatutnya. Beberapa kajian telah menunjukkan kesan kepada memperkasakan dari segi psikologi ke atas pencapaian kejururawatan adalah burnout dan kepuasan di dalam bidang kejururawatan (Laschinger, Finegan, & Shamian, 2001; Laschinger, Finegan, & Shamian & Almost, 2001).

Secara individu, pemikiran seorang jururawat itu juga menyumbang kepada masalah tentang kuasa dan tidak memperkasakan pesakit. Ini dijelaskan oleh Falk-Rafeal 10

1203

(1996) di mana mendapati ramai jururawat merasakan tidak selesa dengan kuasa yang diberikan untuk merawat pesakit di dalam sistem penjagaan pesakit. Tanpa pengiktirafan ini seseorang jururawat itu tidak akan ada perubahan dalam dirinya.

Kaedah memperkasakan ini juga melibatkan kerjasama antara jururawat dan pegawai perubatan. Ramai penulis menyatakan bahawa kerjasama antara jururawat dan pegawai perubatan ini tidak meluas dan terdapat beberapa halangan yang wujud. (Alpert, Goldman, Kilroy, & Pike, 1992; Baggs & Schmitt, 1997; Betts, 1994; Evans, 1994; Evans & Carlson, 1993; Keeman, Cooke, & Hillis, 1998; Jones, 1994). Salah satu halangan yang terpenting adalah menurut Keenan et al (1998) yang menyatakan jururawat dan pegawai perubatan tidak serasi untuk bekerjasama kerana masing-masing memikirkan mereka adalah yang pakar di dalam bidang masing-masing. Jururawat dan pegawai perubatan secara tradisinya berpegang pada dominasi paradigma dan pendapat masing-masing tetang isu perawatan pesakit.

Hierarki antara jururawat dan pegawai perubatan juga menjadi penghalang kerana mementingkan pangkat antara staf bawahan dan atasan, Evans (1994). Berbeza pula dengan Keenan et al. (1998) yang mendapati jururawat beranggapan bahawa pegawai perubatan seharusnya menangani konflik yang berkaitan dengan sikap dominan dan unggul. Selain itu ada halangan lain yang terbentuk iaitu kekurangan pemahaman dari skop amalan dan peranan serta tanggungjawab antara jururawat dan pegawai perubatan, Evan (1994)

Rumusan

Secara amnya kaedah memperkasakan ini boleh dilaksanakan dengan sempurna di tempat bertugas kita sekiranya seseorang jururawat itu benar-benar faham apakah tanggungjawabnya sebagai seorang jururawat, apakah yang diperlukan oleh seorang 11

1203

pesakit apabila mereka dimasukkan ke wad dan kerjasama antara jururawat dan pegawai perubatan dalam memberikan perawatan yang sempurna kepada pesakit. Di samping itu jururawat perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan yang tinggi di dalam bidang tugas seharian supaya mereka juga boleh memberi pendapat selain menerima arahan dari pegawai perubatan. Secara asasnya tempoh pembelajaran untuk mendapatkan segulung diploma tidak mencukupi bagi menjamin seseorang jururawat itu berani untuk menyuarakan pendapat dan melakukan tindakan perawatan ke atas pesakit.

Sebagai contoh di wad geriatrik, seorang pesakit dimasukkan ke wad. Kita perlu mengetahui pesakit mengalami acute stroke atau chronic stroke. Ini amat membantu dalam proses rehabilitasi pesakit. Sebagai seorang jururawat yang tahu untuk memperkasakan dirinya untuk pesakit, sudah tentu pesakit itu akan ditempatkan di katil yang mempunyai ripple mattress, lakukan ubah posisi setiap 2 jam, pasangkan ryles tube apabila mendapati swallowing test negative, mulakan dengan keperluan nutrisi 50cc H2O setiap 2 jam untuk tempoh 2 kali kemudian kuantiti feeding akan dinaikkan mengikut kemajuan pesakit dan lakukan senaman fisioterapi serta mulakan program rehabilitasi. Sekiranya tindakan ini boleh dilakukan dari awal, peluang untuk pesakit pulih adalah tinggi berbanding jika hanya menunggu arahan dari pegawai perubatan.

Tidak hairanlah jika pada masa kini ramai jururawat kita yang memajukan diri dengan melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah dan seterusnya PHD. Oleh itu bagaimanakah jururawat dapat memartabatkan profesion yang sedia ada sekiranya pemikiran dan pengetahuan masih di takuk lama.

RujukanAct 14 NURSES ACT 1950 UNDER THE AUTHORITY OF THE REVISION OF LAWS ACT 1968. (2006)., (January), 1-12. Ayl, G. K. (2011). EMPOWERING NURSING ROLE IN DECISION-MAKING. Barden, A. M., Griffin, M. T. Q., Donahue, M., & Fitzpatrick, J. J. (2011). Shared governance and empowerment in registered nurses working in a hospital setting. 12

1203

Nursing administration quarterly, 35(3), 212-8. doi:10.1097/NAQ.0b013e3181ff3845 Benner, P. (2001). From novice to expert: Excellence and power in clinical nursing practice (commemorative edition). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall Health. Bos, L., Marsh, A., Carroll, D., Gupta, S., & Rees, M. (2008). Patient 2 . 0 Empowerment, 164-167. Chandler, G. E. (1992). The source and process of empowerment. Nursing Administration Quarterly, 16(3), 65-71. Curtis, E., & O'Connell, R. (2011). Essential leadership skills for motivating and developing staff. Nursing Management, 18(5), 32-35. Definition, V. (1990). Empowerment : Defi nitions and Meanings, (1981), 73-136. Evans, J.A. (1994). The role of the nurse manager in creating an environment for collaborative practice. Holistic Nursing Practice. 8(3), 22-31. Falk-Rafael, A.R. (1996) 'Power and caring: A dialectic in nursing' Advances in Nursing Science 19(1): 3-17. Gibson, C. H. (1991). A concept analysis of empowerment. Journal of Advanced Nursing, 16(3), 354-361. Gibson, C.H. (1991) 'A concept analysis of empowerment' Journal of Advanced Nursing 16: 354-361. Gibson, H. C. (1991). A concept analysis of empowerment. Journal of Advanced Nursing, 16, 354-361. Retrieved October 11, 2004 from EBSCO database Hall, R. H. (1982). The professions, employed professionals, and the professional association. Professionalism and the empowerment of nursing: Papers presented at the 53rd convention (pp. 1-15). Washington D. C.: American Nurses' Association. 13

1203

Howe, L. (2008). Education and empowerment of the nursing assistant: validating their important role in skin care and pressure ulcer prevention, and demonstrating productivity enhancement and cost savings. Advances in skin & wound care, 21(6), 275-81. doi:10.1097/01.ASW.0000323505.45531.92 http://dictionary.reference.com/browse/empowerment Kanter, R. M. (1979). Power failure in management circuits. Harvard Business Review., July - August, 65-75. Kanter, R. M. (1993). Men and women of the corporation. New York, NY: Basic Books, Inc. Kanter, R. M. (1994). Power failure in management circuits. The Healthcare Forum journal, 41(2), 44, 46, 72. Retrieved from http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10177115 Laschinger, H. K. S., Finegan, J., Shamian, J., & Almost, J. (2001). Testing Karasek's demands-control model in restructured healthcare settings: Effects of job strain on staff nurses' quality of work life. JONA, 31(5), 233-43. Manojlovich, M. (2005a). Predictors of professional nursing practice behaviors in hospital settings. Nursing Research, 54(1), 41-47. No Title. (1998)., (April), 2-5. Rafael, A. R. (1996). Power and caring: A dialectic in nursing. Advances in Nursing Science, 19(1), 3-17. Ray, S. E. (2009). Building employee retention and engagement through workforce empowerment. Ryder, E., & Wiltshire, S. (n.d.). Understanding empowerment. Nursing times. Retrieved from http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22036297 14

1203

Ryles, S. M. (1999). A concept analysis of empowerment: Its relationship to mental health nursing. Journal of Advanced Nursing, 29(3), 600-607. S. Herlihy. Nursing & Empowerment Concepts & Strategies Samuel, P. (2003). Lead the way. Nuring Standard, 18(1), 96.

Seago, Jean Ann, (2006). Autonomy: A Realistic Goal for the Practice of Hospital Nursing? Revista Aquichan, 6(6), 92-103. Skelton, R. (1994) 'Nursing and empowerment: Concepts and strategies' Journal of Advanced Nursing 19: 415-23. Spratley, E., Johnson, A., Sochalski, J., Fritz, M., & Spencer, W. (2000). The registered nurse population: Findings from the national sample survey of registered nurses. Washington, DC. Styles, M. M. (1982). Society and nursing: The new professionalism. Professionalism and the empowerment of nursing: Papers presented at the 53rd convention (pp. 16-26). Washington DC: American Nurses' Association. Tomey, A. (2009). Guide to nursing management and leadership. (8 ed.). St. Louis, Missouri: Mosby Elsevier

15

Anda mungkin juga menyukai