Anda di halaman 1dari 12

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

PERKEMBANGAN PROFESIONAL (MAPP 2231)


PENULISAN REFLEKSI

PENGURUSAN WAD DAN PENJAGAAN KESELAMATAN
PESAKIT



NAMA : MOHD HAZIQ SYAHMI BIN SHAHRUDDIN
KUMPULAN : MA 31
NO MATRIK : BPP 2012 - 7333



PENGENALAN
Pengurusan wad merupakan fasa pertama amat penting apabila pesakit mula mendaftar di
pusat- pusat kesihatan kerajaan ataupun swasta. Pengurusan yang cekap, efisyen dan selamat
yang mematuhi piawaan Kementerian Kesihatan Malaysia membolehkan pesakit mendapatkan
rawatan yang sewajarnya. Pengurusan wad amat penting kerana ia mampu mengelakkan
kejadiaan yang tidak diingini serta mampu memberi keyakinan kepada pesakit yang ingin
mendapatkan rawatan.
Selain itu juga penjagaan keselamatan pesakit di wad harus dititik beratkan oleh
kakitangan yang bekerja di dalam sesebuah wad berkenaan. Kemudahan-kemudahan penjagaan
kesihatan dan pemberi-pemberi penjagaan hendaklah mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan
komunikasi yang jelas dengan pesakit-pesakit dan ahli keluarganya, memahami serta melindungi
budaya, kepercayaan-kepercayaan psikososial dan kerohanian / agama setiap pesakit tersebut.
Hal ini kerana setiap pesakit dan individu adalah unik, dengan latar belakang kehidupan
dan pendidikan yang berlaian , keperluan nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan kerohanian serta
agama dan kehendak yang tersendiri.
















PENCARIAN LITRATURE

1. Impact of extended-duration shifts on medical errors, adverse events, and attentional
failures. Barger LK, Ayas NT, Cade BE, et al. (December 2006).

2. Laporan Tahunan 's Kualiti dan Keselamatan 2007 mendapati bahawa komunikasi yang
tidak mencukupi antara penyedia penjagaan kesihatan, atau di antara pembekal dan ahli-
ahli pesakit dan keluarga, adalah punca kepada lebih separuh kejadian-kejadian buruk
yang serius di hospital-hospital yang diiktiraf .Laporan Tahunan Suruhanjaya
Bersama mengenai Kualiti dan Keselamatan 2007: Meningkatkan Hospital
Amerika (Accessed 2008-04-09)

3. The Institute of Medicine (2004) report found low health literacy levels negatively affects
healthcare outcomes The Institute of Medicine: Health Literacy: A Prescription to
End Confusion (2004)

4. In particular, these patients have a higher risk of hospitalization and longer hospital stays,
are less likely to comply with treatment, are more likely to make errors with medication.
Terry C. Davis, PhD; Michael S. Wolf, PhD, MPH; Pat F. Bass III, MD; Jason A.
Thompson, BA; Hugh H. Tilson, MD, DrPH; Marolee Neuberger, MS; and Ruth M.
Parker, MD (29 November 2006). "Literacy and Misunderstanding Prescription
Drug Labels". Annals of Internal Medicine

5. Ten years after a groundbreaking Australian study revealed 18,000 annual deaths from
medical errors .Wilson RM, Runciman WB, Gibberd RW, Harrison BT, Newby L,
Hamilton JD (November 1995). "The Quality in Australian Health Care Study"






6. The Department of Health Expert Group in June 2000 estimated that over 850,000
incidents harm National Health Service hospital patients in the United Kingdom each
year. On average forty incidents a year contribute to patient deaths in each NHS
Institution Department of Health Expert Group (2000). "An organisation with a
memory". Department of Health, United Kingdom

7. In 2004, the Canadian Adverse Events Study found that adverse events occurred in more
than 7% of hospital admissions, and estimated that 9,000 to 24,000 Canadians die
annually after an avoidable medical error. G. Ross Baker, Peter G. Norton, et al.
(2004). "The Canadian Adverse Events Study: the incidence of adverse events
among hospital patients in Canada"


















PERBINCANGAN DAN HUJAH
PENGURUSAN WAD
Kecekapan seseorang staf dalam pengurusan wad dapat menjadikan sesuatu wad penting
bagi pesakit untuk mendapat kemudahan dan rawatan yang setimpal dan sempurna. Pengurusan
di wad lebih menfokuskan untuk memberikan penjagaan kejururawatan sepanjang masa
sehingga pesakit pulih atau discaj dari wad
Profesionalisme seseorang staf itu dalam menguruskan wad dapat mengelakkan daripada
terjadinya gejala yang tidak diingini kepada pesakit. Berikut merupakan objektif pengurusan wad

Objektif pengurusan wad
Untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kejururawatan yang berkualiti dan terbaik
secara menyeluruhkepada semua pesakit di wad
Membantu staff dalam mencapai tahap tertinggi dalam kepuasan pelanggan dan juga
kepuasan diri sendiri ketika berkhidmat.
Menyediakan suasana wad yang bersih, kondusif dan selamat kepada semua pesakit. Ini
dapat mengelakkan pesakit daripada mendapat jangkitan, kecederaan dan kecelakaan.
Pengurusan wad yang berkesan dapat mengurangkan komplikasi kepada pesakit yang
disebabkan oleh kecuaian staff.
Memberikan kemudahan asas yang terbaik seiring dengan kehendak serta keperluan pesakit
tanpa menimbulkan kesulitan kepada semua staff.
Melancarkan segala jenis pengurusan di dalam wad sehingga pesakit di discaj daripada wad
tersebut.
Pengurusan wad yang cemerlang semestinya menuntut kecekapan kepada seluruh ahli anggota
wad. Ianya bermula daripada pihak pendaftar pesakit, attendan yang membawa pesakit ke katil,
jururawat yang menjaga keperluan kejujurawatan, doktor yang melakukan intervensi rawatan
hinggalah kepada pakar dalam sesebuah bidang itu. Terdapat beberapa komponen-komponen
yang sangat penting yang perlu diambil berat oleh semua anggota yang terlibat.

Antaranya ialah :-
Komponen-komponen pengurusan wad
i. Penjagaan pesakit.
a. Penjagaan pesakit yang merangkumi aktiviti penjagaan kejururawatan terbaik
kepada pesakit. Perawat mestilah peka dan mengambil berat mengenai
keselesaan dan kesesuaian pesakit kepada keadaan di dalam wad.
b. Selain itu, keperluan dan perjalanan rawatan atau penjagaan kepada pesakit
juga perlu di titik beratkan.
c. Mengambil tahu dalam perjalanan sesebuah intervensi rawatan perubatan
kepada pesakit. Perawat mestilah membantu dan bekerjasama dalam melakukan
prosedur, menyediakan dan menyiapkan peralatan perubatan, membantu dalam
memberikan ubatan kepada pesakit dan berkerjasama dalam mengadakan
rawatan kepada pesakit.
d. Mengadakan perbincangan sesama staff di dalam wad mengenai keadaan semasa
pesakit dan wad untuk mengetahui sebarang masalah dan berusaha untuk
menyelesaikannya tanpa melibatkan sebarang komplikasi terutamanya kepada
pesakit.
e. Malahan, ahli keluarga pesakit juga akan dimaklumkan mengenai keadaan
semasa pesakit untuk mengekalkan dan menambahbaik kesihatan pesakit
terutamanya dalam menjalani rawatan perubatan pesakit ketika di rumah.
ii. Pengurusan oleh personnel kesihatan
a. Personnel kesihatan seperti pakar, pegawai perubatan, ketua jururawat dan
jururawat mempunyai waktu dan masa masing-masing untuk melihat pesakit.
Sebagai contoh, ward round yang dilakukan oleh pakar pada setiap hari akan
diberi keutamaan sebelum keputusan bagi sesebuah intervensi rawatan diberikan
kepada pesakit.

b. Personnel sokongan seperti unit-unit luar antaranya unit jantung, unit
hemodylisis, unit hematologi dan sebagainya akan membantu dalam perawatan
pesakit jika diminta oleh pihak yang berkaitan dan berautoriti.

iii. Bekalan dan peralatan yang mencukupi di dalam wad.
a. Setiap hospital di Malaysia mempunyai organisasi masing-masing yang
berkerjasama dalam menguruskan keperluan alatan dan bekalan yang mencukupi.
iv. Pengurusan penjagaan kebersihan persekitaran di dalam wad.
a. Kebersihan dalam wad sangat penting kerana ini akan membantu dalam
kesembuhan pesakit. Ini kerana, tempat yang kotor akan mempunyai
mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan kepada pesakit.
b. Pihak yang ditugaskan contohnya seperti pihak Faber Medical Serve di Hospital
Raja Permaisuri Bainun menyediakan keperluan keseluruhan kepada pesakit.
v. Pengurusan barangan domestik
a. Pengurusan barangan domestik seperti sisa bahan klinikal, pembekalan air yang
selamat, pencegahan daripada radiasi, dan sebagainya akan dipantau untuk
menjadikan kawasan wad menjadi selamat dan kondusif.















PENJAGAAN KESELAMATAN PESAKIT
Keselamatan pesakit di wad sememangnya amat penting dalam proses perawatan
Sekiranya pesakit tidak mendapatperlindungan keselamatan ketika berada di wad, ini akan
menyebabkan banyak komplikasi kepada pesakit. Sebagai contohnya, sekiranya pesakit yang
tidak mampu berjalan, tidak mendapat bantuan ataupun pertolongan untuk bergerak ketika di
wad, pesakit mungkin akan terjatuh dan mendapat komplikasi

Hasil penjagaan pesakit adalah lebih selamat dan lebih baik apabila pesakit , ahli keluarga
atau penjaga mereka dapat menyertai proses penjagaan dan membuat keputusan penjagaan
bersama dengan hospital. Perkongsian penjagan dan penglibatan didalam perancangan rawatan
pesakit menepati ekspektasi budaya,kepercayaan-kepercayaan kerohanian dan agama pesakit dan
ahli keluarga mereka.

Adalah menjadi tanggungjawab staf di wad memperuntukkan polisi yang termaktub oleh KKM
dan proses proses yang menyokong hak-hak pesakit dan ahli keluarganya semasa penjagaanNdan
perawatan mereka

Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan pada tahun
2003 untuk menerajui usaha negara dalam meningkatkan keselamatan pesakit dengan
mewujudkan perkongsian pintar untuk keselamatan pesakit melalui:

i) Meningkatkan kesedaran isu-isu keselamatan pesakit dalam sistem penjagaan kesihatan
Malaysia
ii) Membolehkan, memberi, dan motivasi pihak yang berkepentingan untuk mengambil
tindakan yang positif untuk menggalakkan keselamatan pesakit dalam penyampaian
penjagaan kesihatan




Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia juga berperanan
i) Nasihatkan Menteri Kesihatan YAB mengenai dasar-dasar keselamatan pesakit negara,
strategi dan pelan tindakan
ii) Mempromosi dan memudahkan kerjasama di peringkat nasional, serantau dan
antarabangsa dalam keselamatan pesakit.
iii) Menggalakkan pelaksanaan bukti berasaskan strategi keselamatan pesakit
iv) Memantau dan menilai kemajuan dan pencapaian dalam matlamat keselamatan pesakit
negara.
Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia juga menekankan konsep PATIENT SAFETY GOALS
iaitu
1. To implement Clinical Governance
2. To implement 1st Global Patient Safety Challenge: "Clean Care is Safer Care"
3. To implement the 2nd Global Patient Safety Challenge: "Safe Surgery Saves Lives"
4. To implement the 3rd Global Patient Safety Challenge: "Tackling Antimicrobial Resistance"
5. To improve the accuracy of patient identification
6. To ensure the safety of transfusions of blood and blood products
7. To improve medication safety
8. To improve clinical communication by implementing critical value program
9. To reduce patient fall
10. To reduce the incidence of health care associated pressure ulcer
11. To reduce Catheter Related Bloodstream Infection (CRBSI)
12. To reduce Ventilator Associated Pneumonia (VAP)
13. To implement the Patient Safety Incident Reporting and Learning System



Selain daripada itu, pihak hospital juga telah mewujudkan beberapa peraturan dimana akan
memberikan jaminan mengenai keselamatan pesakit. Diantara peraturan tersebut adalah:
Pas pelawat mengikut tingkat, wad dan warna telah disediakan dan ditentukan tempoh
melawat. Pas ini diberi kepada pelawat selepas waktu melawat yang ditetapkan.
Pas Am juga disediakan bagi pelawat yang berurusan dengan anggota hospital bagi
hal-hal pentadbiran sahaja. Borang khas juga disediakan dan pelawat perlu mengisi dan
mendapatkan tandatangan anggota hospital yang ditemui semasa mereka pulangkan pas
am berkenaan.
Keselamatan Dalam Wad
Anggota hospital diarah memakai pakaian seragam dan pas pekerja semasa
bertugas.
Orang awam dibenarkan masuk wad pada masa-masa melawat sahaja kecuali
diberi pas pelawat.
Pegawal Keselamatan ditempatkan di wad bersalin, SCN dan wad kanak-kanak.
Bayi yang baru lahir dan pesakit yang tidak sedar diri akan diikat tag pada
tangannya untuk memudahkan pengesanan.

Keselamatan Hartabenda Pesakit/Orang Awam
Pesakit-pesakit tidak dibenarkan membawa hartabenda yang berharga.
Jika telah membawa, mestilah mengaturkan sendiri untuk membawa pulang atau
mengaturkan dengan pegawai yang menjaga unit tersebut.
Jika berlaku kehilangan/kerosakan mestilah mengadu dengan segera kepada
pegawai yang menjaga unit berkenaan.
Pihak hospital tidak bertanggungjawab di atas kehilangan, kecurian atau
kerosakan hartabenda orang awam.
Keselamatan Pesakit Tahanan/Banduan
Mereka sentiasa digari kepada pegawai polis/penjara atau ke objek lain yang sesuai.
Hanya seorang tahanan dibenarkan menemui doktor pada satu masa dan diiringi oleh
pegawai polis/penjara.
Pelawat tidak dibenarkan kecuali dibenarkan oleh pegawai polis atau penjara.

























RUJUKAN
1. http://patientsafety.moh.gov.my
2. https://kempas.malaysia.gov.my
3. http://htan.moh.gov.my/v1/htdocs/POLISI%20HOSPITAL%2013%20HAK%20PESAKI
T.pdf
4. Incident Reporting & Learning System manual, Medical Care Quality Section, Medical
Development Division,Ministry of Health Malaysia

5. A Nurse's Survival Guide to Leadership and Management on the Ward, 2nd Edition,
J.Thomas 2012

6. Ward Management In Practise, Jeniffer Mackenzie, Churchill Livingstone, 1998

Anda mungkin juga menyukai