Anda di halaman 1dari 50

1.

0 PENGENALAN
1.1 Pengenalan Pendidikan kesihatan didefinasikan sebagai satu kaedah penyampaian maklumat pelajaran kesihatan, tunjuk ajar kesihatan kepada orang awam atau masyarakat yang mana ianya bertujuan untuk mengubah sikap dan tingkah laku dalam aspek kesihatan daripada yang lama kepada yang baru dan juga terbaik serta berkesan. Pendidikan kesihatan merupakan satu langkah yang berkesan untuk membantu dalam bidang rawatan yang sempurna dan di dalam konteks untuk menyembuhkan pesakit, kakitangan perubatan perlu berinteraksi serta menolong pesakit dengan memberi sokongan dan memberi informasi tentang

penyembuhan. Perhubungan pesakit dengan bahagian perawatan perlu rapat untuk meningkatkan pengetahuan dan mengawal kesihatan. Di dalam rawatan ortopedik, Plaster of Paris (POP) atau Plaster Casts memainkan peranan yang begitu penting untuk keberkesanan rawatan kepatahan. Plaster of Paris (POP) ini adalah suatu alat yang digunakan serta dikaskan untuk mengekalkan dan menghadkan pergerakan anggota yang mengalami kepatahan atau kecederaan. Ianya diperbuat daripada lapisan plaster di mana ianya disediakan oleh gipsum (kalsium sulfat) yang akan menjadi keras apabila ianya di tambah dengan air. Bahan sintetik ini diperbuat daripada gabungan fabrik dengan sensitiviti tinggi thermoplastik resin. Bahan ini amat kuat serta ringan dan tahan walaupun ianya basah. Ia perlu dikeringkan untuk mengelakkan komplikasi terutamanya dibahagian anggota kulit yang berplaster.

Plaster of Paris (POP) telah pun digunakan secara meluas untuk merawat kepatahan tulang, sejak turun temurun. Ianya digunakan dalam rawatan pemulihan deformities misalnya CTEV dan DDH dan juga rawatan tisu lembut. Walaupun terdapat kaedah rawatan melalui pembedahan namun peratusan pesakit yang memerlukan rawatan secara pemasangan kas masih tinggi. Jika dilihat di Hospital Kuala Lumpur sahaja, jumlah pemasangan Plaster of Paris (POP) adalah lebih kurang 12,000 setahun. Pemasangan kas, walaupun nampaknya mudah tapi perlu latihan dan kemahiran kerana sebarang kesilapan boleh membawa mudarat yang serius kepada pesakit. Jika berlaku kesilapan yang tidak sepatutnya, ianya akan menjadi isu yang sensitif kepada masyarakat dan mencerminkan keupayaan dan tanggungjawab terhadap penjagaan pesakit. Untuk mencapai pemasangan kas yang sempurna, seseorang itu perlu menjalani latihan praktikal dan pendedahan dengan teknik yang betul dan mengetahui bahan-bahan kas yang terkini. Pemasangan kas adalah tanggungjawab pegawai perubatan atau pakarpakar ortopedik, tetapi kebanyakan pemasangan dilakukan oleh pembantu perubatan. Berbagai-bagai jenis plaster kas yang boleh didapati di dalam rawatan ortopedik seperti:Buddy Splint Below Elbow Cast Scaphoid Cast Bennettes Cast Colles Cast

Above Elbow Cast Below Knee Cast PTB Cast (Patella Tendon Bearing) Cylinder Cast Above Knee Cast Body Cast

1.2 Kenyataan Masalah Pendidikan kesihatan adalah suatu pengajaran di dalam penglibatan untuk merealisasikan tahap pengetahuan pesakit dalam mengendalikan sesuatu perkara tentang masalah yang dihadapi. Walaupun berbagai-bagai cara dan langkah telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya Jabatan Ortopedik untuk menangani masalah yang timbul dalam memberikan pendidikan kesihatan yang terbaik tentang pemakaian serta penjagaan Plaster of Paris (POP) ini, namun ianya masih belum mencapai tahap dan objektif yang dikehendaki. Permasalahan yang cuba dikupas di dalam penyelidikan ini adalah tentang keberkesanan pendidikan kesihatan tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) dalam rawatan ortopedik di Hospital Seremban. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dan antaranya ialah : Sikap pesakit yang tidak dapat memahami akan arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh kakitangan perubatan. Ini disebabkan oleh masalah bahasa serta berbeza fahaman dan budaya. Sikap kakitangan perubatan yang kasar dan menyebabkan pesakit gagal menerima nasihat dengan baik. Pesakit mengutamakan rawatan kepatahan secara tradisional dan akupuntur. Kurang pengetahuan rawatan di kalangan kakitangan perubatan dalam menyebarkan maklumat kepada pesakit.

1.3 Tujuan Kajian dan Objektif 1.3.1 Tujuan Kajian Kajian penyelidikan ini dijalankan serta dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan pendidikan kesihatan tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) kepada pesakit di Hospital Seremban.

1.3.2 Objektif Untuk mengetahui dan mengukur tahap kefahaman pesakit yang memakai atau menggunakan Plaster of Paris (POP) tentang pendidikan kesihatan yang diberikan oleh kakitangan perubatan di Hospital Seremban. Untuk mengetahui sama ada pesakit yang memakai atau menggunakan Plaster of Paris (POP) benar-benar faham tentang pendidikan kesihatan yang diberikan oleh kakitangan perubatan Hospital Seremban setelah discaj dengan anggota yang berplaster. Untuk mengenal pasti sikap kakitangan perubatan dalam memberikan pendidikan kesihatan tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) kepada pesakit di Hospital Seremban. Untuk mengetahui tahap keberkesanan rawatan yang diberikan dalam penjagaan Plaster of Paris (POP) kepada pesakit.

2.0 KAJIAN SEMULA


Pengetahuan dan kefahaman pesakit tentang masalah pendidikan kesihatan tentang penjagaan anggota-anggota yang berplaster merupakan satu perkara yang harus dititikberatkan. Perkara ini memang telah lama

diketengahkan oleh pakar-pakar perubatan sebelum ini dan ianya telah dapat dibuktikan melalui kajian-kajian seperti yang tertera di bawah. Susan Morgan (1989) telah menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk Plaster Casting : Patient Problems and Nursing Care, bahawa setiap pesakit yang discaj dengan anggota badan yang berplaster mesti mendapatkan nasihat serta pendidikan kesihatan yang khusus untuk memahami cara penjagaan anggota yang berplaster agar kaedah dan konsep rawatan yang diberikan berkesan dan efektif serta berkualiti. Hull and Smith (1984) telah menulis satu artikel di dalam Fracture Magazine yang bertajuk The Patient Outside Hospital dan ianya menyatakan bahawa biasanya pesakit yang telah dipasangkan dengan plaster akan diberi nasihat secara lisan tentang cara merawat anggota yang berplaster.

Memandangkan masyrakat disesebuah negara itu terdiri daripada berbilang kaum, bahasa serta budaya, sebilangan daripada mereka tidak dapat memahami akan arahan serta nasihat yang diberi. Dalam memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit, kakitangan perubatan seharusnya peka tentang tugas dan peranan mereka bagi memastikan pesakit mendapat mesej dengan tepat. Menurut Hopps dan Redman (1983) di dalam buku yang bertajuk The Process of Patient Teaching in Nursing telah menyatakan bahawa kakitangan

perubatan khususnya jururawat perlu memainkan peranan yang lebih dalam memberi pendidikan kesihatan yang terbaik kepada pesakit. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada jururawat bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kebolehan mengajar dan mendidik pesakit. Bagaimanapun, menurut kajian yang telah dibuat oleh Stewart J.D.M dan Hallett J.P (1988) di dalam Journal of Advanced Nursing telah menyatakan bahawa keberkesanan sesuatu pendidikan kesihatan itu bergantung kepada kedua-dua modul iaitu jururawat dan pesakit. Sarren dan Eriksson B. (1988) telah menyatakan di dalam Journal of Orthopedics Appliances in Plaster Casts bahawa setiap pesakit yang perlu di pasangkan dengan Plaster of Paris (POP) ini akan diberikan nasihat sertamerta bagaimana untuk menjaganya dengan cara yang betul agar ianya tidak rosak.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Metodologi Metodologi atau pendekatan yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah dengan kaedah deskriptif di mana ianya melibatkan pengumpulan data secara sistematik untuk memberikan satu gambaran yang jelas berkenaan dengan situasi sekarang ataupun yang telah lepas. Kaedah deskriptif ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu secara kualitatif dan juga kuantitatif. Kaedah kualitatif ialah kaedah di mana temubual dan juga pemerhatian dijadikan sebagai medium untuk mendapatkan maklumat daripada responden-responden yang tertentu, manakala kaedah kuantitatif ialah kaedah yang menggunakan borang kaji selidik sebagai medium bagi mengumpul data dan maklumat penyelidikan. Kedua-dua bahagian di dalam kaedah deskriptif ini sama ada kualitatif ataupun kuantitatif, dapat memberikan impak yang berlainan ke atas maklumat yang ingin dikumpul bagi menyokong andaian-andaian yang telah dibuat. Walaubagaimanapun, kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif sebagai cara ataupun pendekatan untuk mendapatkan maklumat dan kaedah ini dapat menyumbang kepada beberapa faedah atau kebaikan jika dibandingkan dengan kaedah kualitatif dan antara faedah dan kebaikannya adalah:-

Ianya memudahkan responden untuk menjawab kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah ringkas dan padat.

Ianya juga memudahkan responden dari segi menjawab soalan kerana jawapan telah disediakan dan ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk mereka menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.

Ianya memudahkan penganalisaan data selepas data dikumpul kerana perbezaan ataupun persamaan ke atas statistik yang telah dibuat dapat dilihat dengan lebih jelas dan ketara berbanding dengan cara yang lain.

3.2 Populasi Populasi dapat ditakrifkan ataupun merujuk kepada sesebuah kumpulan sama ada ianya melibatkan orang, persitiwa ataupun benda dan untuk kajian ini, populasinya diambil daripada pesakit-pesakit yang menggunakan ataupun yang memakai Plaster of Paris (POP) yang berada di Hospital Seremban. Hospital Seremban dipilih sebagai lokasi ataupun populasi untuk kajian ini kerana ianya adalah pusat ataupun tempat bagi pelatih-pelatih Pembantu Perubatan menjalankan latihan praktikal sekaligus ianya memudahkan proses pengumpulan data kerana dapat meminimumkan masa untuk mencari maklumat terutamanya terhadap pesakit-pesakit yang memakai Plaster of Paris (POP).

3.3 Sampel Sampel didefinisikan sebagai proses memilih segolongan jumlah pesakit daripada populasi yang telah dipilih iaitu di Hospital Seremban dan untuk kajian ini, sampelnya ialah pesakit-pesakit yang memakai Plaster of Paris (POP) yang berada di Jabatan Ortopedik, Hospital Seremban. Responden-responden akan dipilih secara rawak untuk menjawab borang soal selidik dan ianya akan diedarkan kepada responden yang berumur 16 tahun dan ke atas dan juga terdiri daripada pelbagai kaum dan agama sama ada dari golongan profesional dan bukan profesional. Kesemua data yang telah diperolehi daripada edaran borang soal selidik akan diproses dan dianalisis melalui penggunaan software Microsoft Excel.

10

3.4 Alatan Kajian Di dalam penyelidikan ini, seperti yang telah diterangkan sebelum ini, borang soal selidik akan digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat daripada responden dan ianya direka khusus mengenai perkara yang hendak diselidik dan di dalam konteks kajian ini adalah Plaster of Paris (POP). Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada sampel yang telah dipilih iaitu sebanyak 30 responden dan yang mahu bekerjasama untuk mencapai objektif penyelidikan ini. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:-

Bahagian A ( 5 Soalan ) Bahagian ini mengandungi soalan tentang latarbelakang responden seperti umur, bangsa, pekerjaan, tahap pendidikan dan juga tempat tinggal. Ini adalah bertujuan untuk mengenali golongan jenis manakah di kalangan pesakit-pesakit yang memakai Plaster of Paris (POP) memanfaatkan sepenuhnya pendidikan kesihatan yang telah diberikan oleh kakitangan perubatan di Hospital Seremban.

Bahagian B ( 16 Soalan ) Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang akan digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat tentang Plaster of Paris (POP) di kalangan responden. Ianya adalah berkenaan dengan tahap kefahaman responden tentang pendidikan kesihatan

11

yang telah diberikan dan apakah faktor-faktor yang menggagalkan mereka dari mendapat pendidikan kesihatan yang sempurna tentang Plaster of Paris (POP).

12

3.5 Tatacara Menjalankan Kajian Dalam menjalankan kajian ini, prosedur-prosedur yang telah ditetapkan amat dititik-beratkan oleh pengkaji di mana sebelum membuat penyelidikan di Hospital Seremban, pengkaji terlebih dahulu telah meminta kebenaran daripada pihak-pihak yang terlibat seperti penyelia dan juga kakitangan yang bertugas di Jabatan Ortopedik bagi memulakan kajian. Selepas mendapatkan kebenaran, responden akan diberikan penerangan secara ringkas tentang borang soal selidik yang akan diedarkan dan selepas itu mereka akan dibenarkan menjawab soalan. Masa yang diperuntukkan kepada responden untuk menjawab kesemua 21 soalan adalah lebih kurang 15 minit dan selepas itu ianya akan dikumpul bagi proses penilaian dan penganalisaan data.

3.6 Cara Penganalisaan Data Dalam kajian ini, terdapat 21 soalan yang perlu dijawab oleh respoden yang merangkumi 5 soalan dari Bahagian A dan 16 soalan dari Bahagian B. Responden hanya perlu menandakan ( ) di ruang yang telah disediakan dan

seterusnya data-data yang telah dikumpul hasil daripada jawapan yang telah diberikan akan dinilai dan dianalisis dengan menggunakan software Microsoft Excel dengan cara membuat carta pai dan carta bar yang diekstrak daripada jadual bagi setiap soalan yang telah dikemukakan dalam borang soal selidik.

13

4.0 HASIL KAJIAN


4.1 Analisis Statistik Deskriptif Bahagian A : Latar Belakang Responden 1. Bilangan Responden Yang Menjawab Soalan Terhadap Umur Mereka

UMUR 16 - 25 26 35 36 45 46 55 > 55
Umur Responden
Bilangan Responden 10 8 6 4 2 0 16 - 25 26 35 36 45 Umur

BILANGAN RESPONDEN 7 9 6 4 4

46 55

> 55

Gambarajah 1 menunjukkan bilangan responden yang menjawab soalan terhadap umur mereka Berdasarkan kepada gambarajah di atas, responden ataupun pesakit yang berumur 26 35 tahun menunjukkan bilangan yang tertinggi dengan 9 orang, diikuti dengan responden berumur 16 25 tahun sebanyak 7 orang, responden berumur 36 45 tahun dengan 6 orang dan responden berumur 46 55 tahun dan lebih daripada 55 tahun menunjukkan bilangan yang sama iaitu sebanyak 4 orang. Ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa golongan 14

responden yang berumur 26 -35 tahun banyak menggunakan atau memakai Plaster of Paris (POP) manakala golongan veteran yang berumur 46 tahun dan ke atas pula hanya sedikit bilangannya yang memakai Plaster of Paris (POP) di Hospital Seremban.

2.

Bilangan Responden Yang Menjawab Soalan Terhadap Bangsa Mereka BANGSA Melayu BILANGAN RESPONDEN 13

15

Cina India Lain-lain


Bangsa Responden

6 8 3

10% 43% Melayu Cina 27% 20% India Lain-lain

Gambarajah 2 menunjukkan peratusan bilangan responden yang menjawab soalan terhadap bangsa mereka Berdasarkan kepada gambarajah di atas, daripada 30 orang responden yang menjawab soalan tentang Plaster of Pasris (POP) ini, 43% daripadanya adalah bangsa Melayu, 27% India, 20% berbangsa Cina dan yang selebihnya adalah lain-lain. Ini dapat disimpulkan bahawa bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi bagi sekumpulan responden yang memakai Plaster of Pasris (POP), diikuti dengan bangsa India, Cina dan lain-lain.

3.

Bilangan Responden Yang Menjawab Soalan Terhadap Pekerjaan Mereka PEKERJAAN Kerajaan BILANGAN RESPONDEN 8

16

Swasta Sendiri
Pekerjaan Responden
27% Kerajaan 33% 40% Swasta Sendiri

12 10

Gambarajah 3 menunjukkan peratusan bilangan responden ang menjawab soalan terhadap pekerjaan mereka Hasil daripada data yang telah dikumpul, daripada 30 orang responden yang telah menjawab soalan, didapati bahawa 40% daripadanya adalah responden yang bekerja di sektor swasta, 33% pula bekerja sendiri dan selebihnya pula sebanyak 27% adalah responden yang bekerja di sektor kerajaan. Berdasarkan kepada keputusan ini, dapat disimpulkan bahawa bilangan tertinggi dicatatkan oleh responden yang memakai Plaster of Paris (POP) di Hospital Seremban terdiri daripada pesakit yang bekerja di sektor swasta dikuti dengan yang bekerja sendiri dan yang terendah mewakili responden yang bekerja di sektor kerajaan. 4. Bilangan Responden Yang Menjawab Soalan Terhadap Tahap

Pendidikan Mereka TAHAP PENDIDIKAN PMR SPM Diploma Ijazah BILANGAN RESPONDEN 3 3 11 11 17

Lain-lain
Tahap Pendidikan Responden
Bilangan Responden 12 10 8 6 4 2 0 PMR SPM Diploma Ijazah Lain-lain Tahap Pendidikan

Gambarajah 4 menunjukkan bilangan responden yang menjawab soalan terhadap tahap pendidikan mereka Berdasarkan kepada gambarajah di atas, tahap pendidikan responden yang memakai Plaster of Paris (POP) di Hospital Seremban ialah pemegang ijazah dan diploma berkongsi bilangan sebanyak 11 orang, responden yang mempunyai Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga berkongsi bilangan responden sebanyak 3 orang dan akhir sekali lain-lain sebanyak 2 orang.

5.

Bilangan Responden Yang Menjawab Soalan Terhadap Tempat Tinggal Mereka TEMPAT TINGGAL Daerah Seremban Luar Daerah Seremban BILANGAN RESPONDEN 22 8

18

Tempat Tinggal Responden

Daerah Seremban 27% 73% Luar Daerah Seremban

Gambarajah 5 menunjukkan peratusan responden yang menjawab soalan terhadap tempat tinggal mereka Keputusan menunjukkan bahawa majoriti daripada pesakit yang memakai Plaster of Paris (POP) tinggal di daerah Seremban iaitu sebanyak 73% dan 27% pula adalah responden yang tinggal di luar daerah Seremban. Ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa kebanyakan pesakit yang memakai Plaster of Paris (POP) adalah terdiri daripada responden yang tinggal di daerah Seremban dan ini mungkin dsebabkan oleh faktor tempat tinggal yang berdekatan dengan kawasan Hospital Seremban itu sendiri.

Bahagian B : Maklumat Mengenai Plaster of Paris (POP) di kalangan pesakit di Hospital Seremban. 1. Bilangan Responden Yang Mempunyai Pengetahuan Tentang Plaster Of Paris (POP) PENGETAHUAN

19

TENTANG POP Ya Tidak

BILANGAN RESPONDEN 21 9

Pengetahuan Tentang "Plaster of Paris" (POP)

30% 70%

Ya Tidak

Gambarajah 6 menunjukkan peratusan bilangan responden yang mempunyai pengetahuan tentang Plaster of Paris (POP) Berdasarkan kepada gambarajah di atas, 21 orang responden ataupun 70% daripada 30 orang responden yang telah dipilih secara rawak menyatakan yang mereka tahu tentang apa sebenarnya yang dikatakan Plaster of Paris (POP) dan yang selebihnya sebanyak 9 orang ataupun 30% menyatakan yang mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang apa sebenarnya yang

dimaksudkan dengan Plaster of Paris (POP).

2.

Bilangan Responden Yang Faham Tentang Penjagaan Plaster Of Paris (POP) FAHAM TENTANG PENJAGAAN POP Ya Tidak BILANGAN RESPONDEN 21 9

20

Faham Tentang Penjagaan "Plaster of Paris" (POP)

30% 70%

Ya Tidak

Gambarajah 7 menunjukkan peratusan bilangan responden yang faham tentang penjagaan Plaster Of Paris (POP) Jika dilihat kepada carta pai di atas, majoriti daripada responden yang memakai Plaster Of Paris (POP) iaitu sebanyak 21 orang atau 70% mengatakan yang mereka faham sepenuhnya tentang penjagaan Plaster Of Paris (POP) setelah diberikan pendidikan kesihatan oleh kakitangan perubatan yang bertugas dan sejumlah 9 orang ataupun 30% mengatakan yang mereka masih tidak tahu ataupun kurang faham tentang penjagaan Plaster Of Paris (POP).

3.

Bilangan Responden Yang Tahu Tentang Penjagaan Plaster Of Paris (POP) Dengan Betul TAHU TENTANG PENJAGAAN POP DENGAN BETUL Ya Tidak BILANGAN RESPONDEN 19 11

21

Tahu Tentang Penjagaan "Plaster of Paris" (POP) Dengan Betul

63% 37%

Ya Tidak

Gambarajah 8 menunjukkan peratusan bilangan responden yang tahu tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) dengan betul Hasil daripada data yang telah dikumpul, didapati bahawa 63% daripada 30 orang responden yang menjawab kesemua soalan mengatakan bahawa mereka tahu tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) dengan betul dan 37% mengatakan yang mereka tidak tahu menjaga Plaster of Paris (POP) dengan kaedah dan cara yang betul.

4.

Kaedah Yang Responden Gunakan Untuk Menjaga Plaster of Paris (POP) Dengan Betul KAEDAH UNTUK MENJAGA POP DENGAN BETUL Mengikut nasihat daripada kakitangan perubatan Mendapat rawatan susulan Mendengar nasihat daripada orang BILANGAN RESPONDEN 10 13 3

22

perseorangan Dengan cara sendiri


Kaedah Penjagaan POP Dengan Betul
10% 13% 33% 44%
Mengikut nasihat daripada kakitangan perubatan Mendapat rawatan susulan Mendengar nasihat daripada orang perseorangan Dengan cara sendiri

Gambarajah 9 menunjukkan peratusan kaedah yang digunakan olehresponden dalam penjagaan Plaster of Paris (POP) dengan betul Berdasarkan kepada gambarajah di atas, 44% daripada responden mengatakan bahawa mereka menjaga Plaster of Paris (POP) dengan betul dengan mendapat rawatan susulan daripada kakitangan perubatan di Hospital Seremban, 33% mengatakan yang mereka mengikut nasihat yang diberikan oleh kakitangan perubatan, 13% menjaga Plaster of Paris (POP) dengan cara sendiri dan akhir sekali, 10% menjaga Plaster of Paris (POP) dengan mendengar nasihat daripada orang perseorangan sama ada keluarga, saudaramara ataupun rakan-rakan.

23

5.

Perasaan Responden Apabila Menggunakan Plaster of Paris (POP) PERASAAN APABILA MENGGUNAKAN POP Takut dan gelisah Tidak selesa / suka Selesa Anggap penting BILANGAN RESPONDEN 4 6 11 9

24

Perasaan Apabila Menggunakan "Plaster of Paris" (POP) Anggap penting


Perasaan

Selesa Tidak selesa / suka Takut dan gelisah 0 5 10 15

Bilangan Responden

Gambarajah 10 menunjukkan bilangan responden yang memberikan reaksi terhadap pemakaian Plaster of Paris (POP) Jika dilihat daripada carta bar di atas, dapat disimpulkan bahawa 11 orang responden merasa selesa apabila memakai Plaster of Paris (POP), 9 orang merasa pemakaian Plaster of Paris (POP) adalah penting, 6 orang merasa tidak selesa dan yang terakhir sekali 4 orang menunjukkan bahawa mereka takut dan gelisah.

6.

Kakitangan Perubatan Yang Memberikan Pendidikan Kesihatan Tentang Plaster of Paris (POP) Kepada Responden KAKITANGAN PERUBATAN Pegawai Perubatan / Doktor Pembantu Perubatan Jururawat Attendan BILANGAN RESPONDEN 9 17 4 0

25

Kakitangan Perubatan yang M berikan em Pendidikan Kesihatan


13% 0% 30%

57%
Pegaw Perubatan / D ai oktor Pembantu Perubatan Jururaw at Attendan

Gambarajah 11 menunjukkan peratusan kakitangan perubatan yang memberikan pendidikan kesihatan kepada responden tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) Berdasarkan kepada gambarajah di atas, majoriti daripada responden yang memakai Plaster of Paris (POP) iaitu sebanyak 57% memberi respon bahawa mereka diberikan pendidikan kesihatan tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) dengan betul oleh pembantu perubatan, 30% oleh pegawai perubatan dan 13% oleh jururawat yang bertugas disesebuah jabatan di Hospital Seremban.

7.

Bentuk Pendidikan Tentang Penjagaan Plaster of Paris (POP) BENTUK PENDIDIKAN BILANGAN RESPONDEN 15 9 4 2

KESIHATAN Secara Lisan Bentuk Pendidikan Kesihatan yang Diberikan oleh Kakitangan Pamplet Perubatan Secara Praktikal 7% 13%Lain-lain Secara Lisan
50% 30% Pamplet Secara Praktikal Lain-lain

26

Gambarajah 12 menunjukkan peratusan bentuk pendidikan kesihatan yang diberikan oleh kakitangan perubatan di Hospital Seremban tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) Hasil daripada data yang telah dikumpul dan berdasarkan kepada gambarajah di atas, 50% daripada responden mengatakan bahawa yang mereka diberikan pendidikan kesihatan tentang Plaster of Paris (POP) secara lisan, 30% dengan menggunakan pamplet, 13% secara praktikal dan akhir sekali 7% mengatakan mereka mendapat pendidikan kesihatan dengan cara yang lain.

8.

Bentuk Pendidikan Kesihatan Yang Telah Diberikan Tentang Penjagaan Plaster Of Paris (POP) Berkesan Atau Tidak BERKESAN Ya Tidak Tidak Yakin BILANGAN RESPONDEN 21 3 6

27

Bentuk Pendidikan Kesihatan Berkesan Atau Tidak 25 20 Bilangan 15 Responden 10 5 0

Ya

Tidak
Berkesan

Tidak Yakin

Gambarajah 13 menunjukkan bilangan responden yang memberi respon sama ada pendidikan kesihatan yang diberikan berkesan atau tidak Berdasarkan kepada gambarajah diatas (dengan berpandukan soalan 7), 21 orang responden memberi respon bahawa pendidikan kesihatan yang telah diberikan oleh kakitangan perubatan memberi kesan kepada mereka dari segi kadar masa penyembuhan terhadap kepatahan yang mereka alami, 6 orang berasa tidak yakin dan akhir sekali sebanyak 3 orang responden menyatakan pendidikan kesihatan tersebut tidak memberikan kesan kepada mereka.

9.

Sikap Kakitangan Perubatan Ketika Memberikan Pendidikan Kesihatan SIKAP Beretika Lemah-lembut Sopan-santun Kasar Lain-lain BILANGAN RESPONDEN 12 7 8 2 1

28

Sikap Kakitangan Perubatan Ketika Memberikan Pendidikan Kesihatan

3% 7% 27% 23% 40%

Beretika Lemah-lembut Sopan-santun Kasar Lain-lain

Gambarajah 14 menunjukkan peratusan sikap kakitangan perubatan ketika memberikan pendidikan kesihatan di Hospital Seremban Jika dilihat kepada gambarajah di atas, daripada 30 orang responden yang menjawab borang soal selidik ini, 12 daripadanya atau 40% menyatakan bahawa kakitangan perubatan yang telah memberikan pendidikan kesihatan di Hospital Seremban sangat beretika, 27% menyatakan sopan-santun, 23% adalah lemah-lembut, 7% kasar dan selebihnya sebanyak 3% adalah lain-lain.

10.

Bilangan Responden yang Diberikan Rawatan Susulan RAWATAN SUSULAN Ya Tidak BILANGAN RESPONDEN 24 6

29

Bilangan Responden yang Diberi Rawatan Susulan

20% Y a Tidak

80%

Gambarajah 15 menunjukkan peratusan bilangan responden yang diberikan rawatan susulan di Hospital Seremban Hasil daripada maklumbalas 30 orang responden, 24 daripadanya atau 80% mengatakan bahawa mereka telah diberikan rawatan susulan selepas memakai Plaster of Paris (POP) di Hospital Seremban dan 6 orang responden lagi atau 20% menyatakan yang mereka tidak menerima rawatan susulan selepas pemakaian Plaster of Paris (POP) oleh kakitangan perubatan.

11.

Kepentingan Rawatan Susulan Kepada Responden di Hospital Seremban KEPENTINGAN RAWATAN SUSULAN Ya Tidak BILANGAN RESPONDEN 24 6

30

Kepentingan Rawatan Susulan

20% Ya Tidak 80%

Gambarajah 16 menunjukkan peratusan bilangan responden yang menganggap rawatan susulan adalah penting pada mereka Berdasarkan kepada gambarajah di atas, majoriti daripada responden iaitu sebanyak 80% mengatakan yang rawatan susulan selepas memakai Plaster of Paris (POP) adalah penting pada mereka dan 20% mengatakan yang ianya tidak penting pada mereka.

12.

Sebab Kepada Pentingnya Rawatan Susulan Kepada Responden SEBAB KEPADA PENTINGYA RAWATAN SUSULAN Untuk mempercepatkan proses pemulihan Untuk mengetahui tahap penyakit Untuk menukar POP yang baru Lain-lain BILANGAN RESPONDEN 15 12 3 0 31

Sebab Kepada Pentingnya Rawatan Susulan


10% 0% 50%

40%
U ntuk mempercepatkan proses pem ulihan U ntuk mengetahui tahap penyakit U ntuk menukar PO yang baru P Lain-lain

Gambarajah 17 menunjukkan peratusan kepada sebab pentingnya rawatan susulan kepada responden Berdasarkan kepada gambarajah di atas, 50% daripada 30 orang responden mengatakan yang rawatan susulan itu penting kepada mereka kerana ianya dapat mempercepatkan proses pemulihan, 40% dapat mengetahui tahap penyakit, 10% dapat menukar kepada Plaster of Paris (POP) yang baru dan selebihnya iaitu sebanyak 0% mengatakan lain-lain.

13.

Bilangan Responden Yang Pernah Mendapatkan Rawatan Tradisional Tentang Kepatahan PERNAH MENDAPATKAN RAWATAN TRADISIONAL Ya Tidak BILANGAN RESPONDEN 10 20

32

Bilangan Responden yang Pernah Mendapatkan Rawatan Tradisional

33%

Ya Tidak

67%

Gambarajah 18 menunjukkan peratusan bilangan responden yang pernah mendapatkan rawatan tradisional tentang kepatahan Berdasarkan kepada gambarajah di atas, 20 orang responden atau 67% mengatakan yang mereka tidak pernah mendapatkan rawatan tradisional tentang kepatahan dan sejumlah 10 orang iaitu 33% mengatakan yang mereka pernah mendapatkan rawatan tradisional tentang kepatahan semasa ataupun selepas memakai Plaster of Paris (POP).

14.

Pemakaian dan Penjagaan Plaster of Paris (POP) Ini Membebankan Atau Tidak kepada Responden MEMBEBANKAN Ya Tidak BILANGAN RESPONDEN 6 24

33

P akaian dan Penjagaan "Plaster of em Paris" (PO M bebankan atau Tidak P) em

20% Y a Tidak 80%

Gambarajah 19 menunjukkan peratusan bilangan responden yang memberi respon sama ada pemakaian dan penjagaan Plaster of Paris (POP) membebankan mereka atau tidak Jika dilihat kepadagambarajah di atas, majoriti daripada responden iaitu sebanyak 24 orang ataupun 80% mengatakan bahawa pemakaian dan penjagaan Plaster of Paris (POP) ini tidak membebankan mereka dan sejumlah 6 orang lagi ataupun 20% mengatakan sebaliknya iaitu pemakaian Plaster of Paris (POP) ini amat membebankan mereka.

15.

Bilangan Responden Yang Merasa Pemakaian dan Penjagaan Plaster of Pari (POP) Ini Memberi Kesan Kepada Rawatan Mereka MEMBERI KESAN Ya Tidak BILANGAN RESPONDEN 24 6

34

Pem akaian dan Penjagaan "Plaster of Paris" (PO M beri Kesan A P) em tau Tidak
20%

Y a Tidak 80%

Gambarajah 20 menunjukkan peratusan bilangan responden yang merasakan pemakaian dan penjagaan Plaster of Paris (POP) ini memberi kesan kepada mereka atau tidak Berdasarkan kepada gambarajah di atas, 24 orang responden atatupun 80% mengatakan bahawa dengan pemakaian Plaster of Paris (POP) ianya dapat memberi kesan kepada rawatan mereka dari segi penyembuhan terhadap kepatahan yang mereka hadapi dan 6 orang responden lagi ataupun 20% mengatakan yang pemakaian Plaster of Paris (POP) tidak dapat memberi kesan kepada rawatan untuk menyembuhkan tahap kepatahan mereka.

5.0 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1 Perbincangan Di sepanjang kajian yang telah dijalankan, maklumat dan keputusan berdasarkan daripada borang soal selidik yang telah diedarkan menunjukkan

35

kepelbagaian persepsi daripada pesakit atau responden yang memakai Plaster of Paris (POP). Daripada maklumbalas yang diterima daripada 30 orang responden, didapati faktor umur adalah faktor yang menjadi penyumbang kepada keberkesanan pendidikan kesihatan yang diberikan. Ini adalah kerana umur di antara 26 tahun hingga 35 tahun adalah bilangan yang tertinggi memakai Plaster of Paris (POP) iaitu sebanyak 9 orang responden dan umur diantara 16 tahun hingga 25 tahun mencatat bilangan kedua tertinggi iaitu sebanyak 7 orang responden. Kebiasaannya pada usia sebegini, seseorang itu mudah menerima sebarang mesej atau maklumat yang disampaikan oleh kakitangan perubatan berkenaan rawatan terhadap penyakit mereka. Responden yang berumur 36 tahun hingga 45 tahun adalah sebanyak 6 orang dan responden berumur 45 tahun hingga 55 tahun dan lebih daripada 55 tahun berkongsi dengan jumlah 4 orang responden sahaja. Ini mungkin kerana faktor peningkatan usia menjadi kelemahan mereka dalam menerima maklumat. Mengikut bangsa pula, Melayu adalah bangsa atau kumpulan kaum yang teramai memakai Plaster of Paris (POP) jika dibandingkan dengan bangsa Cina, India dan lain-lain. Bilangan kaum Melayu yang memakai Plaster of Paris (POP) daripada 30 orang responden adalah seramai 13 orang. Ini disebabkan oleh kebanyakan bangsa yang tinggal di Malaysia ini terdiri daripada bangsa Melayu. Ini memudahkan kakitangan hospital memberikan pendidikan kesihatan dengan lebih baik. Bangsa yang kedua teramai adalah bangsa India iaitu seramai 8 orang daripada 30 orang responden yang diberi borang soal selidik.

36

Bangsa Cina adalah seramai 6 orang manakala lain-lain bangsa seramai 3 orang. Peningkatan angka bagi kaum Melayu ini mungkin disebabkan oleh kebanyakan daripada mereka mengalami kecederaan serta kemalangan pada tarikh dan waktu kajian ini dilakukan. Daripada 30 orang responden yang telah diedarkan dengan borang soal selidik ini, responden yang bekerja di sektor swasta mencatat bilangan yang tertinggi iaitu seramai 12 orang. Responden yang bekerja di sektor kerajaan mencatat bilangan seramai 8 orang manakala responden yang bekerja sendiri seramai 10 orang. Ini dapat digambarkan bahawa pekerja disektor swasta mempunyai tahap pengetahuan yang lebih untuk menerima pendidikan kesihatan dengan lebih baik. Manakala mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan juga yang bekerja sendiri juga mampu mempunyai tahap pengetahuan yang baik mengenai Plaster of Paris (POP). Di bahagian tahap pendidikan responden pula, mereka yang mempunyai tahap pendidikan diploma serta ijazah adalah yang yang paling tinggi iaitu masing-masing mancatat 11 orang responden. Ini mungkin disebabkan pada masa kajian ini dijalankan, ianya selaras dengan cuti institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta di Malaysia. Responden yang memiliki tahap pendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkongsi bilangan iaitu sebanyak 3 orang responden. Responden yang memiliki lain-lain tahap pendidikan ialah sebanyak 2 orang sahaja. Di samping itu juga, responden yang paling ramai memakai Plaster of Paris (POP), rata-ratanya adalah berasal dari daerah Seremban iaitu sebanyak

37

22 orang responden dan baki 8 orang responden tinggal di luar daerah Seremban. Keberkesanan pendidikan kesihatan ini mendapat keputusan yang baik mungkin kerana mereka berasal daripada daerah Seremban itu sendiri. Pengetahuan bagi mereka yang tinggal dan menetap di dalam daerah Seremban ini lebih baik jika dibandingkan dengan responden yang menetap di luar daerah Seremban kerana faktor masa untuk berulang daripada tempat kediaman mereka dan kawasan hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Berdasarkan kepada 30 orang responden yang telah menjawab borang soal selidik tersebut tentang adakah mereka tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Plaster of Paris (POP), 21 orang daripada mereka menjawab yang mereka tahu tentang Plaster of Paris (POP) manakala 9 orang pula menyatakan yang mereka tidak tahu tentang Plaster of Paris (POP). Ini berkemungkinan kebanyakan daripada mereka telah diberikan nasihat serta penerangan yang betul oleh kakitangan hospital selepas mereka dipasangkan dengan plaster ini. Berkenaan soalan tentang adakah mereka faham sepenuhnya mengenai penjagaan Plaster of Paris (POP), 21 orang menyatakan yang mereka faham dan 9 orang lagi menyatakan yang mereka tidak faham tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) ini dengan betul. Kebanyakan daripada responden ini faham tentang pendidikan kesihatan yang telah diberikan mungkin disebabkan oleh mereka tergolong di dalam kelompok orang-orang yang berpendidikan dan ini menyebabkan mereka mudah memahami akan nasihat yang diberikan oleh kakitangan perubatan di hospital.

38

Responden-responden ini juga kebanyakannya menyatakan bahawa mereka tahu bagaimana cara penjagaan Plaster of Paris (POP) dengan betul iaitu sebanyak 19 orang dan selebihnya menyatakan yang mereka tidak tahu menjaganya dengan betul. Kebiasaannya, mereka yang akan discaj dengan anggota yang berplaster akan diberikan pamplet serta nasihat tentang cara-cara bagaimana untuk menjaga anggota yang berplaster dengan betul. Oleh itu, apabila seseorang pesakit mempunyai tahap pendidikan yang tertentu, lebih mudah untuk mereka menguruskannya dengan cara yang betul dan efektif. Walaubagaimanapun, segelintir daripada 30 orang responden yang telah menjawab borang soal selidik ini mempunyai masalah pendidikan dan juga sikap sambil lewa mereka yang tidak mengendahkan kepada nasihat yang telah diberi oleh kakitangan perubatan di hospital dan menyebabkan anggota yang berplaster tidak sembuh dalam tempoh yang telah ditetapkan. Daripada hasil kajian juga telah mendapati bahawa 13 orang responden mendapatkan rawatan susulan bagi menjaga Plaster of Paris (POP) dengan betul. Ini adalah bilangan teramai yang mengetahui bagaimana untuk menjaga Plaster of Paris (POP) ini dengan betul. Kemungkinan mereka ini tinggal di kawasan daerah Seremban dan ini memudahkan mereka untuk menerima rawatan susulan bagi mempercepatkan proses penyembuhan bagi anggota yang berplaster. Di samping itu juga, 10 orang responden pula mengatakan mereka mengikut nasihat daripada kakitangan perubatan untuk menjaga Plaster of Paris (POP) ini. Rata-rata daripada mereka menyatakan bahawa mereka

39

mendapat nasihat daripada kenalan yang berkhidmat sebagai kakitangan hospital ataupun perubatan. Mereka juga kebanyakannya tinggal di luar daerah Seremban dan ini menyebabkan mereka gagal untuk menghadiri rawatan susulan oleh kerana faktor jarak, masa serta kos perjalanan dari tempat kediaman mereka ke hospital. Selain itu juga, 3 orang daripada 30 orang responden ini menyatakan bahawa mereka mendengar nasihat daripada orang perseorangan dan 3 orang pula menyatakan bahawa mereka menjaga Plaster of Paris (POP) ini dengan cara sendiri. Kebanyakan daripada mereka ini tinggal di luar daerah Seremban dan juga tidak mendapat pendidikan awal yang sempurna. Sebilangan kecil daripada mereka juga lebih mempercayai rawatan kampung ataupun tradisional. Ini mungkin disebabkan oleh pengaruh daripada rakan-rakan dan juga warga tua yang menasihatkan mereka supaya menjalani rawatan tradisional. Apabila ditanya perasaan serta tanggapan mereka apabila mereka perlu menggunakan Plaster of Paris (POP) ini, 11 orang daripada 30 responden menyatakan bahawa mereka selesa apabila dipasangkan dengan Plaster of Paris (POP) dan ini mungkin disebabkan oleh mereka beranggapan positif serta berfikiran terbuka dalam mempercepatkan serta memulihkan anggota yang menerima rawatan. Selain daripada itu, 9 orang pula beranggapan pemakaian Plaster of Paris (POP) ini sangat penting kepada mereka kerana kebanyakan daripada mereka adalah pekerja di sektor swasta dan kerajaan yang menyebabkan mereka tidak mahu mengambil cuti dengan lebih panjang bagi menyelesaikan kerja yang tertangguh selama mereka bercuti. Di samping itu, 6

40

orang daripada mereka mengatakan tidak selesa dengan pemakaian Plaster of Paris (POP) dan 4 orang pula mengatakan takut serta gelisah apabila dipasangkan dengan Plaster of Paris (POP). Rata-rata daripada mereka yang berasa tidak selesa dan juga takut dengan pemakaian Plaster of Paris (POP) ini adalah tergolong daripada mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan menyebabkan nasihat gagal diterima dengan baik oleh mereka. Berkenaan dengan soalan siapakah yang memberikan pendidikan kesihatan tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) semasa mereka di

hospital, 17 orang daripada mereka menyatakan bahawa mereka menerima nasihat atau pendidikan kesihatan daripada pembantu perubatan, 9 orang daripada pegawai perubatan atau doktor, 4 orang pula daripada jururawat dan tiada yang menerima nasihat daripada attendant. Ini menyebabkan pendidikan kesihatan diterima baik oleh pesakit kerana kakitangan terlatih seperti pembantu perubatan, doktor dan juga jururawat menyelia setiap seorang daripada mereka. Melalui soalan dalam bentuk media apakah yang diterima oleh pesakit dalam menerima pendidikan kesihatan daripada kakitangan perubatan di hospital, 15 orang mengatakan mereka menerima secara lisan, 9 orang pula menerima dalam bentuk pamplet. Kedua-dua bentuk medium ini menyebabkan responden dapat memahami dengan lebih jelas kerana kebanyakan daripada mereka berpendidikan dan ini memudahkan mereka untuk berinteraksi secara baik dengan kakitangan perubatan. Selain daripada itu, 4 orang pula menerima nasihat secara praktikal dan 2 orang pula menyatakan yang mereka menerima pendidikan kesihatan dalam bentuk media yang lain.

41

Lanjutan daripada soalan yang diajukan sebelum ini, adakah cara yang diberikan itu berkesan kepada mereka, 21 orang daripada mereka menyatakan bahawa cara tersebut berkesan oleh kerana bentuk media yang disampaikan adalah jelas dan tiada masalah dalam penerimaan mereka. 6 orang daripada mereka pula mengatakan bahawa mereka ragu-ragu dan tidak yakin dan ini mungkin disebabkan oleh nasihat yang diberikan kurang jelas serta tidak lengkap. 3 orang daripada mereka menyatakan bahawa cara yang diberikan tidak berkesan dan ini mungkin disebabkan oleh mereka tidak memahami akan media yang disampaikan kepada mereka oleh kerana mereka kurang pendidikan awalan. Apabila dikemukakan soalan tentang bagaimanakah sikap kakitangan perubatan ketika memberikan pendidikan kesihatan, kebanyakan responden menjawab kakitangan perubatan memberi pendidikan kesihatan dengan penuh beretika iaitu dengan 12 orang daripada 30 orang responden, 7 orang pula menyatakan bahawa kakitangan perubatan memberikan pendidikan kesihatan secara lemah-lembut dan 8 orang pula menyatakan kakitangan perubatan memberikan nasihat secara sopan-santun. Ini memberikan keputusan

keberkesanan tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) ini nyata berkesan sama sekali oleh kerana kebanyakan kakitangan perubatan ini dilatih serta diberikan kursus yang mencukupi. Selain daripada itu, ada diantara sikap kakitangan perubatan yang memberi nasihat dengan secara kasar dan 1 orang responden pula mengatakan lain-lain. Ini mungkin disebabkan oleh tekanan

42

emosi atau stress yang dialami oleh kakitangan perubatan ini semasa memberikan nasihat. Seramai 27 orang responden mengatakan bahawa mereka memberi tarikh untuk temujanji rawatan susulan dan 3 orang pula mengatakan mereka tidak diberikan rawatan susulan selepas discaj dari hospital. Perkara sebegini menguatkan serta menjadikan tahap keberkesanan tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) ini dipatuhi serta diikuti. Oleh yang demikian, secara tidak langsung manjadikan pendidikan kesihatan ini diterima baik oleh pesakit. Mereka juga menganggap rawatan susulan ini begitu penting kepada mereka. Ini dapat dibuktikan apabila daripada 30 orang responden ini, 24 orang telah menyatakan bahawa rawatan susulan ini amat penting untuk mereka. Ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor sikap yang begitu profesional di kalangan kakitangan perubatan ketika memberikan nasihat dan menjadikan mereka lebih yakin akan rawatan yang diberi. Di samping itu juga, 6 orang pula mengatakan rawatan susulan tidak begitu penting bagi mereka. Ini kerana mereka beranggapan mereka tidak yakin atau mempunyai perasaan takut dan tidak selesa selain faktor jarak serta kos untuk kembali hadir menerima rawatan susulan kerana ada diantara mereka tinggal jauh dari daerah Seremban. Setelah ditanya mengapakah rawatan susulan itu penting bagi mereka, 15 orang daripada mereka mengatakan bahawa rawatan susulan ini penting kerana ianya dapat mempercepatkan proses pemulihan pada anggota yang mengalami kecederaan. Selain daripada itu, 12 orang responden mengatakan bahawa mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyakit yang dihadapi.

43

Daripada kedua-dua jawapan ini, jelas menunjukkan mereka mengambil berat tentang penjagaan plaster. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kebanyakan mereka tidak mahu mengambil cuti terlalu lama bagi menyelsaikan kerja-kerja yang tertangguh ketika sedang bercuti. Ada juga sebilangan daripada mereka dengan 3 orang mengatakan bahawa hadir untuk rawatan susulan hanyalah untuk menukar plaster yang baru. Mungkin mereka ini tidak berapa peka atau faham tentang nasihat yang diberi semasa discaj dengan anggota yang berplaster dari hospital. Ini menjadikan pesakit mematuhi akan arahan yang dikeluarkan oleh pihak hospital dan menjadikan pendidikan kesihatan yang diberikan berkesan sama sekali. Menurut daripada soalan yang diajukan kepada pesakit tentang adakah mereka pernah mendapat rawatan tradisional tentang merawat anggota yang mengalami kecederaan atau kepatahan, 20 orang mengatakan bahawa mereka tidak pernah mendapatkan rawatan tradisional. Ini disebabkan oleh rata-rata daripada mereka mengalami kecederaan pada bahagian tulang buat pertama kali. Keadaan ini menjadikan kereka mengikuti akan arahan yang dikeluarkan oleh pihak hospital dengan cara yang betul serta tidak mengabaikan rawatan perubatan yang diberikan oleh pihak hospital. Oleh yang demikian, tahap keberkesanan pendidikan kesihatan ini menjadi lebih efektif serta dipatuhi dengan lebih baik. 10 orang pula mengatakan bahawa mereka pernah mendapatkan rawatan tradisional. Kebanyakan daripada mereka ini mengalami kecederaan berulang di mana mereka ini adalah dari golongan berusia remaja dan dewasa hingga tua. Kemungkinan sebelum ini mereka merasakan rawatan

44

secara tradisdional ini berkesan kepada mereka. Faktor usia menjadikan mereka ini mudah terpengaruh akan fahaman yang diterima oleh ahli-ahli perubatan hospital. Majoriti daripada 30 orang responden yang menjawab borang soal selidik ini menyatakan bahawa pemakaian serta penjagaan Plaster of Paris (POP) tidak membebankan mereka iaitu seramai 24 orang responden semuanya. Kemungkinan perasaan serta semangat untuk pulih menjadikan mereka mengatakan bahawa pemakaian serta penjagaannya tidak membebankan. 6 orang pula memberitahu bahawa pemakaian serta penjagaan Plaster of Paris (POP) ini membebankan dan menyusahkan bagi mereka. Akhir sekali, apabila diminta memberi pandangan adakah pemakaian dan penjagaan Plaster of Paris (POP) ini berkesan kepada rawatan yang diterima, rata-rata atau majoriti daripada mereka mengatakan bahawa kaedah rawatan seperti ini lebih berkesan berbanding dengan rawatan kepatahan dengan cara yang lama. Ini kerana apabila Plaster of Paris (POP) ini diplasterkan pada anggota yang tercedera, maka anggota tersebut tidak boleh lagi bergerak sehingga Plaster of Paris (POP) ini dibuka.

5.2 Kesimpulan Melalui hasil penyelidikan yang dilakukan, ianya menunjukkan bahawa pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian yang dijalankan ini

45

kebanyakannya

mempunyai

tahap

pengetahuan

dan

kefahaman

yang

mencukupi tentang cara penjagaan Plaster of Paris (POP) dengan betul. Ini menyebabkan pendidikan kesihatan tentang Plaster of Paris (POP) berkesan sama sekali kepada pesakit-pesakit di Hospital Seremban. Keadaan ini juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan hospital bagi kos memplaster. Di samping itu juga, ianya dapat memberikan rawatan kapada pesakit berkesan serta proses pemulihan anggota yang berplaster dapat dipulihkan pada masa yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, kakitangan hospital perlulah lebih peka untuk memainkan peranan yang lebih efektif dalam memberikan pendidikan kesihatan yang baik serta mengikut standard piawaian yang betul. Tahap keberkesanan pendidikan kesihatan tentang penjagaan Plaster of Paris (POP), pada masa penyelidikan ini dilakukan agak berada di tahap yang berkesan. Perkara ini juga telah disokong oleh Institute Medicine yang telah menyatakan bahawa pendidikan kesihatan adalah satu perhubungan dan komunikasi yang paling berkesan dalam memberikan kaedah rawatan yang terbaik. Keseluruhan daripada kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan daripada mereka yang menjawab borang soal selidik ini dapat menerima nasihat serta pendidikan kesihatan dengan baik. Di dalam penyelidikan ini, terdapat kelemahan serta masalah dalam memberikan pendidikan kesihatan oleh kerana sikap sesetengah pesakit yang enggan bekerjasama dengan kakitangan hospital. Segelintir daripada mereka juga tinggal di luar daripada daerah Seremban dan ini membuatkan mereka tidak dapat menghadiri rawatan susulan

46

pada masa yang telah ditetapkan. Tahap pendidikan serta pengetahuan mereka juga lemah dalam memahami nasihat serta pendidikan kesihatan yang diberikan oleh kakitangan perubatan di Hospital Seremban. Setelah dinilai daripada keputusan-keputusan dan hasil maklumat daripada penyelidikan yang telah dilakukan ke atas 30 orang responden, nyatalah bahawa di masa ini pendidikan kesihatan yang telah diberikan kepada pesakit tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) sangat berkesan. Ini dapat dibuktikan dengan data-data serta hasil penyelidikan yang dilakukan dalam kajian ini.

5.3 Cadangan

47

Cadangan-cadangan bagi mempertingkatkan lagi tahap keberkesanan pendidikan kesihatan tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) di kalangan pesakit dapat disimpulkan seperti di bawah:Pihak pengurusan hospital mestilah memainkan peranan dalam

memastikan semua kakitangan dilatih serta terlatih bagi memberikan sesuatu mesej atau maklumat kepada pesakit dengan sistematik serta berkualiti agar pesakit dapat lebih memahami tentang nasihat yang diberikan. Penekanan yang lebih serius perlu dilakukan oleh pegawai-pegawai kesihatan bagi memaksimumkan tahap keberkesanan pendidikan

kesihatan yang diberikan serta memberikan kesedaran kepada pesakitpesakit tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) dengan cara yang betul agar mereka ini tidak lagi datang ke hospital dengan plaster yang rosak serta tidak boleh digunakan lagi. Setiap pesakit serta kakitangan perubatan yang memberikan nasihat itu sendiri mestilah mempunyai sikap toleransi serta boleh bekerjasama di antara satu sama lain. Ini boleh menjadikan maklumat yang akan disampaikan oleh kakitangan perubatan diterima baik oleh pesakit. Untuk memantapkan lagi perkhidmatan pendidikan kesihatan yang diberi, pihak hospital perlulah mengadakan sebuah bilik khas dalam memberikan sesi kaunseling kepada pesakit agar mereka dapat memahami dan menimba ilmu pengetahuan tentang Plaster of Paris (POP) dengan lebih jelas dan nyata.

48

6.0 RUJUKAN

49

1. Morgan, Susan. Plaster Casting : Patient Problems and Nursing Care. New York : Oxford, 1989.

2. Hull and Smith. The Patient Outside Hospital. Fracture Magazine 1984 7-11.

3. Hopps and Redman. The Process of Patient Teaching in Nursing. Englewood Cliffs : Prentice, 1983.

4. J.D.M, Stewart and J.P Hallett. Journal of Advanced Nursing (1988) : 9198.

5. Sarren and B. Eriksson. Journal of Orthopedics Appliances in Plaster Casts (1988) : 62.

50