Anda di halaman 1dari 63

MENGENALPASTI PUNCA YANG MENYEBABKAN KEJADIAN

MEROKOK DIKALANGAN PELATIH PEMBANTU PERUBATAN KOLEJ


SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU SABAH
DISAMPING MENILAI TAHAP KESEDARAN MEREKA TERHADAP
KEBURUKAN TABIAT MEROKOK.

ELVICKER EMIN

UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT KURSUS


DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU, KOTA KINABALU SABAH

2012
"Everything is permissible for me—but not everything is beneficial. Everything
is permissible for me—but I will not be mastered by anything"

………. 1 Corinthians 6:12


DEDIKASI

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan kekuatan rahmat
dan izinnya maka terhasillah laporan kajian ini yang menemui titisan ayat terakhir.

Khas buat,
Ayahanda & Bondaku yang tercinta

Emin Laug & Dansiam Sulug

Kesabaran dan ketabahanmu membesarkanku tanpa mengenal erti susah

Tiada kata-kata yang mampu menafsir…

Menafsir segala pengorbananmu

Doa dan nasihatmu menjadi sumber inspirasi perjuangan ku

Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku lafazkan.

Kekanda yang disayangi,


Semangat dan dorongan yang diberikan semua amat kuhargai

Terima Kasih untuk segalanya

Sahabat Seperjuangan,
Sumbangan kalian, jasa kalian & pengorbanan kalian…

Akan kuabadikan…Bersama kita menegakkan

Apa yang sebenarnnya kita perlu tegakkan

PENGHARGAAN
Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Yang Maha Esa yang telah memberikan kita ilmu
kebenaran dan yang telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
penyelia iaitu Encik Segaran Ramodran di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan
dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang telah diberikan itu sangat berguna dan telah
membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan juga kepada Encik
Johari Daud selaku mentor yang telah bertungkus-lumus untuk memberikan ilmu dan
pengetahuan sepanjang kajian ini dijalankan.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak pengajar, clinical instructor dan para Pelatih
Pembantu Perubatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu ambilan Januari 2010
kerana telah memberikan kerjasama yang baik dan padu dalam kajian ini serta rakan-rakan
seperjuangan yang telah banyak memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta
idea-idea bernas.

Akhir sekali buat bonda, ayahanda dan keluarga tersayang, doa restu dan dorongan kalian
amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati dan dapat dimanfaatkan.

Sekian, terima kasih.

Elvicker Emin.

ABSTRAK
Tajuk : Kajian tentang punca yang menyebabkan kejadian merokok dikalangan Pelatih
Pembantu Perubatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu Sabah disamping
menilai tahap kesedaran mereka terhadap keburukan tabiat merokok

Pada marcapada ini yang ditenggelami oleh transformasi pemodenan, isu rokok dan merokok
sebenarnya merupakan masalah global yang telah dihadapi oleh masyarakat dunia sejak
beberapa tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Masalah tabiat merokok ini merupakan satu
perkara yang menular dikalangan pelajar Kolej Sains Kesihatan Bersekutu walaupun pelbagai
program dan peraturan telah diperkenalkan bagi menangkis tabiat ini.

Objektif : Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji punca penyebab kejadian merokok
dikalangan Pelatih Pembantu Perubatan yang sedang menuntut di Kolej Sains Kesihatan
Bersekutu, Kota Kinabalu. Di samping itu, tahap kesedaran terhadap keburukan merokok
turut dikaji.

Metodologi : Terdapat 30 orang responden yang terlibat sepanjang kajian ini dijalankan.
Kesemua soal selidik dalam kajian ini dicipta sendiri oleh pengkaji. Borang soal selidik ini
terbahagi kepada 3 bahagian . Bahagian A merupakan latarbelakang responden sementara
bahagian B pula berkaitan dengan faktor-faktor yang menjadi punca kepada kejadian
merokok dikalangan responden yang terbahagi kepada empat aspek utama iaitu dari segi
faktor psikologikal, faktor persekitaran, faktor sosial dan juga faktor personaliti. Pengkaji
telah menganalisis data dengan menggunakan kaedah deskriptif iaitu asas peratusan.

Penemuan : Secara keseluruhan dapatan turut menunjukkan78.33% responden menyatakan


punca merokok disebabkan oleh faktor psikologikal, 74.43% disebabkan oleh faktor
persekitaran, 76.68% disebabkan oleh faktor sosial dan 55.83% disebabkan oleh faktor
personaliti. Dapatan ini jua mendapati bahawa faktor personaliti iaitu kurang pengetahuan
terhadap merokok dan faktor persekitaran iaitu ikatan kekeluargaan yang renggang tidak
menyumbang kepada permasalahan ini.

Rumusan : Walaupun demikian, peratusan tahap kesedaran responden dalam kajian ini
adalah pada tahap yang tinggi iaitu dengan peratusan keseluruhan sebanyak 80%. Sebagai
cadangan untuk kajian lanjutan bolehlah difokuskan kepada faktor dalaman pelatih sendiri
yang lebih mendorong mereka untuk merokok.
ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT


Tajuk i
Dedikasi ii
Penghargaan iii
Abstrak iv
Isi Kandungan v

BAB 1 PENGENALAN
Latar Belakang 1
Penyataan Masalah 2
Justifikasi Kajian 3
Objektif Kajian 4

BAB 2 SOROTAN PENULISAN


Kajian Semula 5
Carta Buih 6

BAB 3 METODOLOGI
Pengenalan 9
Rekabentuk Kajian 9
Protokol Etika 10
Tempoh Kajian 10
Tempat Kajian 10
Populasi & Saiz Sampel 10
Kriteria Pemilihan Sampel 11
Instrumen 11
Kajian Perintis 11
Cara Pengumpulan Maklumat 12
Cara Penganalisaan Data 12

BAB 4 PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA


Pengenalan 12
Sosiodemografi responden 13
Faktor-Faktor Penyebab Kejadian Merokok 16
Tahap Kesedaran Responden 31

BAB 5 PERBINCANGAN
Pengenalan 36
Sosiodemografi Responden 36
Punca Penyebab Kejadian Merokok 37
Tahap Kesedaran Responden 42
Cadangan 42
Limitasi Kajian 44
Kesimpulan 45
Rujukan 46

APPENDIKS
Proposal Kajian Lampiran A
Surat Kelulusan Kolej Lampiran A
Surat Kebenaran Responden Lampiran B
Borang Kaji Selidik Lampiran C
Data Score Sheet Lampiran D
Gantt Chart Lampiran E
BAB 1 : PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG

Pada marcapada ini yang ditenggelami oleh transformasi pemodenan, isu rokok dan merokok
sebenarnya merupakan masalah global yang telah dihadapi oleh masyarakat dunia sejak
beberapa tahun yang lalu sehinggalah ke hari ni. Masalah tabiat merokok ini merupakan satu
perkara yang amat sukar untuk diatasi walaupun pelbagai peraturan dan undang-undang telah
diperkenalkan bagi menyekat tabiat ini. Ramai orang menyedari akan bahayanya merokok.
Di kotak-kotak rokok telah pun dibuat amaran dan ingatan betapa bahayanya merokok itu
tetapi bilangan perokok terus sahaja bertambah yang mana melibatkan berbagai-bagai lapisan
masyarakat terutama golongan remaja dan dewasa.

Menurut Kamus Dewan (2005), rokok bermaksud tembakau yang digulung di dalam daun
nipah, kertas dan sebagainya. Tembakau mengandungi bahan nikotin, tar (candu), dan karbon
monoksida yang merangsang saraf dan meredakan ketegangan perasaan (Sufean et al, 2004).
Ketiga-tiga bahan ini amat merbahaya kepada kesihatan tubuh badan. Masyarakat
menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup iaitu ukuran status kedewasaan,
keranggian, kematian dan kesediaan memikul tanggungjawab (Sufean et al; 2004).

Pelbagai kempen telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencegah golongan remaja dan dewasa
daripada terjebak kedalam tabiat merokok. Kempen ini dijalankan sama ada melalui media
cetak, media elektronik ataupun penyebaran poster. Hal ini menunjukkan betapa seriusnya
masalah merokok dikalangan remaja sekarang. Golongan remaja dan juga dewasa merokok
tanpa menghiraukan papan tanda larangan merokok sama ada di institusi pengajian atau di
tempat awam. Tabiat ini wajar dihentikan bagi membentuk golongan remaja dan dewasa
yang sihat demi untuk pembangunan negara pada masa akan datang.

Perokok sentiasa mempertahankan kepercayaan bahawa merokok mempunyai kebaikannya


tersendiri seperti tumpuan perhatian yang lebih baik, keupayaan berfikir yang lebih tajam,
boleh mengurangkan tekanan, ketegangan, dan berasa lebih tenteram. Griesar (2002), melalui
kajian klinikal mereka mendapati bahawa perokok memang boleh memberi ketenangan dan
mengurangkan tekanan.
1.2 JUSTIFIKASI KAJIAN

Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras dengan
kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokan dengan gejala merokok
yang membimbangkan. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam
Modul Berhenti Merokok (2001) membuktikan 20 peratus perokok di Malaysia terdiri
daripada golongan remaja dan statistik ini meningkat setiap tahun. Hal ini dapat dilihat
bahawa gejala merokok di Malaysia adalah sangat serius dan berada di tahap yang
membimbangkan.

Kajian ini dijalankan bukan untuk satu kajian semata-mata tetapi untuk mengetahui punca
utama kejadian merokok seterusnya mencadangkan langkah-langkah relevan yang boleh
dipraktikan bersama untuk mencegah tabiat merokok daripada kian berleluasa. Dari segi kos,
sememangnya merokok ini menjejaskan ekonomi Negara dimana kerajaan terpaksa
mengeluarkan dana beribu-ribu ringgit untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh rokok
seperti kanser paru-paru, angina ahmar, serangan jantung dan banyak lagi penyakit lain yang
memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Selain itu, ia juga menyebabkan imej Negara terjejas akibat tabiat merokok yang kian
meningkat. Hal ini boleh terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab yang diamalkan oleh
perokok dimana mereka dengan sesuka hati membuang puntung rokok di merata tempat dan
selanjutnya tanpa segan silu merokok di khalayak orang awam tanpa memikirkan kesan
sampingan dan keburukan yang boleh berlaku kepada orang sekeliling dan juga kepada
kebersihan persekitaran. Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang timbul akibat daripada
tabiat merokok dan hal ini seharusnya disedari oleh orang ramai apatah lagi bagi mereka yang
berpendidikan tinggi dan bekerja di dalam bidang kesihatan.

Dalam kajian ini, tabiat merokok ini sepatutnya tidak hadir dalam kalangan Pelatih Pembantu
Perubatan khusunya memandangkan mereka merupakan generasi yang bakal berkhidmat
kepada masyarakat dan akan memberikan rawatan serta pendidikan kesihatan yang banyak
kepada pesakit. Sememangnya pesakit atau orang lain tidak akan yakin dengan mereka
memandangkan mereka juga melakukan hal yang sama iaitu melakukan tabiat yang boleh
menjejaskan kesihatan.
1.3 PENYATAAN MASALAH

Tabiat merokok boleh memudaratkan kesihatan. Rokok telah dianggap satu-satunya punca
kematian utama yang boleh dielakkan pada masa kini. Perangkaan di peringkat antarabangsa
menunjukkan terdapat 1.1 bilion perokok di seluruh dunia dan mengakibatkan kematian kira-
kira empat juta orang setahun atau satu kematian bagi setiap lapan saat. Di Malaysia pula,
terdapat kira-kira 10, 000 kematian setiap tahun yang dikaitkan dengan amalan merokok dan
kadar tersebut semakin membimbangkan berdasarkan peningkatan kes. Jumlah tersebut
menggambarkan terdapat 38 kematian setiap hari atau 1.2 kematian setiap jam berpunca
daripada amalan merokok (Utusan Malaysia, 11 Februari 2004).

Kempen “Tak Nak” yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi pada Februari 2004 melibatkan perbelanjaan berjumlah RM20 juta bagi menyebarkan
penyelidikan anti-merokok dalam tempoh lima tahun. Beliau telah menandatangani Rangka
Kerja Konvensyen Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) pertubuhan Kesihatan Sedunia di
New York yang mana melibatkan persetujuan untuk melarang penyiaran, promosi dan
penajaan berkaitaan tembakau melalui radio, televisyen, media cetak dan internet selama lima
tahun. Selain itu, semua acara dan kegiatan antarabangsa tidak dibenarkan untuk ditaja oleh
syarikat tembakau (Utsusan Malaysia, 14 November 2005).

Ini adalah satu langkah bijak kerana pengiklanan rokok mempengaruhi golongan kanak-
kanak, remaja dan dewasa untuk merokok. Tambahan pula, syarikat-syarikat rokok
mensasarkan golongan ini kerana mereka mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan yang
memaparkan gaya hidup bergaya dan hebat.

Walaupun terdapat sesetengah pihak beranggapan merokok ini tidak memberikan apa-apa
kesan negatif kepada perokok atau orang lain, namun anggapan ini sememangnya tidak tepat
kerana telah terbukti rokok membawa banyak implikasi negatif. Implikasi negatif ini bukan
sahaja kepada perokok malah masyarakat dan kerajaan turut menanggung beban
keburukannya.
Jika dilihat dari konteks Pelatih Pembantu Perubatan, perbuatan merokok ini banyak berkait
rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan dan sebagainya. Memandangkan para Pelatih
Pembantu Perubatan merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan perkhidmatan
rawatan dan kesihatan sama ada di hospital ataupun klinik, maka mereka perlulah
menghindarkan diri daripada perbuatan negatif ini bermula dari peringkat awal lagi.

Oleh yang demikian, keadaan ini menimbulkan minat kepada pengkaji untuk melakukan
kajian di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu, Sabah bagi meninjau punca
merokok dari aspek faktor sosial, persekitaran, personaliti, dan psikologikal disamping
menilai tahap kesedaran mereka terhadap keburukan, bahaya atau risiko merokok kepada
seseorang individu sebagai satu sumbangan kepada pembangunan masyarakat yang lebih
sihat, produktif serta mencegah kepada berleluasanya gejala tidak sihat ini.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1 OBJEKTIF UMUM

 Mengenalpasti punca kejadian merokok di kalangan Pelatih Pembantu Perubatan


disamping menilai tahap kesedaran mereka terhadap keburukan tabiat merokok.

1.4.2 OBJEKTIF KHUSUS

 Mengenal pasti sosio-demografi responden.


 Mengenal pasti faktor-faktor utama yang mendorong kepada kejadian merokok di
kalangan Pelatih Pembantu Perubatan.
 Menilai tahap kesedaran Pelatih Pembantu Perubatan terhadap keburukan merokok.
 Mencari langkah-langkah atau saranan yang relevan untuk menangani masalah
kejadian merokok.
BAB 2 : SOROTAN PENULISAN

2.1 KAJIAN SEMULA

Tabiat merokok yang semakin berleluasa semakin menjadi-jadi pada masa kini dikalangan
golongan deawasa. Dalam kajian ini ia lebih tertumpu kepada golongan Pelatih Pembantu
Perubatan yang kelihatannya semakin meningkat dalam penglibatan merokok. Hal ini
merupakan fenomena yang hendak dikaji dengan lebih mendalam lagi bagi mengesahkan
ianya benar-benar berlaku dan mengenal pasti penyebab-penyebab utama kejadian merokok.

Terdapat pelbagai definisi yang telah dilontarkan mengenai tabiat merokok. Sebagai contoh,
ada yang mengatakan seseorang itu merokok tetapi bukan perokok tetap, National Drug
Strategy Household Survey (AIHW, 2003). Sebaliknya beberapa pembelajaran lain
mengatakan istilah ‘tidak pernah merokok’ merujuk kepada mereka yang ‘tidak menyedut
asap rokok’ (White & Szabo, 2002). Sesetengah juga mendefinisikan tabiat merokok
berdasarkan kepada kekerapan merokok (contohnya, setiap hari, mingguan, bulanan dan lain-
lain lagi, von Bothmer, Mattsson, & Fridlund, 2002; White & Hayman, 2004a), jumlah rokok
yang dihisap sehari ( Okuyemi et al, 2002), dan jumlah rokok yang dihisap seumur hidup
( AIHW, 2003; White & Szabo 2002).
Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan antara 50 hingga 60 remaja memulakan
tabiat merokok setiap hari dimana sebahagian besar daripada mereka akan menjadi penagih
merokok apabila meningkat dewasa dengan setiap seorang akan membelanjakan RM5,544
setahun untuk membeli rokok, pemetik api, kos rawatan penyakit dan membaiki barang yang
rosak setiap hari akibat rokok. Kos ini dikira berdasarkan seorang yang menghisap 20 batang
rokok yang berharga RM5.40 sekotak sehari (Mingguan Malaysia, 4 Julai 2004). Ini adalah
satu pembaziran yang ketara dan tentunya akan meningkat bergantung kepada harga dan
jumlah rokok yang dihisap setiap hari.

Hal yang paling membimbangkan ialah rokok juga membawa kepada ketagihan dadah.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Merokok dan Kesihatan (ASH), Persatuan
Perubatan Malaysia (MMA), Prof Madya Dr. Lekhraj Rampal, perkara ini perlu diberi
perhatian serius kerana kebanyakan penagih bermula dengan rokok sebelum beralih kepada
dadah.
Beliau menyarankan kerajaan melaksanakan kempen “Tak Nak Kepada Rokok” secara
agresif dengan menjadikan golongan kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah dan university
sebagai sasaran utama kempen tersebut. Ini kerana jika tidak dibendung lebih awal adalah
tidak mustahil golongan tersebut boleh terjerumus ke kancah penagihan dadah. Oleh itu
adalah penting golongan ini diberi maklumat dan penerangan yang jelas tentang bahaya
merokok kerana percubaan mereka boleh menyebabkan ketagihan yang sukar diubati (Utusan
Malaysia, 14 November, 2004).

Tabiat merokok ini sememangnya didorong oleh beberapa faktor utama yang menjadi punca
kepada kejadian tabiat merokok seterusnya menyebabkan ketagihan kepada seseorang
individu tersebut.

Ikatan
Naluri ingin kekeluargaan
mencuba yang
renggang

Untuk Faktor Untuk


keseronokan
Psikologikal
membuktikan
kedewasaan Senanag Faktor Mudah
dibeli Persekitaran diperolehi

Berkiran
positif kepada
merokok
-

PUNCA-
PUNCA
PENYEBAB
MEROKOK
Pengaruh Lemah jati diri
rakan
sebaya

Contohi
keluarga Faktor Sahut
cabaran
Pegangan
agama tidak
Faktor Boleh
mengurangkan
yang
merokok
Sosial rakan kukuh Personaliti tekanan

Ibu bapa
tidak
Kurang
melarang pengetahuan
merokok

Carta Buih : Huraian faktor-faktor penyebab kejadian merokok.


Seperti yang ditunjukkan dalam Carta Buih, antara faktor-faktor utama yang mendorong
kepada kejadian merokok adalah seperti berikut;

2.1a) Faktor Psikologikal

Faktor psikologikal merupakan salah satu pendorong kepada kejadian merokok dimana ia
boleh dibahagikan kepada pecahan kecil seperti naluri ingin mencuba, untuk membuktikan
kedewasaan, untuk keseronokan dan juga sikap positif terhadap tabiat merokok. Dalam hal
membuktikan kedewasaan ia turut terdapat dalam (Mayhew et al.,2000; Rugkasa et al., 2001)
yang mengatakan seseorang individu itu telah dewasa dan telah membesar serta menganggap
merokok itu boleh dilakukan apabila mereka berada dalam zon kedewasaan. Mempunyai
sikap postitif terhadap merokok dan merokok turut menjadi punca kejadian merokok dan ini
dikatakan oleh (Buller et al.,2003; Conrad et al.,1992; Derzon & Lipsey, 1999; Tyas &
Pederson,1998; US Department of Health and Human Services, 1994; Zapata et al., 2004).
(Leventhal & Cleary, 1980; Mayhew et al.2000; Shadel, Shiffman Niaura, Nichter, &
Abrams, 2000), turut mengatakan bahawa perasaan seronok untuk merokok serta
beranggapan merokok itu membolehkan mereka dilihat sebagai lelaki sejati turut menjadi
punca kepada kejadian merokok.

2.1b) Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran juga merupakan pendorong kepada kejadian merokok. (Zapata et al.,2004
) mengatakan bahawa rokok yang mudah didapati telah menjadi punca kepada kejadian
merokok pada masa kini. Conrad et al literature review (1992) juga menyokong bahawa
keberadaan rokok yang berlambak dimana-mana sahaja juga menjadi punca kejadian
merokok. Turut dikatakan mengenai rokok yang senang dibeli atau harga yang murah dan
boleh ditanggung juga boleh menjadi punca merokok. ( Tyas & Pederson, 1998 ) turut
mengatakan bahawa hubungan kekeluargaan yang yang tidak erat atau renggang diantara
kanak-kanak dengan ibu bapa menyumbang besar kepada peningkatan kejadian merokok.
2.1c).Faktor Sosial

Di samping itu, faktor sosial turut menyumbang kepada punca kejadian merokok. White &
Hayman, 2004b, telah menyatakan bahawa punca merokok itu turut disebabkan oleh
pemberian rokok daripada rakan sebaya yang kerap dan begitu mudah sekali. Sasco &
Kleihus 1999, pula mendapati bahawa ibu bapa yang merokok membawa pengaruh besar
kepada kejadian merokok terhadap anak-anak mereka dimana mereka dianggap sebagai idola
dan seterusnya menganggap perbuatan merokok itu wajar. US Department of Health and
Human Services, 1994 juga menyatakan bahawa ibu bapa yang tidak melarang anak-anak
mereka daripada merokok menyebabkan kepada kejadian merokok yang semakin meningkat.
Pendedahan kepada sikap merokok yang positif dari ibu bapa sebagai model kepada anak-
anak turut menyumbang kepada kejadian merokok (Darling & Cumsille, 2003). Adik-beradik
yang merokok juga telah menjadi faktor kepada kejadian merokok dan telah dinyatakan
dalam ( Tyas & Pederson, 1998;US Department of Health and Human Services, 1994).

2.1d) Faktor Personaliti

Di samping itu juga, faktor personaliti turut menjadi punca kepada kejadian merokok.
Siqueira et al, 2000 menyatakan bahawa kejadian merokok itu juga disebabkan oleh masalah
tekanan yang dialami dimana golongan dewasa muda menggunakan rokok untuk melepaskan
diri dari masalah tersebut dan mengatakan itu akan memberikan mereka ketenangan. Hal ini
turut disokong oleh ( CASA,2003 ) dan ( Tyas & Pederson, 1998 ). Lemah jati diri turut
menyebabkan kepada kejadian merokok ( Sasco & Kleihus 1999; Scal et al 2003 ). CASA
Study 2003, juga menyatakan bahawa golongan remaja dan dewasa yang tidak melibatkan
diri kepada kepercayaan agama turut mudah terjebak kepada gejala merokok. Selain itu,
pengetahuan yang kurang tentang risiko merokok juga menjadi penyumbang kepada
permasalahan merokok (Leventhal & Cleary 1980; Mayhew et al 2000).
BAB 3 : METODOLOGI

PENGENALAN

Penyelidikan kajian seperti ini memerlukan satu perancangan serta persembahan data yang
mudah serta efektif bagi memperolehi semua maklumat yang lebih tepat dan jelas berkaitan
dengan punca kejadian merokok dikalangan Pelatih Pembantu Perubatan. Maklumat dan
sumber yang penting haruslah diperolehi bagi membolehkan sesuatu penyelidikan kajian itu
dijalankan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang berasas contohnya mempunyai
sampel kajian, rujukan dan juga data-data yang tepat. Untuk membolehkan kajian ini berjalan
dengan lancar, beberapa kaedah telah digunakan untuk tujuan pengumpulan dan
penganalisaan data.

REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini melibatkan pendekatan kepada generasi yang bakal bekerja dalam bidang
kesihatan sahaja. Maklumat yang diberi oleh responden adalah berbentuk demografi dimana
maklumat itu terhasil daripada jawapan maklumbalas responden itu sendiri. Questionaire
adalah rekabentuk kajian yang telah digunakan dalam kajian ini dimana ianya berbentuk
soalan temuramah. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah deskriptif. Penyelidik akan
mereka sendiri borang soal selidik dan seterusnya diedarkan kepada responden kajian dimana
penyelidikan dilakukan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu Sabah.

Rekabentuk soalan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A, B, dan C. Bahagian A


merupakan soalan yang tertumpu kepada sosiodemografi responden. Bahagian B pula
merupakan soalan yang berkaitan tentang faktor-faktor yang menyebabkan kejadian merokok
di kalangan responden. Manakala Bahagian C pula berkaitan dengan tahap kesedaran
responden kepada keburukan tabiat merokok. Kesemua soalan Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C merupakan soalan berbentuk Closed-Ended, dimana responden hanya perlu
memilih jawapan yang mereka inginkan.
PROTOKOL ETIKA

Pengesahan dari pihak Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu perlu dilakukan
untuk mendapatkan kelulusan sebelum menjalankan kajian ini. Seterusnya kebenaran dari
setiap responden yang terlibat pula harus dilakukan untuk memudahkan proses perjalanan
kajian disamping boleh mendapatkan kerjasama yang baik serta memuaskan dari responden
semasa menjawab borang soal selidik. (Sila lihat lampiran)

TEMPOH KAJIAN

Kajian ini dijalankan dalam tempoh masa selama lapan bulan dimana terdapat dua fasa kajian
dijalankan iaitu fasa pertama adalah dijalankan semasa semester lima dan merangkumi Bab 1
hingga ke Bab 3 manakala fasa kedua dijalankan pada semester enam sebagai sambungan
kepada kajian sebelumnya yang tertumpu kepada penemuan dan analisis data seterusnya
kepada perbincangan dan cadangan-cadangan yang relevan tentang kajian. Sila rujuk
lampiran (Gantt chart) yang telah disediakan.

TEMPAT KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu dimana tempat para
responden menjalani pembelajaran dan latihan sebagai Pelatih Pembantu Perubatan.

POPULASI DAN SAIZ SAMPEL

Kajian ini dilakukan keatas Pelatih Pembantu Perubatan yang sedang menuntut di Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu. Bilangan populasi pelatih di kolej ini adalah sekitar 450
orang namun hanya 30 orang sampel yang diperlukan dalam kajian ini dan kesemua mereka
adalah pelatih yang menuntut dalam semester terakhir.
KRITERIA PEMILIHAN SAMPEL

Dalam menjalankan kajian ini, pemilihan sampel berdasakan kepada beberapa kriteria iaitu;

i. Responden yang mengamalkan tabiat merokok bagi memenuhi objektif kajian.


ii. Responden yang berada dalam semester terakhir untuk memudahkan kelancaran
perjalanan kajian dijalankan.
iii. Responden yang memberikan kebenaran (consent form) semasa kajian dilakukan.

INSTRUMEN

Instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Borang soal
selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A berkaitan
dengan maklumat sosiodemografi responden sementara Bahagian B pula berkaitan faktor
penyebab kejadian merokok di kalangan responden. Manakala Bahagian C berkaitan dengan
tahap kesedaran responden mengenai keburukan merokok.

KAJIAN PERINTIS

Dalam pembuatan borang soal selidik, satu set soalan akan diberikan kepada mentor untuk
semakan sama ada soalan tersebut bersesuaian dengan tajuk penyelidikan atau tidak sebelum
ianya diedarkan kepada responden sebenar. Borang ini boleh diedarkan kepada responden
untuk tujuan soal selidik apabila semakan terperinci telah dibuat oleh mentor serta kelulusan
juga telah diberikan. Dalam hal ini beberapa penguabahsuaian kecil telah dibuat berdasarkan
semakan yang telah dibuat oleh mentor bagi memastikan keberkesanan borang soal selidik ini
serta menjelaskan istilah-istilah yang kurang difahami. Hasil daripada kajian ini maka terhasil
lah satu set borang soal selidik seperti di lampiran. (Sila rujuk lampiran)
CARA PENGUMPULAN DATA

Penyelidik terlebih dahulu memberi penerangan kepada semua Pelatih Pembantu Perubatan
yang berada dalam semester terakhir mengenai perihal dan matlamat kajian ini dijalankan.
Seterusnya penyelidik meminta kerjasama daripada 30 orang sukarelawan yang merokok
untuk memberi kebenaran menjadi responden dan menjawab borang soal selidik yang telah
disediakan dalam tempoh yang ditetapkan. Borang soal selidik yang telah lengkap diisi akan
dikumpulkan semula dengan cara responden akan menghantar borang soal selidik kepada
pengkaji ataupun pengkaji sendiri akan mengutip borang tersebut setelah tempoh yang
diperuntukkan tamat untuk mendapatkan dan mengumpulkan maklumat yang diperlukan.

CARA PENGANALISAAN DATA

Maklumat dan data yang telah diperolehi daripada responden hasil dari pengedaran borang
soal selidik akan disemak dan dikumpulkan untuk melalui proses penganalisaan.
Penganalisaan data ini dilakukan dengan bantuan Microsoft Excel dan seterusnya akan
dipersembahkan melalui bantuan carta pai, carta bar, carta palang, jadual dan lain-lain lagi
untuk tujuan perbandingan peratusan data yang telah dianalisis. Kaedah ini digunakan kerana
ianya mudah difahami dan tidak rumit untuk melakukan proses penganalisaan data.

BAB 4 : PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

PENGENALAN

Dapatan kajian ini merupakan data-data dan maklumat yang diperolehi daripada keseluruhan
responden hasil daripada borang soal selidik yang telah diedarkan. Dalam bahagian ini semua
data yang diperolehi akan dianalisis melalui bantuan Microsost Excel 2010 dan akan
ditunjukkan melalui carta pai dan graf palang dimana menggunakan asas peratusan terhadap
semua data responden. Data dipersembahkan sedemikian untuk memberikan gambaran yang
lebih jelas dan mudah difahami terhadap dapatan kajian yang dilakukan oleh pengkaji.

4.1 SOSIODEMOGRAFI RESPONDEN


4.1.1 UMUR

(Saiz Sample = 30)

10%
20%

Pecahan Umur

19 - 21 tahun, n=6

22 - 26 tahun, n=21

27 - 30 tahun, n=3

70%

RAJAH 1

Rajah 1 menunjukkan peratusan umur responden yang mengamalkan tabiat merokok dalam

kajian ini. Dalam carta diatas, dapat dilihat bahawa responden yang berumur diantara 22 – 26

tahun iaitu 21 orang dan bersamaan dengan 70% merupakan pendominasi perokok yang

paling tinggi diikuti dengan responden yang berumur diantara 19 – 21 tahun iaitu 6 orang

bersamaan dengan 20%.

Manakala responden yang berumur diantara 27 – 30 tahun mencatat bilangan terendah iaitu 3

orang bersamaan dengan 10%.

4.1.2 TEMPOH MASA MENGAMALKAN TABIAT MEROKOK


(Saiz Sampel = 30)

20%
27%

Pecahan Umur

0 - 2 tahun, n=8

3 - 5 tahun, n=16

6 - 10 tahun, n=6

53%

RAJAH 2

Rajah 2 menunjukkan peratusan tempoh masa telah mengamalkan tabiat merokok dikalangan

responden dalam kajian ini. Seramai 16 orang responden iaitu bersamaan dengan 53% telah

mula merokok sejak 3 – 5 tahun yang lalu serta mencatat indeks tertinggi. Sementara itu,

sebanyak 8 orang responden iaitu bersamaan dengan 27% telah mula merokok sejak 0 – 2

tahun yang lalu. Manakala hanya 6 orang responden iaitu bersamaan dengan 20% yang telah

mula merokok semenjak 6 – 10 tahun yang lalu.

4.1.3 TAHAP PENDIDIKAN


(Saiz Sampel = 30)

10%

Pecahan Umur
23%

SPM/Sijil, n=20

Diploma, n=7
67%
Ijazah Sarjana Muda, n=3

RAJAH 3

Rajah 3 menunjukkan peratusan tahap pendidikan responden yang terlibat dalam kajian ini.

Tahap pendidikan bertaraf Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil menjadi penyumbang tertinggi

seramai 20 orang iaitu bersamaan dengan 67% dalam kajian ini. Seterusnya diikuti oleh tahap

pendidikan bertaraf Diploma sebanyak 7 orang iaitu bersamaan dengan 23% dan tahap

pendidikan bertaraf Ijazah Sarjana Muda mencatatkan bilangan terendah sebanyak 3 orang

iaitu bersamaan dengan 10%.

4.2 FAKTOR PENYEBAB KEJADIAN MEROKOK DIKALANGAN RESPONDEN


4.2.1 FAKTOR PSIKOLOGIKAL

4.2.1.1 NALURI INGIN MENCUBA

(Saiz Sampel = 30)


80.00%
73.30%
70.00%

60.00%

50.00%
PERATUSAN FAKTOR NALURI
40.00% INGIN MENCUBA

30.00% 26.70%

20.00%

10.00%

0.00%
YA, (n=22) TIDAK, (n=8)

RAJAH 4

Rajah 4 menunjukkan peratusan faktor psikologikal dari segi naluri ingin mencuba terhadap

punca kejadian merokok dikalangan responden. Peratusan responden yang bersetuju faktor

diatas menjadi punca kejadian merokok adalah 73.3% iaitu 22 orang responden manakala

26.7% iaitu 8 orang responden tidak bersetuju dengan faktor di atas.

4.2.1.2 INGIN BUKTIKAN KEDEWASAAN


(Saiz Sampel = 30)

100.00%
90.00% 86.70%
80.00%
70.00%
60.00%
50.00%
40.00%
30.00%
20.00% 13.30%
10.00%
0.00%
YA, (n=26) TIDAK, (n=4)

RAJAH 5

Rajah 5 menunjukkan peratusan faktor psikologikal dari segi ingin membuktikan kedewasaan

terhadap kejadian merokok dikalangan responden. 86.7% iaitu 26 orang responden bersetuju

terhadap faktor diatas sementara 13.3% iaitu 4 orang responden tidak bersetuju dengan faktor

di atas.

4.2.1.3 UNTUK KESERONOKAN


(Saiz Sampel = 30)
90.00%
83.30%
80.00%

70.00%

60.00%

50.00% PERATUSAN FAKTOR UNTUK


KESERONOKAN
40.00%

30.00%

20.00% 16.70%

10.00%

0.00%
YA, (n=25) TIDAK, (n=5)

RAJAH 6

Rajah 6 menunjukkan peratusan faktor psikologikal dari segi keseronokan terhadap punca

kejadian merokok dikalangan responden. Sebanyak 83.3% iaitu 25 orang responden bersetuju

manakala 16.7% iaitu 5 orang responden menolak kenyataan di atas.

4.2.1.4 BERFIKIRAN POSITIF TERHADAP MEROKOK


(Saiz Sampel = 30)
80.00%
70.00%
70.00%

60.00%

50.00%
PERATUSAN FAKTOR
BERFIKIRAN POSITIF
40.00% TERHADAP MEROKOK
30.00%
30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
YA, (n=21) TIDAK, (n=9)

RAJAH 7

Rajah 7 menunjukkan peratusan faktor psikologikal dari segi berfikiran positif terhadap

merokok terhadap punca kejadian merokok dikalangan responden. Sebanyak 70% iaitu 21

orang responden bersetuju dengan faktor diatas manakala 30% iaitu 9 orang responden tidak

bersetuju.

4.2.2 FAKTOR PERSEKITARAN


4.2.2.1 MUDAH DIPEROLEHI

(Saiz Sampel = 30)


100.00%
93.30%
90.00%
80.00%
70.00%
60.00%
PERATUSAN FAKTOR MUDAH
50.00% DIPEROLEHI

40.00%
30.00%
20.00%
10.00% 6.70%

0.00%
YA, (n=28) TIDAK, (n=2)

RAJAH 8

Rajah 8 menunjukkan peratusan faktor persekitaran dari segi mudah diperolehi terhadap

punca kejadian merokok dikalangan responden. Peratusan yang setuju dengan faktor diatas

adalah 93.3% iaitu 28 orang responden sementara 6.7% iaitu 2 orang responden tidak

bersetuju.

4.2.2.2 SENANG DIBELI


(Saiz Sampel = 30)
100.00%
90.00% 86.70%

80.00%
70.00%
60.00%
PERATUSAN FAKTOR
50.00% SENANG DIBELI

40.00%
30.00%
20.00%
13.30%
10.00%
0.00%
YA, (n=26) TIDAK, (n=4)

RAJAH 9

Rajah 9 menunjukkan peratusan faktor persekitaran dari segi senang dibeli terhadap punca

kejadian merokok dikalangan responden. Sebanyak 86.7% iaitu 26 orang responden bersetuju

dengan faktor diatas manakala 13.3% iaitu 4 orang responden adalah sebaliknya.

4.2.2.3 IKATAN KEKELUARGAAN YANG RENGGANG


(Saiz Sampel = 30)
60.00% 56.70%

50.00%
43.30%
40.00%
PERATUSAN FAKTOR IKATAN
KEKELUARGAAN YANG
30.00% RENGGANG

20.00%

10.00%

0.00%
YA, (n=13) TIDAK, (n=17)

RAJAH 10

Rajah 10 menunjukkan peratusan faktor persekitaran dari segi ikatan kekeluargaan yang

renggang terhadap punca kejadian merokok dikalangan responden. Sebanyak 56.7% iaitu 17

orang responden tidak bersetuju dengan faktor diatas manakala 43.3% iaitu 13 orang

menerima kenyataan diatas.

4.2.3 FAKTOR SOSIAL


4.2.3.1 RAKAN SEBAYA

(Saiz Sampel = 30)


100.00%
90.00%
90.00%
80.00%
70.00%
60.00%
PERATUSAN FAKTOR RAKAN
50.00% SEBAYA

40.00%
30.00%
20.00%
10.00%
10.00%
0.00%
YA, (n=27) TIDAK, (n=3)

RAJAH 11

Rajah 11 menunjukkan peratusan faktor sosial dari segi rakan sebaya terhadap punca kejadian

merokok dikalangan responden. Sebanyak 90% iaitu 27 orang responden menyokong faktor

diatas manakala 10% iaitu 3 orang membantah faktor diatas.

4.2.3.2 SAHUT CABARAN/DIPAKSA RAKAN


(Saiz Sampel = 30)
80.00%
73.30%
70.00%

60.00%

50.00%
PERATUSAN FAKTOR SAHUT
40.00% CABARAN/DIPAKSA RAKAN

30.00% 26.70%

20.00%

10.00%

0.00%
YA, (n=22) TIDAK, (n=8)

RAJAH 12

Rajah 12 menunjukkan peratusan faktor sosial dari segi sahut cabaran ataupun dicabar rakan

terhadap punca kejadian merokok dikalangan responden. Sebanyak 73.3% iaitu 22 orang

responden menyokong faktor diatas manakala 26.7% iaitu 8 orang membantah kenyataan

diatas.

4.2.3.3 CONTOHI KELUARGA YANG MEROKOK


(Saiz Sampel = 30)
80.00%

70.00% 66.70%

60.00%

50.00%
PERATUSAN FAKTOR
CONTOHI KELUARGA YANG
40.00% MEROKOK
33.30%
30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
YA, (n=10) TIDAK, (n=20)

RAJAH 13

Rajah 13 menunjukkan peratusan faktor sosial dari segi mencontohi keluaraga yang merokok

terhadap punca kejadian merokok dikalangan responden. Sebanyak 66.7% iaitu 20 orang

tidak bersetuju dengan faktor diatas sementara 33.3% iaitu 10 orang responden bersetuju.

4.2.3.4 IBU BAPA TIDAK MELARANG MEROKOK


(Saiz Sampel = 30)
90.00%

80.00% 76.70%

70.00%

60.00%
PERATUSAN FAKTOR IBU
50.00% BAPA TIDAK MELARANG
MEROKOK
40.00%

30.00%
23.30%
20.00%

10.00%

0.00%
YA, (n=23) TIDAK, (n=7)

RAJAH 14

Rajah 14 menunjukkan peratusan faktor sosial dari segi ibu bapa tidak melarang merokok

terhadap punca kejadian merokok dikalangan responden. Peratusan responden yang bersetuju

adalah 76.7% iaitu 23 orang manakala 23.3% iaitu 7 orang tidak bersetuju.

4.2.4 FAKTOR PERSONALITY


4.2.4.1 KURANG PENGETAHUAN TENTANG BAHAYA MEROKOK

(Saiz Sampel = 30)


100.00%
90.00%
90.00%
80.00%
70.00%
60.00% PERATUSAN FAKTOR
KURANG PENGETAHUAN
50.00% TENTANG MEROKOK
40.00%
30.00%
20.00%
10.00%
10.00%
0.00%
YA, (n=3) TIDAK, (n=27)

RAJAH 15

Rajah 15 menunjukkan peratusan faktor personality dari segi kurang pengetahuan tentang

merokok terhadap punca kejadian merokok dikalangan responden. Sebanyak 90% iaitu 27

orang responden tidak menyokong faktor ini sementara hanya 10% iaitu 3 orang responden

yang menyokong.

4.2.4.2 BOLEH MELEGAKAN TEKANAN


(Saiz Sampel = 30)
120.00%

100.00% 96.70%

80.00%
PERATUSAN FAKTOR BOLEH
60.00% MELEGAKAN TEKANAN

40.00%

20.00%
3.30%
0.00%
YA, (n=29) TIDAK, (n=1)

RAJAH 16

Rajah 16 menunjukkan peratusan faktor personality dari segi boleh melegakan tekanan

terhadap punca kejadian merokok dikalangan responden. 96.7% iaitu 29 orang responden

bersetuju dengan dengan faktor diatas manakala 3.3% iaitu seorang responden tidak

bersetuju.

4.2.4.3 LEMAH JATI DIRI


(Saiz Sampel = 30)
70.00%
63.30%
60.00%

50.00%

40.00% 36.70% PERATUSAN FAKTOR LEMAH


JATI DIRI
30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
YA, (n=19) TIDAK, (n=11)

RAJAH 17

Rajah 17 menunjukkan peratusan faktor personality dari segi lemah jati diri terhadap punca

kejadian merokok. Peratusan responden yang bersetuju adalah 63.3% iaitu 19 orang dan

36.7% iaitu 11 orang tidak bersetuju.

4.2.4.4 PEGANGAN AGAMA YANG TIDAK KUKUH


(Saiz Sampel = 30)
54.00% 53.30%

52.00%

50.00%
PERATUSAN FAKTOR
PEGANGAN AGAMA YANG
48.00% TIDAK KUKUH
46.70%
46.00%

44.00%

42.00%
YA, (n=16) TIDAK, (n=14)

RAJAH 18

Rajah 18 menunjukkan peratusan faktor personality dari segi pegangan agama yang tidak

kukuh terhadap punca kejadian merokok dikalangan responden. Sebanyak 53.3% iaitu 16

orang responden bersetuju manakala 46.7% iaitu 14 orang yang tidak bersetuju.

4.3 TAHAP KESEDARAN RESPONDEN TERHADAP KEBURUKAN MEROKOK


4.3.1 BAHAYA KEPADA KESIHATAN

(Saiz Sampel = 30)


120.00%

100.00% 96.70%

80.00%
PERATUSAN TAHAP
60.00% KESEDARAN

40.00%

20.00%
3.30%
0.00%
YA, (n=29) TIDAK, (n=1)

RAJAH 19

Rajah 19 menunjukkan peratusan tahap kesedaran responden terhadap keburukan merokok

dari segi kesihatan. Sebanyak 96.7% iaitu 29 orang responden mempunyai tahap kesedaran

yang tinggi akan keburukan ini manakala hanya 3.3% iaitu seoarang responden berada dalam

tahap yang kesedaran lemah.

4.3.2 MENGUBAH KETERAMPILAN


(Saiz Sampel = 30)
80.00%
73.30%
70.00%

60.00%

50.00%
PERATUSAN TAHAP
40.00% KESEDARAN

30.00% 26.70%

20.00%

10.00%

0.00%
YA, (n=22) TIDAK, (n=8)

RAJAH 20

Rajah 20 menunjukkan peratusan tahap kesedaran responden terhadap keburukan merokok

dari segi keterampilan diri. Peratusan responden yang mempunyai tahap kesedaran tinggi

adalah 73.3% iaitu 22 orang manakala 26.7% iaitu 8 orang responden berada dalam tahap

kesedaran yag lemah.

4.3.3 MENJEJASKAN EKONOMI


(Saiz Sampel = 30)
70.00%

60.00%
60.00%

50.00%
40.00%
40.00% PERATUSAN TAHAP
KESEDARAN
30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
YA, (n=18) TIDAK, (n=12)

RAJAH 21

Rajah 21 menunjukkan peratusan tahap kesedaran responden terhadap keburukan merokok

dari segi ekonomi. Peratusan untuk responden yang mempunyai kesedaran di tahap yang

tinggi adalah 60% iaitu 18 orang sementara mereka yang berada dalam tahap kesedaran yang

lemah adalah 40% iaitu 12 orang.

4.3.4 MENYEBABKAN KETAGIHAN


(Saiz Sampel = 30)
100.00%
90.00%
90.00%
80.00%
70.00%
60.00%
PERATUSAN TAHAP
50.00% KESEDARAN

40.00%
30.00%
20.00%
10.00%
10.00%
0.00%
YA, (n=27) TIDAK, (n=3)

RAJAH 22

Rajah 22 menunjukkan peratusan tahap kesedaran responden terhadap keburukan merokok

dari segi ketagihan. Sebanyak 90% iaitu 27 orang responden mempunyai kesedaran yang

tinggi tentang hal ini manakala terdapat 10% iaitu 3 orang responden yang tidak peka kepada

keburukan ini.

4.3.5 RISIKO KEMATIAN YANG TINGGI


(Saiz Sampel = 30)
90.00%
80.00%
80.00%

70.00%

60.00%

50.00% PERATUSAN TAHAP


KESEDARAN
40.00%

30.00%
20.00%
20.00%

10.00%

0.00%
YA, (n=24) TIDAK, (n=6)

RAJAH 23

Rajah 23 menunjukkan peratusan tahap kesedaran responden terhadap keburukan merokok

dari segi risiko kematian yang tinggi. Peratusan responden yang mempunyai tahap kesedaran

yang tinggi adalah 80% iaitu 24 orang sementara 20% iaitu 6 orang responden mempunyai

tahap kesedaran yang lemah.

BAB 5 : PERBINCANGAN

PENGENALAN
Setelah dapatan kajian dianalisis dan dipersembahkan, maka isi kandungan atau segala
maklumat yang berkaitan dengan faktor-faktor punca kejadian merokok itu perlu
dibincangkan untuk memastikan ianya bernas, bertepatan, menyokong ataupun menolak
kenyataan yang terkandung dalam fakta yang yang dinyatakan berdasarkan pada sorotan
literature. Hal ini penting untuk mengenal pasti mengapa hal-hal sedemikian rupa berlaku
walaupun sesetengah faktor itu tidak seperti yang dikatakan oleh kajian terdahulu. Selepas itu
bebrapa cadangan dan saranan yang penting perlu diusulkan sebagai satu langkah pencegahan
awal untuk menangani ataupun mengurangkan kadar kejadian merokok dikalangan pelatih.
Di samping itu, perbincangan yang telah dibuat haruslah melaui proses penambahbaikan atau
modifikasi untuk membolehkan kajian ini dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan tepat
di masa hadapan iaitu dengan menitikberatkan jumlah responden dan faktor yang ingin
dikategorikan.

5.1 SOSIODEMOGRAFI

Penyelidikan kajian ini melibatkan 30 orang responden. Semua responden yang terlibat dalam
kajian ini adalah lelaki memandangkan pelatih semester lima tidak mempunyai pelatih
perempuan. Hasil kajian yang diperolehi mendapati golongan responden yang berumur
diantara 21-26 tahun merupakan pendominasi utama yang mencatatkan bilangan perokok
yang terbanyak iaitu sebanyak 70%. (Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1)

Dari aspek tempoh masa mengamalkan tabiat merokok, kajian mendapati bahawa responden
yang telah merokok sejak 3-5 tahun yang lalu mencatakan peratusan tertinggi dengan
peratusan 53% iaitu bersamaan dengan 16 orang responden. Hal ini terjadi disebabkan
kebanyakan responden mungkin telah mula mengamalkan tabiat merokok sejak dari sekolah
menengah dan terdapat juga yang mula merokok apabila memasuki program latihan
Pembantu Perubatan. (Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2)

Kajian ini juga turut dilakukan berdasarkan kepada taraf pendidikan responden dimana hasil
borang soal selidik mendapati bahawa golongan responden yang mempunyai taraf pendidikan
Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mencatat peratusan tertinggi iaitu
67% dan bersamaan dengan 20 orang responden. Hal ini mungkin berlaku disebabkan
responden terbawa-bawa perangai ketika itu dan meneruskan tabiat semasa menjalani
program latihan Pembantu Perubatan dimana mereka beranggapan merokok tidak
memberikan kesan kepada perjalanan program mereka. (Seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 3)

5.2 PUNCA PENYEBAB KEJADIAN MEROKOK

5.2.1 FAKTOR PSIKOLOGIKAL

Dalam kajian ini faktor psikologikal terbahagi kepada empat faktor iaitu, naluri ingin
mencuba, ingin membuktikan kedewasaan, untuk keseronokan dan berfikiran positif terhadap
merokok. Dari segi naluri ingin mencuba, peratusan responden yang bersetuju adalah tinggi
iaitu sebanyak 73.3% bersamaan dengan 22 orang responden. Hal ini mungkin disebabkan
oleh sifat ingin tahu mereka terhadap sesuatu perkara yang baru yang mereka temui dalam
kehidupan seharian mereka. Hal ini turut disokong oleh (Buller et al., 2003; CASA, 2003;
Conrad et al., 1992; Simons-Morton, 2004) dimana mereka menyatakan bahawa kejadian
merokok itu boleh disebabkan oleh naluri sesorang untuk mencuba sesuatu perkara yang baru
dalam hidup mereka. (Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4)

Dari segi faktor ingin membuktikan kedewasaan, kebanyakkan responden bersetuju dengan
faktor ini dimana peratusan yang bersetuju adalah 86.7% iaitu bersamaan 26 orang
responden. Hal ini kerana majoriti responden mungkin beranggapan mereka telah meningkat
dewasa dan cukup matang untuk melakukan sesuatu asalkan perkara itu tidak memberikan
impak yang buruk kepada orang lain dan ingin memperlihatkan mereka bukan budak sekolah
menengah lagi. Faktor ini turut disokong oleh (Mayhew et al.,2000; Rugkasa et al., 2001)
yang mengatakan seseorang individu itu telah dewasa dan telah membesar serta menganggap
merokok itu boleh dilakukan apabila mereka berada dalam zon kedewasaan. (Seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 5)

Faktor keseronokan juga mencatatkan peratusan setuju yang tinggi dikalangan responden
terhadap punca kejadian merokok dimana peratusan adalah sebanyak 83.3% dan bersamaan
dengan 25 orang responden. Faktor ini dipersetujui ramai kerana responden berasa seronok
ketika merokok dan boleh memeriahkan sesuatu keadaan. Hal ini disokong oleh (Leventhal &
Cleary, 1980; Mayhew et al.2000; Shadel, Shiffman Niaura, Nichter, & Abrams, 2000) yang
turut mengatakan perasaan seronok untuk merokok menyumbang kepada kejadian merokok
yang berleluasa. (Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6)
Faktor psikologikal lain seperti bersikap positif terhadap merokok turut dipersetujui ramai
oleh responden terhadap punca kejadian merokok dengan peratusan 70% iaitu bersamaan
dengan 21 orang. Para responden melontarkan pandangan yang positif kepada tabiat merokok
kerana mereka beranggapan mereka boleh mendapat ramai kawan hasil daripada perilaku itu
dan ini turut disokong oleh (Buller et al.,2003; Conrad et al.,1992; Derzon & Lipsey, 1999;
Tyas & Pederson,1998; US Department of Health and Human Services, 1994; Zapata et al.,
2004) yang menyatakan bahawa sikap positif sememangnya menjadi punca kepada kejadian
merokok. (Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7)

5.2.2 FAKTOR PERSEKITARAN

Faktor mudah diperolehi dalam faktor persekitaran mencatatkan peratusan yang tinggi
daripada responden terhadap punca kejadian merokok dengan peratusan 90% iaitu 28 orang.
Mereka sangat bersetuju dengan faktor ini kerana rokok sememangnya mudah diperolehi
dimana kebanyakan tempat atau kedai-kedai menjual rokok dengan berlambak sekali dan
berbagai-bagai jenis rokok di pasaran. (Zapata et al.,2004 ) juga menyatakan bahawa punca
kejadian merokok ini disebabkan oleh kuantiti rokok yang berlambak dan mudah diperolehi
di merata tempat. (Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8)

Faktor senang dibeli juga dipersetujui ramai oleh responden dalam menyumbang kepada
kejadian merokok. Sebanyak 86.7% iaitu bersamaan dengan 26 orang responden mencatakan
persetujuan terhadap faktor ini kerana pada masa kini harga rokok adalah sangat murah
disebabkan ia berlambak di pasaran dan ini secara tidak langsung menggalakan lagi
pembelian daripada responden yang menjurus kepada kejadian merokok yang semakin
meningkat. Conrad et al literature review (1992) juga turut mengatakan mengenai rokok yang
senang dibeli atau harga yang murah dan boleh ditanggung boleh menjadi punca merokok.
(Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9)

Bagi faktor ikatan kekeluargaan yang renggang, responden tidak bersetuju dengan faktor ini
dimana sebanyak 56.7% iaitu 17 orang responden mencatat penolakan kenyataan tersebut.
Dapatan peratusan dalam faktor ini berlawanan dengan kenyataan (Tyas & Pederson, 1998)
yang mengatakan faktor ini menyumbang kepada peningkatan jumlah perokok kerana
mungkin disebabkan responden tidak mempunyai sebarang masalah kerenggangan ataupun
masalah dengan keluarga dan lebih-lebih lagi mereka berada jauh dengan keluarga. (Seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 10)

5.2.3 FAKTOR SOSIAL

Hasil kajian turut mendapati bahawa faktor rakan sebaya yang terkandung dalam faktor sosial
mencatatkan peratusan setuju yang tinggi dikalangan responden iaitu sebanyak 90% ataupun
seramai 27 orang responden. Para responden menyokong penuh faktor ini disebakan oleh
kebanyakan rakan-rakan mereka adalah perokok dan ini secara tidak langsung mendorong
mereka untuk melakukan hal yang sama apabila diberi rokok dan terikut-ikut dengan tabiat
tersebut. Hal ini seterusnya menyebabkan mereka menjadi perokok seperti rakan-rakan
mereka untuk mengekalkan hubungan sebagai kawan dalam sesuatu kumpulan itu. Faktor ini
turut disokong oleh White & Hayman, 2004b, yang menyatakan bahawa punca merokok itu
turut disebabkan oleh pemberian rokok daripada rakan sebaya yang kerap dan begitu mudah
sekali. (Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11)

Para responden turut bersetuju dengan kenyataan dipaksa rakan atau menyahut cabaran rakan
untuk merokok dimana peratusan yang bersetuju adalah 73.3% atau 22 orang responden. Hal
ini menjadi sedemikian rupa kerana responden berasa tercabar dengan cabaran rakan mereka
disamping ingin membuktikan mereka adalah lelaki sejati dan tidak ingin memalukan diri
mereka sendiri. Responden juga menuruti cabaran rakan mereka untuk memastikan hubungan
persahabatan mereka kekal dan bimbang akan dipinggirkan sekiranya menolak kehendak
mereka.

(Conrad et al., 1992; Kobus, 2003; Tyas & Pederson, 1998) turut menyokong perkara ini
dimana dinyatakan bahawa semakin kuat dan utuh hubungan persahabatan maka semakin
tinggi kemungkinan seseorang rakan itu terpengaruh dengan tabiat merokok dari rakan
mereka. (Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12)

Faktor mencontohi keluarga yang merokok juga mencatat peratusan yang tinggi dari
responden iaitu 66.7% atau 20 orang responden. Faktor ini dipersetujui kerana responden
telah menganggap keluarga mereka yang merokok itu sebagai satu teladan ataupun idola
dalam dalam hidup mereka yang mana menjadi pendorong kepada punca kejadian merokok.
Sasco & Kleihus 1999, juga mendapati bahawa ibu bapa yang merokok membawa pengaruh
besar kepada kejadian merokok terhadap anak-anak mereka dimana mereka dianggap sebagai
idola dan seterusnya menganggap perbuatan merokok itu wajar. (Seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 13)

Disamping itu, responden juga bersetuju bahawa faktor ibu bapa yang tidak melarang
merokok menyebabkan mereka terjebak kedalam kegiatan merokok. Peratusan responden
yang bersetuju adalah 76.7% iaitu bersamaan dengan 23 orang. Para responden berpendapat
sedemikian rupa oleh kerana apabila ibu bapa tidak melarang mereka daripada merokok
bermakna tabiat itu dibenarkan dalam aktiviti seharian mereka dan itu dianggap perkara yang
positif oleh ibu bapa mereka. US Department of Health and Human Services, 1994 dan
(Darling & Cumsille, 2003) turut menyokong hal ini dimana mereka mengatakan bahawa ibu
bapa yang tidak melarang anak-anak dari merokok dan berpandangan positif terhadap perkara
ini menjurus kepada punca kejadian merokok. (Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14)

5.2.4 FAKTOR PERSONALITI

Salah satu faktor personality iaitu faktor kurang pengetahuan tentang bahaya merokok tidak
dipersetujui oleh para responden dari segi menjadi punca kepada kejadian merokok dengan
peratusan 90% dan bersamaan dengan 27 orang responden. Dibandingkan dengan (Leventhal
& Cleary 1980; Mayhew et al 2000) yang menyatakan bahawa faktor ini menjadi
penyumbang kepada kejadian merokok, ia adalah sangat berbeza dengan hasil kajian dimana
faktor ini tidak dipersetujui kerana para responden sememangnya mempunyai pengetahuan
yang dalam mengenai rokok dan merokok memandangkan mereka menuntut dalam program
yang berkaitan dengan kesihatan. Kebanyakan responden juga mempunyai taraf pendidikan
yang agak memuaskan dan pengetahuan tentang hal ini sememangnya banyak dan mendalam.
(Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 15)

Akan tetapi faktor boleh melegakan tekanan dipersetujui ramai oleh responden dengan
peratusan 96.7% iaitu 29 orang. Responden bersetuju dengan kenyataan ini mungkin
disebabkan merokok boleh menenangkan fikiran mereka yang kusut disamping boleh
melegakan tekanan akibat persekitaran seperti menghadiri kuliah, dimarahi pengajar,
peraturan yang harus diikuti dan yang seangkatan dengannya sewaktu bergelar sebagai
pelatih. Hal ini turut disokong oleh Siqueira et al, 2000 yang mengatakan sesorang itu
melepaskan diri dari masalah dan tekanan dengan merokok dimana perbuatan itu boleh
memberikan mereka ketenangan. (Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 16)
Faktor lemah jati diri juga mencatatkan persetujuan sebanyak 63.3% daripada responden
dalam menjadi punca penyebab kepada kejadian merokok. Responden mudah terjebak ke
dalam kegiatan merokok disebabkan jati diri mereka yang lemah di mana mereka mudah
terpengaruh dengan ajakan rakan serta tidak mempunyai prinsip hidup yang kuat. ( Sasco &
Kleihus 1999; Scal et al 2003 ) juga menyokong pandangan ini. (Seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 17)

Selain itu, faktor pegangan agama yang tidak kukuh turut dipersetujui dengan peratusan
53.3% dalam menjadi punca kepada berlakunya kejadian merokok dikalangan responden.
Responden sememangnya bersetuju dengan kenyataan ini kerana sekiranya responden
mempunyai pegangan agama yang kukuh maka mereka tidak akan terjebak kedalam sebarang
gejala sosial yang boleh merugikan diri sendiri. Hal ini turut disokong oleh CASA Study
2003, yang menyatakan bahawa golongan remaja dan dewasa yang tidak melibatkan diri
kepada kepercayaan agama akan mudah terjebak kepada gejala merokok. (Seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 18)

5.3 TAHAP KESEDARAN RESPONDEN KEPADA KEBURUKAN MEROKOK

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 19-Rajah 23 dapat dilihat bahawa tahap kesedaran
responden terhadap semua keburukan-keburukan yang terjadi akibat daripada tabiat merokok
berada pada tahap peratusan yang tinggi dan memuaskan dengan peratusan 96.7% dari segi
kesihatan, 73.3% dari segi keterampilan, 60% dari segi ekonomi, 90% dari segi ketagihan dan
80% terhadap risiko kematian. Responden sememangnya sedar akan semua akibat buruk ini
tetapi masih mengamalkan tabiat merokok. Hal ini disebabkan walaupun mereka mempunyai
kesedaran yang tinggi tentang hal ini namun keazaman dan tekad mereka untuk berhenti
merokok adalah rendah dimana sokongan dari pihak tertentu tidak kuat dan berkesan.
Disamping itu juga, responden tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam diri mereka
dimana responden mudah berubah hati dan terpengaruh dengan faktor persekitaran mereka
selain faktor raktor rakan sebaya yang merupakan penyumbang utama dalam peningkatan kes
kejadian merokok. Hal ini juga mungkin berlaku disebabkan responden tidak mengalami
sebarang masalah ketika merokok apabila berada di khalayak ramai dan tabiat ini tidak
menimbulkan impak yang buruk terhadap diri sendiri yang seterusnya mendorong mereka
untuk lebih bergiat lagi dalam gejala tidak sihat ini.
5.4 CADANGAN

Hasil daripada penyelidikan kajian ini sedikit sebanyak telah memberikan kefahaman tentang
faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya kejadian merokok dikalangan responden.
Melalui kajian ini dapat dilihat bahawa kesemua faktor menjadi punca kepada kejadian
merokok kecuali faktor kurang pengetahuan terhadap merokok dan faktor ikatan
kekeluargaan yang renggang. Faktor yang sangat berpengaruh dalam menyumbang kejadian
merokok adalah faktor keberadaan rokok dimana ianya mudah diperolehi di merata tempat,
faktor rakan sebaya dan juga faktor tekanan yang dialami oleh responden.

Akan tetapi kesemua faktor lain perlu diambil kira kerana peratusan setuju dari responden
masih tinggi dan langkah–langkah pencegahan perlu diambil dengan kadar segera untuk
menangani permasalahan ini.

Meskipun permasalahan akibat perkara ini sangat rumit dan saling berkaitan dengan banyak
faktor penyebab namun cadangan dan langkah awal perlu dilakukan seperti:

1. Mengenakan tindakan disiplin yang tegas dan keras kepada pelatih bukanlah
penyelesaian terbaik memandangkan belum ada kajian yang membuktikan hal
sedemikian mampu menghentikan tabiat merokok seseorang tetapi sebaliknya inisiatif
lain yang lebih relevan perlu dikemukakan seperti mengaplikasikan terapi nikotin
contohnya mengunyah gula-gula getah (chewing gum) dan sebagainya.
2. Merokok juga sebenarnya bukan satu masalah disiplin atau perlakuan yang kurang
sopan tetapi sebaliknya berkaitan dengan penagihan nikotin serta tindakan disiplin
yang keras tidak membantu pelatih untuk berhenti merokok dan ini hanya akan
menambahkan tekanan kepada mereka dimana faktor tekanan ini merupakan salah
satu pendorong utama untuk merokok. Hal ini terbukti apabila terdapat golongan
cendekiawan ataupun para pendidik yang mengamalkan tabiat merokok di khalayak
ramai.
3. Memenuhi keperluan dan menyediakan kemudahan yang sepatutnya terhadap pelatih.
Contohnya kediaman pelatih dibekalkan dengan kemudahan seperti water-dispenser
yang cukup, masalah air perlu ditangani memandangkan bilangan pelatih semakin
bertambah banyak serta kemudahan internet juga wajar dipertimbangkan bagi mengisi
masa yang terluang berbanding dibazirkan dengan tabiat merokok. Keperluan seperti
bas pengangkutan untuk program Pelatih Pembantu Perubatan sendiri juga harus
dititikberatkan supaya tekanan para pelatih dapat diatasi. Selain itu pengawalan yang
terlalu ketat terhadap kediaman pelatih seharusnya dipertimbangkan bagi
mengelakkan suasana seperti dikurung ataupun dengan kata lain penjara. Hal ini
berlaku kerana ruangan kediaman adalah sangat terhad ditambah dengan bilangan
pelatih yang semakin ramai dari masa ke semasa.

Bayangkan pelatih menghadiri kuliah dari jam 8 pagi – jam 5 petang dan setelah itu
pelatih dikehendaki berada dalam asrama pada jam 8 malam hingga keesokan hari dan
jumlah masa yang diperuntukkan ini sememangnya sangat terhad yang seterusnya
menimbulkan tekanan kepada ramai pelatih. Oleh itu, adalah wajar sekiranya masa
bebas yang diperuntukkan dipanjangkan sedikit.
4. Tambahan lagi, pelatih yang merokok perlu dikenal pasti supaya tidak tinggal sebilik
dengan pelatih lain yang tidak merokok. Selain itu kaunseling juga boleh diberikan
kepada mereka yang merokok dan pendekatan secara halus dan lembut haruslah
diaplikasikan kerana cara ini lebih efektif dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu
masalah berbanding dengan kekerasan yang hanya menjurus kepada pemberontakan
serta mereka juga boleh dirujuk kepada Klinik Berhenti Merokok dan diberikan
sokongan moral yang tinggi dan padu daripada pihak pengajar ataupun pihak tertentu.

5.5 LIMITASI KAJIAN

1. Dalam kajian ini sampel yang digunakan adalah terlalu kecil iaitu 30 orang responden
yang hanya melibatkan responden yang merokok dikalangan pelatih semester lima
sahaja berbanding dengan jumlah keseluruhan pelatih iaitu kira-kira 450 orang.
Sepatutnya pengambilan responden adalah dari kesemua semester supaya punca
sebenar kejadian merokok dikalangan pelatih dapat dikenal pasti.
2. Data-data hanya diperolehi daripada responden itu sendiri dan untuk mendapatkan
maklumat yang lebih tepat dan efektif ibu bapa atau anggota keluarga responden juga
seharusnya ditemubual untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap perihal ini.
3. Borang soal selidik diedarkan kepada responden tanpa melalui proses yang ketat serta
mengkehendaki responden untuk tidak menyatakan nama mereka serta tidak
dititikberatkan dan hal ini menyebabkan terdapat responden yang menjawab borang
soal selidik dengan remeh temeh.
4. Faktor-faktor penyebab juga terhad dimana hanya terdapat empat faktor utama yang
diajukan untuk mengkaji punca kejadian merokok dikalangan pelatih.
5. Di masa hadapan kemungkinan faktor-faktor lain boleh dipertimbangkan seperti
faktor keadaan kediaman, faktor fesyen, faktor dalaman pelatih dan lain-lain lagi yang
relevan dan berpatutan.

5.6 KESIMPULAN

Kajian in menggunakan kaedah deskriptif iaitu set data akan dipersembahkan melalui
kaedah berangka dan grafik sementara instrumen yang telah digunakan adalah borang
soal selidik beagi mendapatkan data yang telah disemak dan dianalisis oleh penyelidik
secara manual. Soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian. bahagian A merupakan
latarbelakang responden, manakala bahagian B pula mengandungi 15 soalan iaitu dari
segi faktor psikologikal, faktor persekitaran, faktor sosial dan juga faktor personality.
Bahagian C pula mempunyai 5 soalan yang berkaitan dengan tahap kesedaran responden
terhadap keburukan merokok. Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati keempat-
empat faktor itu saling berkaitan dalam menyumbang kepada kejadian merokok
dikalangan pelatih. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa faktor ikatan kekluargaan
yang renggang dan faktor kurang pengetahuan tentang merokok tidak menjadi punca
kepada kejadian merokok dikalangan pelatih. Hasil kajian ini juga diharap dapat dapat
memberikan sumbangan kepada yang berkenaan agar dapat memantapkan pengetahuan
dan meningkatkan lagi kempen serta kesedaran masyarakat tentang ancaman dan bahaya
merokok supaya perihal ini dapat dibendung.
SENARAI RUJUKAN

Ahmad Nazri Mohammad. (2004). “Perokok Masih Bongkak”. New Straits Time (M)
Berhad.

Baker B. T., dkk (2004). School-related stress and psychosomatic symptoms among
Norwegian adolescents : Annual review of Psychology.

Goebel, L. J., Crespo, R. D., (2000). Correlates of youth smokeless tobacco use. Nicotine
& Tobacco Research.

Goodrow, B., Seier, E., & Stewart, K. (2003). Social influences and adolescents attitudes
on smoking. Analysis of the 2000 Tennessee youth tobacco survey. Adoloescent &
Family Health.

Gray, D., Morfit, B., Ryan, K., & Williams, S. (1997). The use of tobacco and, alcohol
and other drugs by young aboriginal people in Albany, Western Australia. Australian and
New Zealand Journal of Public Health.

Griesbach, D., Amos, A., & Curie, C. (2003). Adolescent smoking and family structure in
Europe. Social Science & Medicine.

Kalman, D. (2000). The subjective effects of nicotine: methodology cal issues, a review
of experimental studies, and recommendations for future research. Nicotine & Tobacco
Research.

Kandel, D. B., Chen, K. (2000). Extent of smoking and nicotine dependence in the United
States: Nicotine & Tobacco Research.

Modul Berhenti Merokok (2001). “Panduan Berhenti Merokok”. Bahagian Pendidikan


Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.”

Parrot, A. (2004). Does Cigarette Smoking Cause Stress? . Journal of Clinican


Psychology.

Siquera, dkk. (2004). Smoking cessation in adolescents: The role of nicotine dependence,
stress, and copin methods : Archives of Pediatrics & Adolescent Medicine. Chigago.

Sufean Hussin, Lai Chin, Mohd Firdaus Hussin, Abdul Rahim Rashid (2004). “Merokok
Di Kalangan Remaja Malaysia”. Shah Alam. Karisma Publications Sdn. Bhd.

Zulkarnaen Kamaruddin (2002). “Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar merokok di


sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad Syah, Kuala Romping, Pahang”.
LAMPIRAN
Lampiran A
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU,

P/S 544 TANJUNG ARU,

88858 KOTA KINABALU, SABAH. Tel : 088 – 238 640

Nama : Elvicker Emin No. MyKad : 910402 – 12 – 5715

Tajuk Penyelidikan :

Kajian Tentang Punca Yang Menyebabkan Kejadian Merokok Dikalangan Pelatih Pembantu
Perubatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Sabah Disamping Menilai Tahap
Kesedaran Mereka Terhadap Keburukan Tabiat Merokok.

Huraikan dengan ringkas kenyataan masalah dan rasional kajian :

Tabiat merokok dikalangan remaja Malaysia menunjukkan peningkatan.Ini jelas daripada


laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul Berhenti Merokok
(2001), yang jelas menunjukkan 20% perokok terdiri dari kalangan remaja.Laporan tersebut
turut menjelaskan bahawa dianggarkan seramai 50 hingga 60 orang remaja di Malaysia
memulakan tabiat merokok setiap hari.

Tabiat merokok sememangnya memberi kesan – kesan negatif kepada kesihatan tubuh
badan.Menurut Sallehudin dalam Norlaila (1998), dari aspek fizikal,tabiat merokok boleh
mengakibatkan bau rokok yang kurang menyenangkan kepada pakaian.Manakala dari aspek
kesihatan pula, pada peringkat awal merokok boleh memberi kesan seperti seseorang perokok
menjadi pelupa dan kurang selera makan.Manakala kesan jangka panjang dari aspek
kesihatan pula adalah boleh mengakibatkan penyakit kanser, mandul, gigi yang rosak dan
sebagainya.Walaupun masyarakat kita sedar tentang bahaya dan risiko merokok tetapi ia
masih diamalkan sebagai satu tabiat oleh segelintir masyarakat pada hari ini.

Oleh itu, kajian ini dibuat supaya golongan pelatih Pembantu Perubatan dapat dinilai dari segi
faktor-faktor yang mendorong mereka untuk terjebak dalam gejala ini seterusnya mengetahui
tahap kesedaran mereka tentang bahaya-bahaya merokok kepada kesihatan.

Pelatih Pembantu Perubatan adalah golongan yang pada dasarnya mempunyai pengetahuan
tentang kesan tabiat merokok ini memandangkan mereka berada di naungan kesihatan.
Namun, sejauh manakah tahap kesedaran mereka mengenai hal ini?
Lampiran A

Skop Kajian:

- Kajian akan dijalankan keatas pelatih Pembantu Perubatan di Kolej Sains Kesihatan
Bersekutu,Kota Kinabalu Sabah.

- Seramai 25 responden akan dipilih secara ”convenient sampling” dan seterusnya


menjalankan kajian keatas mereka untuk mengetahui punca mudahnya mereka
terjebak dalam gejala merokok serta kesedaran mereka terhadap keburukan merokok.

Objektif Kajian :

Objektif Umum :

Mengenal pasti punca merokok di kalangan pelatih Pembantu Perubatan disamping menilai
tahap kesedaran mereka terhadap keburukan merokok kepada seseorang individu .

Objektif Khusus :

1. Mengenal pasti sosio-demografi responden.

2. Mengenal pasti punca-punca utama yang mendorong kepada kejadian merokok


dikalangan Pelatih Pembantu Perubatan.

3. Mengenal pasti tahap kesedaran Pelatih Pembantu Perubatan terhadap keburukan


merokok.

4. Mencari langkah-langkah atau saranan yang relevan untuk menangani masalah


kejadian merokok.

Huraikan dengan ringkas mengenai ‘ research design and methodology’ yang


digunakan :

i. Kaedah deskriptif digunakan dalam membuat kajian ini kerana kaedah ini tidak
memerlukan masa yang lama, mudah, cepat dan maklumat dapat diperolehi dalam
masa yang singkat.

ii. Dalam membuat pemilihan pensampelan ini, 30 orang pelatih Pembantu


Perubatan yang merokok akan dipilih secara rawak.

iii. Borang soal selidik yang direka sendiri yang telah dibincangkan bersama mentor
digunakan untuk mengumpul data dalam penyelidikan ini dan setiap responden
perlu menjawab semua soalan ( soalan tertutup ) yang dikemukakan dalam borang
soal selidik itu.
Lampiran A

iv. Data-data yang diperolehi nanti akan dikumpul dan direkodkan sepanjang sesi
temubual mudah dilakukan berdasarkan data soal selidik yang telah diperolehi.
Pengkaji juga boleh menemubual responden, soalan tertutup digunakan kerana
jawapan yang seragam dari responden akan memudahkan membuat perbandingan.

v. Kesemua data-data dikumpul dan diklasifikasi dan dihitung secara manual kerana
penggunaan kaedah formula yang canggih lebih sukar dan kurang pengetahuan
dalam mengendalikan dengan cara ini. Data-data yang telah dianalisa, disimpan
dalam bentuk jadual, graf dan carta.

Disokong oleh Pengajar Yang Menyelia : Tarikh Penerimaan :

Kelulusan Ketua Program: Lulus / Tidak Lulus:

Tandatangan Penyelia: Tandatangan Pelatih:


Lampiran B

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU SABAH

SURAT KEBENARAN BORANG SOAL SELIDIK

Saya yang merupakan salah seorang responden mengaku bahawa segala keterangan yang
saya berikan adalah benar dan jujur serta tidak mengandungi sebarang unsur penipuan. Saya
juga faham bahawa segala keterangan yang telah saya berikan ini adalah hanya untuk satu
kajian dan pembelajaran yang berguna kepada generasi akan datang.

Tandatangan Responden Tandatangan Saksi

……………………… ……………………

Nombor Responden: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Lampiran C
BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai
kajian penyelidik iaitu mengkaji tentang punca yang menyebabkan kejadian merokok
dikalangan Pelatih Pembantu Perubatan KSKB, Kota Kinabalu Sabah disamping menilai
tahap kesedaran mereka terhadap keburukan tabiat merokok.

Dalam kajian ini soal selidik menanyakan maklumat yang berhubung kait dengan
sosiodemografi responden, faktor-faktor yang menyebabkan kepada kejadian tabiat merokok
dan juga tahap peratusan responden terhadap keburukan merokok. Sila jawab semua soalan
dalam borang ini secara tulus dan diucapkan terima kasih atas kerjasama tuan/puan.

SILA TANDAKAN ( / ) PADA PETAK YANG BERKENAAN

BAHAGIAN A

Pada bahagian ini, data adalah berkaitan dengan sosio-demografi responden yang terlibat
dalam kajian ini.

1. Tempoh Masa Telah Mengamalkan Tabiat Merokok

0 -2 tahun

3 -5 tahun

6 – 10 tahun

2. Umur

18 - 22 tahun

23 – 27 tahun

28 – 32 tahun

Lampiran C

3. Tahap Pendidikan
SPM/SIJIL

Diploma

Ijazah Sarjana Muda

BAHAGIAN B

Pada bahagian ini, data adalah berkaitan dengan faktor yang menyebabkan responden
terjebak ke dalam gejala merokok.

1. Faktor Psikologikal

a) Naluri ingin mencuba

Ya

Tidak

b) Ingin membuktikan kedewasaan

Ya

Tidak

Lampiran C

c) Untuk Keseronokan

Ya
Tidak

d) Berfikiran Positif Terhadap Merokok

Ya

Tidak

2. Faktor Persekitaran

a) Mudah Diperolehi

Ya

Tidak

b) Senang Dibeli

Ya

Tidak

Lampiran C

c) Ikatan Kekeluargaan Yang Renggang

Ya

Tidak
3. Faktor Sosial

a) Pengaruh Rakan Sebaya

Ya

Tidak

b) Sahut Cabaran/Dipaksa Rakan

Ya

Tidak

c) Contohi Keluarga Yang Merokok

Ya

Tidak

Lampiran C

d) Ibu Bapa Tidak Melarang Merokok

Ya

Tidak
4. Faktor Personaliti

a) Kurang Pengetahuan Tentang Bahaya Merokok

Ya

Tidak

b) Boleh Melegakan Tekanan

Ya

Tidak

c) Lemah Jati Diri

Ya

Tidak

Lampiran C

d) Pegangan Agama Tidak Kukuh

Ya

Tidak

BAHAGIAN C
Pada bahagian ini, data adalah berkaitan dengan kesedaran responden terhadap keburukan-
keburukan tabiat merokok.

1. Adakah anda sedar bahawa merokok itu sangat merbahaya kepada kesihatan? Contohnya
perokok boleh menghidap kanser paru-paru, angina ahmar dan serangan jantung?

Ya

Tidak

2. Adakah anda sedar bahawa merokok itu boleh mengubah keterampilan diri anda?
Contonhya gigi anda akan menjadi kuning, nafas dan badan berbau serta bibir menjadi
hitam?

Ya

Tidak

Lampiran C

3. Adakah anda sedar bahawa merokok itu boleh menjejaskan ekonomi atau menghabiskan
wang ringgit anda?

Ya

Tidak

4. Adakah anda sedar bahawa merokok itu boleh menyebabkan ketagihan?

Ya
Tidak

5. Adakah anda sedar bahawa seseorang perokok mempunyai risiko kematian yang tinggi
berbanding dengan seseorang yang tidak merokok?

Ya

Tidak

Anda mungkin juga menyukai