Anda di halaman 1dari 4

BORANG CADANGAN ​SHORT STUDENT PROJECT

Nama : ​WALTON BIN RICKI No. MyKad : ​980805-12-5625

Kursus : ​DIPLOMA PEMBANTU No. Matrik : ​BPP2017-3468


PERUBATAN
Tajuk Penyelidikan :
Kajian Tahap Pengetahuan Kejadian Penyakit Talasemia Dalam Kalangan Pesakit Luar
Hospital X

Huraikan dengan ringkas kenyataan masalah dan rasional kajian :

Penyakit Talasemia merupakan penyakit bawaan genetik autosomal resesif. Terdapat


varian kategori pesakit Talasemia iaitu dari hanya sebagai pembawa tanpa menunjukan
sebarang simptom atau dikenali sebagai Talasemia Minor hingga Talasemia Major yang
menunjukan simptom seawal usia 3 hingga 8 bulan.

Menurut Azimatun Noor Azidudin dan Zuinianfih Sain (2019), di Malaysia,


Talasemia merupakan masalah besar kerana dari beberapa kajian yang telah dijalankan
menunjukan bahawa kadar pembawa gen talasemia adalah di dalam lingkungan tiga
hingga lima peratus atau satu dalam 20 lingkungan rakyat Malaysia. Lazimnya rakyat
Malaysia yang berbangsa Cina dan Melayu adalah pembawa gen yang paling besar,
dianggarkan seramai 600,000 hingga 1,000,000 rakyat Malaysia adalah pembawa gen
Talasemia.

Dalam jurnal Azimatun dan Zuinianfih (2019), Kementerian Kesihatan Malaysia


menjangkakan seramai 150 hingga 350 bayi yang dilahirkan setiap tahun di Malaysia
adalah pembawa gen ini. Sehingga Ogos 2009, seramai 4541 pesakit talasemia berdaftar
di bawah Persatuan Talasemia Malaysia, daripada jumlah itu seramai 3310 persakit
talasemia major.

Dalam kalangan masyarakat di negara ini, masalah kesihatan seperti ini masih
menjadi satu mitos dan kepercayaan terutamanya bagi masyarakat yang tinggal jauh di
pedalaman. Akibat kurang terdedah kepada maklumat, masyarakat ini masih tidak
faham dan tahu mengenai kejadian penyakit bawaan genetik ini. Di samping itu,
terdapat sebahagian masyarakat di negara ini yang tidak mengendahkan dan kurang
mengetahui etiologi dan komplikasi penyakit ini. Hal ini berlaku demikian kerana,
pendedahan mengenai penyakit talasemia yang masih kurang dan nasihat daripada
hospital mahupun klinik kurang berkesan.
Isu mengenai kejadian dan komplikasi penyakit talasemia perlu dimantapkan lagi
dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan daripada
berlakunya talasemia major tetapi juga akan memberi impak positif dalam kehidupan
rakyat di negara ini. Pendedahan yang berkala tetapi konsisten perlu dilakukan bagi
memberi ilmu pengetahuan mengenai penyakit talasemia kepada rakyat Malaysia.
Pendedahan yang diberikan hendaklah merangkumi komplikasi dan cara mengelakkan
daripada berlakunya talasemia major dalam kalangan pesakit yang mendapatkan
rawatan di Jabatan Pesakit Luar Hospital X

Objektif Kajian :

Objektif Am​:
Mengkaji tahap pengetahuan mengenai Penyakit Talasemia dalam kalangan pesakit
yang mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar Hospital X

Objektif Spesifik:
1. Menilai ciri-ciri demografi responden
2. Menilai tahap pengetahuan resopoden yang mendapatkan rawatan di Jabatan
Pesakit Luar Hospital X mengenai punca kejadian berlakunya penyakit
Talasemia
3. Menilai tahap pengetahuan responden mengenai cara mengelakan penyakit
Talasemia dan komplikasi yang akan berlaku di Jabatan Pesakit Luar Hospital X

Huraikan dengan ringkas mengenai metodologi yang digunakan:


1. Reka Bentuk Kajian
Reka Bentuk Kajian ini adalah secara ​Non-experimental iaitu ​descriptive research
design​ dipilih di dalam reka bentuk kajian ini.

2. Tempat Kajian Dijalankan


Kajian ini akan dijalankan di Jabatan Pesakit Luar Hospital X

3. Populasi Kajian
Populasi kajian adalah pesakit yang mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar
Hospital X

4. Tempoh Masa Kajian Dijalankan


4.1 Tempoh penyelidikan adalah dari bulan
4.2 Tempoh kutipan data adalah pada bulan

5. Sample
Saiz sample yang dipilih adalah seramai 30 orang. Sample adalah terdiri daripada
pesakit yang mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar di Hospital X kerana
sample yang datang adalah sample yang datang mendapatkan rawatan adalah
berdaftar deangan menggunakan nombor pendaftaran yang boleh digunakan
sebagai asas pemilihan sample.

6. Rekabentuk Instrumen
Rekabentuk instrumen yang akan digunakan adalah menggunakan Borang Soal Selidik
yang akan diedarkan untuk dijawab oleh sample yang dipilih. Soalan-soalan di
dalam borang soal selidik tersebut akan digubal oleh pengkaji berdasarkan
berdasarkan asas pengetahuan mengenai kejadian penyakit Talasemia,
komplikasi, dan cara mengelakkan kejadian talasemia major. Borang soal selidik
tersebut mengandungi 30 soalan yang berbentuk ​Single-Choice Item y​ ang terdiri
daripada 4 bahagian berikut;

6.1 Bahagian A: Demografi


6.2 Bahagian B: Pengetahuan Asas mengenai Penyakit Talasemia
6.3 Bahagian C: Komplikasi Penyakit Talasemia Major yang akan berlaku
6.4 Bahagian D: Cara mengelakkan Penyakit Talasemia Major

7. Pilot Study
Kajian rintis akan dilaksanakan pada bulan X. Seramai 5 orang akan dipilih secara
rawak. Ia akan dilakukan soal selidik pada kajian sebenar. Soalan-soalan yang
kurang jelas dan sesuai akan diperbaiki sebelum kajian sebenar akan dijalankan.

8. Ethical Issue
Kebenaran bagi menjalankan kajian akan diperolehi daripada Ketua Program Diploma
Pembantu Perubatan, Institut Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pengarah
Hospital X

9. Analisis Kajian
Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan ​Microsoft Excel. ​Statistik
dan keputusan ditabulasikan dalam bentuk gambarrajah dan carta pai bagi
memudahkan pembaca menilai dan mengetahui keputusan yang diperolehi.

Jadual Perlaksaan :

Sila rujuk jadual perlaksanaan terperinci di Lampiran Carta Gantt yang disertakan
bersama.

Disokong oleh Pengajar Yang Menyelia : Tarikh Penerimaan :

____________________________
( MARIANA BINTI SYUKUR )

Kelulusan Ketua Program :


Ulasan​: ​Lulus / Tidak Lulus
_____________________
( JOHARI BIN DAUD )
Tandatangan Pelatih

_______________________
( WALTON BIN RICKI )

Anda mungkin juga menyukai