Anda di halaman 1dari 5

Lampiran A

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU,


KOTA KINABALU SABAH
(Program Penolong Pegawai Perubatan)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
BORANG CADANGAN HEALTH SYSTEM RESEARCH
Nama : Mohd Shafiq Hanaffi bin Suhailie

No. MyKad : 940521-12-5897

Kursus : DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

No. Matrik : BPP2013-2291

Tajuk Penyelidikan :
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MASYARAKAT TENTANG PENYAKIT SKIZOFRENIA
DI JABATAN PESAKIT LUAR KLINIK KESIHATAN SANDAKAN.
Huraikan dengan ringkas kenyataan masalah dan rasional kajian :
Menurut World Health Organization (WHO)(2009) skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk berlaku kepada 1
daripada 1000 org dan kebanyakan mereka sendiri terdiri daripada kumpulan umur 15-35 tahun.
Statistik pula menunjukkan skizofrenia berlaku kepada lebih 21 juta orang di dunia tetapi tidak sekerap penyakit
mental yang lain. Ianya lebih berlaku pada lelaki (12 juta) berbanding wanita (9 juta) (WHO)(2014). Di Amerika
Syarikat sendiri, kajian membuktikan, bahawa pravalen tiga daripada 1,000 orang adalah penghidap skizofrenia
manakala di Malaysia, berdasarkan statistik perangkaan pada tahun 2003, seramai 11,120 orang merupakan penghidap
skizofrenia. Jumlah ini meningkat kepada 17,250 orang pada tahun 2005 dan dikatakan ia semakin bertambah tahun
demi tahun (Kosmo, 14 November 2011).
Kes skizofrenia meningkat tahun demi tahun dan ini amat merunsingkan pelbagai pihak. Stigma masyarakat juga
merupakan salah satu sebab mengapa pesakit skizofrenia keluar masuk wad psikiatri kerana pesakit tidak diterima
oleh masyarakat umum. Stigma yang berterusan ini akan melenyapkan masa depan pesakit yang cerah kerana
kurangnya kesedaran masyarakat umum tentang penyakit ini (borneo post online, 8 Oktober 2012)
Penyakit skizofrenia ini akan menyebabkan pesakit hilang masa depan jika tidak dirawat dengan betul kerana setiap
manusia berhak mendapatkan kehidupan yang diinginkan. Jika penyakit ini tidak dirawat, pesakit akan berterusan
keluar masuk wad psikiatri dan pastinya amat susah untuk pesakit ini disembuhkan semula kerana kurangnya
kesedaran pesakit sendiri dan masyarakat umum terhadap penyakit ini.(Jacob et al)(2008)
Kurang pengetahuan tentang penyakit yang dialami dipercayai merupakan antara punca utama kepada peningkatan
skizofrenia dikalangan pesakit. kajian telah menemui bahawa tahap pengetahuan mengenai penyakit skizofrenia
dikalangan masyarakat adalah tahap sederhana yang mana contohnya individu yang mempunyai penyakit skizofrenia
mempunyai pengetahuan yang lebih baik mengenai simtom dan rawatan skizofrenia (Tahir et al .2010)
Persoalannya, sejauh manakah kefahaman masyarakat tentang penyakit skizofrenia? Adakah mereka memahami
faktor pencetus penyakit ini? Adakah sikap pesakit sendiri adalah merupakan punca penyakit skizofrenia berulang? Di
samping itu, apakah profil demografi masyarakat yang berisiko terhadap kefahaman tentang penyakit ini dan apakah
langkah - langkah yang boleh digunakan untuk memperbaiki isu ini.
Objektif Am :

Mengkaji tahap pengetahuan masyarakat umum tentang skizofrenia.


Objektif Spesifik:
1.

Mengenalpasti ciri-ciri demografi responden.

2.

Menilai tahap pengetahuan masyarakat umum tentang faktor penyebab penyakit skizofrenia.

3.

Mencadangkan kaedah untuk meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat terhadap penyakit skizofrenia.

Huraikan dengan ringkas mengenai research design and methodology yang digunakan :
Protocol Etika
Dalam kajian ini , kelulusan untuk menjalankan kajian ini akan diperolehi daripada Ketua Program Pembantu
Pegawai Perubatan Pelatih KSKB Kota Kinabalu. Selain itu , kebenaran juga akan diperolehi daripada pihak
Hospital/Klinik untuk menjalankan kajian ini. Keizinan dari respondan juga akan diperolehi.
Lokasi Kajian
Kajian ini akan dilakukan di Jabatan Pesakit Luar Klinik Kesihatan Sandakan.
Populasi dan Sampel Kajian
Responden responden yang dipilih adalah mereka yang berumur 18 sehingga 60 tahun samada yang
menerima rawatan ataupun relative pesakit.
Sais Sampel Sebanyak 30 sampel akan dipilih secara convenient sampling untuk menyertai kajian ini.
Jadual Perlaksanaan
Kajian akan dilaksanakan pada tarikh November 2014 sehingga Oktober 2015.
(Sila rujuk jadual perlaksaan terperinci di Lampiran Carta Gantt yang di sertakan bersama.)
Cara perlaksanaan
Borang soalselidik akan diedarkan oleh pengkaji sendiri kepada responden yang dipilih mengikit kriteria
pemilihan sampel.
Instrument
Borang soalselidik akan digunakan sebagai instrument untuk menjalankan kajian , mengumpulkan statistic
dan diedarkan kepada respondan hanya setelah berbincang dan mendapat kebenaran dari mentor.
Analis Data
Kajian ini berbentuk cross-sectional study.
Kajian ini mengunakan perisian microsoft word dan exel untuk menyusun dan merekod data.
Data yang diperoleh akan ditabulasi dalam Master Data Score Sheet dan dianalisa mengikuti statistik
diskriptif dimana median , mean , mode , dan frequency akan dikira dan dipersembahkan dalam bentuk carta
pai dan carta bar.
Jadual Perlaksaan :
Sila rujuk jadual perlaksaan terperinci di Lampiran Carta Gantt yang di sertakan bersama.
Disokong oleh Pengajar Yang Menyelia :
________________________________________
(RUHAYA MASTURA BINTI ABDUL HALIM)

Tarikh Penerimaan :

Kelulusan Ketua Program :


Ulasan:Lulus / Tidak Lulus

_______________________________________
(
)
Tandatangan Pelatih

________________________________________
(
)

Anda mungkin juga menyukai