Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN

KESIHATAN MALAYSIA KOTA KINABALU


SABAH.
(Program Penolong Pegawai Perubatan)

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

TAJUK
TUBERKULOSIS

NAMA: :ENDY EFRENDY JOENE

NO KAD PENGENALAN :930302-12-6567

NO MATRIKS KAD :BPP2017-3412

SEMESTER :5

KAWASAN PENEMPATAN :KLINIK TIBI LAHAD DATU


ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan Muka Surat


1. Pengenalan 2

2. Data dan Statistik 3

2. 1 Jumlah Kes Tahunan 2013 – 2017 4

2.2 Kes Baru dan Kes Berulang Pada Tahun 2013 – 2017 5

2.3 Kes Tahunan Mengikut Jantina Pada Tahun 2013 – 2017 6

2.3 Kes Tahun 2013 Hingga 2017 Mengikut Kewarganegaraan 7

3. Perbincangan 8

3.1 Patofisiologi 9

3.2 Golongan Berisiko 10

3.3 Kawalan Dan Pencegahan 11

3.4 Rawatan 12

3.5 Pendidikan Kesihatan 14

4. Rumusan 15

5. Peranan Penolong Pegawai Perubatan 16


PENGENALAN
Penyakit Tuberkulosis ataupun batuk kering adalah penyakit yang disebabkan oleh
bakteria Mycobacterium Tuberculosis. Bakteria ini sering menyerang bahagian paru – paru tetapi
kadang – kadang menyerang bahagian otak, jantung, tulang belakang, nodus limfa, kelenjar
adrenal dan bahagian usus. Penyakit ini di klasifikasikan kepada 2 iaitu Pulmonary Tuberculosis
dengan Extra – Pulmonary Tuberculosis. Pulmonary Tuberculosis ini menyerang bahagian paru
– paru manakalah Extra- Pulmonary Tuberculosis ini menyerang selain paru – paru, contohnya
adalah Tuberkulosis tulang, tuberculosis sendi dan sebagainya.

Penyakit ini di anggap sebagai penyakit yang tertua di dunia kerana penyakit ini pernah
di jumpai di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir pada tahun 460 sebelum Masihi.
Hippocrates mengenal pasti penyakit ini adalah penyakit yang paling tersebar luas di dunia dan
ianya selalu membawa maut. Penyakit ini muncul sebagai penyakit nombor satu di Malaysia
pada tahun 1945 hingga tahun 1957. Pada waktu itu, sebahagian katil – katil pesakit di hospital
hanya di penuhi oleh pesakit tuberculosis.

Organisma penyebab kepada penyakit tuberkulosis ini adalah Mycobacterium


Tuberculosis yang sudah lama wujud 20, 000 tahun dahulu. Bakteria ini mula di jumpai di Egypt
purba, india, dah china. Penyakit ini sudah di kenali pada zaman purba dengan pelbagai nama
yang berlainan iaitu Cosumption yang bererti penurunan berat badan yang sangat teruk. Penyakit
ini juga di kenali sebagai Phtlitis Tuberculosis dan white plaque kerana muka pesakit sangat
pucat. Abad kurun ke -18, kematian yang disebabkan oleh penyakit ini di Barat Eropah sangat
tinggi. Hal ini kerana kurang pengudaraan yang baik di tempat tinggal, terlalu ramai penghuni
dalam sebuah rumah, sanitasi yang tidak baik dan malnutrisi.Sebelum penawar di temui mujarab
wabak ini turut ini melanda dunia ketika itu, pesakit ini di asingkan di suatu tempat terpencil
yang di kenali sebagai ‘ sonatorium bagi mengelak jangkitan berlaku.

Ubat yang di berikan kepada mereka hanyalah berupa makanan yang berkhasiat bagi
membina ketahanan badan yang kuat. Program kebangsaan Pencegahan Penyakit Tibi yang di
lancarkan pada tahun 1961 telah Berjaya mengurangkan kes - kes tibi. Penyakit ini di anggap
penyakit yang terkawal namun selepas tahun 1995, penyakit Tibi meningkat dari tahun ke tahun.
DATA DAN STATISTIK

Data Dan Statistik Penyakit Tuberkulosis Dari


Tahun 2013 - Tahun 2017
350

340

330
Data Dan Statistik Penyakit
320
Tuberkulosis Dari Tahun 2013 -
310 Tahun 2017

300

290
Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun
2013 2014 2015 2016 2017

2.1 JUMLAH KES TAHUNAN TAHUN 2013 – TAHUN 2017

Rajah di atas menunjukkan jumlah penyakit pada Tahun 2013 hingga Tahun 2017 di
Daerah Lahad Datu. Pada tahun 2013, jumlah pesakit yang mengalami penyakit tuberkulosis
ataupun yang di kenali sebagai batuk kering adalah seramai 312 pesakit. Namun pada tahun
2014, berlaku peningkatan jumlah pesakit yang mengambil rawatan di klinik tibi di daerah lahad
datu iaitu seramai 34 orang. Manakala pada tahun 2015, jumlah pesakit yang menghidap
penyakit tibi ini bertambah seramai 16 orang yang mungkin disebabkan oleh berlaku kes – kes
ulangan ataupun ‘relapse’. Pada Tahun 2016 pula berlakunya penurunan kes kes penghidap
Tuberkulosis dari 330 pada Tahun 2015 kepada 309 pada Tahun 2016 iaitu sebanyak 21 orang.
Hal Ini mungkin disebabkan oleh penghidap tibi sebelum ini yang mengambil rawatan sudah pun
sembuh daripada penyakitnya. Penurunan kes – kes tibi ini juga disebabkan oleh pendidikan
kesihatan yang di lakukan di tibi mengenai bahaya dan tanda – tanda penyakit ini. Ini bermaksud
pendidikan kesihatan yang di lakukan sangat berkesan. Tapi pada Tahun 2017, pula berlaku
peningkatan yang mendadak terhadap penyakit tibi ini di daerah Lahad Datu iaitu seramai 24
orang. Pertambahan penyakit ini berlaku kerana mereka tidak datang mengambil rawatan yang
sepatutnya contohnya, tidak datang ke temu janji ataupun mengambil ubat seterusnya
menjangkiti orang lain. Oleh itu, pentingnya mengambil rawatan dan ubat – ubat yang siudah di
tentukan oleh anggota kesihatan kerana berlakunya peningkatan pengesanan kes melalui Active
Case Detection.
2.2 KES BARU DAN KES BERULANG TAHUN 2013 – TAHUN 2017

350

300

250

200
Kes Baru
150 Kes Ulangan

100

50

0
2013 2014 2015 2016 2017

Rajah di atas menunjukkan kes baru ataupun yang tengah mengambil rawatan dan kes ulangan
yang mana sudah sembuh tetapi penyakitnya datang balik ataupun erti kata lain ‘relapse’. Pada tahun
2013, kes baru adalah sebanyak 293 kes baru. Manakala sebanyak 20 adalah kes berulang. Kes Berulang
mungkin disebabkan oleh rawatan yang tidak lengkap maksudnya di sini adalah rawatan yang di berikan
kepada pesakit dan penghidap penyakit ini tergendala. Pada Tahun 2014 pula, Kes baru adalah sebanyak
326. Kes Ulangan pada tahun ini adalah tiada. Hal ini kerana semua penghidap penyakit tibi ini ataupun
tuberkulosis semua menjalankan rawatan mereka seperti yang telah di tentukan oleh ahli anggota
kesihatan yang bertugas. Selepas Tahun 2014 iaitu pada tahun 2015, berlaku kes ulangan sebanyak 16
orang yang mana antara salah satunya adalah mereka tidak meneruskan rawatan yang sepatutnya. Kes
baru tetap kepada seramai 315 orang pada tahun itu. Pada tahun 2016 pula, Kes ulangan sama sahaja
seperti pada tahun 2015 yang mana seramai 16 orang. Tetapi pada tahun 2017 pula, kes ulangan
bertambah daripada tahun sebelumnya iaitu daripada 16 orang penghidap kepada 22 orang. Kes Baru
pada tahun 2017 meningkat daripada 294 orang pada tahun 2016 kepada 311 orang pada tahun 2017
yang menghidap penyakit tibi ini ataupun batuk kering.
2.3 KES TAHUNAN MENGIKUT JANTINA PADA TAHUN 2013 - 2017

200

180

160

140

120

100 Lelaki
Perempuan
80

60

40

20

0
2013 2014 2015 2016 2017

Rajah di atas menujukkan penghidap tuberkulosis mengikut jantina. Pada tahun 2013,
penghidap tuberkulosis jantina lelaki adalah seramai 182 orang. Manakala, jumlah penghidap
tuberkulosis dalam kalangan perempuan pula adalah seramai 130 yang mana penghidap pada tahun
2013 pada kalangan lelaki. Pada tahun 2014, penghidap lelaki meningkat kepada 1 orang. Manakala,
penghidap dalam kalangan jantina perempuan seramai 142 pada tahun 2014 yang mana bertambah
seramai 12 orang daripada jumlah perempuan pada tahun 2014 iaitu sebanyak 130 orang. Tahun 2015
pula, jumlah penghidap lelaki bertambah seramai 2 orang dari tahun 2014 iaitu seramai 183 kepada 185
pada tahun 2015. Tahun seterusnya iaitu pada 2016, penghidap tuberkulosis lelaki menurun kepada 177
dari 185 pada tahun sebelum iaitu pada tahun 2015. Penghidap perempuan pada tahun 2016 seramai
132 turun daripada tahun sebelumnya iaitu seramai 145. Walaupun begitu, pada tahun 2017 berlaku
peningkatan mendadak terhadap penghidap tuberkulosis dalam kalangan lelaki iaitu seramai 190 orang
yang tahun sebelumnya ini adalah seramai 177 orang. Penghidap tuberkulosis wanita pula pada tahun
2017 adalah seramai 143 yang mana meningkat daripada tahun sebelum ini seramai 11 orang.
2.4 KES TAHUN 2013 – 2017 MENGIKUT KEWARGANEGARAAN

250

200

150
Warnanegara
Bukan Warganegaraan
100

50

0
2013 2014 2015 2016 2017

Rajah di atas menunjukkan pesakit tibi di klinik tibi di klinik kesihatan lahad datu. Pada tahun
2013, jumlah penghidap penyakit tibi yang warganegara adalah seramai 134 orang. Manakala yang
bukan warganegara pula seramai 178 orang pada tahun yang sama. Tahun seterusnya pula iaitu pada
tahun 2014 penghidap warganegara adalah seramai 147 meningkat daripada 134 pada tahun
sebelumnya. Seramai 139 penghidap daripada pesakit yang berwarganegara pada tahun 2015 yang
turun daripada 147 pada tahun 2013. Pada tahun yang sama, pesakit yang bukan warganegara juga
menunjukkan penurunan iaitu seramai 9 orang daripada 199 kepada 191 orang penghidap. Tetapi pada
tahun 2016, berlaku peningkatan yang mendadak daripada 139 pada tahun sebelumnya kepada 161
orang. Tetapi pesakit yang bukan warganegara pula menunjukkan penurunan yang mendadak iaitu dari
191 orang kepada 148 jumlah pesakit pada tahun 2016. Tahun 2017 pula menunjukkan peningkatan
tetapi tidak begitu ketara iaitu seramai 3 orang daripada 161 penghidap kepada 164 pada tahun 2017.
Tetapi lain pula kes yang berlaku kepada yang bukan warganegara daripada 148 pada tahun 2016
meningkat kepada 168 pada tahun seterusnya iaitu pada tahun 2017 iaitu seramai 20 orang.
PERBINCANGAN
3.1 Patofisiologi

Bakteria Mycobacterium Tuberculosis akan menjangkiti seseorang individu melalui


udara apabila pesakit batuk atau bersin berhampiran dengan orang yang tidak di jangkiti.
Kemudian bakteria tersebut akan memasuki melalui salur pernafasan kita iaitu melalui mulut
atau hidung apabila kita menarik nafas. Bakteria tersebut akan masuk ke paru – paru dan terus
ke bahagian alveoli. Di bahagian alveoli, proses keradangan berlaku di mana tubeculi basili akan
membiak dan ini di kenali sebagai fokus primer. Dari fokus primer, rebakan kedua akan berlaku
ke tempat kedua melalui salur – salur limfatik. Apabila tubeculi berkumpul menjadi banyak di
alveoli, maka penyakit tuberkulosis akan berlaku. Tiap – tiap tuberculi ialah kelompok sel yang
mengandungi tuberculi basili. Hal ini akan menyebabkan pesakit mengalami simptom seperti
kurang selera makan, batuk lebih 2 minggu, batuk berdarah, demam dan cepat penat dan
sebagainya.

3.2 Golongan Berisiko

A). Kontak Pesakit

Penyakit tibi ini mudah berjangkit kerana ia disebarkan melalui udara. Apabila seseorang
individu telah disahkan tibi, penyebaran penyakit ini mungkin berlaku antara kontek yang
terdekat seperti ahli keluarganya yang tinggal serumah. Dalam kalangan ahli keluarganya
sendiri, terdapat juga golongan berisiko yang mudah di jangkiti seperti kanak – kanak dan orang
tua. Hal ini kerana sistem pertahanan badan mereka lemah berbanding dengan orang dewasa.

B). Masalah Kesihatan Lain

Dalam sesetengah kes, individu yang mengalami masalah kesihatan juga merupakan
salah satu satu penyebab kepada mereka mudah di jangkiti penyakit ini. Penyebab utama ialah
individu yang menghidap HIV ataupun di kenali sebagai Human Immunodeficiency Virus,
diabetes, kanser dan yang seumpama dengannya. Hal ini kerana penyakit tersebut boleh
melemahkan sistem imun tubuh kita lalu memudahkan jangkitan tibi.
C). Ubat – Ubatan

Selain dari itu, pengambilan uba – ubatan juga mempengaruhi kepada penyakit ini.
Contohnya, individu yang telah menjalankan pembedahan organ, individu yang sedang
menjalani rawatan khas bagi penyakit rheumatoid arthritis ataupun masalah bowel iaitu crohn
disease dan yang lain lain. Ubatan ini akan melemahkan sistem Imun badan kita yang mana
untuk tujuan rawatan namun akan menyebabkan bakteria tibi ini akan mudah menjangkiti badan.

D). Perokok Kronik

Seorang perokok yang kronik juga akan mudah di jangkiti oleh bakteria tibi in. Rokok
bukan sahaja boleh menyebabkan sel kanser pada tubuh kita namun ia juga boleh melemahkan
sistem imun badan kita. Selain itu, paru – paru juga mudah rosak yang disebabkan oleh rokok.
Hal ini akan memudahkan lagi bakteria Mycobacterium Tuberculosis untuk memasuki badan
kita dan akan menyebabkan penyakit tuberkukulosis ataupun batuk kering ini.

3.3 Kawalan dan Pencegahan

A) Pengesanan Kes Secara Diagnostik

Pengesanan secara diagnostic di lakukan kepada pesakit yang datang ke Jabatan Pesakit
Luar untuk mendapatkan rawatan. Pengesanan ini akan di jalankan berdasarkan simptom –
simptom yang di tunjukkan oleh pesakit dan berdasarkan aduan serta sejarah pesakit kini oleh
pesakit. Apabila simptom – simptom yang ditunjukkan oleh pesakit mengalami symptom
penyakit tibi, maka beberapa ujian akan di lakukan untuk mengesahkan keadaan kesihatan
pesakit. Antaranya ialah,

i. Mantoux Test

Ujian montoux ataupun tuberculin melibatkan suntikan tuberculin pada lapisan kulit
untuk membantu dalam mengesan tindakbalas imun terhadap tuberculin bagi membantu
dalam diagnosis tersebut. Ujian ini juga sering di gunakan dalam saringan penyakit Tibi.

ii. Ujian Sputum untuk AFB

Ujian yang dikenali sebagai Acid Fast Bacili ini mengesan kuman mycobacterium
Tuberculosis pada sampel kahak yang di berikan oleh pesakit kepada Juruteknologi
Makmal.
iii. Pemeriksaan Radiologi

Pemeriksaan radiologi pula adalah satu kaedah di mana ia digunakan ke atas dada pesakit
yang disyaki menghidap penyakit tibi ini. Pemeriksaan ini mengesan kehadiran bakteria
tuberkel pada paru – paru pesakit dan membantu dalam menilai tahap keterukan penyakit.

3.4 Rawatan

Pesakit yang di diagnosa menghidap penyakit tibi perlu memulakan rawatan ubat –
ubatan dengan segera bagi mengelakkan penyakit bertambah teruk dan menjangkiti orang lain.
Namun Penyakit ini tidak mudah untuk di sembuhkan kerana kuman tibi berupaya untuk hidup
di dalam sel – sel darah dan di dalam tisu anggota badan yang lain. Oleh itu, pesakit perlu
menjalani rawatan ubat – ubatan selama 6 bulan dan di bahagikan kepada 2 fasa iaitu fasa
pertama adalah fasa intensif manakala fasa 2 pula adalah fasa sabungan ataupun juga di kenali
sebgai fasa maintenance. Fasa intensif ini adalah selama 2 bulan dan fasa sambungan adalah
selama 4 bulan.

Ubat Dos Dalam mg/kg Dos Max dalam mg


Isoniazid 5 300
Rifamopicin 10 600
Pyrazinamide 25 2000
Ethambutol 15 1600
Streptomycin 15 1000
Jadual 3.4 (A) Rawatan Utama Untuk Penyakit Tibi

Jadual di atas menunjukkan senarai ubat – ubatan yang sering di gunakan dalam rawatan
penyakit tibi. Ubat – ubatan ini hendaklah di ambil setiap hari mengikut dos yang telah di
tetapkan.

Ubat Body Weight Dos


30 – 37 2 tab sehari
Akurit- 4 38 - 54 3 tab sehari
55 – 70 4 tab sehari
70 dan ke atas 5 tab sehari
Jadual 3.4 (B) Dos Tetap Untuk Campuran Ubat

Jadual 3.4 (B) pula menunjukkan jenis – jenis ubat – ubatan yang di gunakan untuk merawat
penyakit tibi. Ubat ini terdiri daripada beberapa kombinasi dan campuran ubatan lalu di
gabungkan menjadi satu jenis ubatan yang memudahkan pesakit mengambilnya setiap hari tanpa
memakan banyak jenis ubat – ubatan yang lain.
3.5 Pendidikan Kesihatan

A). Datang ke hospital dengan segera jika mengalami symptom – symptom penyakit tuberkulosis
seperti:

 Batuk lebih 2 minggu.


 Batuk berdarah
 Kurang selera makan
 Sakit dada ketika menarik nafas
 Mudah letih
 Susut berat badan
 Berpeluh pada waktu malam

B). Elakkan daripada mengunjungi tempat – tempat yang sesak dan tertutup kerana penyakit tibi
mudah merebak dalam keadaan persekitaraan seperti ini bagi pesakit yang telah di jangkiti.

C). Pesakit di galakkan untuk mengambil cuti dalam beberapa minggu selepas disyaki
menghidapi penyakit ini bagi mengelakkan penyakit ini daripada merebak. Pesakit ini boleh
kembali berkerja atau bersekolah selepas saja simptom berkurangan dan di benarkan oleh
Pegawai Perubatan.

D). Pastikan tingkap rumah terbuka ketika berada di rumah bagi menggalakkan pengudaraan
yang baik dan mengelakkan daripada bakteria tibi ini berkumpul di dalam bilik pesakit.

E). Membuka tingkap atau pintu pada waktu pagi bagi mengalakkan cahaya matahari masuk ke
dalam rumah untuk membunuh kuman ataupun bakteria tibi ini.

F). Amalkan gaya hidup sihat dan pegambilan makanan yang seimbang untuk meningkatkan
sistem imun badan.
PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

1. Mengesan kes – kes penghidap tibi yang defaulter maksudnya pesakit yang tidak datang dan
tidak meneruskan rawatan yang telah di berikan.

2. Membantu dalam rawatan penyakit dan kes – kes tibi.

3. Membantu Pegawai Perubatan dalam memberi rawatan dan pemeriksaan secara menyeluruh.

4. Membantu mengemas kini maklumat dan data.

5. Membuat dan menyediakan laporan bulanan.


RUMUSAN

Hasil daripada kajian epidemiologi, kajian penyakit tibi di daerah Lahad Datu masih
berlaku penurunan dan peningkatan dari tahun 2013 hingga ke tahun 2017. Bagi mengawal
penyakit ini daripada terus merebak, pelbagai kaedah dan strategi telah di rancang dan
dilaksanakan dari masa ke masa agar peningkatan kes ini dapat di tangani dan dihapuskan
Seterusnya, stigma masyarakat kini tidak betul mengenai penyakit ini dapat di tangani dengan
adanya kempen dan ceramah yang di jalankan bagi memberikan pengetahuan mengenain
penyakit ini.

Bagi membendung penyakit ini daripada terus merebak, kerjasama yang kukuh antara
hospital , klinik dan masyarakat sekeliling amat di perlukan. Usaha yang berterusan perlu di
jalankan bagi mengurangkan lagi kes Tibi di daerah Lahad Datu ini.

Akhir sekali , pesakit tibi patuh arahan dan perlu mengikuti arahan yang telah di berikan
oleh doktor dan haruslah menghabiskan uabt – ubatan yang telah di berikan agar penyakit ini
dapat di tangani dengan sepenuhnya. Sekiranya tidak, penyakit ini mungkin akan kembali
menjangkiti dan mungkin resistan kepada masyarakat mesti sedar mengenai penyakit tibi ini.

Anda mungkin juga menyukai