Anda di halaman 1dari 26

PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI PERSPEKTIF ISLAM :

KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA


PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)

NUR SYAMIMI BINTI AZIZAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI PERSPEKTIF
ISLAM : KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS
SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)

NUR SYAMIMI BINTI AZIZAN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011
iii

DEDIKASI

Tuhanku
Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu
Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternilai
Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan

Khas buat semua insan yang disayangi….

Buat Ayahanda dan Bonda tersayang


Azizan Bin Saad dan Maznah Binti Che Din
Terima kasih di atas pengorbanan kalian yang amat bernilai buat anakmu ini
Kasih dan sayangmu mengiringi setiap detik perjuanganku….

Serta buat Kekanda dan Adinda yang dikasihi


Muhammad Asyraf, Ummi Aainaa, Nurul Aizzat dan Siti Syahirah
Dengan iringan doa, dorongan serta pengorbanan tulus ikhlas dari kalian
Memberikanku semangat untuk meneruskan perjuangan ini…..

Buat para pensyarah yang tercinta


Khasnya Ustaz Nurazmallail Bin Marni
Terima Kasih Di Atas Ilmu dan didikan Yang Diberikan...
Jasa kalian teramat bernilai pada diriku...

Teristimewa juga buat teman-teman seperjuanganku (SPI 2007-2011)...


Terima kasih atas segala pertolongan dan pengorbanan kalian...
Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Dan Mewangi Selamanya
Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama..
Terima kasih atas segalanya......
iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
serta selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi
kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka
sempurnalah Projek Sarjana Muda (PSM) hingga ke noktah terakhir.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan khas buat al-Fadhil
Ustaz Nurazmallail bin Marni selaku penyelia yang tidak pernah jemu dan telah banyak
memberi bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan PSM ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga buat Pensyarah
Fakulti Tamadun Islam dan kakitangan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang penyelidik
menyiapkan kajian ini.

Diiringi ucapan terima kasih buat teman-teman seperjuangan yang turut


membantu dan memberi semangat, pihak-pihak yang terlibat secara tidak langsung serta
keluarga tercinta yang banyak memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan kajian
ini. Semoga segala kerjasama yang diberikan akan mendapat rahmat dan keberkatan
daripada Allah SWT.
v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan pelajar SPS terhadap
penjagaan kesihatan menerusi senaman dari perspektif Islam. Selain itu, kajian ini juga
adalah bagi mengenalpasti persepsi pelajar SPS terhadap kepentingan senaman dalam
penjagaan kesihatan dan untuk mengetahui amalan senaman yang dilakukan oleh
mereka. Seramai 64 orang pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Set soal selidik mengandungi 34 item dan data yang terkumpul
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 15.0 for
Windows secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai
kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.875. Secara keseluruhannya, berdasarkan
dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan responden mempunyai tahap pengetahuan
yang agak baik mengenai penjagaan kesihatan menerusi senaman mengikut perspektif
Islam dengan nilai min yang tinggi iaitu 4.18. Dapatan kajian juga menunjukkan
responden memberikan persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji iaitu
kepentingan senaman dalam penjagaan kesihatan dengan nilai min 3.99. Amalan
senaman yang dilakukan oleh responden juga berada pada tahap yang positif dengan
nilai min 3.42. Pada akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan agar ia
menjadi panduan dan tindakan kepada pihak-pihak tertentu.
vi

ABSTRACT

This research investigates understanding level of SPS students towards


healthcare through exercising from Islamic perspective. Besides, the purpose of this
research was also to identify SPS student’s perception towards the importance of
exercise in healthcare, as well as to find out their practice of exercising. A total of 64
students of Bachelor Degree of Science and Education (Sport Science) were chosen as
the respondents. In this research, questionnaire was used as the research instrument. The
questionnaire consists of 34 items and the collected data were analyzed using Statistical
Package for Social Science 15.0 for Windows in a type of descriptive statistical
including frequency, percentage and means. The reliability of the questionnaire is α =
0.875. According to the result from the research, the respondents had a good level of
understanding of health care through exercising based on Islamic perspective with a high
value of mean at 4.18. The results of this study also showed that most of the respondents
had a positive perception on the importance of exercising in healthcare management,
with a mean value of 3.99. The exercise practice by the respondents are also at a positive
level with a mean value of 3.42. At the end of the study, the researcher proposed a few
suggestions as a guideline and endorsement to the related parties.
ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
viii

BAB I PENDAHULUAN HALAMAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Kesihatan 9
1.8.2 Senaman 9
1.8.3 Perspektif 10
1.8.4 Persepsi 10
1.9 Kesimpulan 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12
2.2 Kesihatan Menjamin Kesejahteraan Hidup 13
2.2.1 Penjagaan Kesihatan Menurut Pespektif
Islam 14
2.3 Senaman Sebagai Satu Amalan Utama Penjagaan
Kesihatan 16
2.4 Senaman dari Perspektif Islam 17
2.4.1 Jenis-Jenis Senaman 19
2.4.2 Kaedah-Kaedah Senaman Yang Efektif
ix

Berdasarkan Sunnah Rasulullah 21


2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25
2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28
2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29
2.6.2 Prinsip-Prinsip Senaman 33
2.7 Kajian Lepas 37
2.8 Kesimpulan 40

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 42
3.3 Tempat Kajian 42
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 43
3.5 Instrumen Kajian 44
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 44
3.5.1.1 Soal Selidik 44
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 47
3.6 Prosedur Kajian 47
3.7 Analisis Data 48
3.8 Kajian Rintis 49
3.9 Jangkamasa Kajian 50
3.10 Kesimpulan 51
x

BAB IV ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 52
4.2 Data 53
4.3 Analisis Data (Bahagian A) 53
4.3.1 Latar Belakang Responden Mengikut
Jantina 54
4.3.2 Latar Belakang Responden Mengikut
Umur 54
4.3.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Bangsa 55
4.3.4 Latar Belakang Responden Mengikut
Tahun Pengajian 56
4.3.5 Latar Belakang Responden Mengikut
Tahap Pendidikan Tertinggi 56
4.4 Analisis Data (Bahagian B, C dan D) 57
4.4.1 Tahap Pengetahuan Terhadap Aspek
Penjagaan Kesihatan Menerusi
Senaman dari Perspektif Islam 58
4.4.2 Persepsi Pelajar SPS Terhadap
Kepentingan Senaman dalam
Penjagaan Kesihatan 65
4.4.3 Amalan Senaman Yang Dilakukan Oleh
Pelajar SPS 71
4.5 Analisis Keseluruhan 76
4.5.1 Tahap Pengetahuan Terhadap Aspek
Penjagaan Kesihatan Menerusi
Senaman dari Perspektif Islam 77
4.5.2 Persepsi Pelajar SPS Terhadap
Kepentingan Senaman dalam
Penjagaan Kesihatan 79
xi

4.3.5 Amalan Senaman Yang Dilakukan Oleh


Pelajar SPS 82
4.6 Kesimpulan 84

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 85
5.2 Perbincangan 86
5.2.1 Bahagian A : Perbincangan Mengenai
Latar Belakang Responden 86
5.2.2 Bahagian B : Perbincangan Mengenai
Tahap Pengetahuan Pelajar SPS Terhadap
Aspek Penjagaan Kesihatan Menerusi
Senaman dari Perspektif Islam 88
5.2.3 Bahagian C : Perbincangan Mengenai
Persepsi Pelajar SPS Terhadap
Kepentingan Senaman dalam Penjagaan
Kesihatan 90
5.2.4 Bahagian D :Perbincangan Mengenai
Amalan Senaman Yang Dilakukan Oleh
Responden 92
5.3 Rumusan kajian 93
5.3.1 Rumusan Mengenai Tahap Pengetahuan
Terhadap Aspek Penjagaan Kesihatan
Menerusi Senaman dari Perspektif Islam 94
5.3.2 Rumusan Persepsi Pelajar SPS Terhadap
Kepentingan Senaman dalam Penjagaan
Kesihatan 94
5.3.3 Rumusan Amalan Senaman Yang
xii

Dilakukan Oleh Pelajar SPS 95


5.4 Cadangan 95
5.4.1 Kementerian Kesihatan Malaysia 96
5.4.2 Media Massa 96
5.4.3 Pihak Sekolah 97
5.5 Kajian Lanjutan 97
5.6 Kesimpulan 98

BIBLIOGRAFI 99

LAMPIRAN
xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK JADUAL HALAMAN

3.1 Pengkelasan Skala Likert 46


3.2 Maklumat Setiap Bahagian, Jenis Struktur
dan Bilangan Item Soal Selidik 46
3.3 Nilai Skor Min 48
3.4 Tahap Persetujuan 49
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 54
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 54
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 55
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 56
4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Tertinggi 56
4.6 Skala Likert 57
4.7 Nilai Skor Min 58
4.8 Taburan Skor Bagi Item 1 58
4.9 Taburan Skor Bagi Item 2 59
4.10 Taburan Skor Bagi Item 3 60
4.11 Taburan Skor Bagi Item 4 60
4.12 Taburan Skor Bagi Item 5 61
4.13 Taburan Skor Bagi Item 6 61
4.14 Taburan Skor Bagi Item 7 62
4.15 Taburan Skor Bagi Item 8 62
4.16 Taburan Skor Bagi Item 9 63
4.17 Taburan Skor Bagi Item 10 63
4.18 Taburan Skor Bagi Item 11 64
4.19 Taburan Skor Bagi Item 12 64
xiv

4.20 Taburan Skor Bagi Item 13 65


4.21 Taburan Skor Bagi Item 14 66
4.22 Taburan Skor Bagi Item 15 66
4.23 Taburan Skor Bagi Item 16 67
4.24 Taburan Skor Bagi Item 17 67
4.25 Taburan Skor Bagi Item 18 68
4.26 Taburan Skor Bagi Item 19 68
4.27 Taburan Skor Bagi Item 20 69
4.28 Taburan Skor Bagi Item 21 69
4.29 Taburan Skor Bagi Item 22 70
4.30 Taburan Skor Bagi Item 23 70
4.31 Taburan Skor Bagi Item 24 71
4.32 Taburan Skor Bagi Item 25 71
4.33 Taburan Skor Bagi Item 26 72
4.34 Taburan Skor Bagi Item 27 72
4.35 Taburan Skor Bagi Item 28 73
4.36 Taburan Skor Bagi Item 29 73
4.37 Taburan Skor Bagi Item 30 74
4.38 Taburan Skor Bagi Item 31 74
4.39 Taburan Skor Bagi Item 32 75
4.40 Taburan Skor Bagi Item 33 75
4.41 Taburan Skor Bagi Item 34 76
4.42 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap
Pengetahuan Pelajar SPS Terhadap Aspek Penjagaan
Kesihatan Menerusi Senaman dari Perspektif Islam 77
4.43 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Persepsi Pelajar
SPS Terhadap Kepentingan Senaman dalam
Penjagaan Kesihatan 79
4.44 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Amalan Senaman
Yang Dilakukan Oleh Pelajar SPS 82
xv

SENARAI SINGKATAN

FTI Fakulti Tamadun Islam


KS Kurang Setuju
PSM Projek Sarjana Muda
S Setuju
SAW Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
SPS Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPSS Statistical Packages For The Social Science
SS Sangat Setuju
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
TS Tidak Setuju
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Instrumen Kajian Soal Selidik


B Bilangan Pelajar Fakulti Pendidikan Mengikut Tahun dan Kursus
C Nilai Alpha Kajian Rintis
D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam sebagai ad-Din iaitu satu cara hidup yang lengkap meliputi segala
persoalan hidup manusia. Justeru, bersesuaian dengan sifat kesyumulan Islam itu sendiri,
Islam telah membawa kesejahteraan dari pelbagai aspek kehidupan. Menurut Zulekha
Yusoff et.al (2006:51), penjagaan kesihatan adalah sebahagian daripada persoalan
kehidupan dan ia juga merupakan sebahagian daripada tujuan syariat (Maqasid
Syar’iah). Keseluruhan syariat Islam adalah untuk mencapai tujuan menjaga agama,
jiwa, harta, akal, dan keturunan. Oleh itu, keprihatinan Islam terhadap kehidupan
meliputi aspek kesihatan kerana hidup tidak akan sejahtera tanpa kesihatan yang baik.
2

Islam turut menekankan pembangunan dan penjagaan fizikal seseorang individu.


Tubuh badan yang sihat amat perlu bagi membolehkan seseorang itu melakukan tugas
sebagai khalifah Allah SWT dengan sempurna. Terdapat beberapa perkara yang
digariskan dalam konsep pencegahan menurut Islam antaranya ialah penjagaan
kebersihan diri dan persekitaran, pemakanan yang seimbang, perlakuan dan aktiviti
fizikal (senaman), dan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam
aspek kerohanian (Danial Zainal Abidin, 2003:15).

Aktiviti fizikal merupakan antara komponen utama dalam kehidupan kita. Islam
amat menggalakkan umatnya untuk melakukan aktiviti fizikal kerana ia dapat memberi
kesan yang baik terhadap kesihatan manusia serta dapat mencegah diri daripada pelbagai
penyakit berbahaya (Danial Zainal Abidin, 1998:54).

Rasulullah SAW menggalakkan aktiviti sebegini melalui hadisnya iaitu :

‫ُك َما يَلْهُو ِب ِه الْ َم ْر ُء الْ ُم ْس ِ ُِل‬


ُّ ُ ‫ِا ْر ُموا َو ْار َك ُبو ْا َو َأ ْن تَ ْر ُموا َأ َح ُّب ِا َ ََّل ِم ْن َأ ْن تَ ْر َك ُبوا َو‬
. ِ ّ َ ْ‫َ ِ ٌل ِا َّ َر ْم َ ُه ِب َ ْو ِ ِه َو َ ْأ ِ يْ َب ُه َ َر َ ُه َو ُم َ َ َب َ ُه ِا ْم َر َأ َ ُه َا ِء َّ ُ َّن ِم َن ال‬

“Memanah dan menungganglah. Sesungguhnya kamu memanah


lebih aku sukai daripada kamu menunggang. Setiap apa yang seseorang
muslim itu bersuka-suka dengannya adalah sia-sia kecuali aktiviti
memanah dengan busar, melatih kudanya dan gurau sendanya dengan
isterinya. Sesungguhnya segala itu termasuk dalam perkara yang benar.”

(Riwayat Ibn Majah)


3

Ini adalah sebagai bukti bahawa Islam sangat mengambil berat terhadap aktiviti
riadah bagi melahirkan individu yang kuat dan sihat serta bersedia untuk melakukan apa
sahaja tugas yang akan diberikan. Dengan lain perkataan, hal ini jelas menunjukkan
betapa Islam menggalakkan umatnya supaya menjaga kesihatan mental dan fizikal serta
berusaha menjadi umat yang kuat dan cergas sepanjang masa. Islam juga mengajar
manusia supaya menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang
penyakit. Namun kebanyakan daripada masyarakat pada hari ini mengabaikan senaman
dengan memberi pelbagai alasan termasuk kesibukan dengan kerja. Sikap sebegini amat
merugikan kerana banyak faedah yang akan diperolehi dengan mengamalkan senaman
dan mengekalkan kecerdasan selain dapat menghindari diri daripada serangan penyakit.

1.2 Latar Belakang Masalah

Tidak kira golongan tua atau muda, aktiviti mengeluarkan peluh atau bersenam
hendaklah dijadikan amalan. Kesihatan tidak akan terpelihara hanya dengan mengawal
pemakanan sebaliknya rutin senaman perlu dilakukan secara sistematik.

Walaupun kepentingan senaman dan faedah daripada senaman yang kerap jelas
diketahui umum namun penglibatan masyarakat dalam aktiviti senaman agak
membimbangkan. Fenomena ini turut merisaukan pelbagai pihak kerana kita dapati
masalah kegemukan menjadi ancaman penyakit dan isu kesihatan yang hangat
dibicarakan. Ramai di kalangan wanita yang mengalami obesiti akibat daripada
kurangnya aktiviti fizikal. Oleh itu, senaman adalah sebagai salah satu cara bagi
membantu mengawal berat dan memperbaiki bentuk badan, menghalang atau
melengahkan penyakit kronik, melewatkan proses penuaan dan meningkatkan keyakinan
diri. (http://jknpenang.moh.gov.my/modules/news/index.php)
4

Masalah kesihatan turut mengalami perubahan yang dahulunya kebanyakan


masyarakat hanya menghadapi masalah kekurangan zat dan vitamin. Jika dilihat pada
masa sekarang kita dapati telah berubah dan sebahagian masyarakat mengalami masalah
kesihatan disebabkan makan secara berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal
yang seterusnya membawa kepada masalah lebihan kolestrol dan kegemukan. Menurut
Utusan Malaysia Online yang bertarikh 17 Mei 2009 menjelaskan bahawa gaya hidup
yang tidak aktif merupakan faktor risiko utama kepada serangan penyakit terutama bagi
penyakit jantung dan kardiovaskular (http://www.utusan.com.my). Ratusan kajian telah
menunjukkan bahawa senaman yang kerap adalah penting bagi kesihatan tubuh badan
dan seterusnya memperbaiki tahap kesihatan dan kualiti hidup. Tambahan lagi, gaya
hidup masyarakat yang semakin moden telah menyebabkan munculnya banyak peralatan
yang menggunakan teknologi bagi memudah dan mempercepatkan sesuatu urusan.

Oleh itu, kita seharusnya melihat arus penyakit pada hari ini lebih menjurus
kepada unsur pemakanan dan gaya hidup walaupun mungkin terdapat juga faktor
persekitaran yang menyumbang kepada masalah penyakit tersebut. Sepatutnya,
masyarakat perlu mempunyai kesedaran dalam diri untuk menggiatkan lagi penjagaan
kesihatan walaupun dalam usia muda kerana pengabaian kesihatan menyebabkan kita
ditimpa pelbagai penyakit.

Melihat kepada beberapa permasalahan yang timbul dan pentingnya senaman


untuk menjaga kesihatan, penyelidik berminat untuk mengkaji “Persepsi Pelajar SPS
terhadap Penjagaan Kesihatan Menerusi Senaman dari Perspektif Islam”.
5

1.3 Pernyataan Masalah

Penjagaan kesihatan diri bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh oleh
setiap orang. Namun begitu, tidak ramai yang menitikberatkan soal penjagaan kesihatan
diri masing-masing yang seterusnya mengundang kepada pelbagai penyakit berbahaya.

Peningkatan utama bagi masalah kesihatan di negara ini adalah disebabkan oleh
gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya tahap kesedaran
masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri terutamanya dari aspek
senaman atau aktiviti fizikal dan kebanyakannya memandang remeh berkenaan dengan
isu ini (http://www.utusan.com.my). Walaupun Kementerian Kesihatan telah
mengadakan banyak kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada orang awam
tetapi masih dalam keadaan yang sama. Mungkin ada sesetengah golongan menyedari
tentang hakikat ini dan ada juga segelintir golongan yang menganggap kesihatan hanya
perlu dijaga apabila sudah berusia. Walhal usia bukanlah sebagai satu jaminan untuk kita
terus sihat tetapi usia adalah pemangkin untuk kita terus menjaga kesihatan diri.

Kajian ini dilakukan kerana sebahagian besar masyarakat hanya mengetahui dan
mempraktikkan aspek senaman menurut cara Barat contohnya aktiviti senamrobik.
Mereka tidak mengetahui hakikat sebenar bahawa dalam Islam juga ada menggariskan
soal penjagaan kesihatan menerusi senaman bagi umatnya. Salah satunya adalah melalui
ibadat solat yang telah pun dibuktikan oleh beberapa kajian saintifik tentang kesan
positif ke atas kesihatan jasmani dan rohani. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh
Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas, dan Ng Siew Cheok, solat selain sebagai
ibadah, boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana. Ia melibatkan
pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk, dan sujud yang mana pergerakan yang
istimewa ini menyamai senaman regangan. Solat memberi kesan kepada psikologi,
6

tulang otot, dan serebral selain memperbaiki fungsinya supaya dapat beroperasi dengan
lebih baik (Fatimah Ibrahim et.al, 2009:92).

Sehubungan dengan masalah-masalah yang timbul, maka kajian ini


diketengahkan untuk melihat apakah persepsi pelajar terhadap kepentingan senaman
sebagai satu cara menjaga kesihatan. Di samping itu, kajian ini akan mengkaji tentang
pengetahuan dan tahap pengamalan pelajar tersebut dalam melakukan senaman.

1.4 Objektif Kajian

Tiga objektif kajian telah digariskan bagi melicinkan pelaksanaan kajian iaitu:

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan responden terhadap aspek penjagaan kesihatan


menerusi senaman dari perspektif Islam.

1.4.2 Mengenalpasti persepsi responden terhadap kepentingan senaman dalam


penjagaan kesihatan.

1.4.3 Mengkaji amalan senaman yang dilakukan oleh responden dalam kehidupan
seharian.
7

1.5 Persoalan Kajian

Dalam mencapai objektif kajian yang ditetapkan, beberapa persoalan kajian perlu
dijawab bagi membolehkan kajian ini mencapai seperti apa yang telah dirancang.
Persoalan kajian ini adalah:

1.5.1 Setakat manakah tahap pengetahuan responden terhadap penjagaan kesihatan


menerusi senaman dari perspektif Islam?

1.5.2 Apakah persepsi responden terhadap kepentingan senaman dalam penjagaan


kesihatan?

1.5.3 Apakah bentuk amalan senaman yang dilakukan oleh responden dalam
kehidupan seharian?

Anda mungkin juga menyukai