Anda di halaman 1dari 67

PENGGUNAAN „PAGAR HUKUM‟ DAPAT MEMBANTU MURID

TAHUN 3 MENGINGATI PENGERTIAN JENIS-JENIS HUKUM DALAM

ISLAM

NANI SYAFIQAH BINTI SEHAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

NOVEMBER 2014
PENGGUNAAN “PAGAR HUKUM” DAPAT MEMBANTU MURID TAHUN

3 MENGINGATI PENGERTIAN JENIS-JENIS HUKUM DALAM ISLAM

NANI SYAFIQAH BINTI SEHAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

NOVEMBER 2014

PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Dengan Kepujian Pendidikan Islam Pendidikan Rendah”

Tandatangan : ……………………………………….

Nama Penyelia: USTAZ WAN YUSOF BIN WAN SULONG

Tarikh : NOVEMBER 2014


HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ……………………………………….

Nama Penulis : NANI SYAFIQAH BINTI SEHAT

Tarikh : NOVEMBER 2014


HALAMAN DEDIKASI

Sang Pencipta yang Maha Pemurah, serta junjungan besar Nabi Muhammad

s.a.w.

Khas untuk inspirasi hidup, bonda Hajah Sakenas binti Muhamad dan

ayahanda Haji Sehat bin Atan serta ahli keluarga di dunia dan akhirat.

Tidak lupa juga buat semua guru dan pensyarah yang telah mendidik diri ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan khususnya PISMP 8.02 dan K.A.M.I yang

bersama mengharungi suka duka mengutip mutiara ilmu selama 5 tahun

setengah di sini.

dan

Kepada individu-individu yang membantu dalam pelaksanaan kajian ini.


PENGHARGAAN

Saya ingin merakamakan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia

kajian tindakan, Ustaz Wan Yusof bin Wan Sulong atas bimbingan dan dorongan

yang begitu membantu saya sepanjang tempoh penyelidikan ini. Tidak lupa juga

kepada Ustazah Rozita binti Md. Noh selaku pensyarah bagi mata pelajaran PIM

3153 yang turut sudi berkongsi ilmu serta tips yang berguna bagi saya dalam

menyempurnakan kajian ini.

Kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya daripada warga SK Sungai

Selimut (bukan nama sebenar ) amat saya hargai dalam menyumbangkan maklumat,

sokongan dan bantuan dalam setiap perkara yang saya perlukan sepanjang proses

perlaksanaan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan taulan yang turut sama memberikan

idea serta menyumbangkan fikiran serta nasihat yang berguna sebagai panduan bagi

saya untuk menghasilkan kajian yang tepat.

Jutaan terima kasih yang tidak terucap ditujukan kepada kedua ibu bapa dan

keluarga yang tersayang yang sentiasa memberi galakan dan sentiasa mendoakan

kejayaan saya. Kalian merupakan sumber inspirasi saya.

Akhir sekali kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak

dalam menjayakan kajian yang saya laksanankan ini, saya dahulukan dengan terima

kasih buat kalian.menyiapkan laporan ini. Semoga jasa baik kalian akan dikira oleh

Allah sebagai ibadah dan pahala untuk bekalan di akhirat kelak. InsyaAllah.
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk memberi penambahbaikan kepada amalan pembelajaran


dan pengajaran guru dalam membantu murid mengingati serta memahami pengertian
jenis-jenis hukum dalam Islam dengan menggunakan „Pagar Hukum‟. Responden
bagi kajian ini melibatkan empat orang murid tahun 3 di daerah Banting. Data kajian
ini dikumpul menggunakan instrumen pemerhatian, temubual, soal selidik, analisis
dokumen (lembaran kerja,ujian khas, nota lapangan). Hasil daripada data kajian
menunjukkan semua murid dapat mengingati dengan lebih baik dan yakin selepas
bermain dengan „Pagar Hukum‟. Penggunaan „Pagar Hukum‟ ini perlu diteruskan
lagi bagi membantu murid untuk mengingati serta memahami pengertian jenis-jenis
hukum dalam Islam.
ABSTRACT

This action research is conducted to provide improvements to the practice of


learning and teaching to help students remember and understand the sense of the
types of laws in Islam by using the „Pagar Hukum‟. Respondents for this study
involved four pupils of Year 3. Data were collected using observation, interviews,
analysis of documents (worksheets, special tests, field notes). Results of the data
showed that all pupils can remember better and confident after playing with the
„Pagar Hukum‟. Use „Pagar Hukum‟ has to go further to help the students to
remember and understand the sense of the types of laws in Islam.
KANDUNGAN

Muka Surat
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
HALAMAN KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH x
SENARAI LAMPIRAN xi

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 3
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 7
2.0 FOKUS KAJIAN 10
2.1 Tinjauan Masalah 14
2.2 Analisis Tinjauan Masalah 15

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Kajian 17
3.2 Soalan Kajian 17

4.0 KUMPULAN SASARAN 18


5.0 TINDAKAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah 22
5.2 Analisis Tinjauan Masalah 23

5.3 Prosedur Tindakan 23

5.4 Cara Mengumpul Data 29


6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 33
7.0 DAPATAN KAJIAN 40
8.0 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN 44

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 45

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN-LAMPIRAN
SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

1 Tinjauan Masalah 14

2 Analisis Tinjauan Masalah 15


3 Ringkasan Kumpulan Sasaran Kajian 21
4 Cara Pelaksanaan „Pagar Hukum‟ 27
5 Contoh Senarai Semak Pemerhatian 29
6 Senarai Semak Pemerhatian (Sebelum) 33
7 Senarai Semak Pemerhatian (Selepas) 34
8 Analisis data lembaran kerja 37
SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

1 Model Kemmis dan McTaggart 24


2 Pagar Hukum Yang Menjadi Bahan Bantu Mengajar 28
3 Contoh Borang Jurnal Refleksi Pengajaran 31
4 Jurnal refleksi pengajaran sebelum penggunaan Pagar 35
Hukum
5 Jurnal refleksi pengajaran selepas penggunaan Pagar 36
Hukum
SENARAI LAMPIRAN

Lampiran

A Borang Pemerhatian

B Borang Catatan Refleksi Guru

C Lembaran Kerja

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Untuk murid sekolah rendah di Malaysia, mata pelajaran Pendidikan Islam wajib

dipelajari dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam adalah satu mata pelajaran

yang mendidik akal, jasmani, dan ruh manusia berasaskan nilai insaniah

bersumberkan al-Quran dan al-Hadith bagi melahirkan manusia yang bertakwa.

Seperti mana yang tertulis di dalam al-Quran:

      

Maksudnya:

138. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk

serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

(Surah Ali-Imran ayat 138)

Pendidikan Islam di sekolah rendah mengandungi enam bidang yang telah

dibahagikan. Bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), bidang tersebut

adalah Tilawah Al-Quran, Asas Ulum Syariah (Akidah, Ibadah dan Sirah), Adab dan

Akhlak Islamiyah serta Jawi. Manakala pada tahun 2010 yang lalu, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah menggubal sistem pendidikan dengan menggantikan KBSR

kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Untuk KSSR bidang Hadis

yang telah diserap masuk ke dalam sukatan Pendidikan Islam sekolah rendah.
Untuk semester 8 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini setiap guru

pelatih dikehendaki melaksanakan satu kajian tindakan bagi melayakkan diri

ditauliahkan ijazah sarjana muda. Bagi pengkhususan Pengajian Islam, setiap guru

pelatih dikehendaki melaksanakan kajian tindakan berdasarkan masalah pembelajaran

dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang dijumpai semasa di dalam kelas.

Sebagai seorang guru pelatih, pelbagai masalah yang telah dijumpai namun yang

ingin saya fokuskan untuk kajian tindakan kali ini adalah bidang ibadah.

Murid yang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran melalui Kurikulum

Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam tahun 3, perlulah berkebolehan

memahami dan mengamalkan asas ibadah sebagai memenuhi tuntutan fardhu ain dan

fardhu kifayah (Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 3, 2012)

Ibadah dalam pengertiannya yang luas ialah seluruh perlakuan dalam kehidupan

yang sejajar dengan kehendak syarak serta diniatkan untuk mengabadikan diri

kepada-Nya. Hal ini bertepatan dengan firman Allah yang berbunyi:

      

Maknanya:

dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Surah az-Zariyat ayat 56)

Dalam melaksanakan sesuatu ibadah, setiap individu perlulah jelas dalam

mengetahui setiap hukum. Pendidikan Islam Tahun 3 telah memperkenalkan

pengertian jenis hukum kepada murid Islam di Malaysia, ini adalah salah satu usaha

yang patut dipuji kerana murid telah diperkenalkan dengan jenis hukum pada usia
kecil lagi. Sesungguhnya amat penting bagi murid-murid untuk mengetahui hukum-

hukum bagi setiap perbuatan, jika tidak kesan buruknya boleh dilihat pada masa

depan mereka apabila berganjak remaja dan dewasa kelak. Kebanyakan remaja lebih

cenderung ke arah aktiviti kehidupan keduniaan daripada melakukan ibadat kepada

Allah s.w.t.

Hal ini berlaku kerana kurangnya penghayatan serta kefahaman murid-murid

dalam asas Ibadah. Mereka tidak tahu setiap hukum di atas setiap perbuatan dan

tindak tanduk mereka. Perkara ini boleh memberi kesan jangka masa panjang

sekiranya dibiarkan begitu sahaja kerana dikhuatiri mereka ini akan mampu

merosakkan agama Islam itu sendiri.

1.2 Refleksi Pembelajaran Dan Pengajaran Yang Lalu

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya saya berjaya

mengharungi saya telah berjaya mengharungi praktikum fasa terakhir selama tiga

bulan dengan jayanya. Untuk praktikum ketiga ini, saya telah diberi peluang untuk

menjalani sesi praktikum di salah sebuah sekolah kawasan kampung yang terletak di

daerah Banting, Selangor bermula dari 27 Januari 2014 sehingga 25 April 2014.

Untuk praktikum fasa ketiga ini, saya telah diberi amanah untuk mengajar

murid-murid di Tahun 3 Jaya dan Tahun 4 Jaya. Untuk praktikum kali ini, major bagi

guru pelatih pengkhususan Pengajian Islam adalah Pendikan Islam dan minor pula

adalah Pengajian al-Quran. Di sekolah ini, saya telah menerima tiga waktu mengajar

di tahun 3 dan tiga waktu tahun 4 bagi subjek major, Pendidikan Islam dan dua
waktu mengajar di tahun 4 bagi subjek minor, Pengajian al-Quran. Semasa minggu

keempat pada tarikh 19 Februari 2014 pada jam 8.30-9.30 pagi, mengikut rancangan

pengajaran tahunan sekolah, bidang untuk tahun tiga pada hari itu adalah ibadah dan

tajuk pelajarannya adalah pengertian jenis-jenis hukum di dalam Islam.

Suasana di kelas ketika saya masuk pada hari itu adalah semua murid kelihatan

bersedia pada awalnya. Setelah fasa pemerhatian di jalankan, murid-murid secara

rawaknya dapat meneka tajuk pelajaran pada hari ini. Mereka seperti biasa menunggu

saya meneruskan pelajaran pada hari tersebut.

Dalam objektif rancangan pengajaran harian saya pada hari tersebut adalah

murid dapat menyenaraikan hukum dalam Islam untuk objektif pertama, untuk

objektif kedua, murid dapat menyatakan hukum – hukum dalam Islam dengan betul

setelah mendengar penerangan guru. Waktu pembelajaran dan pengajaran pada hari

itu hanya dihabiskan untuk fasa imaginasi sahaja kerana di sini ramai murid-murid

yang tidak dapat menyebut pengertian hukum dengan betul semasa sesi sumbang

saran. Saya juga telah memilih seorang murid untuk menyatakan semula pengertian

hukum harus tetapi murid tersebut hanya memandang saya dan cuba menjawab

pertanyaan saya namun murid tersebut salah menjawab dengan memberi pengertian

makruh. Saya membiarkan murid tersebut berdiri dan memanggil murid lain dan

menanyakan soalan yang sama dan murid kali ini hanya berdiri dan mendiamkan diri.

Ada murid lain bersuara dari belakang kelas, “Kelirulah ustazah, semua macam

dekat-dekat sahaja”. Bagi meningkatkan motivasi dan keyakinan murid yang saya

pilih untuk menjawab soalan saya tadi, saya telah memuji murid berkenaan kerana

berani mencuba dan berusaha untuk menjawab. Saya terus bertanya kepada kelas
tersebut pengetian hukum haram namun hanya ada suara kecil yang menjawab.

Itupun antara yakin dan tidak.

Pada pemerhatian saya, seorang murid di dalam kelas 3 Jaya ini yang boleh

dikatakan pintar berbanding dengan rakan yang lain juga mengalami sedikit

kekeliruan namun setelah dibimbing oleh guru, murid tersebut mampu menyebut

pengertian dengan baik. Namun berbeza dengan rakan-rakannya yang lain kerana

jurang pemikiran mereka adakalanya begitu ketara kerana ada murid yang tidak tahu

membaca langsung.

Saya juga perlu lebih peka dengan aras pencapaian murid di dalam kelas

tersebut kerana kelas 3 Jaya merupakan kelas di mana pencapaian murid berada pada

tahap rendah. Terdapat juga lebih 6 orang murid yang masih berada di kelas

pemulihan bagi bidang Jawi dan al-Quran serta matapelajaran Bahasa Melayu.

Melihat semula kepada proses pembelajaran dan pengajaran saya, saya sedar

terdapat kekurangan dari segi kaedah pembelajaran yang dipraktikkan dan juga

kekurangan bahan bantu mengajar yang menarik. Setelah mereflek amalan pengajaran

saya semasa di dalam bilik darjah, saya dapati teknik penerangan yang saya gunakan

kurang berkesan kerana saya tidak menggunakan sebarang bahan maujud semasa sesi

penerangan saya. Menurut Shamsina (2011), penerangan yang baik perlu disertakan

dengan contoh-contoh yang jelas dan tepat (menggunakan bahan bantu adalah lebih

baik) agar murid mendapat pemahaman yang lebih baik tentang perkara yang

diterangkan.
Saya juga telah meminta pandangan beberapa orang murid mengenai cara

penyampaian pembelajaran dan pengajaran saya semasa di bilik darjah. Rata-rata

mereka menyatakan bahawa pembelajaran yang saya jalankan agak membosankan

dan tidak menarik. Murid-murid sekolah rendah terutamanya murid tahap satu mudah

bosan dengan pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam

kelas.

Saya begitu terkesan dengan penyataan yang dikeluarkan oleh saudara Ahmad

Mohd Salleh (2008) bahawa sekiranya seorang guru tidak dapat menyampaikan ilmu

secara efektif walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, guru itu tetap dianggap

tidak berjaya. Saya khuatir jika pembelajaran dan pengajaran saya pada hari itu tidak

dapat meresap di dalam minda anak murid saya dan lebih merisaukan saya jika

mereka terkeliru dengan pengertian jenis-jenis hukum mereka akan meninggalkan

perkara yang diperintahkan oleh Allah dan melakukan perkara yang dilarang pula.

Contonhnya, saya ragu-ragu mereka akan keliru antara kewajipan solat fardhu serta

solat sunat dan hukum bercakap ketika mengangkat wuduk di antara makruh dan

haram. Lebih membimbangkan, takut mereka menyampaikan kepada kedua ibubapa

mereka atau keluarga memandangkan kawasan sekolah ini adalah kawasan kampung

dan kebanyakannya ibubapa adalah daripada golongan yang tidak berpelajaran. Ini

boleh mengundang kepada salah faham atas kefahaman hukum dan mengundang

kepada kemurkaan Allah.

Saya percaya jika murid-murid mampu memahami pengertian jenis-jenis

hukum ini, mereka akan lebih mudah menjalankan amal ibadah seharian sekaligus

mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar. Kanak-kanak lebih suka didekatkan
dengan hukuman daripada Allah kerana mereka lebih takut dengan balasan di neraka

dan mereka inginkan ganjaran di syurga. Saya juga telah menekankan kepada mereka

bahawa menuntut ilmu adalah wajib. Seperti di dalam hadith Nabi:

Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim.


(Riwayat Anas ibnu Malik)

Berdasarkan hadith yang sering saya katakan ini, murid telah mengetahui

bahawa apabila mereka mendengar dan memberi fokus kepada pembelajaran dan

pengajaran pada hari ini mereka akan diberi ganjaran pahala. Berbalik kepada

kekeliruan murid di dalam memahami pengertian jenis-jenis hukum, saya berbisik di

dalam diri saya untuk berusaha membantu murid-murid ini umtuk mengatasi masalah

mereka.

Ebbutt dan Chow (2011) menerangkan bahawa kajian tindakan

merupakan kajian sistematik terhadap usaha untuk menambah baik amalan

pendidikan oleh sekumpulan pendidik melalui tindakan praktik serta refleksi terhadap

kesan amalan mereka. Melalui peristiwa inilah, saya bertekad untuk melakukan

penambahbaikan dalam amalan pembelajaran dan pengajaran saya dengan mengambil

kira pendapat murid yang menginginkan saya mengaplikasikan kaedah permainan

semasa saya mengelolakan pembelajaran dan pengajaran. Berdasarkan pendapat

murid, saya telah memikirkan satu bahan bantu mengajar yang boleh menyenaraikan

kesemua jenis-jenis hukum. Oleh itu, terciptalah satu idea kecil saya untuk

menggunakan Pagar Hukum terhadap bidang ibadah agar murid lebih seronok dan

tertarik dalam memahami dan mengingati hukum dalam Islam.


1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Tugas guru Pendidikan Islam adalah sebagai murabbi, mualim, muaddib, alim atau

ulama‟. Sebagai seorang guru Pendidikan Islam adalah menjadi kewajipan untuk

mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan berlandaskan syarak kerana ianya

merupkan elemen terpenting bagi mencapai kebahagiaan hidup sama ada di dunia

ataupun di akhirat.

Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri yang menyatakan bahawa Pendidikan

Islam adalah salah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran,

keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai

tanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah

mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Tinjauan yang saya lakukan pada amalan pembelajaran dan pengajaran saya

yang lalu, murid-murid tidak dapat membezakan jenis-jenis hukum dalam Islam. Ini

juga berlaku kerana kurangnya bahan yang menarik daripada guru dan

mengakibatkan murid bosan serta hilang fokus.

Saya berasa amat bersalah kepada murid-murid kerana gagal memnyalurkan

ilmu pengetahuan dengan sebaiknya. Saya sepatutnya berusaha dengan lebih

bersungguh dalam memikirkan kaedah yang lebih menarik bagi memudahkan

kefahaman murid-murid saya berkenaan dengan jenis-jenis hukum. Hal ini

membuatkan saya sedar akan tanggungjawab sebenar saya sebagai seorang guru

Pendidikan Islam.
Tugas saya di sekolah bukanlah sahaja berfungsi sebagai seorang guru biasa

sahaja yang hanya perlu menjalankan pengajaran di sekolah, malah dalam masa yang

sama saya turut menggalas amanah sebagai seorang pendakwah. Ini kerana sebagai

seorang umat Rasulullah s.a.w, telah diberikan tanggungjawab dalam menyampaikan

seruan, memimpin umat dan mentadbirkannya selepas kewafatan baginda. Ayat

mudah bagi penjelasan ini adalah kita adalah semua pelapis yang perlu meneruskan

tugasan dakwah ini dalam melahirkan insan-insan yang benar berada di landasan

yang benar. Insan-insan yang menjadi sasaran saya yang terdekat dalam usaha

menyampaikan dakwah ini sudah pastilah murid-murid saya sendiri.

Murid-murid saya menghadapai kekeliruan dalam mengenali jenis-jenis

hukum dalam Islam. Ini benar-benar merisaukan saya kerana bagi saya ini adalah

perkara asas Ibadah yang wajib diketahui oleh umat Islam. Harapan saya agar dengan

usaha saya dalam membaiki amalan pembelajaran dan pengajaran saya ini untuk

membantu mereka dalam mengingati jenis-jenis hukum.

Ibadah di dalam Islam tidak disyariatkan untuk mempersempitkan atau

mempersulitkan manusia, dan tidak pula untuk menjatuhkan mereka di dalam

kesulitan. Akan tetapi ibadah itu disyariatkan dengan hikmah yang agung, ganjaran

yang besar yang tidak dapat dihitung jumlahnya. Antara keutamaan ibadah adalah

mensucikan jiwa dan membersihkannya.

Dengan usaha ini, saya amat berharap agar anak murid saya dapat beramal

dengan perbuatan-perbuatan yang betul dan disukai Allah dan meninggalkan

perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah. Disebabkan itu saya merasakan


kefahaman berkenaan jenis-jenis hukum ini adalah begitu penting agar murid-murid

dapat mengetahui perkara seharian yang mereka lakukan itu adalah betul ataupun

ditegah oleh agama Islam.

Guru yang mengajar Pendidikan Islam hendaklah menganggap profesion ini

sebagai satu jihad untuk mencegah kejahilan, kelalaian dan akibat tidak berilmu

pengetahuan. Ini kerana guru merupakan bukan sahaja hanya mendidik murid untuk

keunggulan minda tetapi untuk kemantapan rohani serta sahsiah kerana kita

merupakan jurutera manusia.


2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN

Sepertimana yang boleh dilihat, murid saya mengalami kekeliruan dalam memahami

pengertian jenis-jenis hukum. Kajian saya akan memfokuskan kepada penggunaan

Pagar Hukum yang saya cipta untuk membantu murid meningkatkan kefahaman

tentang pengertian jenis-jenis hukum dalam Islam.

Masalah ini berlaku kerana berpunca daripada kegagalan saya untuk

menimbulkan minat mereka dalam memberi sepenuh perhatian dalam pembelajaran

dan pengajaran saya. Ini mungkin kerana teknik penerangan saya yang kurang

menarik dan murid kurang menumpukan perhatian sewaktu proses pembelajaran dan

pengajaran diadakan. Ada murid yang fokus dan ada juga yang mindanya ke mana

walaupun tubuhnya berada di hadapan mata saya. Ada yang berbual dan ada yang

mengganggu rakan mereka yang sedang fokus kepada saya.

Melihat kepada keadaan yang berlaku, saya dapati perkara ini akan menjadi

lebih teruk sekiranya tidak ditangani. Dalam hati kecil saya, saya perlu menyediakan

bahan bantu mengajar yang menarik dan menyeronokkan untuk menarik minat murid

dalam memberikan komitmen di dalam kelas saya.

Setelah mereflek dan mengambil kira minat murid, saya dan bersama-sama

guru Pembimbing saya telah memilih untuk menggunakan pendekatan yang disukai

murid. Hasil perbincangan kami menemuai kaedah penggunaan permainan dengan

bahan bantu yang sesuai dapat membantu mereka untuk mengingati jenis-jenis
hukum dalam Islam. Sifat semulajadi seorang kanak-kanak ialah sukakan kepada

sesuatu yang berbentuk mainan, Mariani (2009).

Sebagai seorang guru yang didedahkan dengan pelbagai ilmu di kampus, saya

menggunakan kreativiti saya untuk mencipta satu alat untuk penyampaian ilmu yang

dapat memudahkan murid saya dalam memahami suatu isi pelajaran. Dalam hal ini

saya ingin mereka memahami serta mengingati jenis-jenis hukun dalam Islam.

Bentuk permainan yang sesuai telah saya fikirkan dengan mengambil kira

faktor umur murid, persekitaran murid dan juga tahap pemikiran murid. Setelah

mengambil kira faktor tersebut, akhirnya saya telah mendapat idea untuk

mengaplikasikan kaedah permainan dengan menggunakan model „ Pagar Hukum‟.

Model Pagar Hukum yang saya bina ini merupakan bahan yang ringan dan

boleh dipakai oleh semua murid. Pagar Hukum yang direka ini lebih berbentuk

kepada satu alat permainan yang pasti mengundang keterujaan di dalam diri murid.

Tambahan lagi, kos penghasilan model ini juga adalah sangat berpatutan dan struktur

binaan yang kukuh juga tidak merisaukan saya dengan tempoh hayat Pagar Hukum

ini.

Kepentingan model Pagar Hukum adalah usaha untuk meningkatkan

kefahaman murid tentang pengertian jenis-jenis hukum membantu memurnikan

keperluan rohani murid itu sendiri. Jika diteliti, apabila murid-murid ini dapat

memahami pengertian jenis-jenis hukum ini, mereka akan lebih berhati-hati untuk

melakukan sesuatu di dalam kehidupan seharian mereka. Murid akakn mengetahui


hukum meninggalkan solat adalah haram dan mendapat balasan dosa dan ini

mungkin dapat meningkatkan motivasi murid untuk melaksanakan solat lima waktu

sehari semalam. Hukum melawan cakap ibubapa adalah haram dan pengertian haram

adalah buat dapat dosa tinggal dapat pahala. Jika murid benar-benar faham akan

pengertian jenis-jenis hukum, murid tidak akan melawan cakap ibubapa kerana takut

menjadi anak derhaka. Jadi sudah jelas, mengapa saya meletakkan isu ini sebagai isu

terpenting untuk cuba saya selesaikan dalam kajian tindakan saya.

„Pagar Hukum‟ boleh digunakan oleh semua murid sekolah khususnya pada

peringkat sekolah rendah kerana tahap kebolehgunaannya adalah tinggi. Dalam erti

kata lainnya, „Pagar Hukum‟ sangat mudah diselenggarakan oleh murid-murid dan

tidak memerlukan kepada kemahiran teknikal yang tinggi kerana mereka hanya perlu

menggerakkan kotak yang dibuat dari mounting board yang telah ditebuk dan

diletakakan di rod kayu. Selain itu. Kaedah ini sememangnya sangat praktikal

memandangkan ciri-cirinya yang hands on, serta sesuai diaplikasikan di sekolah

sebagai bahan bantu belajar sebagaimana yang dinyatakan oleh Noraziah Abdul

Hamid (1991) bahawa alatan mengajar dalam pengajaran mestilah dianggap sebagai

satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Sebagai tambahan, „Pagar Hukum‟

ini juga boleh digunakan dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris di mana

murid-murid boleh menukarkan atau menampal „verb‟ bagi setiap „tenses‟ yang

berbeza.

Peralatan yang digunakan pula mudah didapati dan disediakan oleh guru

tanpa perlu kepada langkah-langkah yang rumit. „Pagar Hukum‟ ini juga tidak

mengundang bahaya kepada murid-murid. Bilik j-Qaf dan surau sekolah akan
digunakan secara maksimum untuk menjalankan kajian yang telah dirancangkan

serta kajian hanya akan diadakan pada waktu PdP Pendidikan Islam sahaja dan tidak

mengganggu waktu PdP yang selainnya. Hal ini adalah bertepatan dengan pelan

tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk Melindungi Masa

Instruksional (MMI) di sekolah dalam usaha memastikan waktu pembelajaran murid

tidak diganggu oleh faktor-faktor luaran yang tidak berkaitan.

Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin (2003) menyatakan kolaboratif

sangat penting dalam langkah melaksanakan kajian tindakan agar selaras dengan

falsafah, matlamat, dan objektif pengalaman yang bersesuaian. Kajian ini hanya

dapat dijalankan dengan kerjasama daripada beberapa pihak terlibat termasuklah

pihak pentadbiran sekolah, guru pembimbing, pensyarah pengkaji, para guru, ibu

bapa dan murid itu sendiri. Dalam melaksanakan kajian tindakan, adalah sangat

penting bagi seseorang pengkaji untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak

sekolah untuk menggunakan murid-murid terpilih bagi membantu menyelesaikan

kajian yang dijalankan. Selain itu, guru-guru Pendidikan Islam terutamanya guru

serta pensyarah pembimbing juga akan menjadi rujukan jika terdapat sebarang

kemusykilan dalam melaksanakan kajian yang telah dicadangkan. Pihak ibu bapa

atau penjaga responden juga perlu memberikan kebenaran sebelum anak mereka

melibatkan diri secara langsung dengan kajian yang bakal dijalankan.

Akhir sekali, kajian penggunaan Hukum dilihat relevan dengan pembangunan

kemahiran pemahaman murid mengenai pengertian jenis-jenis hukum. Jika murid-

murid dapat memahami pengertian jenis-jenis hukum berkemungkinan besar,

peningkatan prestasi mereka di dalam subjek Pendidikan Islam juga akan bertambah
baik. Selain dapat melahirkan murid yang bersahsiah unggul dan berdaya saing

kerana mereka akan mengamalkan apa yang disuruh dan meningglkan apa yang

dilarang, budaya menghormati guru dengan memberi salam dan mendengar kata,

bantu membantu dengan rakan juga akan dapat dipupuk sekaligus mampu

mewujudkan suasana sekolah yang penyayang sejajar dengan program yang

disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Program Guru Penyayang.

2.1 Tinjauan Masalah

Langkah Tindakan Tujuan

Langkah 1 Merefleks - Melihat kembali kekuatan dan kelemahan amalan


pengajaran guru sepanjang proses pembelajaran dan
pengajaran berlangsung

Langkah 2 Pemerhatian - Membuat pemerhatian terhadap sikap dan respon


murid yang ditunjukkan di dalam kelas.
- Memerhatikan sejauh mana murid dapat mengingati
pengertian hukum-hukum dalam Islam

Langkah 3 Lembaran kerja - Menilai hasil kerja murid dan menilai penguasaan
murid terhadap isi pelajaran.
- Merumuskan tahap kefahaman murid-murid

Langkah 4 Ujian diagnostik - Penilaian terhadap markah murid-murid


- Melihat penambahbaikan prestasi setelah aplikasi
model Pagar Hukum
- Menilai keberkesanan kaedah yang digunakan
- Membanding beza tahap penguasaan murid untuk
tindakan lebih lanjut: (latih tubi)

Langkah 5 Temu bual - Mendapatkan respon murid tentang penggunaan


Pagar Hukum
- Mengetahui kecenderungan dan minat murid

(Jadual 1: Tinjauan Masalah)


2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Langkah Tindakan Masalah yang dikenalpasti

Langkah 1 Merefleks - Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang tidak


dapat menarik perhatian murid-murid.
Langkah 2 Pemerhatian - Melihat respon murid yang tidak dapat memberi
fokus sepenuh perhatian.
- Murid bermain dengan alat tulis yang terdapat di
atas meja.
- Murid mengganggu rakan yang berada di
sebelahnya.
- Murid tidak dapat menjawab soalan yang
diajukan oleh guru.
- Murid tidak dapat membezakan pengertian jenis-
jenis hukum.
Langkah 3 Lembaran kerja - Murid banyak bertanya ketika menjawab soalan
pada lebaran kerja yabg diberikan.
- Terdapat murid yang perlu dibantu satu persatu
oleh guru untuk menjawab soalan yang diberikan.
- Murid meniru jawapan rakan mereka.
- Murid juga terkial-kial ketika menjawab soalan.
Langkah 4 Ujian diagnostik - Murid kelihatan tidak bersedia untuk menjawab
soalan diagnostik yang diberikan.
- Murid tidak memahami kehendak soalan.
- Murid lambat membuat keputusan ketika
menjawab soalan.
- Jawapan murid goyah dan murid masib keliru

Langkah 5 Temu bual - Prestasi beberapa orang murid di dalam mata


pelajaran Pendidikan Islam agak rendah.
- Murid mudah bosan dengan kaedah dan bahan
bantu belajar yang digunakan.
- Murid sukakan kaedah permainan
(Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah)
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

1. Kaedah penggunaan “Pagar Hukum” dapat membantu murid mengingati

pengertian jenis-jenis hukum dalam Islam dengan betul.

2. Membantu murid mengatasi masalah kekeliruan pengertian jenis-jenis hukum

dengan penggunaan “Pagar Hukum”.

3. Membaiki amalan guru dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam

melalui penggunaan “ Pagar Hukum”.

3.2 Soalan Kajian

1. Bagaimanakah kaedah penggunaan “Pagar Hukum” dapat membantu murid

mengingati pengertian jenis hukum dalam pelajaran Pendidikan Islam?

2. Bagaimanakan kaedah penggunaan “Pagar Hukum” dapat mengatasi

kekeliruan murid dalam mengingati pengertian jenis-jenis hukum dalam

Pendidikan Islam?

3. Sejauh mana penggunaan Pagar Hukum dapat menambah baik amalan

pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam?


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid daripada tahun 3 Jaya, iaitu 4 daripada 16 orang

murid. Mereka terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan.

Saya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian hanya ke atas empat orang

murid ini sahaja kerana mereka terdiri daripada murid aras pembelajaran lemah di

dalam kelas tersebut. Saya ingin menilai keberkesanan penggunaan „Pagar Hukum‟

yang saya jalankan.

Sasaran kajian merupakan elemen penting dalam menjalankan sesuatu ujian.

Tiada sasaran kajian maka kajian tindakan tidak dapat dijalankan. Pemilihan sasaran

kajian yang tepat dapat memberikan impak yang positif kepada hasil kajian. Saya

telah memilih sasaran kajian berdasarkan latihan yang telah saya jalankan di dalam

kelas.

Bagi mendapatkan maklumat mengenai latar belakang sasaran kajian, saya

telah berkolaboratif bersama guru kelas tahun 3 Jaya untuk menyelidik serba sedikit

latar belakang murid-murid yang telah dikenal pasti.


Sasaran kajian 1 (S1) ialah murid lelaki dan merupakan ketua kelas. Semasa

PdP dijalankan pada awalnya S1 sangat aktif tetapi tiba-tiba sahaja akan diam dan

tidak menunjukkan minat dalam PdP pada hari tersebut. Melalui pemerhatian saya ,

S1 inginkan perhatian dan apabila saya memberikan peneguhan kepada murid lain,

S1 mula untuk menunjukkan tanda protes dengan mendiamkan diri serta tidak mahu

menjawab soalan yang saya ajukan. Melalui temu bual saya dan guru kelas 3 Jaya,

kami berpendapat bahawa apabila diberikan lembaran kerja semasa aktiviti di dalam

kelas, S1 begitu cepat dan pantas menyempurnakan tugasan tersebut. Namun begitu

setelah saya menyemak lembaran kerja yang diberikan, terdapat begitu banyak

kesalahan yang dilakukan sedangkan semasa PdP dijalankan, S1 menunjukkan

respon yang sangat baik bagi setiap soalan.

S2 merupakan murid perempuan yang mempunyai latar belakang keluarga

yang berpecah belah. S2 ialah seorang murid yang kerap berangan ketika PdP

dijalankan. Saya kerap memanggil nama S2 untuk meminta dia kembali fokus

kepada PdP yang sedang dijalankan. S2 juga ialah murid pemulihan Jawi.

S3 adalah murid yang begitu banyak bertanya di dalam kelas dan sedikit

lambat di dalam pembelajarannya. Keluarga S3 sangat tidak menitik beratkan hal

pelajaran anaknya. Ini berdasarkan temu bual saya dengan guru kelas, serta kad

laporan prestasi akademik S3 bersama kembarnya sehingga sekarang yang masih

belum diambil. Pencapaian S3 di dalam kelas juga antara yang lemah.


S4 merupakan murid yang sangat manja dan selalu inginkan perhatian. Dia

tidak akan menjawab tugasan lembaran kerja jika tiada guru di sebelah. Namun

begitu, dia sentiasa menjaga penampilan dan kebersihan serta merupakan murid

pemulihan Bahasa Melayu dan Jawi.

PESERTA CIRI-CIRI

KAJIAN

Jantina Lelaki

Nama Kelas 3 Jaya

Jawatan Ketua Kelas

1 Prestasi Akademik 1. Merupakan murid yang mempunyai pencapaian


yang sederhana di dalam kelas tersebut
Ciri-ciri Unik yang 1. Diam dengan tiba-tiba apabila sedang aktif di
Lain dalam kelas
2. Rajin dan ingin menjadi orang yang paling awal
menyempurnakan kerja.
Jantina Perempuan

Nama Kelas 3 Jaya

Jawatan Murid biasa

Prestasi Akademik 1. Belum mahir membaca dalam Bahasa Melayu


mahupun Jawi.
2. Merupakan murid pemulihan.
2 3. Pencapaian yang lemah di dalam kelas.

Ciri-ciri Unik yang 1. Suka berangan dan tidak memberi perhatian.


Lain

3 Jantina Perempuan

Nama Kelas 3 Jaya

Jawatan Murid biasa

Prestasi Akademik Lemah

Ciri-ciri Unik yang 1. Kurang berminat dengan pengajaran Pendidikan


Lain Islam.
2. Menunjukkan kefahaman yang baik semasa
pembelajaran, namun apabila diberikan lembaran
kerja, hasil kurang memuaskan.

4 Jantina Lelaki

Nama Kelas 3 Jaya

Jawatan Murid Biasa

Prestasi Akademik 1. Rendah


2. Murid pemulihan

Ciri-ciri Unik yang 1. Manja dan inginkan perhatian


Lain

(Jadual 3: Ringkasan kumpulan sasaran kajian)

5.0 TINDAKAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah dilakukan untuk mencari bukti atau data dalam menentukan soalan

yang boleh dijadikan faktor kajian (Chow & Jaizah, 2011). Selain itu, instrumen

pemerhatian, analisis dokumen (lembaran kerja, nota lapangan) dan temu bual

bertujuan mengumpulkan data awal untuk melaksanakan kajian ini.

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian tidak berstruktur kepada murid-murid saya.

Tingkah laku murid semasa proses PdP jenis-jenis hukum di dalam Islam. Saya juga

dapat mengenal pasti tingkahlaku murid yang kurang memberi perhatian dan tidak

berminat dengan isi pelajaran yang disampaikan. Tingkahlaku murid semasa

melengkapkan lembaran kerja juga saya perhatikan.


5.1.2 Analisis Dokumen

Saya telah mengedarkan lembaran kerja selepas memberikan penerangan kepada

murid sebagai fasa perkembagan. Saya juga telah merujuk jurnal refleksi pengajaran

yang saya catatkan di dalam rancangan pengajaran harian saya. Selepas melihat dan

menganalisis hasil jawapan murid, saya dapat mengenal pasti kelemahan murid

dalam membezakan pengertian hukum-hukum dalam Islam.

5.1.3 Temu bual

Beberapa temu bual bersturukur dan tidak berstruktur telah saya laksanakan bersama

murid, guru kelas dan juga guru Pendidikan Islam. Hal ini bertujuan untuk melihat

sejauh mana pengetahuan sedia ada murid dalam pengertian hukum-hukum dalam

Islam dan mata pelajaran Pendidikan Islam itu sendiri.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Pemerhatian

Murid-murid teragak-agak untuk menjawab soalan yang saya ajukan. Terdapat juga

murid-murid yang mendiamkan diri dan hanya menjawab secara perlahan. Selain itu,

terdapat juga murid yang bertingkah laku pasif dengan hanya mendiamkan diri dan

tidak melibatkan diri semasa proses PdP.

5.2.2 Analisis Dokumen


Saya dapati kelemahan utama murid-murid untuk tajuk pengertian Jenis-Jenis

Hukum ini melalui lembaran kerja yang telah saya edarkan adalah keliru dengan

pengertian hukum makruh, harus dan haram.

5.2.3 Temu bual

Melalui temu bual yang saya jalankan, murid-murid sebenarnya berminat dengan

mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya Ibadah, namun mereka seringkali bosan

dan lebih gemar jika PdP yang mempunyai unsur permainan.

5.3 Prosedur Tindakan

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc

Taggart sebagai panduan ataupun indikator saya dalam mengubah amalan pengajaran

saya. Model ini terdiri daripada empat peringkat, iaitu merancang, bertindak,

memerhati, dan mereflek yang dilakukan secara berturutan dalam bentuk gelungan.

Ini dapat dilihat dalam Rajah 1 berikut:


Satu
kitaran
kajian

(Rajah 1 : Model Kemmis dan McTaggart)

Model Kemmis dan McTaggart (1982) yang dirujuk daripada Lily Bellel (1992)

menjelaskan bahawa, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan,

mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh

model Kurt Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan

kumpulan akan menjadikan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal

terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak.

Langkah pertama melibatkan tinjauan awal terhadap pemasalahan yang

berlaku, diikuti dengan pencarian fakta berkaitan dengan situasi dan konteks gaya

PdP di dalam kelas. Setelah langkah awal dilaksanakan, rancangan tindakan

penambahbaikan berdasarkan situasi dan masalah yang berlaku akan dilaksanakan.

Langkah berikutnya ialah saya melaksanakan tindakan mengikut

perancangan. Perancangan pelaksanaan memerlukan pemantauan yang rapi. Ini


kerana pemantauan dan penilaian terhadap tindakan dilakukan adalah untuk

mengumpul data dan menganalisis data.

Langkah seterusnya adalah dengan membuat refleksi terhadap kekuatan dan

kelemahan untuk menambah baik tindakan pada masa akan datang. Melalui

perancangan yang tersusun dan berstrategi, pengkaji boleh mendapat hasil dapatan

dengan lebih cepat dan tepat. Di samping itu sasaran kajian dan individu lain yang

terlibat akan memberikan kerjasama sebaik mungkin.

5.3.1 Membuat tinjauan awal

Beberapa orang murid yang mempunyai masalah dalam membezakan pengertian

jenis-jenis hukum dalam Islam dan yang kurang berminat terhadap mata pelajaran

Ibadah telah saya kenal pasti. Saya telah membuat tinjauan tantang strategi yang

patut saya lakukan dalam menambah baik amalan pengajaran sewaktu PdP Ibadah

melalui pembacaan kajian tindakan pelajar IPG terdahulu dan juga perkongsian idea

bersama rakan-rakan praktikum dan guru pembimbing.

5.3.2 Merancang tindakan

Melalui bacaan dan pengalaman saya yang lalu, manusia mempunyai keupayaan

untuk mengingat yang agak terbatas. Tidak semua perkara yang memasuki ingatan

kita kekal dalam ingantan. Akan tetapi manusia boleh meningkatkan kemahiran

mereka untuk mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik.( Dr. Hasan, 1996).

Saya telah mendapat idea untuk menghasilkan satu kaedah pengajaran dengan

menggunakan teknik permainan. Permainan yang ingin saya perkenalkan kepada


murid ialah permainan secara individu. Saya juga memetik ucapan Timbalan Perdana

Menteri Malaysia, Tan Sri Dato‟ Muhyiddin bin Yassin semasa Sambutan Hari Guru

Kebangsaan 2014, “Sudah tiba masanya guru benar-benar menjadi pencetus

kreativiti dan penjana inovasi dalam mendidik anak murid”.

Saya telah membina beberapa buah kotak kecil di mana di tengahnya ditebuk

dan diletakkan polyvinyl chloride (PVC). Kotak tersebut akan kelihatan seperti

sebuah pagar dawai di ladang. Menurut Yusup Hashim (2002), media pengajaran

seperti bahan maujud yang menyerupai objek sekeliling dapat membantu murid

menghubungkaitkan antara pembelajaran luar kelas dan di dalam kelas.

Kemudian, saya melakukan sedikit pembacaan bagi mengenal pasti dan

menyenaraikan simbol yang sesuai diganti dengan pahala, dosa, dan tidak mendapat

apa-apa memandangkan isu saya adalah pengertian jenis-jenis hukum dalam Islam

yang bersesuai dengan ruang dan tahap pemikiran murid memandangkan respoden

saya tidak dapat membaca Jawi dengan baik sekiranya saya hanya menggunakan

perkataan sahaja.

Pagar Hukum ini mengandungi 18 buah kotak kecil. Kotak kecil ini

dibahagikan kepada 6 barisan yang mengikut 5 jenis hukum dan satu penanda aras.

Setiap barisan mempunyai 3 buah kotak. Kotak yang pertama ialah hukum Islam,

kotak yang kedua dan ketiga merupakan ikon perasaan(emoticon). Ikon perasaan

senyum menandakan pahala, ikon perasaan marah adalah dosa dan ikon perasaan

yang tidak memberikan ekspresi membawa maksud tidak mendapat apa-apa.


Mengikut Piaget (1960), jika kanak-kanak dapat memegang sesuatu objek dia

lebih mudah memahaminya. Kanak-kanak juga dapat melahirkan persaan mereka

semasa menggunakan model. Penggunaan model dapat membantu perkembangan

kognitif kanak-kanak.

5.3.3 Melaksana Tindakan dan Memerhati

Perancangan yang teliti dan tersusun dibuat bagi membantu murid-murid ini dalam

mengatasi kekeliruan berkaitan pengertian jenis hukum dalam Islam. Saya telah

memikirkan jalan penyelesaian kepada permasalahan ini dengan memperkenalkan

mereka dengan permainan yang menyeronokkan dan boleh disentuh. Sehubungan

dengan itu saya, telah membina soalan ujian serta soalan temu bual. Saya juga

menggunakan senarai semak berbentuk pemerhatian dalam memudahkan saya

melihat dan mengenal pasti perubahan peningkatan tingkahlaku murid.

Setelah perancangan disiapkan, saya telah memulakan tugas bagi

melaksanakan tindakan tersebut. Rajah 2 menunjukkan cara penggunaan Pagar

Hukum. Saya telah membawa kelas 3 Jaya termasuk 4 orang sasaran kajian saya ke

bilik j-QAF kerana bilik ini mempunyai ruang yang selesa untuk mereka bermain.

Setelah memberikan salam dan membaca doa belajar, saya memulakan sesi

pengajaran dengan tertib dan teratur.

Langkah 1: Meminta sasaran kajian menyatakan pengertian hukum wajib,


sunat, haram ,harus, makruh secara lisan dan menjawab ujian bertulis yang
diberikan guru.
Langkah 2: Memanggil seorang sasaran kajian dan menerangkan penggunaan
Pagar Hukum gambar ikon perasaan senyum mewakili pahala, marah adalah
dosa dan tidak menunjukkan apa-apa ekspresi ialah tidak mendapat apa-apa.

Langkah 3: Sasaran kajian bermain Pagar Hukum yang disediakan sambil


menyebut setiap hukum yang sedang dimainkan.

Langkah 4: Sasaran kajian menjawab ujian yang diberikan sambil dibenarkan


bermain-main dengan Pagar Hukum.

Langkah 5: Guru memberikan pujian(peneguhan positif) terhadap jawapan


sasaran kajian.

Penggunaan Pagar Hukum diteruskan dengan sasaran kajian yang lain secara
bergilir-gilir ( dibenarkan bermain sehingga faham)

(Jadual 4: Cara Pelaksanaan „Pagar Hukum‟)

(Rajah 2 : Pagar Hukum yang menjadi bahan bantu mengajar)


Melalui pemerhatian saya berdasarkan borang senarai semak pemerhatian,

saya telah mengenal pasti respon dan reaksi kempat-empat sasaran kajian saya

semasa menggunakan Pagar Hukum ini dan juga semasa menjawab soalan ujian yang

diberikan.

5.3.4 Mereflek

Setelah melakukan pemerhatian, saya telah membuat refleksi bagi merumuskan

tahap keberkesanan penggunaan Pagar Hukum ini terhadap sasaran kajian. Melalui

pemerhatian saya, saya mendapati bahawa sasaran kajian menunjukkan reaksi yang

sangat teruja apabila Pagar Hukum diperkenalkan kepada mereka.

Semasa bermain dengan Pagar Hukum, sasaran kajian saya menunjukkan

minat dan ketekunan yang begitu bersungguh-sungguh. Mulut mereka terkumat

kamit ketika tangan mereka berada pada kotak ikon perasaan. Selepas itu, sasaran

kajian begitu yakin menjawab soalan ujian yang saya berikan dengan merujuk

kepada Pagar Hukum yang disediakan di hadapan mereka. Hasilnya, mereka berjaya

menunjukkan peningkatan yang membanggakan dalam ujian yang saya berikan.

5.4 CARA MENGUMPUL DATA

Dalam proses mengumpulkan data semasa kajian ini dijalankan, saya telah

menggunakan beberapa jenis instrumen. Instrumen-instrumen tersebut ialah:

5.4.1 Pemerhatian

Pengumpulan data yang paling kerap digunakan adalah melalui pemerhatian. Hal ini

demikian kerana permerhatian ialah instrumen yang paling mudah untuk dijalankan.
Seorang guru sentiasa memerhati reaksi muridnya untuk memastikan komunikasi

berlaku antara guru dengan murid serta murid dengan murid. Pemerhatian juga

membantu guru menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap

pengajarannya (Chow dan Jaizah, 2011).

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses

PdP Ibadah bagi murid tahun 3 Jaya. Saya dapat mengenal pasti tingkah laku murid

semasa proses PdP Ibadah dijalankan dengan ada yang tidak memberikan perhatian,

berangan dan tidak menunjukkan minat terhadap isi pembelajaran yang disampaikan

dan apabila disoal mereka, hanya mendiamkan diri sahaja dan ada yang cuba

menjawab soalan saya tetapi salah.

(Jadual 5 :Senarai semak pemerhatian)

Bil Perkara yang dinilai S1 S2 S3 S4

1 Murid banyak bertanyakan


soalan tentang latihan yang
diberi

2 Murid sukar dan teragak-agak


menjawab

3 Murid merujuk buku teks

4 Murid cuba meniru rakan

5 Murid mengetahui pengertian


hukum-hukum dalam Islam
5.4.2 Analisis Dokumen

5.4.2.1 Jurnal refleksi pengajaran

Setelah tamat PdP pada hari tersebut, saya menganalisis dan memuhasabah diri

berkaitan amalan pengajaran saya. Melalui jurnal refleksi ini saya dapat menyedari

tentang kekuatan dan kelemahan diri serta kaedah yang saya gunakan seterusnya

membuat penambahbaikan terhadap amalan pengajaran saya yang terdahulu supaya

lebih berkesan dan menarik. Seorang guru yang bertanggungjawab terhadap murid

harus melaksanakan amalan reflektif agar dapat membuat penambahbaikan terhadap

aktiviti pengajaran yang dilaksanakan.

Tarikh :

Aktiviti :

(Rajah 3 : Contoh borang jurnal refleksi pengajaran)

5.4.2.2 Lembaran kerja

Lembaran kerja akan diberikan semasa proses PdP sedang berlaku. Murid akan

menjawab soalan daripada lembaran kerja semasa di dalam kelas. Perkara ini dapat

memberikan peluang kepada saya untuk mengenalpasti kesilapan murid ketika

menjawab soalan tersebut.


5.4.3 Temu bual

Menurut Chow dan Jaizah (2011) temu bual ialah satu teknik yang berkesan untuk

meninjau persepsi seseorang termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya.

Kaedah temu bual membolehkan pengumpulan data dan maklumat lebih tepat dan

sahih kerana maklumat diperoleh daripada individu yang ditemu bual itu sendiri.

Bagi menyokong pemerhatian yang telah dijalankan, saya juga telah mengumpul data

melalui instrumen temu bual berstruktur bersama dengan sasaran kajian. Berikut

ialah soalan temu bual sebelum dan selepas penggunaan „Pagar Hukum‟.

Soalan 1: Adakah pengertian hukum – hukum dalam Islam susah bagi kamu?

S1

S2

S3

S4

Soalan 2: Adakah penggunaan Pagar Hukum dapat membantu kamu mengingati

pengertian jenis-jenis hukum dalam Islam?

S1

S2

S3

S4
Soalan 3: Adakah kamu masih keliru tentang pengertian hukum-hukum dalam

Islam?

S1

S2

S3

S4

Soalan 4 : Adakah kamu seronok belajar pengertian hukum-hukum dalam Islam

dengan menggunakan Pagar Hukum?

S1

S2

S3

S4
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Analisis data lebih merujuk kepada satu kaedah untuk mengawal dan

mempersembahkan data serta prosedur statistik. Saya akan membincangkan cara

saya menganalisis dan menginterprestasi data-data dalam bahagian ini. Dengan

menganalisis data-data yang diperoleh, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian.

6.1 Data Pemerhatian

Saya memilih instrumen pemerhatian sebagai salah satu bukti kajian. Pemerhatian

sebelum dan selepas intervensi telah dijalankan semasa dan selepas penggunaan

Pagar Hukum.

6.1.1 Data Pemerhatian Sebelum

( Jadual 6:Senarai semak pemerhatian )

Bil Perkara yang dinilai S1 S2 S3 S4

1 Murid banyak bertanyakan soalan X / / /


latihan yang diberi.

2 Murid sukar dan teragak-agak / / / /


menjawab.

3 Murid merujuk buku teks. / / / /

4 Murid cuba meniru rakan. X / / /

5 Murid tahu pengertian hukum- X X X X


hukum dalam Islam.
6.1.2 Data Pemerhatian Selepas

(Jadual 7 :Senarai semak pemerhatian)

Bil Perkara yang dinilai S1 S2 S3 S4

1 Murid banyak bertanyakan X X X X


soalan tentang latihan yang
diberi.

2 Murid sukar dan teragak-agak X X X X


menjawab.

3 Murid merujuk buku teks. X X X X

4 Murid cuba meniru rakan. X X X X

5 Murid tahu pengertian hukum- / / / /


hukum dalam Islam.

6.1.3 Analisis Data Pemerhatian

Hasil daripada kajian yang dijalankan, modifikasi tingkah laku yang diperhatikan ke

atas S1, S2, S3 dan S4 sebelum dan selepas penggunaan Pagar Hukum. Modifikasi

yang paling ketara yang saya perhatikan iaalah murid yakin dan terus menjawab

soalan ujian yang saya berikan tanpa perlu termenung ataupin memusingkan pensel.

Mata mereka terus merujuk kepada Pagar Hukum yang disediakan dan mulut mereka

terkumat kamit. Penggunaan ikon perasaan begitu berkesan bagi mereka kerana

melalui pemerhatian saya, mereka turut tersenyum apabila melihat ikon senyum yang

mewakili pahala. Saya paling bersyukur apabila 3 daripada sasaran kajian saya dapat

menjawab dengan betul ujian yang saya berikan.


6.2 Data Analisis Dokumen

6.2.1 Jurnal refleksi pengajaran

Jurnal refleksi guru telah dicatatkan bertujuan untuk merekodkan peristiwa yang

menarik perhatian sepanjang pelaksanaan kajian ini. Berikut adalah beberapa catatan

daripada jurnal refleksi guru yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan sebelum

dan selepas penggunaan Pagar Hukum.

(Rajah 4 : Jurnal refleksi pengajaran sebelum penggunaan Pagar Hukum)

Tarikh : 19 Februari 2014

Aktiviti : Menyatakan Pengertian Jenis-jenis hukum

“.......untuk fasa analisis murid-murid dapat menyenaraikan 5 jenis hukum di


dalam Islam dengan baik kerana kaedah nyanyian yang saya gunakan. Apabila
masuk fasa imaginasi bahagian penjanaan idea, murid-murid mula
menunjukkan keresahan kerana pada fasa ini, saya menggunakan kaedah
penerangan dan berbantukan bahan bantu mengajar carta daripada kad
manila. Murid sudah mula menguap dan memandang keluar kelas ke arah
murid lain yang sedang bermain di padang. Saya mengambil alih perhatian
mereka dengan menutup tingkap agar mereka kembali fokus kepada saya.
Memang benar mata mereka semua melihat saya dan apabila saya meminta
mereka mengulang pengertian makruh, murid-murid mula mendiamkan diri,
dan saya mengulang soalan saya dan meminta seorang murid bangun dan
menjawab. Murid tersebut menjawab pengertian sunat. Ada suara lain yang
mengatakan mereka keliru kerana semua hukum nampak sama sahaja.
Daripada situ saya menilai bahawa kaedah penerangan yang saya gunakan
tidak dapat membantu mereka untuk mengingati pengertian hukum-hukum
dalam Islam dan saya perlu melakukan sesuatu untuk membantu mereka”...

(Rajah 5: Jurnal refleksi pengajaran selepas penggunaan Pagar Hukum)


Tarikh : 10 Julai 2014

Aktiviti : Penggunaan Pagar Hukum

“Alhamdulillah beberapa orang murid yang dikenal pasti masih keliru dengan

pengertian jenis hukum dalam Islam telah menunjukkan peningkatan setelah

aktiviti Pagar Hukum digunakan. Murid-murid begitu seronok menggunakan

Pagar Hukum dan yang paling membuatkan saya tersenyum apabila murid-

murid dapat menyatakan pengertian hukum dalam Islam dengan baik. Apabila

mereka terkeliru, mereka segera merujuk kepada Pagar Hukum yang sudah

disediakan. Bukan itu sahaja, mereka mampu memberikan contoh bagi setiap

hukum bagi mengukuhkan pemahaman mereka...”

6.2.2 Analisis data jurnal refleksi guru

Berdasarkan jurnal refleksi sebelum dan selepas penggunaan Pagar Hukum,

dicatatkan beberapa peningkatan yang agak ketara ke atas perubahan sikap dan

peningkatan kefahaman murid dalam mengingati jenis hukum dalam Islam. Melihat

kepada refleksi sebelum penggunaan Pagar Hukum, murid teragak-agak untuk

menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru. Terdapat murid yang berani mencuba

tetapi jawapan yang diberikan itu salah. Hal ini demikian kerana mereka keliru

dengan pengertian jenis hukum dalam Islam. Ini membuktikan bahawa kaedah

penerangan saya dan carta tidak membantu mereka dalam memahami pengertian

hukum-hukum dalam Islam.


Semasa menjalankan kajian tindakan dengan penggunaan Pagar Hukum,

murid telah menunjukkan tingkah laku yang begitu teruja. Bukanlah keterujaan itu

yang saya inginkan, tetapi tahap kefahaman tentang pengertian hukum-hukum dalam

Islam yang lebih diutamakan. Sasaran kajian saya benar-benar menunjukkan minat

dan kefahman yang baik semasa penggunaan Pagar Hukum. Peningkatan dalam

kefahaman pengertian ini telah diperkukuhkan apabila saya telah bertanya secara

lisan tentang pengerian harus dan makruh. Sasaran kajian saya dapat menjawab

walaupun sedikit tergagap, namun jawapan yang diberikan ternyata tepat.

6.2.3 Data Dokumen (Hasil Lembaran Kerja)

Untuk melihat tahap kefahaman murid akan pengertian jenis-jenis hukum dalam

Islam, lembaran kerja telah diberikan kepada murid-murid sebelum dan selepas

penggunaan Pagar Hukum. Lembaran kerja ini melibatkan aktiviti menanda pada

kotak jawapan hukum yang betul berdasarkan pengertian yang dinyatakan.

6.2.4 Analisis data lembaran kerja

Sasaran kajian Ujian 1 Ujian 2

(Bilangan soalan (Bilangan soalan


yang dapat yang dapat
dijawab dengan dijawab dengan
betul) betul)

S1 0/10 7/10

S2 3/10 10/10

S3 4/10 10/10

S4 2/10 10/10
(Jadual 8: Analisis data lembaran kerja)

Jadual 8 menunjukkan dapatan yang diperoleh melalui instrumen analisis

dokumen daripada lembaran kerja yang dijalankan sebelum dan selepas penggunaan

Pagar Hukum diperkenalkan. Sebelum penggunaan Pagar Hukum , hasil keputusan

daripada 5 soalan yang diberikan adalah S1 memperoleh 0/10, S2 pula 7/10 dan S3

4/10 dan S4 meperoleh 2/10.

Setelah penggunaan Pagar Hukum diperkenalkan, kesemua sasaran kajian

menunjukkan peningkatan yang begitu membanggakan kerana tiga sasaran kajian

mampu memperoleh keputusan penuh iaitu 10/10 dan seorang lagi sasaran kajian

memperoleh 7/10.

6.3 Data Temu bual

Di bawah ini ialah hasil analisis data temu bual yang dilakukan ke atas sasaran

kajian. Dua fasa temu bual telah saya jalankan, iaitu sebelum dan selepas

penggunaan Pagar Hukum. Jawapan sasaran kajian telah saya catatkan kerana saya

menggunakan kaedah temu bual berstruktur.

6.3.1 Analisis data temu bual sebelum penggunaan Pagar Hukum

Soalan 1:Adakah pengertian hukum – hukum dalam Islam susah bagi kamu?

S1 Susahlah ustazah. Pening sebab macam sama.

S2 Susah jugaklah.

S3 Boleh tahan susah.


S4 Susah ustazah. Saya keliru.

Sebelum menunjukkan Pagar Hukum kepada sasaran kajian, saya telah

menemu bual mereka untuk mendapatkan pendapat mereka tentang tajuk pelajaran

berkaitan pengertian jenis-jenis hukum dalam Islam. Melalui temu bual yang

dijalankan, mereka benar-benar terkeliru serta tidak tahu pengertian hukum dalam

Islam. Mereka mudah tertukar dengan memberikan jawapan pengertian hukum yang

lain.

6.3.2 Analisis data selepas penggunaan Pagar Hukum

Soalan 2: Adakah kamu faham penggunaan Pagar Hukum?

S1 Faham. Senang sahaja.

S2 Faham, pusing-pusing sahaja. Yang senyum pahala. Yang marah dosa.

Yang tak tunjuk apa-apa perasaan ni, tidak dapat apa-apa.

S3 Faham ustazah

S4 Alah senang sahaja ustazah. Sebab boleh tengok smiley ni.

Soalan 3: Adakah kamu masih keliru pengertian hukum-hukum dalam Islam?

S1 Tak dah. Senang sahaja rupanya ya.

S2 Tak ustazah. Saya dapat ingat dah.

S3 Dah tak keliru.

S4 Keliru sedikit jek tapi bila tengok yang ustazah tunjuk tu dah tak keliru
Soalan 4 : Adakah kamu seronok belajar pengertian hukum-hukum dalam Islam

dengan menggunakan Pagar Hukum?

S1 Seronok sebab nampak senang dan saya boleh main

S2 Saya sukalah ustazah. Sebab comel boleh pusing-pusing

S3 Suak sangat sebab dia senyum, marah pastu dia tak buat apa-apa pun.

S4 Suka sebab dapat main.

Berdasarkan rekod temu bual, sasaran kajian saya begitu menyenangi

penggunaan Pagar Hukum ini. Tambahan pula saya menggunakan ikon perasaan bagi

menggantikan tulisan Jawi. Sasaran kajian saya ini lemah dalam mengenal tulisan

Jawi dan dengan menggantikan ikon perasaan ini, mereka mengetahui hukum mana

yang jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan mendapat dosa.
7.0 DAPATAN KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, pelbagai pengalaman yang telah saya peroleh

terutamanya saya dapat melihat modifikasi tingkah laku positif sasaran kajian serta

peningkatan pencapaian dalam pelajaran Ibadah setelah saya mengubah amalan

pengajaran daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid dengan

penggunaan Pagar Hukum. Saya telah menggunakan soalan kajian untuk mengukur

sejauh mana objektif kajian saya tercapai.

7.1 Soalan Kajian Satu

Bagaimanakah kaedah penggunaan Pagar Hukum dapat membantu murid

mengingati pengertian jenis hukum dalam pelajaran Pendidikan Islam?

Penggunaan Pagar Hukum dapat membantu murid mengingati pengertian jenis

hukum dengan setiap baris diletakkan tiga buah kotak kecil. Kotak kanan sekali

adalah hukum dan yang tengah dan kiri pula adalah ikon perasaan (smiley). Smiley

ini saya bahagikan kepada tiga jenis, iaitu Smiley pertama adalah senyum yang

menggambarkan pahala, smiley marah dan gigi bertaring ialah dosa manakala

smiley yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi adalah tidak mendapat apa-apa. Di

atas sekali saya telah meletakkan penerangan, iaitu kanan sekali adalah hukum,

tengah patuh dan kiri sekali iingkar. Sebagai contoh untuk hukum wajib, saya
meletakkan smiley senyum bagi ruangan buat dan smiley marah di ruangan tidak

buat. Ini bermakna hukum wajib apabila dilakukan mendapat pahala dan apabila

ditinggalkan mendapat dosa dan begitulah hukum kaedah penggunaan Pagar Hukum

saya ini. Menurut Khalid(1993), pembelajaran melibatkan ingatan. Dengan

pengetahuan yang mencukupi mengenai ingatan, murid akan dapat mengamalkan

usaha yang membolehkan ia mengingat dengan baik bahan-bahan yang dipelajarinya.

Berdasarkan pemerhatian yang ditunjukkan murid melalui perubahan aspek

tingkah laku yang positif yang dan aspek lisan yang baik. Melalui analisis data,

peningkatan skor dalam lembaran kerja yang diberikan kepada kumpulan sasaran dan

refleksi PdP guru yang menunjukkan peningkatan hasil kerja murid dan berdasarkan

temu bual yang dijalankan juga menunjukkan murid dapat mengingati pengertian

hukum-hukum dalam Islam dengan berpandukan emoticon yang diwakilkan.

7.2 Soalan Kajian Dua

Bagaimanakan kaedah penggunaan “Pagar Hukum” dapat mengatasi

kekeliruan murid dalam mengingati pengertian jenis-jenis hukum dalam

Pendidikan Islam?

Kaedah Penggunaan Pagar Hukum dapat mengatasi kekeliruan murid dalam

mengingati pengertian jenis-jenis hukum dalam Islam dengan melihat secara

keseluruhan Pagar Hukum ini. Di sini lebih jelas di mana murid-murid dapat melihat
setiap baris pada Pagar Hukum ini mempunyai smiley yang berbeza dan ini

memberikan gambaran kasar kepada murid-murid bahawa setiap perlakuan hukum

itu ada bezanya. Apabila dilihat satu persatu, murid-murid dapat mengatasi

kekeliruan ini dengan hanya mengingati smiley yang digantikan dengan perkataan.

Murid-murid juga dibenarkan menyentuh kotak-kotak kecil itu bagi

memudahkan mereka mengatasi kekeliruan dalam mengingati pengertian jenis

hukum dalam Islam. Ini selari dengan pendapat Rosetta (2006), kanak-kanak belajar

dengan menggunakan semua deria, iaitu dengar, rasa, sentuh, dan melihat juga

bermain dengan benda-benda atau manipulasi. Apabila sesuatu aktiviti permainan

melibatkan pelbagai tindakan deria melalui tindakan yang berulang, aktiviti

pembelajaran akan berlaku.

Ini berdasarkan pemerhatian yang ditunjukkan murid melalui perubahan

aspek tingkah laku yang positif yang dan aspek lisan yang baik. Melalui analisis

data, peningkatan skor dalam lembaran kerja yang diberikan kepada kumpulan

sasaran dan refleksi PdP guru yang menunjukkan peningkatan hasil kerja murid dan

berdasarkan temu bual yang dijalankan juga menunjukkan murid dapat mengingati

pengertian hukum-hukum dalam Islam dengan berpandukan emoticon yang

diwakilkan.

7.3 Soalan Kajian Tiga

Sejauh mana penggunaan Pagar Hukum dapat menambah baik amalan

pembelajaran dan pengajaran (PdP) Pendidikan Islam?


Berdasarkan kajian yang telah saya laksanakan ini, saya mendapati bahawa

penggunaan Pagar Hukum dapat mengubah amalan PdP Pendidikan Islam ini kerana

sasaran kajian perlu melibatkan diri secara aktif. Selain itu, saya juga melakukan

teknik penerangan sambil bermain.

Amalan PdP saya yang sebelum ini yang hanya menggunakan carta dan

kaedah penerangan membuatkan murid benar-benar bosan dan hilang minat kerana

hanya mendengar dan memandang. Disebabkan ini saya berfikir untuk menghasilkan

bahan bantu mengajar yang menggunakan kaedah permainan.

Menurut Azilah (2011), bermain dapat membantu kanak-kanak

mengembangkan imaginasi dan kreativiti mereka. Kanak-kanak belajar melalui

bermain. Oleh itu, guru perlulah bijak memilih permainan yang mencabar minda

kanak-kanak.

Dapat disimpulkan di sini bahawa Pagar Hukum dapat membantu mengubah

amalan PdP Pendidikan Islam dalam bidang Ibadah iaitu daripada hanya berpusatkan

guru kepada pendekatan berpusatkan murid dan bahan.

Ini berdasarkan pemerhatian yang ditunjukkan murid melalui perubahan

aspek tingkah laku yang positif yang dan aspek lisan yang baik. Melalui analisis

data, peningkatan skor dalam lembaran kerja yang diberikan kepada kumpulan

sasaran dan refleksi PdP guru yang menunjukkan peningkatan hasil kerja murid dan
berdasarkan temu bual yang dijalankan juga menunjukkan murid dapat mengingati

pengertian hukum-hukum dalam Islam dengan berpandukan emoticon yang

diwakilkan.
8.0 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Sebagai seorang guru yang sentiasa mereflek terhadap segala amalannya semasa

PdP, tidak perlu cepat berputuas asa jika objektif PdP pada hari itu tidak tercapai.

Guru sebaliknya harus berusaha untuk memikirkan cara atau kaedah yang terbaik

untuk mengatasi isu tersebut. Selain meningkatkan kualiti PdP, guru perlu bijak

memilih menggunakan pendekatan serta kaedah yang sesuai dan terbaik bagi

menangani masalah sesi PdP.

Guru juga tidak boleh bersifat lepas tangan apabila objektif PdP tidak dapt

dicapai dengan terus mengajar tajuk lain pada hari berikutnya. Jika ada masa yang

terluang guru perlulah melakukan sesuatu agar ilmu itu benar-benar dapat disalurkan

kepada murid-murid. Tambahan pula, guru Pendidikan Islam yang menyampaikan

ilmu agama yang bukan sahaja sebagai bekalan di dunia malah di akhirat. Guru

Pendidikan Islamlah yang sebenarnya perlu menjelaskan konsep asas dalam Islam

kepada murid-murid agar pegangan agama mereka benar-benar teguh dan utuh.

Penggunaan Pagar Hukum adalah satu pendekatan yang berpusatkan murid

dan bahan sebagai langkah mengubah amalan PdP Pendidikan Islam dalam bidang

Ibadah. Dengan penggunaan Pagar Hukum ini, murid akan lebih jelas dengan

pengertian jenis hukum dalam Islam yang menjadi asas untuk melakukan atau

meninggalkan sesuatu amalan.


Kesimpulannya, saya mendapati bahawa penggunaan Pagar Hukum ini

sewaktu pengajaran bidang Ibadah dapat mengubah amalan PdP Pendidikan Islam

dengan lebih berkesan. Melalui permainan ini, saya dapat menyampaikan ilmu

pengetahuan dengan cara lebih menarik, praktikal dan mudah


9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pelaksanaan penggunaan Pagar Hukum ini adalah salah satu usaha yang

diperkenalkan oleh guru untuk membantu murid mengatasi kekeliruan dalam

memahami serta mengingati pengertian hukum-hukum dalam Islam sekali gus dapat

menambah amalan rutin pengajaran guru. Cadangan kajian seterusnya yang saya

fikirkan dapat membantu untuk mengatasi masalah kekeliruan berkaitan pengertian

jenis-jenis hukum. Antara cadangan kajian seterusnya ialah:

Dijadikan sebagai satu bahan bantu mengajar yang lebih fleksibel dengan

meletakkan plastik pada setiap kotak dan berperanan sebagai soalan dan

murid-murid boleh memilih jawapan mereka sendiri.

Kesimpulannya, saya berasa bersyukur kerana dengan izin Allah saya telah

membantu murid-murid tahun 3 Jaya mengatasi masalah kekeliruan dalam

memahami serta mengingati pengertian hukum-hukum dalam Islam. Saya berharap

supaya melalui kajian tindakan ini dapat menjadi sumber kekuatan kepada saya

untuk menjadi seorang guru yang lebih kreatif serta berinovasi dalam menghadapi

dunia pendidikan sebenar nanti.


SENARAI RUJUKAN

Al-Quran al-Karim dan terjemahannya.

Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi Pengajian Islam
(Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi dan Shamsina. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam


Penyelidikan Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Azila Alias. (2011). Permainan Untuk Kanak-kanak. Selangor: Gerak Ilmu Sdn.
Bhd.
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep &
Amalan
dalam Pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Dr. Hasan Hj. Mohd Ali. (1996). Strategi Belajar Yang Berkesan. Kuala Lumpur:
Zizi
Press Sdn. Bhd.

Khalid bin Mohamed Nor. (2003). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur:
Cahaya Pantai Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dokumen Standard Prestasi Pendidikan


Islam
Tahun Tiga. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mariani Md Nor (2009). Pemerhatian dan Penilaian Kanak-kanak: Pendidikan Awal


Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Noraziah Abdul Hamid. (1991). Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa


Malaysia.
Dalam Seminar Perguruan Dis. 1991. Universiti Malaysia. Hlm. 26-30

Nordin Idris (2003). Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Rohaty Mohd Majzud & Abu Bakar Nordin (2003). Pendidikan Pra Sekolah. Kuala
Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.
Rosetta Howard. ( 2006). Learning To Play is Playing To Learns. United State :
Xulon
Press.

Shamsina dan Akhiar Pardi. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam


Penyelidikan Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yusup Hashim. (2002). Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Shah
Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
LAMPIRAN A

BORANG SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

Nama Guru : ______________________________________

Tarikh : ______________________________________

Masa : ______________________________________

Tajuk : ______________________________________

BI
FOKUS PEMERHATIAN S1 S2 S3 S4 S5
L

Memberi perhatian semasa proses PdP


1
berlangsung

2 Dapat membaca dengan baik dalam Jawi

Murid dapat menyatakan maksud hukum


3
wajib dengan betul

Murid dapat menyatakan maksud hukum


4
sunat dengan betul

Murid dapat menyatakan maksud hukum


5
makruh dengan betul

Murid dapat menyatakan maksud hukum


6
harus dengan betul

Murid dapat menyatakan maksud hukum


7
haram dengan betul
LAMPIRAN B

BORANG CATATAN REFLEKSI GURU

Tarikh :

Aktiviti :
LAMPIRAN C

LEMBARAN KERJA

Sebelum Penggunaan Pagar Hukum Selepas Penggunaan Pagar Hukum

Anda mungkin juga menyukai