Anda di halaman 1dari 78

PENGGUNAAN TEKNIK PAPAN KATA DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2

MUHAMMAD AMIRUL ARSYAD BIN MOHD AZHARI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada


syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

INSTITU PENDIDIKAN GURU


KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU, SABAH

MEI 2023
PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada

pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

(Bahasa Melayu Sekolah Rendah)”

Tanda tangan : ………………………………………………………………….

Nama Penyelia : ………………………………………………………………….

Tarikh : ………………………………………………………………….

II
PERAKUAN

“Saya akui laporan kajian adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tanda tangan : ………………………………………………………………….

Nama Penyelia : ………………………………………………………………….

Tarikh : ………………………………………………………………….

III
DEDIKASI

Kasih yang abadi tiada tandingi,

Dia yang satu.

Syukur kehadrat Allah atas segala bantuan dan hidayah yang kau berikan,

Untuk Ayah dan Ibu tercinta,

Mohd Azhari bin Naharuddin

Noor Fazila binti Hussin

Terima kasih buat menjadi penyala api semangat dan dalam diri ini.

Terima kasih juga buat adik-adikku,

Muhammad Aiman Asyraf bin Mohd Azhari

Nur Aina Alia binti Mohd Azhari

Terima kasih buat rakan seperjuanganku,

Rakan-rakan serumah

Rakan-rakan sekelas

Rakan-rakan sepasukan

Tanpa anda semua, tidaklah sempurna penulisan ini dan tidaklah sempurna

perjalanan hidupku sebagai bakal guru.

IV
PENGHARGAAN

Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T dengan keizinan dan limpah

kurnia-Nya saya dapat menyiapkan disertasi ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj Raffaee

bin Hj Musleh yang telah membimbing saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Segala usaha dan kerja yang dicurahkan dalam menyiapkan penulisan ini

sudah cukup menggambarkan kesedaran betapa pentingnya kajian tindakan dalam

proses latihan sebagai bakal guru. Saya cakna bahawa kajian tindakan merupakan

salah satu kajian yang perlu disiapkan bagi melatih diri dalam mengamalkan budaya

penyelidikan. Di samping itu, kajian tindakan ini dapat melatih saya dalam pelbagai

aspek merangkumi pemupukan aspek kreativiti dan inovasi dalam diri saya.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang telah bersama-sama mencurahkan tenaga dan keringat dalam

menyiapkan tugasan ini. Semoga, bantuan anda dibalas dengan keberkatan dalam

semua aspek kehidupan oleh Allah S.W.T pada masa akan datang. Sesungguhnya,

tiada apa-apa dapat saya berikan melainkan ucapan terima kasih dan doa setulus

hati buat semua insan yang berusaha membantu saya menyiapkan tugasan ini.

MUHAMMAD AMIRUL ARSYAD BIN MOHD AZHARI

V
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik

‘Papan Kata’ dalam pengajaran kemahiran membaca seterusnya membantu murid

Tahun 2 yang lemah untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca perkataan 2

hingga 4 suku kata. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan juga reka

bentuk kajian tindakan. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid Tahun 2 dari

sebuah sekolah di daerah Papar, Sabah. Instrumen kajian yang digunakan ialah

analisis dokumen, pemerhatian serta temu bual. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa teknik ‘Papan Kata’ berkesan dalam meningkatkan tahap kemahiran

membaca peserta kajian yang terlibat.

Kata Kunci: Kemahiran Membaca, Teknik ‘Papan Kata’, Perkataan 2 hingga 4 suku

kata, Tahap Kemahiran Membaca

VI
ABSTRACT

This study was conducted to see the effectiveness of the use of the 'Word Board'

technique in teaching reading skills to help Year 2 students who are weak to improve

their reading skills in 2 to 4 syllable words. This study uses a qualitative approach

and also an action research design. The study participants consisted of three Year 2

students from a school in Papar district, Sabah. The research instruments used are

document analysis, observation and interviews. The findings of the study show that

the 'Word Board' technique is effective in improving the reading skills of the study

participants involved.

Keywords: Reading Skills, 'Word Board' Technique, 2 to 4 syllable words, Reading

Level

VII
SINGKATAN PERKATAAN

PKP - Perintah Kawalan Pergerakan

SK - Sekolah Kebangsaan

SKM - Sekolah Kurang Murid

PdPR - Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

BBM - Bahan Bantu Mengajar

3M - Membaca, Menulis dan Mengira

DSKP - Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

IPT - Institut Pengajian Tinggi

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

ICT - Information and Communication Technology

PK - Peserta Kajian

LK - Lembaran Kerja

SS - Senarai Semak

VIII
KANDUNGAN Muka Surat

PENGESAHAN PENYELIA II

PENGAKUAN III

DEDIKASI IV

PENGHARGAAN V

ABSTRAK VI

ABSTRACT VII

SINGKATAN PERKATAAN VIII

SENARAI JADUAL XI

SENARAI RAJAH XII

SENARAI LAMPIRAN XIII

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Konteks 2

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 3

2.0 FOKUS KAJIAN 5

2.1 Pemilihan Fokus Kajian 5

2.1.1 Kebolehtadbiran 8

2.1.2 Kepentingan 9

2.1.3 Kebolehgunaan 9

2.1.4 Kawalan 9

2.1.5 Kolaborasi 10

2.1.6 Kerelevanan kepada Sekolah 10

2.2 Pengumpulan Data Kajian 10

2.2.1 Analisis Dokumen 11

2.2.2 Pemerhatian 14

2.2.3 Temu Bual 14

IX
2.3 Tindakan 16

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN 18

3.1 Objektif Kajian 18

3.2 Persoalan Kajian 19

4.0 PESERTA KAJIAN 20

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 24

5.1 Langkah-langkah Tindakan 24

5.1.1 Merancang 26

5.1.2 Bertindak 26

5.1.3 Memerhati 29

5.1.4 Mereflek 29

5.2 Kaedah Pengumpulan Data 31

5.2.1 Analisis Dokumen 32

5.2.2 Pemerhatian 34

5.2.3 Temu Bual 34

5.3 Cara Menganalisis Data 35

6.0 DAPATAN KAJIAN 38

7.0 REFLEKSI 53

8.0 CADANGAN DAN TINDAKAN SUSULAN 56

9.0 BIBLIOGRAFI 58

X
SENARAI JADUAL

Jadual muka surat

2.1 Lembaran Kerja 12

2.2 Transkripsi Temu Bual 15

3.1 Objektif Kajian Khusus 18

3.2 Persoalan Kajian 19

4.1 Kriteria Senarai Semak 22

4.2 Pemilihan Sampel Kajian 22

5.1 Kadar Ingatan Murid Berpandukan Aktiviti 31

5.2 Transkripsi Temu Bual 35

6.1 Perkembangan Peserta Kajian 39

6.2 Analisis Dokumen Lembaran Kerja 42

6.3 Analisis Perbezaan Markah 43

6.4 Analisis Dokumen Senarai Semak 44

6.5 Analisis Perbezaan Markah 45

6.6 Analisis Senarai Semak PK1 46

6.7 Analisis Senarai Semak PK2 47

6.8 Analisis Senarai Semak PK3 48

6.9 Transkrip Jawapan Peserta Kajian 50

XI
SENARAI RAJAH

Rajah muka surat

2.1 Lembaran Kerja 11

2.2 Model Kajian Tindakan Kurt Lewin 17

4.1 Proses Pemilihan Sampel Kajian 21

5.1 Proses Pemilihan Sampel Kajian 25

5.2 Lembaran Ujian Bacaan 27

5.3 Senarai Semak Ujian Bacaan 28

5.4 Lembaran Kerja 33

5.5 Senarai Semak 33

5.6 Respon Peserta Kajian 34

5.7 Kaedah Mengumpul dan Menganalisis Data 36

6.1 Lembaran Kerja & Borang Senarai Semak 41

XII
SENARAI LAMPIRAN

Lampiran muka surat

LAMPIRAN A - Lembaran Kerja Ujian Pra dan Pasca 63

LAMPIRAN B - Senarai Semak Kemahiran Membaca 64

LAMPIRAN C - Gambar Pelaksanaan Tindakan 65

XIII
1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Kajian merupakan sebuah kegiatan, usaha mahupun proses mengkaji berkenaan

sesuatu isu yang melibatkan sesebuah institusi, orang dan sebagainya berdasarkan

data dan maklumat terperinci yang dikumpulkan dalam jangka masa tertentu (Kamus

Dewan Edisi Keempat). Tanpa sebuah kajian, aspek pendidikan dalam negara tidak

akan berkembang dengan pesat. Kajian-kajian yang dilaksanakan dalam bidang

pendidikan bertujuan untuk menambahbaik proses pendidikan dan memberikan jalan

penyelesaian yang cukup berkualiti dalam memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Pendidikan prasekolah negara memiliki hala tuju ke arah memupuk

kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) berada pada tahap yang

sepatutnya sebelum murid masuk ke Tahun 1 (Hazhari Ismail, 2021). Fasa

pandemik yang mula melanda negara Malaysia bermula pada tahun 2020 secara

langsung telah mengganggu sektor pendidikan. Sekolah terpaksa ditutup,

seterusnya murid-murid tidak dapat mengikuti kelas seperti biasa. Perkara ini sedikit

sebanyak telah mencacatkan hala tuju pendidikan prasekolah negara seterusnya

kebanyakkan murid yang masuk ke Tahun 1 tidak berjaya menguasai 3M. Bukan

sahaja itu, murid-murid di Tahap 1 juga masih ada yang belum menguasai 3M

dengan baik. Perkara ini telah mendesak kajian ini dilaksanakan bagi melihat dan

meninjau prestasi serta tahap murid dalam kemahiran membaca seterusnya

membantu murid meningkatkan tahap kemahiran membaca menggunakan bahan

yang sesuai dan lebih berkualiti. Justeru itu, penulisan ini akan menghuraikan

dengan lebih lanjut berkenaan cadangan kajian yang bertajuk ‘Penggunaan Teknik

Papan Kata dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca dalam Kalangan Murid

Tahun 2’.

1
1.2 Konteks

Pengkaji merupakan siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya yang

bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Pengkaji merupakan siswa guru dalam opsyen

Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan. Pengkaji telah memulakan pengajian di

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya pada tahun 2018 sehingga kini. Pengkaji kini

sedang berada pada Semester 1 Tahun 4 di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Pada Semester 1 Tahun 3, pengkaji telah menjalani Praktikum Fasa 1 di

sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar di daerah Kota Kinabalu.

Sekolah tersebut juga merupakan sekolah kurang murid (SKM). Pengkaji telah

menjalani Praktikum Fasa 1 selama 12 minggu. Pengkaji juga diarahkan oleh pihak

sekolah untuk mengajarkan subjek Bahasa Melayu Tahun 3. Terdapat 25 orang

murid yang perlu dikendalikan oleh pengkaji sepanjang Praktikum Fasa 1

berlangsung. Sepanjang Praktikum Fasa 1 berlangsung, pengkaji terpaksa

mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan pada tempoh

itu. Justeru itu, pengkaji tidak dapat bersemuka bersama murid-muridnya ketika itu.

Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek teras dalam struktur pendidikan

negara. Untuk golongan murid Sekolah Kebangsaan (SK), subjek Bahasa Melayu

cukup penting bagi mereka. Perkara ini dilihat sangat penting kerana subjek ini

merupakan salah satu subjek yang ada pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR) suatu ketika dahulu. Meskipun UPSR kini sudah dimansuhkan, subjek ini

masih kekal sebagai subjek utama di peringkat sekolah kerana bahasa Melayu

merupakan bahasa kebangsaan yang harus dikuasai oleh semua warganegara

Malaysia. Sehubungan itu, pengkaji sangat menitikberatkan berkenaan proses

pengajaran subjek Bahasa Melayu sepanjang Praktikum Fasa 1 yang dijalankan.

2
Sepanjang menjalani Praktikum Fasa 1, pengkaji sering menggunakan

kaedah pengajaran berdasarkan modul. Pengkaji akan menyediakan lembaran kerja

dan meminta murid mengambilnya. Pengkaji juga akan menyediakan video dan

“slide presentation” untuk setiap kelas bagi memberikan imput kepada murid-

muridnya. Lembaran kerja yang disiapkan oleh murid perlu dihantar di sekolah pada

setiap minggu. Melalui senario ini, pengkaji tidak dapat melihat perkembangan

murid-muridnya kerana murid yang mengikuti kelasnya secara PdPR sangat kurang.

Bilangan murid yang terlibat tidak pernah mencecah lima orang murid. Perkara ini

sangat membimbangkan pengkaji akan perkembangan murid-muridnya.

Sehubungan itu, pengkaji memilih untuk melihat situasi semasa berkenaan

masalah dalam bidang pendidikan yang melibatkan murid di Sekolah Kebangsaan

(SK) sepanjang tempoh PKP yang melanda negara. Pengkaji juga mengehadkan

bacaan pada topik yang berkaitan dengan subjek Bahasa Melayu. Justeru itu,

pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak masalah berkaitan kemahiran

membaca dalam kalangan murid sepanjang tempoh PKP berlangsung. Oleh itu,

pengkaji mengambil tindakan untuk menghasilkan sebuah bahan yang dapat

digunakan bagi mengatasi masalah ini. Pengkaji tekad untuk melaksanakan kajian

berkenaan perkara ini untuk melihat keberkesanan bahan yang dihasilkan.

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua institusi

pendidikan termasuk sekolah di kawasan Selangor diarah tutup (Umavathi Ramayah,

2021). Perkara ini bukan sahaja berlaku di negeri Selangor, malah seluruh sektor

pendidikan diarahkan tutup pada fasa pandemik ketika itu. Sehubungan itu,

praktikum fasa 1 yang dijalani terpaksa dilaksanakan secara atas talian. Saya telah

menjalankan praktikum fasa 1 bermula pada bulan Jun 2021 sehingga September

2021 di Sekolah Kebangsaan(SK) Gana, Papar. SK Gana merupakan sekolah

3
kurang murid (SKM) dan terletak di bahagian perkampungan di daerah Papar iaitu

Kampung Gana. Bagi memastikan murid di kawasan luar bandar dapat belajar

sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),

penggunaan modul bercetak terpaksa menjadi pilihan utama guru-guru pada ketika

itu (Izwan Abdullah, 2021). Perkara ini selaras dengan tindakan tenaga pengajar di

SK Gana yang menggunakan kaedah modul bagi menjalankan proses pengajaran

ketika itu. Justeru itu, segala proses pengajaran yang dijalankan semasa praktikum

fasa 1 berasaskan modul bercetak dan pengajaran melalui Google Meet secara

berkala. Sepanjang proses P&P dijalankan, saya akan menayangkan video kepada

murid-murid. Penggunaan media di dalam proses pendidikan akan menambah

proses pemahaman pelajar lebih mendalam dan menjadikan aktiviti pembelajaran

yang lebih pelbagai (Norah, Nurul Izzati & Radhiah, 2013). Jika proses pengajaran

dijalankan secara modul, saya akan menyediakan video melalui kumpulan Whatsapp

kelas dan meminta murid menonton video dan menjawab modul. Jika kelas

dijalankan melalui Google Meet, saya akan menayangkan video serta menjalankan

beberapa aktiviti lain.

Melalui renungan pengalaman praktikum fasa 1 yang lalu, saya mendapati

kekangan mod pembelajaran secara bersemuka sangat membantutkan proses

pengajaran dan pengalaman pembelajaran murid. PdPR bukan sahaja membawa

cabaran kepada ibu bapa, malah guru dan pelajar juga terpaksa berdepan dengan

pelbagai isu (MyMetro, 2021). Sepanjang saya menghantarkan modul, pasti ada

murid yang tidak dapat mengambil modul atas faktor tertentu dan ada juga yang

ambil dan tidak dapat dihantar. Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu saya dari

menilai tahap murid dari masa ke masa. Di samping itu, jika kelas dijalankan melalui

Google Meet tidak semua murid mampu mengikuti kelas atas faktor kekangan

internet. Justeru itu, saya tidak dapat mengenali murid-murid dengan baik. Perkara

ini sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran yang dilakukan.

4
2.0 Fokus Kajian

Pada bahagian ini, pengkaji akan menghuraikan berkenaan pemilihan fokus kajian,

pengumpulan data kajian serta tindakan yang dilaksanakan bagi menyempurnakan

kajian ini.

2.1 Pemilihan Fokus Kajian

Merujuk DSKP Bahasa Melayu Tahun 1, murid seharusnya boleh membaca dan

memahami perkataan 2 hingga 3 suku kata berdasarkan Standard Pembelajaran

2.1.2. Perkara ini selaras dengan tujuan kajian dilaksanakan bagi membolehkan

murid Tahun 2 menguasai kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata

daripada bantuan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Walaubagaimanapun, proses membaca bukan sahaja tertumpu kepada

mengenal huruf, kelancaran membaca dan sebagainya. Proses membaca

merupakan sebuah proses yang rumit namun membuahkan hasil yang baik, selari

dengan kenyataan yang ditulis oleh Atan Long (1978) iaitu proses membaca

melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-

lambang itu semula kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan

yang disampaikan oleh tulisan itu. Sehubungan itu, individu yang berjaya mahir

dalam proses membaca akan mampu mentafsir setiap lambang kepada bunyi suara.

Bukan sahaja itu, penguasaan kemahiran membaca turut mampu membantu

pembaca untuk menyampaikan mesej daripada bahan bacaan yang berbentuk

tulisan, di samping memahami segala info daripada bahan bacaan dengan baik.

Keupayaan membaca dan menulis yang merupakan sebahagian daripada

kemahiran berbahasa merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah (Abdul Rasid 2011). Selaras

dengan tujuan kajian, aspek kemahiran membaca merupakan teras utama yang

5
wajib dikuasai oleh murid-murid di sekolah bagi tujuan pembelajaran yang lancar.

Selain itu, murid perlu menguasai kemahiran membaca agar tidak ketinggalan dari

segala mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Justeru itu, membaca merupakan

teras bagi proses pembelajaran kerana setiap pengajaran bukan sahaja disampaikan

melalui bunyi suara, malah ia lebih baik di dalam bentuk tulisan kerana ia mampu

disimpan dan dirujuk semula.

Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas

pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan (Abdul Rasid jamian, 2011).

Pengkaji mendapati masalah kemahiran membaca dalam kalangan murid di bangku

sekolah kian menular berikutan pandemik yang melanda suatu ketika dahulu.

Perkara ini turut disokong oleh sebuah kajian yang pernah dijalankan. Kajian ini

telah dijalankan kepada 16 orang murid di dua buah Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK) di daerah Hulu Langat, 8 orang murid di Sekolah A dan 8 orang

murid di Sekolah B. Terdapat segelintir murid yang terlibat sebagai peserta kajian

didapati masih tidak tahu membaca dan juga tidak lancar dalam bacaan (Zamir

Mahamod et.al, 2021). Masalah dalam kemahiran membaca ini bukan sahaja

muncul selepas tempoh pandemik Covid-19 di negara Malaysia, malah ia sudah

berlarutan sejak dahulu lagi. Perkara ini turut disokong oleh sebuah kajian yang

dijalankan kepada 161 orang murid Tahun 4 dan 5 di sekolah luar bandar yang dipilih

di sekitar negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak, dapatan kajian yang

diperolehi oleh Abdul Rasid Jamian (2011) menunjukkan bahawa terdapat ramai

peserta kajian yang tidak memahami langsung isi kandungan teks yang dibaca,

diikuti dengan tidak memahami maksud ayat yang dibaca, tidak mampu membaca

secara mekanis dan sering merasa penat jika membaca terlalu lama.

Walaubagaimanapun, antara punca murid lemah dalam kemahiran membaca

merupakan daripada guru yang tidak mempelbagaikan cara pengajaran di kelas

6
(Usha Nagasundram & Vijayaletchumy Subramaniam, 2019). Terdapat sebuah

kajian yang telah dijalankan oleh Mohd. Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Mohd

Mokhtar Tahar, Sazali Abd. Hamid, Nik Azhar Nik Abd Rahman, Zawawi Zahari, Aziz

Jantan, Bahari Abu Bakar dan Azman Nordin (2007) berkenaan penggunaan bahan

bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran kemahiran membaca murid pemulihan

yang mana kajian ini telah membandingkan tiga kaedah pengajaran iaitu kaedah

tradisional, BBM tanpa ICT dan juga BBM dengan ICT. Dapatan kajian pada kaedah

BBM tanpa ICT menunjukkan peningkatan yang besar kepada peserta kajian setelah

pengkaji melaksanakan ujian pra dan pasca apabila markah yang diperolehi oleh

murid meningkat secara mendadak. Kamarul Azmi Jasmi (2010) berpendapat

bahawa guru seharusnya mengaplikasikan BBM dalam menjalankan proses

pengajaran supaya P&P yang dijalankan menjadi lebih efektif. Justeru itu, kaedah

pengajaran menggunakan BBM dilihat sangat membantu bagi meningkatkan

kemahiran membaca murid-murid.

Justeru itu, fokus pengkaji adalah untuk menyelesaikan masalah murid dalam

kemahiran membaca melalui penggunaan teknik ‘Papan Kata”. Pengkaji juga

memfokuskan kepada masalah kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata

dalam kalangan murid Tahun 2. Pengkaji menggunakan teknik ‘Papan Kata’ dalam

mengatasi masalah ini. Bahan ‘Papan Kata’ merupakan sebuah bahan yang

merangkumi gambar beserta perkataan yang diwarnakan mengikut suku kata.

Perkara ini dilihat dapat mengatasi masalah murid dengan proses pengajaran yang

lebih menarik menggunakan gambar dan warna. Gambar yang digunakan bertujuan

untuk menggambarkan perkataan yang akan dibaca, selain daripada memastikan

murid faham akan makna perkataan yang dibaca kerana sesebuah pembacaan itu

memerlukan kefahaman makna. Warna pada suku kata itu bertujuan membezakan

setiap suku kata pada perkataan bagi membolehkan murid membaca dengan baik.

7
Proses pengajaran kemahiran membaca memerlukan daya tarikan yang

kreatif bagi membantu murid untuk menguasai kemahiran itu. Justeru itu, kajian ini

akan melaksanakan proses pengajaran kemahiran membaca menggunakan BBM

ataupun teknik ‘Papan Kata’ yang mempunyai gambaran visual pada setiap

perkataan sebagai medium pengajaran. Perkara ini dilihat mampu membantu murid

untuk menguasai kemahiran membaca dengan lebih menarik dan menyeronokkan.

Hujah ini juga dapat dibuktikan dengan lambakan penyelidikan yang telah

membuktikan bahawa penggunaan gambaran visual sebelum, semasa dan selepas

membaca sesuatu bahan bantu mengajar akan dapat meningkatkan kefahaman

(Gambrell & Bales, 1986; Sadoski & Paivio, 2001).

Warna yang digunakan bagi setiap suku kata pula sangat memainkan

peranan yang penting bagi menarik perhatian murid ketika melaksanakan aktiviti

bacaan melalui teknik ‘Papan Kata’ ini. Penggunaan warna sangat memainkan

peranan penting dalam merangsang emosi yang berlainan dan menarik perhatian

murid (Chang, Xu, & Watt 2018). Melalui penggunaan warna di dalam BBM, murid

dapat mengingati perkara yang diajarkan menggunakan warna. Perkara ini turut

disokong oleh kenyataan Dzulkifli & Mustafar (2013) yang mempercayai bahawa

warna mampu bertindak sebagai pengalaman visual manusia yang paling penting.

Olurinola & Tayo (2015) pula menyatakan bahawa warna berfungsi sebagai saluran

maklumat yang berkesan kepada sistem kognitif manusia dan didapati berperanan

penting dalam menguatkan ingatan. Justeru itu, pengkaji telah melihat beberapa

kriteria penting yang dapat dirangkumkan ke dalam pemilihan fokus kajian.

2.1.1 Kebolehtadbiran

Pemilihan fokus kajian ini dilihat mampu menangani masalah dalam kemahiran

membaca. Seperti yang dinyatakan di atas, kajian ini mengaplikasikan teknik ‘Papan

Kata’ yang mengaplikasikan gambaran visual dan suku kata berwarna. Melalui

8
aspek ini, ia mampu membantu murid meningkatkan kemahiran membaca. Perkara

ini dilihat sedemikian kerana elemen gambaran visual yang dimasukkan ke dalam

bahan mampu memberikan kefahaman makna perkataan yang dibacakan murid.

Elemen suku kata berwarna pula mampu memberikan murid kefahaman untuk

membaca perkataan satu persatu mengikut suku kata.

2.1.2 Kepentingan

Pemilihan fokus kajian ini juga dilihat mampu memberikan kepentingan kepada

beberapa pihak. Teknik ‘Papan Kata’ bukan sahaja mampu menyampaikan ilmu

bermakna kepada sasaran murid yang ditetapkan, malah ia turut mampu

memberikan manfaat kepada murid pemulihan, kanak-kanak di prasekolah dan

sebagainya. Ini bermakna, guru mahupun ibu bapa mampu menggunakan bahan ini

bagi mengajarkan murid yang lemah di sekolah mahupun anak-anak yang masih

belum mahir membaca di rumah.

2.1.3 Kebolehgunaan

Teknik yang diaplikasikan di dalam kajian ini juga mampu digunakan oleh guru-guru

yang mengajar di sekolah. Bahan yang digunakan merupakan bahan yang mudah di

bawa dan mampu diberikan kepada semua murid di kelas. Selain itu, bahan itu turut

mampu diubahsuai mengikut tema mahupun tajuk yang diajarkan. Secara umumnya,

teknik mahupun bahan yang digunakan dalam kajian ini sangat sesuai untuk

diaplikasikan ke dalam bidang tugas seorang guru.

2.1.4 Kawalan

Pengkaji telah melaksanakan fokus kajian yang terkawal. Fokus kajian yang

ditetapakan oleh pengkaji hanya pada kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4

suku kata. Dengan kawalan ini, kajian yang dilaksanakan akan lebih fokus kepada

9
mengatasi masalah berkaitan kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata

sahaja.

2.1.5 Kolaborasi

Pengkaji juga telah melaksanakan kolaborasi sepanjang menjalankan kajian dengan

penyelia, pentadbir sekolah, guru kelas dan juga guru mata pelajaran yang berkaitan

dengan kajian yang dilaksanakan. Kolaborasi yang dilaksanakan sangat membantu

menghasilkan bahan ‘Papan Kata’ yang sesuai diaplikasikan pada murid Tahun 2.

Dalam aspek pemilihan fokus kajian pula, pengkaji banyak berhubung dengan

penyelia bagi memperoleh maklumat dan nasihat berhubung pelaksanaan kajian ini.

2.1.6 Kerelevanan kepada Sekolah

Kajian ini cukup relevan dengan sasaran yang ditetapkan. Kajian yang dilaksanakan

juga bukan sahaja mampu membantu murid Tahun 2 yang bermasalah dalam

kemahiran membaca, malah turut membantu pihak sekolah mahupun guru dalam

mengaplikasikannya kepada murid Tahap 1 ataupun Pra Sekolah. Teknik ‘Papan

Kata’ dilihat relevan dari sudut penggunaan gambaran visual dan warna pada bahan

tersebut yang mampu menarik minat dan perhatian murid.

2.2 Pengumpulan Data Kajian

Terdapat beberapa kaedah yang dilaksanakan sebagai instrumen kajian di dalam

aspek pengumpulan data kajian. Pada 25 Ogos 2022 yang lalu, pengkaji telah

melawat ke sebuah sekolah yang terletak di daerah Papar untuk melaksanakan

pengumpulan data kajian. Pengkaji telah memilih tiga instrumen kajian yang

berbeza bagi menghasilkan data deskriptif sebagai penjelasan proses kajian ini.

Pengkaji telah melaksanakan tiga kaedah iaitu analisis dokumen, pemerhatian serta

temu bual bagi mengumpul data berkenaan kajian ini.

10
2.2.1 Analisis Dokumen

Analisis dokumen merupakan sebuah kaedah mahupun instrumen yang mampu

membantu pengkaji untuk memperoleh data berkenaan kajian melalui dokumen

(Sudarwan, 2005). Dokumen yang dianalisis merupakan sebuah lembaran kerja

yang diperoleh daripada murid. Justeru itu, pengkaji telah menjalankan sebuah ujian

terhadap murid Tahun 2 di sebuah sekolah yang terletak di daerah Papar, Sabah.

Bilangan murid yang hadir ketika itu adalah sebanyak 17 orang. Setiap murid

diberikan lembaran kerja dan diarahkan untuk menyiapkannya pada masa yang

ditetapkan. Berikut merupakan lembaran kerja yang dihasilkan oleh pengkaji untuk

dijawab oleh murid-murid di kelas tersebut.

Rajah 2.1

Lembaran Kerja

Melalui lembaran kerja ini, pengkaji dapat melihat tahap kemahiran membaca

murid dari aspek kefahaman pembacaan murid. Selain itu, pengkaji juga

menyediakan sebuah senarai semak bagi melihat dengan lebih terperinci akan tahap

11
kemahiran membaca murid di kelas tersebut. Pengkaji telah mengambil masa

dengan mendengar dan melihat setiap murid membacakan teks pada lembaran kerja

untuk mengetahui tahap kemahiran membaca yang ada pada murid-murid tersebut.

Setelah mendengar setiap murid membacakan teks pada lembaran kerja, pengkaji

akan mencatat pada ruangan senarai semak yang telah disediakan untuk setiap

murid. Melalui kaedah ini, pengkaji berjaya memperoleh beberapa orang murid yang

tidak berjaya menjawab soalan dengan baik seterusnya mengenalpasti murid yang

lemah dalam kemahiran membaca. Jadual dibawah akan menunjukkan beberapa

lembaran kerja dan senarai semak yang menunjukkan kelemahan murid dalam

kemahiran membaca.

Jadual 2.1

Lembaran Kerja

Perkara
Bil
Lembaran Kerja Senarai Semak

Murid 1

Murid 2

12
Murid 3

Berdasarkan jadual di atas, terdapat beberapa murid yang masih lemah

dalam aspek kemahiran membaca. Jika diteliti dengan baik, murid 1 hanya

memperoleh satu jawapan yang betul daripada tujuh soalan. Murid 2 pula tidak

berjaya menjawab semua soalan dan murid 3 hanya salah satu sahaja daripada

tujuh soalan berikut. Melihat kepada senarai semak yang dilampirkan di atas, murid

1 tidak berjaya membaca teks dengan baik. Murid 1 juga terpaksa mengeja satu

persatu perkataan yang ingin dibaca, seterusnya tidak berjaya menyebut perkataan

yang dibacakan dengan baik. Walaubagaimanapun, murid 1 faham akan apa yang

dibacakannya meskipun terpaksa membaca dengan tempoh yang sangat perlahan.

Pengkaji juga dapat mengesan bahawa murid 1 terdapat kekeliruan dalam beberapa

huruf. Murid 1 sering tidak dapat membezakan huruf seperti ‘d’ dan ‘b’.

Merujuk kepada murid 2 pula, murid 2 tidak mahir langsung akan kemahiran

membaca. Murid 2 tidak berjaya menjawab semua soalan pada lembaran kerja

dengan betul. Merujuk kepada senarai semak, murid 2 tidak berjaya pada semua

kriteria yang ditetapkan. Pengkaji dapat melihat bahawa murid tersebut tiada

keyakinan diri dan sangat kurang berkomunikasi jika dibandingkan dengan murid-

murid yang lain.

Murid 3 pula memperoleh markah yang baik. Walaubagaimanapun, murid 3

ini memiliki satu kesalahan daripada tujuh soalan yang diberikan. Merujuk kepada

senarai semak di atas, murid 3 mampu membaca dengan baik tetapi dalam tempoh

13
yang agak perlahan. Kadangkala, murid 3 ini akan tersangkut-sangkut ketika

membaca perkataan yang mengandungi 3 suku kata ke atas. Murid 3 juga

membaca dengan suara yang amat perlahan. Justeru itu, bacaannya tidak mengikuti

intonasi yang betul dan kurang jelas. Pengkaji melihat murid 3 juga merupakan

murid yang kurang berkomunikasi, meskipun memiliki keyakinan diri yang baik untuk

membacakan teks pada lembaran kerja yang diberikan.

2.2.2 Pemerhatian

Sepanjang proses pengumpulan data awal kajian, pengkaji telah malaksanakan

pemerhatian kepada setiap murid yang terlibat. Pengkaji telah melihat kepada

penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pengumpulan

data awal. Pemerhatian ini juga dilaksanakan bagi melihat kecenderungan murid

sebelum diserap menjadi peserta kajian.

2.2.3 Temu Bual

Pengkaji juga telah melaksanakan kaedah temu bual untuk memperoleh data

berkaitan kajian ini. Temu bual yang dijalankan bertujuan untuk mengetahui

berkenaan masalah berkenaan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun 2

di sekolah tersebut. Kaedah yang dilaksanakan ini selari dengan takrifan yang

dinyatakan oleh Kahn dan Cannel (1957) dalam Kamarul Azmi Jasmi (2012) iaitu

temu bual merupakan sebuah perbualan yang mempunyai asas dan tujuan yang

jelas. Sehubungan itu, pengkaji telah melaksanakan temu bual dengan seorang

guru yang mengajarkan subjek Bahasa Melayu Tahun 2. Jadual dibawah akan

memperlihatkan transkipsi daripada hasil temu bual yang dijalankan.

14
Jadual 2.2

Transkripsi Temu Bual

Bil Soalan Jawapan Guru

1. Apakah masalah yang terdapat Terdapat sebilangan murid Tahun 2

dalam kalangan murid berkaitan yang masih belum lancar membaca.

kemahiran membaca? Sebutan dan intonasi juga tidak

beberapa jelas ketika mereka membaca.

2. Berapakah jumlah murid yang masih Terdapat 5 orang murid yang dapat

belum mahir dalam kemahiran dikesan oleh saya sendiri.

membaca?

3. Apakah sebab ataupun punca murid Salah satu sebab mereka kurang

ini lemah dalam kemahiran berkomunikasi semasa di kelas. Selain

membaca? itu, terdapat murid yang kurang

keyakinan diri dan tidak menumpukan

perhatian di dalam kelas.

4. Apakah langkah yang dilaksanakan Terdapat kepelbagaian yang

oleh cikgu mahupun pihak sekolah dilaksanakan oleh guru. Guru akan

dalam mengatasi masalah ini? memfokuskan kepada kemahirang yang

murid tidak kuasai. Pihak sekolah juga

ada melaksanakan program rakan

sebaya iaitu murid Tahap 2 akan

membimbing murid Tahap 1 yang lemah

dalam kemahiran membaca. Selain itu,

pihak sekolah juga ada melaksanakan

kelas pemulihan kepada murid-murid

yang lemah.

15
2.3 Tindakan

Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Papar, Sabah.

Kajian ini akan memberikan fokus kepada murid Tahun 2 dan lemah pada aspek

kemahiran membaca. Kajian ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula

dengan ujian kemahiran membaca yang akan menguji dan menilai tahap kemahiran

membaca murid Tahun 2 di sekolah yang dipilih. Kemudian, kajian akan diteruskan

dengan membantu murid-murid yang didapati lemah dalam kemahiran membaca

menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang dihasilkan. BBM mahupun teknik

yang digelar ‘Papan Kata’ akan diaplikasikan bagi membantu meningkatkan

kemahiran membaca murid yang didapati lemah pada aspek kemahiran membaca.

Secara umumnya, kajian tindakan merupakan sebuah kajian yang mengkaji

permasalahan praktikal yang ada pada seorang guru. Kajian tindakan juga

merupakan sebuah kajian yang bertujuan menyelesaikan masalah yang dihadapi

oleh guru mahupun murid. Melalui pelaksanaan kajian tindakan, pengkaji mampu

melihat masalah yang dihadapi di dalam proses PdP serta mampu mencipta jalan

penyelesaiannya. Perkara ini turut disokong oleh kenyataan Mc Niff (1998) iaitu guru

sedar mampu meningkatkan tahap dalam proses pengajarannya , seterusnya

mampu menjadi lebih kreatif dan kritis dalam melaksanakan proses pengajaran

melalui pelaksanaan kajian tindakan.

Justeru itu, pengkaji telah memilih model Kajian TIndakan Kurt Lewin (1946)

dalam melaksanakan kajian ini. Merujuk kepada model Kajian Tindakan Kurt Lewin

(1946) ini, terdapat beberapa langkah dalam melaksanakan kajian tindakan yang

dirancangkan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Melalui empat

langkah yang terdapat pada model ini, pengkaji perlu merancang tindakan daripada

isu dan masalah yang timbul. Seterusnya, pengkaji perlu melaksanakan tindakan

untuk menyelesaikan isu mahupun masalah yang ada. Pengkaji juga perlu

16
memerhati dan memungut data bagi tindakan yang dilaksanakan. Refleksi pada

akhir sekali akan menentukan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh

pengkaji. Berikut merupakan rajah yang memaparkan secara jelas berkenaan model

Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946).

Rajah 2.2

Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)

Isu mahupun masalah yang ingin dikaji merupakan tahap kelemahan murid

Tahun 2 dalam aspek kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata. Justeru

itu, pengkaji telah mengikhtiarkan sebuah teknik iaitu teknik ‘Papan Kata’ bagi

membantu murid ataupun peserta kajian dalam meningkatkan aspek kemahiran

membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata. Merujuk kepada model Kajian Tindakan

Kurt Lewin (1946), pengkaji akan melaksanakan pemerhatian serta analisis setelah

melaksanakan penggunaan teknik ‘Papan Kata’ kepada murid mahupun peserta

kajian yang terlibat.

17
3.0 Objektif dan Soalan Kajian

Bab ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan objektif dan persoalan

kajian ini. Fokus kajian ini adalah untuk melihat tahap kemahiran membaca

perkataan 2 hingga 4 suku kata dalam kalangan murid Tahun 2, seterusnya

membantu murid meningkatkan tahap kemahiran membaca menggunakan teknik

‘Papan Kata’. Justeru itu, kajian ini akan dilaksanakan berpandukan objektif yang

ditetapkan, di samping persoalan-persoalan yang muncul.

3.1 Objektif Kajian

Melihat kepada bab sebelum ini, pengkaji ada menyatakan berkanaan prestasi murid

pada bahagian penugumpulan data awal. Selain itu, pengkaji juga ada menyatakan

beberapa kajian lampau berkenaan tahap kemahiran membaca dalam kalangan

murid-murid di Malaysia. Justeru itu, objektif umum kajian ini dilaksanakan ialah

mempertingkatkan tahap kemahiran membaca murid Tahun 2.

Walau bagaimanapun, kajian ini telah meletakkan sebuah objektif yang

khusus iaitu untuk mengenalpasti kelemahan kemahiran membaca murid seterusnya

melihat keberkesanan teknik ‘Papan Kata’ dalam proses pengajaran. Berikut

merupakan senarai objektif kajian:

Jadual 3.1

Objektif Kajian Khusus

BIL OBJEKTIF

1. Mengenalpasti tahap kemahiran membaca murid.

2. Mengenalpasti keberkesanan teknik ‘Papan Kata’ dalam proses P&P

kemahiran membaca.

18
3.2 Persoalan Kajian

Di samping meletakkan objektif tertentu, terdapat beberapa persoalan yang timbul

dalam pelaksanaan kajian ini selari dengan tujuan yang ingin dicapai. Justeru itu,

berikut merupakan persoalan kajian:

Jadual 3.2

Persoalan Kajian

BIL PERSOALAN

1. Apakah tahap kemahiran membaca murid?

2. Bagaimanakah teknik ‘Papan Kata’ boleh membantu murid?

19
4.0 Peserta Kajian

Peserta kajian merupakan tapisan dari seluruh murid Tahun 2 di sebuah sekolah

yang terletak di daerah Papar, Sabah. Murid-murid yang didapati lemah dalam

kemahiran membaca semasa ujian pra dilaksanakan akan diserap menjadi peserta

kajian bagi dibantu menggunakan teknik ‘Papan kata’. Kajian dimulakan dengan

memilih populasi kajian sebelum ditapis untuk memilih sampel kajian. Populasi

didefinisikan secara khusus sebagai keseluruhan bilangan dalam sesebuah

kumpulan manusia, peristiwa atau objek yang memiliki sedikit persamaan secara

umumnya, manakala sampel merupakan sebahagian daripada bilangan keseluruhan

populasi tanpa mengabil kira aspek tertentu seperti menjadi wakil populasi atau

sebaliknya (Azizi, 2007).

Populasi kajian merupakan murid Tahun 2 di sekolah yang dipilih. Bilangan

keseluruhan populasi kajian adalah sebanyak 17 orang murid. Populasi kajian terdiri

daripada 7 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Populasi kajian yang

dipilih ini juga memiliki pengetahuan sedia ada berkenaan kemahiran membaca.

Populasi kajian ini juga sudah diajarkan berkenaan huruf vokal dan konsonen serta

suku kata. Pengetahuan sedia ada cukup penting dalam melaksanakan kajian ini

agar murid-murid yang terlibat sebagai sampel kajian mampu mengikuti intervensi

yang dirangcangkan dengan baik. Sehubungan itu, rajah di bawah akan

memperlihatkan dengan lebih jelas berkenaan proses pemilihan sampel ataupun

peserta kajian.

20
Rajah 4.1

Proses Pemilihan Sampel Kajian

Berdasarkan rajah di atas, sampel kajian dipilih daripada tapisan ujian pra

yang dilaksanakan pada murid. Ujian pra mahupun ujian diagnostik yang

dilaksanakan mengandungi lembaran kerja serta senarai semak. Lembaran kerja

yang dihasilkan mengandungi teks dan tujuh soalan yang perlu dijawab dengan betul.

Seterusnya, teks yang terdapat pada lembaran kerja perlu dibacakan oleh setiap

murid. Pengkaji akan menggunakan senarai semak untuk menandakan empat

kriteria yang penting pada senarai semak itu. Sampel kajian dipilih daripada murid

yang tidak berjaya menjawab semua soalan dengan betul seterusnya tidak berjaya

memenuhi kriteria yang ditetapkan di dalam senarai semak oleh pengkaji. Justeru itu,

Jadual di bawah akan menunjukkan kriteria yang terdapat di senarai semak serta

jadual pemilihan sampel kajian.

21
Jadual 4.1

Kriteria Senarai Semak

Bil Perkara

1. Peserta Kajian boleh membaca teks dengan baik.

2. Peserta kajian berupaya membaca perkataan dengan sebutan yang betul.

3. Peserta kajian berupaya membaca perkataan dengan intonasi yang betul.

4. Peserta kajian berupaya memahami setiap perkataan yang dibacakan.

Jadual 4.2

Pemilihan Sampel Kajian

Murid Markah Kod Sampel yang

Lembaran Kerja Senarai Semak Dipilih

(7 Markah) (4 Markah)

Murid 1 7/7 4/4

Murid 2 7/7 4/4

Murid 3 1/7 1/4 PK 1

Murid 4 7/7 4/4

Murid 5 7/7 4/4

Murid 6 7/7 4/4

Murid 7 0/7 0/4 PK 2

Murid 8 7/7 4/4

Murid 9 6/7 1/4 PK 3

Murid 10 7/7 4/4

Murid 11 7/7 4/4

Murid 12 7/7 4/4

Murid 13 7/7 4/4

22
Murid 14 7/7 4/4

Murid 15 7/7 4/4

Murid 16 7/7 4/4

Murid 17 7/7 4/4

Berdasarkan jadual di atas, terdapat tiga orang murid yang dipilih sebagai

sampel kajian. Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 1

orang murid perempuan. Sampel kajian tidak ditentukan melalui jantina dan hanya

menumpukan kepada ujian pra yang dilaksanakan. Terdapat beberapa aspek yang

difokuskan dalam memilih sampel kajian. Aspek tersebut sangat mempengaruhi

pemilihan sampel kajian. Aspek yang diambil kira adalah melalui senarai semak

yang dihasilkan oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji juga melihat kepada soalan yang

dihasilkan di dalam lembaran kerja. Murid yang tidak berjaya mendapatkan markah

penuh di dalam ujian pra akan dijadikan sebagai sampel kajian secara automatik.

23
5.0 Pelaksanaan Kajian

Bab ini akan memberi pencerahan berkenaan pelaksanaan kajian yang telah

dilaksanakan. Pengkaji akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan langkah-

langkah tindakan, kaedah pengumpulan data serta kaedah menganalisis data.

5.1 Langkah-langkah Tindakan

Teknik ‘Papan Kata’ dilihat mampu membantu murid-murid Tahun 2 dalam

meningkatkan kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata. Teknik ‘Papan

Kata’ merupakan sebuah bahan yang mampu digunakan oleh pengkaji mahupun

guru-guru lain dalam mengajarkan aspek kemahiran membaca kepada murid-murid.

Mohd Izham (2007) menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam

proses P&P mampu menarik perhatian murid, seterusnya murid mampu berseronok

ketika belajar dan mampu memupuk minat untuk terus belajar. Kenyataan ini sedikit

sebanyak membuktikan keberkesanan teknik ‘Papan Kata’ dalam menyelesaikan isu

berkaitan masalah membaca dalam kalangan murid Tahun 2.

Bahan ‘Papan Kata’ merupakan sebuah bahan maujud yang dilengkapi oleh

gambaran visual serta perkataan yang diwarnakan mengikut suku kata. Bahan ini

mampu dibawak kemana-mana serta digunakan oleh murid pada bila-bila masa.

Bahan ini juga cukup sesuai digunakan oleh guru semasa proses P&P dijalankan.

Penggunaan bahan bantu mengajar mampu meningkatkan motivasi murid untuk

terus memberikan perhatian penuh semasa guru melaksanakan proses P&P (Siti

Fatimah & Abdul Halim, 2010). Justeru itu, bahan mahupun teknik ‘Papan Kata’ ini

dilihat cukup sesuai bagi menangani isu berkaitan kemahiran membaca dalam

kalangan murid Tahun 2.

Seperti yang dinyatakan pada bahagian awal penulisan, pengkaji telah

memilih serta merujuk model Kajian TIndakan Kurt Lewin (1946) bagi melaksanakan

24
kajian ini. Kurt Lewin merupakan seorang tokoh yang melopori bidang kajian

tindakan. Reka bentuk kajian tindakan Kurt Lewin telah diasaskan sekitar tahun

1940-an. Reka bentuk kajian tindakan Kurt Lewin ini merangkumi aspek merancang,

bertindak, memerhati serta mereflek tindakan yang dilaksanakan. Oleh itu, rajah

berikut akan memaparkan tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji berdasarkan

model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946).

Rajah 5.1

Proses Pemilihan Sampel Kajian

25
Setiap langkah tindakan yang dilaksanakan di dalam kajian ini ada merujuk

kepada model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946). Berikut merupakan langkah-

langkah tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji.

5.1.1 Merancang

Babak awal kajian dimulakan dengan perancangan keseluruhan berkenaan kajian ini.

Pengkaji telah mula melaksanakan penulisan kertas cadangan berkaitan kajian ini

pada sekitar bulan April hingga Jun yang lalu. Sejurus selesai melaksanakan

penulisan kertas cadangan, pengkaji telah merancang tindakan daripada awal

hingga ke akhir kajian ini. Pengkaji mula merancang kaedah pengumpulan data,

penganalisian data, seterusnya pelaksanaan intervensi kepada peserta kajian.

Pengkaji telah mula merancang berkaitan semua perkara bermula pada awal bulan

Ogos 2022. Pengkaji juga telah berjumpa serta berbincang bersama penyelia

berkenaan tindakan susulan yang akan dijalankan. Justeru itu, bermula pada

pertengahan bulan Ogos 2022, pengkaji telah mula membina langkah-langkah

tindakan berkaitan kajian ini.

5.1.2 Bertindak

Bahagian seterusnya yang berpandukan model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)

ini ialah bertindak. Langkah tindakan yang dilaksanakan merupakan pelaksanaan

intervensi kepada peserta kajian. Pengkaji telah turun ke sekolah yang dipilih bagi

melaksanakan intervensi berkenaan. Peserta kajian yang terlibat adalah sebanyak 3

orang sahaja. Pengkaji telah melaksanakan intervensi di perpustakaan sekolah

tersebut. Lokasi itu dipilih bagi membolehkan setiap peserta kajian dapat

memberikan tumpuan penuh kepada aktiviti yang dijalankan. Pengkaji memulakan

aktiviti dengan kata alu-aluan kepada peserta kajian. Pengkaji juga menerangkan

terlebih dahulu berkenaan aktiviti yang dirancangkan. Setelah selesai sesi

penerangan, pengkaji memulakan langkah pertama iaitu menguji setiap murid untuk

26
membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata. Langkah ini memerlukan pengkaji

menggunakan sebuah lembaran yang mengandungi perkataan untuk dibacakan.

Seterusnya, pengkaji akan menggunakan senarai semak bagi melihat

perkembangan tahap kemahiran membaca murid selepas pelaksanaan ujian pra

sebelum ini. Rajah berikut merupakan lembaran serta senarai semak yang

digunakan oleh pengkaji.

Rajah 5.2

Lembaran Ujian Bacaan

27
Rajah 5.3

Senarai Semak Ujian Bacaan

Setelah selesai peserta kajian membaca dan dinilai, pengkaji seterusnya

akan menggunakan bahan ‘Papan Kata’ bagi membantu peserta kajian

meningkatkan tahap kemahiran membaca mereka. Pengkaji akan menerangkan

kaedah pembelajaran menggunakan bahan tersebut terlebih dahulu. Seterusnya,

pengkaji akan mengedarkan tiga bahan ‘Papan Kata’ tersebut kepada ketiga-tiga

peserta kajian yang terlibat. Pengkaji akan membawa peserta kajian untuk

membaca perkataan yang tertera pada bahan tersebut. Pengkaji juga akan

membimbing peserta kajian bagi melaksanakan aktiviti ini.

Selepas setiap peserta kajian telah mahir membaca menggunakan teknik

yang diajarkan. Pengkaji telah mengagihkan lembaran kerja ujian pasca kepada

setiap peserta kajian. Setiap peserta kajian perlu melengkapkan lembaran kerja

tersebut. Pengkaji memberikan masa selama 15 minit bagi setiap peserta kajian

untuk menyiapkannya. Sejurus selesai setiap peserta kajian menjawab, pengkaji

meminta setiap peserta kajian bagi membaca teks yang terdapat pada lembaran

28
berkenaan. Pengkaji seterusnya menggunakan senarai semak yang digunakan

pada ujian pra untuk melihat perkembangan murid.

5.1.3 Memerhati

Proses pemerhatian dijalankan oleh pengkaji sepanjang melaksanakan tindakan.

Pengkaji mula memerhatikan tumpuan yang diberikan oleh peserta kajian di awal

aktiviti dijalankan. Kata alu-aluan yang diberikan oleh pengkaji diselitkan dengan

aktiviti menarik bagi menarik perhatian peserta kajian. Seterusnya, pengkaji

memerhatikan perkembangan peserta kajian melalui langkah pertama iaitu ujian

bacaan. Langkah tersebut dilaksanakan bagi melihat tahap kemahiran membaca

peserta kajian dengan lebih teliti. Pada langkah kedua, pengkaji mula melihat

perkembangan peserta kajian selepas didedahkan dengan teknik ‘Papan Kata’.

Pengkaji membimbing setiap seorang peserta kajian bagi melihat kefahaman setiap

peserta kajian. Pemerhatian terakhir dilaksanakan melalui ujian pasca yang

dijalankan. Pengkaji melihat kefahaman peserta kajian setelah pelaksanaan

intervensi. Pengkaji menilai setiap seorang peserta kajian bukan sahaja daripada

lembaran kerja, namun senarai semak yang dimasukkan beberapa kriteria penting di

dalam kemahiran membaca. Setiap pemerhatian yang dilaksanakan akan

dimasukkan ke bahagian dapatan kajian. Pemerhatian ini juga dilaksanakan bagi

melihat keberkesanan teknik ‘Papan Kata’ yang diaplikasikan kepada peserta kajian.

5.1.4 Mereflek

Pada babak akhir langkah tindakan ini, pengkaji telah melaksanakan refleksi

terhadap teknik ‘Papan kata’ yang diaplikasikan. Refleksi yang dijalankan

merangkumi hasil yang ditunjukkan oleh peserta kajian daripada awal hingga akhir

aktiviti dijalankan. Berdasarkan refleksi yang dilaksanakan, pengkaji memperoleh

beberapa kekuatan daripada teknik yang dihasilkan melalui bahan yang digunakan.

29
Bahan ‘Papan Kata’ merangkumi gambaran visual serta pecahan suku kata

yang diwarnakan. Kedua-dua aspek ini cukup memberikan kelebihan kepada bahan

tersebut untuk diaplikasikan kepada murid-murid yang lemah. Perkara ini dapat

dibuktikan melalui kenyataan Vetter, Ward dan Shapiro (1995) iaitu penggunaan

warna dapat membantu murid untuk meningkatkan kecekapan murid. Perkara ini

bertepatan dengan elemen yang diselitkan di dalam teknik ‘Papan Kata’. Pengkaji

memisahkan setiap suku kata dengan warna yang berbeza bagi membolehkan

peserta kajian membaca dengan baik. Elemen gambaran visual yang dicerapkan

pula berfungsi bagi memberikan kefahaman makna perkataan yang dibacakan murid.

Sebagai contoh, pada perkataan ‘pokok’, pengkaji meletakkan gambar sebuah pokok

bagi memberitahu makna disebalik perkataan tersebut. Penggunaan gambaran

visual merupakan salah satu strategi yang amat berkesan untuk membantu serta

meningkatkan proses pembelajaran (Ahmad Nazir Muhammad Ali, 2006). Justeru itu,

teknik ‘Papan Kata’ dilihat sangat relevan bagi digunakan dalam meningkatkan

kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata dalam kalangan murid Tahun 2.

Selain itu, teknik ‘Papan Kata’ merupakan sebuah teknik yang mampu

melibatkan murid dalam proses pembelajaran. Di dalam pelaksanaan kajian ini,

peserta kajian bukan sahaja perlu mendengar dan melihat, malah setiap peserta

kajian perlu menyebutkan perkataan yang tertera pada bahan tersebut. Pengkaji

akan membimbing setiap peserta kajian untuk membacakan perkataan satu persatu

mengikut suku kata yang diwarnakan. Pengkaji juga membekalkan sebuah ‘marker

pen’ kepada peserta kajian untuk membahagikan perkataan kepada beberapa suku

kata, seterusnya membacakan keseluruhan perkataan itu. Proses ini dilihat cukup

membantu peserta kajian untuk mengingati ilmu yang disampaikan. Perkara ini turut

disokong oleh kenyataan Ikhsan dan Norila (2005) iaitu murid mampu mengingati isi

pelajaran yang disampaikan bergantung kepada kaedah pengajaran yang

30
dilaksanakan oleh guru. Jadual berikut akan memaparkan kadar pengingatan murid

berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Jadual 5.1

Kadar Ingatan Murid Berpandukan Aktiviti

AKTIVITI PERATUSAN INGATAN

Membaca 10%

Mendengar 20%

Melihat 30%

Mendengar & Melihat 50%

Menyebut 80%

Menyebut & Membuat 90%

Oleh hal yang demikian, bahan yang dihasilkan dilihat mampu memberikan

kesan ingatan yang baik kepada peserta kajian yang terlibat. Perkara ini juga pasti

menimbulkan kesan yang sama kepada murid-murid lain yang menggunakan bahan

ini. Justeru itu, teknik ‘Papan Kata’ yang dihasilkan menunjukkan beberapa

kelebihan yang jelas bagi diaplikasikan kepada murid yang lemah dalam kemahiran

membaca. Teknik ini juga mampu memberikan murid pengalaman yang berbeza di

dalam proses pembelajaran.

5.2 Kaedah Pengumpulan Data

Terdapat pelbagai kaedah dapat dilaksanakan dalam mengumpul data berkenaan

kajian yang dijalankan (Chow Fook Meng & Jaizah, 2011). Setiap kaedah yang

dilaksanakan bergantung kepada objektif, situasi mahupun kemahiran pengkaji.

Langkah pengumpulan data cukup penting di dalam pelaksanaan kajian tindakan.

Perkara ini cukup penting kerana struktur kajian tindakan yang mengandungi

31
kekukuhan ciri-ciri seperti empirikal, sistematik, kesahan dan kebolehpercayaan.

Setiap ciri-ciri ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan tindakan

yang tepat bagi dilaksanakan buat kajian tindakan. Justeru itu, pengkaji telah

memilih tiga kaedah dalam menjalankan kajian ini iaitu analisis dokumen,

pemerhatian serta temu bual.

5.2.1 Analisis Dokumen

Kaedah analisis dokumen yang dijalankan oleh pengkaji adalah berpandukan

lembaran kerja serta senarai semak yang mengandungi kriteria penting dalam aspek

bacaan. Lembaran kerja mahupun senarai semak ini dilaksanakan secara dua kali

iaitu ujian pra dan ujian pasca. Lembaran kerja yang dihasilkan oleh pengkaji

mengandungi teks yang perlu dibacakan oleh peserta kajian serta tujuh soalan yang

perlu dijawab oleh peserta kajian. Senarai semak pula digunakan oleh pengkaji

untuk menilai tahap kemahiran membaca peserta kajian. Ujian pra dilaksanakan

bagi melihat murid yang berpotensi untuk diserapkan menjadi peserta kajian.

Manakala ujian pasca dilaksanakan bagi melihat keberkesanan teknik ‘Papan Kata’

yang diaplikasikan kepada peserta kajian. Berikut merupakan lembaran kerja serta

senarai semak yang digunakan sebagai kaedah analisis dokumen.

32
Rajah 5.4

Lembaran Kerja

Rajah 5.5

Senarai Semak

33
5.2.2 Pemerhatian

Pengkaji menjalankan kaedah pemerhatian dalam mengumpul data berkaitan kajian

ini. Pemerhatian yang dilaksanakan berfokus kepada respon peserta kajian

sepanjang aktiviti dijalankan bermula daripada ujian pra sehingga ujian pasca.

Pengkaji juga melihat kefahaman peserta kajian terhadap teknik ‘Papan Kata’ yang

diaplikasikan bagi meningkatkan kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku

kata. Pemerhatian yang dilaksanakan mampu memberikan pengkaji maklumat

berkenaan kajian yang dilaksanakan. Rajah berikut menunjukkan respon murid

ketika diberikan bahan ‘Papan Kata’ ketika intervensi dilaksanakan.

Rajah 5.6

Respon Peserta Kajian

5.2.3 Temu Bual

Pengkaji juga telah menjalankan temu bual sebagai kaedah pengumpulan data

berkaitan kajian ini. Temu bual telah dilaksanakan dengan peserta kajian yang

terlibat dalam kajian ini. Temu bual yang dilaksanakan juga bertujuan untuk melihat

respon peserta kajian berkenaan keberkesanan teknik ‘Papan Kata’ yang

diaplikasikan bagi membantu peserta kajian meningkatkan tahap kemahiran

34
membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata. Temu bual ini juga telah dijalankan

terhadap ketiga-tiga peserta kajian. Temu bual yang dilaksanakan ini juga

merupakan sesi temu bual yang tidak formal. Temu bual ini dijalankan secara tidak

formal untuk melihat perasaan mahupun respon daripada peserta kajian. Jadual

berikut akan menunjukkan transkripsi soalan temu bual yang diajukan oleh pengkaji

kepada peserta kajian.

Jadual 5.2

Transkripsi Temu Bual

Bil Soalan Jawapan Peserta Kajian

1. Adakah kamu rasa sukar untuk

membaca?

2. Adakah kamu boleh membaca

perkataan 2 hingga 4 suku kata?

3. Kenapa kamu rasa susah untuk

membaca?

4. Adakah aktiviti yang cikgu jalankan

dapat membantu kamu membaca

dengan lebih baik?

5. Apakah sebab kamu merasakan

aktiviti dan bahan yang digunakan

mampu membantu kamu?

5.3 Cara Menganalisis Data

Terdapat beberapa cara dalam menganalisis data yang dikumpulkan dalam

sesebuah kajian. Setiap data yang dikumpul perlulah dianalisis dan ditafsir dengan

terperinci. Melalui proses penafsiran mahupun penganalisian data yang baik dalam

35
sesebuah kajian, pengkaji mampu melaporkan hasil kajian yang tepat berpandukan

bukti-bukti yang diperoleh daripada data yang dikutip. Justeru itu, pengkaji telah

mengaplikasikan kaedah kualitatif sebagai cara penganalisian data dalam kajian ini.

Kaedah kualitatif merupakan sebuah kaedah yang mengumpulkan data deskriptif

yang berbentuk seperti perkataan bertulis mahupun lisan dari respondan (Lee Keok

Cheong, Zakri Abdullah dan Chua Lay Nee, 2018). Di dalam kajian ini, pengkaji

akan menganalisis data berdasarkan perkembangan murid dalam kemahiran

membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata. Pengkaji akan menganalisis bermula

daripada kutipan data ujian pra sehingga ujian pasca. Terdapat beberapa kaedah

menganalisis data berpandukan kaedah pengumpulan data. Oleh itu, rajah berikut

akan memaparkan kaedah mengumpul dan menganalisis data.

Rajah 5.7

Kaedah Mengumpul dan Menganalisis Data

36
Berdasarkan rajah di atas, pengkaji telah melaksanakan beberapa kaedah

dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Merujuk bahagian pengumpulan data

pertama iaitu analisis dokumen, pengkaji memilih untuk menganalisis daripada

lembaran kerja serta senarai semak. Lembaran kerja merangkumi ujian pra, ujian

bacaan serta ujian pasca yang dilaksanakan. Senarai semak pula digunakan ketika

menguji peserta kajian membacakan perkataan yang ada pada teks yang terdapat di

dalam lembaran kerja. Kaedah kedua merupakan kaedah pemerhatian. Pengkaji

melihat respon murid daripada setiap aktiviti yang dijalankan. Pengkaji menganalisis

daripada kefahaman yang diberikan oleh peserta kajian sepanjang kajian dijalankan.

Kaedah terakhir merupakan temu bual yang ditranskrip. Melalui penganlisian temu

bual yang dilaksanakan, pengkaji mampu melihat keberhasilan kajian yang

dilaksanakan melalui idea dan respon daripada peserta kajian.

37
6.0 Dapatan Kajian

Bab ini akan menerangkan dengan lebih teliti berkenaan dapatan kajian ini. Setiap

data yang telah dianalisis akan disertakan ke dalam penulisan bab ini untuk

menerangkan berkenaan dapatan kajian ini. Justeru itu, pengkaji akan

menghuraikan dapatan kajian melalui kesemua instrumen kajian yang dijalankan.

Secara umumnya, dapatan kajian ini memperoleh peningkatan pada tahap

kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata dalam kalangan peserta kajian.

Setiap peserta kajian memperlihatkan peningkatan yang jelas dan

memberangsangkan dari mula kajian dijalankan sehingga selesai kajian berlangsung.

Pada awal kajian ini dijalankan, pengkaji mendapati bahawa setiap peserta kajian

yang dipilih mempunyai beberapa kelemahan dalam aspek kemahiran membaca.

Dua daripada tiga peserta kajian tidak boleh membaca dengan baik, manakala

seorang lagi peserta kajian tidak dapat membaca dengan jelas. Sehubungan itu,

pengkaji telah menjalankan sebuah tindakan yang berbentuk intervensi. Intervensi

yang dijalankan oleh pengkaji berpandukan teknik ‘Papan Kata’ yang diterjemahkan

dalam bentuk bahan maujud. Teknik ‘Papan Kata’ ini merupakan sebuah teknik

yang memfokuskan kepada gambaran visual perkataan yang diletakkan dan juga

konsep suku kata berwarna. Melalui teknik ‘Papan Kata’ yang dijalankan semasa

intervensi, jelas bahawa peserta kajian dapat menunjukkan peningkatan yang

mendadak dalam segi kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata. Justeru

itu, bab ini akan menunjukkan segala bukti yang ada berkaitan dapatan kajian ini.

Setiap peserta kajian telah menjalankan ujian pra serta ujian pasca dalam

mengumpul data berkaitan kajian ini. Setiap tindakan juga telah dijalankan dengan

perancangan yang rapi. Oleh itu, pengkaji akan memperlihatkan dapatan kajian

yang dianalisis dengan baik. Jadual di bawah akan menunjukkan data berkenaan

setiap peserta kajian dari masa ujian pra dilaksanakan dan juga selepas intervensi

mahupun ujian pasca diadakan.

38
Jadual 6.1

Perkembangan Peserta Kajian

SEBELUM TINDAKAN SELEPAS TINDAKAN


BIL PESERTA KAJIAN
LK SS LK SS

1. PK 1 0/7 1/4 7/7 4/4

2. PK 2 1/7 0/4 7/7 3/4

3. PK 3 6/7 1/4 7/7 4/4

CATATAN :

PK = Peserta Kajian

LK = Lembaran Kerja

SS = Senarai Semak

Seperti yang dinyatakan di atas, setiap peserta kajian tidak mampu

memperoleh markah penuh pada setiap instrumen yang digunakan oleh pengkaji

sebelum tindakan dijalankan. Perkara ini terbukti pada jadual di atas bahawa setiap

peserta kajian hanya memperoleh markah yang kurang memuaskan. PK 1 tidak

berjaya menjawab semua soalan pada lembaran kerja seterusnya hanya berjaya

memenuhi satu kriteria sahaja pada aspek bacaan melalui borang senarai semak

yang disemak oleh pengkaji. Seterusnya, PK 2 pula hanya memperoleh satu sahaja

jawapan yang betul daripada tujuh soalah yang terdapat pada lembaran kerja yang

disediakan. Namun, PK 2 tidak berjaya memenuhi setiap kriteria kemahiran

membaca yang ditetapkan oleh pengkaji dalam borang senarai semak. PK 3

ataupun peserta kajian terakhir berjaya memperoleh enam jawapan yang betul

daripada tujuh soalan di lembaran kerja. Akan tetapi, borang senarai semak PK 3

39
menunjukkan bahawa PK 3 hanya berjaya memenuhi satu kriteria daripada empat

yang ada pada borang tersebut.

Selepas tindakan dijalankan, setiap peserta berjaya memperoleh markah

penuh pada setiap instrumen yang digunakan iaitu lembaran kerja dan borang

senarai semak. Berdasarkan jadual 6.1, setiap peserta kajian mempunyai

peningkatan yang memberangsangkan. PK 1 berjaya memperoleh markah penuh

pada ujian pasca berbanding kosong markah pada ujian pra. PK 1 juga berjaya

memenuhi semua kriteria pada senarai semak berbanding hanya memenuhi satu

kriteria pada ujian pra. Seterusnya, PK 2 juga berjaya memperoleh markah pada

lembaran kerja berbanding hanya memperoleh satu markah daripada tujuh soalan

ketika ujian pra. PK 2 juga berjaya mencapai setiap kriteria yang ada pada borang

senarai semak berbanding tidak dapat mencapai satu pun kriteria semasa ujian pra.

AKhir sekali, PK 3 juga berjaya memenuhi segala kriteria pada borang senarai

semak dan mengutip markah penuh pada lembaran kerja pada ujian pasca

berbanding hanya memenuhi satu kriteria dan memperoleh enam markah daripada

tujuh soalan di ujian pra.

Analisis ini jelas menunjukkan bahawa kajian yang dijalankan ini berjaya.

Walaubagaimanapun, pengkaji akan menunjukkan semula soalan pada lembaran

kerja dan kriteria pada borang senarai semak. Seterusnya, pengkaji akan

mengulaskan berkenaan soalan pada lembaran kerja dan kriteria yang terdapat pada

borang senarai semak.

40
Rajah 6.1

Lembaran Kerja & Borang Senarai Semak

Merujuk kepada rajah di atas, lembaran kerja yang disediakan oleh pengkaji

mengandungi tujuh soalan. Jenis soalan pula merupakan soalan padanan. Murid

mahupun peserta kajian yang menjawab soalan berikut perlu memilih jawapan yang

disediakan pada kotak-kotak itu untuk dimasukkan pada ruangan jawapan yang

disediakan. Selain itu, jawapan mampu diperolehi daripada teks yang terdapat di

bahagian atas lembaran kerja itu. Oleh itu, perkara ini sememangnya berkesan

dalam mengesan tahap kemahiran membaca peserta kajian yang terlibat dalam

kajian ini. Ini kerana setiap peserta kajian perlu membacakan teks yang ada pada

lembaran kerja sebelum menjawab soalan yang diberikan berpandukan arahan yang

terdapat pada lembaran kerja itu.

Borang senarai semak yang digunakan oleh pengkaji pula mengandungi

empat kriteria. Kriteria yang dicerapkan ke dalam borang itu bermula daripada

kriteria umum kepada khusus. Dalam kajian ini, pengkaji akan melihat kepada

senarai semak bagi menentukan tahap kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4

suku kata dalam kalangan peserta kajian. Perkara ini lebih mudah untuk pengkaji

41
menyemak tahap kemahiran membaca yang ada pada peserta kajian kerana

pengkaji dapat mendengar sendiri proses bacaan setiap peserta kajian. Antara

kriteria yang terdapat pada senarai semak ialah

 Peserta Kajian boleh membaca teks dengan baik.

 Peserta kajian berupaya membaca perkataan dengan sebutan yang betul.

 Peserta kajian berupaya membaca perkataan dengan intonasi yang betul.

 Peserta kajian berupaya memahami setiap perkataan yang dibacakan.

Justeru itu, penulisan ini akan menghuraikan dengan lebih jelas berkenaan

markah pada lembaran kerja dan kriteria pada senarai semak yang diperolehi oleh

peserta kajian pada ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan.

Jadual 6.2

Analisis Dokumen Lembaran Kerja

PESERTA KAJIAN UJIAN PRA UJIAN PASCA

PK 1

42
PK 2

PK 3

Jadual 6.3

Analisis Perbezaan Markah

PESERTA MARKAH PERBEZAAN

KAJIAN UJIAN PRA UJIAN PASCA KESALAHAN

PK 1 0/7 7/7 7

PK 2 1/7 7/7 6

PK 3 6/7 7/7 1

Melalui jadual 6.2 dan 6.3, jelas bahawa setiap peserta kajian berjaya

memperoleh peningkatan yang mendadak pada ujian pasca yang dijalankan.

43
Merujuk pada jadual 6.3, PK1 berjaya memperoleh peningkatan sebanyak tujuh

markah. PK 2 pula berjaya memperoleh peningkatan sebanyak enam markah diikuti

PK 3 yang mempunyai peningkatan sebanyak satu markah. Perkara ini jelas

membuktikan bahawa setiap peserta kajian berjaya meningkatkan tahap kemahiran

membaca 2 hingga 4 suku kata. Analisis yang dilaksanakan pada lembaran kerja ini

juga mampu membuktikan intervensi yang dijalankan berkesan dan mampu

memberikan input yang baik kepada peserta kajian. Justeru itu, penulisan ini akan

diteruskan dengan huraian berkenaan analisis borang senarai semak setiap peserta

kajian pada ujian pra dan juga ujian pasca bagi memuktikan keberkesanan teknik

‘Papan Kata’ seterusnya menjelaskan dapatan kajian dengan lebih jelas.

Jadual 6.4

Analisis Dokumen Senarai Semak

PESERTA KAJIAN UJIAN PRA UJIAN PASCA

PK 1

44
PK 2

PK 3

Jadual 6.5

Analisis Perbezaan Markah

PESERTA MARKAH KRITERIA PERBEZAAN

KAJIAN UJIAN PRA UJIAN PASCA PENCAPAIAN

PK 1 1/4 4/4 3

PK 2 0/4 3/4 3

PK 3 1/4 4/4 3

Merujuk pada jadual 6.4 dan 6.5 pula, terdapat jurang yang besar antara

pencapaian kriteria senarai semak pada ujian pra dan ujian pasca dalam kalangan

peserta kajian. Perkara ini lebih jelas jika merujuk pada jadual 6.5, PK 1 dan PK 3

berjaya memenuhi setiap kriteria semasa ujian pasca berbanding hanya memenuhi

45
satu sahaja kriteria pada ujian pra. Seterusnya, PK 2 menunjukkan peningkatan

yang sangat memberangsangkan apabila berjaya memenuhi setiap kriteria pada

ujian pasca berbanding gagal memenuhi setiap kriteria ketika ujian pra dijalankan.

Justeru itu, pengkaji akan menghuraikan dengan lebih mendalam berkaitan setiap

pencapaian peserta kajian berdasarkan borang senarai semak.

Jadual 6.6

Analisis Senarai Semak PK 1

BORANG SENARAI SEMAK PK 1

UJIAN PRA UJIAN PASCA

CATATAN

Kriteria 1

Pada ujian pra, PK 1 membaca dengan sangat lambat.

Kriteria 2

Sebutan yang dituturkan oleh PK 1 kurang baik pada ujian pra.

Kriteria 3

Tiada intonasi pada ujian pra.

46
Merujuk pada senarai semak dan pemerhatian pengkaji, PK 1 memberi

respon yang sangat baik pada ujian pra dan ujian pasca. Akan tetapi, PK 1 didapati

tidak berjaya memenuhi tiga kriteria pada borang senarai semak semasa ujian pra

dijalankan. Merujuk pada jadual 6.6, PK 1 membaca dengan sangat perlahan. PK 1

terpaksa mengeja satu persatu suku kata bagi menyebut perkataan yang ingin

dibacakan. Sebutan yang dipancarkan juga sangat perlahan dan tidak jelas kerana

proses bacaan yang lambat. PK 1 juga tidak berjaya memenuhi kriteria ketiga

kerana bacaannya tidak memiliki intonasi yang baik. Walaubagaimanapun, PK 1

berjaya membaca dengan baik pada ujian pasca. PK 1 berjaya membaca dengan

baik meskipun tidak begitu lancar kerana PK 1 membaca melalui proses membatang

suku kata. Sebutan yang dilontarkan semakin jelas dan memiliki intonasi.

Jadual 6.7

Analisis Senarai Semak PK 2

BORANG SENARAI SEMAK PK 2

UJIAN PRA UJIAN PASCA

CATATAN

PK 2 tidak berjaya mencapai semua kriteria yang ada pada borang senarai semak.

PK 2 tidak memiliki keyakinan dalam membaca atau menyebut yang menyebabkan

PK 2 tidak mampu membaca dengan baik. Kebanyakkan perkataan yang dibaca

tidak difahami oleh PK 2.

47
Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan, PK 2 sangat kurang memberi

respon berbanding peserta kajian yang lain. Selepas tindakan dijalankan, PK 2

menunjukkan peningkatan dalam aspek sosial apabila berjaya memberikan respon

yang baik sepanjang menjalankan aktiviti. Merujuk pada jadual 6.7, PK 2 berjaya

memperoleh peningkatan yang memberangsangkan. Bacaan PK 2 semakin baik

berbanding semasa ujian pra dilaksanakan. Sebutan yang dilontarkan juga semakin

jelas. Keyakinan yang ditunjukkan oleh PK 2 semakin meningkat setelah tindakan

dijalankan. PK 2 juga berjaya memahami setiap perkataan yang dibaca melalui

bantuan bahan ‘Papan Kata’ yang digunakan semasa intervensi.

Walaubagaimanapun, PK 2 tidak berjaya membaca dengan intonasi yang betul dan

sesuai. Bacaan PK 2 ketika ujian pasca sangat mendatar. Keseluruhannya,

peningkatan yang ditunjukkan oleh PK 2 sangat baik dan memberikan sebuah

kelebihan buat bahan yang digunakan.

Jadual 6.8

Analisis Senarai Semak PK 3

BORANG SENARAI SEMAK PK 3

UJIAN PRA UJIAN PASCA

CATATAN

Kriteria 1

48
Bacaan perlahan.

Kriteria 2

Sebutan kurang jelas dari aspek suara.

Kriteria 3

Intonasi kurang jelas.

Melalui pemerhatian yang dijalankan, PK 3 juga tidak memberikan respon

yang begitu baik ketika ujian pra. PK 3 dilihat agak pasif berbanding murid-murid lain

dikelas. Namun, respon yang diberikan ketika ujian pasca sangat baik. Melihat

kepada borang senarai semak selepas tindakan dijalankan, PK 3 memperoleh

peningkatan yang sangat baik. Aspek bacaan semakin baik dan kelihatan normal.

Sebutan yang dilontarkan juga sangat jelas serta memperlihatkan keyakinan dalam

dirinya. Intonasi yang digunakan juga semakin baik dan sangat sesuai. Perkara ini

juga membuktikan keberkesanan teknik ‘Papan Kata’ yang diaplikasikan kepada

setiap peserta kajian. PK 3 berjaya memenuhi setiap kriteria pada borang senarai

semak selepas intervensi dijalankan berbanding hanya memenuhi satu sahaja

kriteria pada ujian pra.

Secara keseluruhannya, setiap peserta kajian menunjukkan peningkatan

yang sangat baik dalam kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata.

Analisis yang dilaksanakan berdasarkan lembaran kerja, senarai semak dan juga

pemerhatian menunjukkan peningkatan yang jelas pada setiap peserta kajian yang

terlibat.

Seterusnya, pengkaji akan menjelaskan dapatan kajian yang diperolehi

daripada temu bual yang dilaksanakan dengan peserta kajian. Terdapat beberapa

soalan yang diajukan kepada peserta kajian. Temu bual yang dilaksanakan juga

49
merupakan temu bual yang tidak berstruktur. Perkara ini dilaksanakan agar setiap

peserta kajian dapat memberikan jawapan yang spontan dan datang daripada idea

tersendiri. Antara soalan yang ditanyakan oleh pengkaji kepada peserta kajian ialah ;

 Adakah kamu rasa sukar untuk membaca?

 Adakah kamu boleh membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata?

 Kenapa kamu rasa susah untuk membaca?

 Adakah aktiviti yang cikgu jalankan dapat membantu kamu membaca

dengan lebih baik?

 Apakah sebab kamu merasakan aktiviti dan bahan yang digunakan mampu

membantu kamu?

Berdasarkan setiap soalan ini, pengkaji akan melaksanakan transkripsi

jawapan setiap peserta kajian. Setiap jawapan itu akan dianalisis bagi menjelaskan

dapatan kajian yang diperoleh. Justeru itu, penulisan ini akan memaparkan setiap

jawapan peserta kajian dalam bentuk jadual. Kemudian, pengkaji akan

menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan setiap transkripsi jawapan yang

disediakan. Jadual berikut akan menunjukkan jawapan bagi setiap peserta kajian

melalui temu bual yang dilaksanakan.

Jadual 6.9

Transkrip Jawapan Peserta Kajian

BIL SOALAN JAWAPAN

1. Adakah kamu rasa sukar PK 1

untuk membaca? Iya.

PK 2

Ada sikit.

50
PK 3

Tidak terlampau susah.

2. Adakah kamu boleh PK 1

membaca perkataan 2 Susah.

hingga 4 suku kata? PK 2

Susah.

PK 3

Boleh sikit-sikit.

3. Kenapa kamu rasa susah PK 1

untuk membaca? Jarang membaca dirumah.

PK 2

Kurang baca dirumah.

PK 3

Jarang buat latihan.

4. Adakah aktiviti yang cikgu PK 1

jalankan dapat membantu Iya, ada senang sikit lah.

kamu membaca dengan PK 2

lebih baik? Makin senang.

PK 3

Makin senang dan mudah.

5. Apakah sebab kamu PK 1

merasakan aktiviti dan Sebab bergambar dan ada suku kata berwarna.

bahan yang digunakan Makin senang untuk baca.

mampu membantu kamu? PK 2

Ada gambar.

PK 3

Ada gambar dan dapat baca dari suku kata

51
Melalui jadual 6.9, jelas bahawa dapatan kajian menunjukkan teknik ‘Papan

Kata’ mampu meningkatkan tahap kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku

kata. Jika merujuk jadual 6.9 didapati bahawa setiap peserta kajian menyatakan

teknik ‘Papan Kata’ mampu memudahkan proses bacaan. Jika dilihat pada soalan

awal, ketiga-tiga peserta kajian menyatakan kesukaran mereka dalam kemahiran

membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata. Walaubagaimanapun, setiap peserta

kajian menyatakan bahawa bahan yang digunakan oleh pengkaji mampu membantu

mereka membaca. PK 1 menyatakan bahawa aspek gambaran visual dan suku kata

berwarna cukup membantunya, manakala PK 2 menyatakan gambar yang

digunakan mampu membantu proses bacaannya. AKhir sekali, PK 3 juga

menyatakan gambar dan suku kata merupakan ciri-ciri yang membantunya

membaca.

52
7.0 Refleksi

Terdapat beberapa elemen yang merangkumi kecekapan profesional keguruan iaitu

elemen pemikiran elektif terhadap amalan pendidikan yang mampu meningkatkan

aspek kecekapan, kemahiran serta keyakinan guru dalam menguruskan sesi P&P di

bilik darjah (Dewey, 1993). Secara umumnya, pemikiran reflektif amat penting

kepada seorang guru untuk mengenalpasti kelemahan dan melaksanakan

penambahbaikan dalam proses pengajaran bagi memastikan murid-muridnya

mampu memperoleh ilmu yang disampaikan dengan baik. Merujuk kepada kajian

yang dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa setiap peserta kajian telah berjaya

meningkatkan tahap kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata. Perkara

ini mampu dilihat pada dapatan kajian yang dilaksanakan apabila setiap peserta

kajian tidak lagi merasakan kesukaran ketika membaca perkataan 2 hingga 4 suku

kata. Justeru itu, bab ini akan menghuraikan beberapa refleksi yang dilaksanakan

berdasarkan kajian ini.

Merujuk kepada aspek tindakan dalam kajian, pengkaji mendapati bahawa

terdapat beberapa kelemahan di dalam bahan yang dihasilkan. Bahan yang

dihasilkan mengandungi gambaran visual dikuti oleh perkataan yang diwarnakan

mengikut suku kata. Bahan ‘Papan Kata’ yang dihasilkan mengandungi enam

perkataan sahaja. Selain itu, bahan itu juga dimuatkan pada sehelai kertas bersaiz

A4 yang dilaminakan. Menurut pengkaji, bahan yang dihasilkan tersebut senang

dibawa kemana-mana, namun ianya dilihat mudah untuk rosak mahupun hilang

kerana bahan tersebut hanya berupa sehelai kertas yang keras. Selain itu, pengkaji

melihat bahawa kandungan perkataan terlampau sedikit kerana hanya mengandungi

enam perkataan sahaja. Perkara ini dilihat mampu meningkatkan sedikit sahaja

tahap kemahiran membaca peserta kajian yang menggunakan bahan tersebut.

Justeru itu, pengkaji mampu melaksanakan inisiatif lain pada masa akan datang

untuk menambahbaik kajian yang dilaksanakan ini.

53
Di samping itu, pengkaji menyedari akan beberapa penambahbaikan dalam

amalan profesional keguruan sepanjang proses pelaksanaan kajian ini. Antara

perkara yang mampu diserap oleh pengkaji ialah amalan kawalan bilik darjah

semasa melaksanakan kajian ini. Pengkaji telah melaksanakan proses pengajaran

ringkas ketika mengumpul data awal bagi memilih peserta kajian. Dari peristiwa itu,

pengkaji mampu mereflek terhadap amalan kawalan bilik darjah yang sebenar

setalah melalui Praktikum Fasa 1 secara atas talian. Selain itu, pengkaji juga

mampu mempelajari etika sosial antara guru-guru di sekolah. Proses kajian ini

memerlukan pengkaji untuk berhubung dengan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah

yang dipilih. Selain itu, pengkaji juga perlu berhubung dengan guru-guru yang lain

dalam mengendalikan proses pengumpulan data awal dan tindakan. Seterusnya,

berhubung dengan pentadbir sekolah bagi melaksanakan kajian di sekolah tersebut.

Perkara ini sedikit sebanyak telah membantu pengkaji meningkatkan kemahiran

sosial dalam kalangan guru di sekolah. Akhir sekali, penyelidikan tindakan juga telah

mengubah pandangan pengkaji terhadap amalan pengajaran. Sebagai seorang guru

yang cemerlang, analisis terhadap isu ataupun masalah dalam kalangan murid perlu

sentiasa dilaksanakan. Perkara ini mampu dijadikan faktor peningkatan terhadap

pencapaian murid-murid tersebut. Selain itu, perkara ini juga mampu mendorong

guru untuk meningkatkan kreativiti dalam proses pengajaran.

Selepas kajian dilaksanakan, pengkaji mendapati beberapa perkara yang

mempengaruhi tahap kemahiran membaca murid-murid dan juga pencapaian

keseluruhan dalam subjek Bahasa Melayu. Antara perkara yang dilihat ialah

persekitaran murid-murid sama ada di sekolah dan juga dirumah. Selain itu, strategi

pengajaran guru dan juga penggunaan bahan pengajaran. Perkara ini dilihat sangat

mempengaruhi proses pembelajaran murid-murid mahupun tahap kemahiran

membaca mereka. Kemahiran membaca seharusnya mula dikuasai seawal usia 4

54
tahun, namun masih ada segelintir kanak-kanak yang berusia lebih dari 7 tahun

masih belum menguasai kemahiran membaca. Selain itu, pengkaji juga melihat

bahawa proses pengajaran yang baik adalah berpandukan kecenderungan murid.

Setiap murid memiliki bermacam-maca kecenderungan mahupun minat. Justeru itu,

guru perlulah bertindak lebih kreatif dan kritis dalam memastikan setiap murid dapat

mengikuti proses P&P dengan lancar dan memberikan kesan kepada mereka.

Rumusannya, pengkaji amat berpuas hati dengan segala proses yang

dilaksanakan ketikan menjalankan kajian ini. Segala objektif yang disasarkan

berjaya dicapai oleh pengkaji iaitu dalam melihat keberkesanan bahan ‘Papan Kata’

dan juga meningkatkan tahap kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata

dalam kalangan peserta kajian. Pengkaji juga turut berterima kasih kepada pihak

sekolah dan pensyarah penyelia yang banyak memudahkan urusan dalam

menyempurnakan kajian ini. Melalui kajian yang dilaksanakan, pengkaji memperoleh

banyak ilmu berkaitan etika keguruan yang mampu mengubah dan menambahbaik

amalan pengajaran dalam bilik darjah pada masa akan datang.

55
8.0 Cadangan dan Tindakan Susulan

Kajian yang dilaksanakan ini berfokus kepada tahap kemahiran membaca perkataan

2 hingga 4 suku kata dalam kalangan murid Tahun 2. Kajian ini juga dilaksanakan

bagi melihat keberkesanan teknik ‘Papan Kata’ seterusnya membantu peserta kajian

meningkatkan kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4 suku kata. Berdasarkan

pengumpulan data yang dilaksanakan, terdapat beberapa murid telah diserap

menjadi peserta kajian setelah didapati lemah dalam kemahiran membaca perkataan

2 hingga 4 suku kata. Oleh hal demikian, pengkaji melihat ada beberapa cadangan

penambahbaikan mampu dilaksanakan pada kajian ini mahupun bahan ‘Papan Kata’

yang diaplikasikan kepada peserta kajian bagi meningkatkan lagi penguasaan

peserta kajian mahupun murid-murid lain dalam kemahiran membaca.

Antara kaedah yang dilihat oleh pengkaji ialah pendedahan awal teknik

‘Papan Kata’. Kajian ini hanya dilaksanakan terhadap murid Tahun 2 di sebuah

sekolah sahaja. Dapatan kajian juga telah membuktikan keberkesanan teknik

‘Papan Kata’ dalam meningkatkan tahap kemahiran membaca perkataan 2 hingga 4

suku kata. Walaubagaimanapun, teknik ini boleh didedahkan awal kepada kanak-

kanak seawal usia 3 mahupun 4 tahun. Perkara ini dilihat sangat membantu dalam

meningkatkan tahap kemahiran membaca bukan sahaja khusus kepada perkataan 2

hingga 4 suku kata, malah lebih lagi. Perkara ini dilihat sedemikian kerana aspek

gambaran visual dan warna yang digunakan pada bahan ini mampu diaplikasikan

kepada semua golongan kanak-kanak bagi meningkatkan tahap kemahiran

membaca.

Selain itu, pengkaji melihat bahawa terdapat cadangan penambahbaikan lain

yang mampu diaplikasikan pada masa akan datang. Terdapat dua permasalahan

dalam bahan yang dihasilkan iaitu perkataan yang terhad serta penggunaan bahan

yang terlampau ringkas. Justeru itu, terdapat cadangan penambahbaikan yang

56
terlintas di fikiran pengkaji. Antaranya ialah, menggandakan perkataan sebanyak

mungkin. Perkara ini dilihat mampu meningkatkan tahap kemahiran membaca murid

tertumpu kepada banyak perkataan. Selain itu, aspek pemilihan bahan dalam

menghasilkan bahan ‘Papan Kata’ ini. Pengkaji melihat bahawa bahan ‘Papan Kata’

boleh dibukukan bagi memuatkan jumlah perkataan yang banyak. Selain itu,

pengkaji juga melihat bahawa bahan ‘Papan Kata’ mampu dihasilkan dalam bentuk

digital. Teknik ‘Papan Kata’ mampu diaplikasikan di dalam sebuah aplikasi yang

boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja di dalam telefon pintar untuk digunakan.

Perkara ini dilihat sangat konvenien dan mampu memudahkan semua kanak-kanak

untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca.

Secara kesimpulannya, pengkaji berharap kesemua guru cakna akan isu

mahupun masalah dalam kemahiran membaca. Kemahiran membaca merupakan

sebuah kemahiran yang sangat penting kepada murid-murid bukan sahaja dalam

proses pembelajaran malah segala perkara. Selain itu, pengkaji juga berharap agar

setiap ibu bapa mampu memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak

kecil agar membaca mampu dijadikan budaya dalam menuntut ilma seterusnya

mampu memudahkan kerja guru untuk melaksanakan proses pengajaran di sekolah

tanpa bimbang akan masalah dalam kemahiran membaca.

57
9.0 Bibliografi

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis

bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan

Bahasa Melayu, 1 (1): 1-12.

Ahmad Nazir Muhammad Ali. (2006). Penyelidikan tentang pembelajaran visual

dalam mempertingkatkan pemahaman murid.

Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim

Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan: Teori, Analisis

& Interpretasi Data. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Chang, Bo., Xu, Renmei, & Watt, Tiffany. (2018). The Impact of Colors on Learning.

Adult Education Research Conference 2018, University of Victoria, Canda,

June 7-10.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan

dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Dewey, J. (1993). How We Think. D. C. Health & Co.

Dzulkifli & Mustafar. (2013). The influence of colour on memory performance: A

review. Malaysia Journal of Medical Sciences, 20(2), 3-9.

58
Gambrell, L. B., & Bales, R.1986. Mental imagery and the comprehension-

monitoring performance of fourth and fifth grade poor readers. Reading

Research Quarterly, 21(4), 454-464.

Hazhari Ismail. (2021, 8 Mac). COVID-19 antara punca utama kemahiran 3M murid

terjejas. BH Online. Bahan diakses pada 19 Mac 2022, daripada

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/03/794037/covid-19-

antara punca-utama-kemahiran-3m-murid-terjejas]

Ikhsan Othman & Norila Mohd Salleh. (2005). Kurikulum dan Pengajaran Sekolah

Rendah: Aspek-Aspek yeng Berkaitan. Quantim Books.

Izwan Abdullah. (2021, 25 Jun). Modul bercetak jadi pilihan PdPR di luar bandar.

MyMetro. Bahan diakses pada 1 April 2022, daripada

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/722458/modul-bercetak- jadi

pilihan-pdpr-di-luar-bandar

Jean Mc Niff. (1998). Action Research: Principles and Practice. Routledge-Taylor &

Francis Group.

Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah

di Malaysia : Satu Kajian kes. Tesis PhD, UKM.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Kajian Kualitatif.

Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.

59
Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah & Chua Lay Nee. (2018). Penyelidikan dalam

Pendidikan. Selangor; Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lewin, K. (1946). Action Research and Minority Problems. In lewin, G. W. (Ed.)

Resolving Social Conflict. London; Harper & Row. Lewin, K. (1947a).

‘Frontiers in Group Dynamics’. In Cartwright, D. (Ed.), Field Thoery in Social

Science. Social Science Paperbacks.

Mahamod, Z., Mazlan, R., Amin, N., & Abd. Rahman, M. Z. (2021). Tahap

Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Murid-Murid B40 dalam

Pembelajaran Bahasa Melayu. PENDETA: Journal of Malay Language,

Education and Literature, 12(1), 40-62. https://doi.org/10.37134/pendeta.

vol12.1.4.2021

Mohd. Hanafi Mohd Yasin & Hasnah Toran. (2007). Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar dalam Pengajaran Murid-murid Pemulihan Khas. Konferens Majlis

Guru Pendidikan Khas, Johor Bharu.

Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains

dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal

Teknologi, 46€: 45-60.

MyMetro. (2021, 24 Januari). Pdpr: Cabaran guru, pelajar dan ibu bapa. Bahan

diakses pada 1 April 2022, daripada

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667475/pdpr-cabaran-guru-

pelajar-dan-ibu-bapa

60
Norah M. N., Nurul Izzati H. & Radhiah A. R. (2013, December). The framework

for learning using video based on cognitive load theory among visual

learners. Published in Proceedings of the 5 th Conference on

Engineering Education. pp. 15-20.

Olurinola, Oluwakemi. & Tayo, Omoniyi. (2015). Colour in Learning: It’s Effect on

Rate of Graduate Students. Journal of Education and Practice, Vol.6, No.14,

2015, 1-6.

Siti Fatimah Ahmad & Abdul Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam

Pengajaran Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-Qaf.

Jurnal Pendidikan Islam dan Arab, 2 (2), 2010 53-64.

Sudarwan Danim. (2005). Pengantar Studi Penelitian Kebijaksanaan. Bumi Angkasa.

Umavathi Ramayah. (2021, 5 Mei). PKP: Semua institusi pendidikan termasuk

sekolah diarah tutup mulai esok - MB Selangor. Astro Awani. Bahan diakses

pada 1 April 2022, daripada https://www.astroawani.com/berita-

malaysia/pkp-semua-institusi-pendidikan-termasuk-sekolah-diarah-tutup-

mulai-esok-mb-selangor-296563

Usha Nagasundram & Vijayaletchumy Subramaniam. (2019). Strategi Kemahiran

Membaca dalam Kalangan Murid Cemerlang dan Murid Lemah di SJK(T)

Batu Caves, Selangor. Infrastructure University Kuala Lumpur Research

Journal Vol.7 No.2 2019.

61
Vetter, R., & Ward, C., & Shapiro, S. (1995). Using Color and Text in Multimedia

Projections. IEEE Multimedia, 2(4), 46-54.

62
LAMPIRAN A

Lembaran Kerja Ujian Pra dan Pasca

63
LAMPIRAN B

Senarai Semak Kemahiran Membaca

64
LAMPIRAN C

Gambar Pelaksanaan Tindakan

65

Anda mungkin juga menyukai