Anda di halaman 1dari 64

TUGASAN

MEI 2016 SEMESTER 9

KOD KURSUS ECR 431

NAMA KURSUS PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : JONG CHAI PING

NO. MATRIK : E30409130279

NAMA FASILITATOR AKADEMIK :

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT LUAR KAMPUS UUM SIBU,

BANGUNAN PERPUSTAKAAN SRDC,

TINGKAT 1, LOT 2, BLOK

1194, SIBU JAYA, SARAWAK.

i
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MALAYSIA
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KAD BACAAN DAN TEKNIK
LATIH TUBI DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH DI
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHONG BOON, MUKAH

JONG CHAI PING

CADANGAN PENYELIDIKAN

ii
SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah Kajian 3
1.4 Rasional Kajian 4
1.5 Kerangka Konseptual 5
1.6 Fokus Kajian 5
1.7 Objektif Kajian 5
1.7.1 Objektif Umum 5
1.7.2 Objektif Khusus 5
1.8 Persoalan Kajian 6
1.9 Kepentingan Kajian 6
1.1 Batasan Kajian 6
0
1.1 Definisi Operasional 7
1
1.11.1 Kemahiran Membaca 7
1.11.2 Teknik Latih Tubi 7
1.11.3 Kad Bacaan 8
1.11.4 Pengajaran 8
1.11.5 Prasekolah 8
1.11.6 Definisi Pemboleh Ubah 9
1.1 Rumusan 9
2

2.0 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN


2.1 Pengenalan 10
2.2 Tinjauan Kepustakaan Berkaitan Kemahiran Membaca 10
2.3 Kajian Kemahiran Membaca dalam Negara 12
2.4 Kajian Kemahiran membaca Luar Negara 16
2.5 Peranan Sekolah 18
2.6 Peranan Ibu Bapa 19
2.7 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 19
2.8 Rumusan 20

3.0 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 21
3.2 Sampel 21
3.3 Reka Bentuk Kajian 21
3.4 Perancangan Tindakan 22

iii
3.5 Kaedah Mengumpul Data 23
3.5.1 Temu bual 24
3.5.2 Pemerhatian 24
3.5.3 Ujian Pra 25
3.5.4 Ujian Pos 25
3.5.5 Soal Selidik 25
3.6 Perancangan Kaedah Mengumpul Data 26
3.7 Perancangan Kaedah Menganalisis Data 26
3.8 Perancangan Pelaksanaan Kajian 26
3.8.1Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan 27
3.8.2 Langkah Pelaksanaan Kaedah Kad Bacaan Melalui 28
Teknik Latih Tubi
3.9 Rumusan 29

4.0 ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA


4.1 Pengenalan 30
4.2 Ujian Pra dan Ujian Pos 30
4.3 Temu bual 36
4.4 Soal Selidik 37
4.5 Senarai semak 39
4.6 Rumusan 42

5.0 RUMUSAN
5.1 Pengenalan 45
5.2 Perbincangan Berdasarkan Soalan Kajian 45
5.3 Refleksi Terhadap Dapatan Kajian 46
5.4 Implikasi kajian 47

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 48

7.0 KESIMPULAN 50

BIBLOGRAFI 51

LAMPIRAN
Lampiran A- Contoh Kad Bacaan Suku Kata 53
Lampiran B- Contoh Kad Bacaan Ayat Pendek 54
Lampiran C- Contoh Kad Bacaan Cerita Pendek 55
Lampiran D- Lembaran Kerja 56
Lampiran E- Senarai semak untuk pemerhatian 57
Lampiran F- Ujian Pra (ujian Lisan) 58
Lampiran G- Ujian Pos (ujian Bertulis) 59
Lampiran F- Soal selidik 60

iv
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai
oleh semua kanak-kanak prasekolah sebelum mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah.
Menurut Liew Phaik Guat Selina (1998), membaca didefinisikan sebagai satu bentuk aktiviti
mentafsir simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat di mana ianya dapat
memberi makna kepada seseorang individu.Ini menunjukkan bahawa setiap yang dilihat
hanya boleh ditafsirkan maknanya apabila seseorang itu boleh membaca.Jadi, jelaslah
bahawa kemahiran membaca adalah begitu penting dan haruslah diperolehi oleh kanak-kanak
walaupun hanya di peringkat prasekolah sahaja.Kanak-kanak yang berjaya menguasai
kemahiran membaca akan berasa lebih selesa apabila berada di sekolah rendah jika
dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak didedahkan dengan kemahiran membaca.

Kemahiran membaca bukanlah satu kemahiran semula jadi.Menurut Syed Abu bakar
Syed Akil, (1994), kanak-kanak boleh berkembang dari segi psikomotorsecara semula jadi
tetapi sebaliknya, kanak-kanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna,
kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan sejak kecil lagi.
Namun, semua pihak sedar bahawa kanak-kanak kini tidak kira di peringkat sekolah rendah
ataupun menengah masih tidak boleh membaca dengan lancar dan baik.Kemahiran ini
merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai sejak dari prasekolah.Sekiranya mereka tidak
dapat menguasai kemahiran asas membaca pada ketika ini, maka murid-murid ini akan terus
tercicir dan tidak dapat bersaing dengan murid-murid yang lain di dalam kelas
biasa.Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca
dengan betul dan lancar. Ini secara langsung telah menyebabkan murid-murid tidak dapat
menjawab soalan yang akan dikemukakan.

Fenomena ini telah menegaskan bahawa betapa pentingnyakebolehan membaca dalam


kalangan kanak-kanak dan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya.Oleh yang demikian,
tindakan yang sesuai perlu diambil segera bagi mengatasi masalah-masalah pembelajaran
yang mungkin timbul dari semasa ke semasa.Salah satu langkah yang perlu diambil adalah
dengan menjalankan ujian-ujian tertentu.Ujian-ujian ini adakah penting bagi membolehkan
guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-murid dan seterusnya
menyaringkan murid-murid tersebut.Seterusnya, kaedah kad bacaan juga boleh digunakan
untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah. Maka,

1
kajian ini telah memfokuskan kepada carameningkatkan kemahiran membaca dengan
menggunakan kaedah kad bacaan bagi murid prasekolah.

1.2 Latar belakang kajian

Membaca semasa di prasekolah dianggap sebagai peringkat awal bacaan ataupun


peringkat kesediaan.Peringkat membaca pada masa ini adalah penting kerana ianya menjadi
landasan atau asas kepada perkembangan seterusnya.Jadi, kanak-kanak prasekolah haruslah
menguasai kemahiran asas membaca ataupun dikenali sebagai kesediaan membaca setelah
tamat belajar di prasekolah.Menurut Rohaty (1998), murid-murid akan membentuk persepsi
kejayaan atau sebaliknya sebagai pelajarsekiranya dapat menguasai kemahiran asas membaca
semasa berada di prasekolah. Kesediaan membaca merujuk kepada kemahiran membaca pada
peringkat awal kanak-kanak.Penyelidik-penyelidik dalam bidang ini telah menerangkan
aspek kesediaan membaca melalui istilah yang berbeza seperti kesediaan membaca (Downing
& Thackray, 1975; Fortson, L. R. & Reiff, J. C., 1995; Yeo 2004, 2006, etc.), “kemunculan
bacaan” atau emergent literacy (Sulzby, 1991), teachable moment perihal membaca (Dechant
(1991), dan kesediaan bersekolah (Kagan, 1992).Walaupun terdapat pelbagai istilah tentang
kesediaan membaca, namun kesediaan membaca pada dasarnya dikaitkan dengan
kemampuan dan keupayaan membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah, iaitu
peringkat sebelum memasuki alam persekolahan.

Isu tentang masalah keciciran pembelajaran merupakan masalah yang agak serius dan
sering kali dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun di sekolah
menengah. Masalah ini juga merupakan akar umbi bagi permasalahan yang berlaku di
peringkat negara di mana masalah keciciran pembelajaran ini akan menyebabkan berlakunya
masalah sosial yang lainsekiranya dijangka berterusan. Keadaan inilah yang melanda murid-
murid dan juga remaja-remaja sekolah kita pada masa kini. Kita dapat perhatikan bahawa
masalah-masalah disiplin murid-murid sama ada di sekolah rendah ataupun di sekolah
menengah adalah berpunca daripada murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran.
Mereka ini tidak berminat terhadap pelajaran kerana merekatidak faham akan pengajaran
yang disampaikan ataupun mereka memang tidak berminat datang ke sekolah. Nahtijahnya,
masalah tidak tahu membaca merupakan punca penyebab utama murid-murid mengalami
masalah dalam pembelajaran. Hal ini kerana membaca merupakan kunci kejayaan bagi
seseorang murid dalam proses pembelajaran. Lazimnya, penguasaan kemahiran membaca
adalah beransur maju iaitu bermula daripada mengenal, mengecam, menyebut huruf dan suku

2
kata, membatangkan dan membaca perkataan, ayat, seterusnya petikan ataupun
karangan.Masalah berlakunya masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid ini adalah
disebabkan pelbagai pihak tidak ingin menanggung kesilapan sendiri dan sering menyalahkan
atau menuding jari kepada pihak yang lain atas kegagalan mereka ini.

Menurut Utusan Malaysia pada 14 Oktober 2001, ianya telah melaporkan bahawa
terdapat 100,000 murid Tahun Satu hingga Tahun Enam tidak tahu membaca, menulis dan
mengira. Seterusnya, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2002) pula
melaporkan seramai 2400 orang murid Tingkatan Satu tidak boleh membaca.Menurut
tinjauan yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 2006, peratus celik huruf
murid-murid yang berumur 5-9 tahun telah merosot. Menyedari betapa kritikalnya masalah
ini, maka pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan satu Mesyuarat
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, pada 22 November 2005 dan satu ketetapan telah
dibuat supaya masalah kegagalan membaca dan menulis dalam kalangan murid prasekolah
perlu ditangani dengan segera. Bertitik-tolak dari situ, semua pihak telah menyedari tentang
kepentingan kemahiran membaca sejak kecil dan pelbagai kajian dalam mencari kaedah
terbaik untuk membantu murid-murid prasekolah menguasai kemahiran-kemahiran membaca
telah muncul.Adalah diharapkan supaya murid-murid dapat lulus dalam semua mata
pelajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang sesuai dan sentiasa berpegang
kepada prinsip membaca adalah kunci kejayaan seseorang individu.

Satu tinjauan awal telah dilaksanakan bagi memperolehi data awal tentang masalah
pembelajaran kanak-kanak prasekolah melalui kaedahtemubual dan soal selidik. Tinjauan ini
dilakukan ke atas 10 orang murid dan iaitu 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid
perempuan dan seorang guru prasekolah

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Membaca merupakan satu perkara yang penting di dalam kehidupan seharian


kita.Sekiranya kita tidak boleh membaca, maka terputuslah perhubungan kita dengan dunia
luar.Begitu jugalah pentingnya kemahiran membaca untuk murid-murid prasekolah.Justeru
itu, kanak-kanak prasekolah telah diterapkan dengan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira semasa sesi pembelajaran di prasekolah.Hal ini kerana masalah membaca bukan
sahaja mempengaruhi prestasi dan pencapaian murid dalam komponen perkembangan Bahasa
bahkan juga untuk komponen-komponen lain. Jadi, murid yang kurang cekap

3
dalammembaca, merekaakan ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan seterusnya akan
mempengaruhi keputusanmereka apabila masuk ke tahun satu.

Saya sebagai guru prasekolah telah menjalankan satu tinjauan awal ke atas 20 orang
murid prasekolah saya di SJK Chong Boon untu mengkaji masalah pembelajaran Bahasa
Malaysia dalam kalangan murid saya. Melalui ujian pra yang di jalankan,hasil ujian pra
menunjukkan terdapat seramai 15 orang murid lemah dalam kemahiran
membaca.Kelambatan mengeja dalam perkataan dan ayat yang panjang adalah masalah
utama bagi murid-murid ini.Selain itu, murid-murid ini didapati keliru, buntu,dan mula malas
untuk mengeja dan membaca apabila terdapat terlalu banyak perkataan di dalam bahan
bacaan.Justeru itu, masalah membaca haruslah diatasi segera. Salah satu kaedah yang boleh
mencetuskan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah dengan
penggunaan kad bacaan dan kad ayat-ayat pendek yang mudah difahami dengan harapan ia
mampu menarik minat murid untuk membaca.

Sebenarnya, kaedah ini bukanlah satu kaedah baru.Namun, ianya kurang digunakan
dan diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran seharian.Menurut Nik Safiah Karim dalam
bukunya Pendekatan Pengajaran Bacaan Peringkat Sekolah Rendah (1998), kaedah ini telah
mula diperkenalkan oleh Smith apabila dia berjaya menerokai bidang penyelidikan tentang
masalah membaca dalam kalangan kanak-kanak bermula dari 1891 hingga tahun 1966 di
Eropah. Smith telah memperkenalkan kaedah ini sebagai ayat dan cerita pendek.Kaedah ini
telah diubahsuai menjadi satu kaedah baru yang dikenali sebagai kaedah kad bacaan hasil
daripada perkembangan semasa.Kaedah ini memerlukan guru menulis perkataan yang mudah
dalam satu kad bagi memudahkan murid membaca. Seterusnya perkataan akan diganti
dengan cerita pendek untuk peringkat seterusnya.

1.4 Rasional Kajian

Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kelemahan-kelemahan yang


dihadapi oleh murid-murid prasekolah dalam kemahiran membaca. Kaedah kad bacaan suku
kata serta latih tubi telah digunakan untuk mengatasi kelemahan tersebut supaya dapat
meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah. Murid-murid
bertindak secara aktif dan bukannya bertindak secara pasif dalam proses pembelajaran
mereka.

4
1.5 Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual kajian merujuk kepada pembolehubah-pembolehubah yang


terlibat di dalam sesuatu penyelidikan.Ianya termasuklah pembolehubah-pembolehubah
bersandar dan tidak bersandar dan boleh digambarkan secara yang terbaik sebagai satu
gambarajah agar kita dapat melihatnya.Satu sampel bagi rangka kerja telah ditunjukkan
dalam gambar rajah di bawah.

Penggunaan Kad Pencapaian dan


Pembelajaran
Bacaan Minat Murid
\\\\\

1.6 Fokus Kajian

Fokus utama kajian ini ialah merujuk kepada penggunaan Teknik Latih Tubi
Membaca Kad Bacaan dalam membantu memaksimakan penguasaan kemahiran membaca
suku kata, perkataan dalam ayat-ayat mudah dalam kalangan murid-murid
prasekolah.Apabila kemahiran ini berjaya dikuasai oleh murid, secara tidak langsung,
keyakinan diri mereka dapat dipertingkatkan dan terus bermotivasi dalam sesi pembelajaran
di dalam tahun satu sekolah rendah nanti.

1.7 Objektif Kajian


1.7.1 Objektif Umum

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan


kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah di salah sebuah sekolah rendah
iaitu SJK Chong Boon di dalam daerah Mukah, Sarawak.Pendekatan kaedah kad bacaan suku
kata dan teknik latih tubi telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca murid-
murid tersebut.

1.7.2 Objektif Khusus

a) Menyenangkan pembelajaran murid dalam kemahiran membaca.


b) Mengaplikasikan kemahiran membaca semasa menjawab soalan.
c) Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan konsep pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.

5
1.8 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukakan bagi kajian ini;

a. Adakah murid-murid dapat membaca suku kata dan ayat ringkas dengan lancar melalui
Teknik Latih Tubi Membaca Kad Bacaan?
b. Adakah kaedah kad bacaan dapat meningkatkan minat murid terhadap kemahiran
membaca?

1.9 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran kepada guru-guru prasekolah
tentang tahap penguasaan kemahiran berbahasa khususnya dalam kemahiran membaca dalam
kalangan murid-murid prasekolah. Selain itu, diharap tinjauan ini akanmembantu para guru
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik demi
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa murid-murid dan seterusnya
menguasai kemahiran membaca. Kaedah kad bacaan suku kata dan teknik latih tubi dapat
menarik minat murid dan memberi tumpuan kepada pengajaran guru dan seterusnya akan
meningkatkan pencapaian.

1.10 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan.Beberapa batasan kajian terpaksa


dibuat bagi memudahkan pelaksanaan kajian ini.

Batasan-batasan kajian yang dilakukan adalah seperti berikut:

i) Pemilihan sekolah hanyalah kepada sebuah sekolah sahaja iaitu SJK Chong Boon, di
daerah Mukah, Sarawak.
ii) Responden yang dipilih adalah secara rawak iaitu melibatkan seramai 20orang murid
prasekolah.
iii) Sampel ini hanya menyentuh tentang aplikasi penggunaan kad bacaan secara latih tubi
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan responden
murid prasekolah.
iv) Maklumat yang diperolehi merupakan maklum balas daripada ujian pra, ujian pasca
dan proses pemerhatian. Ketekalan dan kebolehpercayaan dapatan kajian ini
bergantung sepenuhnya kepada kejujuran dan tindak balas yang diberikan oleh
responden.

6
1.11 Definisi operasional

Bahagian ini akan menerangkan beberapa definisi penting tentang kemahiran


membaca, kad bacaan, latih tubi dan pengajaran dan prasekolah.

1.11.1 Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca bermaksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak
dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya (Kamus Dewan, 2005). Menurut Harris
dan Sipay (1980),membaca merupakan satu proses untuk memperoleh tafsiran yang
bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula
mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual yang
merangkumi lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan dan seterusnya
menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui lalu memahami
dan mentafsirkan maksudnya.

Definisi-definisi ini telah menunjukkan bahawa kemahiran membaca adalah satu


proses yang kompleks. Membaca dikatakan sebagai satu keupayaan untuk membaca ayat
dengan lancar dan menggunakan sebutan, intonasi, dan jedayang yang betul.Kemahiran
membaca ini lebih memberi penekanan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai
bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik. Jadi, kemahiran membaca
bukanlah hanya merupakan proses mekanikal yang melibatkan tulisan dan huruf semata-
mata. Malah, ianya merupakan satu proses yang saling bertimba balik antara tulisan huruf
dan melibatkan proses menterjemahkan penulisan serta proses permaknaan perkataan yang
telah diterjemahkan. Oleh itu membaca bukanlah satu proses yang mudah tetapi melibatkan
satu siri proses yang kompleks (ZulkifleyHamid,2006).

1.11.2 Teknik latih tubi

Tekniki Latih tubi merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
menekankan pengulangan sebutan.Ianya adalah bertujuan untuk membantu murid
meneguhkan daya ingatan serta dapat menguasai kemahiran lisan yang diajar oleh guru
(Naffi, 2006).Edward M. Anthony (1990) pula mendefinisikan teknik sebagai satu strategi
atau taktik yang digunakan oleh guru bagi mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Manakala mengikut Kamarudin Hj. Husin & Siti
Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik

7
boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah di mana ia digunakan unruk mencapai sesuatu objektif.

Teknik latih tubi merupakan satu aktiviti peengulangan fakta-fakta atau kecekapan
yang dipelajari.Ianya adalah bertujuan untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran dan
menjamin kekekalannya.Teknik ini sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu
terutamanya bagi kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta
penting.Penyelidiktelah menggunakan teknik latih tubi ke atas kad bacaan bagi meningkatkan
kemahiran bacaan subjek kajian.Melalui teknik ini,murid-murid mempunyai peluang
mengalami proses mendengar, melihat, dan memikirkan maksud perkataan-perkataan.

1.11.3 Kad Bacaan

Kad bacaan ialah bahan-bahan yang digunakan untuk mengajar membaca seperti kad huruf,
kad suku kata, kad perkataan, kad cantum, kad imbasan dan kad bergambar (Rohani, Nani &
Mohd, 2003).Dalam kajian ini, kad bacaan merupakan bahan-bahan rangsangan
melaksanakan teknik latih tubi.

1.11.4 Pengajaran

Menurut Sharifah Alwiah (1983), pengajarandikaitkan sebagai aktiviti atau proses.


Hal ini kerana pelaksanaan pengajaran melibatkan satu siri aktiviti seperti menyoal,
menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu dan sebagainya.Selain itu, Sharifah Alwiah
juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun bukan semua
aktiviti pengajaran melibatkan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley (1991), pula
berpendapat pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan
dari segi kepercayaan, nilai dan makna.Yaxley melihat pengajaran sebagai satu aktiviti
intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.Jadi, pelaksanaan kemahiran
membaca dalam kalangan murid prasekolah adalah penting bagi menimbulkan pemikiran
kritis dan perasaan dalam kalangan murid.

1.11.5 Prasekolah

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan prasekolah


didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat
sekolah rendah. Pengalaman prasekolah dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan
menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap

8
positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan
sepanjang hayat. Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003),pendidikan prasekolah adalah tahun-
tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan
hidup seseorang individu. Pendidikan prasekolah juga adalah satu program yang
menyediakan pengalaman pambelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun
dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
Jadi, adalah penting memastikan murid-murid prasekolah menguasai kemahiran asas
membaca sebelum melangkah masuk ke Tahun satu.

1.11.6 Definisi Pemboleh Ubah

a) Pemerhatian ialah kaedah mengenalpasti perubahan tingkah laku dan latihan yang
dihasilkan oleh sampel sebelum atau selepas kajian dijalankan.
b) Temubual ialah kaedah melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau sampel
bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian.
c) Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan
rawatan sebelum kajian dijalankan.
d) Ujian pos ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan
rawatan akhir kajian dijalankan.
e) Soal Selidik ialah satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan untuk mengumpul
maklumat bagi sampel untuk mengenalpasti minat dan persepsi mereka terhadap
pengajaran dan pembelajaran.
f) Kumpulan rawatan ialah kumpulan murid yang diajarkan dengan menggunakan kaedah
membina ayat berpandukan gambar.

1.12 Rumusan

Bab ini menghuraikan pernyataan masalah, rasional kajian dan objektif kajian,
persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian yang dilaksanakan dan definisi
operasional.Jadi, kajian ini melibatkan pembelajaran membaca dengan menggunakan kaedah
kad bacaan dan teknik latih tubi bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran membaca di
kalangan murid-murid prasekolah.

2.0 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN

9
2.1 Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-
murid prasekolah dengan menggunakan kaedah kad bacaan dan teknik latih tubi.Untuk
mengukuhkan lagi tentang keberkesanan pelaksanaan kajian tindakan ini, penyelidik telah
merujuk kepada pelbagai tokoh-tokoh, teori-teori dan jurnal-jurnal yang berkenaan.Untuk
mengukuhkan lagi tentang keberkesanan pelaksanaan kajian tindakan ini, penyelidik telah
merujuk kepada pelbagai tokoh-tokoh, teori-teori dan jurnal-jurnal yang berkenaan tentang
masalah kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca ini.Hubung kait antara
kajian ini adalah penting bagi membantu guru-guru serta murid-murid menangani masalah
pembelajaran yang sering mereka hadapi.

2.2 Tinjauan Kepustakaan Berkaitan Kemahiran Membaca

Kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca telah menarik perhatian


banyak pihak malah menjadi isu yang tidak sepatutnya dipandang ringan.Sejak dahulu hingga
sekarang perkara ini masih dibincangkan.Ini dapat dilihat daripada kajian-kajian yang telah
dijalankan bagi mencari penyelesaiannya (Syed Abu Bakar Syed Akil 1997; Koh Boh Boon
1982; Zaidah Othman 1978). Ini kerana kemahiran membaca bukanlah suatu kemahiran
semula jadi sebaliknya ia perlu dibentuk dengan asas yang kukuh agar mendatangkan kesan
yang baik. Menurut Yahya Othman (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks
dengan imaginasi pembaca. Justeru, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca
agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat
murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan (PIPP) di mana salah satu matlamatnya ialah pembangunan insan yang merujuk
kepada ilmu pengetahuan.Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan ialah
melalui membaca.Menurut Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983), murid perlu menguasai
kemahiran asas membaca terlebih dahulu sebelum menguasai kemahiran membaca.Seseorang
individu adalah tidak mungkin dapat membaca dan menulis sekiranya mereka tidak
menguasai asas membaca dan menulis.

Kini, kemahiran membaca semakin merosot tidak kira sekolah rendah ataupun
sekolah menengah dan ianya telah menjadi perhatian masyarakat. Mengikut statistik daripada
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997),terdapat seramai 85 377 orang

10
murid sekolah rendah di seluruh Malaysia menghadapi masalah dalam membaca dan menulis
iaitu tidak boleh menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.Selain itu,
statistik ini juga menunjukkan minat membaca dalam kalangan murid prasekolah masih
belum menggalakkan.Hasil kajian ini mendapati hanya 42% murid prasekolah membaca
buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian dijalankan di mana separuh daripadanya tidak
dapat menyatakan tajuk buku yang dibacanya ( Atan Long. et. al. 1984 ). Manakala dari segi
bilangan muka surat yang dibaca, hasil kajian mendapati rakyat Malaysia hanya membaca
secara purata satu muka surat setahun jika berbanding dengan Jepun iaitu 200 muka surat
setahun.

Menurut statistik yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur
(1996), kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun mempunyai kebolehan membaca
dalam Bahasa Melayu (57%), bahasa Mandarin (11%), bahasa Inggeris (5%), bahasa Tamil
(3%) dan bahasa Jawi (3%). Keadaan ini menunjukkan jumlah kanak-kanak yang tidak tahu
membaca di negara ini semakin membimbangkan (Rahmalizah, 2009).Selain itu, masalah
kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran membaca di peringkat prasekolah juga begitu
serius. Pada tahun 2006, seramai 138,271 orang murid prasekolah atau 35.52% murid
prasekolah di Semenanjung tidak tahu membaca dan jumlah ini tidak termasuk kawasan-
kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak (Rahmalizah, 2009). Banyak masalah telah
timbul akibat pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca. Mereka akan ketinggalan dalam
pelajaran, keputusan peperiksaan menjadi lemah kerana tidak memahami soalan, tiada
keyakinan diri serta mudah berputus asa (Rahmalizah, 2009).

Seterusnya, mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Harison Othman (2005),iaitu
mengenai kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua, hasil
kajian telah menunjukkan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan
menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap
tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka
kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula
menyatakan bahawa tedapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan tingkatan satu masih tidak
dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut menunjukkan bahawa masalah
membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang perlu diatasi segera.Justeru
itu, Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan sebagai langkah khusus
dalam menangani masalah membaca, menulis dan mengira ini sebaik sahaja masalah tersebut
dikesan.

11
2.3 Kajian Kemahiran Membaca dalam Negara

Pada umumnya, penyusunan kemahiran membaca perlulah teratur, iaitu dimulakan


dengan tahap kemahiran membaca yang mudah dan diakhiri dengan tahap kemahiran yang
susah (Tajul, 2006, seperti dinyatakan dalam Idris & Dahlia, 2006:263).

“…strategi p&p dengan mengambil kira penggunaan Bahan Bantu Mengajar seperti
menyediakan kad suku kata KVK, kad perkataan KVKVK dan kad ayat yang
mengandungi perkataan KVKVK dengan warna-warna kertas yang terang (striking)
perlu untuk latih tubi di kalangan murid bagi meningkatkan ingatan yang bermula
dari aras mudah kepada aras sukar bagi memudahkan murid untuk lebih memahami
perkara-perkara baru yang dipelajari.” Dipetik dari Nor Adzleena, (2003, seperti
dinyatakan dalam Idris & Dahlia, 2006:182)

Jadi, jelaslah bahawa kemampuan murid-murid membaca adalah berkembang sedikit


demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan.Kemampuan murid untuk
membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa komponen dalam kemahiran
membaca. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan
dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk,
memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan,
mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan,
menilik, meneliti, melihat dan memerhati.

Menurut Yahya Othman (1988), proses membaca merupakan satu usaha berterusan
yang dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya demi memperoleh makna teks
yang dibaca. Selain itu, proses membaca juga dikatakan sebagai analisis yang dilakukan oleh
pembaca semasa membaca untuk mendapatkan gambaran atau idea yang terdapat di dalam
teks. Menurut Abdul Aziz Talib (1989) pula, pembaca haruslah menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu dalam proses membaca iaitu pengetahuan dan kemahiran tentang bahasa
yang digunakan dalam bahan yang dibacanya. Jadi, kanak-kanak memerlukan pengetahuan
asas berkenaan bahasa yang digunakan iaitu sistem bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata
dan cara-cara perkataan itu disusun dalam menyampaikan maksud sebelum tahu
membaca.Apabila kanak-kanak ini menguasai kemahiran asas membaca, barulah mereka
akan berasa lebih senang membaca bahan-bahan tulisan yang menggunakan bahasa yang
mempunyai pelbagai struktur linguistik. Oleh yang demikian, dengan adanya kemahiran

12
membaca yang tinggi, barulah murid-murid dapat menguasai pelbagai aspek bahasa dan
berupaya menyusun idea yang bernas dan teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang
minat membacaakan menjadikan pengetahuan mereka tidak luas malah akan menjadikan
mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd.
Baharin, 2007).

Di samping itu, taraf status sosioekonomi keluarga juga menunjukkan pengaruh


terhadap pencapaian dan kebolehan kanak-kanak dalam bacaan (Juriah Long, 1975; Asiah
Abu Samah, 1977).Dapatan kajian ini menunjukkan murid daripada keluarga status ekonomi
lebih tinggi dapat memperolehi pencapaian yang lebih baik jika berbanding dengan murid
miskin. Pada umumnya, murid-murid di bandar menunjukkan kadar pembacaan yang lebih
tinggi daripada murid-murid luar bandar. Kibat (1978) telah menjalankan satu kajian ke atas
penduduk-penduduk Melayu di luar bandar di Negeri Selangor, Malaysia. Kajian ini
dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual dalam dua puluh lima kawasan
pendalaman. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa 75.1% daripada penduduk luar
bandar di Selangor membaca akhbar, 14.4% membaca majalah dan 7.1% membaca buku.Ini
menunjukkan penduduk luar bandar adalah kurang membaca jika berbanding dengan
penduduk bandar.Safiah (1979) menegaskan minat membaca di kalangan pelajar berkait rapat
dengan faktor pencapaian.Dweck (1975) dalam kajiannya membuktikan “student‟s
attributions of failure to lack ofeffort rather than to luck, ability or other variables may
alleviate learned helplessness.”Jadi, murid-murid perlu sedar kekurangan usaha pada dirinya
supaya dia dapat memperbaiki kelemahanpada dirinya dalam menguasai kemahiran
membaca.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) dalam Kertas Kerja
Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III, masalah membaca bahasa Melayu memang wujud
dalam tahap penguasaan dan kesukaran membaca dan menulis dalam kalangan murid KIA
2M dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hasil kajiannya menunjukkan
bahawa terdapatmurid sekolah rendah daripada 25 buah sekolah luar bandar mengalami
masalah membaca. Seterusnya, laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia (1999) telah menunjukkan bahawa tedapat seramai 24 000 pelajar kelas peralihan
dan tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Bertitik tolak dari situ
jelaslah bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang
perlu diatasi segera.Justeru itu, Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan
pemulihan sebagai langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan

13
mengira ini.Namun, mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM, (2001), data bilangan pelajar pemulihan
khas di sekolah yang ‘dipulihkan’ selepas mengikuti program intervensi 3M menunjukkan
bahawa program ini masih belum berjaya memulihkan semua pelajar yang mengikutinya.
Daripada 53,544 orang pelajar sekolah rendah yang mengikuti program intervensi 3M, hanya
28,801 pelajar atau 53.8% telah berjaya dipulihkan dan dapat menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Data terkini menunjukkan bahawa seramai 105,255 (23%)
daripada jumlah 463,990 orang pelajar belum menguasai kemahiran membaca pada bulan
Julai, 2008 (BPPDP, KPM, 2008).

Menurut Yahya Othman (2005), teks akan menjadi lebih bermakna jika kita tahu
membaca. Sekiranya pengetahuan pembaca tentang sesuatu bahasa adalah mencukupi, maka
dia boleh mengaitkan maklumat dalam teks kepada apa yang sedia ketahui dan seterusnya
berjaya memiliki situasi bacaan yang sempurna. Beliau menyatakan bahawa masalah
kegagalan membaca akanmenjadi semakin serius sekiranya tiada langkah sistematik
dilakukan. Lazimnya, masalah membaca timbul dalam kalangan murid lemah.Jadi, mereka
memerlukan lebih tumpuan daripada guru.Ini adalah selaras dengan kajian yang dibuat oleh
Holly M Menzies (2007), dalam jurnal bertajuk “Early Intervention In Reading: From
Research To Practice” terdapat peningkatan sebanyak 75% murid boleh membaca jika
mereka diberikan kaedah “rawatan” yang betul. Mengikut kajian yang dijalankan oleh
Harison Othman (2005) tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan
pelajar tahun dua, beliau menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca
dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam
terhadap tahap ingatan kanak-kanak agar masalah membaca tidak membelenggu kehidupan
mereka kelak. Ini adalah selari dengan pendapat Dolhaji (2007) beliau menegaskan bahawa
dengan menggunakan kad suku kata, perkataan dan ayat yang diikuti dengan latih tubi akan
memudahkan murid-murid membuat pengecaman perkataan dan seterusnya mempercepatkan
penguasaan kemahiran membaca. Seterusnya, pernyataan tersebut juga selari dengan kajian
Nor Adzleena (2003), di mana teknik mengajar secara ulangan boleh dilakukan untuk
memastikan murid mengingati dan menguasai isi kandungan pembelajaran yang dilalui
secara berterusan.Menurutnya lagi, kad gambar bersiri, kad gambar tunggal dan buku nota
kecil ‘555’ juga dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid.

Seterusnya, menurut kajian yang dijalankan oleh Abdillah (2009) ke atas 9 orang
murid Tahun 3 di SK Ratus, Kuching mendapati bahawa aktiviti-aktiviti latih tubi,

14
penggunaan kad bacaan dapat memberi peningkatan kepada penguasaan kemahiran
membaca. Peningkatan dapat dilihat melalui perbezaan markah sampel semasa sesi Ujian Pra
dan Ujian Pos. Pengakaji tersebut telah berjaya mencapai objektif kajiannya iaitu ingin
meningkatkan kemahiran 9 orang murid membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan
gabungan dua suku kata terbuka KV+KV.

Ruskey (2011) dengan tajuk kajian beliau “increasing Fluency using Repeated
Reading”:

“These fluent readers make connections with the text as they are reading. They
understand what they read and make links with prior knowledge as well as recognize
the purpose for reading. If students do not develop fluent reading in the early grades,
it can impact their reading speed, accuracy, comprehension and enjoyment of printed
text.”

Hasil kajian ini adalah selari dengan kajian Roziah (2005) di mana beliau telah
melaksanakan kajian ke atas 10 orang murid Tahun 1 Murni di Pahang Darul Makmur.Hasil
kajian beliau menunjukkan bahawa kegagalan menguasai kemahiran membaca telah
menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar.Maka, penggunaan
program latih tubi menggunakan kad suku kata dan gambar telah menunjukkan bahawa
pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran membaca telah dapat dipertingkatkan
dengan baik sekali.Selain itu, kajian “meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dengan
menggunakan teknik latih tubi dengan penggunaan kad bacaan” yang dihasilkan oleh Mohd
Riezman Bin Ramli daripada IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.Kajian ini
merupakan satu kajian tindakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca
dengan menggunakan kad bacaan.Kajian tindakan ini dijalankan dalam kalangan 20 orang
murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi, Johor.Fokus kajian iniialah
meninjau permasalahan murid-murid prasekolah dalam menguasai kemahiran membaca
dengan menggunakan kad bacaan.Tinjauan awal telah dilaksanakan dan mendapati murid
tidak boleh membaca dan mengeja perkataan yang diberikan dengan baik.Dapatan kajian
menunjukkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid meningkat dengan
penggunaan kad bacaan.

Ina Sue (1994) telah menjalankan kajian ke atas 39 orang murid Gred 3 dengan tujuan
memupuk keseronokan membaca dalam kalangan murid.Hasil dapatan kajian mendapati
murid-murid memilih untuk membacaapabila terdapatnya galakan, pilihan bahan bacaan dan

15
masa untuk membaca.Dapatan kajianini juga menunjukkan bahawa murid membaca dengan
penuh minat setelah mendapat galakandaripada ibu bapa dan guru. Menurut Thomas
&Swartout (1963), hanya ABM yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu
pelajar memperoleh pengalamanbelajar yang berfaedah. Alat bantu mengajar yang digunakan
melibatkan penggunaan deria pelajar seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan
bau. Dengan penglibatansemua deria, pelajar bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran dan
pembelajaran guru, malahpelajar lebih mudah memahami dan mengingati bahan pelajaran
yang diberikan oleh guru.Penggunaan ABM yang melibatkan deria semasa pengajaran dan
pembelajaran akanmenjadikan pengajaran guru lebih berkesan. Alat bantu mengajar bukan
sahaja membantumenghidupkan kelas, malah mempelbagaikan perkembangan kognitif dan
afektif pelajar.Pendapat ini sependapat dengan Lester (1956), Bruner (1966), Wilkinson
(1971), Charles(1972).Jadi, penggunaan kad bacaan adalah amat digalakkan di prasekolah
bagi memperkembangkan kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid.

2.4 Kajian Kemahiran membaca Luar Negara

Selain kajian-kajian dalam negara, terdapat juga banyak kajian yang telah
dilaksanakan oleh penyelidik luar negara untuk aspek kemahiran membaca ini.Menurut Liew
Phaik Guat Selina (1998), membaca merupakan satu bentuk aktiviti mentafsir simbol atau
huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat lalu berupaya memberi makna kepada seseorang
individu. Selain itu, See Bee Ean (2008) pula menyatakan bahawa membaca ialah keupayaan
pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang
betul.Berdasarkan makna tersebut, jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran membaca
kerana seseorang dapat mentafsir maknanya apabila seseorang itu boleh membaca.

Mengikut kajian Durkin (1966), faktor utama yang mendorong kanak-kanak


prasekolah cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang
disediakan oleh ibu bapa. Bolt (1992) telah menjalankan satu kajian di Kanada ke atas 530
orang murid tahap dua iaitu tahun empat hingga enam untuk menunjukkan hubungan
pencapaian membaca dengan persekitaran. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa
kualiti persekitaran pembacaan dan cara interaksi di rumah memberi kesan positif ke atas
pembacaan murid-murid. Selain itu, tahap pendidikan ibu bapa juga menunjukkan hubungan
yang signifikan tetapi minat membaca di kalangan ibu bapa menunjukkan korelasi yang
rendah ke atas pembacaan murid-murid.Ini adalah selaras dengan dapatan kajian Schorp
(1986) yang telah menjalankan kajian di Pennsylvania, ke atas 361 orang murid darjah empat

16
mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara murid lelaki dan perempuan
dalam kecenderungan membaca. Selain itu, kecenderungan membaca juga bergantung kepada
kemudahan mendapatkan buku, taraf pendidikan bapa, pekerjaan bapa dan persekitaran di
rumah.Seterusnya, kajian Fitgerald (1992) yang ditaja oleh kerajaan Perancis, ke atas murid-
murid remaja di Perancis telah mendapati bahawa kadar pembacaan akhbar adalah lebih
rendah jika berbanding mendapat berita melalui televisyen. Mereka lebih mempercayai berita
daripada televisyen jika berbanding dengan akhbar.Hanya satu daripada empat murid-murid
sekolah tinggi membaca akhbar setiap hari. Topik-topik berita yang paling diminati ialah
kesihatan 49%, pendidikan dan perkembangan 36% dan persekitaran 27%.Fenomena ini telah
menunjukkan kemahiran membaca dalam kalangan masyarakat semakin merosot.

Baker (1989) yang menjalankan kajian ke atas 96 orang kanak-kanak tadika berumur
4 hingga 5 tahun di San Diego telah mendapati terdapat tiga faktor yang akan mempengaruhi
bacaan kanak-kanak tadika iaitu bahan bacaan yang bersesuaian dengan umur, kekerapan
menggunakan perpustakaan dan taraf pendidikan ibu bapa. Selain itu, cara kanak-kanak
berinteraksi sesama kawan sekelas dan guru juga mempunyai hubungan yang signifikan
dengan perkembangan bahasa kanak-kanak (Moore, 1992).Manakala Bonacci (1993), telah
menjalankan kajian ke atas kanak-kanak darjah enam yang berkemahiran membaca dan tidak
berkemahiran membaca. Seramai enam puluh lima kanak-kanak telah disuruh membaca
lapan petikan pendek dan kemudian diuji perbendaharaan kata serta daya mengingat. Beliau
mendapati bahawa kanak-kanak yang berkemahiran membaca menunjukkan pencapaian yang
lebih baik jika berbanding dengan kanak-kanak yang tidak berkemahiran membaca dari segi
perbendaharaan kata dan daya mengingat.Ini telah menunjukkan betapa pentingnya
penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak demi pembelajaran masa
kelak.

Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia menghadapi


masalah dalam membaca. Selain itu, 40% daripada kesemua kanak-kanak yang berumur
sembilan tahun di Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca (US
Department of Education, 1998). Seramai 8% hingga 12% kanak-kanak prasekolah dan 12%
kanak-kanak tahun satu menghadapi masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam
kemahiran mendengar dan membaca di Amerika Syarikat dan Kanada (Jamieson, 2007).
Kelemahan dalam penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di peringkat prasekolah akan
berterusan dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa dan seterusnya (Catts et al., 2002;
Leitão dan Fletcher; 2004; Lewis dan Freebairn, 1992; Roth et al., 2002; Snowling et al.,

17
2000; Law et al., 2000). Seterusnya, hasil kajian Ambigapathy (2002) telah menunjukkan
76.2% daripada golongan belia enggan membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris manakala
61.4% daripada mereka tidak mengemari bahan bacaan yang berbahasa Melayu. Jadi,
sekumpulan penyelidik (August dan Shanahan, 2006) dari Amerika Syarikat telah
menjalankan satu penyelidikan literasi dalam kalangan pelajar minoriti di Negara
tersebut.Mereka mendapati bahawa penguasaan kemahiran membaca adalah satu keperluan
untuk mencapai kejayaan dalam kesemua mata pelajaran di sekolah dan juga peluang untuk
melanjutkan pelajaran.

Menurut kajian Coleman (1995), penggunaan strategi menggunakan kad bacaan dapat
memberikan kesan kepada tahap pemahaman murid. Murid akan lebih memahami
perbendaharaan kata yang dibaca dan dapat mengekalkan pemahaman. Ini menunjukkan
penggunaan strategi membacaseperti menggunakan alat berfikir yang sesuai dapat
meningkatkan kemahiran membaca.

2.5 Peranan Sekolah

Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran membaca


dalam kalangan murid.Sekiranya pihak sekolah mendapati seseorang murid tersebut
mempunyai kelemahan dalam kemahiran membaca, mereka haruslah diberi kelas pemulihan
yang khusus dalam kadar segera demi memahirkan dan memantapkan mereka dalam bacaan.
Kelas pemulihan ini juga haruslah dilengkapkan dengan guru-guru pakar untuk mengajar
murid-murid ini supaya mahir membaca.Di samping itu, persekitaran sekolah haruslah
disesuaikan untuk memotivasikan murid agar gemar membaca. Bernard (1965) telah
menegaskan bahawa motivasi merupakan penggerak yang melibatkan proses membangkit,
mengekal dan mengawal minat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004). Sebagai
contohnya, sudut-sudut bacaan haruslah dibina supaya murid-murid dapat mencapai bahan
bacaan dengan mudah.sudut ini juga perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat
menumpukan perhatian mereka semasa mereka membaca (Nordin Mamat, 2005) Selain itu,
motto atau renungan tentang kelebihan dan kebaikan amalan membaca haruslah diletakkan
pada dinding sekolah.Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada
murid tentang kepentingan membaca dan seterusnya memupuk minat membaca dalam
kalangan murid ini.

2.6 Peranan Ibu Bapa

18
Peranan ibu bapa dan persekitaran rumah mempunyai hubungan yang rapat dalam
membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca di sekolah.Menurut kajian Durkin
(1966), faktor utama yang mendorong kanak-kanak cepat dan lancar membaca ialah  jumlah
bahan bacaan yang disediakan oleh ibu bapa adalah sesuai dan mencukupi. Jadi, ibu bapa
seharusnya menyediakan bahan bacaan untuk anak mereka supaya mereka boleh menguasai
kemahiran membaca sejak kecil dan tidak mengalami masalah pembelajaran apabila berada
di sekolah rendah kelak.Selain itu, Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah,
2007) berpendapat bahawa membaca kuat kepada anak-anak secara langsung boleh
meningkatkan kemahiran membaca anak dan juga kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan
dengan kemahiran membaca. Dalam kajian Hansen (1969), terdapat 4 faktor persekitaran
rumah yang dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-
kanak. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa
yang diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi
membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi
contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Sekiranya keempat-empat faktor ini
menjadi amalan ibu bapa, sememangnya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca
dengan baik semasa di prasekolah dan mungkin lebih awal lagi di rumah.Jadi, ibu bapa
haruslah menjadi model dan sentiasa menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-
anak.Perkara ini disokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) yang menyatakan
contoh melalui teladan adalah penting kerana telah menjadi tabiat kepada anak-anak untuk
meniru.

2.7 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Pendidikan prasekolah kini mempunyai kurikulum yang standard dan sesuai serta
menitikberatkan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
perkembangan kognitif, afektif, fizikal dan sosial kanak-kanak.Jadi, kurikulum prasekolah
bukan sahaja meliputi mata pelajaran dan pengalaman terancang yang berlaku dalam kelas
bahkan juga semua kegiatan kebudayaan, kesenian, permainan dan interaksi sosial yang
dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di bawah kelolaan sekolah (Al-
Tourny Al-Syaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989). Menurut Ling Chu Poh (1990),
kurikulum prasekolah perlu menitikberatkan pengalaman melalui aktiviti terutama yang
berbentuk permainan termasuklah aktiviti yang berbentuk projektif dan imaginative, main
peranan, tiruan dan interaktif.Penggunaan kad bacaan juga merupakan salah satu aktiviti yang
berbentuk permainan dan berupaya menarik minat murid untuk membaca.Jadi, kurikulum

19
yang digubal haruslah mengambil kira perkembangan kanak-kanak dalam semua bidang iaitu
intelek, fizikal, emosi,sosial dan kognitif agar sesuatu pembelajaran yang interaktif akan
berlaku. Guru digalakkan menyediakan persekitaran pembelajaran untuk kanak-kanak
melalui penerokaan aktif, interaksi bermakna dengan orang dewasa, kanak-kanak lain dan
bahan-bahan ( Fein, 1979; Biber, 1984; Fromberg, 1986; Goffin & Tull, 1985; Kamii, 1985;
Lay-Dopyera & Dopyera,1986).

2.8 Rumusan

Bahagian ini telah membincangkan kajian-kajian lepas yang dijalankan oleh


penyelidik-penyelidiksama ada dalam negara ataupun di luar negara. Kajian-kajian yang
dilakukan oleh penyelidik-penyelidik ini berjaya mengenalpasti kelemahan-kelemahan dalam
membaca ataupun penyebab utama kurangnya minat membaca dalam kalangan kanak-
kanak.Ini secara tidak langsung telah menjadi panduan kepada saya menggunakan kad bacaan
dan teknik latih tubi bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid.Akan
tetapi, semua pihak haruslah bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan murid
prasekolah dalam menguasai kemahiran membaca demi mencapai hasil dapatan yang
memuaskan.

3.0 METODOLOGI

3.1 Pengenalan

20
Bab ini membincangkan metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini.
Metodologi kajian merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang penyelidik
untuk menganalisis dapatan yang diperoleh. Menurut Amir Hassan Dawi (20002:123),
kaedah merupakan cara atau jalan yang digunakan untuk menyelesaikan permasalahan
penyelidikan. Kaedah yang digunakan ini dapat membantu penyelidik dalam mengumpul
maklumat dan data yang diperlukan secara sistematik dan berfokuskan kepada peningkatan
kemahiran membaca murid prasekolah melalui teknik latih tubi dengan menggunakan kad
bacaan suku kata.

3.2 Sampel

Responden kajian ini adalah terdiri daripada 20 orang murid prasekolah di Sekolah
Jenis Kebangsaan Chong Boon.Responden terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 12
orang murid perempuan. Kesemua responden adalah berumur 6 tahun dan belajar di
prasekolah yang sama. Kesemua responden mempunyai tahap pencapaian yang berbeza dari
segi minat, bakat dan gaya belajar. Kesemua responden adalah penduduk sekitar kawasan
Sekolah Jenis Kebangsaan Chong Boon, Mukah dan terdiri daripada golongan
sederhana.Kebanyakkan ibu responden kajian ini adalah surirumah manakala bapa responden
adalah bekerja sebagai peniaga.Kelas ini telah dipilih sebagai sampel kajian tindakan kerana
penyelidik berasa semua murid dalam kelas ini dipercayai amat berpeluang menguasai
kemahiran membaca setelah penggunaan teknik latih tubi dengan penggunaan kad bacaan
dalam pengajaran.

3.3 Reka Bentuk Kajian


Menurut Kerlinger (1973), reka bentuk kajian digunakan sebagai garis panduan
kepada penyelidik di dalam proses pengumpulan dan penganalisisan data. Selain itu, ia juga
membantu penyelidik membuat soalan yang mempunyai kesahihan, menepati objektif dan
sesuai untuk sesuatu kajian. Penyelidik menggunakan reka bentuk kajian secara kuantitatif
sebagai pelengkap kepada maklumat kualitatif yang diperoleh melalui pemerhatian dan temu
bual. Maklumat ini akan digunakan untuk menjelaskan perhubungan antara kaedah yang
digunakan dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid
prasekolah.

Data yang dikutip adalah melalui ujian yang dijalankan kepada responden yang
dipilih.Data ini dapat dijadikan panduan bagi menyediakan ujian yang menyusul kepada

21
responden nanti. Kerjasama serta kolaborasi guru prasekolah ini akan dapat membantu
penyelidik dalam kajian ini. Sebelum kajian ini dijalankan, ujian pra akan diberikan terlebih
dahulu oleh penyelidik untuk melihat tahap penguasaan responden atau murid-murid dalam
kemahiran membaca yang dipelajari. Daripada ujian pra ini, kita akan dapat mengetahui
pengetahuan sedia ada responden serta setakat mana pencapaian mereka dalam membaca
suku kata ataupun ayat pendek. Kemudian barulah penyelidikakan menggunakan ujian pos
ataupun ujian penapisan kepada murid atau responden untuk menilai semula akan
keberkesanan kaedah kad bacaan melalui teknik latih tubi yang dijalankan selepas ujian pra
tadi.

3.4 Perancangan Tindakan

Hasil daripada tinjauan awal kajian yang telah dijalankan, beberapa langkah untuk
memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti melalui pemerhatian semasa sesi
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas telah dirangka.Bagi membantu murid-
murid saya yang mengalami masalah dalam membaca perkataan dua suku kata, kaedah Kad
Bacaan dengan menggunakan teknik latih tubi telah digunakan untuk mengatasi masalah
murid lemah membaca.

Langkah pertama:

Guru menunjukkan kad bacaan suku kata kepada 20 orang murid berkenaan. Guru
akanmemperkenalkan suku kata yang tertulis pada kad bacaan (sila rujuk Lampiran A).
Selepas itu, guru akanmenyebut suku kata berkenaan dan diikuti oleh murid. Setelah murid
dapat mengenali suku kata berkenaan, maka murid akandiminta menyebut suku kata yang
ditunjukkan oleh guru pada kad bacaan secara individu. Guru akan mengulang langkah ini
sehingga semua murid dapat menyebut setiap suku kata yang terdapat pada kad bacaan.
Langkah ini akan dijalankan selama seminggu. Guru akan memastikan kad bacaan yang
disediakan mengadungi perkataan berlainan bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam
kalangan murid. Untuk menarik minat murid, guru juga akan menyediakan kad bergambar
yang sepadan dengan perkataan yang diberikan.

Langkah kedua:

22
Apabila murid berjaya menguasai suku kata berkenaan, guru akanmembahagikan
murid-murid dalam kumpulan berempat. Guru akanmemberikan kad bacaan ayat mudah
kepada setiap kumpulan (sila rujuk Lampiran B). Kad bacaan ayat mudah ini mengandungi
satu ayat pendek yang mudah.Setiap kumpulan akan diberi masa beberapa minit untuk
mengenali dan membaca ayat berkenaan.Kemudian, murid-murid dikehendaki membaca ayat
berkenaan dengan kuat dalam kumpulan. Guru akan membetulkan dengan segera jika
terdapat kesalahan pada bacaan murid. Setiap kad yang diberikan kepada murid adalah
berbeza antara satu sama lain. Setelah setiap kumpulan membaca kad ayat yang diberikan,
mereka dikehendaki bertukar kad ayat dengan kumpulan lain. Setelah selesai, guru akan
menampal semua kad bacaan tersebut pada papan tulis di hadapan bilik darjah.Murid-murid
diminta membaca setiap ayat tersebut satu persatu.Selepas itu, murid-murid diminta menyalin
kesemua ayat mudah ini ke dalam buku latihan.Langkah ini diulang selama seminggu untuk
memahirkan murid membaca. Untuk menarik minat murid, guru akan menyelitkan cerita
berpandukan kepada kad ayat yang diberi.

Langkah ketiga:

Murid telah menguasai ayat mudah pada peringkat ini. Guru akan memberi kad
bacaan cerita pendek (sila rujuk Lampiran C)kepada murid dalam kumpulan. Guru akan
membetulkan bacaan murid. Selepas itu, murid dikehendaki menyalin cerita pendek
berkenaan didalam buku tulis masing-masing.Langkah ini akandiulang selama seminggu
dengan kad cerita pendek yang berbeza.

Langkah keempat:

Setelah murid boleh membaca dengan baik, guru akan memberi pengukuhan
kepadamurid. Guru akan menyediakan lembaran kerja untuk menguji tahap peningkatan
danpenguasaan murid terhadap kemahiran membaca(Sila rujuk Lampiran D).

Langkah kelima:

Ujian pos akan dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan kaedah kad bacaan
dalam mempertingkatkan kemahiran membaca murid prasekolah SJK Chong Boon.

3.5 Kaedah MengumpulData

23
Penyelidik menggunakan tiga jenis kaedah pengumpulan data yang menjadi
methodologi untuk kajian tindakan ini.Antara tiga methodologi yang telah digunakan dalam
penyelidikan ini adalah terdiri daripada temu bual, pemerhatian, ujian pra dan pos serta soal
selidik. Alat kajian ini telah dijalankan dalam masa lapan minggu iaitu 11 Julai 2016 hingga
16 September 2016 di SJK Chong Boon di kalangan murid-murid prasekolah yang terdiri
daripada 20 orang murid.

3.5.1 Temu Bual

Temu bual merujuk kepadasatu proses yang dilakukan untuk mendapat sesuatu
maklumat melalui caraberhubung secara lisan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan
bersama orang yang ditemu bual. Kaedah ini membantu penyelidikmendapat sesuatu
maklumat dengan mudah dan juga maklumat yang diberikan juga jelas.Temu bual ini
akandijalankan secara terbuka bersama 20 orang murid prasekolah dan seorang guru
prasekolah di SJK Chong Boon. Walaupun temu bual ini dijalankan secara terbuka, tetapi
guru akan memilih yang berbeza untuk mendapatkan tindak balas yang berbeza. Soalan
berkisarkan perkara yang dikaji iaitu kelemahan murid dalam membaca. Antara contoh-
contoh soalan yang diberikan ialah:

a. Adakah kamu suka membaca?


b. Mengapakah kamu tidak suka membaca?
c. Apakah bahan bacaan yang kamu suka baca?
d. Adakah kamu suka jika kamu boleh membaca?

Soalan-soalan ini dibina dengan tujuan untuk mencungkil minat membaca dalam
kalangan murid dan masalah-masalah yang tumbul akibat kelemahan mereka dalam bacaan.

3.5.2 Pemerhatian

Pemerhatian dilaksanakan dengan mengumpul maklumat melalui cara melihat atau


mendengar sesuatu peristiwa, kemudian hasil keputusan direkodkan di dalam bentuk yang
sesuai mengikut kehendak kajian. Penyelidik akan membuat pemerhatian sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian ini dibuat adalah untuk melihat
tingkah laku dan tindak balas murid terhadap pembelajaran.Semasa tinjauan awal dibuat (sila
rujuk Lampiran E), supaya kelemahan murid-murid dapat dilihat denganjelas.Kelemahan
yang lebih ketara dapat dilihat apabila ujian pra dijalankan.Didapatikesemua responden yang
dipilih tidak dapat menguasai kemahiran membaca denganbaik.Mereka tidak dapat membaca

24
dan mengeja walaupun perkataan yang diberikanadalah mudah.Oleh yang demikian, satu
kajian tindakan perlu dilakukan demimembantu murid-murid ini meningkatkan kemahiran
membaca mereka. Selepas penggunaan kaedah kad bacaan melalui teknik latih tubi, borang
pemerhatian yang sama akan digunakan bagi menguji keberkesanan kaedah ini.

3.5.3 Ujian Pra

Kaedah ini digunakan sebagai kayu pengukur terhadap kesesuaian instrumen yang
diaplikasikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh responden sama ada memberikan
kesan positif mahupun tidak secara eksplisit.Dua kaedah iaitu kaedah secara lisan dan bertulis
telah digunakan untuk mendapat data bagi ujian pra.Untuk kaedah lisan, murid diminta
membaca kuat satu petikan pendek di hadapan guru (sila rujuk Lampiran F).Murid-murid
dikehendaki melengkapkan cerita dengan perkataan yang sesuai untuk ujian bertulis(sila
rujuk Lampiran G).Kemudian, guru akan membuat penilaian terhadap bacaan murid.Untuk
kaedah bertulis pula, murid dikehendaki mengisi tempat kosong dalam satu petikan pendek.

3.5.4 Ujian Pos

Ujian ini akan digunakan setelah responden diberi rawatan dalam masa lapan minggu dengan
menggunakan kaedah kad bacaan melalui teknik latih tubi. Soalan yang digunakan adalah
sama dengan ujian pra. Matlamat ujian ini dijalankan sebanyak dua kali adalah untuk
memudahkan penyelidik membuat perbandingan antara data yang diperoleh sebelum
pelaksanaan kajian dan selepas pelaksanaan kajian.Untuk menjamin kesahan ujian ini, soalan
ujian tersebut telah dibina berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia.Soalan ujian
tersebut juga disemak oleh tiga orang guru prasekolah yang berpengalaman dari sekolah lain.

3.5.5 Soal Selidik

Soal selidik telah dipilih oleh penyelidik sebagai methodologi ketiga kerana soal
selidik dapat memberikan maklumat tentang pendapat, reaksi dan sikap responden tentang
keberkesanan pelaksanaan kaedah kad bacaan melalui teknik latih tubi dalam meningkatkan
penguasaan murid dalam kemahiran membaca.Melalui pendapat, reaksi dan sikap responden,
penyelidik boleh mengetahui tentang keberkesanan penggunaan kaedah kad bacaan melalui
teknik latih tubidalam kalangan murid-murid.Soal selidik (sila rujuk Lampiran H)ini
mengandungi 5 item dengan menggunakan skala Likert yang terdiri daripada 5 skala di mana
murid diminta memilih nilai skor untuk setiap item. Item soal selidik ini adalah berkaitan
tentang pemikiran dan pandangan murid selepas pelaksanaan kaedah kad bacaan melalui

25
teknik latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran termasuklah peningkatan penguasaan
kemahiran membaca dalam kalangan murid. Selain itu, borang soal selidik ini telah
disediakan oleh penyelidik dalam 5 skala kerana penyelidik ingin mendapat tahu dengan
lebih mendalam tentang pemikiran dan pandangan murid-murid selepas pelaksanaan kaedah
kad bacaan melalui teknik latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran. Cara ini telah
mendapat maklumat yang lebih berkenaan tentang pemikiran dan pandangan murid selepas
pelaksanaan kaedah peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran jika berbanding dengan
borang soal selidik yang hanya memberi pilihan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ sebagai pilihan murid.
Atas sebab responden kajian ini terdiri daripada murid-murid prasekolah, maka guru akan
memberikan penjelasan sekiranya responden tidak faham akan soalan-soalan dalam soal
selidik ini.

3.6 Perancangan Kaedah Mengumpul Data

Prosedur pengumpulan data bermula daripemerhatian, temu bual dan ujian pra yang
telah diberikan kepada kepada 20 orang murid prasekolah yang dikenalpasti lemah dalam
kemahiran membaca. Setelah selesai menjalani ujian pra, kumpulan rawatan yang terdiri
daripada 20 orang murid akan didedahkan dengan kaedah kad bacaan melalui teknik latih
tubi.Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah mengambil masa selama empat
minggu.Kemudian, ujian Pos dan soal selidik tentang keberkesanan penggunaan kaedah ini
akan dijalankan pada akhir pembelajaran iaitu pada minggu kelima.

3.7 Perancangan Kaedah Menganalisis Data

Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual, ujian dan soal selidik. Data yang
dikumpul akan dianalisis oleh penyelidik supaya memberi makna kepada apa yang sedang
dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisis data. Antara cara
yang mudah adalah mengkelompokkan data daripada sumber mengikut pemerhatian dan
penilaian yang dilakukan. Dengan cara membandingkan data-data daripada pemerhatian dan
penilaian itu, perkaitan antara data dapat dilihat dengan jelas. Dalam kajian ini data yang
dikumpul akandiproses dalam bentuk peratusan dan diterjemahkan dalam bentuk jadual atau
graf bagi memudahkan analisis. Penyelidikakan membuat olahan dan analisis sendiri
berdasarkan data dalam hasil kajian tersebut.Huraian lebih lanjut tentang penganalisisan data
akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

3.8 Perancangan Pelaksanaan Kajian

26
Kajian ini akan dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sedangberlangsung.Kajian ini tidak dibuat diluar waktu masa mengajar atau masa-masa lain
pada hari cuti.Ini bertujuan untuk mengelakkan murid-murid berasa tertekan dan memastikan
kesahihan data kerana kajian ini dijalankan tanpa pengetahuan daripada murid.Masa yang
digunakan ialah masa komponen perkembangan bahasa iaitu 5 masa seminggu bersamaan
150 minit.Kajian ini akandijalankan selama empat minggu. Ujian pengesanan keberkesanan
iaitu ujian pos akan dijalankan pada minggu kelima.

3.8.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan


1 Mengenal pasti masalah murid-murid dan pengumpulan 13 Jun2016 -24 Jun2016
data awal.
2 Penyediaan proposal kajian. 24 Jun2016 -10 Julai 2016

3 Merancang tindakan pengajaran dan pembelajaran yang 11 Julai2016– 16 September2016


sesuai dan berkesan dan melaksanakannya
4 Pembentukkan ujian Pra 17-21 September 2016
5 Pelaksanaan ujian Pra 8 Julai 2016
6 Memproses data ujian Pra 09-12 Julai 2016
7 Melaksanakan pemerhatian dan temu bual pengajaran 20-21 September 2016
8 Memproses data pemerhatian dan temu bual pengajaran 26-30 September 2016
9 Pemerhatian pelaksanaan kaedah pengajaran 05 September 2016
10 Perancangan dan pelaksanaan Ujian Pos 22 September 2016
11 Memproses data ujian Pos 21 September 2016-25 September
2016
12 Perancangan dan pelaksanaan soal selidik 26 September 2016-30 September
2016
13 Memproses data soal selidik 01 Oktober 2016-06 Oktober 2016
14 Membuat refleksi kajian tindakan. 07 Oktober 2016-14 Oktober 2016
16 Menulis laporan kajian tindakan. 15 Oktober 2016-
15November2016
17 Penyemakan terakhir 16 November 2016-18 November
2016

27
18 Membuat pembentangan dapatan kajian tindakan. 19 November2016

 Tarikh-tarikh yang ditetapkan boleh diubahsuai mengikut permintaan pensyarah dan


pihak universiti.

3.8.2 Langkah Pelaksanaan Kaedah Kad Bacaan Melalui Teknik Latih Tubi

Bil Tarikh Proses Pelaksanaan Catatan


1 Minggu 1 1. Guru menggunakan kad bacaan suku kata bagi mengajar  bunyi huruf
suku kata.  pola kv
2. Guru akan membimbing murid untuk mengeja  pola kvkv
suku kata pada kad bacaan berkenaan.  pola kvk
Contoh : dada, dadu, Kak, buku, saya (sila rujuk Lampiran
A)
2 Minggu 2 1. Setelah murid boleh mengeja, guru akan mendedahkan  Ayat pendek.
murid dengan kad bacaan yang mengandungi ayat pendek  Gambar
dan mudah. diberikan untuk
2. Guru akan membimbing murid membaca ayat pada kad menarik minat
bacaan berkenaan. murid.
3. Guru akan memberikan ayat yang berlainan akan untuk
meningkatkan kemahiran membaca murid.
Contoh: Ibu beli baju. (sila rujuk Lampiran B)
3 Minggu 3 1. Setelah menguasai kemahiran membaca ayatpendek,  Cerita mudah
guru akan memperkenalkan kad bacaan cerita pendek.
2. Murid diminta membaca cerita pendek yang ada
pada kad bacaan yang disediakan oleh guru.
3. Guru bertindak sebagai pembimbing ketika murid
membaca cerita pendek berkenaan.
Contoh:Ini cawan. Ini cawan merah. Cawan merah ini
cantik. Saya suka cawa merah ini. (sila rujuk Lampiran C)

4 Minggu 4 1. Setelah murid dapat membaca, guru akanmemberikan  Latihan


latihan pengukuhan iaitu lembaran kerja bagi membaca
meningkatkan lagi tahap penguasaan murid. bukucerita
2. Latihan diberi dalam bentuk lisan dan bertulis. (sila rujuk  Latihan

28
Lampiran D) melengkapkanay
at

Perhatian: Setiap langkah ini akan diulangi untuk dua minggu bagi menyesuaikan murid
dengan kaedah pengajaran guru iaitu penggunaan kad bacaan melalui teknik latih tubi.

3.8 Rumusan

Kesimpulannya, metodologi kajian dan prosedur kajian adalah penting bagi


menghasilkan data-data yang diperlukan dan semua data dapat dikumpulkan secara
sistematik. Prosedur kajian yang betul dan terancang dapat membantu melancarkan proses
kajian serta menyusun data dengan betul dan tepat. Dengan ini, dapatan kajian yang diperoleh
dapat membantu penyelidik membuat rumusan tentang kajian yang dijalankan.Dapatan kajian
dan proses analisis data yang telah dikumpulkan melalui kertas ujian dan borang soal selidik
yang diedarkanakan dibincangkan dalam bab seterusnya.

4.0 ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

4.1 Pengenalan

29
Setelah kajian tindakan dilaksanakan, data-data telah dianalisis oleh penyelidik untuk
mendapatkan dapatan hasil daripada tindakan yang dilaksanakan. Data-data yang telah
diproses telah dipersembahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pentafsiran para
pembaca. Setiap jadual disertakan dengan penerangan dan perbincangan yang ringkas untuk
menambahkan pemahaman para pembaca.Penganalisisan data ini telah dikategorikan kepada
tiga bahagian iaitu:

4.1 Ujian Pra dan Ujian Pos

Kaedah analisis kuantitatif mudah telah digunakan oleh penyelidik dalam


menganalisis data ujian pra dan ujian pos. Kaedah analisis kuantitatif mudah ini termasuklah
pengiraan peratusan markah murid dalam kedua-dua ujian ini.
Ujian pra dijalankan sebelum kajian dilaksanakan bagi melihat tahap bacaan murid.
Manakala ujian pos pula dijalankan selepas kajian untuk melihat tahap keberkesanan kaedah
dalam kajian tindakan yang dijalankan. Bahan-bahan yang digunakan sebelum dan selepas
kajian adalah sama supaya keberkesanan sesuatu kaedah yang dilaksanakan adalah mudah
dilihat. Penyelidik telah menggunakan dua kaedah dalam menguji responden iaitu kaedah
lisan dan kaedah bertulis tentang keberkesanan penggunaan kaedah kad bacaan dan teknik
latih tubi dalam meningkatkan kemahiran membaca bahasa Malaysia dalam kalangan murid
prasekolah.

Bagi kaedah lisan, responden diminta membaca satu teks petikan pendek di hadapan
guru.penyelidik akan menilai bacaan murid untuk aspek kenal dan baca huruf, mengeja serta
membaca dengan baik. Dapatan kajian kaedah lisan untuk ujian pra dan ujian pos telah
ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

30
Jadual 4.1: Dapatan Kajian Kaedah Lisan untuk Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil Nama Ujian Pra Ujia Pos
n
Kenal & Mengeja Membaca Kenal & Mengeja Membaca
sebut dengan sebut dengan
huruf baik huruf baik
1 Amber Hii Wen / / / / /
Xuen
2 Andrew Lee / / /
3 Brandon Lu / / / / /
4 Catherine Lee / / / /
5 Fiona Ling / / / / /
6 Ha How Hieng / / / / /
7 Hanna Tang / / / /
8 Kiu Chek Loong / / / / /
9 Koo Ming Wei / /
10 Ling Ting Ting / / / / /
11 Lucy Tiang / / / /
12 Mandelina / /
13 Pang Qi Xing / / / /
14 Samuel Ting / /
15 Tay Jiung Huong / / / / /
16 Ting Dick Seng / / / / /
17 Udaik ak Seli / / / / /
18 Wallace Lau / / /
19 Xixili Lau / / /
20 Zelwin Wee / / /

Daripada Jadual 4.1, bilangan murid dalam pencapaian ujian lisan sebelum dan
selepas ujian telah dianalisis mengikut peratusan untuk memudahkan penyelidik membuat
perbandingan dan memudahkan pembacaan. Jadual 4.2 berikut menunjukkan analisis bacaan
lisan mengikut peratusan.

31
Jadual 4.2:Analisis Bacaan Ujian Lisan Untuk Ujian Pra dan Ujian Pos
Kategori Ujian Pra Ujian Pos
Jumlah pelajar Peratusan Jumlah pelajar Peratusan
(orang) (%) (orang) (%)
Kenal & Sebut 17 85 20 100
Huruf
Membaca 11 55 20 100
Mengeja dengan 0 0 11 55
baik

Daripada jadual 4.2, penyelidik telah membuat satu perbandingan jelas tentang
peningkatan dan penurunan data dengan menterjemahkan peratusan murid ujian lisan
sebelum dan selepas kajian ke dalam bentuk graf palang seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 4.1.

120

100 100
100
85
80

60 55 55
Ujian Pra
Ujian Pos
40

20

0
0
Kenal & sebut huruf Membaca Mengeja dengan baik

Rajah 4.1: Analisis Kaedah Bacaan Murid Sebelum dan Selepas Ujian

32
Penyelidik telah menggunakan ujian pra dan pos untuk menguji keberkesanan
penggunaan kad bacaan dan teknik latih tubi dalam meningkatkan kemahiran membaca
murid-murid prasekolah. Teks petikan yang digunakan sebelum dan selepas kajian adalah
sama bagi memudahkan penyelidik dalam meninjau keberkesanan rawatan yang diberikan.
Melalui graf yang ditunjukkan, murid-murid telah menunjukkan peningkatan sebanyak 15%
iaitu dari 85% kepada 100% untuk aspek kenal&sebut huruf. Untuk aspek mengeja pula,
murid-murid telah menunjukkan peningkatan sebanyak 45% iaitu dari 55% kepada 100% dan
menunjukkan peningkatan sebanyak 55% iaitu dari 0% kepada 55% untuk aspek mengeja
dengan baik. Secara keseluruhan, didapati terdapat peningkatan yang signifikan untuk setiap
aspek kaedah bacaan yang dikaji dalam ujian sebelum tindakan dan ujian selepas tindakan.
Melalui peningkatan ini, penyelidik dapat membuktikan bahawa kaedah rawatan yang
diberikan iaitu penggunaan kad bacaan dan teknik latih tubi dalam meningkatkan kemahiran
membaca murid prasekolah adalah berkesan.

Untuk ujian bertulis pula, penyelidik juga akan melaksanakannya sebanyak dua kali
iaitu sebelum dan selepas kajian. Soalan yang sama akan digunakan juga bagi melihat
keberkesanan penggunaan kad bacaan dan teknik latih tubi dalam meningkatkan kemahiran
membaca murid dan seterusnya mempengaruhi ujian bertulis murid. Ini boleh menunjukkan
sekiranya murid menguasai kemahiran membaca dengan baik, maka pencapaian seseorang
murid tersebut juga boleh dipertingkatkan.Jadual 4.3 di bawah ini telah menunjukkan dapatan
kajian untuk ujian bertulis sebelum dan selepas rawatan diberikan.

33
Jadual 4.3: Dapatan Kajian Ujian Bertulis bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil Nama Ujian Pra Ujian Pos
Tidak Jawapan Jawapan Tidak Jawapan Jawapan
mengisi salah betul mengisi salah betul
jawapan jawapan
1 Amber Hii Wen Xuen / /
2 Andrew Lee / /
3 Brandon Lu / /
4 Catherine Lee / /
5 Fiona Ling / /
6 Ha How Hieng / /
7 Hanna Tang / /
8 Kiu Chek Loong / /
9 Koo Ming Wei / /
10 Ling Ting Ting / /
11 Lucy Tiang / /
12 Mandelina / /
13 Pang Qi Xing / /
14 Samuel Ting / /
15 Tay Jiung Huong / /
16 Ting Dick Seng / /
17 Udaik ak Seli / /
18 Wallace Lau / /
19 Xixili Lau / /
20 Zelwin Wee / /

Daripada Jadual 4.3, bilangan murid dalam pencapaian ujian bertulis sebelum dan
selepas ujian telah dianalisis mengikut peratusan bagi memudahkan penyelidik membuat
perbandingan dan pembacaan. Jadual 4.4 berikut menunjukkan analisis ujian bertulis
mengikut peratusan.

34
Jadual 4.4: Analisis Ujian Bertulis Untuk Ujian Pra dan Ujian Pos
Kategori Ujian Pra Ujian Pos
Jumlah pelajar Peratusan Jumlah pelajar Peratusan
(orang) (%) (orang) (%)
Tidak Mengisi 5 25 0 0
Jawapan
Jawapan Salah 9 45 5 25
Jawapan Betul 6 30 15 75

Daripada Jadual 4.4, penyelidik telah membuat satu perbandingan jelas tentang
peningkatan dan penurunan data dengan menterjemahkan peratusan murid ujian bertulus
sebelum dan selepas kajian ke dalam bentuk graf palang seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 4.2.

80
75

70

60

50
45

40

30 Ujian Pra
30 Ujian Pos
25 25

20

10

0
0
Tidak mengisi jawapan Jawapan salah Jawapan betul

Rajah 4.2: Analisis Ujian bertulis Sebelum dan Selepas Ujian

35
Berdasarkan graf di atas, murid-murid telah menunjukkan penurunan sebanyak 25%
iaitu dari 25% kepada 0% untuk bilangan murid yang tidak mengisi jawapan atas sebab
mereka langsung tidak tahu menjawab soalan tersebut. Untuk bahagian murid yang mengisi
jawapan salah pula, murid-murid telah menunjukkan penurunan sebanyak 20% iaitu dari
45% kepada 25% dan menunjukkan peningkatan sebanyak 45% iaitu dari 30% kepada 75%
untuk bahagian murid yang dapat mengisi jawapan dengan betul. Dapatan ini telah
menunjukkan peningkatan yang mendadak untuk murid yang berjaya mengisi jawapan
dengan betul.Peningkatan ini jelas menunjukkan keberkesanan rawatan yang diberikan
kepada responden.Jadi, adalah berkesan untuk menggunakan kad bacaan dan teknik latih tubi
dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid prasekolah.

4.3 Temu bual

Temu bual ini dilakukan secara terbuka dan adalah berkaitan dengan minat mereka
untuk membaca.Instrumen ini bertujuan untuk mencungkil sejauh mana responden ingin
memdedahkan kelemahan mereka sendiri dan seterusnya membantu guru merancang dan
mencari satu teknik yang sesuai dalam meningkatkan kemahiran membaca murid. Daripada
20 orang responden, 12 orang atau 60% mengatakan mereka adalah suka membaca tetapi
mereka tidak suka membaca kerana mereka tidak memahami ayat yang dibaca. Mereka tidak
tahu dan tidak faham perkataan yang dieja.Situasi ini menyebabkan mereka berasa bosan dan
semangat untuk membaca menurun.Situasi ini menyebabkan mereka berasa bosan dan
semangat untuk membaca menurun.Hanya 5 orang atau 25% murid tidak suka membaca atas
sebab malas dan kelambatan mengeja. Seterusnya, terdapat 3 orang atau 15% murid adalah
boleh membaca tetapi mereka menyatakan bahawa tidak mempunyai bahan bacaan yang
menarik untuk dibaca. Nahtijahnya, secara keseluruhannya 85% daripada 20 orang murid
prasekolah adalah tidak boleh membaca.Peratusan ini telah diterjemahkan ke dalam bentuk
graf untuk memudahkan pembacaan pembaca seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah
di bawah ini.

36
Punca Masalah Membaca di prasekolah

Tidak Tahu Mengeja


Malas dan Kelambatan Mengeja
Bahan Bacaan yang Tidak
Menarik

Rajah 4.3: Analisis Punca Masalah Membaca Murid di Prasekolah Melalui Temu Bual

4.4 Soal Selidik

Pengiraan peratusan telah digunakan oleh penyelidik untuk menganalisis data yang
dikumpul melalui borang soal selidik. Penyelidik telah mengira peratusan bagi setiap skala
untuk setiap item untuk mengetahui tentang keberkesanan penggunaan peta minda di
kalangan pelajar. Jadual 4.5 merupakan jadual dapatan skor responden yang digunakan oleh
penyelidik untuk mencatat peratusan untuk setiap item.

Peratusan setiap item boleh dikira dengan menggunakan cara berikut:

bilanganmurid
Peratusan item = x 100%
Jumlahmurid

Daripada jadual 4.5, penyelidik telah membuat satu perbandingan jelas tentang
peratusan murid bagi setiap item mengikut skala dengan menterjemahkannya ke dalam graf
palang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.

37
Peratusan (%)
100%
90%
80%
70%
75 70 70 70
60% 80 Skala 5
Skala 4
50%
Skala 3
40% Skala 2
Skala 1
30%
20% 15 15
25
10% 25 20
15 15
0% 5
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5

Rajah 4.4: Graf Pebandingan Peratusan Murid bagi Setiap Item Mengikut Skala

Setiap skala dalam soal selidik menunjukkan makna yang berlainan. Skala satu
menunjukkan sangat tidak setuju (STS), skala dua menunjukkan tidak setuju (TS), skala tiga
menunjukkan tidak pasti (TP), skala empat menunjukkan setuju (S) dan skala 5 pula
menunjukkan sangat setuju (SS) bagi setiap item yang dibincangkan dalam soal selidik.
Dengan mengira peratusan bagi setiap skala, penyelidik dapat mengetahui tentang pemikiran
dan pandangan murid-murid tentang keberkesanan penggunaan kad bacaan dan teknik latih
tubi dalam meningkatkan kemahiran membaca murid prasekolah.

Bagi item 1: membaca itu seronok jika menggunakan kad bacaan., sebanyak 15 orang
murid (75%) mencatat skala sangat setuju, 5 orang murid (25%) mencatat skala setuju dan
tiada murid yang mencatat skala tidak pasti, skala tidak setuju dan skala sangat tidak setuju.

Bagi item 2: saya tidak suka mengeja kerana tidak tahu membunyi suku kata., murid
yang mencatat skala sangat setuju adalah seramai 14 orang murid (70%), murid yang
mencatat skala setuju ialah sebanyak 3 orang murid (15%) manakala murid yang mencatat
skala tidak pasti hanya 3 orang murid (15%). Tiada murid yang skala tidak setuju dan skala
sangat tidak setuju.

Bagi item 3: penggunaan kad bacaan dengan menggunakan teknik latih tubi
membantu saya dalam menguasai kemahiran membaca., murid yang mencatat skala sangat
setuju adalah seramai 16 orang murid (80%), murid yang mencatat skala setuju ialah
sebanyak 4 orang murid (20%) manakala tiada murid yang mencatat skala tidak pasti, skala
tidak setuju dan skala sangat tidak setuju.

38
Bagi item 4 pula, sebanyak 14 orang murid (70%) mencatat skala sangat setuju, 3
orang murid (15%) mencatat skala setuju manakala 3 orang murid (15%) mencatat skala
tidak pasti untuk soalan tentang pengajaran guru dengan menggunakan kad bacaan membuat
saya lebih faham.. Terdapat tiada murid yang mencatat skala tidak setuju dan skala sangat
tidak setuju.

Bagi item 5: saya akan menggunakan kad bacaan dalam pembelajaran, murid yang
mencatat skala sangat setuju adalah seramai 14 orang murid (70%), murid yang mencatat
skala setuju ialah sebanyak 5 orang murid (25%) manakala murid yang mencatat skala tidak
pasti hanya 1 orang murid (5%). Tiada murid yang mencatat skala tidak setuju dan skala
sangat tidak setuju.

Secara kesimpulannya, skala sangat setuju telah mendapat peratusan yang paling
tinggi jika berbanding skala-skala lain. Walaupun bagi item 2, item 4 dan item 5, terdapat
juga sesetengah murid yang mencatat skala tidak pasti atas sebab kaedah ini masih baru bagi
murid-murid, mereka tidak pasti lagi tentang keberkesanan penggunaan kaedah ini untuk
jangka masa panjang. Namun, skala 5 yang menunjukkan sangat setuju mendapat peratusan
yang paling tinggi, ini bermakna penggunaan kad bacaan dengan menggunakan teknik latih
tubi amat mendapat sambutan dalam kalangan murid-murid dan memberi kesan ke atas
penguasaan kemahiran membaca murid-murid.

4.5Senarai Semak

Kaedah analisis kuantitatif mudah telah digunakan oleh penyelidik dalam


menganalisis dapatan keberkesanan penggunaan kad bacaan melalui teknik latih tubi dalam
meningkatkan kemahiran membaca murid prasekolah. Senarai semak ini dianalisis untuk
mendapatkan bilangan dan peratusan murid yang mendapat skor melalui item-item yang telah
ditetapkan. Senarai semak ini terdiri daripada tujuh item dan berkaitan dengan keupayaan
murid membaca suku kata, perkataan, dan frasa ayat. Jadual 4.6 merupakan jadual
perbandingan peratusan murid untuk jawapan “YA” dan “TIDAK”.

Peratusan murid untuk setiap item dikira dengan cara berikut:


Jumlah Peratusan Setiap Item
Min peratusan = ×100%
Jumlah Item

39
Jadual 4.6: Perbandingan Peratusan Murid untuk Jawapan “YA” dan “TIDAK”
Item YA (%) TIDAK (%)
1 95 5
2 100 0
3 95 5
4 85 15
5 85 15
6 80 20
7 75 20
Min Purata 87.86 12.14
(%)

Bagi item 1, murid prasekolah telah mencatat sebanyak 95% murid boleh kenal dan
menamakan abjad manakala hanya 5% murid tidak dapat kenal dan menamakan abjad yang
diberikan.

Item 2 menunjukkan seramai 20 murid (100%) atau kesemua murid dicatatkan


membunyikan suka kata terbuka “KV”.

Item 3 pula mencatat sebanyak 95% murid boleh membaca perkataan


V+KV.manakala hanya 15% murid tidak dapat membunyikan suku kata terbuka “KV” .

Item 4 mencatat sebanyak 85% murid boleh membaca perkataan KV+KV manakala
hanya 15% murid tidak boleh membaca perkataan KV+KV.

Item 5 menunjukkan sebanyak 85% murid boleh membaca frasa yang mengandungi
dua patah perkataan V+KV’dan KV+KV manakala murid yang tidak boleh membaca frasa
yang mengandungi dua patah perkataan V+KV’dan KV+KV hanya mencatat 15%.

Item 6 menunjukkan seramai 16 orang murid (80%) boleh membaca ayat yang
mengandungi tiga patah perkataan V+KV dan KV+KV manakala murid yang tidak boleh
membaca ayat yang mengandungi tiga patah perkataan V+KV dan KV+KV telah mencatat
20%.

Bagi Item 7 pula, terdapat sebanyak 75% murid boleh membaca ayat yang
mengandungi empat atau lebih patah perkataan V+KV dan KV+KV manakala hanya 25%
murid tidak boleh membaca ayat yang mengandungi empat atau lebih patah perkataan V+KV
dan KV+KV.

40
Secara kesimpulannya, kesemua item yang disenaraikan tentang keupayaan membaca
dalam kalangan murid selepas penggunaan kad bacaan melalui teknik latih tubi adalah
melebihi 86%. Ini menunjukkan objektif dalam pelaksanaan rawatan ini telah tercapai.
Melalui penggunaan kad bacaan ini, kebanyakkan murid berjaya menguasai kemahiran
membunyikan suku kata, kemahiran membaca perkataan, dan kemahiran membaca ayat
pendek. Jadi, penggunaan kad bacaan melalui teknik latih tubi dalam meningkatkan
kemahiran membaca dalam kalangan murid prasekolah adalah berjaya.

Untuk melihat dengan lebih jelas lagi, penyelidik telah mencari min peratusan untuk
item ”Ya” dan ”Tidak” dalam senarai semak dan diterjemahkan kepada graf palang seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 4.5.

100
Peratus 87.86
90
(%)
80
70
60
50
40
30
20
12.14
10
0
YA TIDAK
Skala
Rajah 4.5: Graf Perbandingan Jawapan YA Dan TIDAK Tentang Keberkesanan
Penggunaan Kad Bacaan Melalui Teknik Latih Tubi dalam meningkatkan Kemahiran
Membaca Murid

Jadi, atas sebab kesemua item yang terdapat dalam senarai semak adalah item positif,
sekiranya jumlah peratus bagi jawapan ‘Ya’ adalah lebih tinggi daripada jumlah peratus bagi
jawapan ‘Tidak’, maka dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah kad bacaan
melalui teknik latih tubi telah berjaya meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan
murid prasekolah. Ini telah dibuktikan melalui pencarian min peratusan untuk kesemua item
seperti dalam Jadual 4.6 dan rajah 4.5 di mana ia menunjukkan murid yang mencatat
jawapan ‘Ya’ telah mendapat 87.86% dan hanya 12.14% murid yang mencatat jawapan

41
‘Tidak’. Jadi, penggunaan kaedah kad bacaan melalui teknik latih tubi adalah amat berkesan
dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid prasekolah.

4.6 Rumusan

Dalam kajian tindakan ini, penyelidik telah membincangkan tentang keberkesanan


penggunaan kad bacaan melalui teknik latih tubi dalam meningkatkan kemahiran membaca
bahasa Malaysia dalam kalangan murid prasekolah SJK Hang Kwong. Secara keseluruhan,
objektif kajian ini dikatakan telah tercapai. Pencapaian objektif kajian dapat dibuktikan
melalui dapatan hasil ujian sebelum tindakan dan ujian selepas tindakan, dapatan hasil soal
selidik dan dapatan hasil pemerhatian yang dijalankan menggunakan senarai semak.

Dapatan kajian ini telah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikant terhadap
peratusan pencapaian murid-murid dalam ujian sebelum tindakan dan ujian selepas tindakan
untuk ujian lisan dan ujian bertulis. Melalui data markah ujian sebelum tindakan dan ujian
selepas tindakan yang telah dianalisis, penyelidik mendapati bahawa peratusan murid yang
lulus dan mendapat keputusan baik dalam ujian selepas tindakan adalah lebih besar
berbanding dengan ujian sebelum tindakan. Dalam ujian sebelum tindakan, peratusan
keseluruhan murid ialah 46% telah meningkat sebanyak 39% menjadi 85% dalam ujian
selepas tindakan bagi ujian lisan. Untuk ujian bertulis pula, peratusan keseluruhan murid
ialah 25% telah meningkat sebanyak 50% menjadi 75% dalam ujian selepas tindakan Oleh
itu, jelaslah bahawa peningkatan dari segi pencapaian murid ini telah menunjukkan
penggunaan kaedah kad bacaan melalui teknik latih tubi adalah berkesan dalam
meningkatkan penguasaan murid untuk kemahiran membaca.

Selain itu, tahap keberkesanan penggunaan kad bacaan melalui teknik latih tubi dalam
meningkatkan kemahiran membaca murid juga disokong melalui dapatan hasil soal selidik
yang merupakan triangulasi kajian tindakan ini. Melalui dapatan hasil soal selidik, ia telah
menunjukkan skala sangat setuju tentang pemikiran dan pandangan murid-murid tentang
keberkesanan penggunaan kad bacaan dan teknik latih tubi dalam meningkatkan kemahiran
membaca murid prasekolah adalah amat tinggi iaitu dalam linkungan 70% hingga 80%.
Akan tetapi, bagi item 2, item 4 dan item 5, terdapat juga ramai murid yang mencatat skala
tidak pasti. Hal ini disebabkan kaedah ini masih baru bagi murid-murid, mereka tidak pasti
lagi tentang keberkesanan penggunaan kaedah ini untuk jangka masa panjang apatah lagi
mereka masih kecil dan kadang-kala akan keliru dengan item soalan. Namun, skala 5 yang

42
menunjukkan sangat setuju tentang keberkesanan penggunaan kaedah kad bacaan melalui
teknik latih tubi dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid masih
mendapat peratusan yang paling tinggi, ini telah menunjukkan penggunaan kad bacaan dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan dalam memahami sesuatu perkataan, mengeja
sesuatu perkataan, meningkatkan kemahiran membaca murid dan seterusnya menyumbang
kepada peningkatan dalam pencapaian murid dalam ujian peperiksaan.

Tambahan lagi, keberkesanan penggunaan kaedah peta minda dalam meningkatkan


penguasaan murid dalam konsep sains juga disokong melalui dapatan pemerhatian
menggunakan senarai semak pentaksiran penggunaan kad bacaan dalam pembelajaran. Ini
berdasarkan secara keseluruhannya, dapatan kajian telah menunjukkan murid-murid dapat
membunyikan suku kata terbuka sehingga boleh membaca ayat yang mengandungi empat
atau lebih patah perkataan V+KV dan KV+KV telah tercapai melebihi 85%. Dengan ini,
terbuktilah murid-murid berupaya dalam membunyikan suku kata dan membaca sesuatu
perkataan dengan baik. Jadi, murid-murid tentunya dapat mencapai keputusan yang baik
dalam peperiksaan nanti.

Ketiga-tiga dapatan ini adalah selaras dengan dapatan kajian Smith (2005) yang
menyatakan terdapat peningkatan yang ketara kumpulan pencapaian dalam ujian selepas
tindakan menjadi 40% berbanding dengan ujian sebelum tindakan yang hanya 7% setelah
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kad bacaan melalui teknik latih tubi dalam
meningkatkan kemahiran membaca murid. Seterusnya, dapatan kajian ini telah membantu
pihak prasekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran bahasa
Malaysia. Hasil dapatan kajian menunjukkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa
Malaysia telah meningkat setelah didedahkan kepada pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kad bacaan melalui teknik latih tubi ke atas murid prasekolah. Dapatan kajian
ini dapat merangsang minda pihak prasekolah ke arah menjadikan kad bacaan sebagai satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sehubungan itu, diharapkan para guru
prasekolah mengambil inisiatif menggunakan kad bacaan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini telah memberikan implikasi positif kepada
murid. Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakkan murid yang berpencapaian rendah
dahulu telah meningkatkan penguasaan menerusi pencapaian mereka dalam kemahiran
membaca setelah menggunakan kaedah kad bacaan sebagai satu teknik pembelajaran bahasa

43
Malaysia di sekolah. Oleh itu, dapatan kajian ini jelaslah menunjukkan objektif kajian telah
tercapai iaitu murid-murid prasekolah telah meningkatkan penguasaan kemahiran membaca
dengan menggunakan kaedah kad bacaan melalui teknik latih tubi dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka.

5.0 RUMUSAN

44
5.1 Pengenalan
Untuk bab ini, penyelidik akan membincangkan dapatan kajian berdasarkan soalan
kajian yang telah ditentukan dalan Bab satu. Selain itu, refleksi terhadap dapatan kajian dan
implikasi kajian juga akan dibincangkan dalam mempertingkatkan tahap persepsi pelajar
mengenai kemahiran membaca dan keberkesanan penggunaan teknik latih tubi berbantukan
kad bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Perbincangan Berdasarkan Soalan Kajian


Untuk mencapai objektif kajian ini, saya perlu menjawab soalan-soalan kajian berikut
berdasarkan dapatan kajian yang dikumpulkan.

a) Adakah murid-murid dapat membaca suku kata dan ayat ringkas dengan lancar
melalui Teknik Latih Tubi Membaca Kad Bacaan?

Jawapannya adalah YA. Hal ini kerana ketiga-tiga dapatan kajian telah menunjukkan
peningkatan penguasaan kemahiran membaca murid setelah penggunaan kaedah kad bacaan
dengan menggunakan teknik latih tubi. Dalam ujian sebelum tindakan, peratusan keseluruhan
murid ialah 46% telah meningkat sebanyak 39% menjadi 85% dalam ujian selepas tindakan
bagi ujian lisan. Untuk ujian bertulis pula, peratusan keseluruhan murid ialah 25% telah
meningkat sebanyak 50% menjadi 75% dalam ujian selepas tindakan. Untuk soal selidik pula,
skala sangat setuju tentang pemikiran dan pandangan murid-murid tentang keberkesanan
penggunaan kad bacaan dan teknik latih tubi dalam meningkatkan kemahiran membaca
murid prasekolah adalah amat tinggi iaitu dalam linkungan 70% hingga 80%. Akhirnya,
pemerhatian melalui senarai semak pula tentang keupayaan murid membunyikan suku kata
terbuka sehingga boleh membaca ayat yang mengandungi empat atau lebih patah perkataan
V+KV dan KV+KV telah tercapai melebihi 85%. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan
kaedah kad bacaan melalui teknik latih tubi adalah berkesan dalam meningkatkan penguasaan
murid untuk kemahiran membaca murid prasekolah.

b. Adakah kaedah kad bacaan dapat meningkatkan minat murid terhadap kemahiran
membaca?

45
Jawapannya adalah YA, ini dapat dilihat dengan jelas melalui dapatan kajian dalam
soal selidik. Untuk item 1, murid dapat membaca dengan seronok sekiranya menggunakan
kad bacaan telah mendapat peratusan yang agak tinggi iaitu terdapat sebanyak 15 orang
murid (75%) mencatat skala sangat setuju dan hanya 5 orang murid (25%) yang mencatat
skala setuju. Selain itu, untuk item 3 iaitu penggunaan kad bacaan dengan menggunakan
teknik latih tubi membantu saya dalam menguasai kemahiran membaca., murid yang
mencatat skala sangat setuju adalah seramai 16 orang murid (80%) dan murid yang mencatat
skala setuju ialah sebanyak 4 orang murid (20%). Ini telah menunjukkan minat murid-murid
memang telah meningkat selepas penggunaan kad bacaan dalam pengajaran kemahiran
membaca bahasa Malaysia. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar ini, murid-murid akan
berasa lebih seronok dan memberi perhatian kepada pengajaran guru. Seterusnya, item 5
tentang murid akan menggunakan kad bacaan dalam pembelajaran, murid yang mencatat
skala sangat setuju adalah seramai 14 orang murid (70%), murid yang mencatat skala setuju
ialah sebanyak 5 orang murid (25%) manakala murid yang mencatat skala tidak pasti hanya 1
orang murid (5%). Keadaan ini memang menunjukkan murid-murid menerima baik
penggunaan kad bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia.

5.3 Refleksi Terhadap Dapatan Kajian

Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian tindakan ini berjaya meningkatkan


kemahiran membaca dalam kalangan murid prasekolah di SJK Chong Boon. Perubahan
positif yang terjadi hasil dari kajian ini telah membantu menguatkan semangat untuk
meneruskan lagi kajian ini pada masa akan datang. Fokus kajian ini dipilih adalah amat tepat
kerana kebanyakkan responden yang berada di dalam prasekolah sememangnya bermasalah
dalam pembacaan. Ini telah membuktikan andaian bahawa Kaedah Kad bacaan yang
dicetuskan pada asasnya oleh Smith dan diubah suai oleh beberapa pengkaji terdahulu ini
adalah amat bersesuaian dengan responden yang dipilih. Selain itu, kaedah ini juga dikesan
mampu menarik minat pelajar dalam mata pelajaran lain jika digunakan. Misalnya, guru
boleh menulis perkataan yang ingin diajar di dalam kad-kad bacaan yang mudah dilihat,
difahami dan menarik minat pelajar untuk membaca perkataan berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemerhatian terhadap responden perlu dilakukan dalam kajian


kedua untuk memastikan murid-murid yang masih kurang mahir membaca tersebut dapat
membaca dengan baik dan seterusnya dapat memantapkan lagi kemahiran membaca murid-
murid lain. Selain itu, pemerhatian terhadap kajian kedua juga boleh memantapkan lagi

46
kaedah pengumpulan data yang dibuat.Di samping itu, rakan penyelidik juga boleh
menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku guru bagi mengukuhkan lagi tindakan yang
dibuat semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk
memastikan setiap yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

5.4 Implikasi Kajian

Responden cukup berminat dengan aktiviti membaca yang berbantukan kad


bacaan.Mereka boleh membaca dengan penuh minat dan situasi ini menjadikan pengajaran
dan pembelajaran berjaya dan menarik.Dengan ini, murid-murid dapat menyebut dan
mengingati perkataan melalui aktiviti latih tubi berbantukan kad bacaan.Aktiviti diulang
beberapa kali mengikut prosedur perancangan yang ditetapkan.Ini adalah selaras dengan
kajian BBC British Council Teaching yang menyatakan penguasaan bahasa kanak-kanak
perlu menghafal perkataan tersebut beberapa kali melalui aktiviti latih tubi.

Kajian ini akan melihat dan mengenal pasti aspek lisan, kosa kata dan penglibatan
murid-murid di dalam bilik darjah. Aspek lisan merangkumi kemahiran membaca dalam
kalangan murid.Bagi aspek kosa kata pula ianya adalah merangkumi perkataan, istilah dan
ayat yang dapat dibaca, difahami dan ditulis. Akhirnya untuk aspek penglibatan murid, ia
adalah merangkumi aktiviti membaca dengan sebutan. Setelah dijalankan kajian, adalah
diharapkan agar keputusan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pihak yang
berkaitan.Hasil kajian juga mendapati murid-murid yang lambat atau lemah dalam pelajaran
berubah menjadi aktif melalui aktiviti latih tubi membaca dengan menggunakan kad
bacaan.Hal ini adalah selari dengan Teori Behaviour oleh B.F Skiner yang menyatakan
bahawa sesuatu perkara yang dilakukan mestilah berulang-ulang untuk memastikan kita
mendapat hasil yang diharapkan.Oleh itu, kajian ini memang berjaya dan berkesan dalam
meningkatkan kemahiran membaca murid melalui teknik latih tubi membaca berbantukan
kad bacaan.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

47
Berdasarkan kajian tindakan ini, penyelidik mendapati bahawa penggunaan kad
bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran memang dapat membantu murid-murid
prasekolah dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran membaca.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti dan memerlukan
penambahbaikan untuk kajian seterusnya.

Pertama sekali, dapatan kajian ini menunjukkan terdapat segelintir murid yang masih
kurang yakin terhadap penggunaan kad bacaan dalam pembelajaran pada masa depan. Oleh
yang demikian, cadangan kajian yang seterusnya memerlukan pendedahan para pelajar
kepada kebaikan penggunaan kad bacaan semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi
subjek bahasa Malaysia atau subjek-subjek lain. Dengan ini, para pelajar dapat
mengaplikasikannya dengan berkesan dalam pembelajaran apabila menjawab soalan
peperiksaan nanti.

Pada masa yang sama, penyelidik ingin mencadangkan supaya penerapan aspek
muzik dapat diaplikasikan dalam kajian tindakan menggunakan kad bacaan pada masa akan
datang. Penyelidik mendapati bahawa murid-murid sangat berminat dengan muzik yang
menarik. Oleh itu, penerapan elemen muzik dalam pelaksanaan kaedah kad bacaan akan
dapat menarik minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas. Diharapkan
dengan elemen nyayian ini dalam penggunaan kad bacaan dapat meningkatkan penguasaan
murid dalam kemahiran membaca untuk subjek bahasa Malaysia. Selain itu, penyelidik
mendapati adalah lebih baik jika seseorang penyelidik yang ingin menambahbaikan kajian ini
dengan menambahkan atau mempelbagaikan penggunaan methodologi seperti temu bual
selepas kajian. Ini kerana ia dikenalpasti dapat membantu penyelidik mendapatkan maklumat
yang lebih terperinci tentang penggunaan kad bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca bahasa Malaysia.

Di samping itu, bagi meneruskan kajian ini, penyelidik bercadang menggunakan


pendekatan menggunakan kad bacaan melalui teknik latih tubi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk kelas lemah. Adalah amat penting juga untuk penyelidik meningkatkan
kekerapan penggunaan kad bacaan ini dengan menggalakkan murid-murid mengulang kaji
perkataan-perkataan dalam topik-topik subjek bahasa Malaysia. Semua cadangan ini adalah
penting supaya keberkesanan penggunaan kad bacaan dalam meningkatkan kemahiran
membaca murid prasekolah dapat dicapai.

48
Hasil daripada penyelidik yang telah dijalankan, penyelidik dapat memperhatikan
perubahan yang positif dari segi minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Malaysia dengan menggunakan kad bacaan. Diharapkan, semoga minat murid dalam
membaca ini boleh menjadi suatu perkembangan positif kepada pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia yang lebih menyeronokkan dan berkesan yang
seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian akademik murid ke arah yang lebih
memberangsangkan.

7.0 KESIMPULAN

49
Secara kesimpulan, penggunaan kaedah kad bacaan melalui teknik latih tubi telah
membawa kesan yang baik dalam meningkatkan kemahiran membaca Bahasa Malaysia
murid-murid prasekolah. Prestasi kemahiran membaca dan kemahiran menulis telah
bertambah baik berbanding sebelum dan selepas penggunaan kaedah kad bacaan melalui
teknik latih tubi.Cara kaedah kad bacaan adalah lebih senang digunakan dan efektif daripada
penggunaan pengajaran tradisional.Oleh itu, para guru digalakkan memperbanyakkan kajian
ilmiah sebegini bagi membantu para guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung
dengan amalan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, saya ingin menerapkan
budaya penyelidikan ini kerana dapat memahami persekitaran pembelajaran serta amalan dan
tindakan diri dengan baik dan seterusnya dapat mempertingkatkan kualiti profesionalisme
saya. Selain itu, saya juga sentiasa mengingatkan diri sendiri agar mengemaskini
pengetahuan dalam mengikut trend perubahan dunia ledakan maklumat kerana ianya adalah
penting dalam membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

BIBLOGRAFI

50
Atan Long et. al. (1984). A Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysian people.
Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik (1989), “Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III”Jabatan
Bahasa. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010).“Aspek Seni Bahasa”. Kementerian


PendidikanMalaysia, hlm. 21

Bolt (1992),Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca DenganMenggunakan


Kaedah Kad Bacaan. Institut Perguruan Perlis

Bonacci (1993),Read me first for a user’s guide to qualitative methods. Thousand Oaks: Sage
Pub.

Downing & Thackray, 1975; Fortson, L. R. & Reiff, J. C., 1995; Yeo 2004, 2006, etc. fine
early readers solving problems : a case study. Reading. 29: 30 33.

Durkin (1966). A Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysian people. Kuala
Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka

Fitgerald (1992). Panduan kurikulum prasekolah. Kuala Lumpur : Cergas (M) Sdn. Bhd.

Harison Bt Othman(2005) Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan


Menggunakan Kaedah Kad Bacaan. Perlis. Institut Perguruan Perlis

Juriah Long, et.al. (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur Fajar
Bakti

Kamus Dewan (2000), Kamus Dewan Edisi kedua.Kuala Lumpue : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Liew Phaik Guat Selina (1998). The Effects of a Reading Program in Preschool Education on the
Reading Attitude among Children in Later Years. JabatanPendidikan. Maktab Perguruan
Sandakan\

Morris, 2002, Reading instruction that works: The case for balanced teaching. (ed.ke-2).
New York: The Guilford Press.

Norazelina binti Awang Man(2005) Kajian Tindakan:Meningkatkan Kemahiran Menyebut Suku


Kata Konsonan Vokal (KV) Terbuka Dengan Menggunakan Kaedah Bacalah Sayang.Arau,
Perlis. Institut Perguruan Perlis.

Rohaty1998.Beberapa dimensi pendidikan prasekolah menjelang abad ke-21 dan


selepasnya’. Aliran dan awalan pendidikan menjelang abad ke-21. Kuala Lumpur.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sawpi Lawi (1998). Menguasai Kemahiran Membaca : Satu Keperluan Manusia. Jabatan
Bahasa. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

51
See Bee Ean (2008). ajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan
Menggunakan Kaedah Kad Bacaan.Perlis. Institut Perguruan Perlis.

Sharifah Alwiah, 1983; Tengku Iskandar, 1986; Yaxley, 1991. Pengajaran Pembelajaran
Prasekolah. Masalah Pendidikan 19, 11-25

Shamsudin Othman, Wan Nolidza Mohd Zain. 2004. Bahasa Melayu Kelas Peralihan (Buku
Teks Kementerian Pelajaran Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zaliha Binti Hasan (2005) Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat
Tunggal Dalam Tajuk Jiran Saya Menggunakan Kaedah Kad Cantuman.S K Ujong Batu.
Institut Perguruan Perlis.

Sofiah Hamid(1983) Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat Sekolah


Rendah.Kuala Lumpur.Penerbitan Adabi.

Syed Abu bakar Syed Akil .(1994).Panduan Mengajarkan Kemahiran Membaca.Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Yahya Othman (1988),Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong, Pahang:PTS


Publications Sdn. Bhd.

Zainora binti Mohd @ Man.(2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui
Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata. SekolahKebangsaan Merting. Pahang.

Zulkifley Hamid .(2006). Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Bahasa. Selangor: PTS Pendidikan Profesiona

52
LAMPIRAN A

CONTOH KAD BACAAN SUKU KATA

bu ku be li

ba ju bu ka

bu lu da da

ja ri pa di

ka ki ke bun

ko tak ma sak

ma in sa yur

me rah can tik

53
LAMPIRAN B

CONTOH KAD BACAAN AYAT PENDEK

Kereta ini cantik. Ali berjalan kaki.

Adik main bola. Bunga raya berwarna merah.

Ibu masak nasi. Johan pergi ke sekolah.

Nanas itu sedap. Ayah ada kereta baru.

Rumah Siti besar. Amin sukan baca buku cerita.

Raju ada kucing. Ahmad beli pensel di kedai.

Abang beli baju. Saya suka tanam bunga.

Pak Abu ada kebun. Bibi suka makan epal.

Pensel ini baru. Kakak suka menyanyi.

54
LAMPIRAN C

CONTOH KAD BACAAN CERITA PENDEK

PENSEL
Ini Pensel.
Ini Pensel Abu.
Pensel ini berwarna hitam.
Ali beli pensel ini di kedai.

55
LAMPIRAN D

CONTOH LEMBARAN KERJA (PENGUKUHAN)

PENSEL
Ini ____________.
Ini Pensel __________.
Pensel ini berwarna _________.
Ali beli pensel ini di _________.

LAMPIRAN E
56
CONTOH BORANG SENARAI SEMAK YANG DIGUNAKAN SEMASA
PEMERHATIAN

Bil Kemahiran Membaca Tindakan


Ya Tidak
1. Murid boleh kenal dan menamakan abjad.

2. Murid boleh membunyikan suku kata terbuka “KV”.

3. Murid boleh membaca perkataan V+KV.

4. Murid boleh membaca perkataan KV+KV.

5. Murid boleh membaca frasa yang mengandungi dua

patah perkataan V+KV’dan KV+KV.

6. Murid boleh membaca ayat yang mengandungi tiga

patah perkataan V+KV dan KV+KV.

7. Murid boleh membaca ayat yang mengandungi empat

atau lebih patah perkataan V+KV dan KV+KV.

LAMPIRAN F

57
UJIAN PRA/ POS (UJIAN LISAN)

Buku

Siti suka baca buku.


Siti suka baca buku cerita.
Siti baca buku cerita setiap hari.
Ibu beli buku cerita baharu.

58
LAMPIRAN G

UJIAN PRA/ POS (UJIAN BERTULIS)

Arahan: Lengkapkan cerita di bawah dengan jawapan yang sesuai.

Siti suka baca ________________.

Siti _______________baca buku cerita.

Siti _________________buku cerita setiap hari.

Ibu ______________buku cerita baharu.

59
LAMPIRAN G

Soal Selidik untuk Mengkaji Keberkesanan Kaedah Kad Bacaan Melalui Teknik Latih
Tubi dalam Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Kemahiran Membaca

Arahan: Soalan ini digunakan untuk mendapatkan respon berhubung dengan


keberkesanan peta minda dalam meningkatkan penguasaan murid dalam subjek sains

Nilai Skor Pernyataan


1 Sangat tidak setuju (STS)
2 Tidak setuju (TS)
3 Tidak pasti (TP)
4 Setuju (S)
5 Sangat Setuju (SS)

NO ITEM 5 4 3 2 1
SS S TP TS STS
1. Membaca itu seronok jika menggunakan kad
bacaan.
2. Saya tidak suka mengeja kerana tidak tahu
membunyi suku kata.
3. Penggunaan kad bacaan dengan menggunakan
teknik latih tubi membantu saya dalam menguasai
kemahiran membaca.
4. Pengajaran guru dengan menggunakan kad bacaan
membuat saya lebih faham.
8. Saya akan menggunakan kad bacaan dalam
pembelajaran.

60

Anda mungkin juga menyukai